DANA PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR (DPKP) POLITEKNIK UNGKU OMAR Permohonan kepada dana ini adalah dibuka kepada pelajar-pelajar yang berdaftar dan sedang menuntut di Politeknik Ungku Omar, IPOH sahaja. BENTUK BANTUAN Memandangkan jumlah kewangan dana adalah terhad, maka sebarang bantuan yang diberikan adalah atas kes-kes kecemasan atau atas sebab-sebab khas sahaja dan diberikan dalam bentuk wang tunai atau barangan. Antara bentuk-bentuk bantuan yang boleh dipertimbangkan adalah Bantuan Kebajikan dan Derma/Pinjaman Kebajikan seperti berikut : 1. Pinjaman membayar yuran pengajian (untuk pelajar yang tidak mempunyai sebarang pinjaman/biasiswa). 2. Bantuan Kebajikan pembelian bahan dan peralatan keperluan pengajian. 3. Bantuan Kebajikan sara hidup (secara pinjaman atau tanpa bayaran balik). 4. Derma Perbelanjaan perubatan atau peralatan atas kemalangan. 5. Derma Kebajikan atas kes-kes kecemasan/kemalangan/kematian dsb. 6. Lain-lain kes yang difikirkan wajar untuk dipertimbangkan. CARA MEMOHON Semua permohonan harus menggunakan borang DPKP 1 (diisi dalam 2 salinan)yang boleh didapati daripada : 1. Penyelaras Kebajikan Jabatan, atau 2. Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Jabatan, atau 3. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) di Pejabat Hal Ehwal Pelajar Setiap permohonan harus diperkukuhkan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang sah. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Hal- Ehwal Pelajar Jabatan masing-masing sebelum sesegera mungkin untuk tindakan selanjutnya. Keputusan muktamad sama ada BERJAYA atau GAGAL sesuatu permohonan buat melalui Penyelaras Kebajikan Jabatan
DANA PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN/ZAKAT DPKP 01 JABATAN : * JKA, JKE, JKM, JKP, JMSK, JP MAKLUMAT PERIBADI Nama (Mengikut KP Huruf Besar) :... No. Pendaftaran :... Semester :... Kelas :... Kad Pengenalan :... Agama :... Jantina : Lelaki/Perempuan Kursus :... Keputusan (HPNM terkini) :...No. Telefon / : Tel. Bimbit :... Alamat Semasa Pengajian :... Alamat Rumah :... Penaja Biasiswa/Pinjaman (jika ada) :... Jumlah (satu semester):... No. Akaun Bank Islam:... A. MAKLUMAT KELUARGA Penjaga/bapa Ibu 1. Nama :... 1. Nama :... 2. No. Kad Pengenalan:... 2. No. Kad Pengenalan:... 3. Pekerjaan :... 3. Pekerjaan :... (sila sertakan surat pengesahan pendapatan/sokongan dari ketua kampung/ slip gaji terkini) 4. Alamat Majikan:... 4. Alamat Majikan:... 5....... 6. Pendapatan (sebulan) :... 4. Pendapatan (sebulan) :... 7. No. Telefon :... 5. No. Telefon :... 8. Alamat penjaga/bapa.:... Bilangan Tanggungan :.. orang SENARAI TANGGUNGAN (Termasuk Ibu Pemohon disertakan sekali salinan kad pengenalan / salinan surat kelahiran) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 NAMA NO. KP / NO. SURAT KELAHIRAN HUBUNGAN UMUR NAMA SEKOLAH/IPT
BENTUK BANTUAN Saya memohon *bantuan kewangan/pinjaman kewangan sebanyak RM digunakan untuk AKUAN Saya yang menurunkan tandatangan di bawah, mengaku dan mengesahkan bahawa segala keterangan yang diberikan dalam borang permohonan ini adalah benar dan betul. Saya tidak menyembunyi dan memberi kenyataan yang tidak benar mengenai apa jua butir keterangan yang dinyatakan. Sekiranya manamana bahagian kenyataan/keterangan didapati terbukti bercanggah atau palsu, permohonan saya ini berhak ditolak oleh Lembaga Pemegang Amanah DPKP/PUO. Yang benar (Tandatangan Pemohon) (Nama Pemohon) No. Kad Pengenalan :... Tarikh :... Potong yang tidak berkenaan ULASAN PENYELARAS KEBAJIKAN JABATAN (PKJ) UNTUK KEGUNAAN PEJABAT.... (Tandatangan) (Cop Jawatan) Tarikh :. ULASAN PENYELARAS HAL EHWAL PELAJAR JABATAN...... (Tandatangan) (Cop Jawatan) Tarikh :... DISOKONG DAN DISAHKAN OLEH : Tarikh : (T.T. dan Cop Ketua Jabatan) TINDAKAN OLEH PHEP(KD) / PKP Borang dan dokumen yang disertakan telah disemak :- 1. Di sokong untuk kelulusan RM. 2. Tidak di sokong atas sebab Dokumen sokongan tidak lengkap Tidak memenuhi syarat / pinjaman / biasiswa yang didapati mencukupi menampung pembelajaran. Tarikh :. (T.T. dan Cop PHEP(KD) / PKP)
DPKP 02 DANA PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR (DPKP) BORANG PERMOHONAN KEWANGAN UNTUK BANTUAN / DERMA KEBAJIKAN (KES-KES KECEMASAN / KEMALANGAN / BENCANA / KEMATIAN) KEPADA PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (K & D) JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR 31400 IPOH (U.P : Pn. Siti Aishah bt Ali) Tuan, Permohonan Wang Bantuan Kebajikan / Derma Kebajikan Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk Ruj.Kami: Tarikh : 1. Sehubungan itu, saya sebagai Penyelaras Kebajikan Jabatan berkenaan memohon jasa baik tuan agar dapat kiranya memberikan sumbangan wang pada kadar yang berpatutan untuk disampaikan kepada pelajar/waris seperti butiran berikut: NAMA PELAJAR : NO. KAD PENGENALAN ; NO. PENDAFTARAN : KELAS : SEBAB : (Sertakan dokumen sokongan) Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI Saya yang menurut perintah (t.t., nama dan jawatan / cop)
SKOP TUGAS PENYELARAS KEBAJIKAN JABATAN(PKJ) (Senarai di bawah adalah sebagai panduan sahaja) 1. Menyelaras apa jua kutipan derma daripada pelajar/kakitangan di jabatan dan menyerahkannya kepada Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Jabatan(PHEPJ) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) PHEP(K&D) untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2. Menyampaikan maklumat/penerangan mengenai Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar(DPKP) kepada pelajar-pelajar di jabatan dan mengenalpasti mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan dari DPKP/PUO. 3. Menyimpan dan mengagihkan Borang Permohonan DPKP 01(Bantuan Kewangan kes bukan kecemasan) kepada pelajar yang memerlukan. 4. Menerima Borang Permohonan DPKP 01 yang lengkap daripada pemohon selewat-lewatnya pada hari terakhir kuliah minggu kedua setiap bulan(jika ada). 5. Menjalankan siasatan ke atas setiap pemohon DPKP dan membuat ulasan sama ada permohonannya layak atau tidak untuk dipertimbangkan serta menandatangani borang berkenaan sebelum diserahkan kepada PHEPJ dalam minggu ketiga kuliah setiap bulan(jika ada). 6. Menyerahkan borang permohonan yang layak untuk dipertimbangkan kepada PHEPJ untuk diberi ulasan dan ditandatangani olehnya dalam minggu ketiga kuliah setiap bulan(jika ada). 7. Mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan(KJ) pada hari pertama kuliah minggu keempat dan menyerahkan semua permohanan yang telah lengkap dan layak untuk dipertimbangkan kepada PHEP(K&D) di Pejabat HEP/PUO selewat-lewatnya pada hari terakhir kuliah dalam bulan berkenaan. 8. Menyimpan salinan baucer pembayaran, borang permohonan DPKP 01 dan Surat Permohonan Derma Kebajikan (sama ada layak atau tidak dipertimbangkan mengikut hasil siasatan) di dalam fail PKJ. 9. Menghantar Surat / Borang Permohonan Bantuan/Derma Kebajikan DPKP 02 (untuk keskes kecemasan) secepat mungkin pada waktu pejabat ke Pejabat HEP/PUO. 10. Mengambil baucer bayaran bersama wang derma/bantuan untuk ditandatangani dan diserahkan kepada pelajar terlibat dan mengembalikan baucer bayaran asal ke Pejabat HEP. 11. Menyelaras/menyelia/memantau semua aktiviti kebajikan pelajar bersama Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Jabatan(PJPPJ) khususnya di peringkat jabatan serta hadir ke mana-mana aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh PUO/organisasi luar seperti diarahkan oleh pihak berwajib. 12. Menziarahi pelajar/keluarga untuk kes-kes kematian/kemalangan pelajar sebagai wakil PUO. 13. Menyerahkan laporan penuh aktiviti kebajikan jabatan yang telah disemak oleh PHEPJ dan disahkan oleh KJ kepada PHEP(K&D) selewat-lewatnya pada hari terakhir kuliah minggu ke 18 pada setiap semester. 14. Merancang takwim aktiviti kebajikan pelajar di peringkat jabatan untuk semester akan datang dan diserahkan kepada PHEP(K&D) selewat-lewatnya pada hari terakhir kuliah minggu ke 19. 15. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan pelajar seperti yang diarahkan oleh PHEP(K&D), KJ, PHEPJ dan PJPPJ dari semasa ke semasa.