KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA

dokumen-dokumen yang mirip
IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH

PANDUAN SOLAT SUNAT DO A DAN WIRID

DOA IBUBAPA PADA ANAK

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

LALUAN KEHIDUPAN

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

yuslimu-islaman. Bukti ketundukan kepada Allah SWT itu harus dinyatakan dengan syahadat sebagai sebuah pengakuan dalam diri secara sadar akan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia


SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

malam bentangkan gelap, ia berdiri menyesali diri karena takut tiada tara menjadi teman kesedihan pada siang hari

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Sucikan Diri Benahi Hati

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir. Disebarluaskan melalui:

BAHAGIAN A (20 markah)

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

S U R G A. Diterjemahkan dari: Where do I Start oleh Bint. Mhahmood Islam4Kids.com. Alih Bahasa: Ummu Abdullah

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Doa hari 1. Doa hari 2. Doa hari 3. Doa hari 4. Doa hari 5

Motivasi Agar Istiqomah

??????????????????????????????????????????????? :????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

KAYA TAPI ZUHUD. Oleh: Dr. Marzuki, M.Ag. (Dosen PKn dan Hukum FIS UNY)

Doa-doa Pilihan DOA-DOA PILIHAN

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Merasakan Manisnya Keimanan

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. [Q.S. 6 : 116]

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Persiapan Menuju Hari Akhir

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan

Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Bersyukur. Surah Fathir ayat 34.

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari Puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Doa Hari ke 1. Doa Hari ke 2

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

KUMPULAN FATWA. Hukum Membagi Agama Kepada Isi dan Kulit. Penyusun : Syekh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin. Terjemah : Muh. Iqbal Ahmad Gazali

Doakan Orang Lain, Malaikat Mendoakanmu

Tanda-Tanda Cinta Nabi Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam

Motivasi Untuk Bertaubat

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Mempersembahkan... SEQ. Training Kewirausahaan. Menjadi Pebisnis Amanah & Tawadhu

Sifat-Sifat Ibadah Yang Benar

SPIRITUAL SUPPLEMENT

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

Sifat Allah Al-Hayiyyu, Yang Maha Pemalu

Mengenal Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

TAUHID. Aku ciptakan jin dan manusia tiada lain hanyalah untuk beribadah kepadaku (QS. Adz-Dzariyat : 56)

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

Takwa dan Keutamaannya

: : :

Hakikat Syafaat dan Tawassul Menurut Al-Quran

Sifat Surga dan Penghuninya

Perbandingan Kenikmatan Surga dan Kenikmatan Dunia

KISI-KISI UJIAN SEKOLAH BERSTANDAR NASIONAL (USBN) PENDIDIKAN AGAMA ISLAM (PAI)

3 Wasiat Agung Rasulullah

Transkripsi:

KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA Di manakah kedudukan Kitab Cinta dalam kitab Ihya Ulumuddin ini? - Kitab Ihya terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. - Kitab pertama ialah Kitab Ilmu. Kitab ke-2 ialah Kitab Aqidah/Tauhid. - Kitab Cinta ialah kitab yang ke-36. Pada jilid ke-7 daripada 8. Mengapa kita pilih Kitab Cinta? 1. Kerana kita sudah khatam dua kitab utama iaitu Kitab Ilmu dan Kitab Tauhid, maka selepas itu kita bolehlah melalui mana-mana kitab seterusnya. 2. Kerana umumnya cinta merupakan kemuncak dalam tasawuf. 1

3. Kerana sebahagian kitab-kitab itu seperti kitab tentang taharah (bersuci), solat, zakat, puasa, ibadah haji, doa, zikir, wirid, adab makan, dan adab berkahwin banyak diajarkan, mudah diperolehi dan pernah kita lalui di mana-mana. 4. Kerana itulah laluan guru. Adakah Kitab Cinta ini berkait dengan tauhid (khususnya peringkat tinggi)? Sangat berkait. Apa maksud cinta? Suka. Sangat suka. Jika sangat kuat sukanya, disebut asyik atau berahi. Jika kita suka akan sesuatu, maksudnya cintalah tu. Jika kita terlalu suka akan sesuatu sehingga sangat mempengaruhi kita, itu namanya asyik. Tapi dalam bahasa Melayu Malaysia, ada perbezaan antara suka dengan cinta. Jika suka biasa-biasa, namanya suka. Jika suka sampai mempengaruhi diri (selalu teringat, suka untuk disebut, asyik, berahi), itu namanya cinta. Apa yang selalu kita teringat, dalam keadaan kita suka, itulah CINTA. Apa yang selalu kita teringat tapi dalam keadaan kita tak suka, itu adalah MASALAH. Ringkasanya, cinta yang dimaksudkan oleh Kitab Cinta ini ialah cinta yang peringkat asyik. (*Hal ini akan terbuka sedikit demi sedikit di sepanjang kita melayari Kitab Cinta ini). 2

