IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

dokumen-dokumen yang mirip
BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 24 Tahun 2012 Tentang PEMANFAATAN BEKICOT UNTUK KEPENTINGAN NON-PANGAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)


PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 33 Tahun 2011 Tentang HUKUM PEWARNA MAKANAN DAN MINUMAN DARI SERANGGA COCHINEAL

Muhamad Nur Shafiq Bin Roslan

Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Maksudnya : Surah al-isra : 82

SUMBER HUKUM ISLAM 1

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB IV ANALISIS DATA

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

Kaidah Fikih. Semua Benda Najis Yang Sudah Berubah Total Menjadi Benda Suci, Apakah Hukumnya Menjadi Suci? Publication: 1436 H_2015 M

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Hak Cipta Terpelihara :

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

SAINS DALAM AL-QURAN 2

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 : PENUTUP. persamaan dan perbezaan dalam beberapa aspek yang utama. Perbezaan yang terdapat

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

PENGGUNAAN BULU, RAMBUT DAN TANDUK DARI HEWAN HALAL YANG TIDAK DISEMBELIH SECARA SYAR I UNTUK BAHAN PANGAN, OBAT-OBATAN DAN KOSMETIKA

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 9 Tahun 2011 Tentang PENSUCIAN ALAT PRODUKSI YANG TERKENA NAJIS MUTAWASSITHAH (NAJIS SEDANG) DENGAN SELAIN AIR

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1 Copyright 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

PENUTUP. bahan baru dengan pengaruh agen perubahan atau tanpa agen perubahan. Selepas

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 02 Tahun 2012 Tentang SARANG BURUNG WALET

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 52 Tahun 2012 Tentang HUKUM HEWAN TERNAK YANG DIBERI PAKAN DARI BARANG NAJIS

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Soalan temu bual bersama Prof. Dr. Yaakob Che Man di IPPH, Serdang.

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

BAB IV ANALISIS HEDGING TERHADAP KENAIKAN HARGA BAHAN BAKAR MINYAK-BBM DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

LALUAN KEHIDUPAN

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

Hukum Syariat Islam sumber utamanya AlQur'an dan Hadis, dari kedua sumber itu ulama fiqih berijtihad sebagai sandaran hukumnya.

Persenyawaan Buatan Dan Bayi Tabung Uji

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

HUKUM VAKSIN أنواع اللقاحات الطبية وح م تلطعيم بها. Syaikh Muhammad Shalih Al-Munajid. Penterjemah: Pengaturan:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana


PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

Transkripsi:

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA Oleh: Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) MUQADDIMAH Babi atau khinzir dalam istilah Quran dan bahasa Arab merupakan sejenis makhluk. Keharaman babi ini jelas dalam nas Quran : Diharamkan ke atas kamu akan bangkai, darah dan daging babi.... (Surah al-maidah : 3). Keharaman ini merujuk kepada amalan pemakanan iaitu hukum memakan daging babi. Dan tiada khilaf para ulama dalam masalah ini. Selain daging babi, adakah harus dimakan kerana nas Quran hanya menyebut daging sahaja? Di sini, para ulama telah bersepakat bahawa seluruh anggota badan babi adalah haram dimakan. Namun disebut bahawa Imam Ibn Hazm berpendapat bahawa anggota badan selain daging adalah harus dimakan. Ini berdasarkan teori zahir nas yang menjadi asas kepada kefahaman beliau. Walau bagaimanapun, pandangan beliau ditolak oleh kesemua para ulama yang lain. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa sudut pandangan dalam masalah berkaitan babi. IKHTILAF ULAMA DALAM MASALAH BABI Antara ikhtilaf para ulama dalam masalah babi boleh ditinjau daripada aspek kenajisan, penyucian jika tersentuh dan keharaman anggota badan selain daging. Kenajisan babi Terdapat perbezaan pandangan samada babi najis atau suci. Dalam mazhab Syafii, babi seluruhnya adalah najis. Dalam kitab mazhab Syafii, dinyatakan maksudnya : Dan kulit bangkai akan suci dengan kaedah dibagh melainkan kulit anjing dan babi.... Apakah sebabnya kulit babi tidak akan menjadi suci? Ini kerana : 1

Dan adapun kulit anjing dan babi dan keturunan salah satunya maka ia tidak suci dengan kaedah dibagh di sisi kami tanpa khilaf kerana kedua-duanya adalah najis pada masa hidup.... 1 Manakala dalam pandangan Imam Malik, babi adalah suci ketika hidupnya. Pandangan bahawa babi suci disokong oleh ulama zaman moden seperti Dr. Yusuf al-qaradhawi. Beliau menyatakan bahawa daging babi adalah najis kerana melihat dhomirnya dalam firman Allah : atau daging babi maka sesungguhnya ia adalah rijs. (Surah al-ana am : 145). Dhomir tersebut pada pendapat beliau merujuk kepada daging babi, bukannya babi. Oleh itu, babi adalah suci. 2 Lebih jauh daripada itu, Imam as-syaukani berpendapat bahawa daging babi adalah suci. Lafaz rijs itu bukanlah menerangkan kenajisan daging babi tetapi menjelaskan keharamannya sahaja. Dan tiada kaitan antara keharaman dan kenajisan. Maka ada benda yang haram sedangkan ia suci. Ini sebagaimana keharaman para ibu kepada seorang anak lelaki dalam surah an-nisa ayat 23. 3 Tahap kenajisan Babi dikira sebagai najis mengikut pandangan sebahagian para ulama. Ini kerana babi disebut sebagai rijs dalam nas Quran. Firman Allah : Katalah wahai Muhammad bahawa aku tidak mendapati pada apa yang diwahyukan kepadaku akan keharaman bagi pemakan untuk menjamahnya melainkan ia bangkai, darah yang mengalir dan daging babi maka sesungguhnya ia adalah rijs. (Surah al- Ana am : 145). Walau bagaimanapun, apakah tahap kenajisan babi? Adakah ia termasuk dalam najis mughallazoh (berat) atau najis mutawassitoh (sederhana)? Dalam mazhab Syafii, babi dikira sebagai najis mughallazoh. Perkara ini dihuraikan dalam kitab-kitab fiqah mazhab Syafii. Kebiasaannya ia dibicarakan dalam helaian awal kitab ketika membicarakan persoalan najis. Antaranya ialah apa yang disebut dalam teks klasik fiqah iaitu matan al-minhaj bermaksud : 1 Kifayah al-akhyar, as-syeikh Taqiyuddin Abi Bakar al-husaini, Dar al-fikr, Beirut, 1994 M, hal. 12. 2 Fiqh al-toharoh, Dr. Yusuf al-qaradhawi, Maktabah Wahbah, Kaherah, 2006 M, hal. 23. 3 Pengertian lafaz rijs boleh dirujuk dalam beberapa tempat dalam Quran. Antaranya dalam surah al- Maidah ayat 90 dengan makna dosa, surah al-ana am ayat 145 dengan makna kotor, surah al-a kraf ayat 71 dengan makna azab, dan surah at-taubah ayat 95 dengan makna najis. 2

