SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

dokumen-dokumen yang mirip
Amanah Saham Panduan Pelabur

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

SYNERGY CARDS SDN BHD

GARIS PANDUAN POTONGAN CUKAI BULANAN DI BAWAH KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) PINDAAN 2015

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Suruhanjaya Sekuriti: Pengenalan Program-program BijakLabur

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Berurusan dengan Pengantara Takaful

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

RAKAN KEWANGAN ANDA. ISSN Bil 11/14 KKDN: PP 16897/05/2013 (032581) NOVEMBER Pupuk Tabiat Kewangan Kepada Kanak- Kanak

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

i-secure Soalan Lazim:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PRUcash double reward

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

SKIM PERSARAAN SWASTA PANDUAN PEMBELAJARAN PEPERIKSAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Melaksanakan Pemberian Anda

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Transkripsi:

1 SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

2 Pembangunan Industri PRS Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga Malaysia mendapati simpanan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan persaraan mereka. PRS merupakan ciri penting industri pencen swasta dengan objektif untuk menambah baik taraf kehidupan bagi membantu warga Malaysia pada masa persaraan mereka melalui dana simpanan tambahan. Sebagai sebuah pelaburan jangka panjang, PRS dibentuk bagi membantu meningkatkan kecukupan dan mengembangkan skop manfaat persaraan kepada semua segmen masyarakat. Ia sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan mandatori Malaysia yang sedia ada. Caruman kepada PRS adalah sukarela. Individu (pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja) atau majikan boleh menyertai PRS sebagai pencarum. Menawarkan manfaat pencen swasta boleh menjadi suatu cara bagi majikan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir. Maklumat mengenai PRS yang disediakan dalam buku kecil ini termasuklah penjelasan mengenai kerangka kerja, ciri-ciri utama PRS dan pengawalseliaannya. Beberapa soalan lazim serta jawapannya juga turut dimuatkan di dalam buku kecil ini. SPECIMEN

3 Rangka Kerja PRS Alam persaraan di Malaysia telah diberi rangsangan dengan pembangunan kerangka kerja PRS, yang merupakan usaha utama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2. Komponen Penting Pengedar & Perunding PRS Pentadbir Pencen Swasta (PPA) Penyedia PRS Pemegang Amanah Skim Skim PRS ditawarkan oleh Penyedia PRS yang diluluskan. Setiap PRS akan menyediakan pelbagai jenis dana persaraan yang boleh dipilih oleh individu untuk membuat pelaburan berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan keupayaan mereka menghadapi risiko. PPA berfungsi sebagai penyimpan rekod dan pusat sumber bagi data semua transaksi yang dibuat oleh pencarum. Ia memudahcarakan transaksi dan menggalakkan pentadbiran yang cekap. PPA juga menjadi pusat sumber bagi data dan penyelidikan yang berkaitan dengan industri PRS di Malaysia. Aset bagi setiap PRS akan diasingkan daripada Penyedia PRS dan dipegang oleh Pemegang Amanah Skim bebas di bawah satu amanah. SC mengawal selia dan memantau semua pengantara dalam industri PRS, iaitu Penyedia PRS, PPA, Pemegang Amanah Skim dan pengedar PRS bagi memastikan industri PRS berfungsi dengan sempurna dan melindungi ahli melalui peraturan perlindungan pelabur yang teliti.

4 SC kini dalam peringkat terakhir pelaksanaan kerangka kerja PRS PPA telah ditubuhkan dan kelulusan bagi skim tersebut tertakluk kepada kesediaan Penyedia PRS memenuhi syarat-syarat tertentu. Lapan Penyedia PRS yang diluluskan (setakat 5 April 2012) ialah: - AmInvestment Management Sdn Bhd; - American International Assurance Bhd; - CIMB-Principal Asset Management Bhd; - Hwang Investment Management Bhd; - ING Funds Bhd; - Manulife Unit Trust Bhd; - Public Mutual Bhd; dan - RHB Investment Management Sdn Bhd. Sebelum PRS ditawarkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2012, ini adalah masa yang penting bagi bakal ahli untuk memahami bagaimana PRS boleh disesuaikan dengan perancangan kewangan mereka, serta mendapatkan maklumat mengenai Penyedia PRS dan Skim yang berlainan sebelum membuat caruman kepada PRS.

