AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

1.0 OBJEKTIF PANDUAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA Pakaian Staf Lelaki. 2.2 Pakaian Staf Wanita. 2.3 Pakaian Seragam. 2.4 Baju Korporat MKM

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 14/2007 PERATURAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN KE PEJABAT DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI MARA

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

ARAHAN AM PEPERIKSAAN. Calon perlu melihat dan meneliti:

KOD ETIKA PAKAIAN STAF 2011

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

PENGURUSAN ASRAMA PENDAFTARAN ASRAMA SM TEKNIK TUANKU JA AFAR, SEREMBAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NAMA TINGKATAN RUMAH K.

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE [MJII]

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU ASASI SAINS PERTANIAN

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

PAKAIAN DAN PERALATAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ KIBLAH (BERKUATKUASA JANUARI 2011)

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KANDUNGAN. "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Tujuan. Definisi. Panduan Pakaian Semasa Bekerja

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

SENARAI SEMAK GRADUAN

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2016

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2015/2016 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. 1.1 Ketua Jabatan bermaksud Dekan/Pengarah/Ketua di Pusat Tanggungjawab.

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

PROSES MEMBUAT KAD PELAJAR & PENYERAHAN DOKUMEN PELAJAR BAHARU

GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA DAN TETAMU SEMASA MENGHADIRI RAPTAI DAN HARI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

BUKU PERATURAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2016

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

32 PERATURAN ETIKA PENAMPILAN PELAJAR 37 PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA 59 AKU JANJI PENERIMA PERATURAN AM PELAJAR UNIVERSITI SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

Transkripsi:

AKAD A/02 AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR 1. Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan memahami Etika Berpakaian Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia. 2. Saya berjanji untuk mematuhi Etika Berpakaian Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia selama mana saya pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia. 3. Saya sedar bahawa saya boleh dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa sekiranya saya gagal mematuhi Etika Berpakaian Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia. Nama Pelajar No. Kad Pengenalan/Pasport No. Daftar Program Fakulti

PANDUAN PENGUATKUASAAN ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1. LATAR BELAKANG 1.1 Etika Berpakaian Pelajar ini diperbuat dan dikeluarkan berdasarkan peruntukan Kaedah 27, Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 2009, sebagai suatu arahan bertulis Naib Canselor. 1.2 Etika Berpakaian Pelajar ini adalah suatu peraturan cara berpakaian dan penampilan diri yang dikuatkuasakan kepada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Peraturan ini bermatlamat memelihara nama baik USIM dan menampilkan imej yang selari dengan tuntuan Islam yang sebenar sekaligus selaras dengan kedudukan USIM sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan pendidikan Islam. 1.3 Peruntukan yang terkandung di dalam Etika Berpakaian Pelajar ini djangka dapat membentuk sahsiah dan keperibadian tinggi di kalangan pelajar USIM. Pematuhan terhadap etika ini berupaya mewujudkan suatu suasana kampus yang kondusif dalam usaha membangunkan modal insan yang memiliki nilai-nilai tatasusila, disiplin, harmoni dan menjiwai adab sopan. 2. TATACARA AM 2.1 Pelajar hendaklah memakai dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalam kawasan kampus atau semasa berurusan dengan mana-mana pejabat di dalam kawasan kampus. 2.2 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakai kemeja-t tidak berkolar semasa berada di dalam kawasan kampus atau semasa berurusan dengan mana-mana pejabat di dalam kawasan kampus. 2.3 Pelajar hendaklah mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas, sopan dan sesuai dengan norma atau budaya Malaysia. 2.4 Pelajar hendaklah mengelak daripada berpakaian tidak sopan atau mendedahkan tubuh atau mencolok mata di khalayak ramai. 2.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian atau aksesori yang bertentangan dengan hukum Islam, adab kesopanan orang timur atau melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu. 2.6 Pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat-tempat atau pusat-pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturan yang berasingan.

3. TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR LELAKI 3.1 Menghadiri Sesi Pengajaran/Pembelajaran dan Majlis Rasmi 3.1.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) iaitu berseluar panjang (slack), berbaju kemeja dengan bertali leher atau berbaju kebangsaan yang lengkap, berkasut kulit berwarna hitam dan berstokin. 3.1.2 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 3.1.3 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakai kemeja-t tidak berkolar. 3.1.4 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 3.1.5 Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalah bersongkok berwarna hitam. Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk/jenis topi. 3.2 Berada di Kawasan Kampus 3.2.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) dan berseluar panjang. 3.2.2 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakai kemeja-t tidak berkolar. 3.2.3 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 3.2.4 Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalah bersongkok berwarna hitam atau apa-apa bentuk/jenis topi yang bersesuaian. Walaubagaimanapun, pemakaian topi tidak diizinkan di Bangunan Perpustakaan. 3.3 Berada di Kawasan Kolej Kediaman 3.3.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopan semasa berada di luar bilik kediaman. 3.3.2 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 3.3.3 Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesi pengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman. 3.4 Bersukan dan Beriadah 3.4.1 Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akan dijalankan.

