BAB I PENDAHULUAN. Insurans adalah institusi kewangan bukan bank yang memberikan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V PENUTUP. bertanggung jawab, saling bekerja sama dan saling melindungi dalam kegiatankegiatan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

BAB 19: HUTANG, INSURANS, DAN SAHAM

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB II KONSEP INSURANS SYARIAH (TAKAFUL) DAN AKAD MUD{A<RABAH. Kata insurans lebih dikenal sebagai ta min berbanding dengan takaful

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Akaun Pelaburan Wafiyah

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Zulkifli Hasan

ULASAN BUKU PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Akaun Semasa Mudarabah

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi akad mudarabah dalam operasi

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

Kearah Kefahaman Sistem Perbankan Islam di Bank Islam Malaysia Berhad

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

Akaun Pelaburan Waheed

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Polisi Privasi. Pengenalan

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. penyelidikan. Hasil kajian yang diperolehi juga sangat bergantung kepada metodologi

Takaful berkaitan pelaburan. Pengenalan

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM OPERASI KAD KREDIT ISLAM: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH AL-SYAFI I

NAMA PRODUK : AKAUN SIMPANAN MUAMALAT (WADI AH)-i MUAMALAT SAVING ACCOUNT (WADI AH)-i 1. PENGENALAN

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Transkripsi:

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian Insurans adalah institusi kewangan bukan bank yang memberikan perlindungan kepada pelanggan terhadap mana-mana bahaya (risiko) yang kemungkinan menimpa pada pelanggan setelah institusi insurans mendapatkan sejumlah wang (caruman) sebagai imbalan daripada risiko yang dihadapinya. 1 Di dalam perjanjian insurans terdapat dua pihak yang saling mengikatkan diri untuk menjadi penjamin dan orang yang dijamin dengan segala hak dan kewajipan yang berlaku atas mereka. Perjanjian insurans dapat diwujudkan oleh beberapa unsur yang melingkupinya iaitu peristiwa yang dilindungi, caruman insurans, dan peruntukan wang pampasan. Unsur yang pertama adalah peristiwa yang dilindungi dalam akad insurans. Ia adalah suatu peristiwa yang boleh wujud atau tidak wujud, Kewujudan peristiwa tersebut jauh daripada perbuatan yang disengaja oleh kedua belah pihak yang berakad. Unsur yang kedua adalah caruman insurans. Ia adalah sejumlah wang yang mesti dibayar pihak pelanggan kepada syarikat insurans. Unsur yang ketiga adalah peruntukan wang pampasan, Ia adalah sejumlah wang yang merupakan kewajipan syarikat insurans untuk diberikan kepada pelanggan sebagai pampasan bersesuaian dengan peristiwa yang dilindungi. 2 1 Lihat ulasan pendefinisan insurans yang diberikan oleh sarjana seperti Abdul Kadir Muhammad (1999), Hukum Asuransi Indonesia, Bandung: Citra Aditya Bakti, h. 6-7,lihat juga, R. Subekti, dan R. Tjitro Sudibio (1999), Kitab Undang-undang Hukum Perdata, Jakarta: Pradnya Pramita, h. 455. 2 Husai Hamid Hisan ( ), Asuransi dalam Hukum Islam: Tinjauan Atas Riba, Maisir, dan Gharara, Penterjemah: Aisyul Muzakki Ishak, Jakarta: CV. Firdaus, hh. -1. 1

