AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

dokumen-dokumen yang mirip
ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

D.R. 17/99 RANG UNDANG-UNDANG BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM. Zulkifli Hasan

AKTA PILIHAN RAYA 1958

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Jadual 7. 5 Permasalahan perundangan dan cadangan

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB PERTAMA PEMELUKAN AGAMA ISLAM MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

0C2B F A4?OpenDocument

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF. sepatutnya dapat :

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

Undang-Undang Malaysia

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

BAB 8 : PROSES DAN PROSEDUR PERANCANGAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

ULASAN BUKU MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA. Book Review: Syariah Court In Malaysia

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

BAB SATU PENDAHULUAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

AKTA SARAAN HAKIM 1971

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

MOHD AMRI BIN ABDULLAH

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Transkripsi:

Akta Keterangan Mahkamah [ULASAN Syariah PERUNDANGAN] (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) 27 KANUN (1) Ruzman Md Noor 195 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561) Ruzman Md Noor ruzman@um.edu.my Jabatan Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. PENDAHULUAN Usaha untuk mewujudkan undang-undang khusus bagi aspek keterangan di mahkamah syariah merupakan sebahagian daripada gagasan yang besar. Gagasan ini adalah untuk menaik taraf mahkamah syariah secara menyeluruh yang telah dimulakan sejak kemerdekaan. Langkah ini melibatkan aspek organisasi, fizikal, sumber manusia dan semakan perundangan. Salah satu usaha ke arah tersebut adalah dengan mewujudkan undang-undang keterangan yang khusus dan lengkap serta disusuli dengan proses penyeragaman antara negeri-negeri di Malaysia. LATAR BELAKANG DAN PEMAKAIAN AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 Dalam konteks perundangan Islam di Malaysia, Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dianggap sebagai undang-undang bertulis paling awal yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 12 fasal berkaitan dengan undang-undang keterangan Islam. Peruntukan yang berkaitan dengan kesaksian dalam undang-undang lama ini termasuklah syarat saksi (Fasal 37.1), bilangan saksi (Fasal 37.2), saksi palsu (Fasal 38.4) dan saksi kes hudud (Fasal 40.2 dan Fasal 42). Sebahagian peruntukan ini diambil daripada kitab mazhab Syafie, iaitu Fath al-qarib karangan Ibn Qasim al-ghazzi. Sebelum wujudnya undang-undang khusus seperti Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) (selepas ini disebut AKMSWP 1997), terdapat hanya satu seksyen khusus berkaitan dengan pemakaian aspek keterangan dalam Enakmen Pentabiran Undangundang Islam Negeri Selangor 1952 (kemudiannya telah dimansuhkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang yang dimansuhkan ini hanya menyediakan peruntukan terhad kepada aspek keterangan seperti yang berikut:

