PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2006 PENGUKUHAN TADBIR URUS JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN

dokumen-dokumen yang mirip
PROGRAM KESEDARAN DASAR DAN GARIS PANDUAN ICT SEKTOR AWAM JANUARI 2016

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 1999 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

I~ & II~ [ij1msc '-..tntrn..,rtrr.i.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1982 PERATURAN-PERATURAN MENGENAI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2005

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

GARIS PANDUAN MEMOHON POTONGAN DI BAWAH SEKSYEN 34(6)(ha) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) BAGI PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP32)

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1997

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Nama: MAZLAN BIN MOHAMAD Nama: DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

PROGRAM UNIT AUDIT DALAM BAGI TAHUN 2009

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENYELIA ASRAMA (N17) Penyelia Asrama (N17) yang belum disahkan dalam perkhidmatan

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KKKB-PK-Q6 PERANCANGAN AKTIVITI DAN TAKWIM. Diluluskan Oleh:

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

FAIL MEJA NAMA : ALAMAT KOLEJ : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (S41) JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Garis Panduan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Bukan Akademik. (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Sokongan)

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

CARTA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA Telefon : 603-88881199 Faks : 603-88883721 Rujukan Kami : UPTM(S)07/267/2klt.15 (23) Tarikh : 13 November 2006 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2006 PENGUKUHAN TADBIR URUS JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN TUJUAN Pekeliling Am ini bertujuan untuk menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya. LATAR BELAKANG 2. IT dan Internet Kerajaan (JITIK) telah ditubuhkan pada 6 Februari 1998 sebagai badan induk yang bertanggungjawab menggubal dasar dan strategi, menyelaras perancangan dan pelaksanaan serta memantau semua

program ICT sektor awam. Penubuhan JITIK ini telah dijelaskan melalui Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1999 IT dan Internet Kerajaan (JITIK). 3. Seiring dengan penubuhan JITIK, tiga (3) jawatankuasa di bawah JITIK telah ditubuhkan iaitu Tindakan Pelaksanaan IT (JTPIT) berperanan sebagai badan penasihat kepada JITIK dalam merangka rancangan dan strategi pembangunan ICT sektor awam; Teknikal IT (JTIT) yang menyelaras dan memantau pengoperasian ICT agensi-agensi; dan Latihan dan Pendidikan IT (JLPIT) yang memberi tumpuan kepada pembangunan ICT kakitangan sektor awam. Peranan jawatankuasa-jawatankuasa tersebut telah diperjelas melalui Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2000 Peranan -jawatankuasa Di Bawah IT dan Internet Kerajaan (JITIK). 4. Perkembangan ICT di sektor awam yang begitu pesat semenjak JITIK ditubuhkan pada tahun 1998 memerlukan bidang rujukan JITIK dan jawatankuasajawatankuasa di bawahnya dilihat semula bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan persekitaran dan keperluan semasa ICT sektor awam. 5. Mesyuarat JITIK Bilangan 1 Tahun 2006 yang telah diadakan pada 8 Mei 2006 telah memutuskan agar struktur tadbir urus JITIK dikaji semula dengan mengambil kira peranan Pemandu Kerajaan Elektronik (EGSC). Sehubungan ini, MAMPU telah menjalankan kajian tadbir urus JITIK dan jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya bagi mempertingkatkan keberkesanannya. Hasil dari kajian tersebut, struktur tadbir urus JITIK telah diperkukuhkan dengan beberapa pembaharuan dari segi bidang rujukan dan keahlian. STRUKTUR BARU TADBIR URUS JITIK 6. Struktur baru tadbir urus JITIK adalah seperti di Lampiran A dan merangkumi jawatankuasa-jawatankuasa berikut: ii