Ketentuan di atas berlaku bagi mana-mana institusi insurans sama ada yang menjadikan prinsip syariah sebagai asas operasinya (takaful) mahupun insurans konvensional. Syarikat takaful dalam berakad mahupun dalam memenuhi dana pampasan senantiasa menghindari daripada unsur riba>, gharar dan maysir. 3 Produk takaful mengandungi dua bentuk akad. Pertama, akad ta min, dimana pelanggan tersebut akan dilindungi dari kerugian dan kemalangan yang mungkin mereka alami. Kedua, akad mud}a>rabah di mana wang caruman yang dibayar itu dilaburkan oleh syarikat takaful dan keuntungan yang diperoleh melalui pelaburan tersebut akan dibahagikan berdasarkan kepada mud}a>rabah. Oleh yang demikian akad mud}a>rabah merupakan suatu elemen penting di dalam syarikat takaful. 4 Berasaskan pada prinsip ini, syarikat takaful akan berfungsi sebagai rakan kongsi dengan pelanggan insurans mahupun mana-mana syarikat yang menggunakan wang syarikat takaful. Syarikat takaful bertindak sebagai mud}a>rib yang menerima wang pembayaran dari pelanggan untuk ditadbir dan dilaburkan sesuai dengan ketentuan syariah. Sedangkan pelanggan bertindak sebagai s}a>h}ib al-ma>l, yang akan mendapat manfaat perkhidmatan perlindungan dan pembahagian hasil dari keuntungan pelaburan. 5 Dana caruman yang dibayarkan oleh pelanggan dimasukkan dalam satu akaun sahaja yang berasaskan mud}a>rabah dan tabarru. 6 Takaful umum yang 3 Karnaen A, Perwaatmaja (1996), Membumikan Ekonomi Islam Di Indonesia, Depok: Usaha Kami, hh. 232-235. 4 Ahmad Hidayat Buang (1996), Takaful: Akad Insurans atau Mudarabah?, Jurnal Syariah, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 147. 5 Heri Sudarsono (2003), Bank dan Lembaga Keuangan Syariah, Yogyakarta: Ekonisia, h. 105. 6 Mat Noor Mat Zain dan Zamzuri Zakaria (2006), Pengurusan Mudarabah Dalam Takaful Di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, Sidang Editor: 2

menekankan kepada perlindungan harta benda termasuk kenderaan, kebakaran rumah, kecurian stok perniagaan, kemalangan diri dan seumpamanya. Bahagian tabarru tidak diasingkan ke dalam satu akaun atau dana khas. Dalam konteks ini tabarru berlaku apabila bayaran manfaat tuntutan dibuat kepada pelanggan yang ditimpa kemalangan. Dari sinilah timbulnya penggunaan dua rangka struktur untuk takaful umum iaitu mud}a>rabah dan tabarru yang maknanya di dalamnya ada perkongsian untung dan derma. 7 Wang caruman pelanggan akan dilaburkan dan pembiayaan-pembiayaan projek yang dibenarkan syariah. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan sesuai dengan perjanjian mud}a>rabah yang telah disepakati sebelumnya, yang pada kebiasaanya 60% untuk pelanggan takaful dan 40% untuk syarikat takaful. 8 Perkongsian untung ini merupakan ciri khas yang terdapat dalam sistem operasi syarikat takaful. Ciri khas itu, mengikut Purwanto Abdulcadir (bekas Ketua Umum Dewan Insurans Indonesia) terletak pada dua hal, pertama, kewujudan arahan pelaburan dari dana yang terkumpul ke sektor-sektor pelaburan yang tidak bertentangan syariah Islam. Kedua, kewujudan peruntukan perkongsian untung yang dapat diterima oleh pelanggan syarikat takaful. 9 Ciri khas lain yang terdapat dalam insurans syariah adalah akad (perjanjian). Akad yang dimaksudkan adalah akad taka>fuli>, yang bermakna saling menanggung diantara para pelanggan dengan mengedepankan nilai kebajikan (tabarru ). Zamzuri Zakaria cs, Malaysia: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 332. 7 Ibid., h.331. 8 Heri Sudarsono (2003), op.cit., h. 113. 9 Purwanto Abdulcadir, Prospek Takaful di Indonesia, Ulumul Qur an, No. 2/VII/1996, h. 28. 3

