tahu sebelum membaca e-book ini

dokumen-dokumen yang mirip
Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

3 Tips Pemilihan Coklat Yang Baik

B U K U R E S E P I R E S E P I K E K T E R L A R I S

TIPS MEMBUAT CHEESECAKE

Cream & Frosting Recipe.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Inspirasi Coklat yang Tiada Henti

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

Pilih jawapan yang betul dengan membulatkan sama ada A, B, C atau D.

POTENSI BISNES KUIH RAYA DAN SATU RESIPI LENGKAP KUIH RAYA POPULAR

WALAUBAGAIMANAPUN, IA MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK PIHAK ADMIN MASUKKAN KESEMUA RESEPI DI WEBLOG TERSEBUT.

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

[Rahsia Bisnes Printing] RAHSIA BISNES PRINTING Kini Peluang Anda Untuk Menjadi BOSS Besar Syarikat Printing!

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1

Wang Besar Melalui Pelaburan Hartanah Hak cipta Terpelihara 2012 Rohaniah Noor 1

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

40 PrOsPEK hartanah malaysia

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan. Legal Notice

2. Siapa yang terlibat dalam kajian ini? Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2017.

Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin Suhadak.

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Program Dengue Patrol 2017

Kemahiran dalam pembinaan jenama Apabila membentangkan profil adik-beradik Chong, terdapat banyak Rekod Malaysia dimana ia memberikan impresi yang

Model Pengurusan Strategik

Unit 5 Pendekatan Tematik

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

DAPUR PILIHAN teres. dapur impiana Inovasi Dapur Terkini

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

KATERING DAN PENYAJIAN

TIPS & HELAH UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

PERKONGSIAN ILMU HANYA BOLEH DIDAPATI DI. Discover Your Potential

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Peperiksaan Penguasa Kastam

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

The Death of Internet Marketing

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA

Latihan Peperiksaan 1

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh:

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

MODUL 4 BREAK-EVEN CALCULATION

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Soalan SPM Percubaan Negeri Tingkatan 4 Bab 2: Unsur Perdagangan

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda?

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

Program Dengue Patrol 2018

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Kek Kukus Coklat Berganda

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

HOME MADE CAKE & BISCUIT (RAYA 2009) KEK LAPIS & BISKUT HJH. MIDAH 7 x 7 ( 1.2 kg) Bahan Utama: Mentega, Susu, Kaya, Telur

Polisi Privasi. Pengenalan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

Inovasi dan Perubahan

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Berapa botol air minumankah yang diterima oleh setiap pasar raya?

8 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

PERNIAGAAN DAN KEUSHAWANAN TING 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

DARI MEJA EDITOR BUKURESEPI.COM ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2


GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN Tugasan Individu Membuat BINGKAI GAMBAR

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

2. KESAHAN MATA GANJARAN


Transkripsi:

Isi Kandungan Tajuk Muka Surat Disclaimer 3 Penghargaan 4 Pengenalan 5 Cara mencairkan coklat Couverture 6 Cara membuat coklat berwarna-warni 12 Cara Membuat Coklat Oreo 16 Cara Membuat Lolichoc 21 Idea kejayaan perniagaan Handmade Chocolate 25

Disclaimer Untuk pengetahuan anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. E-book ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan teknik teknik yang betul dan mudah untuk membuat Handmade Chocolate. E-book ini akan mendedahkan beberapa teknik pemasaran khusus kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan Handmade Chocolate. Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membaca e-book ini Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana mana bahagian didalam e-book ini. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana mana pihak tanpa melalui laman web http://www.gurucoklat.com Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.

Penghargaan E-book Cara Membuat Handmade Chocolate ( Couverture ) ini didedikasikan khusus kepada : Semua yang berminat untuk mempelajari Cara Membuat Handmade Chocolate. Semua usahawan yang ingin melakukan perniagaan Handmade Chocolate. Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Rakan rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan semangat untuk meneruskan pembuatan e-book ini. Rakan perniagaan yang banyak membantu dalam mempromosikan e-book ini.

