AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

dokumen-dokumen yang mirip
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

ISI KANDUNGAN SYARAT AM UNIVERSITI 1. SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM ALIRAN SASTERA Fakulti Undang-Undang 2 PROSPEK KERJAYA 4

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

LULUSAN MATRIKULASI /ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

IPTA : UM - Universiti Malaya KATEGORI : Kategori STPM ALIRAN : Sastera FAKULTI : -- Semua Fakulti -- (i) Program Pengajian. Kelayakan Minimum.

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALYSIA (UPM)

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA UKM SESI AKADEMIK 2017/2018 (CALON LEPASAN STPM, MATRIKULASI) SYARAT LAMA (CALON LEPASAN STPM/MATRIKULASI)

Sidang Akademik 2017/2018 Pengambilan Pelajar UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SYARAT AM. Syarat Am Universiti

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Bengkel Penggabungan/ Pecahan/Penjumudan Program Akademik 4 April 2017 (Selasa) Pusat Pembangunan Kurikulum

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

LULUSAN DIPLOMA/SETARAF ALIRAN SASTERA SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP

SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN UNISZA SESI AKADEMIK 2018/2019 SYARAT AM

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SIDANG AKADEMIK

Akademi Pengajian Melayu menawarkan 2 program Ijazah Tinggi, iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

LULUSAN STAM SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UKM

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMK

SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PENGELUARAN & OPERASI) DENGAN KEPUJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN DIPLOMA/SETARAF SESI AKADEMIK 2016/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN CALON LALUAN KHAS CSR KE PROGRAM BACELOR BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2015/2016

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN KEJURUTERAAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMS

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

LULUSAN MATRIKULASI/ASASI ALIRAN PERAKAUNAN SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UTM

SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PEMBINAAN) DENGAN KEPUJIAN

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTA TANAH DENGAN KEPUJIAN

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

2005/2006. Universiti Kebangsaan Malaysia

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

SYARAT AM UNIVERSITI DAN SYARAT KHAS PROGRAM BAGI LEPASAN STPM, MATRIKULASI/ASASI DAN DIPLOMA/SETARAF SESI 2013/2014. Dan. Dan. Dan.

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

KADAR YURAN SISTEM SEMESTER

SYARAT KEMASUKAN DAN YURAN PENGAJIAN

Kelayakan Minimum STPM

GARIS PANDUAN PENCALONAN

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

PANDUAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KELAYAKAN MINIMUM (Kategori Diploma/Setaraf IB,AUSMAT, A Level dan lain-lain) PROGRAM SARJANA MUDA

Kelayakan Minimum STPM

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA MUDA (SEPARUH MASA) LEPASAN DIPLOMA SESI AKADEMIK 2017/2018 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

Pakej Mata Pelajaran Tingkatan Empat Tahun 2012 dan SPM tahun 2013

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf. atau. atau

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

LULUSAN STPM ALIRAN SAINS SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UMT CARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

CATATAN PERBINCANGAN SEMAKAN KURIKULUM DAN AKREDITASI PROGRAM AKADEMIK PUSAT PEMBANGUNAN KURIKULUM (CDC)

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

Akta Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

Tarikh : Ogos 2014 JAWATAN KOSONG

Pemilihan Pakej Mata Pelajaran Tingkatan Empat Tahun 2011 dan SPM tahun 2012

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

Transkripsi:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 SUSUNAN KAEDAH BAHAGIAN I PERMULAAN Kaedah muka surat 1. Nama, Mula Berkuatkuasa Dan Pemakaian 3 2. Tafsiran 3 BAHAGIAN II SYARAT PENERIMAAN MASUK 3. Kemasukan Ke Program Pengajian Universiti 6 4. Kemasukan Pelajar Pemerhati 8 BAHAGIAN III PENDAFTARAN 5. Pendaftaran Sebagai Pelajar Program Pengajian 8 6. Pendaftaran Kursus 9 7. Pertukaran Program Pengajian 9 BAHAGIAN IV BAYARAN 8. Menjelaskan Bayaran 10 9. Hak Mengubah Kadar Yuran Dan Bayaran 10 10. Tempoh Menjelaskan Yuran Pengajian Dan Bayaran Lain 10 11. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian Dan Bayaran Lain 11 1

