PENDAPATAN PENGGAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
ACW Percukaian I

GARIS PANDUAN POTONGAN CUKAI BULANAN DI BAWAH KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) PINDAAN 2015

NOTA PENERANGAN SARAAN BAGI TAHUN

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

h. Jumlah pelepasan anak yang layak. i. Caruman PERKESO.

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Universiti Malaysia PAHANG

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

GUNAKAN PEN MATA BULAT BERDAKWAT HITAM & JANGAN LIPAT

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

2. IPENGEMUKAAN BORANG CUKAI PENDAPATAN - BORANG B

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

PRINSIP PERAKAUNAN. 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

TOPIK 2 : TARAF MASTATUTIN (INDIVIDU)

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

PROSES PERSARAAN. DISAMPAIKAN Oleh

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

PRINSIP AKAUN SET 2 KERTAS 2

PRINSIP PERAKAUNAN. Kertas 2

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

Mendaftar sebagai pembayar cukai (jika layak) Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)

Bilakah harusnya sesuatu kontrak perkhidmatan dibuat bertulis? Sesuatu kontrak perkhidmatan seharusnya bertulis jika melebihi tempoh satu bulan.

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

BAB 1 GST SUATU TINJAUAN

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 (Semenanjung Malaysia) SEPT 2012

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

AKTA SARAAN HAKIM 1971

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

SMK BAGAN SERAI BAGAN SERAI, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN Masa : 1 jam 15 minit 3756/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

BAHAGIAN A [ 60 MARKAH ] Jawab semua soalan. Tarikh Butir Debit Kredit (Ambilan bunga untuk tujuan promosi) Apakah X dan Y?

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

PENGURANGAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA 2016

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

PANDUAN PELETAKAN JAWATAN / PELETAKAN JAWATAN & PELEPASAN DENGAN IZIN

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2014 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN LAPOR DIRI

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

-!!).,;".._". Jf.lil~i 1.:!!!!:r:_:'X

Transkripsi:

PENDAPATAN PENGGAJIAN

PENGENALAN Di Malaysia, pendapatan dari sesuatu pekerjaan akan dikenakan cukai pendapatan menurut seksyen 4(b) ACP 1967. Penggajian adalah bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan untuk sesuatu pekerjaan.

PENGENALAN Pekerjaan berbeza dengan profesion dan keduaduanya memberi implikasi cukai yang berbeza. Menurut Seksyen 2 ACP 1967, pekerjaan adalah: Wujud pertalian antara majikan dan pekerja. Apa apa perlantikan atau jawatan, sama ada awam atau tidak dan sama ada atau tidak pertalian terjalin, yang mana saraan perlu dibayar.

PENGENALAN Profesion pula melibatkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu dan cukai dikenakan adalah menurut Seksyen 4(a) ACP 1967. Seksyen 13 ACP 1967 menyenaraikan peruntukanperuntukan am mengenai pendapatan daripada pekerjaan.

PENDAPATAN BOLEH KENA CUKAI Seksyen Seksyen 13(1)(a) Seksyen 13(1)(b) Seksyen 13(1)(c) Keterangan Penerimaan bayaran tunai Manfaat / kemudahan bukan tunai Kediaman disediakan majikan Seksyen 13(1)(d) Caruman majikan dari skim pencen / kwsp yang tidak diluluskan Seksyen 13(1)(e) Pampasan kerana kehilangan pekerjaan

Seksyen 13(1)(a) Pendapatan kasar termasuk upah, gaji, komisen, bonus, elaun, ganjaran, gaji cuti dan lain-lain berbentuk penerimaan tunai:-

Seksyen 13(1)(a) - Upah Pendapatan yang diberi kepada seseorang pekerja tanpa mengambil kira suatu tempoh tertentu. Contohnya tukang kebun kepada pengarah syarikat. Bayaran yang dibuat adalah harian.

Seksyen 13(1)(a) - Gaji Bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja pada setiap hujung bulan ataupun setiap minggu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pekerjaan.

Seksyen 13(1)(a) - Komisyen Bayaran tambahan yang diterima oleh pekerja disamping gaji pokoknya. Contohnya jurujual. Bayaran akan dikira atas nilai jualan atau prestasi produktiviti disamping gaji pokoknya. Jika komisen diterima bagi sesuatu tempoh bertindih maka komisen tersebut perlu diagihkan kepada tempoh asas yang relevan.