Dan apa yang bernajis dengan sebab sentuhan dengan sesuatu daripada anjing, dibasuh tujuh kali iaitu salah satunya dengan tanah. Dan yang lebih zahir, tertentulah oleh tanah. Dan sesungguhnya babi seperti anjing. 4 Hukum bahawa kenajisan babi adalah dalam tahap najis mugallazoh turut disebut dalam kitab fiqah moden bagi mazhab Syafii. Antaranya dalam kitab fiqah al-fiqh al- Manhaji. 5 Hujah bagi mazhab Syafii ialah kiasan terhadap kenajisan anjing. Dalam riwayat hadis, bekas atau benda yang dijilat anjing hendaklah dibasuh dengan tujuh kali basuhan. Salah satunya dengan tanah. 6 Jilatan anjing perlu dicuci dengan kaedah tadi yang diistilahkan sebagai samak atau sertu. Oleh itu, anjing dikira sebagai najis mughallazoh. Oleh kerana babi diqiyaskan kepada anjing bahkan disebut dalam kitab-kitab bahawa babi lebih teruk keadaannya daripada anjing, maka kenajisan babi juga dikira sebagai najis mugallazoh sebagaimana anjing. Dalam kefahaman mazhab yang lain, babi dikira sebagai najis mutawassitoh. Ini berdasarkan tiada satu nas yang menyatakan bahawa babi dikira sebagai najis mughallazoh. Oleh itu, kebiasaannya ia dikira sebagai najis mutawassitoh. Walau bagaimanapun, pembahagian najis kepada tiga tahap tidaklah mempunyai nas syarak yang jelas dan soreh menyebutnya. Ia adalah kefahaman ijtihad para ulama hasil daripada penelitian terhadap kaedah penyucian yang berbeza yang disebut dalam hadis. Cara penyucian Terdapat cara penyucian yang berbeza terhadap benda yang bersentuhan dengan babi kerana teori hukum yang berbeza dalam menentukan tahap kenajisan babi. Dalam mazhab Syafii, cara penyuciannya ialah dengan disamak iaitu dibasuh tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. Cara ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bersabda : Apabila anjing menjilat pada bekas seseorang kamu, maka basuhlah ia dengan tujuh basuhan. Salah satunya dengan tanah. 7 Oleh kerana babi diqiyaskan kepada anjing, maka cara penyuciannya juga mengikut cara penyucian jilatan anjing. Manakala dalam mazhab yang lain, cara penyuciannya hanya dengan membasuh biasa sahaja. Ia sekadar dicuci sehingga menghilangkan warna, bau dan rasa. Kaedahnya 4 Mughni al-muhtaj syarah bagi matan Minhaj, juzuk 1, hal. 118-119, Dar al-fikr, Beirut, 2003 M. 5 Al-Fiqh al-manhaji, Dr. Mustafa Khin dan lain-lain, hal. 40 41, Dar al-u lum al-insaniyyah, Damsyiq, 1989 M. 6 Riwayat Muslim, bab hukum jilatan anjing (bab hukm wulugh al-kalb), no hadis 279. 7 Riwayat Muslim, no hadis 279. 3

sama dengan najis mutawassitoh yang lain. Imam Malik berpendapat bahawa babi adalah suci hal keadaan ia hidup, manakala Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa ia dibasuh sebagaimana najis yang lain. 8 Imam Nawawi, seorang tokoh ulama dalam mazhab Syafii berpendapat bahawa babi tidak sama dengan anjing. Oleh itu, cara basuhan bagi benda yang bersentuhan dengan babi hanya perlu dibasuh biasa sahaja sebagaimana dibasuh sesuatu yang tersentuh dengan najis mutawassitah. Imam Nawawi berkata : Dan tiadalah bagi kami dalil yang jelas di atas kenajisannya (babi) pada ketika hidupnya. 9 Dalam syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata :! " #$ Dan adapun babi, maka hukumnya adalah hukum anjing pada semua ini. Inilah mazhab kami, dan kebanyakan ulama berpendapat bahawa babi tidak memerlukan kepada basuhannya tujuh kali dan ia pendapat Imam Syafii, dan ia adalah kuat dalam sudut dalil. 10 Penggunaan anggota badan babi selain daging bagi tujuan makanan Keharaman babi sebagai makanan adalah pasti. Keharaman ini ternyata dalam al- Quran pada surah al-ana am ayat 145. Namun yang menarik, pada beberapa nas Quran yang mengharamkan babi, ia hanya disebut pada satu bahagian sahaja iaitu daging. Apakah anggota badan selain daging harus dimakan? Dalam masalah ini, para ulama nampaknya sepakat bahawa apa jua yang berkaitan babi tidak harus digunakan sebagai makanan. Walaupun hanya disebut daging babi, namun anggota badan yang lain juga seperti tulang, ekor dan sebagainya juga haram dibuat makanan. Ini kerana daging adalah asas utama sebagai makanan. Jika komponen utama diharamkan makan, maka yang lain juga haram dimakan. Ini berdasarkan prinsip qiyas. Selain itu, nas Quran juga mengharamkan bangkai seluruhnya. Bangkai ialah haiwan yang mati tanpa disembelih mengikut hukum syarak. Haiwan babi juga termasuk dalam makna bangkai. Maka jika bangkai diharamkan seluruhnya meliputi daging, tulang, ekor dan sebagainya maka begitu jugalah dengan babi. 8 Rahmat al-ummah Fi Ikhtilaf al-aimmah, Syeikh Muhammad ibn Abdil Rahman as-syafii, hal. 7, Mustafa al-halabi, Kaherah, 1986 M. 9 op.cit., 10 Syarah Sahih Muslim bagi Imam Nawawi, bab jilatan anjing, jilid 1, hal 521. 4