(a) IT dan Internet Kerajaan (JITIK) JITIK mengekalkan peranan sebagai badan induk tertinggi bagi pelaksanaan ICT di sektor awam. JITIK menentukan arah tuju, dasar dan strategi pembangunan ICT di sektor awam. Bidang rujukan dan keahlian JITIK adalah seperti di Lampiran B. (b) Kerja JITIK (JKJ) Kerja JITIK (JKJ) akan berperanan sebagai think-tank JITIK menggantikan JTPIT. JKJ akan memberi fokus kepada pembangunan strategi dan perancangan ICT sektor awam. Bidang rujukan dan keahlian JKJ adalah seperti di Lampiran C. (c) Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM) Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM) akan menggantikan EGSC. Peranan yang dilaksanakan oleh EGCOM adalah lebih luas berbanding dengan EGSC. Projek-projek Kerajaan Elektronik yang di selaras dan dipantau oleh EGCOM merangkumi projek-projek Kerajaan Elektronik di bawah aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dan juga projek-projek ICT kerajaan yang merentasi pelbagai agensi seperti aplikasi komuniti 1, enterprise-wide 2 dan pelaksanaan perkongsian pintar 3. EGCOM juga akan memberi perhatian kepada isu-isu pengoperasian pelaksanaan projek-projek ini. Bidang rujukan dan keahlian EGCOM adalah seperti di Lampiran D. (d) Teknikal ICT (JTICT) JTIT diberi nama baru iaitu Teknikal ICT (JTICT). JTICT masih mengekalkan peranan menyelaras dan memantau urusan pengoperasian pelaksanaan projek ICT agensi-agensi sektor awam. 1 Aplikasi Komuniti - Aplikasi yang disediakan secara bersama oleh pelbagai agensi yang berkaitan dalam menyediakan perkhidmatan online kepada kumpulan sasaran yang sama seperti rakyat dan komuniti perniagaan. 2 Enterprise Wide - Aplikasi-aplikasi yang menyokong pengurusan dalaman agensi seperti Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia dan Sistem Kewangan. 3 Perkongsian Pintar - Perkongsian aplikasi yang telah dilaksanakan di sesebuah agensi yang diperluaskan penggunaannya ke agensi-agensi lain. iii

Fungsi utama JTICT adalah menimbang dan memberi kelulusan teknikal permohonan perolehan ICT agensi-agensi sektor awam berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) agensi masing-masing. Bidang rujukan dan keahlian JTICT adalah seperti di Lampiran E. (e) Latihan ICT (JLICT) Latihan ICT (JLICT) menggantikan JLPIT. JLICT berperanan membangunkan dasar dan latihan bagi program pembangunan kompetensi, pembudayaan dan pelaksanaan ICT sektor awam. Bidang rujukan dan keahlian JLICT adalah seperti di Lampiran F. PERANAN JITIK DI DALAM TADBIR URUS ICT SEKTOR AWAM 7. Pengukuhan struktur tadbir urus JITIK akan memantapkan lagi tadbir urus ICT sektor awam. Secara keseluruhannya, tadbir urus ICT sektor awam terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dasar, strategi dan perancangan; penyelarasan dan pemantauan; dan pengoperasian seperti di Lampiran G. Dasar, strategi dan perancangan 8. Aspek pembangunan dasar, strategi dan perancangan akan dimantapkan melalui JITIK, JKJ dan JLICT. Selain dari JITIK, terdapat jawatankuasajawatankuasa lain yang turut menyumbang di dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT sektor awam. Antaranya ialah, Majlis ICT Negara (NITC) sebagai jawatankuasa tertinggi di dalam membangunkan dasar dan hala tuju ICT di peringkat nasional yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Dasar dan hala tuju yang dibangunkan oleh JITIK diselaras dengan dasar dan hala tuju NITC. JITIK juga mendapatkan input dari jawatankuasa-jawatankuasa lain seperti Implementation Council Meeting (ICM), Flagship Coordination Committee (FCC), Majlis Teknologi Maklumat Negeri (MTMEN), dan Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL). iv

