IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU"

Transkripsi

1 IMBASAN PELAJARAN TERDAHULU Asas untuk menguatkan ma rifah dan cinta. Untuk menguatkan ma rifah dan cinta, kita mestilah berusaha untuk membersihkan halaman hati daripada semak-samun dan lalang-lalang keduniaan. Setelah halaman hati kita bersih, barulah sesuai untuk kita semai benih pokok ma rifah dan cinta. Barulah pohon-pohon itu selesa untuk hidup dan membesar. Mana mungkin untuk kita semai tanam-tanaman selagi penuh dengan belukar dan lalang-lalang. 1

2 Untuk meningkatkan lagi ma rifah dan cinta. Imam Al-Ghazali menulis : Dan tidak sampai kepada ma rifah ini, sesudah terputusnya segala gangguan duniawi pada hati, selain dengan fikiran yang bersih, ingatan (zikir) yang berterusan, kesungguhan yang bersangatan pada mencari dan memandang yang terus-menerus pada Allah Taala, pada sifat-sifatnya, pada kerajaan langitnya dan pada makhluk-makhluknya yang lain. Golongan-golongan manusia dalam berzikir (mengingat akan Allah) : 1. Sedang menyebut dan sedang mengingat. 2. Sedang menyebut tetapi tidak sedang mengingat. 3. Tidak sedang menyebut tetapi sedang mengingat. 4. Tidak sedang menyebut dan tidak sedang mengingat. Jenis 1 dan 3 ialah jenis yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali. Peringkat-peringkat ma rifah dan cinta : 1. Peringkat MENOLAK. 2. Peringkat RAGU-RAGU. 3. Peringkat YAKIN. 4. Peringkat TAHU. 5. Peringkat TUNDUK PATUH (beriman). 6. Peringkat KENAL. 7. Peringkat CINTA. Huraian peringkat-peringkat ma rifah dan cinta : 1. Peringkat MENOLAK - Golongan ini tidak percaya adanya Tuhan. Mereka menolak adanya Tuhan. Ini golongan ateis atau mulhid. 2. Peringkat RAGU-RAGU Golongan ini mula ragu-ragu sama ada Tuhan itu ada ataupun tidak. Apabila mereka buat pemerhatian dan kajian, mereka dapati memang ada kemungkinan adanya satu kuasa yang disebut sebagai Tuhan. 3. Peringkat YAKIN Golongan ini sudah yakin bahawa Tuhan itu memang ada, tetapi mereka belum menganut mana-mana agama. 2

3 Hasil pemerhatian dan kajian mereka menunjukkan Tuhan memang ada. 4. Peringkat TAHU Golongan ini pula sudah tahu siapakah Tuhan itu. Mereka mencari-cari yang mana satukah Tuhan daripada sekian banyak yang didakwa sebagai Tuhan. Akhirnya mereka mendapati Tuhan hanya satu iaitu Allah. Sekadar tahu, belum kenal (belum ma rifah), belum cinta. 5. Peringkat TUNDUK PATUH (beriman/percaya) - Tidak setakat tahu, mereka beriman pula dengan Allah. Mereka pun memeluk agama Islam. Namun mereka umumnya sekadar beriman tanpa mengenal akan Allah. 6. Peringkat KENAL Tidak setakat beriman/percaya, tetapi sudah sampai ke peringkat mengenal Allah. Mereka berupaya membezakan antara Allah dengan makhluk. Tidak mudah-mudah diperdaya oleh makhluk. 7. Peringkat CINTA Tidak sekadar kenal, tetapi sudah sampai ke tahap cinta Allah. Setiap satu peringkat ini ada pecahan2nya lagi. Rata-rata umat Islam mencapai peringkat YAKIN, TAHU dan TUNDUK PATUH. Para saintis tidak beragama, kajian mereka memang boleh membawa mereka kepada peringkat YAKIN adanya Tuhan. Namun ilmu kajian mereka tak bawa mereka ke tahap wahyu. Untuk naik lagi, mereka terpaksa guna Al Quran. Hal ini kerana syariat tak datang dengan fikiran melainkan dengan wahyu. Pelajaran tasawuf berusaha membawa kita sampai ke peringkat KENAL dan CINTA. Kenal Tuhanku dengan Tuhanku? Imam Al-Ghazali menulis : Daripada yang tersebut ini, diperhatikan oleh sebahagian mereka, di mana ditanyakan kepadanya : Dengan apa engkau mengenal Tuhan engkau? 3

