PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

PERATURAN PEPERIKSAAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti


PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

POLISI, DASAR DAN PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P011

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012

Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

ISI KANDUNGAN SYARAT AM UNIVERSITI 1. SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM ALIRAN SASTERA Fakulti Undang-Undang 2 PROSPEK KERJAYA 4

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA UKM SESI AKADEMIK 2017/2018 (CALON LEPASAN STPM, MATRIKULASI) SYARAT LAMA (CALON LEPASAN STPM/MATRIKULASI)

Peraturan Akademik Program Sarjana Muda Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2014

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

LULUSAN DIPLOMA/SETARAF ALIRAN SASTERA SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 SUSUNAN PERATURAN Peraturan mukasurat 1. NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN 21 2. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN (1) Keperluan/Kelayakan Asas 21 (2) Syarat-syarat Lain 23 (3) Syarat-syarat Kemasukan Pelajar Pemerhati 24 3. PENDAFTARAN (1) Pendaftaran Kursus 24 (2) Pendaftaran Serentak 26 (3) Kehadiran Kelas 27 (4) Penamatan Pengajian 27 (5) Penarikan Diri 27 4. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN (1) Nilai Kredit 30 (2) Penawaran Dan Penyempurnaan Kursus 30 (3) Pemindahan Kredit 32 (4) Pengecualian Kredit 33 (5) Permohonan Pemindahan Dan Pengecualian Kredit 34 5. PEPERIKSAAN (1) Pendaftaran Peperiksaan 34 (2) Pendaftaran Peperiksaan Pelajar Pemerhati 34 (3) Keperluan Kehadiran Kelas 35 (4) Kaedah Penilaian Prestasi Pelajar 36 (5) Skim Penggredan 36 (6) Penebusan Gred Kursus 39 (7) Mengulang Kursus 39 (8) Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi 40 Akademik (9) Pengurusan Markah Dan Gred 40 (10) Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 41 19

(11) Pemeriksa-Pemeriksa 44 (12) Peperiksaan Khas 48 (13) Tidak Hadir Peperiksaan 48 (14) Hal-hal Lain Berkaitan Peperiksaan 51 6. RAYUAN (1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus 52 (2) Rayuan Meneruskan Pengajian 53 (3) Rayuan Pelanjutan Tempoh Pengajian 54 (4) Keanggotaan Jawatankuasa Rayuan Fakulti 54 7. PENGIJAZAHAN (1) Keperluan Pengijazahan 55 (2) Penganugerahan Ijazah 56 8. AM (1) Mengaudit Kursus 56 (2) Pengecualian Pemakaian 57 (3) Pembatalan Peraturan-Peraturan Peperiksaan 57 20

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Kaedah 24, Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, Senat Universiti Malaya membuat peraturan-peraturan seperti berikut: 1. NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai Sesi Akademik 2010/2011. (2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Malaya yang mengikuti program pengajian ijazah pertama mulai KECUALI pelajar yang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS). 2. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN (1) Keperluan/Kelayakan Asas Setiap calon warganegara yang ingin mengikuti program pengajian di Universiti Malaya hendaklah memenuhi syarat am Universiti seperti berikut: (iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan baik; Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf; Mempunyai salah satu kelulusan berikut: (A) Lulus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/Asasi Sains UM/Asasi 21

Pengajian Islam UM/Asasi Undang-Undang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00/Asasi Alam Bina UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75; (B) Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; (C) Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya: (aa) (bb) Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain; atau (D) Lulus sekurang-kurangnya tahap Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). (iv) Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET); dan (v) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat. Calon bukan warganegara yang ingin mengikuti program pengajian di Universiti Malaya hendaklah mempunyai National Higher School Certificate dan memenuhi syarat seperti berikut: Lulus dengan sekurang-kurangnya gred B atau/dan 80% dalam mata pelajaran berkenaan pada tahap GCE/A-Level/setaraf; atau Mempunyai sekurang-kurangnya PNGK3.00 dalam mata pelajaran berkenaan pada tahap sijil/diploma. dan 22

(iii) Mengambil dan lulus kursus Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Pengecualian diberi kepada calon yang mempunyai salah satu dari kelulusan berikut: (A) Skor TOEFL 550 (PBT), 213 (CBT) atau 80 (IBT). (B) (C) Band 6 ke atas untuk IELTS. C6 ke atas untuk General Certificate of Secondary Education (O Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (2) Syarat-syarat Lain (D) Lulus General Certificate of Education (A Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tertakluk kepada keperluan untuk memenuhi syarat am Universiti seperti yang dinyatakan dalam sub peraturan (1) di atas, calon juga hendaklah memenuhi keperluan khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam Jadual A kepada Peraturan ini. Calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran selewatlewatnya pada tarikh lapor diri yang ditetapkan oleh Universiti. Tempoh sahlaku tawaran kemasukan kepada calon adalah dua minggu dari tarikh permulaan sesuatu sesi program pengajian berkenaan. Selepas tempoh berkenaan, tawaran tersebut adalah dianggap luput sekiranya calon gagal melapor diri. (c) Atas sebab perubatan, calon boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran program pengajian. Walau bagaimanapun, penangguhan hanya dibenarkan sehingga kepada semester berikutnya atau bagi Fakulti yang hanya boleh menerima calon pada sesuatu semester sahaja setiap sesi, penangguhan dibenarkan selama satu sesi. Tawaran akan diluputkan sekiranya calon tidak juga mendaftar pada semester atau sesi berikut yang berkenaan. 23