BAHAGIAN V TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN 12. Tempoh Program Pengajian 11 13. Tempoh Minimum Dan Tempoh Maksimum Program Pengajian 11 14. Penggantungan Pengajian Pelajar 11 BAHAGIAN VI STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN 15. Program Pengajian 11 16. Struktur Program Pengajian 12 17. Komponen Kursus 12 BAHAGIAN VII SISTEM PENASIHAT AKADEMIK 18. Fungsi Penasihat Akademik 12 19. Perjumpaan Dengan Penasihat Akademik 12 BAHAGIAN VIII PEPERIKSAAN 20. Jenis Peperiksaan 13 21. Jawatankuasa Pemeriksa 13 BAHAGIAN IX PENGURNIAAN IJAZAH 22. Syarat Pengijazahan 13 BAHAGIAN X AM 23. Penamatan Status Akademik Pelajar 13 24. Kuasa Senat Membuat Peraturan 14 25. Pengecualian Pemakaian 14 26. Pematuhan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971, 14 Perlembagaan Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah Dan Peraturan-Peraturan Universiti 27. Pembatalan 14 2

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2010 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen 37(1) Perlembagaan Universiti Malaya 2010 [P.U. (A) 444/2010] Lembaga Pengarah Universiti Malaya membuat kaedah-kaedah berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Nama, Mula Berkuatkuasa Dan Pemakaian (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai Sesi Akademik 2010/2011. (2) Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Malaya yang mengikuti program pengajian ijazah pertama KECUALI pelajar yang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS). (3) Walau apapun yang dinyatakan di Kaedah 1(2), pelajar yang mengikuti program pengajian Ijazah sebelum Sesi Kemasukan 2010/2011 adalah tertakluk kepada peruntukan Kaedah-Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya KECUALI peruntukan mengenai tempoh dan struktur program pengajian, di mana pelajar ini akan terus tertakluk kepada tempoh dan struktur program pengajian seperti ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2006 dan peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya. 2. Tafsiran Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain bidang pengajian ertinya pengkhususan yang ditawarkan di dalam sesuatu program pengajian; 3

Bursar ertinya seorang pegawai Universiti yang dilantik menurut seksyen 14 Perlembagaan Universiti Malaya; Dekan Fakulti ertinya Dekan Fakulti Universiti dan termasuklah manamana Pengarah atau Ketua Akademi, Pusat, Sekolah dan Institut yang dilantik menurut peruntukan subseksyen 24(4) dan (5) Perlembagaan Universiti Malaya; Fakulti ertinya mana-mana Fakulti Universiti dan termasuklah manamana Akademi, Pusat, Sekolah dan Institut yang ditubuhkan menurut peruntukan subseksyen 24(1) Perlembagaan Universiti Malaya; Ijazah ertinya Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Pertama Universiti; Jabatan ertinya mana-mana Jabatan Pengajian Fakulti dan termasuklah mana-mana Bahagian Pengajian Fakulti; Jawatankuasa Pemeriksa ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Senat atas perakuan Fakulti untuk mempertimbangkan keputusan peperiksaan dan menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberi kepadanya menurut peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau peraturan-peraturan yang berkenaan; Klinik Kesihatan Pelajar ertinya klinik kesihatan pelajar yang ditubuhkan di bawah Peraturan Universiti Malaya (Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar) 2003; kredit ertinya ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu; kredit dapat ertinya suatu kredit yang diperolehi oleh seseorang pelajar bagi sesuatu kursus yang dijalani dalam program pengajiannya tetapi gred yang diperolehi bagi kursus tersebut tidak diambil kira di dalam pengiraan PNG dan PNGK; kredit kira ertinya suatu kredit yang diperolehi oleh seseorang pelajar bagi sesuatu kursus yang dijalani dalam program pengajiannya dan gred yang diperolehi bagi kursus tersebut diambil kira di dalam pengiraan PNG dan PNGK; kursus ertinya satu unit pengajian atau latihan yang disediakan dalam satu tempoh tertentu, biasanya dalam satu semester, yang menyumbang kredit kepada sesuatu program pengajian; 4

major ertinya pakej kursus yang ditawarkan oleh Fakulti yang berjumlah antara 50% hingga 60% daripada jumlah keseluruhan kredit yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian; minor ertinya pakej kursus yang ditawarkan oleh Fakulti yang berjumlah antara 25% hingga 30% daripada jumlah keseluruhan kredit yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian; Naib Canselor ertinya ketua pegawai eksekutif dan akademik bagi Universiti yang dilantik menurut peruntukan seksyen 12 Perlembagaan Universiti Malaya; Pendaftar ertinya seorang pegawai Universiti yang dilantik menurut seksyen 14 Perlembagaan Universiti Malaya; pelajar ertinya seseorang pelajar berdaftar yang sedang mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Universiti bagi sesuatu program pengajian dan disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti menurut peruntukan subkaedah 5(2); PNG ertinya Purata Nilai Gred yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester; PNGK ertinya Purata Nilai Gred Kumulatif yang ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini; program pengajian ertinya sekumpulan kursus dan/atau latihan yang dirancang dan disediakan bagi memenuhi keperluan untuk dianugerahkan Ijazah; program profesional ertinya program pengajian yang memerlukan pengiktirafan atau yang diiktiraf oleh sesebuah badan profesional; Senat ertinya salah satu Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan menurut peruntukan seksyen 22 Perlembagaan Universiti Malaya; semester ertinya tempoh tertentu di dalam sesuatu sesi dan terdiri daripada Semester Biasa dan Semester Khas; Semester Biasa ertinya Semester I atau Semester II sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual Semester; Semester Khas ertinya semester yang diadakan selepas Semester II yang tempohnya lebih pendek daripada Semester Biasa; 5

Sesi Akademik ertinya tempoh pengajian sesuatu program pengajian yang terdiri daripada Semester Biasa dan Semester Khas yang tarikh permulaan dan tarikh tamatnya ditetapkan oleh Naib Canselor; Tahun Kalendar ertinya jangka waktu (masa) yang lamanya dua belas bulan; Universiti ertinya Universiti Malaya. BAHAGIAN II SYARAT PENERIMAAN MASUK 3. Kemasukan Ke Program Pengajian Universiti (1) Keperluan/Kelayakan Asas (a) Setiap calon warganegara yang ingin mengikuti program pengajian ijazah di Universiti Malaya hendaklah memenuhi syarat am Universiti seperti berikut: (i) (ii) (iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik; Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf; Mempunyai salah satu kelulusan berikut: (A) Lulus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/Asasi Sains UM/Asasi Pengajian Islam UM/Asasi Undang-Undang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00/Asasi Alam Bina UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75; (B) Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; (C) Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya: 6

atau (aa) (bb) Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain; (D) Lulus sekurang-kurangnya tahap Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). (iv) Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET); dan (v) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat. (b) Calon bukan warganegara yang ingin mengikuti program pengajian di Universiti Malaya hendaklah mempunyai National Higher School Certificate dan memenuhi syarat seperti berikut: (i) (ii) Lulus dengan sekurang-kurangnya gred B dan/atau 80% dalam mata pelajaran berkenaan pada tahap GCE/A-Level/setaraf; atau Mempunyai sekurang-kurangnya PNGK3.00 dalam mata pelajaran berkenaan pada tahap sijil/diploma. dan (iii) Mengambil dan lulus kursus Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Pengecualian diberi kepada calon yang mempunyai salah satu dari kelulusan berikut: (A) Skor TOEFL 550 (PBT), 213 (CBT) atau 80 (IBT). (B) (C) Band 6 ke atas untuk IELTS. C6 ke atas untuk General Certificate of Secondary Education (O Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (D) Lulus General Certificate of Education (A Level), University of Cambridge untuk Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 7

(2) Kemasukan pelajar ke mana-mana program pengajian Universiti hendaklah setelah memenuhi syarat penerimaan masuk yang ditetapkan oleh Senat dan tertakluk kepada: (a) (b) (c) membayar yuran tertentu; disahkan oleh Doktor Klinik Kesihatan Pelajar mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan dan tidak menghidap apa-apa penyakit atau apa-apa kecacatan anggota yang boleh mengganggu pengajian di Universiti; dan mendaftar sebagai pelajar program pengajian. (3) Dalam keadaan tertentu, kemasukan pelajar adalah tertakluk kepada resolusi Senat atas perakuan Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Fakulti yang berkenaan serta memenuhi subkaedah 3(2) (a), (b) dan (c). (4) Kemasukan bagi program pengajian adalah pada permulaan Semester I atau Semester II setiap sesi akademik. (5) Setiap tawaran kemasukan adalah untuk sesuatu semester dan sesi tertentu. 4. Kemasukan Pelajar Pemerhati (1) Pelajar Pemerhati ialah pelajar yang diluluskan untuk mengikuti kursus-kursus tertentu di Universiti, sama ada atau tidak untuk tujuan mendapat gred dan/atau kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian Universiti. (2) Kemasukan Pelajar Pemerhati hendaklah atas budibicara Dekan Fakulti. BAHAGIAN III PENDAFTARAN 5. Pendaftaran Sebagai Pelajar Program Pengajian (1) Pemohon yang ditawarkan oleh Universiti untuk mengikuti program pengajian Ijazah dan menerima tawaran tersebut dikehendaki mendaftar mengikut prosedur yang ditetapkan oleh tawaran tersebut atau oleh Universiti. (2) Tertakluk kepada subkaedah (3) di bawah, sesiapa yang mendaftar seperti yang tersebut di subkaedah (1) dikenali sebagai pelajar 8

Universiti dan nama pelajar tersebut hendaklah disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga pelajar berjaya menamatkan program pengajiannya dan Senat mengesahkan pelajar tersebut layak dianugerahkan ijazah atau sehingga atas sebab tertentu pelajar tersebut hilang kelayakannya menjadi pelajar Universiti mengikut mana yang terdahulu. (3) Setiap pelajar yang telah mendaftar untuk program pengajian yang telah ditawarkan kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti dan sekiranya gagal berbuat demikian akan terhenti daripada menjadi pelajar dan namanya akan digugurkan daripada senarai daftar pelajar. (4) Atas sebab perubatan, seseorang pelajar boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran pengajiannya. Walau bagaimanapun, penangguhan hanya dibenarkan sehingga kepada semester berikutnya atau bagi Fakulti yang hanya boleh menerima pelajar pada sesuatu semester sahaja bagi setiap sesi, penangguhan dibenarkan selama satu sesi. Tawaran akan diluputkan sekiranya pelajar tidak juga mendaftar pada semester atau sesi berikut yang berkenaan. (5) Walau apapun yang dinyatakan oleh subkaedah (1) di atas dan tertakluk kepada subkaedah (3), Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-mana pelajar sekiranya pada pandangan Senat pelajar tersebut atas sebab-sebab akademik yang ditentukan oleh Senat, tidak mampu meneruskan program pengajiannya. Nama pelajar tersebut hendaklah digugurkan daripada senarai daftar pelajar Universiti dan pelajar tersebut hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar Universiti. Keputusan Senat yang dibuat menurut peruntukan subkaedah (5) ini adalah muktamad. (6) Pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu program pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Universiti atau di institusi atau universiti lain. 6. Pendaftaran Kursus Setiap pelajar dikehendaki mendaftar kursus-kursus yang diambil pada setiap semester mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini. 9

7. Pertukaran Program Pengajian (1) Pertukaran program pengajian boleh dilakukan oleh seseorang pelajar selepas ia telah mendaftarkan program pengajian asal yang ia ditawarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a) (b) (c) (d) Pertukaran program pengajian hanya dibenarkan bagi pelajar tahun pertama sahaja dan yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu semester pengajian; Pelajar hanya dibenarkan membuat pertukaran program pengajian sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti; Pelajar hendaklah memenuhi syarat kemasukan program pengajian baru yang dipohon; dan Pelajar tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib. (2) Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah 7(1), kebenaran untuk menukar program pengajian adalah tertakluk kepada kelulusan Timbalan Naib Canselor yang berkenaan atas perakuan Dekan Fakulti program pengajian asal dan persetujuan Dekan Fakulti yang akan menerima pelajar tersebut. 8. Menjelaskan Bayaran BAHAGIAN IV BAYARAN Pelajar baru hendaklah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan di dalam surat tawaran kemasukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Universiti untuk sesuatu program pengajian. 9. Hak Mengubah Kadar Yuran Dan Bayaran Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar bayaran lain yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada pelajar. 10. Tempoh Menjelaskan Yuran Pengajian Dan Bayaran Lain Pelajar hendaklah mendaftar untuk mengikuti kursus yang ditetapkan oleh program pengajiannya serta membayar semua yuran pengajian dan bayaran lain yang ditetapkan untuk kursus-kursus yang didaftarkannya 10

dalam tempoh satu minggu dari permulaan sesi atau tiap-tiap semester, di mana berkenaan, melainkan dibenarkan sebaliknya oleh Bursar Universiti. 11. Kegagalan Menjelaskan Yuran Pengajian Dan Bayaran Lain Kegagalan seseorang pelajar menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran lain yang ditetapkan dalam tempoh satu minggu selepas menerima makluman daripada Bursar bahawa pelajar mempunyai tunggakan bayaran, boleh menyebabkan pelajar berkenaan dihalang daripada menduduki peperiksaan bagi semester berkenaan atau statusnya sebagai pelajar Universiti ditamatkan. 12. Tempoh Program Pengajian BAHAGIAN V TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN Pelajar hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan. 13. Tempoh Minimum Dan Tempoh Maksimum Program Pengajian Tempoh minimum dan maksimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian adalah seperti berikut: Sistem Pengajian Enam Semester : minimum 6 semester maksimum 10 semester Sistem Pengajian Tujuh Semester : minimum 7 semester maksimum 11 semester Sistem Pengajian Lapan Semester : minimum 8 semester maksimum 12 semester 14. Penggantungan Pengajian Pelajar Tempoh penggantungan pengajian pelajar yang dikenakan hukuman di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 tidak boleh diambilkira dalam tempoh maksimum pengajian. 11

15. Program Pengajian BAHAGIAN VI STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN Program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti adalah seperti mana yang ditetapkan dalam Jadual kepada Kaedah-Kaedah ini dan yang diluluskan dari semasa ke semasa. 16. Struktur Program Pengajian Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang ditetapkan bagi program pengajian berkenaan seperti mana yang diluluskan oleh Senat. 17. Komponen Kursus Setiap program pengajian hendaklah mengandungi tiga komponen kursus, iaitu Kursus Universiti (15% - 20%), Kursus Teras (50% - 60%) dan Kursus Elektif/Minor (25% - 30%). Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini (1) Kursus Universiti bermaksud kursus-kursus yang ditetapkan oleh Universiti sebagai kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar Ijazah Pertama; (2) Kursus Teras bermaksud kursus-kursus yang ditentukan oleh Fakulti sebagai kursus yang wajib diikuti oleh pelajar di Fakulti berkenaan yang terdiri daripada kursus teras fakulti atau kursus teras program dan/atau kursus teras jabatan atau kursus teras pengkhususan; (3) Kursus Elektif/Minor bermaksud kursus-kursus yang boleh terdiri daripada elektif fakulti atau elektif jabatan atau kursus-kursus minor. 18. Fungsi Penasihat Akademik BAHAGIAN VII SISTEM PENASIHAT AKADEMIK Setiap pelajar disediakan seorang Penasihat Akademik daripada kalangan pensyarah dalam bidang pengajian pelajar untuk membimbing pelajar dalam perancangan program pengajiannya dengan cara: (1) membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan kredit yang pelajar akan ambil sebelum semester bermula; dan 12