4 Ia lalu menjawab : Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Jikalau tidaklah Tuhanku, nescaya aku tidak mengenal akan Tuhanku. Biasanya orang beranggapan yang dia dapat mengenal Allah dengan : Daya kekuatan fikirannya sendiri. Kerajinan minda dan anggota tubuhnya. Gur-guruntya. Bahan-bahan bacaaannnya (kitab, buku dll). Tetapi dalam ilmu tasawuf, selain yang diatas, kita dididik untuk mengetahui, memahami, dan memandang (menghayati) bahawa pada hakikatnya : Yang menggerakkan fikiran kita tidak lain ialah Allah. Yang menggerakkan mata untuk melihat kitab, telinga untuk mendengar ajaran guru dan seluruh anggota badan kita untuk berusaha tidak lain ialah Allah. Yang memilih, menentukan dan mentakdirkan kita akan mengenal Allah tidak lain ialah Allah sendiri. Yang memimpin dan menggerakkan kita untuk mengenal Allah tidak lain ialah Allah sendiri. Yang membuatkan akal fikiran dan jiwa kita dapat mengenali Allah ialah Allah sendiri. Jadi kesimpulannya, sebenarnya kita berjaya mengenal Allah adalah dengan Allah itu sendiri, bukannya dengan sebab-sebab lain. Pada hakikatnya : Yang paling berjasa (bahkan satu-satunya Yang Berjasa) ialah Allah sahaja, tetapi kita asyik nampak makhluk yang berjasa. Padahal semua jasa itu adalah jasa Allah. Tidak ada Yang Berjasa selain Allah. Satu-satunya yang terpuji ialah Allah, tetapi kita asyik puji makhluk. Tiada yang berhak dipuji melainkan Allah. 4

5 Satu-satunya yang berkuasa ialah Allah, tetapi kita asyik nampak kuasa makhluk. Padahal semua itu adalah dengan kuasa Allah. Tidak ada Yang Berkuasa selain Allah. Satu-satunya yang ada ilmu ialah Allah, tetapi kita asyik nampak makhluk yang berilmu. Padahal kesemua ilmu itu adalah dengan ilmunya. Tidak ada Yang Berilmu selain Allah. Satu-satunya yang ada kebesaran ialah Allah, tetapi kita asyik ternampak kebesaran makhluk. Padahal kesemua kebesaran yang ada adalah kebesaran Allah. Tidak ada Yang Besar melainkan Allah. Sesiapa yang mengenal Tuhannya, nescaya binasa dirinya. Apakah maksud binasa itu? Antara maksudnya ialah : Terhapus lenyap segala pekerjaan makhluk, yang ada hanyalah pekerjaan Allah semata-mata. Terhapus lenyap segala sifat-sifat makhluk, yang ada hanyalah sifat-sifat Allah. Terhapus lenyap segala kuasa, kehendak, kecantikan, kebesaran, penglihatan, pendengaran, pengetahuan dan lain-lain, manakala yang ada hanyalah kuasa, kehendak, kecantikan, kebesaran, penglihatan, pendengaran, dan pengetahuan Allah sahaja. Jadi kesimpulannya, yang sebenar-benar ada hanyalah Allah. Yang sebenar-benar wujud hanyalah Allah. Ringkasnya, dari segi hakikat disebut : Yang ada hanyalah Allah. Yang wujud hanyalah Allah. *Bahagian imbasan ini hanyalah RINGKASAN kepada kuliah-kuliah sebelum ini. Untuk mendapatkan huraian sepenuhnya, mestilah dengan mengikuti /menonton/mendengar kuliah-kuliah sebelumnya. Orang yang pertama kali membaca/menonton/mendengar, jangan berpada dengan imbasan ini sahaja. 5