Selain itu, nas Quran juga menyatakan bahasa babi adalah rijs. Ini ternyata dalam firman Allah :! # Katalah wahai Muhammad bahawa aku tidak mendapati pada apa yang diwahyukan kepadaku akan keharaman bagi pemakan untuk menjamahnya melainkan ia bangkai, darah yang mengalir dan daging babi maka sesungguhnya ia adalah rijs. (Surah al- Ana am : 145). Dhomir ia adalah merujuk kepada benda yang paling hampir. Maka benda yang paling hampir ialah babi, bukannya daging. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pandangan ahli zahir bahawa yang diharamkan hanya daging manakala lemak babi adalah harus. Namun tokoh mazhab Zahir, Imam Ibn Hazm berpendapat bahawa seluruh anggota babi haram dimakan. 11 Penggunaan anggota badan babi selain daging Majoriti ulama berpendapat bahawa haram digunakan anggota badan babi selain daging untuk apa-apa tujuan. Walaupun ia dikira najis mutawassitoh, namun ia tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan. Dalam masalah kulit babi, Imam Nawawi berkata : Dan adapun anjing, babi dan keturunan salah satunya maka tidak suci kulitnya dengan samak tanpa khilaf. 12 Ini juga pandangan Imam Malik dan seumpamanya. Imam Nawawi berkata : Mazhab kami bahawa sesungguhnya tidak suci dengan sembelihan akan haiwan yang tidak harus dimakan oleh bulunya, kulitnya dan sesuatu pun daripadanya. Dan dengan demikian, Imam Malik dan Imam Ahmad telah berkata demikian. 13 Namun bagi Daud az-zahiri, as-syaukani dan segelintir ulama aliran mazhab Maliki, adalah harus menggunakannya jika ia sudah disamak (proses dibagh). Ini berdasarkan umum hadis : Mana-mana kulit yang sudah didibagh, maka sucilah ia. 14 Begitu juga nampaknya pandangan Imam Abu Hanifah sebagaimana dalam kitab al- Majmuk. 15 11 Ahkam al-ati mah wa az-zabaih, Dr. Abu Sari Muhammad Abdul Hadi, Dar al-i ktisom, Mesir, t.t. hal. 292-293. 12 Al-Majmuk, juzuk 1, hal 268, Maktabah al-irsyad, Arab Saudi, t.t.. 13 op.cit., juzuk 1, hal. 301. 14 Riwayat Muslim. 15 ibid, juzuk 1, hal. 301. 5

Dalam masalah kulit haiwan, Imam Nawawi menyebut tujuh mazhab 16. Antaranya ialah : 1. Tidak suci sesuatu pun daripada kulit dengan samak dan sebagainya. 2. Suci setiap kulit kecuali kulit anjing dan babi. Inilah mazhab Syafii. 3. Cusi semuanya, anjing dan babi kecuali yang suci itu hanya pada zahirnya bukannya dalamnya. Maka harus digunakan pada benda yang kering dan tidak harus pada yang basah, dan harus untu bersolat di atasnya dan tidak harus di dalamnya. 4. Suci semuanya zahir dan batin termasuk anjing dan babi. Inilah mazhab Daud Zahiri dan ali zahir. HIKMAH Perbezaan pandangan para ulama satu perkara yang baik kerana ia menggambarkan Islam sebagai satu agama yang sesuai dengan semua masa dan tempat. Namun ia mestilah diiringi dengan sikap lapang dada, toleransi dan tasamuh. Jika tidak, perbezaan ini menjadikan medan perbalahan antara umat. APLIKASI 1. Dalam masalah sosej babi, ada fatwa mengarahkan agar mana-mana individu muslim yang memakan sosej babi agar menyamak mulutnya. Ia dilakukan dengan berkumur dengan segelas air campuran tanah dan enam gelas air bersih. Fatwa sebegini agak lucu dan menggambarkan susahnya hidup sebagai muslim. Begitu juga fatwa agar seluruh meja, kerusi dan kawasan restoren yang pernah menyajikan sosej babi agar disamak. Ia sesuatu yang melucukan. Sewajarnya ia dilihat bukan sekadar nas tetapi realiti. Apa faedahnya disamak meja dan seluruh restoren. Kalau diminta agar disamak pinggan, sudu, bekas memasak dan seumpamanya, ia sesuatu yang ada kewajaran. Tahap kenajisan yang berbeza antara mughallazoh dan mutawassitoh memberi satu ruang untuk memilih pandangan yang mudah dan sesuai. Oleh kerana itu, jika pernah makan sosej babi hatta daging babi sekalipun, tidaklah perlu difatwakan agar mulut disamak. Ia satu pandangan yang tidak meraikan suasana dan menggambarkan sempitnya hukum Islam. 2. Pandangan Imam Malik yang menyatakan bahawa babi adalah suci merupakan satu kesenangan bagi mereka yang terlibat dalam perkara berkaitan babi. Contohnya para pelajar veterinar dan juga doktor haiwan yang terpaksa menyentuh babi. Jika tidak diambil kira pandangan mazhab Maliki, ia 16 op.cit., hal. 270. 6