Pengenalan Coklat Couverture ialah coklat yang diperbuat daripada Mass Cocoa dan lemak koko. Coklat Couverture juga dikenali sebagai coklat tulen. Kualiti coklat Couverture lebih bermutu tinggi jika dibandingkan dengan coklat Compound. Kebanyakan kompani coklat yang besar seperti pengeluar coklat Cadbury, Ferrero Rocher dan Hershey menggunakan coklat Couverture. Ciri ciri coklat Couverture yang kebiasaannya disukai oleh peminat coklat ialah : 1. Rasa yang lebih sedap berbanding coklat Compound. 2. Tidak rasa kehausan apabila dimakan. 3. Mudah cair apabila berada didalam mulut. Coklat Couverture kebiasaannya digunakan oleh golongan professional. Pelbagai masalah akan dihadapi oleh pembuat coklat yang masih baru. Masalah yang kerap dihadapi ialah coklat mudah cair dan tidak stabil pada suhu bilik. Masalah tersebut berlaku kerana pembuat coklat yang baru melakukan kesalahan dalam proses Tempering (Penyepuhan Coklat). Tidak seperti coklat Compound, coklat Couverture perlu melakukan proses Tempering dalam proses mencairkan coklat. Proses Tempering dilakukan dengan menyejukkan coklat Couverture yang cair kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula suhu coklat tersebut. Proses Tempering perlu dilakukan untuk menstabilkan lemak koko yang terkandung didalam coklat Couverture.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, coklat Couverture perlu melalui proses Tempering dalam proses mencairkan coklat. Sebelum melakukan proses tersebut, anda perlu mengetahui suhu stabil untuk setiap jenis coklat. Jenis Coklat Coklat Susu (Milk Chocolate) dan Coklat Putih (White Chocolate) Coklat Gelap (Dark Chocolate) Suhu Stabil 27 o C 28 o C 30 o C 31 o C Dalam proses Tempering ini, anda perlu menyukat suhu coklat dengan menggunakan Thermometer. Peringatan : Semasa proses mencairkan coklat Couverture, anda dinasihatkan untuk memotong coklat Couverture kepada kepingan kecil dahulu supaya coklat mudah dicairkan dan tiada berlaku konflik dalam mendapatkan suhu stabil bagi coklat tersebut.

Bahan bahan yang diperlukan untuk mencairkan coklat Couverture : 1. Coklat Couverture (Untuk latihan, anda boleh menggunakan coklat Cadbury Dairy Milk.(Coklat Cadbury yang tidak mempunyai apa apa inti didalamnya. ) ) 2. Periuk Aluminium 3. Flask Air 4. Spatula 5. Air panas (Sekitar 65 o C 70 o C) 6. Pisau 7. Thermometer Cara mencairkan coklat Couverture adalah seperti berikut : 1. Potong coklat Couverture kepada 2 bahagian (Lebih kurang ½ setiap bahagian. )

2. Masukkan satu bahagian coklat kedalam periuk aluminium yang telah diletakkan di atas flask air yang mengandungi air panas. 3. Kacau coklat tersebut sehingga cair. 4. Setelah cair, angkat periuk aluminium tersebut dari flask air. (Semasa mengangkat periuk aluminium tersebut, lap bahagian bawah periuk aluminium tersebut untuk mengelakkan kawasan membuat coklat dicemari air.)

5. Masukkan sebahagian coklat yang lebih tadi kedalam coklat yang telah dicairkan. Kemudian kacau sehingga keseluruhan coklat menjadi cair dan mencapai suhu stabil bagi coklat tersebut. (Tips : Jika semasa anda melakukan langkah ini, coklat yang bahagian selebihnya tidak sempat cair keseluruhan dan anda merasakan coklat semakin keras dan meliat, letakkan semula diatas flask yang mengandungi air panas. Kacau sehingga kurang liat coklat. Kemudian, alihkan semula dari flask air dan kacau coklat tersebut sehingga cair.)