IMAM AL-GHAZALI MENULIS : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (Jilid 7 ms 48) Segala pujian bagi Allah yang membersihkan hati para wali-nya daripada berpaling kepada keelokan dunia dan kekayaannya. Kemudian Dia mengikhlaskan hati mereka untuk berhenti di atas permaidani kemuliaan-nya. Kemudian Dia menjadi terang bagi mereka dengan asma -Nya dan sifatnya sehingga menjadi cemerlang dengan nur ma rifahnya. Kemudian Dia menyingkapkan bagi mereka dari keagungan wajahnya sehingga terbakar dengan api kasih sayangnya. Kemudian Dia terhijab daripadanya dengan hakikat keagungan-nya, sehingga hati para wali itu hairan dalam lapangan luas keagungan dan kebesarannya. Maka setiap kali hati para wali itu tergerak untuk memperhatikan hakikat keagungan, nescaya diliputi dari kedahsyatan, oleh yang berlumuran debu pada wajah akal dan mata hatinya. Dan setiap kali hati para wali itu bercita-cita dengan berpaling dalam keadaan putus asa, nescaya datang panggilan dari khemah keelokan : Sabar wahai yang berputus asa daripada mencapai Al-Haqq, disebabkan kebodohan dan kesegeraannya. Maka teruslah hati para wali itu di antara menolak dan menerima, menahan dan sampai, tenggelam dalam lautan ma rifahnya dan terbakar dengan api kasih sayangnya. 3

Selawat kepada Nabi Muhammad, kesudahan nabi-nabi dengan sempurna kenabiannya. Dan kepada keluarga dan para sahabatnya, penmghulu manusia dan imam-imamnya, panglima kebenaran dan yang menggenggamkannya. Anugerahilah kesejahteraan yang banyak. Pengenalan Kepada Maqam Cinta Adapun kemudian, maka sesungguhnya kasih sayang (mencintai) akan Allah adalah tujuan paling jauh dari maqam-maqam yang ingin dicapai dan ketinggian yang tertinggi daripada darjat-darjat. Tidak ada sesudah memperoleh kasih sayang, suatu maqam pun lagi, selain dari buah dari buah-buahannya, dan ikutan dari pengikutpengikutnya seperti rindu, jinak hati, redha, dan sifat-sifat lain yang searah dengan itu. Dan tidak ada suatu maqam pun sebelum kasih sayang itu selain adalah menjadi pendahuluan dari pendahuluan-pendahuluannya seperti taubat, sabar, zuhud dan lain-lain. Maqam-maqam yang lain jikalau sukar adanya, maka tidaklah kosong hati dari iman dengan kemungkinannya. Adapun mencintai Allah Ta ala, maka sulitlah keimanan dengan mencintai itu. Sehingga sebahagian ulama memungkiri kemungkinannya. Dan mengatakan tak ada makna baginya selain rajin mengerjakan taat kepada Allah Taala. Adapun hakikat kasih sayang (mencintai), maka itu mustahil selain bersama sejenis dan secontoh. Manakala mereka menentang akan kasih sayang, nescaya mereka memungkiri akan kejinakan hati dan kerinduan, kelazatan munajah dan hal-hal lain yang harus bagi kasih sayang dan yang mengikutinya. Dan tak boleh tidak, daripada menyingkapkan tutup dari persoalan ini. 4

Isi Kandungan Kitab Cinta Kami akan menyebutkan dalam kitab ini penjelasan tentang : Dalil-dalil syara mengenai kasih sayang. Hakikatnya dan sebab-sebabnya. Tidak ada yang berhak untuk dicintai selain Allah Ta ala. Kelazatan yang terbesar ialah kelazatan memandang Wajah Allah Ta ala. Sebaa kelebihan kelazatan memandang ke akhirat, atas ma rifah di dunia. Sebab-sebab yang menguatkan kecintaan kepada Allah Ta ala. Sebab kepada berlebih-kurangnya manusia tentang kecintaan. Sebab tentang pemahaman dari hal ma rifah kepada Allah Ta ala. Makna rindu. Kecintaan Allah Ta ala kepada hamba. Tanda-tanda kecintaan hamba kepada Allah Taala. Makna kejinakan hati dengan Allah Taala. Makna menghampar tentang kejinakan hati. Makna redha dan penjelasan keutamaannya. Hakikat redha. Doa dan kebencian kepada perbuatan-perbuatan maksiat itu tiada berlawanan. Demikian juga, lari dari perbuatan-perbuatan maksiat. Ceritera-ceritera dan ucapan-ucapan yang bercerai-berai. Inilah semua penjelasan bagi kitab ini. 5