(3) Syarat-syarat Kemasukan Pelajar Pemerhati Dekan Fakulti diberi kuasa untuk menerima masuk seseorang sebagai pelajar pemerhati tertakluk kepada syarat berikut: Tidak lebih dari satu tahun kalendar jika ia menjalankan penyelidikan atau tidak lebih dari satu sesi akademik jika ia mengikuti kursus; dan Jumlah kursus yang boleh diambil oleh seseorang pelajar pemerhati tidak boleh lebih dari 20 kredit pada Semester Biasa dan tidak boleh lebih dari 9 kredit pada Semester Khas. 3. PENDAFTARAN (1) Pendaftaran Kursus (c) (d) Pelajar diberi tempoh masa selama dua minggu dari tarikh permulaan semester untuk menyempurnakan pendaftaran kursus. Selepas tempoh tersebut, pelajar adalah dianggap telah menarik diri dari semester berkenaan sekiranya tiada apa-apa pendaftaran telah dibuat dan tiada apa-apa pemberitahuan diterima daripada pelajar berkenaan pada tempoh tersebut. Selepas tempoh tujuh minggu, sekiranya masih di dalam status yang sama, status akademik pelajar boleh diluputkan. Pelajar yang gagal menyempurnakan pendaftaran kursus selepas tempoh dua minggu perlu memaklumkan secara bertulis kepada pihak Universiti status mereka sebagai pelajar selewat-lewatnya sehingga minggu ketujuh dalam semester berkenaan. Kegagalan berbuat demikian bagi dua semester berturut-turut, status akademik pelajar adalah diluputkan. Pelajar baru dihadkan mengambil tidak melebihi 18 kredit dalam semester permulaan bagi program-program pengajiannya melainkan jika diluluskan oleh Senat selainnya bagi program-program pengajian tertentu. Pada amnya bilangan kredit maksimum yang boleh diambil dalam Semester Biasa adalah 20 kredit dan bagi Semester Khas ialah 9 kredit. 24

(e) (f) (g) Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan (c) dan (d) di atas, bilangan kredit ini tidak termasuk kredit kursus yang diaudit. Bilangan kredit minimum pada Semester Biasa yang boleh diambil oleh seseorang pelajar adalah 12 kredit tetapi tidak boleh kurang dari 6 kredit melainkan selepas tamat tempoh minimum pengajian program atau bagi maksud memenuhi keperluan pengijazahan. Pendaftaran kurang dari 12 kredit hendaklah mendapat kebenaran daripada Dekan Fakulti program pengajiannya. Seseorang pelajar dibenarkan mendaftar kursus lebih daripada 20 kredit tetapi tidak melebihi 22 kredit pada manamana Semester Biasa selepas semester permulaan pengajiannya tertakluk kepada pelajar memohon dan mendapat kelulusan Dekan Fakulti program pengajiannya. (h) Pelajar dalam dua semester yang terakhir program pengajiannya boleh memohon secara rasmi kepada Timbalan Naib Canselor yang berkenaan atas perakuan Dekan Fakulti untuk diberi kelonggaran mendaftar melebihi 22 kredit dalam sesuatu Semester Biasa bagi tujuan pengijazahan pada semester berkenaan. Untuk maksud ini, dua semester terakhir ialah semester kesembilan dan kesepuluh bagi pelajar di bawah Sistem Pengajian Enam Semester atau semester kesepuluh dan kesebelas bagi pelajar di bawah Sistem Pengajian Tujuh Semester atau semester kesebelas dan kedua belas bagi pelajar di bawah Sistem Pengajian Lapan Semester. Pelajar yang bukan dalam dua semester terakhir program pengajiannya dan bertujuan untuk menyempurnakan pengajian bagi pengijazahan pada semester berkenaan boleh memohon secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor yang berkenaan untuk mendaftar melebihi 22 kredit dalam sesuatu Semester Biasa atau melebihi 9 kredit bagi Semester Khas sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: bukan dalam tempoh pemerhatian akademik pada semester berkenaan jika permohonan dibuat bagi Semester Biasa atau bukan dalam tempoh pemerhatian akademik pada semester sebelumnya jika permohonan dibuat bagi Semester Khas; 25

mempunyai PNGK tidak kurang daripada 3.0 pada semester terakhir sebelum pendaftaran berkenaan; dan (iii) permohonan diperakukan oleh Dekan Fakulti berkenaan. (j) (k) (l) (m) (n) Dalam semester di mana pelajar diletakkan di bawah tempoh pemerhatian akademik menurut peruntukan peraturan 5(10)(e), Peraturan-Peraturan ini, pelajar berkenaan tidak dibenar mendaftar lebih daripada 12 kredit. Permohonan untuk mendaftar lebih daripada 12 kredit hendaklah dikemukakan secara rasmi untuk pertimbangan dan kelulusan Dekan Fakulti. Pendaftaran untuk kursus Kokurikulum dibenarkan selepas pelajar telah menjalani sekurang-kurangnya dua Semester Biasa pengajiannya. Pendaftaran untuk mana-mana kursus hendaklah selesai pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa dan hari Jumaat minggu kuliah pertama Semester Khas. Pendaftaran mana-mana kursus tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan semester telah bermula. Sekiranya pelajar gagal mematuhi sebarang prosedur pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan pelajar boleh dikenakan denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Universiti. (2) Pendaftaran Serentak Seseorang pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu program pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Universiti atau di institusi atau universiti lain. Mana-mana pelajar yang didapati melanggar perenggan di atas boleh ditamatkan dari program pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran dan bayaran lain yang telah dibayar. 26

(3) Kehadiran Kelas Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas. Pensyarah bertanggungjawab memaklumkan kepada pelajar tentang akibat ketidakhadiran dalam kelas. Pelajar pula bertanggungjawab mempastikan bahawa pensyarah diberitahu awal tentang ketidakhadirannya dalam kelas. Pensyarah dikehendaki menyimpan rekod kehadiran dan melaporkan tentang ketidakhadiran yang berlebihan kepada Dekan Fakulti. (4) Penamatan Pengajian Atas sebab perubatan Pelajar yang telah diluluskan penarikan diri dari semester atas sebab perubatan selama dua semester berterusan boleh ditamatkan dari pengajiannya atas perakuan Doktor Klinik Kesihatan Pelajar atau Hospital Kerajaan atau Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah kes pelajar tersebut dikaji semula oleh doktor berkenaan pada semester yang berikutnya. Atas sebab psikologi/perubatan psikiatri (5) Penarikan Diri Pelajar yang telah diluluskan penarikan diri dari semester atas sebab psikologi/perubatan psikiatri dan tidak mengambil peperiksaan akhir untuk empat Semester Biasa dan dua Semester Khas berturut-turut boleh ditamatkan dari pengajiannya atas perakuan doktor/pakar yang berkenaan. Penarikan diri dari kursus dan semester Penarikan diri dari kursus bermakna penarikan diri dari satu atau lebih kursus dalam sesuatu semester. Walau bagaimanapun, pelajar adalah tertakluk kepada syarat minimum kredit yang ditetapkan untuk Semester Biasa. Penarikan diri dari semester bermakna penarikan diri dari kesemua kursus yang didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan atau cuti daripada menghadiri kuliah bagi program pengajian yang sedang diikuti bagi semester berkenaan. Tempoh penarikan diri atas apa-apa sebab kecuali atas sebab 27

perubatan akan diambilkira sebagai memenuhi tempoh maksimum yang ditetapkan untuk program ijazah yang sedang diikuti. Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah menjalani program pengajiannya sekurang-kurangnya satu semester. (iii) Permohonan penarikan diri dari kursus atau semester boleh diluluskan oleh Dekan Fakulti tertakluk kepada ianya dilakukan sebelum atau pada hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester Biasa atau sebelum hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas. (iv) (v) Pelajar hendaklah mengisi dan mengemukakan borang tertentu kepada Dekan Fakulti dalam tempoh yang dibenarkan. Pelajar yang diluluskan untuk menarik diri daripada kursus atau semester sebelum atau pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa atau minggu kuliah pertama Semester Khas: (A) (B) tidak akan dikenakan yuran pengajian; dan rekod kursus berkenaan akan dihapuskan. (vi) Pelajar yang diluluskan untuk menarik diri daripada kursus atau semester selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua tetapi sebelum atau pada hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah pertama tetapi sebelum atau pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas akan: (A) dikenakan yuran pengajian bagi kursus berkenaan; dan (B) dicatatkan gred W bagi kursus atau W1 bagi semester yang mana berkenaan. (vii) Penarikan diri dari kursus atau semester selepas hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas adalah tidak dibenarkan kecuali diluluskan oleh 28

Timbalan Naib Canselor yang berkenaan atas permohonan pelajar yang dibuat secara bertulis melalui Dekan Fakulti. Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas sebab kecemasan yang disokong dengan bukti dokumentasi berkenaan atau atas sebab perubatan yang disokong dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Doktor Klinik Kesihatan Pelajar atau Hospital Kerajaan atau Pusat Perubatan Universiti Malaya. (viii) Sekiranya rayuan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan dengan gred W atau WI yang mana berkenaan. Yuran pengajian bagi kursus berkenaan akan tetap dikenakan. (ix) Sekiranya rayuan tidak diluluskan, pelajar dikehendaki meneruskan pengajiannya bagi kursuskursus berkenaan. Pelajar akan diberikan gred F sekiranya tidak menghadiri kursus dan tidak menduduki peperiksaan yang diadakan pada akhir semester berkenaan. (x) Penarikan diri dari kursus atau semester atas alasan berikut tidak dibenarkan: (A) prestasi pelajar yang tidak memuaskan bagi mana-mana kursus; (B) kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; atau (C) tidak puas hati terhadap mana-mana kursus. (xi) (xii) (xiii) Penarikan diri daripada mana-mana kursus atau semester tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan semester telah bermula. Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi akan diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod rasmi pelajar bagi kursus berkenaan. Di samping yuran pengajian, pelajar juga akan dikenakan bayaran pentadbiran atas suatu kadar 29

yang ditetapkan sekiranya rayuan pelajar berkenaan untuk perkara berikut diluluskan kerana kecuaian pelajar itu sendiri: (A) (B) pelajar yang diluluskan untuk mendaftar kursus secara kebelakang (iaitu selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah pertama Semester Khas); atau pelajar yang diluluskan untuk penarikan diri dari kursus secara kebelakang (iaitu selepas hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas). Penarikan diri dari Universiti Penarikan diri dari Universiti bermakna penarikan diri daripada program pengajian yang sedang diikutinya. Penarikan diri hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pendaftar melalui Dekan Fakulti dan keputusan Universiti adalah muktamad. (iii) Pelajar yang diluluskan menarik diri daripada Universiti selepas hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa atau selepas hari Jumaat minggu kuliah pertama Semester Khas akan: (A) (B) dikenakan yuran pengajian bagi kursus yang telah didaftarkan; dan dicatatkan gred W2 bagi kursus berkenaan. 4. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN (1) Nilai Kredit Pengiraan sistem kredit yang digunakan adalah berasaskan beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang meliputi semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran kursus yang ditetapkan. Berdasarkan sistem ini, 30

setiap kursus ditetapkan nilai kredit mengikut pengiraan 40 jam pembelajaran nosional bersamaan 1 kredit. (2) Penawaran dan Penyempurnaan Kursus Fakulti akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan dalam mana-mana semester. Setiap kursus baru boleh ditawarkan setelah mendapat kelulusan Senat. Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan diperiksa dalam satu semester. Hanya kursus-kursus tertentu yang telah terlebih dahulu mendapat kelulusan Senat boleh dibenarkan untuk dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester dan disempurnakan dalam dua semester berturut-turut. (c) Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian adalah seperti berikut: (iii) Enam semester bagi semua program pengajian di bawah Sistem Pengajian Enam Semester; Tujuh semester bagi semua program pengajian di bawah Sistem Pengajian Tujuh Semester; Lapan semester bagi semua program pengajian di bawah Sistem Pengajian Lapan Semester. (d) Tempoh maksimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian adalah seperti berikut: (iii) Sepuluh semester bagi semua program pengajian di bawah Sistem Pengajian Enam Semester; Sebelas semester bagi semua program pengajian di bawah Sistem Pengajian Tujuh Semester; Dua belas semester bagi semua program pengajian pengajian di bawah Sistem Pengajian Lapan Semester. Semester Khas tidak diambilkira dalam tempoh minimum dan maksimum tempoh pengajian sesuatu program pengajian. 31

(e) (f) Bagi Sistem Pengajian Tujuh Semester dan Sistem Pengajian Lapan Semester kecuali program dalam bidang pendidikan, pelajar boleh dibenarkan menamatkan pengajian dan bergraduat satu semester lebih awal dari tempoh minimum tertakluk kepada pelajar memenuhi jumlah kredit keseluruhan program pengajiannya dan memenuhi keperluan badan profesional berkenaan (jika ada). Walau apapun peruntukan yang dinyatakan di perenggan 4(2)(c) dan 4(2)(e), seseorang pelajar yang diluluskan pemindahan atau pengecualian kredit boleh menamatkan pengajian dan bergraduat lebih awal sebelum tempoh minimum pengajian, iaitu, Lima semester bagi pelajar di bawah Sistem Pengajian Enam Semester dan Sistem Pengajian Tujuh Semester; atau Enam semester bagi pelajar di bawah Sistem Pengajian Lapan Semester. Peruntukan bagi 4(2)(f) dan 4(2)(f) adalah tertakluk kepada pelajar memenuhi jumlah kredit keseluruhan program pengajiannya kecuali bagi program dalam bidang pendidikan atau jika ditetapkan selainnya oleh badan profesional. (g) Jumlah kredit untuk pakej minor dan major hendaklah seperti mana yang ditentukan oleh Fakulti dan Senat bagi setiap program pengajian berdasarkan pemberatan sebagaimana yang dinyatakan di Jadual B kepada Peraturan ini. (3) Pemindahan Kredit Pemindahan kredit bermakna pemindahan kredit bersamasama dengan gred yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh pelajar selepas diterima masuk untuk mengikuti program pengajian di Universiti. Dalam proses pemindahan kredit, kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan mata gred bagi kursus berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kebenaran untuk pemindahan kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 32

(iii) kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini; gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang daripada C atau 2.0; dan kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah merupakan kursus dari program pengajian yang setaraf dengan program pengajian yang sedang diikuti di Universiti. (c) Walau bagaimanapun dalam keadaan istimewa, pelajar yang diluluskan pertukaran program pengajian, boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat di atas. (4) Pengecualian Kredit Pengecualian kredit bermakna pengecualian dari pendaftaran dan mengikuti kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar sebelum diterima masuk ke program pengajian Universiti ini seperti mana yang diluluskan oleh Senat. Kursus yang diluluskan pengecualian kredit akan diberikan gred K dan kredit tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Bagi maksud pertimbangan pengecualian kredit, pelajar dikehendaki memperolehi sijil/diploma/ijazah berkenaan terlebih dahulu; dan permohonan dikemukakan dalam dua semester pertama pengajian. (c) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti berikut: kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini; dan gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang daripada C atau 2.0. 33

(d) Dalam keadaan tertentu kursus yang tidak diluluskan untuk pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk pengecualian kredit tertakluk kepada syarat-syarat di atas. (5) Permohonan Pemindahan Dan Pengecualian Kredit Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tertentu yang boleh didapati di Fakulti masing-masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa bersama-sama dengan: (iii) bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan dikembalikan; silibus dan sistem pemarkahan kursus yang dipohon untuk pemindahan atau pengecualian kredit; dan satu salinan sijil/diploma/ijazah berkenaan. (c) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindahkan dan dikecualikan tidak boleh melebihi satu pertiga jumlah kredit program pengajian berkenaan. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Pendaftar mengenai keputusan permohonan pemindahan atau pengecualian kredit yang dipohon. 5. PEPERIKSAAN (1) Pendaftaran Peperiksaan Pelajar hendaklah mendaftar untuk memasuki peperiksaan dengan mengesahkan borang yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup untuk kemasukan ke suatu peperiksaan. Pendaftaran lewat untuk memasuki peperiksaan Universiti akan dikenakan bayaran denda atas suatu kadar yang ditetapkan. (2) Pendaftaran Peperiksaan Pelajar Pemerhati Seseorang pelajar pemerhati tidak akan dibenarkan menduduki mana-mana peperiksaan akhir Universiti kecuali 34

dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pendaftar. Kebenaran hanya akan diberikan jika pelajar itu ialah seorang pelajar universiti atau institusi lain dan ia memohon untuk memindahkan gred dan/atau kredit kepada universiti atau institusinya. Permohonan untuk menduduki peperiksaan akhir hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pendaftar tidak lewat dari dua minggu sebelum minggu peperiksaan bermula. Permohonan hendaklah disertai dengan satu surat daripada pendaftar atau pegawai berkuasa dari universiti atau institusinya yang meminta supaya aturan seperti ini dibuat. (c) (d) Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan di atas, dalam keadaan tertentu, Pendaftar boleh membenarkan seseorang pelajar pemerhati menduduki mana-mana peperiksaan akhir Universiti bagi maksud selain daripada memindahkan gred dan/atau kredit kepada universiti atau institusinya. Kebenaran untuk menduduki mana-mana peperiksaan akhir Universiti di bawah perenggan dan di atas adalah tertakluk kepada Dekan Fakulti atau Ketua Jabatan di mana pelajar mendaftar kursus berkenaan mengesahkan bahawa pelajar telah memenuhi syarat minimum 80% kehadiran. Keputusan peperiksaan tidak akan diberikan kepada pelajar tetapi dihantar terus kepada universiti atau institusinya. (3) Keperluan Kehadiran Kelas Tertakluk kepada subperaturan 3(3) Peraturan-Peraturan ini, mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% bagi sesuatu kursus tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah berkenaan boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut oleh Dekan Fakulti bagi program pengajiannya. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Dekan Fakulti berkenaan sebelum peperiksaan semester bermula sekiranya ia dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir semester sesuatu kursus. Pelajar diberi tempoh selama satu minggu dari tarikh surat berkenaan untuk mengemukakan rayuan. Atas alasanalasan yang munasabah Dekan Fakulti boleh menarik balik notis larangan menduduki peperiksaan. 35

Mana-mana pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir semester berkenaan untuk sesuatu kursus akan dianggap gagal bagi komponen peperiksaan akhir kursus berkenaan. (4) Kaedah Penilaian Prestasi Pelajar (c) Kaedah penilaian sesuatu kursus bergantung kepada hasil pembelajaran dan kandungan kursus berkenaan. Nisbah sumbangan atau pemberatan sesuatu kaedah penilaian dalam jumlah markah akhir akan ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat, misalnya 60% penilaian berterusan, 40% peperiksaan akhir atau 50% penilaian berterusan, 50% peperiksaan akhir. Bagi maksud Peraturan ini, penilaian berterusan adalah termasuk tugasan, projek, ujian kelas, kuiz dan tutorial. Kursus yang berbentuk praktikal atau projek seperti Latihan Industri, Projek Ilmiah atau Latihan Mengajar, boleh dinilai 100% berdasarkan penilaian berterusan sepanjang tempoh latihan berkenaan, tanpa ujian bertulis. Pelajar hendaklah dimaklumkan keputusan komponen penilaian berterusan bagi setiap kursus yang diikuti. Pemakluman hendaklah dibuat secepat yang mungkin selepas selesai penilaian komponen berkenaan tetapi tidak melewati minggu kuliah ke empat belas bagi semester biasa dan minggu kuliah ke tujuh bagi semester khas. (5) Skim Penggredan Gred rasmi Universiti serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut: Markah Gred Mata Gred Maksud 80-100 75-79 A A- 4.0 3.7 Cemerlang Cemerlang 70-74 65-69 60-64 B+ B B- 3.3 3.0 2.7 Kepujian Kepujian Kepujian 55-59 50-54 C+ C 2.3 2.0 Lulus Lulus 45-49 C- 1.7 Lulus Pinggiran 36

40-44 D+ 1.3 Gagal 35-39 D 1.0 Gagal 00-34 F 0.0 Gagal Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di perenggan di atas, gred-gred berikut juga boleh diberikan kepada seseorang pelajar untuk sesuatu kursus yang diikutinya: (A) Gred I, diberi apabila- (aa) (bb) pelajar tidak mengambil peperiksaan akhir bagi mana-mana kursus dalam sesuatu semester atas sebab perubatan dan/atau perikemanusiaan seperti yang diperuntukkan oleh perenggan (13) di bawah dan gred itu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan; dan/atau sebahagian daripada keperluan kursus masih belum disempurnakan atas alasan di luar kawalan pelajar yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan. (B) Dalam keadaan di perenggan (aa) di atas, pelajar dibenarkan menduduki peperiksaan khas kursus berkenaan tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus tersebut. Pelajar akan dikehendaki menduduki peperiksaan khas untuk kursus berkenaan yang diadakan selewat-lewatnya satu minggu selepas Jawatankuasa Pemeriksa yang berkenaan membuat keputusannya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh membenarkan penangguhan tarikh peperiksaan khas tersebut sehingga sebelum Semester Biasa berikutnya bermula. Atas sebab psikologi/perubatan psikiatri/penyakit yang berpanjangan, penangguhan tarikh peperiksaan khas tersebut boleh diberikan sehingga tidak melebihi empat semester biasa dan dua semester khas berturut-turut. 37

(C) (D) (E) (F) Dalam keadaan di perenggan (bb) di atas, pelajar dikehendaki menyempurnakan sebahagian keperluan kursus berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat minggu selepas Jawatankuasa Pemeriksa yang berkenaan membuat keputusannya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh membenarkan penangguhan penyempurnaan keperluan kursus berkenaan selewat-lewatnya sehingga sebelum minggu peperiksaan Semester Biasa berikutnya bermula. Dalam kedua-dua keadaan di atas, pelajar tidak dikenakan sebarang yuran. Pelajar yang tidak mengambil peperiksaan khas kursus berkenaan apabila diadakan; dan/atau menyempurnakan sebahagian keperluan kursus berkenaan pada tempoh yang ditetapkan, gred I untuk kursus tersebut akan dipinda ke gred sebenar berdasarkan pencapaian pelajar bagi komponen lain kursus berkenaan atau gred F atau gred U bagi kursus yang tiada pecahan pemberatan markah. Pelajar yang diberi gred I untuk sesuatu kursus tidak dibenarkan mengulang kursus berkenaan dalam apa-apa keadaan sekalipun sehingga gred I tersebut digugurkan. (G) Apabila pelajar lulus peperiksaan khas dan/atau telah menyempurnakan sebahagian keperluan kursus berkenaan, gred yang diperolehi akan diberi bagi menggantikan gred I pada semester di mana pelajar mendapat gred I tersebut. Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kredit; (iii) Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi kursus yang dijalankan dalam dua semester berturutan; 38

(iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi memuaskan; Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi tidak memuaskan; Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar termasuk pelajar pemerhati untuk kursus-kursus yang diaudit sahaja. Kredit tidak diberi untuk gred ini; Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri secara rasmi dalam sesuatu semester; Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi daripada semester; dan Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi daripada Universiti. (c) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C, kecuali bagi kursus yang dinilai hanya dari segi memuaskan atau tidak memuaskan. (6) Penebusan Gred Kursus Pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk menebus gred C- bagi mana-mana kategori kursus tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan persetujuan Dekan Fakulti program pengajiannya: (iii) (iv) Kursus tersebut boleh ditebus kepada gred C sahaja; Markah akan ditambah kepada markah sedia ada; Penebusan hanya boleh dibuat untuk satu kursus sahaja pada semester berkenaan; dan Permohonan untuk menebus gred C- hendaklah dibuat dalam masa dua minggu selepas tarikh rasmi keputusan peperiksaan. Penebusan kursus ini boleh dibuat melalui tugasan, ujian atau kaedah-kaedah penilaian lain yang ditetapkan oleh pemeriksa kursus berkenaan. 39

(7) Mengulang Kursus Pelajar yang memperolehi gred kurang daripada gred lulus bagi kursus sepertimana ditetapkan di bawah perenggan 5(5)(c) dan tidak memilih untuk menebus gred kursus menurut perenggan 5(6) di atas, dikehendaki mengulang kursus berkenaan sehingga mencapai sekurang-kurangnya gred lulus yang ditetapkan bagi kursus tersebut tertakluk kepada struktur program pengajian yang diikuti oleh pelajar dan had tempoh pengajian maksimum. Walau bagaimanapun sekiranya pelajar memperolehi gred F sebanyak tiga kali, pelajar adalah dianggap gagal keluar dari program pengajiannya di Universiti. (8) Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi Akademik Tertakluk kepada struktur program pengajian yang diikuti oleh pelajar sebagaimana yang diluluskan oleh Senat dan had tempoh pengajian maksimum, seseorang pelajar dibenarkan mengulang mana-mana kursus sekali sahaja untuk mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus kepada satu gred yang lebih baik. Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK. Bagi tujuan mempertingkatkan prestasi akademik, pelajar dibenarkan mengambil kursus lain dalam kategori yang sama sebagai ganti bagi tujuan tersebut. (9) Pengurusan Markah dan Gred Pensyarah dikehendaki mempamerkan gred kursus sebagai keputusan tidak rasmi (provisional result) untuk makluman pelajar dalam tempoh selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh peperiksaan kertas terakhir. Markah dan gred kursus akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemeriksa melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti selepas dua minggu daripada tarikh akhir minggu peperiksaan. Markah dan gred muktamad bagi sesuatu kursus bagi setiap pelajar adalah seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksa. Pendaftar bertanggungjawab menyimpan rekod rasmi pelajar dan mengeluarkan kepada setiap pelajar: keputusan peperiksaan semester berkenaan; dan 40

transkrip akademik pelajar selepas tamat program pengajiannya. (10) Penentuan Prestasi Akademik Pelajar Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan PNGK. PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester. Contoh Pengiraan PNG: Kursus Gred Mata Gred Kredit Kredit X Mata Gred K1 A 4.0 4 4 X 4.0 = 16.0 K2 C+ 2.3 3 3 X 2.3 = 6.9 K3 C- 1.7 3 3 X 1.7 = 5.1 K4 C 2.0 3 3 X 2.0 = 6.0 Jumlah 13 PNG = 34 13 = 2.62 PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini. (iii) Mata gred dan kredit yang diperolehi dalam manamana semester hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan PNG dan PNGK semester berkenaan. Gred F tidak diberikan sebarang mata gred atau kredit walaupun jumlah kredit bagi kursus berkenaan dimasukkan dalam pengiraan PNG dan PNGK. (iv) Kredit bagi kursus-kursus yang diberi gred bertanda I, K, P, S, U, R, W, W1, W2 tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. 41

(v) (vi) Kredit akan diberi untuk pengiraan kredit dapat bagi kursus dengan gred A, A-, B+, B, B-, C+, C, K dan S. Kredit tidak akan diberi untuk Kursus Universiti, Kursus Teras dan Kursus Elektif/Minor dengan gred C-, D+ dan D. Kursus-kursus yang diberi gred bertanda U, R, W, W1 dan W2 tidak diberi kredit. Kursus-kursus yang bertanda I dan P tidak akan diberi kredit sehingga gred akhir bagi kursus itu diperolehi pada semester berkenaan. Di mana seorang pelajar mengulang sesuatu kursus, gred yang diambilkira dalam pengiraan PNGK dan yang diberi kredit ialah gred yang terbaik dicapainya. Gred kursus bagi pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib Di dalam keadaan di mana seseorang pelajar didapati bersalah dan hukuman telah dikenakan di bawah kaedah 6 dan kaedah 8 hingga (d) Kaedah-Keadah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, gred kursus yang berkenaan akan ditentukan oleh Senat. (c) Keperluan minimum program pengajian Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian di Universiti, seseorang pelajar hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang 2.0 pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya. (d) Senarai Dekan Pelajar yang mencapai PNG 3.7 dan ke atas bagi mana-mana Semester Biasa dan memenuhi syaratsyarat berikut akan dicatat sebagai Lulus Dengan Cemerlang bagi semester berkenaan dan namanya akan dimasukkan dalam Senarai Dekan: (A) mengambil dan menduduki peperiksaan untuk kursus yang berjumlah sekurang-kurangnya 15 kredit dalam Semester Biasa berkenaan yang mengandungi minimum empat kursus, tidak termasuk kursus yang kreditnya tidak diambilkira dalam pengiraan kumpulan kredit kira; 42

(B) (C) mendapat tidak kurang daripada gred C bagi mana-mana kursus yang ia telah ambil dalam semester berkenaan; dan tidak mengulang mana-mana kursus dalam semester berkenaan. Pelajar yang memenuhi syarat-syarat dalam perenggan di atas tetapi juga memperolehi gred I bagi mana-mana kursus dalam semester berkenaan hanya dipertimbangkan untuk diberi Lulus Dengan Cemerlang selepas gred I berkenaan ditukar ke gred sebenar yang dicapai oleh pelajar. Dalam keadaan seperti ini Lulus Dengan Cemerlang akan diberi secara kebelakang pada semester berkenaan sekiranya pelajar berkenaan layak mendapatkannya. (iii) (iv) Walaupun pelajar telah memenuhi syarat dalam perenggan di atas, pelajar yang telah diberi pelanjutan pengajian kerana menyempurnakan baki kredit, tidak layak diberi Lulus Dengan Cemerlang. Hanya gred untuk kursus yang diambilkira dalam pengiraan PNG akan dipertimbangkan untuk Lulus Dengan Cemerlang. (e) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.0 dalam sesuatu semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam Semester Biasa berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0. Dekan Fakulti di mana pelajar mendaftar program pengajiannya hendaklah memberi amaran kepada pelajar berkenaan berhubung status pemerhatiannya. (f) Gagal Keluar Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya: (A) sedang berada dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dan selepas itu mendapat PNG 1.3 atau kurang untuk dua Semester Biasa berturut-turut; 43

(B) (C) (D) (E) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk empat Semester Biasa berturut-turut; memperoleh gred F sebanyak tiga kali bagi mana-mana Kursus Universiti dan Kursus Teras; memperoleh PNGK kurang daripada 1.0 untuk dua Semester Biasa berturut-turut; dan gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh maksimum yang ditetapkan. Mana-mana pelajar yang diterima masuk semula selepas gagal keluar dan memperolehi PNG kurang dari 2.0 akan ditamatkan program pengajiannya. (iii) Apabila seseorang pelajar ditamatkan daripada program pengajiannya, notis penamatan hendaklah dihantar kepada pelajar oleh Dekan Fakulti di mana pelajar mendaftar untuk program pengajiannya. (11) Pemeriksa-Pemeriksa Jawatankuasa Pemeriksa Penubuhan Jawatankuasa Pemeriksa (A) (B) Jawatankuasa Pemeriksa bagi setiap program pengajian hendaklah ditubuhkan bagi setiap semester pada sesuatu sesi akademik. Tertakluk kepada kuasa Senat, Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah mempertimbangkan keputusan peperiksaan dan menjalankan apaapa kuasa lain yang diberi kepadanya menurut peruntukan peraturan-peraturan yang berkenaan dan ketetapan Senat. Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa Kecuali diperuntukkan selainnya kemudian daripada ini, keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah seperti berikut: 44

(A) Naib Canselor sebagai ahli ex-officio; (B) Dekan Fakulti berkenaan atau wakilnya, sebagai Pengerusi dengan syarat bahawa Naib Canselor hendaklah mempengerusikan apabila ia hadir dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa; (C) (D) Timbalan Dekan Fakulti yang berkenaan; Ketua Jabatan; (E) Penyelaras yang bertanggungjawab untuk mana-mana kursus atau rancangan pengajian yang tidak termasuk di bawah bidang manamana Jabatan dalam Fakulti, jika berkenaan; (F) (G) (H) Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program bagi program pengajian yang berkenaan; Mana-mana Pemeriksa Dalam; dan/atau Mana-mana orang lain seperti yang dilantik oleh Senat. Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik sesiapa juga sebagai ahli sesuatu Jawatankuasa Pemeriksa kecuali sepertimana yang diperuntukkan sebaliknya di bawah Peraturan- Peraturan ini dengan syarat bahawa pelantikan demikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin. Jika Dekan Fakulti bercuti atau kerana atas apa-apa sebab lain dia tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa, Timbalan Dekan yang bertanggungjawab untuk urusan Ijazah Pertama boleh menjalankan kewajipan Dekan Fakulti sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa dengan persetujuan Naib Canselor. Pendaftar atau wakilnya hendaklah menjadi Setiausaha kepada tiap-tiap Jawatankuasa Pemeriksa. 45

(iii) Kuasa Jawatankuasa Pemeriksa (A) Tertakluk kepada Peraturan ini dan manamana ketetapan Senat, Jawatankuasa Pemeriksa diberi kuasa oleh Senat untuk memperakukan kepada Fakulti perkaraperkara berikut: (aa) Status prestasi pelajar, sama ada; (AA) lulus dan dibenar meneruskan pengajian; (BB) lulus dan layak dianugerahkan ijazah; (CC) gagal dan ditamatkan pengajian; (DD) berada dalam tempoh pemerhatian dan dibenar meneruskan pengajian; atau (EE) mendapat gred I dan dibenarkan mengambil peperiksaan khas. (bb) (cc) (dd) Penambahan markah; Penangguhan keputusan peperiksaan; atau Pertimbangan perakuan Jawatankuasa Rayuan mengenai pindaan markah dan/atau gred. (B) Jawatankuasa Pemeriksa boleh melaporkan kepada Senat melalui Fakulti mengenai apaapa perkara yang berkaitan dengan suatu peperiksaan. (iv) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa adalah terdiri daripada Pengerusi dan satu pertiga daripada keahlian Jawatankuasa Pemeriksa. Pemeriksa Dalam Fakulti boleh melantik guru sepenuh masa atau sambilan Universiti menjadi pemeriksa dalam, untuk sebarang kursus atau peperiksaan atau sebahagian daripada kursus atau peperiksaan atau untuk memeriksa laporan penyelidikan/laporan kerja 46

lapangan/laporan praktikum/kertas projek dan lainlain laporan akademik seperti yang ditetapkan oleh Senat. Sekiranya berlaku kecemasan, Dekan Fakulti berkenaan boleh melantik pemeriksa dalam dengan syarat bahawa pelantikan demikian hendaklah dilaporkan kepada Fakulti secepat mungkin. (c) Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program (iii) Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program hendaklah dilantik oleh Senat atas perakuan Fakulti berkenaan. Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program biasanya hendaklah dilantik dari kalangan akademia luar Universiti yang berkelayakan, berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam program pengajian berkenaan. Dalam keadaan tertentu pakar dalam program pengajian berkenaan yang tidak terdiri dari kalangan akademia boleh dilantik sebagai Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program untuk sesuatu program pengajian Sarjana Muda. Profesor Emeritus atau Profesor Adjung Universiti tidak boleh dilantik sebagai Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program untuk sesuatu program ijazah Sarjana Muda. Seorang bekas guru penuh masa Universiti boleh dilantik sebagai Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program dengan syarat beliau: (A) Mempunyai kelayakan pengalaman dan kepakaran yang relevan dalam program pengajian Sarjana Muda berkenaan; (B) (C) Telah meninggalkan perkhidmatan Universiti untuk tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh pelantikan beliau sebagai Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program; dan Sedang mengajar di institusi pendidikan tinggi lain yang setaraf atau mengamalkan pengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan program pengajian berkenaan. 47

(iv) (v) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program dengan syarat bahawa pelantikan demikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin. Tertakluk kepada peruntukan Peraturan ini, sekurangkurangnya seorang Pemeriksa Luar/Penilai Luar Program hendaklah dilantik untuk setiap program pengajian. Tempoh pelantikan seseorang pemeriksa luar/penilai program adalah untuk tiga sesi akademik. (12) Peperiksaan Khas (c) Selain daripada peperiksaan khas bagi tujuan menggantikan gred I yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti, atau apa-apa keadaan yang dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan ini, peperiksaan khas bagi tujuan lain atau bagi keadaan luar biasa hanya akan diadakan tertakluk kepada kelulusan Senat. Pelajar kurang upaya yang tidak berupaya mengambil peperiksaan yang ditetapkan, Senat boleh, atas perakuan Fakulti berkenaan, memberi kebenaran menggantikannya dengan satu penilaian dalam apa-apa bentuk lain yang bersesuaian. Sekiranya berlaku kecemasan, selain bagi maksud di perenggan di atas Naib Canselor, setelah menimbangkan perakuan Dekan Fakulti berkenaan, boleh memberi kebenaran bahawa satu penilaian dalam apa-apa bentuk lain yang bersesuaian diadakan sebagai ganti dengan syarat bahawa penggantian demikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin. (13) Tidak Hadir Peperiksaan Peraturan Am Tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan ini, mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-mana kertas peperiksaan hendaklah dianggap telah gagal bagi komponen peperiksaan akhir peperiksaan kursus berkenaan. 48