selain itu juga terdapat akad ta a>wuni>, iaitu akad yang berlandaskan saling tolongmenolong dalam memberikan perlindungan atas adanya musibah. 10 Di Indonesia perkembangan insurans syariah (takaful) yang merupakan institusi kewangan syariah mendapat kemudahan setelah diperuntukkan beberapa ketentuan undang-undang 11 dan mendapat sokongan daripada masyarakat. Sebagai syarikat takaful di Nusantara, Syarikat Takaful Indonesia telah memberi kepada masyarakat perkhidmatan insurans yang sesuai dengan prinsip syariah selama lebih dari sepuluh tahun melalui dua anak syarikatnya, iaitu PT. 12 Asuransi Takaful Keluarga dan PT. Asuransi Takaful Umum. 13 Asuransi Takaful Umum adalah suatu bentuk syarikat takaful yang memberi perkhidmatan perlindungan dalam menghadapi bencana atau kerosakan atas harta milik pelanggan takaful. Bentuk Takaful Umum dilaksanakan menurut aturan yang meliputi pelanggan terdiri dari individu, syarikat dan yayasan. Perjanjian kerjasama antara syarikat takaful dengan pelanggan berdasarkan prinsip mud}a>rabah. 14 Mengikut laporan yang diterbitkan PT. Asuransi Takaful Indonesia, pada tahun 2005 terjadi suatu peningkatan pengumpulan dana premium pada PT. Asuransi Takaful Umum sebesar 37 peratus atau Rp 73.36 miliar. 15 Selain 10 Fatwa MUI 17hb Oktober 2001 Tentang Pedoman Umum Asuransi Syariah, Kumpulan Fatwa MUI. 11 Setakat ini landasan hukum usaha insurans di Indonesia mengikut pada Undang-Undang Nomor 2 Tahun 1992 tentang Usaha Perasuransian dan Peraturan Pemerintah Nomor 73 Tahun 1993 tentang Penyelenggaraan Usaha Perasuransian yang secara jelas tidak mencantumkan insurans yang berasaskan pada syariah. Insurans Syariah baru digubal dalam bentuk Keputusan Menteri Keuangan No.426/KMK.06/2003 tentang Perizinan Usaha Kelembagaan dan Perusahaan Asuransi dan Perusahaan Reasuransi mengakui secara tegas terhadap Usaha Perasuransian berdasarkan Prinsip Syari ah. 12 Yang dimaksudkan PT. adalah Perseoran Tebatas atau Sendirian Berhad. 13 Karnaen A, Perwaatmaja (1996), Membumikan Ekonomi Islam Di Indonesia, Depok: Usaha Kami, h. 241. 14 Ahmad Azhar Basyir, Takaful Sebagai Alternatif Asuransi Islam, Ulumul Qur an. Nomor 2/VII/1996, h.. 15 Annual Report PT. Asuransi Takaful Indonesia 2005. 4

pendapatan caruman, Syarikat juga berhasil meningkatkan pendapatan daripada hasil pelaburan sebesar 150.55 peratus atau Rp 2.73 miliar. 16 Keuntungan dari hasil pelaburan itu akan dikumpulkan di dalam satu akaun. Jika terjadi musibah atas harta benda pelanggan yang dilindungi, maka PT. Takaful Umum membayarkan pampasan kepada pelanggan tersebut, dengan dana yang diambil dari kumpulan wang seluruh pelanggan takaful umum tersebut. Setiap pembayaran yang diperlukan Syarikat Takaful Umum diambil dari kumpulan wang pelanggan, dan jika masih terdapat kelebihan dana akan dibahagikan kepada pelanggan dan perusahaan menurut prinsip mud}a>rabah. 17 PT. Asuransi Takaful Umum terus berusaha mengaplikasikan polisi pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang optimum melalui pengembangan pelaburan yang pelbagai sehingga pelaburan syarikat menjadi lebih dinamis dan maju. PT. Asuransi Takaful Umum dibenarkan untuk melakukan kegiatankegiatan pengembangan wang yang terkumpul daripada caruman pelanggan. Pengembangan wang tersebut diasaskan pada akad mud}a>rabah (perkongsian untung) melalui pelaburan. Mekanisme dan teknik pengkiraan perkongsian untung haruslah diasaskan pada kepentingan ekonomi dan urus niaga syariah. Pemahaman mekanisme pengiraan perkongsian untung yang diterapkan oleh PT. Asuransi Takaful Umum Indonesia merupakan persoalan yang sangat signifikan. Hal ini kerana masih rendahnya keinginan dan kecenderungan masyarakat untuk mengetahui kesan daripada akad mud}a>rabah antara pelanggan dengan PT. Asuransi Takaful Umum Indonesia terlihat dari sebahagian besar rakyat Indonesia masih belum menjadi pelanggan syarikat takaful, ini terbukti 16 Ibid. 17 Ahmad Azhar Basyir, Takaful Sebagai Alternatif Asuransi Islam, Ulumul Qur an. Nomor 2/VII/1996, h. 20. 5