Siapakah Wali Allah? Dalam pengertian masyarakat awam, wali Allah mempunyai ciri-ciri berikut : Wali Allah itu biasanya berpakaian seperti para ulama. Berjubah, berserban, berselendang, biasanya bertongkat, selalu memegang tasbih dan seumpamanya. Ada juga wali Allah kelihatan macam orang gila. Tidak terurus, rambut kusut-masai, pakaian lusuh, kadang-kadang berkaki ayam dan sebagainya. Wali Allah itu cakap-cakapnya menarik hati. Diyakini ada ilmu agama yang tinggi. Diyakini mampu melakukan hal-hal yang luar biasa. Disebut kesaktian atau keramat (karamah). Contohnya boleh terbang di udara, berjalan di atas air, boleh ghaib, boleh muncul di banyak tempat pada satu-satu masa, boleh tahu isi hati orang, menguasai jin-jin, ada yang boleh memerintah malaikat, menghidupkan haiwan yang mati, meniti di atas pelepah-pelepah pisang, semua haiwan tunduk kepadanya, dan sebagainya. Jika di alam Melayu, wali Allah itu antaranya suka bertapa di guagua dan handal dalam persilatan. Menurut Al-Quran, siapakah para wali? Ingatlah, sesungguhnya wali-wali (auliya ) Allah itu, tidak ada kekhuatiran (kebimbangan) ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. Janganlah kamu sedih kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus : 62-65) 6

Menurut hadith? Sesungguhnya Allah telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-ku, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tidak ada seorang pun yang menghampiri-ku dengan amalan wajib yang Aku senangi, dan yang mendekati Aku dengan amalan sunat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya untuk mendengar, dan Aku menjadi penglihatannya untuk melihat, dan Aku menjadi tangannya untuk melakukan, dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan. Jika dia meminta kepada Aku akan Kuberi, dan jika dia meminta perlindunganku nescaya akan Kuberi perlindungan kepadanya. (Bukhari) Kesimpulannya, wali-wali Allah mempunyai ciri-ciri berikut : i. Mereka orang beriman. ii. Mereka kuat taqwanya. iii. Bersifat menyampaikan ajaran agama. iv. Tidak bersedih diri dengan penolakan orang. v. Umumnya mereka tidak terpengaruh dengan kebimbangan dan kesedihan. vi. Menyelesaikan semua amalan yang diwajibkan, bahkan berkualiti. vii. Berusaha gigih menambah amalan-amalan sunat, dan berkualiti. viii. Doa mereka dimakbulkan (khususnya dalam hal memohon sesuatu dan memohon perlindungan). ix. Perlakuannya adalah yang baik-baik belaka. x. Umumnya ada mendapat mimpi-mimpi yang baik. *Apabila Allah mencintai mereka dan bantuan Allah sangat hampir kepada mereka, maka ada kalanya berlaku perkara-perkara yang luar biasa atau mencarik adat kepada mereka. Hal ini disebut karamah. 7

Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar no. 10 (Disember 21, 2011) Yang paling banyak kita suka fikir-fikirkan, lafaz-lafazkan dan sembangsembangkan, itulah yang paling kita cintai. Jadi selama hari ini dalam sehari-hari, mana yang paling banyak, yang paling kita cintai? Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain. (Bukhari, Muslim) Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah saw) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan sekalian manusia. (Bukhari, Muslim) Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar no. 154 (Februari 10, 2015) Mencintai Allah bukanlah sekadar rasa-rasa atau pun sekadar dakwaan di mulut dan di jiwa, tetapi hendaklah dengan pengetahuan tentangnya, dan dengan latihan tentangnya. Apakah maksud cinta? Apakah tingkatan-tingkatannya? Apakah tanda-tanda kehadirannya? Apa pula tanda-tanda kehilangannya? Bagaimanakah cara menumbuh dan menyuburkannya? Bagaimana pula cara mengembalikannya jika ia hilang? Pengetahuan dan latihan ini berada dalam sukatan pelajaran tasawuf... Kita ada? *Semua audio/video rakaman pengajian kitab Ihya Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh didengar/tonton semula di Youtube. Tuliskan syarah ihya dan nombor failnya di carian Youtube (contohnya : syarah ihya 1). Setakat ini sudah 852 fail berjaya diupload. Selamat mengambil manfaat. 8