5 Ciri-ciri Utama PRS Dibentuk bagi menyediakan pilihan dan kefleksibelan Menggalakkan ahli supaya mengawasi simpanan persaraan mereka PRS merupakan satu skim caruman yang mana manfaat terakru kepada ahli ditentukan oleh jumlah caruman dan ditambah dengan pulangan pelaburan selepas itu. Matlamat simpanan dalam PRS adalah bagi membantu ahli meningkatkan jumlah simpanan dalam jangka panjang. Ahli mempunyai pilihan untuk membuat caruman kepada lebih daripada satu dana di bawah satu PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berlainan. Oleh sebab skim ini adalah sukarela, tiada jumlah tertentu atau tempoh tertentu yang ditetapkan untuk membuat caruman kepada PRS. Pilihan dana yang ditetapkan juga disediakan bagi ahli-ahli yang memilih Penyedia PRS mereka tetapi tidak menetapkan pilihan dana. Pilihan dana yang ditetapkan disediakan bagi kumpulan umur yang berlainan. Penyedia PRS perlu memastikan supaya ahli-ahli yang berkenaan disalurkan kepada dana yang ditetapkan mengikut kumpulan umur masing-masing seperti yang ditunjukkan di bawah: Kumpulan Umur Dana Berpertumbuhan Bawah 40 tahun Dana Sederhana 40-50 tahun Dana Konservatif Melebihi 50 tahun Parameter Maksimum 70% ekuiti Pelaburan di luar Malaysia dibenarkan Maksimum 60% ekuiti Pelaburan di luar Malaysia dibenarkan 80% dalam debentur / instrumen pendapatan tetap yang mana 20% daripadanya mestilah dalam instrumen pasaran wang dan maksimum 20% dalam ekuiti Pelaburan di luar Malaysia tidak dibenarkan Individu Majikan Ahli memilih Penyedia PRS dan dana mengikut ketahanan risiko dan profil pelaburan mereka atau Pilihan dana yang ditetapkan untuk ahli yang memilih Penyedia PRS mereka tetapi tidak menetapkan pilihan dana Majikan boleh menyalurkan caruman kepada Penyedia PRS tertentu, dengan pekerja memilih jenis dana yang ditawarkan oleh Penyedia PRS tersebut atau Majikan boleh menyalurkan caruman kepada Penyedia PRS tertentu, dan sekiranya pekerja tidak membuat pilihan dana, caruman boleh disalurkan kepada pilihan dana yang ditetapkan oleh Penyedia PRS.

6 Ahli juga mempunyai pilihan untuk menukar dana dalam satu PRS pada bila-bila masa, atau bertukar kepada Penyedia PRS yang lain sekali setahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Penyedia PRS tersebut. Pertukaran pertama hanya boleh dipohon oleh ahli setahun selepas membuat caruman pertama dalam mana-mana dana bawah skim tersebut. Semua caruman yang dibuat kepada PRS akan dibahagi dua dan dimasukkan ke dalam sub-akaun A dan B seperti yang berikut: Akaun PPA 70% Sub-akaun A Boleh dikeluarkan apabila mencapai umur persaraan 30% Sub-akaun B Boleh dikeluarkan setahun sekali Nilai sub-akaun A dan sub-akaun B boleh naik atau turun bergantung pada harga unit. Harga unit merupakan nilai setiap unit yang dipegang oleh ahli dari hari ke hari. Harga unit ditetapkan secara harian. Bagi menyediakan kecekapan dan kemudahan untuk ahli, satu PPA telah ditubuhkan bagi menjejaki caruman PRS mereka serta menyimpan rekod semua transaksi berkaitan dengan PRS yang dibuat oleh ahli. PPA tidak mengurus dana secara dalaman atau menerima caruman tetapi akan memudahkan pelaksanaan arahan daripada ahli. Pelabur individu akan mempunyai hanya satu akaun bagi pengurusan simpanan persaraan yang lebih baik kerana maklumat daripada pelbagai sumber boleh digabungkan dalam satu akaun. Diagram di bawah menunjukkan contoh individu menyalurkan caruman kepada beberapa dana bawah PRS yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berlainan. 20 % Penyedia PRS 1 Dana 1 Dana 2 Dana 3 30 % Penyedia PRS 2 Dana 1 Dana 2 Dana 3 Penyedia PRS 3 Dana 1 Dana 2 Dana 3 40 % 10 % Penyedia PRS 8