196 KANUN [JANUARI 2015] i. Hukum syarak adalah dirujuk berkaitan saksi yang beri keterangan. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian di atas undangundang keterangan yang berjalan kuatkuasanya pada masa itu dalam Negeri dan hendaklah berpandu di atas prinsip-prinsip undang-undang itu tetapi tidaklah terpaksa mengikutnya dengan tepat. Peruntukan ini sangat umum dan rujukannya masih dibuat kepada Akta Keterangan 1950 sebagai undang-undang yang dipakai secara umum (general application). Namun begitu, dapat difahami bahawa pendekatan mazhab Syafie dirujuk dalam semua hal berkaitan dengan kesaksian, manakala Akta Keterangan 1950 dirujuk dalam hal yang bersifat teknikal. Rujukan kepada undang-undang ini kemudiannya dimansuhkan dengan kelulusan undang-undang khusus, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) Peruntukan seksyen 132 AKMSWP 1997 menyebut bahawa Enakmen Pentadbiran Hukum Syara 1952 [En.Sel. 3/52] bagi Negeri Selangor, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [P.U.(A) 44/74] dan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U.(A) 352/85] hendaklah terhenti daripada terpakai bagi Wilayah-wilayah Persekutuan. Akta ini mengandungi pindaan berdasarkan A1250 tahun 2005 dan terpakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Akta ini juga terpakai di mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah atau mahkamah rayuan syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993[Akta 505]. Sementara itu, seksyen 131 AKMSWP 1997 menyebut bahawa apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidaklah terpakai kepada mahkamah. Saya berpendapat meskipun Akta Keterangan 1950 tidak lagi terpakai, namun untuk memahami struktur dan maksud sebenar peruntukan yang diadaptasikan itu, masih memerlukan rujukan kepada huraian Akta Keterangan 1950. Rujukan ini sekadar untuk memahami dan tidaklah mengikat pihak mahkamah syariah. Hal ini demikian kerana rujukan muktamad bagi mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 130 AKMSWP 1997: Seksyen 130 Rujukan muktamad. (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan Akta ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat yang ia tak konsisten itu. (2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) 27 KANUN (1) Ruzman Md Noor 197 apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak. Sepertimana yang disebutkan di atas AKMSWP 1997 ini digubal dengan rujukan asal dibuat terhadap Akta Keterangan 1950 yang sedia terpakai di mahkamah sivil. Bagi maksud untuk menggabungkan antara kedua-dua undang-undang ini, iaitu hukum syarak dan kerangka Akta Keterangan 1950, maka pendekatan yang berikut telah dilakukan dalam proses penggubalan AKMSW 1997: i. Pemansuhan mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan Hukum Syarak. Begitu juga misalan-misalan yang di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak dimasukkan dalam AKMSWP 1997 ini. Sebagai contoh seksyen 112 Akta Keterangan 1950 berkaitan dengan kesahtarafan anak. i Mengguna pakai semua peruntukan yang tidak bercanggah dengan Hukum Syarak dan yang tidak bercanggah dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebahagian besar peruntukan AKMSWP 1997 adalah bersumberkan pendekatan ini. Pemakaian pelbagai pendapat mazhab dan Ulama sama ada melalui pendekatan al-talfiq dan al-takhayyur. Kaedah ini sangat jelas dalam pemakaian prinsip al-bayyinah dan prinsip al-syahadah. Begitu juga pendapat Ibn Qayyim diambil kira dalam penentuan maksud al-bayyinah. ANALISIS KANDUNGAN AKMSWP 1997 ini mengandungi 131 seksyen yang dipecahkan kepada empat bahagian. Jadual 1 menunjukkan perbezaan dari segi kerangka berbanding dengan Akta Keterangan 1950. Jadual 1 Perbezaan Akta Keterangan 1950 daripada AKMSWP 1997. Akta Keterangan 1950 AKMSWP 1997 Bahagian 1 Bahagian 1 Kerelevanan Kerelevanan Bahagian 2 Bahagian 2 Pembuktian Pembuktian Bahagian 3 Bahagian 3 Pengemukaan dan Kesan Keterangan Pengemukaan dan Kesan Keterangan Bahagian 4 Bahagian Am

198 KANUN [JANUARI 2015] Memandangkan undang-undang ini diwujudkan berdasarkan kerangka Akta Keterangan 1950 maka fungsinya dibuat berdasarkan undang-undang berkenaan, iaitu: i. Menentukan apakah fakta yang boleh dikemukakan dalam mahkamah atau menentukan fakta yang relevan (qarinah); i Kaedah pembuktian atau cara bagaimana fakta-fakta relevan dibuktikan. Siapa dan bagaimana pembuktian dikemukakan dalam sesuatu prosiding. Kedua-dua undang-undang ini mempunyai banyak persamaan terutama dari sudut kerangka dan sebahagian besar peruntukan diadaptasi daripada Akta Keterangan 1950. Perbezaan atau penambahan yang yang dilakukan antara lain, melibatkan perkara yang berikut: i. Seksyen 3 berkaitan dengan tafsiran beberapa istilah yang bersumberkan Hukum Syarak. i iv. Pemakaian istilah qarinah menggantikan perkataan fakta berkaitan. Seksyen 72 berkaitan dengan sumpah. Seksyen 83 hingga 88 berkaitan bayyinah dan syahadah. v. Seksyen 119 hingga 129 berkaitan dengan pemeriksaan saksi atau tazkiyah al-syuhud. vi. v Seksyen 130, 131 dan 132 berkaitan dengan rujukan muktamad kepada Hukum Syarak dan pemberhentian pemakaian undangundang terdahulu dan Akta Keterangan 1950. Lain-lain tambahan kecil, tidak menerima pakai peruntukan yang tidak relevan sama ada tidak selaras dengan Hukum Syarak atau tidak menepati bidang kuasa Mahkamah Syariah termasuklah di bahagian huraian dan misalan. Peruntukan di atas telah menjadikan undang-undang ini menepati hukum syarak terutamanya berkaitan dengan kesaksian dan rujukan muktamad kepada hukum syarak dalam seksyen 130(1)(2). Maksudnya, jika berlaku sebarang peruntukan yang tidak konsisten dengan hukum syarak maka