Contoh 1: Encik Yassin menerima komisen mengikut Tahun Perakaunan syarikat seperti berikut : Tahun berakhir 30 April 2006 ( 1 Mei 2005 30 April 2006) Tahun berakhir 30 April 2007 ( 1 Mei 2006 30 April 2007) RM4,000 RM3,500 Kirakan komisen yang diterima oleh Encik Yassin pada tahun taksiran 2006.

Jawapan Contoh 1: Tahun taksiran 2006 1.1.2006 hingga 31.12.2006 1.1.2006 30.4.2006 4/12 x 4,000 = 1333 1.5.2006 31.12.2006 8/12 x 3,500 = 2333 Jumlah komisen yang diterima oleh Encik Yassin pada tahun taksiran 2006 adalah RM 3,666 (RM1,333 + RM2,333).

Contoh 2: Puan Basa menerima komisen mengikut Tahun Perakaunan syarikat seperti berikut : Tahun berakhir 30 September 2008 ( 1 Okt 2007 30 Sept 2008) Tahun berakhir 30 September 2009 ( 1 Okt 2008 30 Sept 2009) RM5,000 RM3,000 Kirakan komisen yang diterima oleh Puan Basa pada tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 2:

Seksyen 13(1)(a) - Bonus Bayaran saguhati yang diberi kepada pekerja oleh majikan berdasarkan kepada prestasi pekerja atau keuntungan syarikat. Biasanya diterima oleh pekerja pada akhir tahun kewangan (swasta) atau akhir tahun kalender (awam).

Seksyen 13(1)(a) - Elaun Elaun adalah sebahagian daripada pendapatan penggajian. Contoh elaun adalah elaun rumah, keraian, khidmat awam, pengangkutan dan persidangan (mesti berbentuk tunai). Di samping itu, bayaran-bayaran utiliti yang dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja seperti bil air, telefon, juga termasuk dalam kiraan pendapatan kasar penggajian di bawah Seksyen 13(1)(a).

Seksyen 13(1)(a) - Elaun Bagi pengiraan pendapatan kasar penggajian di bawah S13(1)(a), walaupun elaun tersebut digunakan sebahagian, namun jumlah keseluruhan amaun perlu dimasukkan. Jika elaun digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi, maka elaun-elaun yang diterima akan dilaraskan daripada jumlah pendapatan penggajian keseluruhan untuk mendapatkan pendapatan terlaras penggajian.

Contoh 3: En. Fahmi menerima pendapatan berikut pada tahun 2008; Gaji RM 2,000 sebulan Bonus (tahun berakhir 30/6/07) RM 8,000 (tahun berakhir 30/6/08) RM 9,000 Elaun keraian RM 500 sebulan Elaun perjalanan RM 700 sebulan Ganjaran (diterima pada 31/12/08) RM30,000 Adalah diketahui bahawa En. Fahmi telah bekerja dengan majikannya semenjak 12 tahun yang lalu dan berhasrat untuk membuka perniagaannya sendiri lalu berhenti pada 31/12/08 pada usia 47 tahun. Kirakan pendapatan kasar En. Fahmi pada tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 3:

Seksyen 13(1)(a) - Ganjaran Biasanya diberikan apabila seseorang pekerja bersara atau meninggal dunia. Ganjaran yang dikecualikan dari dikenakan cukai. Jumlah yang diterima sebagai ganjaran kematian, kecederaan atau kedua-duanya [Para 14, Jadual 6].

Seksyen 13(1)(a) - Ganjaran Bersara disebabkan kesihatan [Para 25(1)(a) Jadual 6] atau Bersara kerana berumur 55 tahun atau umur persaraan yang termaktub di dalam mana-mana undang-undang yang bertulis dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun atau lebih dengan majikan tersebut atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama [Para 25(1)(b), Jadual 6]

Seksyen 13(1)(a) - Ganjaran Ganjaran yang dibayar ke atas pekerjaan itu adalah daripada wang awam [Para 25A, Jadual 6] Ganjaran yang dibayar ke atas penamatan sesuatu kontrak pekerjaan itu menggunakan wang awam [Para 25B, Jadual 6]

Penentuan Ganjaran [S 25(4)] Tempoh asas bagi ganjaran yang diterima semasa tamat penggajian ditentukan seperti berikut: i. Jika pekerja telah berkhidmat lebih sembilan tahun daripada permulaan tempoh asas di mana pekerja itu telah berhenti kerja dengan majikan yang sama, ganjaran yang diterima akan dibahagikan sama rata sepanjang 10 tahun perkhidmatan yang terakhir.