7 Sebagai tambahan kepada potongan cukai yang dibenarkan bagi caruman KWSP, insentif cukai diberikan kepada majikan dan pekerja seperti yang berikut: - Individu pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012; dan - Majikan potongan cukai ke atas caruman PRS yang dibuat bagi pihak pekerja mereka melebihi kadar KWSP yang diwajibkan sehingga 19% daripada gaji pekerja. Pelepasan cukai juga diberikan ke atas pendapatan yang diterima oleh dana di bawah skim tersebut. Pengawalseliaan bagi melindungi kepentingan ahli Kerangka kerja pengawalseliaan bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang merangkumi Peraturan PRS, Garis panduan PRS dan Keperluan Kelayakan bagi Penyedia PRS, menetapkan satu standard tinggi bagi kawal selia dan tata laku. Bawah Garis Panduan PRS, Penyedia PRS perlu menyediakan skim persaraan sukarela yang berkesan dari segi kos dan memastikan supaya Skim tersebut beroperasi dengan betul dan cekap. Dana tersebut diasingkan melalui satu struktur amanah supaya aset ahli dilindungi di bawah kawalan syarikat pemegang amanah bebas. Di segi undang-undang, Penyedia PRS, Pemegang Amanah dan Pentadbir mestilah bertindak bagi kepentingan ahli. Had pelaburan yang berhati-hati dalam Skim tersebut disediakan bawah Garis Panduan PRS. Dasar pelaburan dana bawah Skim itu mestilah konsisten dengan objektif untuk membina simpanan bagi persaraan dan memastikan tebaran risiko dibuat secara berhati-hati. Kerangka kerja penzahiran memastikan ketelusan dan maklumat kerap diberikan kepada ahli dengan menghendaki penzahiran yang jelas, ringkas, padat dan berkesan diberikan kepada pelabur supaya mereka mendapat maklumat sepenuhnya mengenai strategi pelaburan, risiko yang berkaitan dengan Skim dan semua bayaran dan caj yang terbabit. Tindakan akan diambil sekiranya terdapat sebarang kenyataan palsu atau mengelirukan kepada pelabur. Peringatan: - Harga unit dan pembayaran pengagihan, jika ada, boleh naik dan turun. - Sama seperti semua pelaburan, pulangan daripada caruman yang dibuat kepada PRS tidak dijamin dan bergantung kepada prestasi dana PRS.

8 Soal Jawab: Menyertai PRS 1. Bagaimanakah saya (sebagai individu) hendak menyertai PRS? Untuk membuat caruman dalam PRS, hubungi Penyedia PRS pilihan anda dan nyatakan pilihan dana. Pada masa yang sama atau sebelum membuat caruman, anda boleh membuka akaun PPA dengan melengkapkan borang membuka akaun yang boleh diperoleh daripada mana-mana Penyedia PRS atau daripada laman sesawang PPA (www.ppa.my). Bukti pengenalan diri diperlukan ketika membuka akaun: - Kad pengenalan / Polis / Angkatan Tentera (bagi warga Malaysia) atau pasport (bagi warga asing). Apabila akaun PPA telah dibuka, anda akan menerima nombor akaun dan kata laluan yang kekal untuk anda. 2. Bagaimanakah majikan boleh membuat caruman sukarela bagi pihak pekerjanya? Majikan yang ingin membuat caruman kepada PRS bagi pihak pekerjanya boleh mengaturkannya dengan satu atau lebih Penyedia PRS yang dipilih mereka. Jumlah caruman ditentukan oleh majikan manakala pekerja pula memilih jenis dana bawah Skim tersebut yang ditawarkan oleh Penyedia PRS berkenaan. Jika pekerja tidak membuat pilihan dana, caruman majikan akan disalurkan kepada pilihan dana yang ditetapkan oleh Penyedia PRS yang dipilih.

9 Caruman majikan mungkin tertakluk kepada jadual tertentu yang bermakna pencaruman tersebut mungkin hanya dibuat ke dalam akaun pekerja berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan. 3. Apakah yang perlu saya pertimbangkan ketika memilih PRS? Apabila membuat caruman PRS, anda perlu menimbangkan pelbagai faktor seperti umur anda, pendapatan peribadi dan isi rumah, ketahanan terhadap risiko, objektif persaraan serta kesesuaian dana yang berbeza-beza bawah pelbagai Skim untuk memenuhi keperluan persaraan anda serta bayaran dan caj dana berkenaan. Terdapat banyak jenis pelabur: Ada yang mahu pulangan tetap Ada yang tidak terburu-buru dan lebih gemar tabungan persaraan mereka berkembang secara perlahan Ada yang mahu pulangan yang tinggi. Pendekatannya juga mungkin berbeza-beza bergantung kepada sama ada anda bujang, pekerja muda; keluarga muda yang mempunyai dua sumber pendapatan; berada di pertengahan kerjaya atau hampir mencapai usia persaraan. Contohnya: (i) (ii) jika tempoh persaraan anda masih jauh, anda boleh menimbangkan untuk melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi; jika anda hampir bersara, anda boleh memilih pelaburan yang lebih stabil dan konservatif; atau (iii) jika masih ada beberapa tahun lagi sebelum bersara, anda boleh menimbangkan untuk melabur dalam portfolio pelaburan yang seimbang, mengandungi bon dan ekuiti. Keperluan manusia berubah-ubah melalui peringkat yang berbeza-beza dalam kehidupan kita. Anda perlu selalu mengkaji semula portfolio PRS anda bagi memastikan ia bersesuaian dengan objektif pelaburan anda.

