Tamadun Islam TITB113

dokumen-dokumen yang mirip
TOPIK PERBINCANGAN. 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam. 2.3 Konsep Tamadun Islam. 2.4 Sumber Tamadun Islam. 2.1 Pengenalan

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

CONTOH SOALAN IDA 152

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

FEBRUARI 2016/SET C/MPU3123 SKEMA JAWAPAN. ARAHAN : Jawab semua soalan dalam Buku Jawapan yang disediakan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN A (20 markah)

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Disediakan Oleh : Safaee b. Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

JSU SET 4 KERTAS 1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 SPM SET 4

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

MEI 2017/SET A/MPU3123


Jawapan. BAB 1 Pengenalan Ilmu Tamadun

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM CTU151 6/23/2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Selasa, 3 Julai 12. Sistem pembangungan islam

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A


//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara berikut: //Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

En. Safaee bin Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat Bachok Kelantan

SKEMA TASAWWUR ISLAM

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit


AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Transkripsi:

Tamadun Islam TITB113

Pengenalan Islam ialah risalah yang di bawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Makna Islam dari segi bahasa ialah tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera. Dari segi istilah ialah taat kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-nya.

Islam diturunkan untuk membawa manusia ke arah satu akidah iaitu meletakkan kepercayaan dan penghambaan hanya kepada Allah S.W.T tanpa sebarang keraguan. Islam bukan sahaja agama yang mengatur hal-hal kerohanian tetapi juga sebagai satu cara hidup yang menyediakan panduan terhadap segenap aspek kehidupan manusia.

Pandangan semesta tamadun Islam Pandangan semesta bermaksud memberi rupa/ gambaran/ lukisan tentang sesuatu perkara. Menurut Syed Muhd Naquib al-attas, pandangan semesta Islam ialah pandangan Islam mengenai semua perkara yang wujud, sama ada wujud yang nyata atau bersifat ghaib. Kewujudan sesuatu yang diragui oleh pandangan semesta adalh wujud yang luas, yang boleh dijangkakan oleh akal atau wujud sesuatu yang tidak tercapai oleh akal tetapi dapat dijelaskan oleh sumber lain iaitu wahyu. (contoh: syurga, alam ghaib, malaikat)

Pandangan semesta tamadun Islam Pandangan semesta tamadun Islam terkandung dalam ajaran al-quran dan Sunnah. Pandangan semestanya tidak terbatas kepada sesuatu bangsa, suku, kaum, warna kulit dan sebagainya tetapi meliputi semua aspek kehidupan manusia dan alam.

Beberapa konsep penting boleh dibincangkan untuk memahami pandangan semesta tamadun Islam antara: Konsep Keimanan Konsep Kekuasaan Konsep Kemanusiaan

1. Konsep Keimanan Beriman kepada Allah S.W.T menjadi asas kepada pembinaan tamadun Islam. Konsep kepercayaan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T adalah dalam lingkungan menurut segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-nya, lagi teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar surah Bayyinah (98:5)

Prof Ismail Faruqi, tauhid ialah asas dalam memberikan identiti kepada tamadun Islam. Tauhid membawa implikasi pengiktirafan kepada dua realiti, yang menciptakan (Allah SWT) dan realiti yang diciptakan (makhluk) Mencipta mempunyai hubungan dengan yang dicipta. Manusia diberikan keupayaan untuk bertindak sesuai dengan persekitaran dan kehendak Allah, alam tabii bukan bersifat jahat dan perlu dimanfaatkan.

Manusia diberikan kebebasan untuk bertindak ataupun tidak. Manusia mempunyai keterikatan dan tanggungjawab terhadap alam tabii yang harus dimanfaatkan. Manusia adalah mulia dan tidak dilahirkan malang atau berdosa.

