TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PREMIUM MATA WANG GLOBAL. bermakna sebuah mesin juruwang automatik.

dokumen-dokumen yang mirip
jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PREMIUM MATA WANG GLOBAL (berkuatkuasa dari 1hb Julai 2014)

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL BIL KREDIT YANG DIBELI

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATA WANG ASING (13 Jun 2017)

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN SIMPANAN (berkuatkuasa dari 1hb Mei 2015)

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN SEMASA (Berkuatkuasa dari 1hb Julai 2014) bermakna Akaun Semasa yang dibuka dan/atau dikekalkan dengan kami.

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN WEALTH PREMIUM (Berkuat kuasa dari 15 November 2015)

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN DEPOSIT TETAP (Berkuat kuasa dari 1 Mei 2017)

Terma Dan Syarat Yang Mentadbir Akaun Pelaburan Bon

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PRIVILEGE (berkuatkuasa dari 1hb Mei 2017)

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR i-account (berkuatkuasa dari 2hb Januari 2015)

Terma dan Syarat Pinjaman Peribadi UOB ( Terma dan Syarat ) ini akan mentadbir Pinjaman Peribadi UOB ( Pinjaman ) yang kami akan sediakan kepada anda.

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN DEPOSIT TETAP (Berkuatkusa dari 1hb September 2014)

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING ( Terma dan Syarat ) (Berkuatkuasa 1 Julai 2014)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PERJANJIAN CLUB CARD. 1. Sila baca terma dan syarat di dalam dokumen ini sebelum mengesahkan penerimaan dan/atau penggunaan CLUB CARD.

Fasal-fasal yang dipinda

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Terma Dan Syarat Yang Mentadbir Perkhidmatan Pelaburan

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

bermakna Kod Hasil Dalam Negeri 1986 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

1. TAFSIRAN 1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud berikut:

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR ONE ACCOUNT (Berkuatkuasa 16 Oktober 2017)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Terma dan Syarat Perbankan Umum

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Perjanjian Maybankard Platinum

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Polisi Privasi. Pengenalan

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT DEBIT MASTERCARD UOB

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN TELEFON UOB (Berkuatkuasa mulai 1 November 2015)

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB A. MEMOHON UNTUK PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

Transkripsi:

Definisi TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN PREMIUM MATA WANG GLOBAL ATM Akaun Pemegang Akaun, anda atau kamu Bank, kami, kita BNM Cawangan Hari Perniagaan Hari DCHEQS EFTPOS Kadar Faedah Pengawalan Penyata Akaun Terma dan Syarat Akaun Panggilan Akaun Deposit Bertempoh bermakna sebuah mesin juruwang automatik. bermakna akaun premium mata wang global (yang mungkin juga merupakan Akaun Panggilan atau akaun deposit bermasa) yang dibuka dan/atau dikekalkan dengan kami. bermakna seorang pemegang akaun untuk Akaun, sama ada secara tunggal atau bersama, yang mana sesuai. bermakna United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan, di mana boleh digunakan, termasuk pengganti hak milik dan pemegang serah haknya. bermakna Bank Negara Malaysia. bermakna pejabat cawangan kami di mana Akaun dibuka dan/atau dikekalkan. bermakna hari di mana Bank dibuka untuk perniagaan di Wilayah Persekutuan dan di negara mata wang asing. bermakna satu hari kalendar dalam kalendar Gregory. bermakna Sistem Maklumat Cek-cek Tidak Laku bermakna perkhidmatan pemindahan dana elektronik yang disediakan pada masa jualan yang dilakukan di antara anda dan pihak ketiga. bermakna kadar faedah yang ditetapkan oleh kami dari masa ke semasa sebagai kadar faedah yang digunakan untuk Akaun. bermakna mana-mana Garis Panduan BNM, pengawalan atau peraturan daripada mana-mana badan kerajaan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, yang mungkin diubah atau dilaksanakan dari masa ke semasa. bermakna salinan penyata fizikal yang kami keluarkan kepada anda setiap bulan atau pada permintaan anda, yang menunjukkan semua transaksi dalam Akaun termasuk penempatan, pengeluaran dan baki wang dalam Akaun. bermakna Terma dan Syarat yang mentadbir Akaun (termasuk sebarang perubahan atau penambahan kepadanya yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa). bermakna akaun panggilan pelbagai mata wang yang dibuka dan/atau dikekalkan dengan kami. bermakna akaun deposit jangka mata wang asing yang dibuka dan/atau dikekalkan dengan kami. 1

1 Terma dan Syarat Dengan membuka, mengekal dan menggunakan Akaun, anda bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini. Terma dan Syarat ini digunakan pada dan mentadbir semua Akaun yang dibuka dan dikekalkan pada masa kini, dan yang dibuka dengan kami pada masa hadapan. Anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima setiap terma. 2 Akaun Panggilan 2.1 Deposit permulaan minimum yang diperlukan untuk pembukaan Akaun dan baki minimum perlu di dalam amaun sedemikian yang kami tetapkan dari masa ke semasa. Kami juga berhak untuk mengenakan had ke atas jumlah yang didepositkan ke dalam dan dikeluarkan dari Akaun. Jenis mata wang asing yang disediakan berhubung dengan Akaun Panggilan akan ditentukan oleh kami. 3 Akaun Deposit Bertempoh 3.1 Deposit permulaan minimum yang diperlukan untuk membuka Akaun Deposit Bermasa dan baki minimum perlu berada dalam amaun sedemikian yang kami tetapkan dari masa ke semasa. Kami mengekalkan hak untuk mengenakan sebarang had ke atas jumlah yang didepositkan ke dalam dan dikeluarkan dari Akaun serta tempohnya. 3.2 Apabila anda melakukan deposit:- (a) deposit mesti dilakukan dengan cara atau kaedah sedemikian yang kami tetapkan dari masa ke semasa, sama ada di kaunter cawangan atau melalui penggunaan apa-apa perkhidmatan yang kami sediakan dari masa ke semasa; (b) kami boleh (tetapi tidak diwajibkan) untuk memberi kredit serta-merta untuk cek (termasuk cek bertanda), draf dan semua instrumen lain yang didepositkan ke dalam Akaun. 3.3 Jika kami mengeluarkan satu slip perakuan berkenaan dengan deposit bertempoh, slip perakuan tersebut merupakan bukti deposit yang dilakukan pada tarikh yang dinyatakan di dalamnya dan tidak merupakan satu dokumen hak milik. 3.4 Jika deposit dilakukan melalui cek atau instrumen bukan tunai lain, tarikh nilai hanya akan bermula apabila prosid sebenar diterima dari bank penyuruh bayar. Perakuan untuk Deposit Bertempoh akan dikeluarkan tertakluk kepada penerimaan prosid. Jika cek tersebut tidak laku, kami berhak untuk membatalkan penempatan tersebut dan Perakuan Deposit Bertempoh akan dibatalkan dengan serta-merta. Sebarang cek atau instrumen bukan tunai lain yang tidak dilayan boleh dikembalikan melalui pos kepada anda di alamat terakhir yang diketahui dalam rekod kami pada risiko dan perbelanjaan anda sendiri. 3.5 Kami akan memperbaharui Deposit Bertempoh secara automatik pada tarikh matangnya (berdasarkan arahan sedia ada mengenai tempoh dan cara pelupusan faedah, kadar faedah yang digunakan pada masa pembaharuan) kecuali anda mengarahkan yang sebaliknya. Namun demikian, kami tidak diwajibkan untuk berbuat demikian. 3.6 Kami boleh membenarkan pengeluaran deposit sebelum tarikh matang tertakluk kepada pembayaran fi dan caj sedemikian yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa. Sekiranya mana-mana deposit ditarik balik atau dikeluarkan sebelum tarikh matang, kami berhak untuk tidak membayar sebarang faedah, sama ada secara berkadar atau prorata atau sebaliknya ke atas deposit yang dikeluarkan. Sebagai alternatif, kami boleh membayar faedah ke atas deposit yang dikeluarkan lebih awal atau sebelum tarikh matang pada kadar sedemikian yang kami mungkin tetapkan. 2

