Pandangan dan pengalaman orang yang mempunyai literasi kesihatan yang terhad dan asma dalam menguruskan kesihatan mereka: kajian kualitatif

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi. Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KRITERIA MENJALANI POSTING ELEKTIF DI FASILITI KEMENTERIAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

Hasrat Penjagaan Saya

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Peraduan InstaHarapan AADK

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

Polisi Privasi Smiggle

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR CELIK MAKLUMAT (THE ROLE OF SCHOOL RESOURCE CENTRE IN INCULCATING INFORMATION LITERATE STUDENTS)

POLIMAS-PK-PS-17 Pengurusan Psikologi dan Kerjaya POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLIMAS PK PS-17

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

Borang Cadangan Insurans Mesin

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. (UTeM) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN. PERKHIDMATAN SIDANG VIDEO TELE-PRESENCE DI UTeM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DI UPM

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

GARIS PANDUAN DAN ETIKA PERKHIDMATAN LATIHAN PRAKTIKAL PELATIH ( KAUNSELING )

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

Dapatkan sekarang Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di laman

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Transkripsi:

Lembaran Maklumat Peserta 2. Aktiviti 'Photovoice' (Ambil gambar & Perbincangan) Pandangan dan pengalaman orang yang mempunyai literasi kesihatan yang terhad dan asma dalam menguruskan kesihatan mereka: kajian kualitatif Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam suatu kajian penyelidikan. Sebelum anda membuat keputusan sama ada hendak mengambil bahagian, adalah penting untuk anda memahami mengapa penyelidikan ini dijalankan dan apa yang akan terlibat. Sila luangkan masa untuk membaca maklumat berikut dengan teliti. Berbincang dengan orang lain mengenai kajian ini sekiranya anda mahu. Hubungi kami jika ada apa-apa yang tidak jelas, atau jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut. Luangkan masa untuk membuat keputusan sama ada anda mahu mengambil bahagian atau tidak. Terdapat video beserta maklumat tentang penglibatan dalam kajian ini di www.ed.ac.uk/usher/respire/healthliteracy-asthma-malaysia Apakah tujuan kajian ini? Lebih daripada 2/3 penghidap asma di Malaysia mendapati mereka sukar untuk memahami maklumat kesihatan mengenai asma dan ini boleh menjejaskan cara mereka menguruskan penyakit asma mereka dan sejauh mana mereka terganggu dengan gejala asma mereka. Dalam kajian ini saya ingin mengetahui, bagi yang orang yang merasa sukar untuk memahami maklumat kesihatan, apakah yang mereka ketahui tentang penyakit asma dan bagaimana mereka menjaga kesihatan mereka. Orang yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk mengawal asma mereka dan saya berminat untuk mendengar tentang apa yang anda lakukan. Penglibatan anda akan membantu saya memahami bagaimana anda menjalani hidup dengan asma dan mengawal asma dari hari ke hari - dan apa yang boleh membantu anda pada masa akan datang Saya akan menggunakan maklumat yang anda sampaikan kepada saya untuk membangunkan cara-cara untuk membantu doktor dan jururawat di Malaysia untuk lebih menyokong penghidap asma untuk menjaga asma mereka. Untuk kajian ini, saya memerlukan bantuan 15 orang.

