Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

dokumen-dokumen yang mirip
Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Overdraf. November 2017

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

1. Apa produk ini berkenaan?

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

SYNERGY CARDS SDN BHD

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Takaful berkaitan pelaburan. Pengenalan

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Polisi Privasi. Pengenalan

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Transkripsi:

Kandungan 1 3 4 7 8 10 11 12 Perancangan kewangan Simpanan Melabur wang anda Mendapatkan produk kewangan Pinjaman dan kad kredit Melindungi wang anda Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan Butiran organisasi berkaitan

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1 menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang seperti perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan. Bahagian 2 pula memberi panduan berkenaan hal lain yang berkaitan dengan pengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke atas harta serta cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah kewangan. BAHAGIAN 1 Perancangan kewangan Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda.terdapat 4 langkah yang perlu diambil iaitu: 1. Menetapkan matlamat kewangan anda. 3. Menilai tabiat berbelanja anda. 2. Jejaki ke mana perginya wang anda. 4. Menulis rancangan perbelanjaan anda. Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan. Jangka Masa Matlamat Kewangan Pendek Sederhana Panjang Melangsaikan hutang kad kredit Membeli kereta Membeli rumah Simpanan untuk persaraan X X X X 1 bankinginfo

bankinginfo 2 Tanda amaran tabiat buruk perbelanjaan Anda menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa. Anda hanya membayar jumlah minimum apabila menyelesaikan hutang kad kredit anda. Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan harian. Anda hanya membayar jumlah minimum apabila menyelesaikan hutang anda dan tidak mengurangkan jumlah hutang yang sedia ada. Anda sentiasa bertengkar dengan suami/ isteri atau keluarga berkaitan wang. Langkah 2: Jejaki ke mana perginya wang anda Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan. Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja. Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

Simpanan Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya, apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat. Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya. Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara atau perbelanjaan yang tidak diingini.tabung kecemasan ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang apabila terjadi perkara seperti ini. Walau bagaimanapun, jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat kewangan anda. Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan 1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya perumahan, barangan dapur, pengangkutan, utiliti dan pembayaran hutang lain. Kebanyakan orang melakukan ini: PENDAPATAN PERBELANJAAN = SIMPANAN/ PELABURAN Anda sepatutnya melakukan ini: PENDAPATAN SIMPANAN/ PELABURAN = PERBELANJAAN Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap bulan. 2. Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan yang anda ingin simpan dalam tabung kecemasan anda. 3. Kira jumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlah perbelanjaan bulanan (langkah 1) darab bilangan bulan (langkah 2). 4. Masukkan wang anda ke dalam tabung kecemasan ini. 3 bankinginfo

Melabur wang anda Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda melabur, jadi kenalpasti matlamat pelaburan anda.tanyakan diri anda: Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini? Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi? Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat? Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan saya memantau perkembangannya dengan lebih berkesan? bankinginfo Kenalpasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur. Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, contohnya produk yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim pelaburan palsu. 4

bankinginfo 6 Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan? Ingat - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai, ia mungkin satu penipuan. Hanya berurusan dengan institusi kewangan yang berlesen. Periksa dengan pihak berkuasa sebelum melabur. Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru untuk melabur. Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang tidak bertulis. Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan kad kredit dengan baik. Jangan mendedahkan kepada sesiapa. Anda perlu menyimpan atau melabur dengan pihak yang diberi lesen oleh pihak berkuasa supaya simpanan dan pelaburan anda dilindungi: Institusi yang menerima deposit telah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Anda boleh memeriksa status perlesenan daripada laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. Semua simpanan anda dalam institusi kewangan yang diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia akan diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010. Perlindungan ini diberikan secara automatik tanpa sebarang kos dikenakan ke atas pendeposit. Ketahui lebih lanjut tentang insurans deposit di laman web PIDM www.pidm.gov.my atau hubungi PIDM di talian bebas tol 1-800-88-1266. Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh memeriksa status perlesenan di laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my.

BAHAGIAN 2 Mendapatkan produk kewangan Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya mengelakkan daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil keputusan untuk menarik diri atau menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang. Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda perlu: Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga dan ciri-ciri produk tersebut. Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewangan hanya setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya. Ketahui fi dan caj yang anda perlu bayar sekarang dan setelah anda membeli produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang. Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak. Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan tidak sekiranya anda tidak memerlukan produk kewangan yang ditawarkan. Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perjanjian setelah anda menandatanganinya. 7 bankinginfo

Pinjaman dan kad kredit Pinjaman merupakan produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk membantu anda menjalankan transaksi tertentu. Contohnya, apabila anda ingin membeli kereta atau rumah, anda mungkin perlu meminjam daripada institusi perbankan untuk membiayai pembelian tersebut. Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang membolehkan anda membayar untuk barang dan perkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang. Berikut adalah isu-isu yang anda perlu memberi pertimbangan apabila memohon pinjaman atau kad kredit: Pinjaman yang berbeza mempunyai ciri-ciri, kadar faedah, fi dan caj serta terma dan syarat yang berlainan. Ketahui perjanjian anda dengan institusi perbankan. Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya, bayaran balik bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan anda. Bayar pada masa yang ditetapkan untuk meminimumkan caj faedah. Gunakan wang yang anda terima secara sekaligus, contohnya, bonus untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda. bankinginfo 8 Anda perlu lebih berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana anda seumpama memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja, anda akan menanggung bebanan hutang yang banyak. Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh mencecah setinggi 18% setahun. Bincang dengan institusi perbankan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar hutang anda. Institusi perbankan anda mungkin boleh menstruktur semula pelan pembayaran balik pinjaman anda buat sementara waktu sehingga keadaan kewangan anda beransur baik.

Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan Membuat aduan Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh membuat aduan terhadap institusi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti institusi perbankan, syarikat insurans, pengendali takaful atau institusi bukan perbankan yang mengeluarkan kad kredit atau kad caj. Terlebih dahulu, kemukakan aduan kepada Unit Aduan institusi kewangan anda. Rujuk aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan yang diberikan oleh institusi kewangan anda. BPK adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara orang awam dan ahli-ahli BPK (bank perdagangan, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi bukan perbankan yang menawarkan kad kredit dan kad caj). Perkhidmatan yang disediakan oleh BPK adalah percuma. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jenis aduan yang dikendalikan oleh BPK melalui laman webnya www.fmb.org.my. Institusi anda adalah tertakluk kepada keputusan BPK, tetapi anda tidak. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan BPK, anda boleh merujuk kes anda ke mahkamah. Jika aduan anda bukan di bawah skop BPK, anda boleh merujuk aduan anda kepada Bank Negara Malaysia. Bantuan pengurusan hutang Sekiranya anda memerlukan nasihat berkenaan pengurusan wang dan mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan perkhidmatan penstrukturan semula pinjaman kepada individu. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah percuma. Maklumat lanjut tentang AKPK boleh didapati dalam laman web www.akpk.org.my. 11 bankinginfo

Butiran organisasi berkaitan Bank Negara Malaysia BNMTELELINK Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur. Talian tol: 1-300-88-5465 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Laman web: www.bnm.gov.my Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful, 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2272 2811 E-mel: query@fmb.org.my Laman web: www.fmb.org.my Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1011, Jalan Sultan Ismail, 50200 Kuala Lumpur. Talian bebas tol:1-800-88-2575 E-mel: enquiry@akpk.org.my Laman web: www.akpk.org.my bankinginfo 12