3.4.2 Pemakaian seluar tight sehingga melepasi lutut adalah diwajibkan ketika memakai seluar pendek. 3.4.3 Pemakaian adalah dengan cara memasukkan baju T-shirt ke dalam seluar track (tuck-in) bagi tujuan kekemasan dan keselesaan semasa bersukan. 3.4.4 Pemakaian hendaklah kelihatan kemas dengan berambut pendek. 3.4.5 Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan atau rekreasi. 3.4.6 Seluar track yang dipakai hendaklah kelihatan kemas. 3.4.7 Seluar track yang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar. 4. TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR WANITA 4.1 Menghadiri Sesi Pengajaran/Pembelajaran dan Majlis Rasmi 4.1.1 Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi. 4.1.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat (yang boleh mempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang. 4.1.3 Pelajar hendaklah memakai kasut yang menutupi jari kaki, lereng kaki dan tumit. 4.1.4 Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan. 4.1.5 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 4.1.6 Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana. 4.2 Berada di Kawasan Kampus 4.2.1 Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi. 4.2.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat (yang boleh mempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang. 4.2.3 Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan. 4.2.4 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 4.2.5 Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana.

4.3 Berada di Kawasan Kolej Kediaman 4.3.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopan semasa berada di luar bilik kediaman. 4.3.2 Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesi pengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman. 4.4 Pakaian sukan/riadah 4.4.1 Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akan dijalankan. 4.4.2 Pemakaian kain tudung yang tidak terlalu labuh namun masih menutup aurat dan kelihatan kemas supaya selesa ketika bersukan. 4.4.3 Pemakaian T-shirt yang berlengan pendek hendaklah disertai dengan sarung tangan (dari lengan hingga ke pergelangan tangan). 4.4.4 Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan atau rekreasi. 4.4.5 Seluar track yang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar sebagai kekemasan berpakaian sukan. 4.4.6 Seluar track yang dipakai hendaklah longgar, serap peluh dan berwarna gelap. 5. PENGUATKUASAAN PERATURAN 5.1 Tempat Dikuatkuasakan 5.1.1 Penguatkuasaan peraturan hendaklah berlaku di tempat-tempat seperti berikut: i. lokasi sesi pengajaran/pembelajaran dan majlis rasmi (termasuk lokasi aktiviti atau program anjuran USIM) ii. iii. kawasan kampus (termasuk lokasi peperiksaan) kolej kediaman 5.2 Agen Penguatkuasaan 5.2.1 Staf Akademik diberi kuasa memberi peringatan kepada dan menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan di atas daripada menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran atau sebarang aktiviti fakulti.

5.2.2 Staf Pentadbiran diberi kuasa memberi peringatan kepada dan menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan di atas daripada memasuki, berurusan atau menggunakan apa-apa kemudahan di dalam kawasan kampus. 5.2.3 Staf Keselamatan diberi kuasa menyoal selidik, memberi peringatan kepada dan menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan di atas daripada memasuki atau meninggalkan kawasan kampus. 5.3 Kaedah Penguatkuasaan 5.3.1 Pelanggaran Peraturan Kali Pertama: Diberi peringatan secara lisan dan boleh direkodkan dan rekod diselengara sendiri oleh agen penguatkuasaan. 5.3.2 Pelanggaran Peraturan kali Kedua dan Seterusnya: Diberi peringatan secara lisan, boleh direkodkan dan rekod diselengara sendiri oleh agen penguatkuasaan dan boleh dilaporkan kepada Bahagian Keselamatan. 5.4 Peruntukan Penguatkuasaan dan Hukuman 5.4.1 Kaedah 27, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009) - Pakaian Pelajar i. Kaedah 27 (1) memperuntukkan bahawa Naib Canselor boleh mengeluarkan apa-apa arahan, secara bertulis, sebagaimana yang difikirkannya perlu berhubung dengan cara berpakaian pelajar di dalam Kampus. ii. Kaedah 27 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana pelajar yang tidak mematuhi mana-mana arahan itu, melakukan suatu kesalahan tatatertib. 5.4.2 Kaedah 29, Kaedah Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009) - Hukuman Tatatertib Terus oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kaedah 29 (1) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah 27 di hadapan, atau yang dilihat oleh, pihak berkuasa tatatertib. 5.4.3 Kaedah 50, Kaedah Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009) - Hukuman Tatatertib

Kaedah 50 memperuntukkan bahawa seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini dan didapati bersalah atas kesalahan tersebut boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut: i. amaran; ii. iii. iv. denda tidak melebihi dua ratus ringgit; dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; v. dipecat daripada Universiti. 5.5 Kuatkuasa dan Pindaan 5.5.1 Etika Berpakaian Pelajar ini berkuatkuasa daripada tarikh ianya ditandatangani. 5.5.2 Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa secara bertulis. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia