Permasalahan Jemaah Haji Wanita

dokumen-dokumen yang mirip
JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:


LALUAN KEHIDUPAN


PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

SUMBER HUKUM ISLAM 1

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Matlamat Harapan Destinasi

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

Fadhilat Berbaik Sangka

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Penawar Penyakit Waswas

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

BAB EMPAT ANALISIS DATA PENGARUH KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP CARA HIDUP PELAJAR

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Hak Cipta Terpelihara :

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Boros dalam berbelanja merupakan amalan syaitan. Antara berikut yang manakah dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa?

Transkripsi:

Permasalahan Jemaah Haji Wanita Tahniah kepada puan-puan bakal hajjah yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pilihan ini merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda. Ramai mereka yang memohon dan menunggu, namun mereka tidak berjaya. Maka gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Buatlah persediaan yang sewajarnya sebelum tiba hari keberangkatan. Bagi wanita, haji merupakan satu jihad. Jihad bererti perjuangan suci demi menegakkan Kalimah Allah di muka bumi. Perjuangan menuntut pengorbanan. Tidak ada erti perjuangan tanpa pengorbanan. Justeru, bakalbakal haji, khususnya wanita mesti bersedia untuk mengorbankan segalagalanya demi Islam. Daripada Aisyah RA, katanya: Ya Rasulullah, kami lihat jihad adalah amalan yang paling afdhal. Maka wajibkah kami (kaum wanita) pergi berjihad? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi jihad yang paling afdhal (bagi kalian) ialah haji yang mabrur. Al-Bukhari. Hadis ini menjelaskan, untuk mencapai makna jihad bagi wanita bukan sahaja dapat pergi ke Mekah menunaikan haji, tetapi yang dapat menggantikan jihad di medan perang seperti yang dituntut ke atas kaum lelaki adalah dengan berjuang mendapatkan haji yang mabrur. Para ulamak dan fuqahak cuba memberikan beberapa takrifan tentang haji yang mabrur. Antaran pandangan yang dikemukakan berkenaan maksud haji mabrur ialah: o Haji yang tidak bercampur dengan dosa. Perkataan mabrur diambil daripada perkataan birr yang bererti taat o Maqbul atau diterima. Tanda ia diterima ialah orang yang menunaikan haji itu pulang dalam keadaan lebih baik daripada sebelum dia menunaikan haji dan tidak mengulangi maksiat yang lalu. o Haji yang tiada ria 1

Dr. Abdul Karim Zaidan menyimpulkan bahawa semua yang disebut di atas adalah merupakan ciri yang perlu ada pada haji mabrur. Jadi, untuk mencapai haji yang mabrur jemaah mesti memahami bahawa haji merupakan satu ibadah yang unik. Satu bentuk latihan mengendalikan nafsu duniawi agar berpaling ke mercu kerohanian yang tinggi, satu tazkiah nafsiyyah dan tarbiah ruhiyyah yang mampu mengisi liang-liang hati dengan nur iman dan limpahan rasa cinta kepada Allah Yang Maha Esa. Mereka yang berangkat meninggalkan keselesaan tempat tinggal, berpisah dengan keluarga tersayang, membawa hati yang tulus ikhlas menuju ke Baitillah di Makkah al-mukarramah, disambut dan dimuliakan Allah sebagai tetamunya yang istimewa. Sabda Nabi SAW bermaksud: Orang-orang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa, Allah menyahuti doa mereka. Jika mereka beristighfar Allah mengampuni dosa mereka. Riwayat an-nasa i, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Sebagai tetamu Allah, jemaah haji perlu mempersiapkan diri secukupnya, sama ada dari aspek ruhi, jasadi, aqli dan emosi. Tanpa persediaan yang rapi, kemuliaan yang Allah sediakan mungkin tidak dihargai sebaik-baiknya serta tidak diperolehi sepenuhnya. Saat ini, bakal-bakal hajjah pastinya telah bersedia dengan ilmu yang secukupnya tentang cara-cara menunaikan ibadah haji, umrah serta ibadahibadah lain yang berkaitan dengan bulan haji dan waktu berada di tanah suci. Di samping itu jemaah haji wanita juga harus peka dengan permasalahan yang khusus dengan wanita, permasalahan yang tidak dialami oleh kaum bapa. Permasalahan itu boleh dipecahkan kepada beberapa kategori: 2