Penentuan Ganjaran [S 25(4)] ii. Jika pekerja telah berkhidmat selama 9 tahun atau kurang dari permulaan tempoh asas di mana pekerja itu berhenti kerja dengan majikan yang sama, agihan dibuat samarata mengikut tempoh perkhidmatannya.

Contoh 4: Puan Hamilatun telah bekerja dengan Titan Bhd. sejak 1 Januari 2001 dan bersara pada 31 Disember 2009 setelah genap berusia 55 tahun. Pendapatan beliau untuk tahun asas 2009 adalah seperti berikut: Gaji Ganjaran RM62,000 RM90,000 Kirakan pendapatan kasar Puan Halimatun di bawah seksyen 13(1)(a) untuk tahun taksiran 2009.

Jawapan Contoh 4: Mula bekerja permulaan tempoh asas 1.1.2001 1.1.2009 (8 tahun 1 hari) Oleh itu, ganjaran dibahagi mengikut tempoh perkhidmatan iaitu 9 tahun. Pn. Halimatun: Tahun Taksiran 2009 Seksyen 13 (1)(a) Gaji RM 62,000 Ganjaran (90,000/9) RM 10,000 Pendapatan kasar RM 72,000

Contoh 5: En. Ahmad telah bekerja dengan Panasonic Sdn. Bhd. sejak 1/1/2001. Pada 30/6/2008 beliau telah bersara setelah mencapai umur wajib persaraan dan menerima ganjaran sebanyak RM27,000. Untuk tujuan percukaian, ganjaran akan ditaksirkan seperti berikut:

Jawapan Contoh 5:

Gaji Cuti Gaji cuti dibayar kepada seseorang pekerja apabila beliau masih lagi mempunyai cuti tahunan sebelum bersara. Gaji yang diterima dalam tempoh cutinya sebelum bersara akan dikenakan cukai pendapatan.

Gaji Cuti Sekiranya pekerja itu bersara selepas menghabiskan cuti tahunannya dan meninggalkan Malaysia dalam tahun asas tersebut, pekerja itu boleh membuat pilihan sama ada gaji cuti beliau ditaksirkan pada tahun sebelum tahun asas tersebut atau tidak [S 25(6)].

Gaji Cuti Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan gaji cuti ditaksirkan dalam tahun sebelum tahun asas tersebut adalah: i. Tidak bermastautin lagi dalam tahun asas tersebut. ii. iii. Tiada pencen yang diterima dari Malaysia bagi tahun asas untuk tempoh berikutnya; dan Semua pendapatan kasar daripada pekerjaan akan tamat setelah cuti pekerja itu habis.

Contoh 6: Encik Azis telah bekerja dengan Celcom Bhd. sejak 1/1/2003 dan bersara pada 31/8/2009 selepas berusia 55 tahun. Pendapatan beliau untuk tahun asas 2009 adalah seperti berikut: Gaji RM 34,500 Gaji cuti (1/6/2009 31/8/2009) RM 9,500 Ganjaran RM 75,000 Kirakan pendapatan kasar Encik Azis di bawah seksyen 13(1)(a) untuk tahun taksiran 2009.

Jawapan Contoh 6: Mula bekerja permulaan tempoh asas 1/1/03 1/1/09 = 6 tahun 1 hari Oleh itu, ganjaran hendaklah dibahagikan mengikut tempoh perkhidmatan. En. Azis: Tahun Taksiran 2009 Seksyen 13(1)(a) Gaji RM 34,500 Gaji cuti RM 9,500 Ganjaran (75,000 x 8/80) RM 7,500 Pendapatan kasar RM 51,500

Seksyen 13(1)(b) - Manfaat Di bawah seksyen ini, ia menerangkan manfaat atau kemudahan yang diberikan oleh majikan dalam bentuk bukan tunai seperti pembantu rumah, kereta, pemandu, tukang kebun, telefon bimbit dan lain-lain tidak termasuk kediaman. Manfaat ini tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai. Jika majikan memberi elaun untuk kemudahan ini, elaun tersebut akan dianggap sebagai pendapatan di bawah seksyen 13(1)(a).

Seksyen 13(1)(b) - Manfaat Manfaat yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut : Rawatan perubatan dan pergigian untuk pekerja (diri sendiri) dan ahli keluarganya. Kemudahan yang digunakan oleh pekerja semata-mata untuk melaksanakan tugasnya. Tambang perjalanan percutian dalam Malaysia (tidak melebihi 3 kali) dan luar Malaysia (tidak melebihi 1 kali).