2. Konsep Kekuasaan Al-Quran dengan jelas menerangkan bahawa Allah S.W.T adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak kepada alam ini termasuk diri manusia. Konsep hamba: manusia sedar bahawa dirinya tidak terjadi dengan sendirinya, hanya manusia lemah dan tidak memiliki apa-apa keatas dirinya. Segala milik manusia adalah pemberian daripada Pencipta. Apabila manusia menyedari hakikat tersebut, maka ia terpanggil untuk menyembah dan menyerahkan dirinya kepada Tuhan yang menciptakan.

Manusia hanyalah sebagai khalifah atau pemegang amanah yang tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini. Sebagai khalifah, manusia tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi menjamin keadilan, ketenteraman dan kemakmuran muka bumi.

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang zalim surah al-maidah (5:45)

3.Konsep kemanusiaan Manusia dari perspektif Islam adalah makhluk mukallaf iaitu makhluk yang diberi tanggungjawab tertentu yang di amanahkan. Manusia sebagai Ahsani Taqwim (sebaik-baik kejadian), mempunyai unsur roh, akal dan jasad disamping wujudnya nafsu. Kedudukan manusia dalam alam semesta adalah lebih tinggi daripada makhluk yang lain.

Islam menghuraikan secara positif bahawa manusia dilahirkan dengan bentuk fitrah, iaitu bersih dan tidak mewarisi sebarang dosa. Manusia dibekalkan dengan bakat dan potensi yang cukup baik dan boleh dikembangkan. Allah SWT mencipta manusia untuk melaksanakan dwi fungsi iaitu sebagai hambanya serta khalifahnya didunia.

sesungguhnya Kami (Allah) telah mengemukakan amanat-amanat kepada tujuh petala langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. surah al-ahzab (33:72)

Konsep Tamadun Islam Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai ad-din. Ia diasaskan dengan akidah, diikat dengan syariah, akhlak dan semua prinsip Islam yang lain. Sesetengah tamadun melihat pencapaian manusia dari aspek kebendaan semata-mata sebagai ukuran kepada ketamadunan manusia.

Tamadun Islam adalah ciptaan Tuhan, sifat unik tersebut membezakannya dengan tamadun yang lain: Bersifat sejagat. Bersifat terbuka. Bersifat toleransi. Bersifat sepanjang zaman. Bersifat kesatuan dalam kepelbagaian.

Sumber Tamadun Islam Sumber-sumber tamadun Islam boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu sumber yang bersifat naqli dan sumber yang bersifat aqli. Sumber naqli ialah sumber yang diambil dan dikembangkan berdasarkan al-quran dan Sunnah Nabi (SAW), berkaitan hal-hal ketuhanan, keinsanan dan alam. (soal ketuhanan, sifat-sifat Tuhan) Sumber aqli ialah sumber yang berasaskan akal manusia atau sesuatu yang diusahakan oleh keupayaan manusia (pengkajian tentang fenomena alam)

Sumber Tamadun Islam Sumber tamadun Islam bersifat mutlak iaitu tidak berubah, sesuai sepanjang masa dan keadaan. Antara sumber tamadun Islam ialah: Al-Quran Hadis/Sunnah Ijtihad Tamadun dan budaya lain

1. Al-Quran Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail. Al-Quran mengandungi prinsip-prinsip agama Islam dan ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh manusia bagi membangunkan tamadun.

2. Hadis/Sunnah Prinsip-prinsip asas kehidupan beragama dan pendekatan ilmu pengetahuan yang bersifat umum yang terkandung di dalam al-quran kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh Hadis/Sunnah Rasulullah S.A.W. Berpandukan Hadis/Sunnah, manusia akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang sesuatu perkara untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa melanggar prinsip yang ditetapkan oleh al-quran.

3. Ijtihad Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku. Menjadi peranan ulama atau cendiakawan Islam melakukan usaha secara maksimum untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang dimiliki dengan merujuk kepada sumber al-quran dan Sunnah.

