Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

dokumen-dokumen yang mirip
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit

SULIT 1103/2

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Bahagian A. [ 30 markah ]

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar


Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN



(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (PENAMBAHAN)

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

Bahasa Malaysia (910)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 KERTAS 2 SEPTEMBER 2 ½ jam Dua jam 30 minit

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos jam

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SMK DESA CEMERLANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

(3) bagai isi dengan kuku (4) seperti air dalam kolam. (5) bagai cembul dengan tutup (6) air dicencang tiada putus

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

2011


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Detik terbaik henti merokok

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca


IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014


MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BM SPM PERCUBAAN 2016 PPD LIMBANG, SARAWAK PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 /AR Soalan 1: Rumusan

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan


Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

JUL 401- Bahasa Malaysia IV

Prosedur Kloz. Kaedah Menjawab. Contoh Prosedur Kloz

Transkripsi:

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kebolehan untuk menangani wabak Sindrom Pernafasan Akut yang teruk (SARS) yang membunuh 500 mangsa secara efektif dan cepat, kini sedang bersiap sedia untuk membasmi penyakit yang telah membunuh lebih daripada empat juta manusia di seluruh dunia sepanjang tahun lalu. WHO sebelum ini memberi amaran jika penggunaan tembakau, khususnya dalam bentuk rokok dibiarkan dalam keadaan seperti sekarang ini, kematian tahunan akibat penggunaan tembakau dijangka mencecah 10 juta pada tahun 2020. Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia berpunca daripada amalan merokok. 25 daripada jenis penyakit tersebut membawa maut. Hal ini termasuklah penyakit jantung, saluran pernafasan tersekat, angin ahmar dan kanser. Asap rokok turut menambahkan pencemaran udara di kawasan orang yang menghisap rokok. Sudah pasti keadaan ini mengganggu keselesaan awam, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat wanita yang mengandung. Bagi wanita yang mengandung pula, kesihatan bayi dalam kandungan akan terjejas sekiranya mereka mengamalkan tabiat merokok. Kemungkinan besar bayi tersebut meninggal dunia sebelum dilahirkan. Kebanyakan wanita membenci suami mereka menghisap rokok kerana bau yang tidak menyenangkan. Namun, timbul persoalan, mengapakah sesetengah wanita itu sendiri ada yang menghisap rokok? Ditinjau dari aspek agama, amalan merokok sememangnya dilarang memandangkan aktiviti tersebut banyak mendatangkan keburukan. Amalan merokok juga membawa pembaziran, lebih-lebih lagi kos membeli rokok pada masa kini adalah mahal. Gejala menghisap rokok perlu dikurangkan meskipun tidak dapat diatasi sepenuhnya, terutamanya dalam kalangan golongan remaja dan pelajar. Oleh itu, sebarang peningkatan penggunaan rokok harus ditangani. Sebenarnya peningkatan penggunaan rokok sangat berkait rapat dengan corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok. (Dipetik dan diubah suai daripada Perang Antimerokok Sedunia' Massa, Jun 2013) 1

Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (iii) Berikan maksud corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok. [2 markah] Pengarang ada menyatakan penyakit berbahaya boleh menimpa perokok. Nyatakan penyakit-penyakit tersebut. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan gejala merokok dalam kalangan pelajar masa kini? [4 markah] 2

Soalan 2 (b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PELAKON III : Bos, saya fikir perkara yang berlaku kepada Encik Domski itu bukan lakonan lagi. ARIF : Bukankah dia dah kata, segala-galanya benar. Lakonan atau bukan lakonan semuanya betul. Semuanya kehidupan. PELAKON III :Tapi bos, lakonan ke atau bukan lakonan ke, takkan kita nak biarkan saja, nak tengok saja orang tu berguling-guling di atas lantai tu mungkin dia sedang menderita tu. Jom kita pergi tengok. (Mereka menolong AZMIR, memicit-micit belakang badan dan kepalanya. Darah masih mengalir di pipi AZMIR) AZMIR : Kita sambung balik tadi, ya? PELAKON II : (Kepada Pelakon I). Setelah hampir pecah kepala, dia masih ingat tentang hujahnya. PELAKON III : Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya. PELAKON I : Betul ke? PELAKON II : Kalau nak tau cubalah tengok! (Perhatian mereka terarah pada AZMIR apabila dia mula bersuara) AZMIR :Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tidak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKON I). PELAKON I :(Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahanlahan). Ya, terima kasih. (Dipetik dari drama Bukan Gila oleh Shariff Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5) (i) (iii) Mengapakah PELAKON III mengatakan bahawa tindakan Encik Domski atau Azmir itu bukan lakonan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Azmir ketika mula mengalami kesakitan itu? Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] 3

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amertam, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli yang Dipertuan, mengatakan dirinya dianiaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba? Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung kelapa sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca? Syahdan, maka berkenan Sultan Muzzafar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri (Dipetik daripada Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5) (i) Apakah maksud rangkai kata pekerjaan kami orang memegang negeri. [2 markah] Sultan Muzzafar Syah melakukan beberapa pekara setelah mendengar aduan orang Kelang. Nyatakan perkara-perkara tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Sultan Muzzafar Syah terburu-buru mempercayai aduan orang Kelang itu? 4

Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SAJAK AKU MEMBACA LAGI Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-mu Aku mendongak langit membaca lagi di dalamnya pohon-pohon kayun rapuh daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Razali Mohd. Yussof Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabat bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula? Nyatakan tiga saranan anda. (iii) Huraikan dua bentuk sajak di atas. [4 markah] 5

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) ikhtisar ikhtisas (iii) menyekat (vi) menyumbat (iv) tembok (v) tebuk [6 markah] (b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut. Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam masyarakat dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan. Antara kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan. (iii) Zat protin boleh terdapat daripada telur, ikan, susu dan daging. [6 markah] 6

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa. Semua kotak-kotak itu sudah mereka bawa dari dalam van. (iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala kepincangan yang berlaku. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi. [6 markah] 7

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut. (i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib (iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Beb Sabariah (vii) Bima Sakti Menteri karya Sri Rohayu Mohd Yusop (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman (a) Bahagian peleraian merupakan pengakhiran sebuah cerita. Huraikan peleraian dalam novel yang telah anda kaji. [7 markah] (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan konflik. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 8