Penyelarasan dan pemantauan 9. Pengukuhan struktur tadbir urus JITIK ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan aspek penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan ICT sektor awam melalui EGCOM dan JTICT. 10. -jawatankuasa seperti Pemandu Projek Komuniti, Pemandu Projek Kerajaan Elektronik (peringkat agensi) dan Perkongsian Pintar akan mengemukakan status dan isu-isu berkaitan pelaksanaan projek-projek ICT kepada EGCOM. 11. Selain dari itu, Pemandu ICT di peringkat agensi juga akan mengemukakan permohonan kelulusan teknikal dan status pelaksanaan projekprojek ICT di agensi kepada JTICT untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan. Pengoperasian 12. Terdapat jawatankuasa-jawatankuasa yang berbentuk pengoperasian yang memberi input serta melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh JITIK. Di antara jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah Keselamatan ICT, Pemandu Government Integrated Telecommunications Network (GITN) dan Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) yang memberi tumpuan kepada bidang-bidang ICT yang tertentu. Input dari sektor swasta pula diperoleh melalui Perunding ICT. 13. Dasar, strategi dan perancangan yang telah ditetapkan oleh JITIK juga di sebarkan kepada forum-forum seperti Mesyuarat Pengurus-pengurus ICT Sektor Awam, Mesyuarat Ketua Pegawai Maklumat ICT (CIO) Sektor Awam, Mesyuarat Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Sektor Awam dan Panel Pegawai Sistem Maklumat (PSM). Input dan maklum balas dari forum-forum tersebut juga dipertimbangkan di dalam membangunkan dasar, strategi dan perancangan JITIK. v

14. Penerangan ringkas mengenai jawatankuasa dan forum di dalam tadbir urus ICT sektor awam adalah seperti di Lampiran H. PEMAKAIAN 15. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Am ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. TARIKH KUATKUASA 16. Pekeliling Am ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. PEMBATALAN 17. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Am ini, pekeliling dan surat pekeliling yang berikut adalah dibatalkan: (a) (b) Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1999 IT dan Internet Kerajaan (JITIK); dan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2000 Peranan jawatankuasa Di bawah IT dan Internet Kerajaan (JITIK). PINDAAN 18. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2004 Garis Panduan Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan masih dikuatkuasakan pemakaiannya dengan pindaan bagi Teknikal IT (JTIT) digantikan dengan Teknikal ICT (JTICT). vi

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN) Ketua Setiausaha Negara vii

(Lampiran kepada kepada Pekeliling Am Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2006) Bil. 2 Tahun 2006) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri viii

Lampiran A STRUKTUR TADBIR URUS JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN (JITIK) IT Dan Internet Kerajaan (JITIK) Kerja JITIK (JKJ) Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM) Teknikal ICT (JTICT) Latihan ICT (JLICT) 1

Lampiran B JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN (JITIK) Bidang Rujukan Bil. Bidang Rujukan i. Menetapkan visi dan arah tuju bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam ii. iii. iv. Menimbang bidang strategik dan keutamaan serta memperakukan pelan tindakan dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam Bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai dasar ICT bagi sektor awam berasaskan perkembangan ICT semasa dan pembangunan negara Menentukan dasar dan strategi pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam v. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan ICT di sektor awam Keahlian Keahlian Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara Ahli: i. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ii. Ketua Setiausaha Perbendaharaan iii. Ketua Pengarah Kesihatan iv. Ketua Audit Negara v. Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi vi. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia vii. Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri viii. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2

Keahlian ix. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi x. Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) xi. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi xii. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi xiii. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri xiv. Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) xv. Ketua Pengarah Arkib Negara xvi. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan xvii. Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia xviii. Ahli Jemputan Setiausaha: Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU Urus Setia: MAMPU 3

Lampiran C JAWATANKUASA KERJA JITIK (JKJ) Bidang Rujukan Bil. Bidang Rujukan i. Merangka dan mengesyorkan strategi bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam kepada JITIK ii. iii. Merangka dan mengesyorkan perancangan bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam selaras dengan arah tuju, dasar dan strategi yang diputuskan oleh JITIK Merangka dan mengesyorkan pembaharuan dalam bidang-bidang ICT serta garis panduan dan standard bagi pelaksanaan ICT sektor awam Keahlian Keahlian Pengerusi: Ketua Pengarah MAMPU Ahli: i. Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Unit Perancang Ekonomi ii. CIO Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iii. Ketua Bahagian Penasihat dan Undang-undang Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara iv. CIO Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi v. Timbalan Pengarah (ICT) Institut Tadbiran Awam Negara vi. Pengarah Jabatan Standard Malaysia vii. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan viii. Wakil MAMPU ix. Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri x. Wakil Jabatan Kerajaan Tempatan xi. Presiden Persatuan Juru Analisa Sistem (PERJASA) 4

Keahlian xii. Pakar ICT dari Universiti Tempatan xiii. Ahli Jemputan Urus Setia: MAMPU 5