Mengapa saya dijemput untuk mengambil bahagian? Sekiranya anda berusia 18 tahun ke atas, telah didiagnos dengan asma dan telah menerima rawatan di klinik kesihatan untuk asma, anda boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Adakah saya perlu untuk mengambil bahagian? Tidak, terpulang kepada anda untuk memutuskan sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak. Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian, anda akan diberikan lembaran maklumat untuk disimpan dan diminta menandatangani borang kebenaran. Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian, anda masih boleh untuk menarik diri pada bilabila masa tanpa memberikan alasan. Sama ada anda memutuskan untuk tidak mengambil bahagian atau menarik diri dari kajian tidak akan menjejaskan penjagaan kesihatan yang anda terima, atau hak undang-undang anda. Sebelum menyertai, anda harus mempertimbangkan jika ini akan menjejaskan insurans anda dan dapatkan nasihat jika perlu. Apa akan berlaku sekiranya saya mengambil bahagian? Saya akan menerangkan Lembaran Maklumat Peserta kepada anda. Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian, saya akan meminta anda untuk menandatangani borang kebenaran untuk mengambil bahagian dalam latihan 'photovoice', mengambil foto dan perbincangan tentang foto. Sesi latihan akan dijalankan selepas temu-bual pertama dan latihan ini akan mengambil masa 15 minit. Saya akan memberi panduan kepada anda bagaimana untuk menggunakan kamera pakai buang dan menerangkan serba-sedikit tentang beberapa tatacara untuk mengambil gamba. Kemudian, saya akan menyediakan kamera pakai buang yang mengandungi filem 24-gulung. Dalam masa seminggu, saya ingin anda mengambil gambar apa-apa yang anda rasa dikaitkan dengan asma dalam kehidupan seharian anda. Gambar-gambar boleh menjadi sesuatu yang mengingatkan anda tentang pengalaman seharian anda yang hidup dengan asma dan menjaganya, dan bagaimana anda mungkin atau mungkin tidak terjejas olehnya. Ianya boleh jadi aktiviti anda yang terjejas oleh asma, atau perkara yang anda lakukan untuk menjadikan asma anda lebih baik, atau perkara yang anda elakkan kerana ianya membuatkan asma anda lebih teruk. Ianya boleh jadi juga bagaimana anda mengetahui tentang asma, atau di mana anda pergi ketika anda menghadapi masalah dengan asmaas - apa-apa sahaja tentang asma dan anda. Secara umumnya, saya ingin anda menjawab tiga soalan asas ini: a) Bagaimana anda hidup dengan asma? b) Apa yang membantu anda atau cabaran untuk hidup dengan asma? c) Di mana anda belajar dan mendapatkan maklumat tentang asma? Berhati-hati ketika mengambil gambar orang lain. Adalah lebih baik untuk hanya mengambil gambar orang jika anda mempunyai kebenaran mereka. Mungkin sukar untuk meminta izin untuk mengambil gambar orang. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan sama ada anda perlu menangkap orang dalam imej itu. Jika ya, anda boleh cuba mengambil imej dari jarak jauh atau dari sudut supaya mereka tidak dapat dikenali.

Jangan mengambil foto orang secara dekat jika anda tidak mendapat keizinan mereka. Jika anda merasa ada individu yang penting, tetapi tidak dapat meminta kebenaran mereka, kita boleh membincangkan foto-foto ini, tetapi saya tidak akan menerbitkan semula imej yang mempunyai orang yang dikenalpasti dalam mana-mana laporan atau penerbitan yang dihasilkan daripada kajian penyelidikan ini. Pada penghujung minggu pertama Anda akan menghubungi saya apabila anda telah menyelesaikan aktiviti ini (atau saya akan menghubungi anda selepas seminggu). Saya akan melawat anda untuk mengumpul kamera untuk mencuci filem itu. Kemudian kita akan merancang untuk masa perbincangan seterusnya. Perbincangan mengenai gambar-gambar Kita kemudian akan berbual mengenai gambar yang telah anda ambil. Saya ingin tahu, mengapa anda membuat keputusan untuk mengambil gambar-gambar ini, mengapa gambar-gambar anda penting dan mengapa anda tidak menangkap gambar-gambar tertentu. Jika anda tidak selesa menjawab mana-mana soalan, anda bebas untuk tidak menjawabnya. Ini merupakan perbualan secara satu sama satu. Perbualan akan dirakam dengan perakam pita audio. Rakaman ini akan membolehkan saya mendapatkan apa yang penting anda katakan semasa temubual, untuk dianalisis. Sesi ini akan mengambil masa kira-kira 1 jam. Saya akan memberikan RM 70 untuk kos perjalanan anda. Perbincangan akan berlaku sama ada di klinik, rumah anda atau tempat awam di mana anda selesa. Semasa perbincangan, seorang penyelidik lain yang juga seorang pencatatl nota turut hadir. Anda tidak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Tetapi, jika anda telah memutuskan untuk mengambil bahagian, kami akan memberi anda lebih banyak maklumat dan terangkan kepada anda secara terperinci mengenai aktiviti tersebut. Anda akan diminta menandatangani persetujuan untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang anda ingin terlibat. Adakah terdapat apa-apa yang perlu saya lakukan atau elakkan? Terdapat beberapa garis panduan untuk anda ikuti tentang mengambil gambar. Boleh Ambil gambar apa-apa yang anda rasa dikaitkan dengan pengalaman anda hidup dengan asma dan penjagaannya. Ikut kreativiti anda - gambar yang anda ambil boleh menjadi sesuatu yang bermakna bagi anda dalam konteks kehidupan dengan asma. Ianya tidak semestinya melibatkan perkara yang jelas (sebagai contoh ubat sedut asma anda). Elakkan Jangan bimbang untuk mengambil gambar yang sempurna. Jangan mengambil gambar orang lain secara dekat terutama jika anda tidak meminta kebenaran mereka - sila hormati privasi orang lain. Jangan merisikokan keselamatan atau membahayakan diri ketika mengambil gambar (contohnya jangan mengambil gambar ketika melintasi jalan).