6. Selesai proses mencairkan coklat Couverture.

Asas untuk membuat coklat yang berwarna warni ialah dengan mewarnakan coklat putih yang dicairkan dengan pewarna yang diingini. Pewarna yang digunakan terdiri daripada jenis serbuk atau minyak. Saya lebih menggalakkan anda menggunakan pewarna jenis minyak kerana ianya lebih mudah disekatakan bersama coklat putih. Idea dekorasi bagi coklat yang berwarna warni, contoh jika anda menggunakan acuan bunga mawar seperti gambar diatas, anda boleh menjadikan coklat tersebut seperti sejambak bunga mawar iaitu dengan menjadikan coklat tersebut seperti coklat Lolichoc dan kemudiannya dicucuk diatas polistrin yang tebal dan dikumpulkan sehingga menjadi sejambak bunga mawar. Coklat berwarna warni sesuai dijadikan hantaran pertunangan/perkahwinan dan Door Give untuk pelbagai majlis. Teknik yang digunakan untuk membuat coklat yang berwarna warni boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Berwarna warni : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan 2. Coklat putih yang telah dicairkan 3. Pewarna (Serbuk/Minyak) 4. Acuan coklat 5. Perata 6. Sudu 7. Peti sejuk Cara membuat coklat Berwarna-warni adalah seperti berikut : 1. Masukkan beberapa titis pewarna yang anda inginkan kedalam coklat putih yang telah dicairkan. 2. Kemudian, kacau coklat tersebut sehingga warna menjadi sekata.

3. Masukkan coklat yang telah diwarnakan kedalam acuan sehingga memenuhi ½ acuan. Hentak acuan tersebut sehingga coklat memenuhi keseluruhan acuan. 4. Sejukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk sehingga coklat tersebut menjadi sedikit keras. Kemudian, keluarkan dan penuhi ruangan acuan tersebut dengan coklat susu/gelap. 5. Hentakkan acuan dan ratakan coklat dipermukaan acuan dengan perata. 6. Selepas itu, sejukkan coklat selama ½ jam. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan acuan. Kemudian, hidangkan. 7. Selesai.

Coklat Oreo ialah sejenis coklat yang berintikan biskut Oreo. Coklat Oreo dapat dihasilkan dengan menyalut biskut Oreo dengan coklat susu/gelap. Acuan yang digunakan untuk membuat coklat Oreo ialah berbentuk bulat dan kebiasaannya boleh didapati di kedai kedai yang menjual peralatan membuat Handmade Chocolate. Idea dekorasi untuk coklat Oreo ialah dengan meletakkan coklat Oreo kedalam bekas yang hanya boleh dimuatkan untuk satu coklat Oreo sahaja. Kemudian, hiasi bekas tersebut dengan reben mengikut warna tema majlis. Coklat Oreo sesuai dijadikan Door Give untuk tetamu semasa majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Oreo boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Oreo : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan 2. Coklat putih yang telah dicairkan dan diwarnakan 3. Acuan coklat Oreo 4. Perata 5. Sudu 6. Piping bag 7. Peti sejuk Cara membuat coklat Oreo adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat putih yang telah diwarnakan kedalam piping bag dan potong hujung piping bag sehingga boleh mengeluarkan coklat seperti di dalam gambar. 2. Warnakan acuan seperti didalam gambar dengan warna yang anda inginkan.

3. Hentak acuan sehingga coklat memenuhi ruangan didalam acuan. 4. Masukkan biskut oreo kedalam acuan. 5. Masukkan coklat susu/dark sehingga memenuhi ruangan didalam acuan. Hentakkan acuan dan ratakan coklat di permukaan acuan dengan perata.