6 TAMBAHAN ILMU UNTUK MALAM INI (ms 470) Maka ketahuilah, bahawa jalan yang tertinggi ialah penyaksian dengan kebenaran Allah SWT di atas semua makhluk. Dan itu sukar. Dan membicarakannya adalah di luar batas pemahaman kebanyakan manusia. Maka tiada faedah mengemukakannya dalam kitab-kitab. Ada pun jalan yang termudah dan terdekat adalah kebanyakannya di luar batas pemahaman. Bahawa singkatnya pemahaman daripadanya itu kerana berpalingnya pemahaman-pemahaman itu daripada tadabbur dan sibuknya dengan nafsu keinginan duniawi dan keuntungan2 diri. Dan yang mencegah daripada menyebutkan ini ialah keluasannya dan banyaknya. Dan bercabang-cabang babnya yang keluar dari hinggaan dan kesudahan. Kerana tidak dari satu atom pun dari langit yang tertinggi sampai kepada sempadan bumi, melainkan ada padanya tanda-tanda keajaiban yang menunjukkan kepada kesempurnaan qudrah Allah Taala, kesempurnaan hikmahnya, kesudahan keagungan dan kebesarannya. Dan yang demikian itu termasuk yang tidak berkesudahan. Katakan : Kalau kiranya lautan (menjadi ) tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, nescaya lautan itu menjadi kering sebelum habis perkataan2 Tuhanku. (Al-Kahfi : 109) Terjun ke dalamnya ialah terbenam dalam lautan ilmu mukasyafah. Tidak mungkin bahawa berbudi pekerti seperti anak kecil, di atas ilmu mua amalah. Akan tetapi mungkin dirumuskan kepada suatu contoh, secara ringkas, supaya terjadilah perhatian bagi yang sejenisnya. 6

7 (ms 471) Maka kami mengatakan : Yang termudah dari dua jalan itu ialah memperhatikan kepada af al (perbuatan). Maka marilah kita memperkatakan tentang af al itu. Dan marilah kita tinggalkan yang tertinggi. Kemudian, af al ketuhanan itu banyak. Maka marilah kita mencari yang tersedikit, yang paling tidak berbilang dan yang paling kecil. Dan marilah kita perhatikan pada yang ajaib-ajaib daripadanya. Yang tersedikit dari segala makhluk ialah bumi dan apa yang di atas bumi. Yakni dibandingkan kepada para malaikat dan kerajaan langit. Maka anda, jikalau anda memandang padanya dari segi tubuh dan besar pada diri, maka matahari, menurut yang anda lihat, dari kecil bentuknya, adalah seperti bumi 160 kali lebih. Maka perhatikanlah kepada kecilnya bumi, dengan dibandingkan kepadanya. Kemudian perhatikanlah kepada kecilnya matahari, dengan dibandingkan kepada falaknya yang dipusatkan kepadanya. Maka tiadalah perbandingan baginya kepada falak itu. Dan matahari itu pada langit ke-4. Dan langit ke-4 itu kecil, dibandingkan kepada langit ke-7 yang di atasnya. Kemudian langit ke-7 itu pada Al-Kursi adalah seperti anting-anting yang dicampakkan pada padang bala tentera. Dan Al-Kursi pada Al- Arasy seperti demikian juga. Ini adalah pemandangan kepada zahiriyyah diri dari yang tersebut itu, dari segi taksiran. Alangkah tidak terhitungnya bumi seluruhnya 7

8 dibandingkan kepada itu. Bahkan alangkah kecilnya bumi, dibandingkan kepada lautan. Kebenaran ini dapat diketahui dengan penyaksian dan percubaan. Dan diketahui, bahawa yang tampak pada bumi, di permukaan air, adalah seperti pulau kecil, dibandingkan kepada seluruh bumi. Kemudian perhatikanlah kepada anak Adam yang dijadikan dari tanah, yang dia itu sebahagian dari bumi dan kepada haiwan-haiwan lainnya. Bersambung. Insya-Allah. PEMBERITAHUAN *Nota-nota kuliah untuk hadirin ini, walau sebanyak mana pun ilmu-ilmu agama di dalam dada, jangan dibaca dan cuba difaham begitu sahaja tanpa mengikuti/mendengar/menonton syarahannya, lebih-lebih lagi pada kalamkalam Imam Al-Ghazali sendiri. Jika tidak, kebarangkalian untuk tidak faham atau salah faham memang tinggi. Berhati-hati dan selamat mengambil manfaat. *Sekiranya anda mahu print nota-nota kuliah Kitab Cinta dari internet, paparan terbaik adalah dalam bentuk booklet. Pergi ke Printer Properties - Page Setup - Page Layout - dan pilih Booklet - Ok - Print. *Semua 162 kali kuliah kitab Ihya Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh diulangulang dengar/tonton rakamannya di Youtube. Tuliskan syarah ihya atau kitab cinta ihya pada carian Youtube. Selamat mengambil manfaat. 8