3.7 Semua cek yang didepositkan akan diterima oleh kami semata-mata sebagai agen pengutipan, dan kami tidak bertanggungjawab untuk:- (a) sebarang pembayaran yang tidak dilakukan atau kerugian kepada anda akibat daripada apa-apa ketidakupayaan pengutipan oleh pihak kami, sama ada disebabkan oleh sebarang sekatan pembayaran atau sebarang undang-undang atau peraturan manamana negara di mana cek tersebut dijelaskan/dikutip; atau (b) sebarang pemogokan, atau sebarang keingkaran, kecuaian atau ketidakmampuan membayar oleh mana-mana wakil bank atau bank pembayar atau mana-mana agen atau sub-agen, atau (c) apa-apa sebab di luar kawalan kami. Jika anda meminta, cek yang tidak laku boleh dikembalikan melalui pos kepada anda pada risiko dan perbelanjaan anda sendiri. 3.8 Kami berhak untuk mendebit atau menyemak semula amaun yang dikreditkan daripada Akaun jika:- (a) cek, draf dan instrumen lain sedemikian untuk melaksanakan deposit tersebut tidak dilayan, atau (b) jika bayaran yang kami terima untuk cek, draf dan instrumen lain sedemikian adalah kurang daripada jumlah yang dikreditkan ke dalam Akaun; (c) walaupun selepas kami menerima bayaran, jika wakil bank pembayar atau mana-mana agen dan sub-agen menuntut pemulangan atau pembayaran balik sebarang amaun pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab (sama ada ia dapat dipertikaikan atau tidak), termasuk tanpa had bahawa cek, draf, kiriman wang, pemindahan telegraf atau arahan pembayaran atau instruman lain dibatalkan, tidak sah atau dikeluarkan secara palsu, atau dalam apa-apa keadaan lain yang menyebabkan amaun cek, draf, kiriman wang, pemindahan telegraf atau arahan bayaran lain atau instrumen lain sedemikian atau mana-mana bahagiannya menyebabkan ia tertakluk kepada tuntutan sebenar atau berpotensi untuk pembayaran balik atau pemulangan oleh mana-mana pihak. 3.9 Deposit tidak boleh dipindah, diserah hak, dicagar atau sebaliknya dibebankan atau diberikan secara jaminan kepada mana-mana pihak kecuali yang memihak kepada kami atau dengan persetujuan bertulis kami terlebih dahulu. 4 Pengeluaran 4.1 Pengeluaran daripada Akaun boleh dilakukan dalam apa-apa kaedah atau cara dan pada terma dan syarat sedemikian yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang kaedah atau cara pengeluaran tertentu mungkin ditukar atau ditamatkan oleh kami dari masa ke semasa, dengan pemberian notis kepada anda. 4.2 Amaun pengeluaran minimum setiap transaksi mungkin akan ditentukan oleh kami. 4.3 Pengeluaran akan tertakluk kepada:- (a) ketersediaan mata wang asing; (b) bayaran untuk fi yang digunakan; (c) pemberian sebarang notis terlebih dahulu; dan (d) apa-apa syarat lain yang kami mungkin kenakan dan akan dibayar melalui cara tunai, bayaran kabel, pemindahan telegraf atau elektronik, atau melalui draf yang dikeluarkan, atau dalam apa-apa kaedah atau cara yang kami mungkin tentukan. 4.4 Pengeluaran daripada setiap Akaun boleh dilakukan apabila kami telah menerima arahan pengeluaran yang memuaskan kami, dan anda akan bertanggungjawab ke atas semua arahan tersebut tanpa mengira sama ada Akaun berkenaan berada dalam kredit atau sebaliknya, Dengan syarat bahawa dalam ketiadaan sebarang perjanjian nyata sebaliknya, kami tidak terikat 3

untuk menerima apa-apa arahan pengeluaran jika terdapat dana yang tidak mencukupi dalam Akaun. 5 Pematuhan pada Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan/atau Pengawal Pertukaran Asing 5.1 Anda mengesahkan bahawa satu salinan pemberitahuan Bank mengenai syarat kelayakan dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") dan/atau Pengawal Pertukaran Asing berhubung dengan pembukaan dan pengendalian Akaun telah diterima, dibaca dan difahami dan anda bersetuju untuk mematuhi peraturan sedemikian pada setiap masa. Satu salinan peraturan tersebut boleh didapati di laman web BNM: www.bnm.gov.my/fxadmin. Anda perlu menyemak peraturan tersebut dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. 5.2 Sebagai tambahan kepada dan tanpa mengira di atas, kami boleh mengenakan syarat tambahan ke atas Akaun. 5.4 Kami mengekalkan hak mutlak untuk menolak atau membalikkan sebarang deposit atau prosid secara keseluruhan melalui pengiriman wang dalaman yang boleh mengakibatkan pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas secara langsung atau tidak langsung dan/atau untuk membalikkan jumlah sedemikian atau jumlah daripada Akaun yang telah melanggar syarat yang tersebut di atas disebabkan oleh sebab-sebab lain termasuk tetapi tidak terhad kepada pengkreditan faedah dan turun naik kadar pertukaran di mana Bank akan dianggap telah dibenarkan oleh anda untuk menukar deposit lebihan, hasil atau jumlah tersebut ke dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran lazim Bank sepertimana yang kami tentukan secara muktamad untuk mengkredit akaun anda yang lain dengan kami dalam denominasi Ringgit Malaysia atau melalui Arahan Juruwang atau Draf Permintaan yang boleh diambil oleh anda sendiri atau oleh wakil yang dibenarkan oleh anda atau dikembalikan melalui pos kepada anda di alamat terakhir anda yang diketahui yang didaftarkan dengan kami pada risiko dan perbelanjaan anda sendiri. 6 Mata Wang Asing 6.1 Risiko: Anda mengakui dan menerima bahawa apabila anda membuka Akaun: - (a) pasaran mata wang asing yang tidak menentu; (b) kerugian mungkin dialami akibat daripada pergerakan kadar pertukaran yang kurang baik; (c) kadar faedah yang mungkin turun naik setiap hari dan tertakluk kepada perubahan. 6.2 Kami boleh menerima atau menolak mana-mana mata wang asing untuk pendepositan ke dalam Akaun. Sekiranya kami menerima mata wang asing tersebut, kami berhak untuk mengenakan fi pada kadar yang ditetapkan oleh Bank ke atas deposit tersebut. 6.3 Anda bersetuju bahawa sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa hak dan remedi lain Bank, kami mempunyai hak pada bila-bila masa dengan pemberian notis terlebih dahulu kepada anda untuk mendebit Akaun pada nilai muka mata wang asing yang didapati atau diketahui sebagai palsu atau dipalsukan. 6.4 Kami mempunyai hak untuk menukar satu mata wang kepada yang lain dengan cara yang kami mungkin tentukan dan pada kadar pertukaran lazim kami. Anda mesti melindungi kami daripada sebarang kekurangan dan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian dan risiko yang timbul daripada penukaran. Ini akan digunakan untuk penukaran yang termasuk:- (a) penukaran sebarang baki kredit dalam Akaun anda atau jumlah lain yang kami mungkin berhutang kepada anda untuk apa-apa mata wang lain bagi tujuan untuk melaksanakan sebarang arahan, mengkreditkan mana-mana akaun, menilai liabiliti anda atau menguatkuasakan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini (termasuk untuk melaksanakan sebarang penyelesaian atau penggabungan oleh kami ke atas akaun); 4