(2) memberikan bimbingan kepada pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran, jika ada, berdasarkan kemajuan pengajian pada pertengahan semester dan pada akhir semester. 19. Perjumpaan Dengan Penasihat Akademik Setiap pelajar hendaklah berjumpa dengan Penasihat Akademik sekurang-kurangnya satu kali dalam setiap semester. 20. Jenis Peperiksaan BAHAGIAN VIII PEPERIKSAAN Maka hendaklah ada peperiksaan bagi tiap-tiap program pengajian yang dijalankan oleh Universiti yang boleh dibuat secara ujian bertulis, ujian lisan, amali atau penilaian praktikum, tugasan kursus, penilaian ikhtisas, peperiksaan akhir serta kaedah penilaian lain seperti mana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti. 21. Jawatankuasa Pemeriksa Maka hendaklah ada Jawatankuasa Pemeriksa yang berasingan bagi setiap program pengajian. 22. Syarat Pengijazahan BAHAGIAN IX PENGURNIAAN IJAZAH Ijazah Sarjana Muda Universiti boleh dikurniakan kepada seseorang pelajar yang telah: (1) memenuhi segala kehendak Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya; (2) diperakukan supaya dikurniakan ijazah oleh Jawatankuasa Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat; (3) membayar semua yuran pengajian dan bayaran lain yang ditetapkan; dan (4) memenuhi keperluan lain Universiti yang bukan bersifat akademik. 13

BAHAGIAN X AM 23. Penamatan Status Akademik Pelajar Senat berhak menamatkan status akademik seseorang pelajar yang didapati telah memberikan maklumat palsu atau tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti. 24. Kuasa Senat Membuat Peraturan Senat boleh membuat peraturan-peraturan pada amnya sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Kaedah-Kaedah ini. 25. Pengecualian Pemakaian Walau apapun yang dinyatakan di bawah Kaedah-Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Senat berhak mengecualikan pemakaian Kaedah-Kaedah ini atau mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini ke atas mana-mana program pengajian Ijazah Universiti. 26. Pematuhan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya, Statut, Kaedah-Kaedah Dan Peraturan-Peraturan Universiti Setiap pelajar adalah tertakluk kepada semua peruntukan yang dinyatakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya, statut, kaedah-kaedah dan peraturanperaturan lain yang sedia terpakai di Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. 27. Pembatalan Tertakluk kepada peruntukan kaedah 1(3), Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2006 adalah dengan ini dibatalkan. Dipinda pada 16hb. Disember 2011. Tan Sri Datuk Arshad Ayub Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya 14

Bil. JADUAL (KAEDAH 15) SENARAI PROGRAM PENGAJIAN Nama Program AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 15 Tempoh Pengajian Minimum 1 Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran) 8 semester 2 Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) 8 semester 3 Sarjana Muda Pengurusan Muamalat 8 semester 4 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Alam Sekitar) 5 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Bioinformatik) 6 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Biokimia) 7 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Bioteknologi) 8 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Ekologi dan Biodiversiti) 9 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Genetik & Biologi Molekul) 10 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Mikrobiologi) 11 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Sains Biokesihatan) 12 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 7 semester (Teknologi Maklumat) 13 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang 8 semester 14 Sarjana Muda Syariah (Astronomi Islam) 7 semester 15 Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) 7 semester 16 Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) 7 semester 17 Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Ekonomi) 7 semester 18 Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam) 7 semester 19 Sarjana Muda Usuluddin (Al-Quran dan AI-Hadith) 7 semester 20 Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah dan Pembangunan 7 semester Insan) 21 Sarjana Muda Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) 7 semester AKADEMI PENGAJIAN MELAYU 22 Sarjana Muda Pengajian Melayu (Bahasa Melayu) 6 semester 23 Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kesenian Melayu) 6 semester 24 Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu) 6 semester