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI Proses-proses yang kita lalui dalam tarbiyyah kerohanian ini Rezeki kita dalam ilmu ketuhanan ini umumnya berbeza-beza. Umumnya terdapat tiga proses besar dalam perjalanan

Lebih terperinci

IMBASAN KULIAH SEBELUM INI

IMBASAN KULIAH SEBELUM INI IMBASAN KULIAH SEBELUM INI Tiga Peringkat Perjalanan Seseorang Salik i. Peringkat permulaan. ii. Peringkat perjalanan. iii. Peringkat kesudahan. Kedekatan Murid dan Mursyid Murid dan mursyid (guru) bolehlah

Lebih terperinci

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf. DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA Mencintai Allah Taala itu disepakati wajibnya. Tak kenal, maka tak cinta. Setelah kenal, barulah ada rasa nak cinta. Umumnya kenal itu pelajaran

Lebih terperinci

KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA

KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA KITAB KASIH SAYANG, RINDU, JINAK HATI DAN REDHA Di manakah kedudukan Kitab Cinta dalam kitab Ihya Ulumuddin ini? - Kitab Ihya terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. - Kitab pertama ialah Kitab Ilmu. Kitab

Lebih terperinci

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih Hakikat Membaca Salam, Dalam artikel GKS 1.1 bertajuk Baca, kita telah difahamkan bahawa membaca adalah suatu aktiviti yang sangat-sangat digalakkan dan ia

Lebih terperinci

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara, menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pehak gereja

Lebih terperinci

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI Mengapa kita pilih Kitab Cinta? 1. Kerana kita sudah khatam dua kitab utama iaitu Kitab Ilmu dan Kitab Tauhid, maka selepas itu kita bolehlah melalui mana-mana kitab seterusnya.

Lebih terperinci

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah ASAS-ASAS ISLAM Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah Agama lain Nama seseorang/umat Agama Masehi (Al-Maseh) Agama Budha (Gautama) Zarathustra (Zarathustra)

Lebih terperinci

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab terakhir ini mengandungi dua bahagian utama iaitu rumusan dan cadangan. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta penting

Lebih terperinci

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu,

Lebih terperinci

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat, BAB PERTAMA PENGENALAN 1. 0 PENDAHULUAN Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat, jumlat fi liyyat dan syibh al-jumlat. Ada dua unsur penting dalam pembentukan jumlat

Lebih terperinci

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?...2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati 6 #2 Tahu Sebab Baca Al- Quran 7 #3 Baca Dalam Solat.8

Lebih terperinci

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 413 Psikologi Pembangunan Islam Membahas tentang manusia kerangka konsep yang benar-benar dibangun dengan semangat Islam dan bersandarkan pada sumber al-qur an

Lebih terperinci

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut Bab Kelima PENUTUP 1. KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang

Lebih terperinci

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Kitab Penawar Bagi Hati (Tasawuf)..bhgn 1 Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili) Seulas Pinang Daripada Penulis Kitab ini Segala pujian hanya layak kepada

Lebih terperinci

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD KARANGAN EKSPOSITORI mohamed naim daipi KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD 2 Azhar Hamid (2001) Menulis merupakan satu proses yang dinamik. ik Menulis melibatkan kemahiran menaakul, membaca,

Lebih terperinci

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh: Penjamin PINJAMAN ANDA Penjamin Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Apakah jaminan? Siapakah yang boleh jadi penjamin? 3 Hak-hak seorang penjamin 4 Liabiliti seorang penjamin 5 Nasihat

Lebih terperinci

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM, TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA PERASMIAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KUKUM DI KAMPUS KUKUM KUBANG GAJAH, ARAU PADA 2 NOVEMBER 2004. BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA OBJEKTIF Membincangkan peranan manusia dan faktor kemuliaannya. Menjelaskan matlamat penciptaan manusia. Membincangkan etika dan nilai manusia