Meminta izin kepada orang sekiranya ingin mengambil gambar mereka sebelum berbuat demikian Apakah kebaikannya dengan mengambil bahagian? Penglibatan dalam penyelidikan ini mungkin tidak memberi faedah kepada anda secara peribadi. Anda akan memberikan maklumat berharga yang akan membantu saya memahami pengalaman penghidap asma di Malaysia. Keputusan kajian ini akan digunakan untuk membantu para doktor, jururawat dan pengurus kesihatan memahami apa yang akan membantu penghidap asma. Apakah keburukannya dengan mengambil bahagian? Anda perlu meluangkan sedikit masa dalam masa seminggu untuk menyelesaikan aktiviti ini. Selepas itu, anda perlu menghabiskan masa berbual dengan saya yang akan mengambil masa sehingga 1 jam. Tidak ada keburukan lain dengan menyertai kajian ini. Bagaimanakah sekiranya terdapat sebarang masalah? Sekiranya anda mempunyai kebimbangan tentang sebarang aspek dalam kajian ini, anda boleh bercakap dengan saya dan saya akan mencuba yang terbaik untuk menjawab soalan anda (Hani Syahida Salim di 011-26089233). Anda juga boleh menghubungi penyelidik-peyelidik yang lain untuk projek ini di Malaysia. Associate Professor Dr Lee Ping Yein at 03 8947 2545 Associate Professor Dr Sazlina Shariff Ghazali at 03 8947 2532 Mengambil bahagian dalam kajian ini tidak akan mendatangkan kemudaratan. Kami hanya mahu mendengar pandangan anda. Apa yang akan berlaku jika saya tidak mahu meneruskan kajian ini? Apa sahaja keputusan anda tentang mengambil bahagian tidak akan menjejaskan penjagaan asma yang anda dapat. Anda boleh menarik diri daripada kajian ini tanpa memberi sebarang sebab pada bila-bila masa sepanjang kajian. Anda juga boleh meminta data anda (termasuk mana-mana gambar yang anda tidak mahu digunakan untuk penyelidikan) untuk dihapuskan. Apa yang akan berlaku apabila kajian ini selesai? Data daripada kajian ini akan diarkibkan dan berkemungkinan akan dikongsi ke luar negara untuk tujuan analisis, tetapi identiti anda tidak akan didedahkan pada bila-bila masa. Semua borang persetujuan, transkrip, soalan saringan soal selidik dan gamba akan disimpan dalam kabinet pemfailan berkunci yang hanya boleh diakses oleh pasukan penyelidik selama 5 tahun. Selepas jangka masa ini, segala maklumat akan dicarik dan dilupuskan dalam tong selamat. Peserta tidak akan dikenalpasti secara individu dalam penerbitan atau menulis laporan. Anda dibenarkan untuk mengakses keputusan anda daripada kajian, sekiranya anda mahu, selama tiga bulan selepas selesai kajian.