dengan penelitian Purmanto Abdulcadir 18 bahawa penduduk muslim indonesia berjumlah 192,000,000 orang dan yang menjadi pelanggan takaful 10,596,541 bererti baru 5.52 peratus yang menjadi pelanggan takaful. 19 Bermula dari sinilah diperlukan tingkat pemahaman masyarakat pada mekanisme dan kesan daripada akad mud}a>rabah dalam insurans secara mendalam. 1.2 Permasalahan Kajian Permasalahan kajian yang dapat dirumuskan daripada latar belakang dan persoalan kajian di atas adalah bagaimana konsep dan aplikasi akad mud}a>rabah yang boleh diterapkan dalam PT. Asuransi Takaful Umum dan bagaimana mekanisme pengkiraan keuntungan yang diterapkan pada PT. Asuransi Takaful Umum Indonesia. 1.3 Objektif Kajian Setelah merumuskan beberapa permasalahan di atas, perlu objektif kajian sebagai petunjuk kajian yang dapat menjawab daripada permasalahanpermasalahan tersebut. Adapun objektif kajian ini adalah: 1. Mengkaji secara mendalam konsep akad mud}a>rabah yang diterapkan di PT. Asuransi Takaful Umum. 2. Mengkaji mekanisme pengkiraan pembahagian hasil akad mud}a>rabah yang berlaku pada PT. Asuransi Takaful Umum. 18 Beliau pada tahun 1993-1995 sebagai Ketua Umum Dewan Asuransi Indonesia. 19 Purwanto Abdulcadir (1996), op.cit., h. 31. 6

1.4 Skop Kajian Dari aspek institusi, skop kajian ini dikhaskan pada PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta yang merupakan Ibu Pejabat Syarikat Takaful di Indonesia. Sebagai Ibu Pejabat Syarikat Takaful di Indonesia tentunya mempunyai ramai pelanggan sehingga peruntukan dana yang dilaburkan cukup besar adalah sebagai faktor-faktor yang penting dalam kajian ini. Kajian ini difokuskan pada konsep akad mud}a>rabah yang diaplikasikan oleh PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. 1.5 Kepentingan Kajian Adapun kepentingan kajian ialah : 1. Mengetahui konsep akad mud}a>rabah di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. 2. Mengkaji bagaimana aplikasi mud}a>rabah dilakukan di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. 1.6 Sorotan Literatur Kajian tentang akad mud}a>rabah sebagai sebuah akad praktikal dalam sistem kewangan Islam telah mendapatkan perhatian serius oleh sarjana-sarjana Islam. Mud}a>rabah adalah suatu prinsip yang telah dijadikan asas kontrak perniagaan semenjak awal pemerintahan Islam lagi. 20 Syarikat takaful mempunyai sistem perlindungan yang akadnya diasaskan pada prinsip takafuli dan mud}a>rabah. Syarikat takaful selain memberikan perlindungan kepada pelanggan, juga melakukan pengelolaan dana sehingga dapat memberikan keuntungan kepada pelanggan. Pengelolaan dana yang dilakukan syarikat takaful berupa deposit, surat 20 Wahbah al-zuh}ayli> ( ). Al-Fiqh al-isla>mi> wa Adallatuh, juz iv, Damsiq: Da>r al Fikr, h.. 7

berharga, pembelian tanah dan bangunan, pembiayaan mud}a>rabah dan pinjaman pinjaman modal. 21 Terdapat beberapa kajian lepas yang membincangkan mud}a>rabah sebagai prinsip dalam operasi kewangan Islam. Penggunaan prinsip mud}a>rabah dalam operasi kewangan Islam sama ada digunakan dalam akad mahupun amalannya adalah sebuah saranan suatu sistem kewangan yang boleh diguna pakai untuk mengelakkan daripada unsur faedah (riba>). Di antara kajian yang membincangkan isu mud}a>rabah sebagai prinsip dalam operasi kewangan Islam adalah kajian yang dilakukan oleh Ahmad Hidayat Buang (1996), Takaful: Akad Insurans Atau Mud}a>rabah?. Mengawali kajian ini, penulis membincangkan beberapa percanggahan di kalangan para ulama mengenai kebolehan melakukan akad insurans. Lebih jauh lagi, bahawa akad insurans tidak ada hubung kaitnya dengan mud}a>rabah kerana mereka berpendapat bahawa mud}a>rabah sebagai suatu pelengkap akad dan tidak sebagai asas akad. 22 Maksud percantuman daripada mud}a>rabah dalam akad insurans diperuntukkan bagi syarikat insurans dapat melaburkan kumpulan wang ahli insurans dan mendapatkan pulangan sesuai dengan syariah. Mat Noor Mat Zain dan Zamzuri Zakaria (2006), menjelaskan landasan teori tentang mud}a>rabah dan takaful terlebih dahulu dalam kajian mereka. Pengkaji menilai bahawa mud}a>rabah merupakan salah satu prinsip yang menjadi asas akad takaful dalam hal pengurusan wang caruman pelanggan oleh takaful, bahawa kedudukan sumbangan pelanggan pada syarikat takaful tidak menjadi harta syarikat tetapi harta caruman tersebut menjadi amanah untuk dikelola melalui pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Keuntungan daripada pelaburan 21 Laporan kewangan tahun 2006 PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta, Indonesia. 22 Ahmad Hidayat Buang (1996), op.cit., h. 147. 8

tersebut akan diagihkan sebagai perkongsian keuntungan antara pelanggan dan syarikat takaful sesuai dengan nisbah yang disepakati. 23 Heri Sudarsono (2003), membincangkan lembaga kewangan bank dan beberapa lembaga kewangan bukan bank termasuk syarikat takaful. Penulis membincangkan konsep takaful secara deskriptif dengan menjelaskan beberapa produk syarikat takaful yang berlaku di Indonesia. Dalam kajian ini, penulis lebih merujuk pada beberapa data sekunder di mana beliau tidak mengambil satu manamana institusi insurans syariah di Indonesia yang spesifik sebagai bahan kajian. 24 Pg. Haji Noor Asmawi Pg. Haji Ahmad (2005), membincangkan mud}a>rabah sebagai rukun daripada akad mud}a>rabah khususnya dari sudut pelaksanaan di syarikat takaful. 25 Kajian Muhammad Fadzli Yusof ( 6), menghuraikan secara komprehensif amalan dan aturan sistem insurans yang berlandaskan syariah Islam. Penyertaan mud}a>rabah dalam akad takaful bertujuan untuk sama-sama berkongsi keuntungan sekiranya perniagaan yang dikendalikan oleh syarikat takaful menghasilkan keuntungan. Praktik mud}a>rabah dalam akad takaful ini dapat dilihat sebagai persetujuan oleh pelanggan syarikat takaful untuk menyerahkan modalnya dalam bentuk caruman takaful kepada syarikat takaful kemudian syarikat takaful mengurus wang caruman dengan perjanjian untuk saling jamin-menjamin di antara pelanggan masing-masing daripada kehilangan akibat dilanda kemalangan. 23 Mat Noor Mat Zain dan Zamzuri Zakaria (2006), op.cit., hh. -. 24 Heri Sudarsono (2003), Bank dan Lembaga Keuangan Syariah: Deskripsi dan Ilustrasi, Yogyakarta : Ekonisia, hh. 91-105. 25 Pg. Haji Noor Asmawi Pg. Haji Ahmad (2005), Takaful: Kepentingan dan Hukum-hukum Perlaksanaannya,Brunei Darussalam : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, hh. 49-57. 9