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) 27 KANUN (1) Ruzman Md Noor 199 akan terbatal peruntukan tersebut. Sementara itu, jika terdapat lakuna maka hukum syarak juga menjadi rujukan muktamad. Perkataan hukum syarak yang diberikan oleh seksyen 3 AKMSWP 1997 sebagai: Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali. Berasaskan perbandingan ringkas dalam Jadual 1, undang-undang yang dipakai di mahkamah syariah dari aspek keterangan ini mempunyai hubung kait yang sangat kuat dengan undang-undang yang telah sekian lama diamalkan di mahkamah sivil, iaitu Akta Keterangan 1950. Pendekatan ini tidaklah sukar untuk difahami kerana sesuatu undang-undang itu tidak boleh digubal tanpa mengambil kira faktor tempatan. Setiap undangundang dikatakan mempunyai hubungan sejarah serta berkait rapat dengan perkembangan masyarakat. Masyarakat dan pengamal undang-undang akan lebih mudah menerima kewujudan sesuatu undang-undang jika pembentukannya selaras dengan prinsip kesinambungan sejarah (historical continuity) dan isi kandungan undang-undang yang konsisten (inner consistency). Kedua-dua prinsip ini bermaksud bahawa sesuatu undangundang yang hendak diluluskan atau dilaksanakan perlu mengambil kira latar belakang sistem perundangan serta undang-undang yang sedia berjalan. Dalam konteks undang-undang keterangan Islam ini juga perlu diharmonikan dengan undang-undang yang sedia ada untuk memudahkan penerimaan dan pelaksanaannya. KESIMPULAN Penelitian sepintas lalu mendapati bahawa AKMSWP 1997 dihasilkan daripada proses kacukan (hibrid) dalam dua bentuk: (1) Kacukan antara pandangan daripada hukum syarak dengan Akta Keterangan 1950; (2) kacukan antara pelbagai pandangan mazhab dan ulama. Secara umumnya proses ini telah melahirkan satu undang-undang yang baik dan komprehensif dengan pandangan mazhab Syafie mendominasi sebahagian besar peruntukan berkenaan terutamanya berkaitan al-syahadah. Pada masa yang sama terdapat dua aspek yang masih memerlukan kajian lanjut seperti yang berikut: 1. Aspek struktur (a) terdapat kecenderungan dalam kalangan hakim untuk menerima apa sahaja bentuk keterangan selagi boleh membawa kepada keadilan tanpa terikat kepada kaedah pembuktian tertentu terutama apabila melibatkan

200 KANUN [JANUARI 2015] kes takzir; (b) konflik antara peruntukan seksyen 5 dengan hukum syarak kerana seksyen 5 hanya memperuntukkan qarinah seperti yang disebut dalam undang-undang dan tidak yang selain daripada itu; (c) perlu diwujudkan garis panduan dalam membuat rujukan kepada hukum syarak (yang dikira sebagai undang-undang tidak bertulis) untuk mengelakkan kekeliruan dalam memilih mazhab dan pandangan kerana hukum syarak melibatkan empat mazhab utama. 2. Aspek substantif (a) Konsep bayyinah dan syahadah yang dimasukkan dalam undang-undang ini memerlukan kajian lanjut. Istilah bayyinah ini dicadangkan dipakai terhad kepada keterangan saksi yang tidak mencapai syarat atau tahap syahadah. Jika perkataan bayyinah ini dipakai secara umum yang bermaksud keterangan, maka istilah ini bertindih dengan perkataan keterangan dalam undang-undang ini. Dengan sebab itu juga dicadangkan agar perkataan bayyinah tidak termasuk qarinah; (b) perlu diwujudkan usaha untuk menyediakan komentar atau huraian kepada undang-undang ini terutama yang berkaitan dengan peruntukan yang diadaptasi daripada hukum syarak, (c) Perkataan qarinah telah diterima pakai sebagai bermaksud fakta berkaitan dalam undangundang ini. Oleh itu, dicadangkan qarinah tidak dijadikan sebahagian daripada bayyinah. Konsep keterangan dan konsep fakta merupakan dua perkara yang berbeza berdasarkan struktur undang-undang yang asal. Oleh itu, perlu ditentukan sama ada qarinah digunakan dalam erti kata bayyinah (keterangan) atau dalam erti kata fakta berkaitan.