(b) (c) penukaran sebarang baki akaun atau apa-apa bahagiannya (dan jika kami memilih, bersama dengan faedah terakru atas amaun yang ditukar) ke dalam mana-mana mata wang lain yang kami boleh memilih pada masa baki sedemikian atau sebahagian daripadanya menjadi terhutang dan perlu dibayar oleh kami. Apabila kami membayar balik kepada anda yang sama dalam mata wang sedemikian, ia merupakan pelepasan penuh dan lengkap untuk kewajipan kami; penukaran sebarang wang yang kami terima (sama ada untuk pengkreditan ke dalam mana-mana akaun atau untuk pembayaran sebarang liabiliti) dalam apa-apa mata wang kepada mata wang Akaun atau mata wang di mana bayaran perlu dilakukan. 6.5 Kami tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara apabila:- (a) nilai dana dalam Akaun berkurangan disebabkan oleh cukai, susut nilai atau turun naik dalam kadar pertukaran atau apa-apa sebab lain; (b) kami tidak mampu untuk membayar anda wang dalam Akaun atau faedah ke atas dana di dalam Akaun dalam mata wang yang anda perlukan; (c) dana dalam Akaun tidak tersedia untuk apa-apa sebab termasuk:- (i) apa-apa perubahan atau undang-undang, kaedah atau peraturan baru, atau apaapa tindakan daripada kerajaan, bank pusat, pihak berkuasa kewangan atau entiti lain di mana-mana negara yang berkaitan dengan, tanpa had, kepada kawalan pertukaran asing, sekatan terhadap kebolehtukaran, pembekuan, penangguhan, perampasan, tuntutan, perubahan dalam mata wang negara untuk apa-apa sebab (termasuk negara-negara yang merupakan sebahagian daripada mana-mana kesatuan kewangan), pemindahan luar kawal atau kejatuhan dalam sebarang bentuk; (ii) force majeure, bencana alam, tindakan perindustrian, peperangan, keganasan, perang saudara, rusuhan atau keadaan huru-hara politik atau ekonomi di manamana negara; atau (iii) apa-apa keadaan di luar kawalan kami. Jika peristiwa yang dinyatakan di atas berlaku, kami boleh, tanpa memberi notis kepada anda, menukar mata wang deposit kepada mana-mana mata wang lain dan mendapat balik kos untuk menggantikan dana atau apa-apa kos lain yang ditanggung daripada anda. 6.6 Berhubung dengan kesatuan kewangan di kalangan mana-mana kumpulan negara (seperti Kesatuan Kewangan Eropah), kami tidak perlu membayar anda wang dalam Akaun (dalam mata wang deposit atau mana-mana mata wang lain) jika pembentukan, pembubaran atau perubahan dalam komposisi negara yang mengambil bahagian, polisi, amalan atau persekitaran kawal selia kesatuan kewangan:- (a) mengakibatkan sekatan dalam ketersediaan, kredit atau pemindahan mata wang yang berkenaan; atau (b) sebaliknya, ia adalah mustahil atau tidak praktikal untuk kami melaksanakan tanggungjawab kami berhubung dengan deposit dan baki dalam mata wang berkenaan. 7 Mandat/Arahan 7.1 Mandat Pengendalian untuk mengendali atau menggunakan Akaun:- (a) anda mesti memberikan kami semua maklumat mengenai diri anda; (b) anda mesti membenarkan kami mengendali Akaun jika Akaun adalah akaun bersama. 7.2 Perubahan dalam mandat pengendalian:- (a) anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta secara bertulis mengenai sebarang perubahan atau pengubahan dalam mandat pengendalian atau jika anda ingin mengubah tandatangan anda; (b) kami berhak untuk mendapat tempoh masa yang berpatutan (tidak kurang dari tujuh (7) Hari Perniagaan daripada tarikh penerimaan) untuk memproses pemakluman perubahan sedemikian. Kami mungkin, pada budi bicara mutlak kami, menjelaskan sebarang cek 5