6. Sejukkan coklat selama ½ jam. Keluarkan coklat dari acuan dan sedia untuk dihidangkan.

Coklat Lolichoc ialah coklat yang diadaptasi dari gula gula lollipop iaitu dihasilkan bersama sama stik kayu/plastik. Perbezaan yang ketara antara Lolichoc dan lollipop ialah strukturnya yang mana Lolichoc berasaskan coklat manakala lollipop berasaskan gula gula. Cara penghasilan coklat Lolichoc juga amat mudah. Hanya perlu memenuhi coklat kedalam acuan Lolichoc dan menenggelamkan stik kedalam coklat sahaja. Coklat Lolichoc juga boleh menjadi lebih menarik jika diwarnakan. Untuk menghasilkan coklat Lolichoc yang berwarna warni, anda boleh menggunakan teknik yang digunakan dalam mewarnakan coklat Oreo iaitu dengan memasukkan coklat putih yang telah diwarnakan didalam piping bag dan mewarnakan acuan mengikut warna yang anda ingini. Coklat Lolichoc sesuai dijadikan Door Give untuk kanak kanak semasa majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Lolichoc boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Lolichoc : 1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan 2. Acuan Lolichoc 3. Perata 4. Sudu 5. Stik lolichoc/lolipop 6. Peti sejuk Cara membuat Lolichoc adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat susu/dark yang telah cair ke dalam acuan Lolichoc sehingga memenuhi acuan tersebut. Hentakkan acuan tersebut sehingga memenuhi ruangan acuan tersebut. 2. Letakkan stik lolichoc/lollipop diruangan stik di acuan lolichoc dan tenggelamkan stik tersebut kedalam coklat.

3. Sejukkan coklat tersebut dalam ½ jam. Kemudian, keluarkan coklat tersebut dari acuan dan sedia untuk dihidangkan.

Perniagaan Handmade Chocolate mungkin menjadi sumber pendapatan sampingan bagi segelintir rakyat Malaysia. Pesaingan perniagaan Handmade Chocolate di Malaysia juga semakin hari semakin sengit. Bagaimanakah caranya yang boleh anda lakukan untuk menyaingi pesaing pesaing anda? Jadi, dalam ebook ini, saya ingin memberi idea kepada anda cara untuk mengatasi pesaing pesaing Handmade Chocolate yang lain sekali gus melariskan jualan Handmade Chocolate anda berlipat kali ganda walaupun anda masih baru dalam perniagaan Handmade Chocolate. 1. Cipta Coklat Yang Unik Untuk merealisasikan idea ini, anda memerlukan daya pemikiran yang kreatif. Jika dilihat coklat coklat yang telah terkenal, semuanya ada keunikkannya tersendiri. Sebagai contoh, coklat Ferrero Rocher terkenal dengan coklatnya yang berbentuk bulat dan bersalut dengan coklat yang ditabur dengan badam yang telah dicincang halus. Coklat Cadbury pula terkenal dengan coklat berbentuk bar dan rasa coklat yang enak. Coklat Hershey s Kisses pula terkenal dengan coklat yang berbentuk kon kecil dan dibalut dengan kertas aluminium. Rasanya yang enak dan lembut juga adalah antara faktor penggemar coklat menyukainya.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan coklat yang unik? Dapatkan idea dari coklat coklat yang telah berada di pasaran. Sebagai contoh, coklat Cadbury. Coklat Cadbury tidak mempunyai coklat Praline yang berintikan strawberry dan blueberry. Jadi, idea disini anda cipta coklat yang mempunyai rasa ala ala coklat Cadbury kemudian masukkan inti strawberry/blueberry. Mungkin juga anda boleh buat coklat Praline yang mempunyai rasa seperti coklat Cadbury dan berintikan strawberry/blueberry tetapi mempunyai bentuk yang belum pernah dikeluarkan Cadbury seperti bentuk Hati dan sebagainya. Cara untuk dapatkan rasa coklat ala ala coklat Cadbury ialah dengan membeli coklat Cadbury sendiri. Beli coklat Cadbury Dairy Milk (Coklat yang tidak mempunyai apa apa inti.) kemudian cairkan dengan menggunakan teknik mencairkan coklat Couverture dan cipta coklat yang unik seperti idea yang saya berikan diatas. Buat coklat yang mempunyai bentuk yang belum pernah lagi ada orang menggunakannya seperti coklat berbentuk peralatan muzik, bunga yang unik (Seperti bunga Rafflesia dan Orkid), buah buahan tempatan dan sebagainya. Untuk merealisasikannya, anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mengupah orang membuat acuan sedemikian untuk anda.

2. Pilih 1 bentuk/corak sebagai Trademark untuk coklat jenama anda. Jika dilihat dari pengeluar coklat terkenal seperti pengeluar coklat Cadbury, Ferrero Rocher, Vochelle dan Kit Kat, semuanya mempunyai Trademark untuk coklat mereka sendiri. Teknik Trademark jika anda praktikkan, akan memberi peningkatan dalam penjualan coklat anda. Trademark juga akan membuat coklat anda terkenal dimata peminat coklat. Pastikan Trademark yang anda pilih ialah unik. Idea Trademark untuk coklat anda ialah memilih 1 bentuk/corak untuk jenama coklat anda. Jika anda pilih corak bunga sebagai Trademark coklat anda, hasilkan coklat yang mempunyai corak bunga yang berbeza beza. Setiap corak juga mempunyai rasa yang berbeza beza.

3. Buat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif untuk coklat anda. Jika anda pernah pergi ke Pulau Langkawi, mungkin anda pernah terbeli coklat yang mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif dengan harga RM10 tetapi mempunyai rasa yang kurang enak. Bayangkan dalam 1 hari ada 500 orang pengunjung unik yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan 50 orang membeli coklat tersebut dimana setiap seorang membeli 5 kotak coklat untuk diberikan kepada sanak saudara mereka. Berapa banyak keuntungan yang diperolehi pemilik coklat tersebut? Harga coklat : RM10 Pembeli 50 orang. Setiap seorang membeli 5 kotak coklat. 50 X 5 = 250 250 kotak coklat terjual dalam 1 hari. Pendapatan yang diperolehi pemilik coklat : 250 X RM10 = RM2500. Kemungkinan modal yang dikeluarkan : RM500. Keuntungan yang diperolehi pemilik coklat : RM2500 RM500 = RM2000.

RM2000 keuntungan yang diperolehi pemilik coklat dalam masa 1 hari dengan hanya menjual coklat yang mempunyai bungkusan/dekorasi coklat yang cantik dan eksklusif walaupun mempunyai rasa yang kurang enak. Cuba anda bayangkan jika coklat yang dijual pemilik coklat tersebut sedap dan mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif, pasti jualan coklatnya akan berlipat kali ganda.

Anda ada 2 tugasan perlu dilakukan untuk merealisasikan idea ini. 1. Membuat coklat yang sedap. Untuk tugasan ini saya anggapkan anda sudah selesaikan kerana coklat Couverture/Compound yang anda gunakan untuk membuat Handmade Chocolate sudah tentu coklat yang sedap. 2. Membuat Bungkusan/Dekorasi yang cantik dan eksklusif. Bagaimana cara untuk membuat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif? Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda perlu mempunyai sedikit kreativiti. Idea dekorasi untuk coklat anda, saya galakkan anda lihat coklat Ferrero Rocher. Coklat Ferrero Rocher dibalut dengan kertas aluminium berwarna emas. Kertas aluminium yang berwarna emas membuatkan coklat Ferrero Rocher nampak eksklusif. Anda boleh mengambil idea dekorasi coklat Ferrero Rocher iaitu membalut coklat anda dengan kertas aluminium berwarna emas. Bekas yang digunakan Ferrero Rocher juga ada pelbagai bentuk seperti segi empat, bujur dan bentuk hati. Ianya memudahkan pembeli untuk terus menjadikan coklat Ferrero Rocher tadi sebagai hadiah kepada yang tersayang

tanpa perlu membalut bekas coklat Ferrero Rocher dengan pembalut hadiah. Anda boleh mengambil idea dekorasi tersebut untuk diaplikasikan ke coklat jenama anda. Pesanan saya, jangan tiru bulat bulat dekorasi coklat Ferrero Rocher. Ubah suai sedikit supaya nampak lebih unik dan boleh dijadikan juga Trademark untuk coklat anda. Tambahan untuk Handmade Chocolate juga, kebiasaan pelanggan membuat tempahan untuk dijadikan hantaran dan door give. Untuk dijadikan coklat hantaran, mungkin anda harus pandai padankan dengan bunga bungaan dan manik manik. Kepada yang tidak pandai menghias coklat menjadi hantaran, mungkin anda boleh upah orang untuk membuat tugas berikut. Kemudian, tinggikan sedikit harga kepada pembeli. Asalkan tidak terlalu mahal dan tidak merugikan anda.