4. Tamadun dan budaya lain Islam bersifat terbuka dalam menerima nilai-nilai dan idea daripada tamadun lain asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Cth: sistem kementerian yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-khattab semasa pemerintahannya adalah mencontohi sistem yang pernah dipraktikkan oleh kerajaan Romawi tetapi digarap semula untuk disuaikan dengan ajaran Islam.

syariah Asas Tamadun Islam Akhlak

1. Akidah Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. Hassan al-banna, akidah adalah hal-hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga jiwa itu menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan bimbang, bersih dan murni daripada segala syak wasangka. Terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian iaitu aspek kepercayaan dan aspek kaedah.

1. Aspek kepercayaan terdapat enam aspek kepercayaan seperti yang dijelaskan oleh al-quran dan Sunnah: Beriman kepada Allah Mempercayai bahawa Allah itu sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir seluruh alam. Beriman kepada Malaikat Percaya akan wujudnya Malaikat yang tidak pernah menyalahi sesuatu perintah Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka. Beriman kepada Rasul Mempercayai akan wujudnya daripada kalangan manusia ini yang diangkat oleh Allah sebagai utusan-nya.

Beriman kepada Kitab Mempercayai bahawa al-quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi panduan kepada kehidupan manusia. Beriman kepada hari Akhirat Meyakini kehidupan di dunia bersifat sementara akan musnah bila berlaku kiamat. Beriman kepada Qadak dan Qadar Mempercayai apa yang berlaku keatas diri makhluk sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah.

Apa yang dimaksudkan dengan aspek ini ialah keadah pelaksanaan itu sendiri. Terdapat tiga prinsip yang menjadi kriteria asas akidah iaitu: Aspek kesatuan Rasional Toleransi 2. Aspek kaedah

Kesatuan Melalui akidah ini juga keastuan fikiran manusia dalam semua aspek kehidupan dapat dibentuk kerana masing-masing mempunyai matlamat kehidupan yang sama iaitu mencari keredaan Allah.

Rasional Al-Quran sentiasa menganjurkan agar manusia sentiasa menyelidik, mengkaji dan memahami kejadian alam ini yang menjadi bukti keagungan Allah. Terdapat beberapa aspek rasional yang boleh dijelaskan bagi mencapai tahap kebenaran tersebut iaitu: Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti. Menolak pertentangan antara akal dan wahyu. Bersifat kepada penemuan baru.

Toleransi Islam menuntut umatnya agar memiliki sifat toleransi. Sifat toleransi tersebut perlu berlandaskan prinsipprinsip akidah dan syariah.

2. Syariah Syariah membawa maksud undang-undang, aturanaturan dan ketetapan-ketetapan Allah. Firman Allah dalam surah al-jathiyah (45:18)yang bermaksud: kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)

Tujuan syariah adalah untuk menyelamatkan dan memelihara lima perkara yang menjadi asas kepada kehidupan manusia iaitu: Memelihara agama Memelihara nyawa Memelihara akal Memelihara kehormatan dan keturunan Menjaga harta benda

3. Akhlak Akhlak ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku mmanusia tehadap Allah, terhadap diri sendiri dan makhluk lain. Prinsip akhlak Islam adalah bersifat universal, terperinci dan tidak boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak manusia yang sentiasa berubah dan tidak sempurna.

Perkataan akhlak berasa daripada bahasa Arab iaitu kata jamak dari perkataan khuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Imam al-ghazali mendefinasikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Kelahiran Tamadun Islam Kelahiran tamadun Islam adalah cetusan daripada Islam itu sendiri kerana bermula di kawasan padang pasir berbanding dengan tamadun silam yang lain yang lazimnya bermula di lembah sungai. Peranan manusia sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam. Pengaruh tamadun Islam yang hanya meliputi sebahagian Semenanjung Tanah Arab pada masa kewafatan Rasulullah SAW telah melebar sehingga ke benua lain. Tamadun Islam telah mengubah cara hidup manusia tanpa mengira bangsa dari kehidupan primitif kepada lebih maju dan progresif. Semua suku / bangsa disatukan dalam satu kesatuan yang dipanggil ummah yang terikat dengan akidah, prinsip kebebasan dan keadilan.