atau instrumen lain, atau bertindak atas sebarang Arahan yang ditandatangani oleh anda sebelum kami memproses pemakluman perubahan sedemikian. 7.3 Arahan:- (a) Semua arahan yang diberi oleh anda adalah muktamad dan terikat pada anda. (b) Kami berhak untuk menolak atau bertindak ke atas sebarang Arahan, sama ada untuk pengeluaran atau apa-apa transaksi lain atau apa-apa perkara berhubung dengan Akaun, jika:- (i) kami tidak dapat mengesahkan identiti anda mengikut kepuasan kami; (ii) kami mempunyai sebarang keraguan mengenai kesahihan, kejelasan atau kesempurnaan Arahan; (iii) bentuk atau kandungan Arahan sedemikian tidak sejajar dengan keperluan atau polisi atau amalan yang kami tentukan dari masa ke semasa; (iv) Arahan tidak sejajar dengan mandat yang sedang dikuatkuasakan berhubung dengan operasi Akaun tersebut; (v) kami yakin atau mengesyaki bahawa arahan tersebut tidak dibenarkan, palsu atau dipalsukan; (vi) tandatangan pada arahan berbeza daripada tandatangan contoh dalam rekod kami; (vii) ia menyebabkan Akaun dikeluarkan melebihi had dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan akibat daripada penolakan tersebut. 7.4 Kami mungkin bertindak atas sebarang Arahan yang kami percaya berniat baik daripada anda, tanpa pertanyaan mengenai:- (a) identiti atau kebenaran individu yang memberi atau dikatakan memberi Arahan sedemikian; atau (b) kesahihannya, atau walaupun:- (i) Arahan sedemikian mungkin bercanggah dengan Arahan lain yang diberikan oleh anda kepada kami; atau (ii) sebarang kesilapan, salah faham, penipuan, pemalsuan atau kurang kejelasan dalam terma Arahan sedemikian. 7.5 Pada kematian, ketidakmampuan mental atau kebankrapan mana-mana pemegang akaun, kami mungkin pada budi bicara mutlak kami menggantung Akaun tanpa bertanggungjawab kepada anda sehingga kami menerima bukti pada kepuasan kami mengenai individu yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengendali Akaun. 7.6 Berhubung dengan akaun bersama, kami akan bertindak mengikut mandat bertulis anda jika kami:- (a) menerima arahan yang tidak jelas atau bercanggah berhubung dengan Akaun; (b) menerima Arahan berhubung dengan penutupan Akaun tersebut; (c) menyedari mengenai apa-apa pertikaian; atau (d) dalam apa-apa hal keadaan lain yang kami anggap sesuai di mana kami akan mempunyai hak untuk menolak pelaksanaan dan menegaskan bahawa kami hanya akan bertindak atas Arahan daripada semua pemegang akaun. Dalam semua dan manamana kes yang dinyatakan dalam Klausa 7 ini, kami tidak mempunyai sebarang liabiliti kepada mana-mana pemegang akaun bersama untuk bertindak atau enggan untuk bertindak sedemikian. 7.7 Anda mengakui bahawa kami mungkin melaksanakan apa-apa prosedur dan ciri-ciri keselamatan yang kami anggap sesuai dan/atau diperlukan dari masa ke semasa untuk mengesahkan identiti anda dan bahawa transaksi tersebut telah dibenarkan oleh anda. Tanpa menjejaskan perkara di atas, kami mungkin memerlukan pengesahan untuk mana-mana Arahan daripada anda dalam sebarang bentuk atau cara yang kami anggap sesuai. 8 Penyataan dan Pengesahan 6

8.1 Kami mungkin menghantar Penyata Akaun atau makluman pengesahan kepada anda melalui pos biasa pada penghujung setiap bulan atau pada dasar berkala sedemikian yang kami anggap sesuai. Jika anda telah berjaya memohon untuk mendapatkan Perkhidmatan epenyata kami, penyata fizikal tidak akan dihantar kepada anda. Namun demikian, satu salinan fizikal masih boleh dihantar kepada anda pada permintaan anda tertakluk kepada bayaran caj lazim kepada kami. 8.2 Anda bertanggungjawab untuk:- (a) memeriksa semua kemasukan dalam Penyata Akaun; (b) melaporkan kepada kami dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau peninggalan; (c) menandatangani dan mengembalikan sebarang slip pengesahan, termasuk apa-apa yang diperlukan bagi tujuan audit (jika diperlukan untuk berbuat demikian); (d) memaklumkan kami jika anda tidak menerima Penyata Akaun; (e) memantau semua baki anda pada setiap masa dan melaporkan kepada kami jika anda mendapati sebarang transaksi tidak dibenarkan telah berlaku. 8.3 Jika kami tidak menerima bantahan secara bertulis dari anda dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penyata atau makluman pengesahan sedemikian atau enam puluh (60) hari untuk pemindahan dana secara elektronik:- (a) anda akan dianggap secara muktamad:- (i) telah menerima, dan akan terikat oleh kesahan, kebenaran dan ketepatan transaksi/kemasukan serta baki yang dinyatakan dalam penyata atau makluman tersebut; (ii) telah menentusah dan mengesahkan setiap dan semua transaksi yang diwakili oleh kemasukan yang dinyatakan dalamnya. (b) penyata, makluman atau kemasukan, sebagaimana kes yang mungkin berlaku, akan dianggap sebagai bukti muktamad bahawa anda telah membenarkan kami untuk melaksanakan transaksi/kemasukan yang dinyatakan dalamnya; dan (c) anda tidak akan mempunyai tuntutan terhadap kami dalam apa-apa cara yang mungkin timbul akibat daripada, berhubung dengan atau disebabkan oleh sebarang transaksi/kemasukan yang dirujuk di atas. 8.4 Pembalikan: Kami berhak untuk menyesuaikan, membalikkan, membatalkan atau mendebitkan Akaun pada bila-bila masa jika:- (a) kami perlu membetulkan sebarang kesilapan atau peninggalan; (b) kami dikehendaki untuk memulangkan wang kepada pembayar atau penyuruh bayar; (c) kami belum menerima dana yang dijelaskan atau tanpa syarat sepenuhnya atau tepat pada masanya; Mana-mana Penyata Akaun yang dibetulkan akan terikat terhadap anda. 8.5 Sebarang permintaan untuk Penyata Akaun tambahan mesti dilakukan secara bertulis kepada kami dan akan tertakluk kepada caj sedemikian yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa. 9 Faedah 9.1 Kami akan membayar faedah atas baki kredit Akaun hanya di mana kami telah bersetuju secara nyata untuk berbuat demikian, pada kadar sedemikian dan dikira mengikut dasar yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa. 9.2 Anda tidak boleh memindah, menyerah hak, mengenakan caj atau sebaliknya membebankan atau mewujudkan apa-apa kepentingan dalam Akaun yang memihak kepada mana-mana pihak ketiga. 7