10 Dalam menetapkan matlamat persaraan, perlu diambil kira tentang kos sara hidup dan inflasi serta membuat perancangan jangka panjang; jangan terlalu bimbang mengenai turun naik pasaran berjangka pendek. 4. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat ketika hendak membuat keputusan untuk mencarum dalam PRS? Bakal ahli mesti menerima dokumen yang berikut sebelum membuat caruman bawah Skim tersebut: Kertas penerangan produk yang memberikan ringkasan maklumat penting dana di bawah skim tersebut, menggunakan bahasa yang mudah difahami; dan Dokumen penzahiran, sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak, bergantung pada pilihan yang dibuat oleh bakal ahli, yang memberikan maklumat lebih terperinci mengenai PRS. Tujuannya bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan berasaskan maklumat. Pencarum dinasihati supaya membaca dan memahami dokumen penzahiran dan tidak bergantung sepenuhnya kepada iklan. 5. Bilakah saya boleh mula mencarum dalam PRS? SC kini dalam peringkat akhir pelaksanaan kerangka PRS. Sejajar dengan mandat perlindungan pelabur SC, satu tempoh pendidikan dan kesedaran umum telah diperuntukkan sebelum PRS yang diluluskan akan ditawarkan kepada orang ramai. Ini bagi membolehkan bakal pencarum mendapat nasihat mengenai perlunya menabung untuk persaraan dan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri PRS. Senarai Penyedia PRS yang diluluskan dan Skim masing-masing akan dipaparkan pada laman sesawang PPA. 6. Bagaimanakah ahli boleh menjejaki pelaburan PRS mereka? Ahli boleh menyemak pelaburan secara dalam talian melalui laman sesawang PPA atau hubungi Penyedia PRS yang berkenaan. Ahli akan menerima penyata secara berkala daripada Penyedia PRS dan penyata tergabung mengenai pelaburan mereka daripada PPA. Ini termasuklah caruman yang dipegang oleh Penyedia PRS.

11 7. Bolehkah wang caruman dikeluarkan daripada PRS? Pengeluaran daripada PRS atau mana-mana dana bawah PRS boleh dibuat secara sebahagian atau sepenuhnya dalam keadaan berikut: Sehari selepas ahli mencapai umur persaraan, yang pada masa ini ialah 55 tahun; Kematian ahli; Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya; atau Bagi pengeluaran sebelum persaraan. Berkenaan dengan pengeluaran sebelum persaraan, ahli hanya boleh mengeluarkan amaun dalam akaun Sub-B daripada setiap Penyedia PRS sekali setahun. Pengeluaran sebelum persaraan yang pertama hanya boleh dipohon oleh ahli setahun selepas membuat caruman pertama kepada mana-mana dana bawah Skim tersebut (sama ada caruman itu dibuat oleh majikan atau ahli). Walaupun pengeluaran sebelum persaraan boleh dibuat atas apa sahaja alasan, penalti cukai 8% ke atas jumlah yang dikeluarkan akan ditolak oleh Penyedia PRS sebelum bakinya dikreditkan ke dalam akaun ahli. Walaupun pengeluaran jumlah keseluruhan adalah dibenarkan, ahli digalakkan supaya mengekalkan simpanan mereka untuk pelaburan berterusan bawah Skim tersebut. 8. Apakah yang berlaku apabila ahli meninggal dunia? Apabila ahli meninggal dunia, simpanan mereka akan diserahkan kepada pelaksana, pentadbir wasiat atau waris yang dinamai (yang mana berkenaan). Pemegang Amanah Skim perlu menyerahkan kesemua atau sebahagian daripada baki, yang mana perlu, mengikut penyerahan probet dan surat kuasa mentadbir.

12 Bagi pencarum individu, ini adalah simpanan hayat anda. Kawallah ia dan jadikannya bermanfaat selepas persaraan anda. Ketahui PRS anda Tetapkan matlamat persaraan anda Tentukan profil risiko anda Bagi majikan, PRS adalah platform untuk anda menambah baik daya tarikan kepada tenaga kerja yang baik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur Tel +603 6204 8000 Faks +603 6201 5078 E-mel cau@seccom.com.my Laman sesawang www.sc.com.my