Lebih terperinci

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu

Lebih terperinci

ILMU PERTANDA Oleh Nurcholish Madjid

ILMU PERTANDA Oleh Nurcholish Madjid c Demokrasi Lewat Bacaan d ILMU PERTANDA Oleh Nurcholish Madjid Dalam zaman azali, Allah menyatakan Adam scbagai khalifah-nya di bumi. Hal itu diprotes oleh para malaikat yang selalu bertasbih dengan memanjatkan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER PEPERKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : PENGAJAN SLAM KOD KURSUS : MPW 1143 TEMPOH : 2 JAM ARAHAN KEPADA CALON PEPERKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi DUA(2) BAHAGAN: BAHAGAN A (Aneka Pilihan) BAHAGAN

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

RANGKUMAN MATERI. Iman Kepada Allah SWt

RANGKUMAN MATERI. Iman Kepada Allah SWt 1. Menjelaskan pengertian iman kepada Allah. 2. Menyebutkan tanda-tanda adanya Allah melalui fenomena alam semesta. 3. Menyebutkan tanda-tanda adanya Allah melalui ciptaan-ciptaan-nya. 4. Menyebutkan tanda-tanda

Lebih terperinci

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia) TANGGA DAN SUNGAI Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia) Saya sedang berbaring di atas katil, dan di kaki suami saya dan kaki saya, adalah tiga

Lebih terperinci

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-nya dan meminta pertolongan daripada-nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini

Lebih terperinci

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Pengenalan BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk,

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. (Surah al-mukminun : 1-3) b) Firman Allah swt. (Surah al-an

Lebih terperinci

yuslimu-islaman. Bukti ketundukan kepada Allah SWT itu harus dinyatakan dengan syahadat sebagai sebuah pengakuan dalam diri secara sadar akan

yuslimu-islaman. Bukti ketundukan kepada Allah SWT itu harus dinyatakan dengan syahadat sebagai sebuah pengakuan dalam diri secara sadar akan HADITS KEDUA 4 Arti Hadits / : Dari Umar r.a. juga dia berkata : Ketika kami dudukduduk di sisi Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju

Lebih terperinci

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa Allah s.w.t. menurunkan kitab kepada beberapa utusannya. Memahami tujuan kitab diturunkan. Keistimewaan al-quran. Beriman kepada Allah: Ertinya: percaya sepenuh hati bahawa

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini. - Berbicara tentang solat, ada banyak cara untuk mencapai solat yang khusyuk, tapi saranan saya, tak perlu banyak tips atau petua untuk mencapai solat yang lebih khusyu. Tak perlu berlembar-lembar atau

Lebih terperinci

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1 1 2 BAB 2 MANUSIA DAN AGAMA Pendahuluan Definisi agama Keperluan manusia kepada agama Agama samawi dan agama budaya Agama samawi dan kitab-kitab suci Kesimpulan Maruwiah Ahmat IDA 102 MANUSIA DAN AGAMA

Lebih terperinci

DIMIN BANSAI MENJADI PENYEMBAH SEJATI. Penerbit DIMIN BANSAI 2

DIMIN BANSAI MENJADI PENYEMBAH SEJATI. Penerbit DIMIN BANSAI 2 DIMIN BANSAI MENJADI PENYEMBAH SEJATI Penerbit DIMIN BANSAI 2 MENJADI PENYEMBAH SEJATI Oleh: Dimin Bansai Copyright 2010 by Dimin Bansai Penerbit Dimin Bansai Leeming77@yahoo.com Diterbitkan melalui: www.nulisbuku.com

Lebih terperinci

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan BAB KEENAM PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan antara pendidikan yang dijalankan oleh intitusi formal dan pendidikan yang dianjurkan oleh

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit SULIT SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 Tasawwur Islam Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam 5226/2 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 Dua jam tiga puluh

Lebih terperinci

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda. SOALAN ESEI (10 MARKAH) BAB 1 : ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS 1. Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah Ta ala dan melakukannya secara tekun dan terbaik.