9.3 Dari masa ke semasa, kami mungkin mengubah kadar apa-apa faedah yang perlu dibayar, dasar pengiraan atau selang masa di mana faedah perlu dibayar. Notis kepada anda akan diberi dalam cara sedemikian yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat ini. 9.4 Bayaran faedah ke atas setiap deposit yang dilakukan adalah tertakluk kepada sebarang undang-undang atau peraturan ke atas cukai pegangan. 10 Akaun Bersama 10.1 Jika Akaun mempunyai nama bersama:- (a) setiap pemegang akaun adalah bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk semua liabiliti yang ditanggung pada atau untuk baki debit dalam Akaun; (b) setiap pemegang akaun bersetuju secara bersama dan berasingan untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini (termasuk sebarang pindaan dari masa ke semasa); (c) kami akan bertindak pada Arahan anda mengikut mandat bertulis yang anda berikan kepada kami; (d) jika kami menerima arahan berlainan dari pemegang akaun lain sebelum kami bertindak pada arahan yang diterima daripada seorang pemegang akaun, kami mungkin enggan untuk melaksanakan arahan tersebut dan memerlukan mandat daripada semua pemegang akaun bersama; (e) cek yang belum dibayar kepada mana-mana pemegang akaun bersama akan didepositkan ke dalam Akaun. 10.2 Pada kematian mana-mana pemegang akaun bersama:- (a) wang dalam kredit atau yang dikekalkan dalam Akaun akan dibayar kepada pemegang akaun yang masih hidup atau dikekalkan pada arahan pemegang akaun yang masih hidup sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan sebarang hak yang kami mungkin ada berhubung dengan baki sedemikian yang timbul daripada, antara lain, sebarang lien, caj, cagaran, penyelesaian atau apa-apa tuntutan atau tuntutan balas lain, sama ada sebenar atau di luar jangkaan; (b) apa-apa bayaran yang kami lakukan kepada pemegang akaun yang masih hidup akan membentuk pelepasan lengkap tanggungjawab kami yang mengikat semua pemegang akaun serta wakil peribadi dan pengganti mereka. 10.3 Pada ketidakmampuan mental atau kebankrapan mana-mana pemegang akaun bersama, kami mungkin pada budi bicara mutlak kami menggantung Akaun tanpa bertanggungjawab kepada anda sehingga kami menerima bukti yang memuaskan kami mengenai individu yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengendali Akaun tersebut. 11 Caj dan hak untuk mendebit 11.1 Anda mungkin perlu membayar fi dan caj untuk penggunaan Akaun dan fi dan caj sedemikian mungkin berubah dari masa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada fi yang dinyatakan di bawah dalam klausa ini. Kadar terkini untuk fi dan caj akan disediakan untuk anda di Cawangan kami, laman web rasmi di www.uob.com.my atau pada permintaan anda. 11.2 Kami mungkin, pada budi bicara mutlak kami, dari masa ke semasa, mengenakan sebarang caj perkhidmatan baru lain, menaikkan atau mengurangkan amaun caj, selepas memberikan anda notis 21 hari terlebih dahulu. 12 Permintaan Maklumat 12.1 Anda mesti menyediakan dan mendedahkan kepada kami dalam tempoh yang kami tentukan, sebarang maklumat, kenyataan dan penjelasan yang kami anggap perlu berkenaan dengan Akaun bagi:- 8

(a) (b) mematuhi undang-undang atau sekatan di Malaysia atau di mana-mana negara lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram atau pencegahan keganasan); dan/atau menguruskan risiko pengubahan wang haram atau risiko pembiayaan keganasan atau risiko sekatan ekonomi dan perdagangan. 12.2 Sementara menunggu penerimaan maklumat daripada anda dan sehingga kami telah mengesahkan maklumat tersebut pada kepuasan kami, kami tidak wajib untuk meneruskan sebarang transaksi atau pembayaran. 12.3 Anda mengakui dan berjanji kepada kami bahawa pemprosesan sebarang transaksi tidak akan melanggar sebarang undang-undang atau sekatan di Malaysia atau di mana-mana negara lain. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada kelewatan atau kegagalan untuk memproses sebarang transaksi disebabkan oleh maklumat atau dokumentasi yang tidak mencukupi daripada anda. 13 Penutupan Akaun 13.1 Anda boleh menutup Akaun di Cawangan dengan memberikan notis bertulis dalam bentuk dan kandungan yang boleh diterima oleh kami, menyelesaikan semua amaun tertunggak (prinsipal, faedah dan apa-apa kos lain) yang perlu dibayar kepada kami. Akaun akan ditutup secara automatik dan serentak pada penerimaan arahan anda. 13.2 Walaupun dengan apa-apa yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini, kami boleh menutup, menarik balik, menggantung atau membatalkan Akaun: (a) sebagaimana yang kami menggangap sesuai dengan pemberian notis terlebih dahulu kepada anda; (b) jika Akaun tidak aktif untuk tempoh berterusan selama 12 bulan dan baki di dalam Akaun dalam tempoh tersebut ialah RM10.00 atau kurang, dengan pemberian notis bertulis terlebih dahulu kepada anda. Kami akan mendebitkan baki keseluruhan di dalam akaun sebagai bayaran perkhidmatan; (c) jika anda tidak mengikuti arahan kami berhubung dengan Terma dan Syarat ini atau jika pada pendapat kami, anda tidak mematuhi mana-mana undang-undang yang digunakan; (d) jika pada pendapat kami Akaun tidak dikendalikan dengan cara yang betul atau wajar; (e) jika anda mengugut untuk melanggar atau anda telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau terma dan/atau syarat lain yang digunakan terhadap anda atau manamana perjanjian lain sama ada yang berkaitan dengan pinjaman dana atau pemberian pendahuluan atau kredit atau sebaliknya; (f) jika anda memberikan kami maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak lengkap atau yang mengelirukan; (g) jika anda tidak membayar sebarang amaun terhutang kepada kami tepat pada masanya; (h) jika anda meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, tidak waras, tidak mampu bayar, bankrap atau tertakluk kepada prosiding kehakiman; (i) jika peristiwa keingkaran berlaku di bawah mana-mana perjanjian atau penyusunan lain di antara kami; (j) penyiasatan oleh pihak polis, pihak berkuasa atau pengawal selia yang belum selesai, berterusan atau diambil terhadap anda, atau (k) jika anda telah didakwa atau disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah atau mempunyai apa-apa rekod jenayah; atau (l) jika apa-apa laporan telah dibuat terhadap anda di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001; atau (m) jika lokasi anda tidak diketahui kami. 13.3 Pada penutupan Akaun anda mesti: (a) membayar semua fi, kos dan amaun terakru pada tarikh penutupan; (b) memulangkan semua hartanah yang kami miliki kepada kami dengan secepat mungkin; 9