Seksyen 13(1)(b) - Manfaat kemudahan penjagaan anak yang disediakan oleh majikan. Jika seseorang pekerja diperuntukkan pemandu kereta, nilai manfaat bagi kegunaan persendirian yang ditetapkan ialah RM3,600 setahun. Manfaat yang boleh dikenakan cukai termasuklah manfaat dan kemudahan yang dinikmati oleh ahli keluarganya, isteri, orang gaji, anak-anak, tetamu.

Seksyen 13(1)(b) - Manfaat Pengkelasan yang betul perlu dibuat antara seksyen 13(1)(a) dan seksyen 13(1)(b) kerana ianya akan memberi kesan kepada pengiraan pendapatan di bawah seksyen 13(1)(c) nanti. Di bawah seksyen 13(1)(b) ini, amaun yang diambilkira adalah selepas dikurangkan dengan pengecualian-pengecualian yang dibenarkan. Sekiranya kemudahan yang diberikan dikongsi dengan pekerja lain, agihan yang sewajarnya dibenarkan.

Contoh 7: Pada tahun 2008, En. Hakim memperolehi pendapatan daripada gaji sebanyak RM2,000 sebulan. Disamping itu, majikannya juga menyediakan kemudahan kereta bernilai RM4,000 setahun dan elaun tukang kebun sebanyak RM200 sebulan. Majikan juga memberikan tambang percutian percuma dalam Malaysia sebanyak 3 kali. Amaun tambang percutian tersebut adalah RM700, RM1,000 dan RM800. Selain daripada itu, En. Hakim juga menikmati belanja perubatan untuk dirinya sebanyak RM500 dan untuk keluarganya RM800. Diberitahu bahawa ¼ daripada kemudahan kereta adalah untuk kegunaan peribadi En. Hakim. Kirakan pendapatan kasar En. Hakim bagi tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 7:

Seksyen 13(1)(c) - Kediaman Seksyen 13(1)(c) memperuntukkan bahawa tempat kediaman yang disediakan majikan kepada pekerjanya dianggap sebagai pendapatan kasar dan boleh dikenakan cukai. Tempat kediaman yang disediakan adalah untuk tujuan tinggal tetap sepanjang tempoh penggajian dan bukannya untuk tujuan tinggal/singgah untuk bercuti.

Seksyen 13(1)(c) - Kediaman Kemudahan kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Contohnya rumah, kuarters, hotel. Nilai kediaman adalah termasuk yang disediakan untuk pekerja, isteri pekerja, anak dan tanggungan pekerja, orang gaji dan sebagainya. Pengiraan nilai kediaman adalah tertakluk kepada Seksyen 32 (2) dan (3) ACP 1967

Seksyen 32 (2) Jika sekiranya tempat kediaman berbentuk rumah, nilai kediaman adalah; 30% daripada jumlah pendapatan di bawah seksyen 13(1)(a) atau; Nilai tetap rumah tersebut AMBIL NILAI YANG TERENDAH

Contoh 8.1: Cik Hasnah bekerja dengan AIG Enterprise pada tahun 2008. Gaji beliau adalah sebanyak RM5,000 sebulan. Cik Hasnah telah disediakan tempat tinggal oleh majikannya dari 1/1/08 hingga 31/12/08. Dimaklumkan bahawa majikan telah menyewa kediaman tersebut pada kadar RM2,000 sebulan (termasuk nilai perabot RM140 sebulan). Kirakan pendapatan kasar Cik Hasnah bagi tahun taksiran 2006.

Jawapan Contoh 8.1:

Seksyen 32 (2) Jika kediaman yang disediakan itu dikongsi dengan pekerja lain, atau kediaman yang disediakan terlalu besar, dan pekerja dikehendaki oleh majikan untuk tinggal di kediaman tersebut, atau tempoh kediaman kurang daripada setahun kalender, maka nilai kediaman adalah; 30% daripada jumlah pendapatan di bawah seksyen 13(1)(a) atau; Nilai tetap rumah tersebut mengikut agihan tempoh relevan AMBIL NILAI YANG TERENDAH

Contoh 8.2: Situasi sama seperti contoh 8.1, tetapi kediaman yang disediakan itu perlu dikongsikan dengan 2 orang pekerja lain. Berapakah pendapatan kasar Cik Hasnah?

Jawapan Contoh 8.2:

Contoh 8.3: Situasi sama seperti contoh 8.1, tetapi kediaman yang disediakan itu terlalu luas, oleh itu dipersetujui oleh LHDN untuk diberi tolakan sebanyak ¼ daripada jumlah nilai tetap kediaman. Berapakah pendapatan kasar Cik Hasnah?