memberikan satu keadaan yang mungkin sedikit sukar bagi golongan ini yang mungkin terpaksa bergelumang dengan babi dalam tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, tahap kebersihan hendaklah menjadi keutamaan. Jika difaktakan bahawa boleh terdapat penularan kuman akibat menyentuh babi, maka basuhan yang sewajarnya termasuk samak wajar diamalkan. 3. Begitu juga hanya memegang dan menyentuh benda yang dibuat daripada kulit babi. Contohnya beg, kasut dan sebagainya. Ketika menyentuhnya, seseorang muslim tidak mengetahui bahawa ia dibuat daripada kulit babi. Memang ada fatwa meminta agar disamak tangan yang memegang tetapi hukum fiqah Islam memberi keluasan. 4. Dalam aplikasi perubatan, babi dikatakan mempunyai DNA yang hampir serupa dengan manusia. Keserupaan ini menjadikan babi sebagai alternatif utama dalam bidang perubatan. Dalam masalah perubatan, jika ada alternatif maka tidak wajar untuk digunakan bahan berasas babi. Namun jika tiada alternatif maka ia berubah menjadi harus kerana keperluan perubatan yang mungkin berada dalam tahap dharurat atau hajat. Selain itu, ubat berasaskan babi juga biasanya melalui satu proses perubahan yang sudah tidak menjadikannya asli sebagaimana babi. Proses ini disebut sebagai proses istihalah. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat bahawa babi adalah suci. Walau bagaimanapun, perlu juga dikaji adakah terdapat kesan bahaya atau mudharat akibat penggunaannya. Jika wujud mudharat yang lebih besar daripada manfaat, maka penggunaannya wajar diketepikan berdasarkan konsep menolak kemudharatan diutamakan berbanding mencari kebaikan maslahat. 5. Bagi barangan yang dibuat daripada kulit babi seperti kasut daripada kulit babi dan sebagainya maka ia tidak harus dalam mazhab Syafii kerana kulit babi tidak suci walaupun disamak. Namun ada pandangan ulama yang berpegang kepada zahir hadis yang menyebut bahawa mana-mana kulit yang disamak akan suci. Ini membawa kepada kesucian barangan daripada kulit babi. Walau bagaimanapun, tidaklah wajar untuk sewenang-wenangnya menggunakan barangan daripada kulit babi. Cuma jika tersentuh barangan daripada kulit babi, basuhlah macam biasa tanpa perlu disamak tangan yang menyentuhnya. Pendapat bahawa babi suci tidak mengharuskan umat Islam terlibat dengan industri berasaskan babi. 7

6. Industri makanan tidaklah wajar mengambil sedikit khilaf atau perbezaan pandangan ahli mazhab zahir untuk mengeluarkan makanan berasaskan bahanbahan selain daging babi seperti kulit dan lemak. Ia adalah khilaf yang tidak muktabar. Dan hakikatnya terlalu banyak makanan yang pasti halal lagi baik (toyyib). KESIMPULAN Perbezaan pandangan para ulama tidaklah harus dijadikan sebagai sebab untuk berkelahi. Ia satu rahmat bagi umat jika umat Islam tahu adab ilmu dan bagaimana berinteraksi dengan perbezaan para ulama. Kertas kerja ini tidaklah lengkap dalam membincangkan khilaf para ulama dalam persoalan babi tetapi menjadi harapan agar ia sebagai satu pemangkin agar hukum syariah Islam dilihat dalam kepelbagaian pandangan para ulama agar dapat menjadikan Islam sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bahawa ad-din adalah mudah. 8