Lebih terperinci

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran) Surah Al- Alaq, ayat 1-5 Surah Al-Fatihah Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran) Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4 Bismillah 1. Ayat 1-5, Surah Al- Alaq (Paling Rajih) i. Berdasarkan hadis Aisyah yang diriwayatkan

Lebih terperinci

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH RABBANIYYAH RABBANIYYAH Bermaksud KETUHANAN Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu dari al-quran dan Hadits. Dr. Abd Kurem Zaidan: sifat

Lebih terperinci

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini Sedarkah anda bahawa kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah terhadap maksud rumah mampu milik sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa hartanah

Lebih terperinci

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM KOD KURSUS : CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM TA ARUF SILIBUS KURSUS RANCANGAN PENGKULIAHAN SEPANJANG SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2007 SKIMA PEMARKAHAN CTU 211 ESSEI = 15% PEMBENTANGAN = 10 % UJIAN = 15 %

Lebih terperinci

Ebook Teknik Baca Cepat

Ebook Teknik Baca Cepat Ebook Teknik Baca Cepat 4 Teknik Yang Akan Meningkatkan 33% Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) Pengenalan 2 Bagaimana Otak Kita Bekerja Ketika Membaca. Jika kanak-kanak ditanya, adakah mereka berminat

Lebih terperinci

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di pembahasan Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini adalah pembahasan #42 tentang Wahyu, pasal

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:94 8 12:94, bagaimana Yakub boleh hidu aroma Yusuf? sekali lagi, sains atau mukjizat? 12:97 8 kelebihan

Lebih terperinci

KEBERPALINGAN MANUSIA DARI KEBENARAN YANG HAKIKI

KEBERPALINGAN MANUSIA DARI KEBENARAN YANG HAKIKI KEBERPALINGAN MANUSIA DARI KEBENARAN YANG HAKIKI OLEH; L U B I S 0088 03 24 2009 Dibuat untuk memenuhi salah satu tugas mata kuliah Tafsir Program pasca sarajana Universitas Muslim Indonesia Makassar PROGRAM

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH DI DEWAN BESAR UPM SERDANG AHAD, 15 JUN 2014 JAM 8.20PM BISMILLAH HIRRAHMA

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir BAB V PENUTUP 5.1 Pendahuluan Setelah melakukan peneletian kepada semua objektif kajian yang utamanya ialah menganalisis dan membandingkan metode penulisan Hadith antara M.Q. Shihab pada Surah al-baqarah

Lebih terperinci

MENGATASI KEMURUNGAN DAN MENERIMA KEDAMAIAN & SUKACITA

MENGATASI KEMURUNGAN DAN MENERIMA KEDAMAIAN & SUKACITA MENGATASI KEMURUNGAN DAN MENERIMA KEDAMAIAN & SUKACITA 1. TUHAN YESUS, di dalam Matius 6:33, Roma 14:17 dan Markus 16: 17 Engkau perintahkan (mengarahkan) kepadaku untuk mencari Kerajaan Tuhan iaitu kebenaran,

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 14 KONSEP ETIKA DAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: FATIMAH BINTI HUSSIN A 144901 DISEDIAKAN

Lebih terperinci

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. Janji YESUS KRISTUS 1. Wahyu 21:4 Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu

Lebih terperinci

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H Program Cinta Ilmu 27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H AJARAN SESAT Bahagian Hal Ehwal Islam Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi

Lebih terperinci

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam UCAPAN ENCIK ZAQY MOHAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA PENGANJUR BULAN BAHASA 2012 DAN JUGA ANGGOTA PARLIMEN GRC CHOA CHU KANG DI MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA 2012, 1 JULAI 2012, 2.00 PETANG DI THE PLAZA,

Lebih terperinci

ZAARI BIN MOHAMAD HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA BUMI DAN ANGKASA A. PENDAHULUAN

ZAARI BIN MOHAMAD HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA BUMI DAN ANGKASA A. PENDAHULUAN BUMI DAN ANGKASA A. PENDAHULUAN Seperti yang kita ketahui, selain planet bumi, di alam semesta terdapat banyak lagi benda-benda lain di langit. Kenampakan objek-objek samawi lain di langit yang umumnya

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan BAB 5 KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Bab kelima ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan al-marbawi

Lebih terperinci

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1 REFLEKSI Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan projek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU3105 tepat pada masanya. Saya juga berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan hampir 85%

Lebih terperinci

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #9 oleh Chris McCann

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #9 oleh Chris McCann Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #9 oleh Chris McCann Selamat malam dan selamat datang di pembahasan Alkitab EBible Fellowship dalam Kitab Wahyu. Malam ini adalah pembahasan #9 tentang Wahyu, pasal