Perkembangan Tamadun Islam Perkembangan dan kegemilangan tamadun Islam didorong oleh beberapa perkara, antaranya: (a) Ilmu: Islam melihat ilmu sebagai suatu yang sangat penting dan syarat pelengkap yang paling asasi untuk membolehkan manusia berperanan sebagai hamba dan khalifahnya. Menuntut ilmu ialah satu kewajipan keagamaan yang melibatkan fardu ain dan fardhu kifayah kerana melalui ilmu, masyarakat dapat hidup bersaing dan menyumbang ke arah kemakmuran untuk dirinya dan juga orang lain. Ilmu bukan monopoli golongan tertentu dalam masyarakat tetapi merupakan hak yang harus dinikmati oleh semua manusia.

(b) Usaha dan kesungguhan: Islam adalah agama yang menyepadukan teori dan amal, serta iman dan amal kerana amal yang baik adalah bukti keimanan seseorang. Status dan nasib sesuatu kaum itu terletak pada usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh sesuatu kaum atau masyarakat itu sendiri. (c) Keterbukaan dan kreatif: Tamadun yang unggul tidak akan lahir dalam suasana pemikiran yang beku dan kaku, juga tidak muncul dalam suasana pemikiran yang gersang dan usang. Ianya akan muncul dan subur dalam suasana yang kondusif untuk melahirkan tamadun yang unggul yang telah Islam sediakan dan diamalkan oleh generasi terdahulu.

Kerajaan Abbasiyah dikatakan sebagai zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam. Pada zaman inilah kegiatan intelektual berkembang pesat. Antara tokoh-tokoh ternama ialah Ibnu Sina (falsafah, sains dan perubatan), Ibnu Haitham (fizik dan matematik),dan al-ghazali (falsafah dan tasawwuf). Tamadun Islam yang diasaskan oleh Bani Umayyah di Andalusia berkembang hampir lapan abad. Galakan dan naungan yang diberikan oleh pemerintah Islam terhadap kegiatan intelektual telah menjadi faktor penting pencapaian tamadun Islam di Eropah. Juga menyaksikan kebangkitan kerajaan / khalifah Turki Uthmaniyyah iaitu sistem kekhalifahan Islam pertama yang diasaskan oleh bukan berbangsa Arab.

Kemerosotan Tamadun Islam Tamadun Islam mula mengalami kemerosotan disebabkan oleh banyak faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah: Kelemahan pemimpin dan pemikir. Salahguna kuasa pemimpin. Pemimpin menjauhkan diri dari golongan agama. Hilang sikap adil, hikmah dan sifat-sifat mahmudah. Hilang daya saing dan kreativiti. Ancaman dari barat dari segi kuasa ketenteraan, empayar, bidang pemikiran dan lain-lain yang menandakan kebangkitan tamadun barat (contoh: polisi Reconquista kerajaan Kristian di Sepanyol menyebabkan kejatuhan kerajaan Islam Umayyah).

Prinsip Tamadun Islam Prinsip tamadun Islam merangkumi: Pengabdian diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup Asas akidah Keluhuran nilai kemanusiaan Nilai kesucian dan keharmonian hidup Tugas khalifah di bumi Allah

Dalam konteks pembinaan tamadun, Islam menekankan aspek hubungan manusia seperti berikut: Hubungan manusia dengan Allah Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dizahirkan melalui iktiqad dan perlaksanaan ibadah, melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan. Hubungan manusia dengan manusia Hubungan manusia dengan manusia adalah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Islam menghendaki umatnya saling menghormati sesama manusia dan hak-hak yang telah ditentukan. Hubungan manusia dengan alam Manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T tetapi manusia diberikan taraf yang lebih tinggi kerana akal dan sebagai khalifah.manusia diletakkan tanggungjawab untuk memelihara alam ini.

Ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam Antara ciri istimewa tamadun Islam yang dapat membezakannya daripada tamadun lain ialah: Bersifat rabbani Allah S.W.T adalah punca segala kekuasaan manakala kuasa yang ada pada manusia adalah bersifat relatif dan dikategorikan sebagai amanah. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia Tamadun Islam bersandarkan ilmu wahyu dan akal dan apa yang diterangkan melalui sumber wahyu tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan fitrah dan akal manusia.

Tidak membebankan Allah S.W.T tidak mensyariatkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan manusia untuk melaksanakannya. Sempurna dan menyeluruh Hassan al-banna, Islam sebagai risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, luasnya mencakupi segenap lapisan umat dan dalamnya sehingga merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat. Keseimbangan antara rohani dan jasmani Islam tidak memisahkan kedua-dua unsur ini daripada kehidupan manusia.

Sesuai sepanjang zaman Prinsip-prinsip Islam adalah bersifat umum, tujuannya adalah untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat. Terbuka dan toleransi Tamadun Islam tidak terbatas kepada sempadan tertentu malah menggalakkan penerimaan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun lain jika tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kesatuan dalam kepelbagaian Tamadun Islam tertegak di atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan yang melampaui segala batas perbezaan manusia.

Sumbangan tamadun Islam Antara sumbangan tamadun Islam adalah: Akidah tauhid Islam telah membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan dan penyembahan sesama makhluk kepada pengabdian dan penyembahan kepada Allah. S.W.T. Sosial Tamadun Islam telah memperkenalkan prinsip-prinsip sosial yang berteraskan keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan. Ekonomi Sistem ekonomi yang berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan.

Politik Kuasa dan kepimpinan politik adalah amanah. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T dan menjadi tanggungjawab manusia untuk mentaati pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah S.W.T dan Rasul S.A.W. Ilmu pengetahuan Islam menganjurkan umatnya agar menggunakan ilmu untuk mengkaji, menyelidiki rahsia-rahsia alam bagi membangunkan tamadun mereka dan mendekatkan diri dengan pencipta. Kesenian Seni bahasa dan tulisan, kesusasteraan, seni bina dan seni ukir, seni muzik dan lagu.

Jihad dalam Islam Setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala keupayaan untuk menegakkan kebenaran dan memartabatkan Islam. Jihad meliputi semua aspek antaranya jihad nafsu, jihad melawan hasutan syaitan, jihad melawan golongan munafik, jihad melawan tentera musuh.

Menurut Ibnu al-qayyim al-jauziyah, jihad terbahagi kepada empat kategori iaitu: Jihad melawan hawa nafsu: Usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperbaiki peribadi dengan pemupukan nilai-nilai terpuji serta menghindarkan nilai-nilai yang keji (jihad yang terbesar). Jihad melawan syaitan: Usaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang melampaui batas. Jihad melawan golongan munafik: Menentang golongan musuh dalam selimut. Termasuk juga untuk menegakkan kebenaran dan menghapus kebatilan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran serta menuntut keadilan dan menghapuskan kezaliman. Jihad melawan tentera musuh: Jihad memikul senjata dalam menghadapi tentera musuh yang boleh mengancam keselamatan dan memusnahkan sesebuah peradaban.

Selain itu, terdapat juga jihad lain yang wajar diberi perhatian iaitu: Jihad ilmu dan pendidikan: Tamadun Islam muncul kerana tahap keintelektualan yang tinggi dan semangat cintakan ilmu. Cabaran globalisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan pada masa kini. Justeru, umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi sebagai medium yang sangat relevan untuk mengangkat kembali martabat tamadun Islam. Jihad ekonomi dan politik: Kekuatan ekonomi dan politik merupakan dua faktor yang sangat penting dalam sesebuah tamadun. Jihad dalam dua konteks ini penting untuk mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan politik dengan mengelakkan perpecahan dan kerosakan.