Lampiran D JAWATANKUASA PENYELARASAN KERAJAAN ELEKTRONIK (EGCOM) Bidang Rujukan Bil. Bidang Rujukan i. Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik sektor awam ii. iii. Melaporkan status kemajuan pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik sektor awam kepada Mesyuarat JITIK, Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL), Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Flagship Coordination Committee (FCC) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan Menyelaras pelaksanaan dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik sektor awam Keahlian Keahlian Pengerusi: Ketua Pengarah MAMPU Ahli: i. Peguam Negara Malaysia ii. Ketua Audit Negara iii. Pengarah INTAN iv. Pengarah Bahagian Dasar ICT Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi v. Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi vi. Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan vii. Pengarah Seksyen Penilaian Unit Perancang Ekonomi viii. Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia ix. Ketua agensi-agensi peneraju projek-projek Kerajaan Elektronik 6

Keahlian x. Ahli Jemputan Urus Setia: MAMPU 7

Lampiran E Bidang Rujukan JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) Bil. Bidang Rujukan i. Menimbang dan mengesahkan Pelan Strategik ICT (ISP) agensiagensi sektor awam ii. iii. iv. Menimbang dan memberi kelulusan teknikal projek ICT bagi agensiagensi sektor awam Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan ICT di agensi-agensi sektor awam Mengenal pasti masalah-masalah dan isu-isu semasa di dalam pelaksanaan ICT di agensi-agensi sektor awam serta memperakukan cadangan untuk mengatasinya v. Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek ICT agensi yang diluluskan vi. Menyediakan laporan kepada JITIK mengikut keperluan Keahlian Keahlian Pengerusi: Ketua Pengarah / Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU Ahli: i. Wakil Jabatan Audit Negara ii. Wakil Unit Perancang Ekonomi iii. Wakil Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam iv. Wakil Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan v. Wakil MAMPU vi. Pakar ICT dari Agensi Sektor Awam 8

Keahlian vii. Ahli Jemputan Urus Setia: MAMPU 9

Lampiran F JAWATANKUASA LATIHAN ICT (JLICT) Bidang Rujukan Bil. Bidang Rujukan i. Mengenal pasti bidang kompetensi ICT teras bagi kakitangan awam secara am dan personel ICT secara khusus ii. iii. iv. Mengesyorkan dasar pembangunan kompetensi ICT kakitangan awam bagi menyokong pembangunan dan pelaksanaan ICT di sektor awam Merancang program latihan bagi meningkatkan pembudayaan ICT di kalangan kakitangan awam berdasarkan arah tuju ICT sektor awam Mengadakan kerjasama dengan institusi latihan lain termasuk Institusi Pengajian Tinggi dalam merancang dan melaksana program latihan ICT v. Memantau kemajuan latihan ICT di sektor awam vi. Mengenal pasti bidang-bidang latihan yang perlu diberi pengiktirafan Keahlian Keahlian Pengerusi: Pengarah INTAN Ahli: i. Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia ii. Wakil Kementerian Pengajian Tinggi iii. Timbalan Pengarah (ICT) INTAN iv. Ketua Program Latihan ICT INTAN v. Ketua Program Teknologi INTAN 10

Keahlian vi. Ketua Program Pembangunan dan Inovasi INTAN vii. Ketua Program E-Pembelajaran INTAN viii. Wakil Bahagian Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam ix. Wakil MAMPU x. Wakil Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) xi. Wakil Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) xii. Wakil Institut Aminuddin Baki (IAB) xiii. Wakil Institut Penilaian Negara (INSPEN) xiv. Wakil Akademi Percukaian xv. Wakil Panel Pegawai Sistem Maklumat xvi. Tiga (3) Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri xvii. Dua (2) wakil Institut Pengajian Tinggi Awam xviii. Dua (2) wakil Institut Pengajian Tinggi Swasta xix. Ahli Jemputan Urus Setia: INTAN 11

Lampiran G STRUKTUR TADBIR URUS ICT SEKTOR AWAM Majlis Teknologi Maklumat Negeri (MTMEN) Majlis IT Negara (NITC) Implementation Council Meeting (ICM) Dasar,Strategi & Perancangan JKJ JITIK JLICT Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL) Flagship Coordination Committee (FCC) Penyelarasan & Pemantauan EGCOM JTICT Pengoperasian Pemandu Projek Komuniti Pemandu Projek Kerajaan Elektronik (peringkat agensi) Mesyuarat Pengurus-pengurus ICT Sektor Awam Perkongsian Pintar Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) Mesyuarat Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Sektor Awam Pemandu ICT Agensi Perunding ICT Keselamatan ICT Mesyuarat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam Pemandu Government Integrated Telecommunications Network (GITN) Panel Pegawai Sistem Maklumat (PSM) 12

Lampiran H PENERANGAN RINGKAS JAWATANKUASA DAN FORUM DI DALAM TADBIR URUS ICT SEKTOR AWAM JAWATANKUASA Majlis IT Negara atau National IT Council (NITC) Majlis Teknologi Maklumat Negeri (MTMEN) Implementation Council Meeting (ICM) Flagship Coordination Committee (FCC) Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL) Pemandu Projek Kerajaan Elektronik (peringkat agensi) Pemandu Projek Komuniti Pemandu Government Integrated Telecommunications Network (GITN) PENERANGAN NITC merangka dasar dan strategi bagi pembangunan ICT negara yang merangkumi perancangan strategik dan pengurusan, penyelarasan, penilaian teknologi dan unjuran serta aktiviti promosi MTMEN merupakan badan tertinggi di negeri yang bertanggungjawab menentukan arah tuju, menggubal dasar dan strategi, menyelaras dan memantau semua program ICT di peringkat negeri ICM merupakan Pemandu bagi aplikasi-aplikasi flagship dan pasukan petugas infrastruktur Multimedia Super Corridor (MSC) FCC merupakan jawatankuasa yang memastikan pelaksanaan projek aplikasi-aplikasi flagship selaras dengan objektif MSC PANEL berperanan untuk menentukan strategi pelaksanaan program-program pembaharuan dalam perkhidmatan awam Pemandu Projek Kerajaan Elektronik memantau pelaksanaan khusus sesuatu projek Kerajaan Elektronik di peringkat agensi. Contoh: Pemandu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bagi Projek HRMIS yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pemandu Projek Komuniti memantau pelaksanaan projek-projek yang merentasi pelbagai agensi berkaitan. Contoh: Pemandu Projek e-khidmat Sosial bagi projek e-khidmat Sosial yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan dianggotai oleh 14 agensi lain Pemandu GITN menentukan keperluan dan memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan berhubung penggunaan rangkaian GITN bagi menjamin keselamatan serta 13

JAWATANKUASA PENERANGAN keutuhan maklumat kerajaan Perkongsian Pintar (JPP) Pemandu ICT (JPICT) Agensi Perunding ICT Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) Keselamatan ICT (JKICT) Mesyuarat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam Mesyuarat Penguruspengurus ICT Sektor Awam Mesyuarat Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Sektor Awam Panel Pegawai Sistem Maklumat (PSM) JPP memastikan pelaksanaan aplikasi-aplikasi ICT melalui pendekatan perkongsian pintar antara agensiagensi kerajaan dalam bidang pembangunan ICT JPICT berperanan merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT di peringkat kementerian dan agensi Perunding ICT berperanan untuk meningkat dan mengeratkan lagi kerjasama di antara sektor awam dengan sektor swasta dalam bidang ICT. Ia juga memberi maklumat dan penerangan mengenai dasar dan strategi bagi pembangunan ICT di samping mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada sektor swasta DDSA berperanan merancang, memantau dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan kamus data sektor awam JKICT berperanan merancang dan menyelaras pelaksanaan program dan projek-projek keselamatan ICT sektor awam. Mesyuarat CIO Sektor Awam bertujuan membincangkan isu dan masalah serta maklumat semasa yang memerlukan penglibatan CIO di semua peringkat Mesyuarat Pengurus-pengurus ICT Sektor Awam merupakan forum perbincangan pengurus-pengurus ICT sektor awam mengenai pelaksanaan ICT di sektor awam Mesyuarat ICTSO bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang ditetapkan dalam Rangka Dasar Keselamatan ICT serta membincangkan isu dan masalah keselamatan ICT di sektor awam Panel PSM bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan mengembangkan idea bagi meningkatkan kecekapan PSM di sektor awam 14