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK213 PSIKOLOGI ISLAM & BARAT -Pengaruh konsep kebendaan dan budaya hawa nafsu terhadap insan -Isu-isu dalam psikologi moden (Minggu 5- Akhir) Pensyarah: Ustazah Dr

Lebih terperinci

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Insan Di Bawah Cahaya Ilahi Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita l-hasan meriwayatkan, bahawa

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) SINOPSIS - Modul

Lebih terperinci

NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Cetakan Pertama Sya ban 1424 / Oktober 2003 hakcipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk

Lebih terperinci

IMAN Siapa yang Anda Percaya

IMAN Siapa yang Anda Percaya 12 IMAN Siapa yang Anda Percaya Setakat ini, dalam beberapa bab mengenai konsep iman, kita telah pertimbangkan alasan-alasannya kita dijemput untuk percaya kepada fakta bahawa Yesus itu Kristus, Anak Allah.

Lebih terperinci

Syiah meyakini adanya dua belas imam yang menjadi penerus. kenabian. Bagi syiah, masalah imamah sudah tidak bisa ditawar lagi,

Syiah meyakini adanya dua belas imam yang menjadi penerus. kenabian. Bagi syiah, masalah imamah sudah tidak bisa ditawar lagi, Lisensi Dokumen: Seluruh artikel, makalah, dan e-book yang terdapat di www.hakekat.com boleh untuk digunakan dan disebarluaskan dengan syarat tidak untuk tujuan komersial dan harus mencantumkan www.hakekat.com

Lebih terperinci

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013 LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013 Masa: 2 jam ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan

Lebih terperinci

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia? 2 SULIT 5226/ ahagian [20 markah] al-zim al-hakim al-karim al-muntaqim Nama-nama di atas merujuk uluhiyyah rububiyyah asmaul husna asma wa sifat 2 Menurut al-quran, kejadian manusia bermula daripada penciptaan

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Tan Sri Syaikh Ismail bin Muhammad JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

???????????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

???????????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????. Tawakal Kepada Allah Khutbah Pertama:???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.???????????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Lebih terperinci

God s Divine Favor #1 Anugerah Tuhan yang Ajaib #1 DIVINE PROMOTION - PROMOSI ILAHI

God s Divine Favor #1 Anugerah Tuhan yang Ajaib #1 DIVINE PROMOTION - PROMOSI ILAHI God s Divine Favor #1 Anugerah Tuhan yang Ajaib #1 DIVINE PROMOTION - PROMOSI ILAHI PEMBUKAAN: Hari ini kita akan masuk dalam sebuah seri kotbah Natal berjudul God s Divine Favor atau Anugerah Tuhan yang

Lebih terperinci

Seri Iman Kristen (1/10)

Seri Iman Kristen (1/10) Seri Iman Kristen (1/10) Nama Kursus : DASAR-DASAR IMAN KRISTEN Nama Pelajaran : Penciptaan Alam Semesta Kode Pelajaran : DIK-P01 Pelajaran 01 - PENCIPTAAN ALAM SEMESTA DAFTAR ISI Teks Alkitab Ayat Kunci

Lebih terperinci

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya; SOLAT DHUHA Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah

Lebih terperinci

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. BAB 7: ETIKA BUDDHA Agama Buddha i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. ii. Ia menolak sistem Veda serta sistem

Lebih terperinci

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor, Tuan-tuan dan puan-puan

Lebih terperinci

Sayyid Abu al-a la Al-Maududi. Apa Ertinya Anda Seorang MUSLIM..?

Sayyid Abu al-a la Al-Maududi. Apa Ertinya Anda Seorang MUSLIM..? Sayyid Abu al-a la Al-Maududi Apa Ertinya Anda Seorang MUSLIM..? APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM?? Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan

LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan 217 218 LAMPIRAN B: Set Protokol Temu bual a) Set Protokol Temu bual Murid 1. Boleh adik perkenalkan diri adik? Nama siapa? Tingkatan apa? Cita-cita apa?