Jawapan Contoh 8.3:

Contoh 8.4: Situasi sama seperti contoh 8.1, tetapi kediaman yang disediakan oleh majikan bermula dari 1/3/08 sehingga 31/12/08. Berapakah pendapatan kasar Cik Hasnah?

Jawapan Contoh 8.4:

Seksyen 32 (2) Jika sekiranya kediaman disediakan di tempattempat berikut; i. hotel, hostel, asrama; ii. iii. rumah dalam kawasan ladang atau hutan; kawasan yang tidak dikenakan cukai oleh penguasa tempatan; nilainya adalah 3% dari jumlah pendapatan sek. 13(1)(a).Tiada perbandingan dengan seksyen 13 (1)(a).

Contoh 8.5: Situasi sama seperti contoh 8.1, tetapi kediaman yang disediakan oleh majikan adalah disebuah hotel. Berapakah pendapatan kasar Cik Hasnah?

Jawapan Contoh 8.5:

Seksyen 32 (3) Jika tempat kediaman disediakan kepada pengarah syarikat (bukan pengarah urusan) dalam syarikat terkawal, maka nilai kediaman yang kena cukai ialah Nilai Tetap. Walau bagaimanapun, jika ia berkongsi dengan pekerja lain demi kepentingan syarikat atau untuk meraikan pelanggan, maka nilai kediaman ialah seperti di Sek 32 (2).

Seksyen 32 (3) Nilai tetap kediaman hanya boleh dikurangkan mengikut agihan jika tempoh kediaman yang disediakan itu kurang 12 bulan.

Contoh 8.6: Situasi sama seperti contoh 8.1, tetapi Cik Hasnah merupakan pengarah di sebuah syarikat terkawal. Berapakah pendapatan kasar Cik Hasnah bagi tahun taksiran 2008?

Jawapan Contoh 8.6:

Contoh 9: En. Hassan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Lejar Sdn. Bhd. Yang berpejabat di Ipoh bermula pada 1/1/08. Butir-butir saraan beliau adalah: Gaji RM4,000 sebulan Bonus RM6,000 (tahun berakhir 31/3/08) Bonus RM8,000 (tahun berakhir 31/3/08) Elaun keraian RM 300 sebulan Kemudahan kereta RM250 sebulan Pada 1/1/08 hingga 28/2/08, En. Hassan telah diberi tempat tinggal di Holiday Villa sementara menantikan syarikat mencari rumah yang sesuai untuknya. Bil hotel untuk 2 bulan tersebut berjumlah RM3,500. Mulai 1/3/08, syarikat telah menyewa sebuah rumah untuk beliau dan keluarganya. Sewa rumah yang dibayar oleh syarikat ialah RM1,200 sebulan tidak termasuk RM280 untuk perabot. Beliau juga telah diberikan kemudahn lain seperti:

Orang gaji yang disediakan syarikat RM200 sebulan. Tukang kebun, dibayar oleh En. Hassan dan syarikat bersetuju membayar ganti jumlah perbelanjaan yang terlibat RM100 sebulan. Tambang kapal terbang percutian: Singapura RM620 Pulau Langkawi RM420 Johor Bahru RM230 Jakarta RM2,200 Maklumat lain: 1. En. Hassan telah membelanjakan RM4,000 elaun keraian untuk tujuan rasmi syarikat. 2. LHDN telah meluluskan tuntutan En. Hassan, iaitu 1/3 daripada kemudahan kereta adalah untuk urusan syarikat. 3. Tambang percutian disediakan untuk En. Hassan dan keluarganya. Kirakan pendapatan berkanun En. Hassan bagi tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 9:

Contoh 10: Berikut merupakan pendapatan En. Murshid bagi tahun taksiran 2001. Gaji RM1,650 sebulan Bonus RM3,250 (tahun berakhir 31/12/01) Elaun pengangkutan RM100 sebulan Tambang percutian - Kota Bharu RM500 - Langkawi RM550 - Melaka RM650 - Terengganu RM450 - China RM3,500 - India RM2,400 Syarikat menyediakan kemudahan kereta bernilai RM8,000 setahun dan pemandu. Gaji pemandu dibayar oleh syarikat sebanyak RM250 sebulan. ½ daripada kemudahan kereta dan pemandu ini digunakan bagi tujuan peribadi. Di samping itu, syarikat juga menyediakan kediaman bernilai RM13,200. Kirakan pendapatan kasar En. Murshid bagi tahun taksiran 2001.