Serentak dengan itu, syarikat takaful berkongsi keuntungan kepada pelanggan sekiranya mendapatkan keuntungan daripada urus niaga yang dimaksudkan. 26 Lim Chee Chee (2003), secara umum mendedahkan konsep risiko, pengawasan terhadap risiko, konsep dan operasi insurans dan jenis-jenis insurans yang terdapat dalam pasaran. Dalam bagian sub bab kajian ini dibincangkan konsep takaful. Mud}a>rabah dijadikan oleh penulis sebagai salah satu prinsip kewujudan akad insurans selain daripada prinsip takaful dan tabarru. Prinsip mud}a>rabah memberikan kesan pada pengelolaan dana pelanggan yang terkumpul dalam syarikat insurans. Syarikat insurans mempunyai salah satu fungsi sebagaimana institusi kewangan bank, iaitu pengembangan dana melalui pembiayaan dan pelaburan-pelaburan yang dibenarkan. Manfaat daripada pengembangan dana akan memberikan keuntungan bagi pelanggan insurans dan syarikat insurans. 27 Tulisan karya Hendon Redzuan, Rubaya Yakob dan Muhammad Abdul Hamid (2005), bermatlamat untuk mengkaji risiko yang mempunyai hubung kaitnya dengan insurans secara umum. Bahagian kajian ini juga membincangkan takaful sebagai sistem insurans Islam. Penulis menjelaskan model mud}a>rabah dalam Takaful Am yang berlaku pada Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Nasional Berhad. Dalam praktiknya wang pelanggan akan dikendalikan oleh syarikat takaful yang mempunyai amanah untuk mengelola dana tersebut dan melakukan perkongsian untung antara pelanggan dan syarikat takaful. 28 26 Mohd Fadzli Yusof (1996), Takaful Sistem Insurans Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd, hh. 18-49. 27 Lim Chee Chee (2003), Pengurusan Risiko dan Insurans, Sintok : Universiti Utara Malaysia, hh. 226-227. 28 Hendon Redzuan, Rubaya Yakob dan Muhammad Abdul Hamid (2005), Risiko dan Insurans, Selangor : Prentice Hall, hh. 444-469. 10

Kajian-kajian tentang prinsip mud}a>rabah yang berlaku pada sistem kewangan perbankan pernah dibuat oleh Fitrianto (2006), fokus kajian adalah Bank Syariah Mandiri dan Bank Muamalat Indonesia Cawangan Pekan Baru, Riau, Indonesia. Kedua-dua institusi tersebut mempunyai kesamaan dalam penerapan mud}a>rabah daripada segi pendanaan (founding) dan mempunyai perbezaan daripada segi pembiayaan (financing). 29 Kajian lain dilakukan oleh Noprizal Bin Muhammad Yunus (2006) berkenaan aplikasi mud}a>rabah Pada Bank Negara Indonesia (BNI). Penulis membincangkan mud}a>rabah sebagai prinsip operasi Bank Nasional Indonesia dalam perkhidmatan pelaburan. Matlamat kajian ini adalah keberkesanan pelaksanaan pelaburan dengan menggunakan prinsip mud}a>rabah di BNI Syariah yang memberikan perkongsian keuntungan mana-mana pihak yang terbabit. 30 Dari beberapa kajian di atas dapat difahamkan, bahawa prinsip mud}a>rabah dapat diguna pakai dalam mana-mana transaksi kewangan syariah sama ada institusi bank mahupun bukan bank. Syarikat takaful adalah antara institusi yang menggunakan prinsip mud}a>rabah dalam pembentukan akad-akadnya. Keunikan yang terdapat dalam insurans syariah adalah di samping ia melakukan akad takafuli ia juga melakukan akad mud}a>rabah. Kaitannya dengan ini, maka sangat penting bagi penulis untuk mengkaji akad mud}a>rabah yang telah diaplikasikan di mana-mana institusi insurans syariah. Oleh sebab itu, penulis akan mengkaji aplikasi akad mud}a>rabah yang diterapkan oleh PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta Indonesia yang sebelum ini belum ada yang mengkaji. 29 Fitrianto (2006), Analisis Pelaksanaan Prinsip al-mud}a>rabah oleh Bank Syariah Mandiri dan Bank Muamalat Indonesia Cawangan Pekan Baru, Riau, Indonesia, Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hh. 25-57. 30 Noprizal Bin Muhammad Yunus (2006), Kriteria Pelaburan Bank Syariah: Aplikasi mud}a>rabah Pada Bank Negara Indonesia (BNI), Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hh. 65-89. 11