Ringkasan laporan akhir akan dikemukakan dalam masa satu tahun selepas selesai kajian ke Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan Malaysia dan semua hasil kajian akan dimaklumkan kepada Universiti Edinburgh. Adakah penglibatan saya akan dirahsiakan? Semua maklumat yang kami kumpulkan semasa penyelidikan akan disimpan secara sulit dan terdapat undang-undang ketat yang melindungi privasi anda di setiap peringkat. Para penyelidik tidak akan mengakses apa-apa rekod yang tidak disediakan oleh anda dan tidak akan mendedahkan kepada sesiapa mengenai penyertaan anda dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, pendedahan akan dibuat kepada pihak berkuasa yang berkaitan jika isu (misalnya penjenayah, ancaman bahaya kepada diri sendiri atau orang lain atau isu perlindungan kanak-kanak) timbul. Universiti Edinburgh adalah penaja untuk kajian ini yang berpangkalan di Malaysia. Penaja mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk menjalankan kajian ini. Untuk mematuhi peraturan perlindungan data United Kingdom, kami perlu memberitahu anda bagaimana kami akan menggunakan dan menyimpan data peribadi anda. Sebagai sebuah universiti, kami menggunakan maklumat peribadi untuk menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan khidmat penjagaan kesihatan. Sebagai organisasi yang dibiayai oleh pihak awam, kami perlu memastikan ianya adalah demi kepentingan awam apabila kami menggunakan maklumat peribadi daripada orang yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan. Ini bermakna apabila anda bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini, kami akan menggunakan data anda dalam untuk menjalankan dan menganalisis kajian penyelidikan, dengan berhemah. Penaja akan menyimpan maklumat yang tentang anda selama 5 tahun selepas kajian selesai. Universiti Edinburgh akan bertindak sebagai pengawal data untuk kajian ini. Ini bermakna mereka bertanggungjawab untuk menjaga maklumat anda dan menggunakannya dengan berhemah. Hak anda untuk mengakses, menukar atau memindahkan maklumat anda adalah terhad, kerana kami perlu menguruskan maklumat anda dengan cara tertentu untuk penyelidikan yang tepat. Jika anda menarik diri dari kajian, kami akan menyimpan maklumat anda yang telah kami perolehi. Untuk melindungi hak anda, kami akan menggunakan maklumat anda secara minimum. Data tanpa nama dan gamba yang telah mendapat kebenaran anda akan dikongsi di luar Malaysia dan mungkin digunakan untuk kajian masa depan. Jawatankuasa etika tidak akan dimaklumkan mengenai analisis data sekunder. Apa yang akan berlaku kepada hasil kajian ini? Kami akan membentangkan hasil kajian di dalam persidangan, dan menerbitkannya dalam jurnal akademik dan sebagai sebahagian daripada tesis PhD - tetapi nama anda tidak akan dimasukkan dan maklumat yang anda berikan kepada kami tidak akan dikaitkan dengan anda. Kami akan meminta keizinan anda sebelum kami menggunakan sebarang gambar dalam penerbitan, pembentangan, bahan pengajaran atau pameran. Ringkasan keputusan akan dihantar kepada anda melalui pos jika anda berminat dan memohon untuk mendapatkan salinan tersebut.

Siapakah yang menganjurkan dan membiayai penyelidikan ini? Kajian ini dijalankan oleh Jabatan Perubatan Keluarga, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Edinburgh, United Kingdom. Saya ditaja oleh pengajian pelajar PhD dari Unit Penyelidikan Kesihatan Global NIHR dalam Kesihatan Pernafasan (RESPIRE). RESPIRE dibiayai oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan menggunakan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA). Siapa yang telah mengkaji semula kajian ini? Kajian ini didaftarkan di Daftar Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Malaysia dan telah dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan & Etika Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (NMRR-18-2113-42322 (IIR)). Academic and Clinical Central Office for Research and Development - Joint office for The University of Edinburgh - ACCORD for University of Edinburgh s Research sponsorship. Maklumat untuk menghubungi penyelidik Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai kajian ini sila hubungi Hani Syahida Salim di 019 6655 165 atau e-mel di: hanisyahida@upm.edu.my ATAU H.S.B.Salim@sms.ed.ac.uk H.S.B.Salim@sms.ed.ac.uk Maklumat untuk menghubungi pihak bebas Jika anda ingin membincangkan kajian ini dengan seseorang yang bebas dari kajian sila hubungi Profesor Madya Dr Cheong Ai Theng, Ketua, Jabatan Perubatan Keluarga, Universiti Putra Malaysia di 03-89472538 Aduan Jika anda ingin membuat aduan tentang kajian ini sila hubungi: Setiausaha, Jawatankuasa Penyelidikan & Etika Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, di nombor telefon 03-2287 4032.

BORANG PERSETUJUAN (Latihan dan Mengambil Gambar) Pandangan dan pengalaman orang yang mempunyai literasi kesihatan yang terhad dan asma dalam menguruskan kesihatan mereka: kajian kualitatif Sila tandatangan di kotak 1. Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami lembaran maklumat (01 Okt 2018 ver1.0) untuk kajian di atas. Saya mempunyai peluang untuk mempertimbangkan maklumat, bertanya dan menjawab soalan-soalan ini dengan memuaskan. 2. Saya faham bahawa penyertaan saya adalah sukarela dan saya bebas untuk menarik diri pada bilabila masa tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa rawatan perubatan dan / atau hak undangundang yang terjejas. 3. Saya bersetuju untuk terlibat dalam sesi latihan. Ya Tidak 4. Saya bersetuju untuk menjalankan aktiviti mengambil gambar. Ya Tidak 5. Saya bersetuju bahawa gambar saya akan dicuci dan dijadikan digital oleh kontraktor pihak ketiga. Ya Tidak 6. Saya faham bahawa bahagian-bahagian data saya yang dikumpulkan semasa kajian boleh dilihat oleh individu dari Penaja (University of Edinburgh atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain) di mana relevan dengan penglibatan saya dalam penyelidikan ini. Saya memberi kebenaran untuk individuindividu ini untuk mengakses data saya. 7. Saya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian di atas. Nama Orang yang Memberi Kebenaran Tarikh Tandatangan Nama Orang yang Menerima Kebenaran Tarikh Tandatangan 1x original into Site File; 1x copy kepada peserta; Sebuah projek NIHR Unit Penyelidikan Kesihatan Global tentang Kesihatan Pernafasan (RESPIRE) di University of Edinburgh. www.ed.ac.uk/usher/respire Penyelidikan ini telah ditugaskan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan menggunakan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).Pandangan yang dinyatakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya daripada NHS, NIHR atau Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial.

BORANG PERSETUJUAN (Perbincangan Gambar) Pandangan dan pengalaman orang yang mempunyai literasi kesihatan yang terhad dan asma dalam menguruskan kesihatan mereka: kajian kualitatif Sila tandatangan di kotak 1. Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami lembaran maklumat (01 Okt 2018 ver1.0) untuk kajian di atas. Saya mempunyai peluang untuk mempertimbangkan maklumat, bertanya dan menjawab soalan-soalan ini dengan memuaskan. 2. Saya faham bahawa penyertaan saya adalah sukarela dan saya bebas untuk menarik diri pada bilabila masa tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa rawatan perubatan dan / atau hak undangundang yang terjejas. 3. Saya bersetuju untuk ditemubual dengan kehadiran pencatat nota. Ya Tidak 4. Saya bersetuju temubual saya akan dirakam secara audio. Ya Tidak 5. Saya bersetuju rakaman audia temubual saya yang ditranskrip oleh kontraktor pihak ketiga. Ya Tidak 6. Saya bersetuju untuk gambar saya/anak saya akan dikongsi bersama dengan pasukan penyelidikan Ya Tidak dan akan digunakan untuk penulisan tesis, laporan, penerbitan dan pembentangan yang tidak bersifat komersial (lihat Jadual 1 dan Jadual 2). 7. Saya faham bahawa bahagian-bahagian releven data saya yang dikumpulkan semasa kajian boleh dilihat oleh individu dari Penaja (University of Edinburgh atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain) di mana relevan dengan penglibatan saya dalam penyelidikan ini. Saya memberi kebenaran untuk individu-individu ini untuk mengakses data saya. 8. Saya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian di atas. Nama Orang yang Memberi Kebenaran Tarikh Tandatangan Nama Orang yang Menerima Kebenaran Tarikh Tandatangan 1x original into Site File; 1x copy kepada peserta; Sebuah projek NIHR Unit Penyelidikan Kesihatan Global tentang Kesihatan Pernafasan (RESPIRE) di University of Edinburgh. www.ed.ac.uk/usher/respire Penyelidikan ini telah ditugaskan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan menggunakan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).Pandangan yang dinyatakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya daripada NHS, NIHR atau Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial.