13.4 Anda tidak boleh menggunakan Akaun untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika kami mendapati, mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai Akaun anda telah digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, kami mungkin mengambil apa-apa tindakan yang dianggap wajar bagi memenuhi sebarang tanggungjawab atau keperluan di Malaysia atau di tempat lain berhubung dengan pencegahannya atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, aktiviti keganasan, sogokan, rasuah atau pengelakan cukai atau penguatkuasaan manamana sekatan ekonomi atau perdagangan. Tindakan yang kami mungkin ambil termasuk penutupan Akaun dengan serta-merta, membuat laporan dan mengambil tindakan sedemikian yang kami anggap wajar. 13.5 Sebarang tanggungjawab pembayaran oleh kami kepada anda selepas penutupan Akaun akan dianggap sebagai disempurnakan dan telah dibayar sewajarnya dalam bentuk tunai, draf atau arahan juruwang atau dalam apa-apa cara lain yang kami anggap sesuai. 14 Hak Penyelesaian dan Penggabungan 14.1 Sebagai tambahan kepada sebarang hak am untuk menolak selesai di bawah undang-undang atau mana-mana perjanjian lain, anda bersetuju bahawa kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana Akaun anda (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebaliknya) dengan kami, sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain. Anda membenarkan kami, selepas memberikan anda notis 7 hari, untuk menolak selesai atau memindah sebarang jumlah tertunggak yang berada dalam kredit untuk mana-mana Akaun sedemikian, termasuk Akaun (sama ada telah matang atau tidak) ( Deposit ) untuk atau terhadap penyelesaian liabiliti anda di bawah Terma dan Syarat ini atau di bawah mana-mana perjanjian lain atau untuk apa-apa sebab, sama ada liabiliti tersebut adalah untuk masa kini atau masa hadapan, sebenar atau di luar jangkaan, utama atau kolateral, dan berasingan atau bersama ( Liabiliti ). 14.2 Pada pengeluaran notis yang dinyatakan dalam Klausa 14.1 Terma dan Syarat ini, anda bersetuju bahawa kami berhak untuk menguntukkan atau memegang kepada Deposit sebelum penyelesaian dan anda tidak layak untuk mengeluarkan sebarang Deposit tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu. 14.3 Di mana penyatuan, penyelesaian, penggabungan atau pemindahan memerlukan penukaran dari satu mata wang ke yang lain, penukaran sedemikian akan dikira pada kadar pertukaran lazim kami seperti yang kami tentukan pada budi bicara mutlak kami. 14.4 Seterusnya, kami boleh menjual sebarang kolateral yang termasuk tetapi tidak terhad kepada dana, dokumen, instrumen, catel, bon, debentur, saham atau sekuriti lain serta barang bernilai lain yang dipegang oleh kami dalam nama anda, termasuk untuk penjagaan selamat, melalui jualan awam atau peribadi tanpa sebarang prosiding kehakiman, dan mengekalkan prosid daripada jualan tersebut, jumlah amaun yang patut dan perlu dibayar oleh anda kepada kami, termasuk fi dan kos guaman (pada dasar indemniti penuh), caj dan perbelanjaan sampingan lain berhubung dengan jualan sedemikian. 14.5 Jika terdapat kekurangan antara amaun dijangka dan amaun terealisasi, anda mesti membayar amaun perbezaan tersebut kepada kami dengan serta-merta apabila diminta, dan sehingga kami menerima bayaran sepenuhnya, anda juga perlu membayar faedah ke atas baki tersebut pada kadar sedemikian yang kami mungkin tentukan dari masa ke semasa, selepas dan sebelum apaapa pengadilan, dan tidak mengira sama ada hubungan bank dan pelanggan antara anda dan kami telah terhenti atau ditamatkan. 14.6 Deposit atau mana-mana hak, hak milik atau kepentingan anda dalamnya tidak boleh diserah hak, dipindah atau dibebankan (melainkan untuk kepentingan kami atau dengan kebenaran 10

bertulis kami). Anda berjanji untuk tidak, atau tidak bertujuan untuk, menjual, menyerah hak, memindah, menggadai janji, mengenakan caj atau sebaliknya mengurus atau membebankan Deposit atau mana-mana hak, hak milik atau kepentingan anda dalamnya, dan sebarang jualan, penyerahan hak, pemindahan, gadai janji, caj atau urusan lain sedemikian akan terbatal. 15 Terma dan Syarat Perbankan Telefon UOB 21 Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, jika anda meminta untuk mendapat perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 21, Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 21 akan digunakan sebagai tambahan kepada dan bukan sebagai ganti untuk mana-mana terma dan syarat yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini. Anda boleh meneliti Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 21 di www.uob.com.my. 16 Terma dan Syarat Perbankan Internet UOB Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, jika anda meminta untuk mendapat perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan Internet UOB, Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Internet UOB akan digunakan sebagai tambahan kepada dan bukan sebagai ganti untuk mana-mana Terma dan Syarat ini. Anda boleh meneliti Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Internet UOB di www.uob.com.my. 17 Tiada Penyelesaian atau Tuntutan Balas Sehingga semua wang yang terhutang dibayar atau diselesaikan dengan sepenuhnya, anda tidak akan berhak untuk menuntut sebarang penyelesaian atau tuntutan balas terhadap kami berkaitan dengan sebarang liabiliti kami kepada anda, dengan membayar sebarang jumlah yang boleh didapatkan balik oleh kami atau pada apa-apa alasan lain. Anda bersetuju bahawa tiada apa-apa dalam pengaturan antara kami akan dianggap sebagai mengandungi perjanjian tersirat yang mengehadkan atau menafikan sebarang lien, caj, jaminan, hak penyelesaian atau hak lain yang telah wujud atau tersirat dari segi undang-undang. 18 Kos dan Perbelanjaan 18.1 Semua kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh kami berhubung dengan Akaun dan penguatkuasaan atau percubaan untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini akan dibayar oleh anda pada permintaan dan pada dasar indemniti penuh, bersama dengan faedah bermula daripada tarikh tuntutan ke tarikh pembayaran penuh pada kadar sedemikian yang kami tentukan. 18.2 Kami berhak untuk mendebitkan Akaun anda untuk semua kos, perbelanjaan dan fi guaman yang ditanggung atau perlu dibayar oleh anda kepada kami berkenaan dengan Akaun. 18.3 Kami berhak untuk menggunakan sebarang bayaran yang diterima daripada anda untuk menyelesaikan semua kos, caj dan perbelanjaan dalam perkadaran dan keutamaan sedemikian yang kami anggap sesuai, pada budi bicara mutlak kami, dan kami berhak untuk menempat dan mengekalkan sebarang bayaran yang diterima daripada anda pada kredit Akaun tergantung sepanjang tempoh yang kami pilih. Sementara itu, kami tidak diwajibkan untuk menggunakan kesemua atau sebahagian yang sama terhadap pelepasan sebarang wang atau liabiliti yang dijangka atau ditanggung oleh anda di bawah Akaun ini. 19 Pemindaan 19.1 Kami boleh pada budi bicara mutlak kami dari masa ke semasa, mengubah, menambah, mengeluarkan atau meminda Terma dan Syarat ini dengan memberikan anda notis 21 hari terlebih dahulu, sama ada melalui Penyata Akaun anda atau melalui pemaparan pada laman web 11

rasmi kami di www.uob.com.my atau di Cawangan kami, atau melalui apa-apa cara yang kami pilih. Anda bersetuju untuk mengakses laman web pada tempoh berkala untuk meneliti Terma dan Syarat ini dan untuk memastikan anda mempunyai maklumat terkini mengenai sebarang perubahan dan pertukaran pada Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak menerima pindaan tersebut, anda mesti menutup Akaun dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pemakluman. Jika anda tidak berbuat demikian, anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan perubahan sedemikian dan perubahan tersebut akan terikat terhadap anda. 19.2 Kami boleh, pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami, meminda, mengubah, menyemak, mengehadkan, menambah, menggantung, membatalkan atau mengeluarkan semua atau manamana kemudahan, perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan Akaun dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda. 20 Pendedahan Maklumat Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau mana-mana individu lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengakses rekod kami, surat-menyurat atau sebarang bahan berhubung dengan anda atau Akaun) boleh mendedahkan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami dan tanpa notis terdahulu kepada anda, sebarang maklumat berkaitan dengan anda, Akaun anda dengan kami atau Akaun kepada pihak berikut:- (a) mana-mana satu atau lebih ahli Kumpulan (iaitu cawangan, agensi, wakil, pegawai, syarikat bergabung, sekutu atau berkaitan, dan pegawai, kakitangan atau agen masingmasing mereka, sama ada di dalam atau di luar Malaysia) untuk sebarang tujuan berikut:- (i) menyediakan anda dengan perkhidmatan perbankan; (ii) pelaporan; (iii) pemadanan data; (iv) meningkat dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami; (v) pencegahan penipuan atau jenayah; (vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan wang haram atau apa-apa aktiviti jenayah lain; (vii) kutipan hutang; (viii) khidmat sumber luar; (ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai atau berkaitan dengan pengauditan atau menjalankan pengurusan risiko; (x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau mana-mana fungsi ahli Kumpulan; (xi) pematuhan pada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan; (xii) pelaksanaan peraturan korporat; (xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami. (b) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemas kini, menyenggarakan dan mempertingkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan, kesilapan atau tuntutan; (c) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang dilantik oleh kami untuk tujuan menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar; (d) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan suatu penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki; (e) syarikat kad kredit dan institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan kad kredit; (f) bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk maklumat kredit); (g) (h) juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional kami; pencetak alat tulis kami, vendor sistem komputer yang kami gunakan, dan individu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya, serta pembekal barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang dilantik oleh kami; 12

(i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) mana-mana penerima yang dilantik oleh kami atau mana-mana pihak lain; mana-mana biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian; mana-mana agensi penarafan, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung; mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan sebarang tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antara kami dan anda, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) atau mana-mana daripada mereka; untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproseskan dengan atau tanpa kebenaran anda dalam atau melalui ATM bank atau institusi kewangan atau bukan kewangan lain atau terminal atau mesin atau peranti dikendalikan kad lain yang diluluskan oleh kami, kepada kami, institusi kewangan atau bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad mesin juruwang automatik dan agen atau kontraktor mereka masing-masing; mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separakerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan; mana-mana individu di mana kami, atau mana-mana ahli Kumpulan, dibenarkan atau diperlukan untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana negara; mana-mana individu lain di mana pendedahan sedemikian dianggap sebagai untuk kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan (tidak termasuk perkongsian strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi); mana-mana individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau perlindungan sebarang hak kami di bawah Terma dan Syarat ini; Biro Kredit Pusat atau mana-mana pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami. 21 Pematuhan pada Perintah Mahkamah Kami dan Kumpulan boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpa berunding dengan anda terlebih dahulu, jika kami dikemukakan dengan suatu perintah mahkamah oleh mahkamah daripada sebarang bidang kuasa. Anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami untuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung dengan tindakan kami. 22 Perlindungan Data 22.1 Anda bersetuju bahawa Kumpulan dibenarkan untuk memproses Data Peribadi anda. Ungkapan proses, memproses dan diproseskan akan termasuk tetapi tidak terhad kepada mengutip, merekod, memegang, menyimpan atau menggunakan. 22.2 Data Peribadi mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, tarikh lahir, kad pengenalan, jantina, taraf perkahwinan, bangsa, alamat kediaman masa kini, nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, butiran kad kredit, nama majikan, nama perniagaan yang anda miliki, pekerjaan, nama ibu sebelum berkahwin, kelayakan pendidikan tertinggi, pendapatan tahunan, ID pengguna dan kata laluan anda untuk perbankan internet, maklumat yang terkandung dalam mana-mana akaun yang anda kekalkan bersama kami sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain dan/atau apa-apa maklumat lain yang kami mungkin terima berkaitan dengan mana-mana Akaun yang anda kekalkan bersama kami sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain. 22.3 Tujuan kami mengumpul Data Peribadi ( Tujuan ) termasuk seperti berikut:- (a) untuk memproses permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan perbankan; 13

(b) untuk membenarkan kami mempertimbangkan sama ada kami patut menyediakan atau terus menyediakan mana-mana produk dan perkhidmatan perbankan kami; (c) untuk menyediakan perkhidmatan perbankan kepada anda; (d) untuk tujuan pemprosesan data atau pelaporan; (e) untuk membalas sebarang pertanyaan atau aduan daripada anda; (f) untuk mempromosi, meningkat dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami atau mana-mana ahli Kumpulan kepada anda; (g) untuk tujuan pengutipan hutang; (h) untuk penguatkuasaan hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini; (i) untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang dan/atau kawal selia; (j) untuk memproses arahan anda dan mengeluarkan apa-apa surat-menyurat, pengesahan, nasihat dan/atau Penyata Akaun; (k) untuk memastikan bahawa maklumat dalam rekod Usaha Wajar Pelanggan adalah tepat; atau (l) untuk apa-apa pemasaran langsung bagi produk dan perkhidmatan perbankan dan/atau insurans kami. 22.4 Data Peribadi anda dikumpul daripada maklumat yang anda telah sediakan kepada kami dalam borang permohonan dan dokumen lain yang disediakan berhubung dengan Tujuan. 22.5 Anda wajib menyediakan Data Peribadi yang kami minta daripada anda. Jika anda gagal menyediakan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda berhubung dengan Tujuan. 22.6 Anda memberi keizinan dan bersetuju bahawa kami boleh memindah Data Peribadi ke luar Malaysia. Negara lain mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang sama berbanding Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan akan diberikan tahap perlindungan yang wajar terhadap sebarang kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, perubahan atau pemotongan. 22.7 Anda berhak untuk meminta secara bertulis: (a) sebarang maklumat berhubung dengan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami, selepas pembayaran fi yang ditetapkan; (b) sebarang maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami untuk dikemaskinikan, dipinda dan/atau dibetulkan; (c) untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami; atau (d) untuk membuat pertanyaan atau aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda. 22.8 Anda boleh menghantar permintaan anda kepada Cawangan. 22.9 Kami mungkin mengenakan fi untuk memproses permintaan anda untuk mendapat akses atau pembetulan. Kami juga mungkin enggan mematuhi permintaan anda berhubung dengan 22.7(a) atau (b) di atas jika maklumat yang anda bekalkan tidak mencukupi (sebagaimana yang kami tentukan) atau jika permintaan sedemikian mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang atau pengawalan atau apa-apa sebab lain yang kami anggap bukan untuk kepentingan kami untuk berbuat demikian. Jika kami enggan mematuhi permintaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda mengenai keengganan dan sebab keengganan kami. 22.10 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa maklumat tersebut sentiasa dikemaskinikan. 14