25 Sarjana Muda Pengajian Melayu (Linguistik Melayu) 6 semester 26 Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya Melayu) 6 semester FAKULTI ALAM BINA 27 Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah 8 semester 28 Sarjana Muda Sains Seni Bina 6 semester 29 Sarjana Muda Seni Bina 4 semester 30 Sarjana Muda Ukur Bahan 8 semester 31 Sarjana Muda Ukur Bangunan 8 semester FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK 32 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Arab) 7 semester 33 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Inggeris) 7 semester 34 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Cina) 7 semester 35 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Tamil) 7 semester 36 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Jepun) 7 semester 37 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa ltali) 7 semester 38 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Jerman) 7 semester 39 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Sepanyol) 7 semester 40 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Perancis) 7 semester 41 Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan 8 semester FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN 42 Sarjana Muda Ekonomi 7 semester FAKULTI KEJURUTERAAN 43 Sarjana Muda Kejuruteraan (Alam Sekitar) 8 semester 44 Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) 8 semester 45 Sarjana Muda Kejuruteraan (Rekabentuk dan 8 semester Pembuatan Terbantu Komputer) 46 Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) 8 semester 47 Sarjana Muda Kejuruteraan (Telekomunikasi) 8 semester 48 Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) 8 semester 49 Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan 8 semester 50 Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) 8 semester 51 Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) 8 semester 52 Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanik) 8 semester 53 Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) 8 semester 54 Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik dan Ortotik) 8 semester FAKULTI PENDIDIKAN 55 Sarjana Muda Kaunseling 8 semester 56 Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris 8 semester Sebagai Bahasa Kedua) 57 Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak 8 semester 16

58 Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) 8 semester FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN 59 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan 7 semester 60 Sarjana Muda Perakaunan 8 semester FAKULTI PERUBATAN 61 Sarjana Muda Sains Bioperubatan 8 semester 62 Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) 8 semester 63 Sarjana Muda Sains Kejururawatan 6 semester 64 Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda 5 tahun Pembedahan 65 Sarjana Muda Pengimejan Perubatan 8 semester FAKULTI PERGIGIAN 66 Sarjana Muda Pembedahan Pergigian 5 tahun FAKULTI SAINS 67 Sarjana Muda Sains (Bioinformatik) 7 semester 68 Sarjana Muda Sains (Biokimia) 7 semester 69 Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) 7 semester 70 Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biodiversiti) 7 semester 71 Sarjana Muda Sains (Fizik) 7 semester 72 Sarjana Muda Sains (Genetik dan Biologi Molekul) 7 semester 73 Sarjana Muda Sains (Geografi) 7 semester 74 Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan) 7 semester 75 Sarjana Muda Sains (Geologi) 7 semester 76 Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan) 7 semester 77 Sarjana Muda Sains (Kimia) 7 semester 78 Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari dan Kewangan) 8 semester 79 Sarjana Muda Sains (Matematik Komputeran dan 7 semester Industri) 80 Sarjana Muda Sains (Matematik) 7 semester 81 Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi) 7 semester 82 Sarjana Muda Sains (Pengajian Sains dan Teknologi) 7 semester 83 Sarjana Muda Sains (Sains dan Pengurusan Alam 7 semester Sekitar) 84 Sarjana Muda Sains (Sains Biokesihatan) 7 semester 85 Sarjana Muda Sains (Statistik) 7 semester 86 Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan 8 semester FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 87 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) 7 semester 88 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) 7 semester 89 Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Pengurusan Maklumat) 7 semester 17

90 Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Rangkaian 7 semester Komputer) 91 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) 7 semester 92 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan) 7 semester FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL 93 Sarjana Muda Sastera (Antropologi dan Sosiologi) 7 semester 94 Sarjana Muda Sastera (Geografi) 7 semester 95 Sarjana Muda Sastera (Inggeris) 7 semester 96 Sarjana Muda Sastera (Matematik) 7 semester 97 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Alam Sekitar) 7 semester 98 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Antarabangsa dan 7 semester Strategik) 99 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Timur) 7 semester 100 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) 7 semester 101 Sarjana Muda Sastera (Pengajian India) 7 semester 102 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Tionghoa) 7 semester 103 Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran dan Keadilan 7 semester Sosial) 104 Sarjana Muda Sastera (Sejarah) 7 semester 105 Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media) 7 semester FAKULTI UNDANG-UNDANG 106 Sarjana Muda Undang-Undang 8 semester 107 Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) 3 tahun PUSAT KEBUDAYAAN 108 Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik) 6 semester 109 Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama) 6 semester 110 Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) 6 semester PUSAT SUKAN 111 Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) 7 semester 18