Lebih terperinci

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID? BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID? Rasa-rasanya, ilmu tajwid sukar atau mudah? Mungkin ramai yang rasa ia sukar. Tetapi ramai juga yang merasakan, ilmu tajwid mudah. Ia bergantung kepada tahap

Lebih terperinci

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin Objektif Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. Menyatakan

Lebih terperinci

God s Divine Favor #2 Anugerah Tuhan yang Ajaib #2 DIVINE PROMISES - JANJI YANG AJAIB

God s Divine Favor #2 Anugerah Tuhan yang Ajaib #2 DIVINE PROMISES - JANJI YANG AJAIB God s Divine Favor #2 Anugerah Tuhan yang Ajaib #2 DIVINE PROMISES - JANJI YANG AJAIB PEMBUKAAN: Hari ini kita akan melanjutkan seri kotbah Natal berjudul God s Divine Favor atau Anugerah Tuhan yang Ajaib.

Lebih terperinci

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH DENGAN AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI DALAM DALAM Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak DENGAN DALAM DALAM LIHAT DAN FIKIRKAN??? MANAKAH YANG LEBIH UTAMA? ANTARA PERKARA-PERKARA?

Lebih terperinci

Insakh Pan Dukka. Faran bin Yusoff. Kota Bharu Kelantan Darul Naim

Insakh Pan Dukka. Faran bin Yusoff. Kota Bharu Kelantan Darul Naim 1 Insakh Pan Dukka Faran bin Yusoff Kota Bharu Kelantan Darul Naim 2 Jari Cahaya Tok Minda Sukma Adi Perwira.. Itulah nama si anak kecil yang sedang duduk mengadap Tok Minda, si penjaga balai. Amat molek

Lebih terperinci

Injil Maria Magdalena. (The Gospel of Mary)

Injil Maria Magdalena. (The Gospel of Mary) Injil Maria Magdalena (The Gospel of Mary) Para Murid Berbincang-bincang dengan Guru Mereka, Sang Juruselamat Apakah segala sesuatu akan hancur? Sang Juruselamat berkata, Segenap alam, segala hal yang

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel. Latihan 1

Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel. Latihan 1 Pengenalan Pengurusan Data Kajian Dengan Menggunakan Microsoft Excel Latihan 1 Terdapat pelbagai perisian yang dapat membantu anda dalam menguruskan data anda. Bagi tahun pelajar tahun 2, anda tidak akan

Lebih terperinci

Siapakah Yesus Kristus? (2/6)

Siapakah Yesus Kristus? (2/6) Siapakah Yesus Kristus? (2/6) Nama Kursus : SIAPAKAH YESUS KRISTUS? Nama Pelajaran : Yesus adalah Firman Allah dan Anak Allah Kode Pelajaran : SYK-P02 Pelajaran 02 - YESUS ADALAH FIRMAN ALLAH DAN ANAK

Lebih terperinci

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24]

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24] Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi [CB30] Rencana Keselamatan Tuhan [CB24] (Edisi 1.0 20020701-22020701) Anak-anak selalunya mempunyai banyak pertanyaan mengenai Tuhan serta rencananya untuk kita. Karya ini

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

Diri manusia merupakan alam Akbar (besar). Sedangkan langit dan bumi merupakan alam Asghar (kecil).

Diri manusia merupakan alam Akbar (besar). Sedangkan langit dan bumi merupakan alam Asghar (kecil). Allah telah menciptakan anggota tubuh keturunan Adam dengan tujuh (anggota) yaitu : Kedua tangan, kedua kaki, kedua lutut, dan wajah kesemuanya adalah anggota tubuh yang digunakan untuk bersujud. Sebagian

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian BAB V PENUTUP Bab lima ini merupakan penutup daripada isi kandungan keseluruhan perbahasan disertasi ini. Oleh itu, pada bab yang terakhir ini penulis dapat menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa

Lebih terperinci

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5 Lailatul Qadar Surah Al Qadr 97 : 1-5 }1{ }2{ إ ن ا أ ن ز ل ن اه ف ي ل ي ل ة ال ق د ر و م ا أ د ر اك م ا ل ي ل ة ال ق د ر ل ي ل ة ال ق د ر خ ي ر م ن أ ل ف ش ه ر }3{ ت ن ز ل ال م ل ئ ك ة و الر وح ف يه ا

Lebih terperinci

QADHA DAN QADAR Percaya kepada Qadha dan Qadar itu adalah salah satu daripada rukun iman, iaitu rukun iman yang keenam dan terakhir. Qadar ialah penetapan Allah berlakunya sesuatu pada makhluknya atau

Lebih terperinci