Jawapan Contoh 10:

Seksyen 13(1)(d) KWSP yang tidak diluluskan oleh kerajaan Jika terdapat mana-mana amaun yang dibuat oleh majikan kepada suatu tabung/pencen/skim yang tidak diluluskan oleh Kerajaan, yang mana apabila dikembalikan kepada pekerja sebelum atau selepas pekerja tersebut menamatkan penggajian, perlulah amaun tersebut dimasukkan sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar daripada penggajian dan boleh dikenakan cukai di bawah S13(1)(d).

Seksyen 13(1)(d) KWSP yang tidak diluluskan oleh kerajaan Bagaimanapun, penerimaan caruman yang dibuat oleh pekerja tidak dikenakan cukai..

Contoh 11: En. Ahmad mempunyai punca-punca pendapatan bagi tahun asas 2008 seperti berikut: Gaji RM60,000 Bonus RM15,000 Elaun-elaun RM15,000 Tukang kebun RM 3,600 Pulangan caruman untuk KWSP yang tidak diluluskan: Bahagian pekerja RM35,000 Bahagian majikan RM50,000 Kirakan pendapatan kasar En. Ahmad bagi tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 11:

Seksyen 13(1)(e) Pampasan Semua pampasan yang diterima kerana kehilangan pekerjaan akan dikenakan cukai. Bayaran pampasan ini termasuk: i. Gaji atau upah yang diterima tanpa notis pemberhentian kerja daripada majikan. ii. Pampasan kerana melanggar kontrak perkhidmatan.

Seksyen 13(1)(e) Pampasan iii. iv. Bayaran yang dibuat untuk mendapatkan pelepasan daripada tanggungan bersyarat di bawah kontrak perkhidmatan. Saguhati atau bayaran mengikut syarat-syarat kontrak misalnya bayaran penyingkiran, bayaran mengurangkan pekerja, ganjaran meninggalkan pekerjaan dan bayaran-bayaran lain. Bayaran ini biasanya dibayar apabila penggajian ditamatkan kerana lebihan pekerja.

Seksyen 13(1)(e) Pampasan Para 15(1), Bahagian 1, Jadual 6, ACP 1967, pampasan-pampasan yang dinyatakan di atas boleh dikecualikan daripada cukai jika LHDN berpuas hati bahawa: i. Pemberhentian pekerja disebabkan keuzuran, pengecualian penuh diberikan; atau

Seksyen 13(1)(e) Pampasan ii. Dalam keadaan di mana bayaran itu bukan dibuat oleh syarikat terkawal kepada pengarah syarikat berkenaan, dan pengarah tersebut bukannya pengarah urusan sepenuh masa, maka pengecualian sejumlah RM4,000 diberi bagi setiap tahun genap perkhidmatan. Perkhidmatan ini adalah dengan majikan yang sama ataupun dengan syarikat yang berada dalam kumpulan yang sama.

Contoh 12: En. Safuan telah berkhidmat dengan Rimbun Sdn. Bhd. semenjak 1/7/94. Beliau telah diberhentikan oleh majikannya pada 31/10/08 yang lepas kerana syarikat telah mengalami kerugian yang teruk. En. Safuan telah dibayar pampasan sebanyak RM80,000 pada tarikh pemberhentian. Nyatakan jumlah pampasan yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 13(1)(e) bagi tahun taksiran 2008.

Jawapan Contoh 12:

Contoh 13: Akibat kegawatan ekonomi masa kini, Segar Sdn. Bhd. terpaksa bertindak menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerjanya. En. Hamidi adalah di antara pekerja yang diberhentikan walaupun beliau adalah pekerja lama di situ. Pada mulanya En. Hamidi berkhidmat dengan Bugar Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Segar Sdn. Bhd., pada 1/3/01. Setelah lebih 7 tahun dengan Bugar Sdn. Bhd., En. Hamidi berpindah ke Segar Sdn. Bhd. setelah dinaikkan pangkat sebagai pengarah. Beliau mula berkhidmat dengan Segar Sdn. Bhd. pada 1/6/08. En. Hamidi telah diberikan pampasan pada 30/11/08, di hari pemberhentiannya. Pampasan itu berjumlah RM50,000. Kirakan pendapatan kasar yang boleh dikenakan cukai ke atas pampasan yang diterima oleh En. Hamidi.

Jawapan Contoh 13: