PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi. Pengenalan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Terma & Syarat Kempen MyDebit

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Peraduan InstaHarapan AADK

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

TERMA & SYARAT PERADUAN

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT. Perjanjian Keahlian

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Transkripsi:

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL YTL Communications Sdn Bhd ( YTL ) dan FrogAsia Sdn Bhd ( FrogAsia ) amat berbesar hati untuk memperkenalkan kepada sekolah anda metodologi pembelajaran yang terkini dalam bentuk capaian Internet bersama-sama dengan penggunaan sistem pembelajaran maya Frog Virtual Learning Environment ( Frog VLE ) di bawah program 1BestariNet, iaitu suatu projek kebangsaan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Adalah diperakui bahawa Internet merupakan suatu sumber maklumat yang luas, pelbagai dan unik bagi para pelajar dan guru dari segenap bidang. Kesinambungan sumber maklumat ini dengan aplikasi-aplikasi yang direka khas dalam Frog VLE mampu menjalinkan suatu alat pembelajaran dan pengajaran yang tidak boleh ditandingi. Matlamat kami dalam menyediakan perkhidmatan ini bagi para pelajar dan guru negara ini adalah semata-mata untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dengan memudahkan akses kepada maklumat tanpa sempadan di Internet dan menggabungkannya dengan manfaat yang diperolehi daripada perkongsian sumber, inovasi dan komunikasi melalui pelantar Frog VLE. Internet boleh diumpamakan sebagai lebuhraya maklumat elektronik yang menghubungkan beribu-ribu komputer, jutaan pelajar, guru dan pengguna di sekeliling dunia sementara Frog VLE, menawarkan penyelesaian pembelajaran online yang inovatif yang dirumuskan khas untuk para guru supaya mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik untuk pelajar-pelajar di samping menjalinkan budaya yang menitikberatkan ciri-ciri fleksibel dan pendidikan kendiri yang nyata menyumbang kepada kemahiran dan pengetahuan pelajarpelajar berkenaan. Dengan adanya gabungan perkhidmatan ini, para pelajar, guru dan juga pihak ibubapa akan, antara lainnya, mendapat akses kepada: 1) Komunikasi mel elektronik (emel); 2) Forum-forum untuk berkongsi maklumat dan untuk menerima maklum balas di antara guru-guru dan pelajar-pelajar lain; 3) Maklumat dan berita 4) Perisian dan grafik dari sumber-sumber umum bagi tujuan pembelajaran; dan 5) Akses kepada World Wide Web melalui suatu sistem perangkaan grafik yang juga merupakan peralatan akses Internet yang terkini dan menarik yang sedia ada. Ada kemungkinan bahawa para pengguna Internet akan melayari bahan-bahan yang tidak dianggap sesuai dari segi pembelajaran atau dari konteks sekolah. Sehubungan dengan ini, YTL dan FrogAsia telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal akses kepada bahan-bahan yang mungkin akan membangkitkan kontroversi. Namun demikian, adalah sedia difahami bahawa sememangnya mustahil untuk mengawal keseluruhan bahan-bahan di atas rangkaian sedunia dan seseorang pengguna tegar masih boleh melayari bahan-bahan dan / atau maklumat yang berunsur kontroversi walaupun adanya kawalan-kawalan berkenaan. Sungguhpun begitu, kami tetap berpendirian bahawa faedah yang mampu diperolehi daripada 1

maklumat yang dikumpulkan dari setiap sudut dunia serta peluang berinteraksi dan berkongsi kerja adalah jauh lebih berharga berbanding dengan sebarang kejadian pelayaran bahanbahan yang tidak konsisten dengan kurikulum pendidikan. Akses kepada Internet dalam program 1BestariNet ini adalah diselaraskan melalui usahasama dan gabungan yang kompleks antara agensi-agensi kerajaan dan jaringan di peringkat kebangsaan, daerah dan negeri. Kelancaran operasi rangkaian bergantung kepada amalan yang betul oleh pengguna yang perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Termaterma dan syarat-syarat penggunaan yang dihuraikan di sini adalah untuk memastikan anda sedar akan tanggungjawab yang bakal anda laksanakan. Secara umumnya, penggunaan yang cekap, beretika dan patuh kepada undang-undang adalah perlu agar seseorang pengguna itu mampu meraih manfaat sepenuhnya daripada sumber rangkaian ini. Sekiranya seseorang pengguna menyalahi mana-mana peruntukan yang telah termaktub, akaun individu tersebut akan ditamatkan dan beliau akan seterusnya dinafikan akses. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan Internet - Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan 1) Penggunaan yang dibenarkan Tujuan kemudahan rangkaian Internet dan persekitaran pembelajaran maya Frog VLE yang disediakan oleh YTL dan FrogAsia (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai Para Pentadbir Sistem ) adalah untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha penyelidikan dan pendidikan di kalangan institusi-institusi akademik dengan memberi akses kepada sumber yang unik dan peluang untuk bekerja secara bersesama atau collaborative. Oleh itu, penggunaan akaun anda mestilah berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan dan selaras dengan matlamat pendidikan Sekolah anda. Penggunaan rangkaian organisasi atau sumber pengkomputeran yang lain mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang besesuaian dengan rangkaian tersebut. Transmisi apa jua bahan yang melanggar peraturan negara atau negeri adalah dilarang. Ini termasuk, dan tidak terhad kepada: bahan hak cipta, bahan ancaman atau lucah, atau bahan yang dilindungi oleh kerahsiaan perdagangan. 2) Keistimewaan Penggunaan Internet serta Frog VLE ialah satu keistimewaan, bukan satu hak dan penggunaan yang tidak sesuai akan mengakibatkan pembatalan keistimewaan tersebut. Para Pentadbir Sistem berhak memutuskan sama ada sesuatu penggunaan itu merupakan pengunaan yang tidak sesuai dan keputusan itu adalah muktamad. Para Pentadbir Sistem juga boleh menutup akaun pengguna pada bila-bila masa jika perlu. Di samping itu, pihak KPM, pengetua sekolah, pentadbir IT dan / atau fakulti sekolah boleh meminta Para Pentadbir Sistem menafikan, membatalkan dan / atau menggantung akaun pengguna tertentu. Sehubungan itu, perkongsian akaun adalah dilarang bagi memastikan privasi identiti pemilik akaun. 3) Etika Rangkaian Anda diwajibkan mematuhi peraturan umum etika rangkaian. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) perkara-perkara berikut: a) Bersikap sopan. Jangan bersikap biadab dalam mesej atau komunikasi anda dengan individu lain. b) Penggunaan bahasa yang sesuai. Jangan sesekali menggunakan bahasa kesat, lucah atau bahasa lain yang tidak sesuai. c) Aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali. 2

d) Jangan sesekali mendedahkan alamat peribadi atau nombor telefon pelajarpelajar, guru-guru, ibu bapa atau rakan-rakan sekerja. e) Kerahsiaan emel tidak terjamin. Individu-individu yang terlibat dalam pengendalian sistem mempunyai akses kepada semua mel. Mesej yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa. f) Jangan gunakan rangkaian dengan cara yang boleh menggangu pengguna rangkaian yang lain. g) Komunikasi dan informasi yang boleh diakses menerusi rangkaian ini adalah dianggap sebagai harta persendirian. 4) Upload atau posting pada Frog VLE Sekiranya anda membuat sebarang upload atau posting di Frogstore, Community Site atau di mana-mana forum atau siaran awam pada Frog VLE (termasuk sebarang teks, skrip komputer, gambar foto, grafik, video atau web links kepada mana-mana bahan ini) (selepas ini dirujuk secara amnya sebagai Sumbangan ), maka anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak KPM, YTL dan FrogAsia menggunakan bahan-bahan berkenaan dan menerbitkan atau menyiarkan Sumbangan tersebut berserta dengan profil anda pada laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE. Dalam pada itu, Sumbangan anda akan boleh dilihat, dikongsi dan diakses oleh pengguna-pengguna Frog VLE yang lain. Jika Sumbangan berkenaan melibatkan individu yang lain, anda wajib memastikan bahawa individu tersebut telah memberi kebenaran kepada anda untuk penglibatannya di dalam Sumbangan anda dan untuk Sumbangan tersebut dipaparkan di atas Frog VLE. Dengan menggunakan Frog VLE, anda mengakujanji bahawa Sumbangan anda tidak melanggar sebarang hak cipta atau hak milik intelektual mana-mana pihak ketiga; bahawa anda tidak menggunakan atau meniru mana-mana bahan yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan atau lesen sah pihak berkenaan dan anda memberi indemnifikasi sepenuhnya kepada Para Pentadbir Sistem terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga atau kerugian atau kehilangan sehubungan dengan pencabulan atau pelanggaran hak milik intelektual. Sekiranya anda telah menggunakan apa-apa bahan yang dimiliki atau dipunyai oleh mana-mana pihak ketiga, anda mengakujanji bahawa anda telah memperolehi persetujuan terdahulu daripada pereka atau tuan punya bahan berkenaan bagi tujuan penerbitan di atas laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE tanpa perlunya sebarang pembayaran dan bahawa pereka atau tuan punya bahan berkenaan telah menolak kesemua hak mereka terhadap Sumbangan tersebut. 5) Penafian Jaminan YTL dan FrogAsia tidak memberi sebarang jaminan, dalam apa bentuk sekalipun, sama ada secara tersurat mahupun tersirat bagi perkhidmatan yang disediakan. YTL dan FrogAsia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami. Ini termasuk kehilangan data yang disebabkan oleh masalah semasa proses penghantaran data; sama ada penangguhan penghantaran, kegagalan penghantaran, kesilapan penghantaran atau gangguan perkhidmatan yang disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan. Penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari Internet dan / atau Frog VLE adalah atas risiko anda sendiri. YTL dan FrogAsia tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kualiti maklumat yang diperolehi melalui perkhidmatan yang diberikan. 3

6) Keselamatan Keselamatan pada mana-mana sistem komputer sesungguhnya ditekankan, terutamanya apabila sistem berkenaan melibatkan pengguna yang ramai. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah berkaitan isu keselamatan semasa melayari Internet dan / atau menggunakan Frog VLE, anda perlu segera memaklumkan pengetua sekolah dan / atau pentadbir IT anda. Jangan dedahkan masalah tersebut kepada pengguna-pengguna yang lain. Jangan gunakan akaun individu lain tanpa kebenaran bertulis individu tersebut. Cubaan memasuki Frog VLE atau Internet sebagai pentadbir sistem akan mengakibatkan penamatan terhadap keistimewaan anda sebagai pengguna. Mana-mana pengguna yang dikenalpasti memberi risiko terhadap keselamatan atau mempunyai rekod permasalahan dengan sistem komputer yang lain boleh dinafikan aksesnya ke Frog VLE dan / atau Internet. 7) Dasar Privasi Kami, YTL dan FrogAsia, sememangnya komited untuk menjaga kerahsiaan dan privasi anda semasa anda berada di online. Penggunaan sebarang maklumat yang mampu mengenalkan anda oleh pihak kami adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami di http://www.ytlcomms.my/en/privacy.aspx. 8) Pindaan YTL dan FrogAsia mempunyai hak untuk meminda terma-terma ini dari masa ke semasa. Jika berlakunya pindaan kepada terma-terma ini, pindaan berkenaan akan dicerminkan dalam versi terkini Perjanjian ini dan ianya akan seterusnya dimaklumkan menerusi penyelarasan pada tarikh kuat kuasa di bahagian bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini. 9) Perundangan Perjanjian Penggunaan Terkawal dan hubungan anda dengan YTL dan FrogAsia di bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini adalah di bawah kawalan Undang-Undang Malaysia. Anda bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian terhadap mana-mana isu undang-undang yang berbangkit dari Perjanjian Penggunaan Terkawal ini kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Anda juga bersetuju bahawa YTL dan FrogAsia masih boleh memohon remedi injunksi (atau mana-mana peruntukan perundangan yang setara dengannya) dalam mana-mana bidang kuasa. 10) Tarikh kuat kuasa - Tarikh kuat kuasa terma-terma ini adalah pada 4 Mei 2012. 4

PERSETUJUAN PERJANJIAN PENGGUNAAN SECARA TERKAWAL Saya faham dan akan patuh kepada Perjanjian Penggunaan Terkawal ini seperti yang disebut di atas. Saya juga faham bahawa pelanggaran mana-mana terma di atas berkemungkinan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Jika saya terlibat dalam pelanggaran mana-mana terma, akses saya boleh ditarik balik dan tindakan disiplin dan / atau tindakan undang-undang yang bersesuaian boleh dikenakan atau diambil ke atas saya. Saya bersetuju dan menerima terma-terma dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal ini. Nama Penuh Pengguna: No. Kad Pengenalan Pengguna: Tandatangan Pengguna: Tarikh: -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- (Bahagian ini mesti ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga jika pengguna ialah seorang pelajar) IBU BAPA ATAU PENJAGA PENGGUNA Sebagai ibu bapa / penjaga kepada pelajar ini, saya telah membaca Perjanjian Penggunaan Terkawal dan bersetuju untuk bertanggungjawab sekiranya pelanggaran terhadap Perjanjian Penggunaan Terkawal ini dilakukan oleh pelajar ini. Saya faham bahawa akses ini direka untuk tujuan pendidikan dan langkah pencegahan yang sewajarnya telah diambil untuk mengawal akses kepada bahan-bahan yang mungkin membangkitkan kontroversi. Walau bagaimanapun, saya juga faham adalah mustahil untuk pihak sekolah, KPM, YTL dan FrogAsia menyekat akses kepada semua bahan yang boleh membangkitkan kontroversi dan saya tidak akan meletakkan tanggungjawab terhadap bahan-bahan yang boleh diperolehi di rangkaian kepada mana-mana pihak. Seterusnya, saya akan bertanggungjawab mengawasi penggunaan anak saya semasa di luar sekolah. Dengan ini, saya membenarkan pemberian sebuah akaun kepada anak saya dan mengesahkan maklumat yang terkandung dalam perjanjian ini adalah benar. Nama Pelajar (Huruf Besar): Nama Ibu Bapa atau Penjaga (Huruf Besar): No. Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga: Tandatangan Ibu Bapa atau Penjaga: Tarikh: 5