Tidak hadir peperiksaan atas sebab perubatan/ perikemanusiaan: Di mana pelajar telah tidak mengambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan Universitinya atas sebab perubatan atau atas sebab perikemanusiaan iaitu ditimpa musibah atau kematian ibubapa serta waris terdekat seperti penjaga, anak, suami/isteri, adik beradik, datuk atau nenek hendaklah mengemukakan permintaan bertulis kepada pensyarah/ketua Jabatan/Dekan Fakulti untuk kesnya dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemeriksa yang berkaitan. Dalam keadaan ini, kesnya hendaklah diselenggarakan mengikut perenggan di bawah. Seandainya tidak ada permintaan bertulis diterima, kesnya hendaklah diselenggarakan mengikut perenggan di atas. Satu permintaan bertulis seperti yang tersebut dalam perenggan di atas mestilah disampaikan kepada pensyarah/ketua Jabatan/Dekan Fakulti tidak lewat daripada empat puluh lapan jam setelah tamatnya kertas terakhir peperiksaan pelajar itu. Permintaan bertulis itu mestilah disertakan dengan: (A) sijil sakit dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Doktor Klinik Kesihatan Pelajar atau hospital kerajaan atau Pusat Perubatan Universiti Malaya atau Pusat Perubatan Swasta sekiranya atas sebab perubatan. Sijil cuti sakit tanpa laporan perubatan tentang jenis penyakit pelajar tidak akan diberi pertimbangan; atau (B) satu laporan daripada pegawai daerah atau pegawai polis yang menjadi ketua daerahnya jika telah tidak memasuki sebahagian atau seluruh peperiksaannya disebabkan oleh sebab perikemanusiaan seperti yang tersebut di atas. (iii) Setelah menerima satu permintaan bertulis seperti yang tersebut dalam perenggan dan di atas, pensyarah/ketua Jabatan/Dekan Fakulti hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa 49

Pemeriksa berkenaan. Jawatankuasa Pemeriksa boleh, setelah menimbangkan kes itu, memperakukan kepada Senat: (A) (B) (C) bahawa pelajar itu dianggap telah gagal bahagian itu atau kursus itu atau keseluruhan peperiksaan yang ia tidak ambil; atau bahawa pelajar dianggap telah menarik diri daripada bahagian itu atau kursus itu atau keseluruhan peperiksaan; atau bahawa pelajar itu dibenarkan mengambil bahagian itu atau kursus itu atau keseluruhan peperiksaan yang ia telah tidak ambil, dalam tempoh peperiksaan khas. (iv) Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh sekali-kali mengambil kira sebarang rayuan atau permintaan bertulis yang dikemukakan oleh pelajar yang telah tidak ambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan disebabkan atas sebab perubatan dan/atau atas sebab perikemanusiaan seperti yang tersebut dalam perenggan di atas sesudah Jawatankuasa Pemeriksa mengadakan mesyuarat untuk menimbangkan dan menetapkan keputusan peperiksaan pelajar. Sebarang rayuan atau permintaan bertulis seperti itu hanya boleh diambil kira untuk tujuan mengkaji semula ketetapan Jawatankuasa Pemeriksa menamatkan kursus pelajar atau menamatkan program pengajiannya dan menolak kemasukannya semula. (c) Tidak hadir keseluruhan peperiksaan akhir atas sebab perubatan Walau apapun peruntukan peraturan yang tersebut di atas, pelajar yang tidak dapat hadir untuk keseluruhan peperiksaan akhir untuk menyempurnakan program pengajiannya atas sebab perubatan boleh, dalam keadaan tertentu, dipertimbangkan untuk pemberian satu Anugerah Aegrotat menurut peruntukan Peraturan XIII, Bahagian 2 (Disemak), 1986. 50

(d) Sakit semasa peperiksaan Pelajar yang jatuh sakit semasa mengambil peperiksaan hendaklah melaporkan kepada ketua pengawas peperiksaan atau mana-mana pengawas yang harus menguruskan supaya pelajar itu diperiksa dengan serta merta oleh Doktor Klinik Kesihatan Pelajar. Laporan Doktor berkenaan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh pemeriksaan oleh Doktor tersebut. (14) Hal-hal Lain Berkaitan Peperiksaan Pengawas peperiksaan Pengawas peperiksaan hendaklah dilantik bagi setiap peperiksaan dan adalah bertanggungjawab kepada Naib Canselor. Arahan am peperiksaan Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung di dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010, setiap peperiksaan yang dijalankan oleh Universiti adalah tertakluk kepada arahan am peperiksaan seperti yang dinyatakan di Jadual C kepada Peraturan ini. (c) Keputusan peperiksaan Bagi maksud Peraturan ini, keputusan bagi semua peperiksaan Universiti hendaklah dilaporkan untuk kelulusan Senat atau mana-mana pihak yang diturunkan kuasa oleh Senat. Tarikh keputusan peperiksaan rasmi adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan dimaklumkan kepada pelajar oleh Seksyen Peperiksaan mengikut apa-apa kaedah dan/atau saluran yang ditetapkan oleh pihak Universiti. (D) Kerahsiaan pengurusan peperiksaan Semua urusan yang berkaitan dengan peperiksaan adalah RAHSIA dan tidak boleh diumumkan kepada 51

mana-mana pelajar atau pihak lain yang tidak berkenaan kecuali dengan kebenaran. Semua pihak yang terlibat dalam urusan peperiksaan adalah diwajibkan menandatangani surat Pengakuan Kerahsiaan Peperiksaan pada setiap semester. 6. RAYUAN (1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus Rayuan terhadap keputusan kursus tidak rasmi Pelajar hendaklah dimaklumkan keputusan komponen penilaian berterusan bagi setiap kursus. Pemakluman hendaklah dibuat secepat yang mungkin selepas selesai penilaian komponen berkenaan tetapi tidak melewati minggu kuliah ke empat belas bagi Semester Biasa dan minggu kuliah ke tujuh bagi Semester Khas. Pemakluman keputusan bagi kursus-kursus progresif pula adalah berdasarkan kemajuan komponen berkenaan bagi kursus tersebut. Rayuan boleh dikemukakan terus kepada pensyarah kursus berkenaan bagi penilaian yang melibatkan hasil kerja bertulis seperti tugasan, esei, laporan, projek dan ujian bertulis tidak melewati minggu kuliah ke empat belas dan diselesaikan sebelum minggu peperiksaan bermula. Pelajar yang tidak berpuas hati terhadap keputusan peperiksaan akhir kursus tidak rasmi boleh membuat rayuan kepada pensyarah kursus berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh keputusan tidak rasmi dimaklumkan. Rayuan terhadap keputusan kursus rasmi Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan rasmi termasuk komponen penilaian berterusan dan peperiksaan akhir kursus boleh membuat rayuan seperti di perenggan di bawah untuk keputusan tersebut disemak semula. Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan 52