1.7 Metodologi Kajian Metodologi merupakan cara utama yang dipergunakan untuk mencapai suatu tujuan. Dalam kajian ini, rumusan yang telah diwujudkan diperlukan suatu metodologi untuk membuktikannya melalui kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data. a. Kaedah Pengumpulan Data Penulis melakukan pengumpulan data yang sesuai dengan matlamat kajian. Merujuk pada objektif kajian di atas dan sifat daripada kajian ini adalah kajian lapangan (field Research), maka terdapat dua jenis data iaitu data sekunder (secondary data) dan data primer (primary data). Pengumpulan data melalui sekunder data didapati daripada kitab-kitab fiqh yang membincangkan konsep dasar akad dan mud}a>rabah. Karya sarjanasarjana yang membincangkan konsep mud}a>rabah yang dapat diaplikasikan dalam bentuk akad insurans sama ada diterbitkan dalam bentuk buku, jurnal, kertas kerja, manuskrip mahupun dalam bentuk hasil fatwa ulamaulama. Satu data lagi yang menjadi sumber data sekunder adalah notis akad insurans antara pelanggan dengan PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta, dan akad pembiayaan PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta dengan syarikat lain. Pengumpulan data primer yang dilakukan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat aplikasi akad mud}a>rabah di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. Maklumat ini dapat diperoleh melalui temu bual dengan kaki tangan PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. 12

b. Kaedah Analisis Data Sifat daripada kajian ini adalah deskriptif analisis, iaitu bertujuan untuk memberi deskripsi mengenai konsep mud}a>rabah yang dapat diterapkan dalam bentuk akad insurans yang disajikan daripada dapatan data, keberkesanan daripada penerapan akad mud}a>rabah di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta dengan pihak-pihak yang terbabit. Sumber-sumber itu kemudian akan diuji keaslian dan kesahihannya melalui kritik luaran dan dalaman sumber dengan menghuraikan dan menyemak kembali data-data yang ada dari pelbagai sumber tersebut dan akan diambil datadata yang paling dapat dipercaya. Dalam peringkat interpretasi ini akan diupayakan untuk bersifat objektif sehingga dalam peringkat selanjutnya, iaitu peringkat penulisan yang boleh disusun secara kronologis dan dapat dikemukakan menurut topik-topik penting daripada setiap perkembangan objek kajian. 1.8 Kerangka Pembahasan Berdasarkan pada permasalahan di atas, pengkaji akan menghuraikan kajian dalam pembahasan-pembahasan sebagai berikut : Bab I merupakan bahagian pendahuluan dengan menjelaskan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian, kepentingan kajian, literatur riview, metodologi kajian; kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data serta kerangka pembahasan. Bab II merupakan bahagian teori dengan mengemukakan konsep takaful dan akad mud}a>rabah. Sub bab pertama yang memuat konsep takaful dimaksudkan untuk menghuraikan beberapa topik yang boleh memberikan pemahaman landasan teorinya seperti mengungkapkan erti takaful, prinsip takaful, dan asas 13

akad takaful. Pada sub bab kedua menjelaskan konsep akad mud}a>rabah. Rumusan teori yang diambil daripada hukum Islam mengenai akad mud}a>rabah akan dijadikan landasan teori bagi pemberlakaun akad insurans yang mengikut prinsip syariah. Bab III merupakan tinjauan am PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta, Indonesia dengan mendiskripsikan Sejarah PT. Asuransi Takaful Umum, visi dan misi, prinsip dasar, struktur organisasi, produk-produk yang di hasilkan oleh PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta, tujuan, peranan dan perkembangan. Dalam bab ini juga menjelaskan beberapa maklumat penting mengenai aplikasi akad mud}a>rabah di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. Bab IV merupakan bahagian inti dari permasalahan yang dikemukakan dengan analisis aplikasi akad mud}a>rabah di PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. Analisis ini akan membincangkan hubung kait akad mud}a>rabah dengan pelaburan, seperti pihak pelanggan takaful sebagai pemilik modal (s}a>h}ib al-ma>l), syarikat takaful (mud}a>rib) yang mentadbir wang pelanggan. Penentuan nisbah perkongsian untung dan mekanisme pengkiraan perkongsian untung akan dibincangkan dalam bab ini. Bab V merupakan bahagian penutup yang berisikan kesimpulan dari inti permasalahan dengan disertai cadangan-cadangan yang dapat meningkatkan kualiti PT. Asuransi Takaful Umum Jakarta. 14