22.11 Jika anda kemudiannya menarik balik persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda (selain daripada untuk tujuan pemasaran langsung), kami tidak akan dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda berhubung dengan Tujuan. 22.12 Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran langsung mengenai perkhidmatan dan produk kami. Anda mesti menulis kepada Cawangan atau alamat lain sedemikian yang kami sediakan mengenai permintaan anda dan kami akan mengeluarkan nama anda daripada senarai mel pemasaran langsung kami. 23 Notis dan Komunikasi 23.1 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menghantar sebarang Penyata Akaun, notis atau komunikasi kepada anda dalam apa-apa cara seperti berikut:- (a) mel elektronik ke alamat terakhir e-mel anda yang terdapat dalam rekod kami; (b) pos (berdaftar, berdaftar Akaun Terima (Acknowledged Receipt atau AR), biasa atau sebaliknya) atau dihantar dengan tangan atau ditinggalkan di alamat terakhir yang terdapat dalam rekod kami; (c) pemaparan notis di Cawangan; (d) peletakan notis atau komunikasi dalam laman web rasmi kami di www.uob.com.my; (e) dengan cara pengiklanan atau peletakan notis am dalam surat khabar harian; (f) siaran radio atau televisyen atau mana-mana bentuk komunikasi media lain; (g) faksimile atau teleks ke nombor faksimile atau teleks terakhir anda yang terdapat dalam rekod kami. 23.2 Notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima oleh anda pada hari ia dihantar, pada hari berikutan pengeposan (walaupun ia telah dikembalikan tanpa dihantar) atau pada hari pemaparan, penerbitan atau penyiaran tersebut dilakukan. 23.3 Perubahan dalam butiran kontak:- (a) Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan serta-merta mengenai sebarang perubahan dalam surat-menyurat/pengeposan atau alamat kediaman dan maklumat kontak anda ( Maklumat ). (b) Jika anda tidak memaklumkan kami mengenai sebarang perubahan dalam Maklumat anda, anda bersetuju bahawa kami mungkin pada budi bicara mutlak kami, bergantung pada:- (i) sebarang alamat dan/atau maklumat kontak yang dinyatakan dalam borang permohonan atau yang dinyatakan dalam rekod kami; atau (ii) sebarang alamat dan/atau maklumat kontak yang kami peroleh daripada sebarang komunikasi yang dikatakan telah dihantar oleh anda kepada kami. (c) Sebarang kegagalan oleh anda untuk memaklumkan kami mengenai perubahan dalam Maklumat anda yang menyebabkan kelewatan atau tiada penghantaran mana-mana Penyata Deposit, surat-menyurat dan/atau notis tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan kami di bawah Terma dan Syarat ini. 24 Penyampaian Proses Guaman Penyampaian sebarang writ atau saman atau apa-apa proses guaman lain berhubung dengan tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Akaun boleh dilaksanakan ke atas anda melalui mel biasa yang dihantar ke alamat terakhir anda yang diketahui oleh kami. Penyampaian sedemikian akan dianggap sebagai penyampaian yang memuaskan dan mencukupi ke atas anda pada hari berikutan pengeposan tersebut, walaupun jika ia tidak dihantar atau dikembalikan. 25 Keadaan Di Luar Kawalan Kami 15

Jika kami tidak dapat melaksanakan sebarang tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini, atau menjalankan sebarang operasi atau menyediakan sebarang perkhidmatan akibat daripada mana-mana sebab di luar kawalan kami, termasuk:- (a) kebakaran, gempa bumi, banjir, epidemik, malapetaka semula jadi, kemalangan, kerusuhan, kekacauan awam, pertikaian industri, tindakan keganasan, embargo, peperangan, bencana alam; (b) sebarang kegagalan atau gangguan telekomunikasi, internet, bekalan elektrik, air, (c) bekalan bahan api; atau sebarang keadaan dalam bentuk force majeure (sesuatu peristiwa tidak diduga yang menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini), kami tidak akan dipertanggungjawabkan dalam apa-apa cara untuk sebarang kegagalan pelaksanaan atau untuk sebarang kesulitan, kerugian, kecederaan dan ganti rugi yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh anda akibat daripadanya. 26 Indemniti Anda akan melindungi kami dan semua pekerja, kakitangan, nomini, pengarah dan agen kami untuk semua kerugian, kos, ganti rugi, kesukaran, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk fi dan kos guaman (pada dasar indemniti penuh), bagaimana sekalipun dialami atau ditanggung oleh kami (selain daripada kerugian, kos atau ganti rugi sedemikian yang timbul daripada salah laku sengaja kami, kakitangan dan agen) yang timbul daripada atau berhubung dengan Terma dan Syarat ini termasuk, tanpa had:- (a) tindakan atau pelaksanaan kami untuk sebarang Arahan yang dikatakan telah diberi kepada kami menurut Terma dan Syarat ini sama ada Arahan tersebut tidak dibenarkan, tidak tepat atau tidak lengkap; (b) dalam pelaksanaan fungsi kami sebagai jurubank anda termasuk (tetapi tidak terhad kepada) pemungutan cek, bil, nota, draf, dividen, waran atau instrumen lain yang dikemukakan untuk pengutipan; (c) berhubung dengan pengekalan atau penguatkuasaan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini atau akibat daripada sebarang ketidakpatuhan pada Terma dan Syarat ini atau terma dan syarat lain yang digunakan oleh anda; (d) berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak terhadap anda atau mana-mana Akaun untuk apa-apa sebab sekalipun termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang penggunaan tidak sah, palsu, cuai atau tidak dibenarkan untuk Akaun; (e) berhubung dengan apa-apa penglibatan kami dalam sebarang prosiding dalam apa-apa bentuk untuk perlindungan Akaun atau yang berkaitan dengannya; (f) berhubung dengan pematuhan kami pada sebarang undang-undang atau pengawalan atau arahan rasmi sedia ada atau masa hadapan berkaitan dengan mana-mana Terma dan Syarat ini. 27 Penepian Kegagalan untuk menjalankan, atau kelewatan untuk menjalankan sebarang hak, kuasa, keistimewaan atau remedi oleh kami tidak akan dianggap sebagai suatu penepian, ataupun pelaksanaan sesuatu atau sebahagian hak, kuasa, keistimewaan atau remedi lain. Hak dan remedi di bawah Terma dan Syarat ini adalah kumulatif dan tidak eksklusif untuk mana-mana hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang. 28 Kebolehasingan Ketidaksahan atau tiada penguatkuasaan mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini tidak akan menjejas tujuan dasar Terma dan Syarat ini. Ketidaksahan atau tiada penguatkuasaan peruntukan ini boleh diasingkan, dan tidak akan menjejas kesahan atau penguatkuasaan terma dan peruntukan lain, yang akan kekal dikuatkuasa dan dilaksanakan pada tahap sepenuhnya. 16