i. Permasalahan yang berkaitan dengan haid. Wanita sering beranggapan bahawa haid merupakan penghalang untuk mereka beribadah. Ini kerana pada masa haid mereka tidak diharuskan solat, puasa, tawaf, i tikaf dan tilawah al-quran. Lantaran itu ramai jemaah wanita berusaha sedaya upaya untuk menghalang kedatangan haid semasa berada di tanah suci supaya masa yang singkat dapat digunakan sepenuhnya untuk ibadah. Dari segi hukum, menurut Imam Ahmad bin Hanbal, wanita harus makan ubat untuk menahan darah haid daripada keluar dengan syarat ubat itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Kita lihat keharusan ini adalah dengan syarat bahawa ubat yang diambil itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun yang lepas, ramai jemaah mengalami masalah haid yang tidak menentu selepas mengambil ubat penahan haid menyebabkan tujuan mengambil ubat untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada ibadah tidak tercapai. Oleh itu dinasihatkan jemaah yang ingin mengambil ubat, pastikan ubat itu benar-benar berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Jangan ambil sebarangan. Dapatkan nasihat doktor pakar yang berpengalaman dan amanah. Di samping itu, mereka yang mengalami masalah haid sama ada disebabkan mengambil ubat atau tidak, jangan lupa untuk membanyakkan doa kerana tiada yang dapat membantu dalam menyelesaikan apa jua masalah kecuali Dia. Semasa di tanah suci, anda adalah tetamunya yang dimuliakan. Dan Dia telah berjanjikan akan memakbulkan doa para tetamunya. Perlu diingatkan juga haid tidak menghalang wanita dari melakukan ibadahibadah yang lain daripada yang disebutkan di atas. Jemaah boleh gunakan masa haid sepenuhnya untuk berzikir dengan membanyakkan istighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berselawat dan sebagainya. Jemaah juga boleh mengambil kesempatan membantu mereka yang memerlukan pertulungan. Sesungguhnya bantuan yang diberi walaupun kecil tetap dikira ibadah yang sangat besar ganjarannya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Sesiapa yang menulung saudaranya, Allah akan menulungnya. 3

Sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang, Allah akan melepaskan kesusahannya Sebahagian Hadis riwayat al-bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a. ii. Permasalahan istihadha dan keputihan yang berterusan Istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid atau yang keluar melebihi tempoh maksimum haid. Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore iaitu cairan yang keluar dari Vagina. Keputihan ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis]. Ia adalah najis dan membatalkan wuduk. Sekiranya jemaah mengalami istihadhah atau keputihan yang berlebihan (sentiasa keluar secara berterusan) maka ia dikategorikan sebagai daim alhadas. Dalam keadaan ini jemaah hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali masuk waktu solat fardhu, mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat. Wuduk yang diambil hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu dan beberapa sunat di dalam waktu tersebut. iii. Permasalahan aurat Terdapat sebahagian jemaah yang menganggap berpakaian menutup aurat hanya wajib ketika berada di dalam ihram sahaja. Setelah bertahallul atau setelah selesai manasik haji atau umrah, jemaah tidak perlu lagi menjaga aurat. Mereka boleh memakai apa saja fesyen yang mereka gemari seperti memakai kebaya, berseluar ketat dan sebagainya. Sebahagian jemaah tidak segan silu keluar dari bilik penginapan dengan memakai t-shirt berlengan pendek, walhal terdapat jemaah lelaki yang menginap di bilik aras yang sama. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius. 4

Menutup aurat adalah satu perintah yang wajib dipatuhi oleh semua wanita tanpa mengira masa dan ketika, di dalam dan di luar ihram, sebelum dan selepas mendapat gelaran hajjah. iv. Permasalahan hubungan suami isteri Kebanyakan wanita pergi menunaikan haji ditemani suami. Pastinya niat hati ingin sama-sama melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan agar mendapat haji yang mabrur. Namun kadang-kadang bila berada di tanah suci pelbagai masalah yang tidak diduga. Sebahagiannya berpunca dari perkara kecil dan remeh temeh. Terdapat juga suami isteri yang terlalu intim. Jemaah lelaki dan wanita ditempat di bilik yang berasingan. Namun terdapat jemaah wanita yang terlalu kerap masuk ke bilik jemaah lelaki untuk bertemu dengan suami sehingga menyebabkan rakan sebilik suami rasa terganggu, tidak selesa untuk berehat dan sebagainya. Oleh itu, jemaah dinasihatkan sentiasa berhati-hati terhadap godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan keluarga. Elakkan dari prasangka, cemburu buta, bertindak tergesa-gesa mengikut emosi dan nafsu. Selalu ingat matlamat ke tanah suci, tidak lain daripada beribadah dan mencari keredhaan Allah semata-mata. 5

v. Permasalahan dengan rakan sebilik Jemaah datang dari pelbagai latar belakang. Taraf hidup, status sosial, tahap pendidikan yang tidak sama. Hal ini pastinya menimbulkan sikap, pandangan, tingkah laku serta kecenderungan yang berbeza. Dalam situasi sebegini jemaah perlu banyak bersabar dan cuba memahami antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri amat perlu dijauhi. Lidah mesti selalu dijaga. Amalkan sikap bertolak ansur. Jangan anggap diri kita lebih utama daripada orang lain. Sebaliknya belajar mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Inilah akhlak terpuji yang dimiliki oleh kaum ansar sehingga mereka mendapat pujian dari Allah s.w.t. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr:9) Akhirnya jemaah hendaklah memanfaatkan sepenuhnya khidmat kebajikan, khususnya yang berkaitan dengan agama dan ibadah yang disediakan oleh pihak pengurusan Tabung Haji. Di setiap maktab terdapat guru agama yang sentiasa sedia membantu, di samping program ceramah dan taklimat mengenai ibadah yang disusun dan diadakan dari masa ke masa. Penulis : Ustazah Hajah Maznah binti Daud Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) 6