Kami tidak akan menggunakan mana-mana gambar di luar penyelidikan tanpa kebenaran anda. Dalam Jadual 1 di bawah, sila nyatakan sama ada anda bersetuju untuk penyelidik menggunakan gambar anda. Anda boleh pilih daripada tiga pilihan. Jadual 1 - Persetujuan untuk imej fotografi dimasukkan atau dikecualikan. Penyataan Sila tandatangan Saya memberikan persetujuan saya kepada pasukan penyelidikan untuk menggunakan SEMUA gambar saya untuk diterbitkan semula untuk tujuan pendidikan dan/atau bukan komersial pada masa akan datang. Saya memberikan persetujuan saya untuk dihubungi pada masa hadapan untuk tujuan ini. Saya faham bahawa nama sebenar TIDAK akan digunakan dengan gambargambar dan di mana ciri-ciri yang boleh dikenal pasti dalam imej akan dikaburkan atau di'pixelate'kan untuk memastikan tidak dikenali. Saya memberikan persetujuan kepada pasukan penyelidikan untuk menggunakan SEBAHAGIAN (gambar yang dikecualikan disenaraikan di bawah di dalam jadual 2) gambar saya untuk diterbitkan semula pada masa akan datang. Saya faham bahawa nama sebenar TIDAK akan digunakan dengan gambargambar dan di mana ciri-ciri yang boleh dikenal pasti dalam imej akan dikaburkan atau di'pixelate'kan untuk memastikan tidak dikenali. Tidak, saya TIDAK MAHU mana-mana gambar saya diterbitkan semula pada masa akan datang. Jadual 2 - Imej fotografi yang dikecualikan daripada kajian penyelidikan Imej Rujukan Imej Deskripsi Ringkas Imej 1 Imej 2 Imej 3 Imej 4 Imej 5 Imej 6 Imej 7 Imej 8 Imej 10 Imej 11 Imej 12 Imej 13 Imej 14 Imej 15 Imej 16 Imej 17 Imej 18 Imej 19 Imej 20 Imej 21 Imej 22 Imej 23 Imej 24 1x original into Site File; 1x copy kepada peserta; Sebuah projek NIHR Unit Penyelidikan Kesihatan Global tentang Kesihatan Pernafasan (RESPIRE) di University of Edinburgh. www.ed.ac.uk/usher/respire Penyelidikan ini telah ditugaskan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan menggunakan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).Pandangan yang dinyatakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya daripada NHS, NIHR atau Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial.

BORANG PERSETUJUAN (Untuk Orang Lain Dalam Gambar) Pandangan dan pengalaman orang yang mempunyai literasi kesihatan yang terhad dan asma dalam menguruskan kesihatan mereka: kajian kualitatif Sila tandatangan di kotak 1. Saya bersetuju untuk gambar saya/anak saya akan dikongsi bersama dengan pasukan penyelidikan dan akan digunakan untuk penulisan tesis, laporan, penerbitan dan pembentangan yang tidak bersifat komersial (lihat Jadual 1 dan Jadual 2). Ya Tidak 2. Saya bersetuju gambar saya/anak saya akan dicuci dan dijadikan digital oleh kontraktor pihak ketiga. Ya Tidak 3. Saya faham bahawa bahagian-bahagian releven data saya yang dikumpulkan semasa kajian boleh dilihat oleh individu dari Penaja (University of Edinburgh atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain) di mana relevan dengan penglibatan saya dalam penyelidikan ini. Saya memberi kebenaran untuk individu-individu ini untuk mengakses data saya. Nama Orang yang Memberi Kebenaran/Ibu bapa Tarikh Tandatangan Nama Orang yang Menerima Kebenaran Tarikh Tandatangan 1x original into Site File; 1x copy kepada peserta; Sebuah projek NIHR Unit Penyelidikan Kesihatan Global tentang Kesihatan Pernafasan (RESPIRE) di University of Edinburgh. www.ed.ac.uk/usher/respire Penyelidikan ini telah ditugaskan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan menggunakan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).Pandangan yang dinyatakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya daripada NHS, NIHR atau Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial.