PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SOALAN-SOALAN LAZIM

dokumen-dokumen yang mirip
PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

1/7 RASMI (MASA) 2 hari September 2015 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

1/7 RASMI (MASA) 2 hari Mac 2016 Fakulti/Bendahari/PS/ PTM/Pelajar. Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR SEMESTER I SESI 2009/2010

[RASMI] BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH (BARU) TINDAKAN. 1 Pendaftaran Pelajar Baru Semester I, Sesi 2013/2014

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

PERATURAN PEPERIKSAAN

FAQ s LMPK. 2) Sekiranya salah satu kertas perkaedahan tidak lulus, bolehkah LMPK dijalankan?

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

10 hari ( 7 hari sebelum kuliah bermula)

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KULIAH HUJUNG MINGGU)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

LULUSAN DIPLOMA/SETARAF ALIRAN SASTERA SENARAI SEMUA PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR SEMESTER I SESI 2008/2009

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Peraturan Akademik Program Sarjana Muda Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2014

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

KELAYAKAN MINIMUM (Kategori Diploma/Setaraf IB,AUSMAT, A Level dan lain-lain) PROGRAM SARJANA MUDA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Transkripsi:

PERMOHONAN PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SOALAN-SOALAN LAZIM 1. Apakah program pengajian separuh masa yang ditawarkan di UTMSPACE? Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu:- Program Sarjana Muda dan Diploma separuh masa UTM. Sila rujuk laman sesawang permohonan UTMSPACE bagi melihat senarai program yang ditawarkan bagi setiap semester. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan 2. Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan? Sesi pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun bagi program diploma dan sarjana muda seperti berikut:- Program Diploma Perkara Pengambilan Semester Pertama Tempoh Permohonan Pengambilan Semester Kedua Tempoh Permohonan Program Sarjana Muda Perkara Pengambilan Semester Pertama Tempoh Permohonan Pengambilan Semester Kedua Tempoh Permohonan Bulan Jun Mac April November Ogos September Bulan September Jun Julai Februari November Disember 3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan? Permohonan boleh dibuat di atas talian www.utmspace.edu.my 4. Adakah setiap program ditawarkan pada setiap sesi pengambilan? Tidak semestinya kerana penawaran program di satu-satu pusat pembelajaran pada satu-satu masa bergantung kepada dua faktor, iaitu:- i. Kelulusan penawaran program oleh pihak fakulti ii. Kuota minimum permohonan yang telah ditetapkan

5. Apakah syarat kemasukan untuk memohon program ini? Syarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada Syarat Umum dan Syarat Kemasukan Program. Sila layari laman web www.utmspace.edu.my untuk keterangan lanjut. 6. Adakah boleh memohon program yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki atau masih belum mendapat keputusan Malaysian University English Test (MUET)? Ya boleh, tetapi calon mesti mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dalam tempoh 2 tahun pertama pengajian. 7. Adakah Program Pengajian Separuh Masa SPACE diiktiraf oleh badan professional dan MQA? Ya, program-program Pengajian Separuh Masa SPACE yang dijalankan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan professional yang berkenaan. 8. Apakah perbezaan mod Program Pengajian Separuh Masa dengan Program Pengajian Jarak Jauh? Program Pengajian Separuh Masa melibatkan 100% pengkuliahan bersemuka. Manakala, Program Pengajian Jarak Jauh melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian antara pensyarah dan pelajar. 9. Bolehkah lepasan Diploma Eksekutif mengikuti program Sarjana Muda Separuh Masa? Tidak boleh, kerana tidak memenuhi Syarat Kemasukan Program. TEMPOH PENGAJIAN 1. Berapakah tempoh pengajian bagi satu-satu program SPACE? Tempoh pengajian adalah bergantung kepada Jumlah Kredit Program yang wajib disempurnakan dan jumlah kursus yang didaftarkan dalam satu-satu semester seperti berikut:- Diploma (kecuali Senibina) Sarjana Muda Senibina Jumlah Kredit Program 93 hingga 99 100 hingga 140 159 Beban Kredit Semester I 10 10 10 Semester II 10 10 10 Semester III 6 6 6 Tempoh Pengajian (Minimum)* 3 Thn 6 Bln 4 Thn 6 Bln 6 Thn 9 Tahun 10 Tahun 14 Tahun Tempoh Pengajian (Maksimum) 18 Semester 20 Semester 28 Semester *Tempoh pengajian minimum adalah bergantung kepada bilangan pengecualian/pindah kredit sesuatu program

2. Bagaimanakah pembahagian semester pengajian bagi satu sesi pengajian? Pembahagian sesi pengajian mengikut semester adalah seperti berikut:- Semester Lazim Semester Pendek Perkara Semester I Semester II Perkara Semester III Perkuliahan 15 minggu 15 minggu Minggu Makmal 1 minggu Minggu Ulang Kaji 1 minggu 1 minggu Perkuliahan & Peperiksaan 8 minggu Peperiksaan Akhir 3 minggu 3 minggu Cuti 4 minggu 10 minggu Cuti 1 minggu @ Semester Pendek Jumlah 23 minggu 29 minggu Jumlah Keseluruhan 52 minggu Jumlah Keseluruhan 10 minggu KULIAH 1. Bilakah waktu kuliah bagi setiap semester pengajian? Kuliah dijalankan pada setiap hujung minggu mengikut pusat-pusat pembelajaran berikut:- Negeri Hari Waktu Kedah, Kelantan dan Terengganu Jumaat Sabtu 2.30 ptg 07.00 ptg 08.00 mlm 10.00 mlm 8.30 pagi 01.00 tgh 02.00 ptg 06.30 ptg Johor Jumaat 6.00 ptg 07.00 ptg 08.00 mlm 10.00 mlm Sabtu 2.00 ptg 06.30 tgh @ 11.00 pg 08.00 mlm 10.00 mlm Selain di atas Sabtu 2.00 ptg 06.30 ptg 08.00 mlm 10.00 mlm Ahad 8.30 pagi 01.00 tgh 02.00 ptg 06.30 ptg

2. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Penggunaan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun bergantung kepada setiap fakulti. 3. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus? Pendaftaran kursus bagi pelajar kanan dibuat secara atas talian kecuali pelajar baru. 4. Bila pendaftaran kursus boleh dilakukan? Pendaftaran kursus mesti dilakukan tidak lewat daripada EMPAT BELAS (14) hari sebelum semester bermula sebagaimana tarikh-tarikh yang ditetapkan universiti. 5. Apakah kesan sekiranya pendaftaran kursus dilakukan selepas tempoh pendaftaran ditetapkan? Pelajar tidak dibenarkan mengikuti pengajian pada semester berkenaan. 6. Sekiranya berlaku kesilapan sewaktu pendaftaran kursus, apakah tindakan yang boleh dilakukan? Pelajar mesti membuat pembetulan dalam tempoh ditetapkan. 7. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian? Pelajar hendaklah mendaftar tidak kurang daripada jumlah Kredit Minimum, iaitu SATU (1) kredit dan tidak lebih daripada SEPULUH (10) kredit bagi semester lazim dan ENAM (6) kredit bagi semester pendek. Ini termasuk kursus Hadir Sahaja (HS) dan kursus Hadir Wajib (HW) dalam sesuatu semester. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada SEPULUH (10) kredit bagi semester lazim hendaklah mendapat kebenaran Dekan Fakulti pelajar atau pegawai lain yang diluluskan oleh Dekan Fakulti yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pelajar TIDAK dibenarkan mengambil lebih daripada DUA BELAS (12) kredit dalam sesuatu semester lazim. Pelajar yang ingin mendaftar lebih daripada ENAM (6) kredit bagi semester pendek hendaklah mendapat kebenaran Dekan Fakulti pelajar atau pegawai lain yang diluluskan oleh Dekan Fakulti yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pelajar TIDAK dibenarkan mengambil lebih daripada LAPAN (8) kredit dalam sesuatu semester pendek.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kredit? Pengecualian Kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program. Had Pengecualian Kredit yang boleh diberikan hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan kredit program. Pelajar yang diberikan pengecualian kredit adalah:- a. pelajar yang memiliki sijil atau diploma atau ijazah yang diiktiraf setaraf oleh universiti; atau b. pelajar yang mempunyai pengalaman kerja yang diiktiraf oleh universiti sebagai setaraf dengan kursus peringkat sijil atau diploma atau ijazah universiti; atau c. pelajar yang bertukar program pengajian sama ada dalam universiti atau dari IPT lain. 9. Bagaimanakah cara permohonan Pengecualian Kredit? Permohonan Pengecualian Kredit boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Pengecualian Kredit yang lengkap beserta transkrip keseluruhan sijil atau diploma yang telah disahkankepada fakulti bagi mendapatkan kelulusan permohonan. Syarat dan peraturan permohonan adalah seperti berikut:- a. Gred Lulus Gred minimum untuk mendapatkan Pengecualian Kredit ialah Gred C atau lebih tinggi mengikut sistem penggredan universiti b. Nilai Kredit Kursus yang diberikan Pengecualian Kredit hendaklah setara dengan kurikulum program pengajian universiti daripada segi pengiraan beban akademik dan nilai kredit. c. Kandungan Kursus dan Kurikulum Program Kandungan kursus yang diberikan Pengecualian Kredit hendaklah setaraf dengan kurikulum semasa atau tidak kurang daripada 80% daripada kandungan kursus berkaitan di universiti. 10. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat kursus yang gagal dalam satu-satu semester pengajian? Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus wajib atau elektif hendaklah menebus (mengambil semula) dengan cara mengulangi kursus tersebut sehingga lulus. 11. Apakah gred lulus bagi satu-satu kursus? Gred lulus untuk satu-satu kursus adalah tertakluk kepada keperluan fakulti dengan kelulusan senat. 12. Apakah kesan sekiranya tidak menghadiri pertemuan kursus? Pelajar yang hadir kurang daripada 70% masa pertemuan dalam sesuatu semester tanpa sebab munasabah yang boleh diterima oleh Universiti, tidak dibenarkan menghadiri semua bentuk pertemuan kursus dan menduduki sebarang bentuk penilaian selanjutnya. Markah SIFAR (0) akan diberikan bagi kursus yang berkenaan, atau Hadir Gagal (HG) bagi kursus berstatus Hadir Wajib (HW); dan kursus yang didaftarkan dengan taraf Hadir Sahaja (HS) tidak akan dicatatkan dalam transkrip.

13. Apakah sistem penilaian yang dilakukan bagi kursus yang dijalankan? Penilaian terhadap setiap kursus dibuat secara berterusan berdasarkan kerja kursus, peperiksaan akhir, bentuk lain yang dibuat dalam sesuatu semester pengajian menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan senat. 14. Bagaimanakah caranya sekiranya pelajar semester akhir yang belum melengkapkan kurikulum tetapi kursus tidak ditawarkan bagi membolehkan pelajar tersebut memohon penganugerahan? Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada SPACE bagi mendapatkan kelulusan penawaran kursus tersebut pada semester berkenaan. 15. Bagaimana pelajar program arus Perdana mohon pertukaran ke Pengajian Separuh Masa jika program beliau tidak ditawarkan secara separuh masa? Pelajar dikehendaki menukar kepada program yang sedia ada ditawarkan secara separuh masa di SPACE sebelum memohon pertukaran status pengajian. PENANGGUHAN PENGAJIAN 1. Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab berikut: 1.1 sebab kesihatan, 1.2 sebab peribadi, 1.3 Gap Year, 1.4 tindakan tatatertib. 2. Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan Universiti bagi menentukan sama ada pelajar dibenar untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian. 3. Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi SPACE untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan. 4. Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan. 5. Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut: 5.1 pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti atas sebab kesihatan, 5.2 pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana dikenakan tindakan tatatertib 5.3 pelajar yang ditangguhkan pengajian atas sebab kepentingan negara, 5.4 pelajar yang ditangguhkan pengajian kerana mengikuti program Gap Year

PEPERIKSAAN 1. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya tidak dapat menghadiri peperiksaan? Pelajar boleh memohon untuk menangguh menduduki peperiksaan atas sebab sakit. Pelajar dikehendaki mendapatkan Sijil Cuti Sakit (disahkan dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan) sebelum peperiksaan bermula dan mengemukakan kepada Pengerusi SPACE tidak lewat daripada DUA PULUH EMPAT (24) jam setelah peperiksaan yang berkenaan bermula kecuali atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti. Pelajar yang ditimpa musibah (seperti kemalangan, bencana alam atau kematian ibu bapa serta waris terdekat dan lain-lain perkara yang diperakukan oleh Universiti) boleh memohon penangguhan peperiksaannya dengan mengemukakan permohonan bertulis beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Pengerusi SPACE untuk kesnya dipertimbangkan oleh fakulti pelajar. Pelajar yang dikehendaki berkhidmat untuk negara boleh memohon penangguhan peperiksaannya dengan mengemukakan permohonan bertulis beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Pengerusi SPACE untuk kesnya dipertimbangkan oleh fakulti pelajar. Peperiksaan yang ditangguhkan hanya akan dijalankan dalam tempoh peperiksaan khas yang ditentukan oleh Universiti. 2. Apakah kriteria yang melayakkan Menduduki Peperiksaan Khas? Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kriteria berikut:- Peperiksaan Khas akan diadakan bagi pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan atau atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti dan pelajar yang ditimpa musibah (seperti kemalangan, bencana alam atau kematian ibu bapa serta waris terdekat dan lain-lain perkara yang diperakukan oleh Universiti) dan atas kepentingan negara. Pelajar dikehendaki mengemukakan permohonan beserta dengan bukti kepada SPACE. Peperiksaan khas juga boleh diadakan bagi pelajar semester akhir yang lulus dengan taraf Kedudukan Baik (KB), tetapi gagal dalam SATU (1) kursus setelah menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut bagi mana-mana DUA (2) semester terakhir pengajian, kecuali semester di mana pelajar menjalani Latihan Industri/ Praktikum dengan syarat pelajar mengambil kursus tersebut setiap kali ditawarkan di pusat pembelajaran berkaitan Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri/ Praktikum pada semester terakhir pengajian boleh memohon untuk menduduki Peperiksaan Khas seperti dalam perkara (2) pada semester sebelumnya

3. Bolehkah semakan markah dilakukan sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan? Boleh, dengan syarat pelajar hendaklah mengemukakan borang Rayuan Keputusan Gred Kursus dengan kadar yuran yang ditetapkan 4. Apakah prosedur sekiranya pelajar memohon pertukaran pusat peperiksaan? Memaklumkan secara bertulis kepada SPACE untuk tindakan selanjutnya dalam tarikh permohonan ditetapkan. 5. Sekiranya kedudukan pencapaian akademik pelajar kurang memuaskan, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan? Pelajar diberi peluang dengan kebenaran fakulti membaiki gred kursus di sepanjang tempoh pengajian dengan syarat berikut:- a. Mendapat kelulusan fakulti; b. Membaiki gred untuk kursus yang mendapat gred B atau ke bawah; c. Membaiki gred untuk mana-mana kursus hanya dibenarkan sekali sahaja; d. Permohonan membaiki gred kursus yang diluluskan akan dikenakan bayaran sebagaimana pendaftaran kursus secara lazim. Pelajar yang telah Tamat Program dengan Kedudukan Baik (KB) dibenarkan membaiki gred dalam tempoh maksimum TIGA (3) tahun tertakluk kepada tempoh pengajian maksimum. PENGANUGERAHAN 1. Apakah syarat yang membolehkan pelajar membuat permohonan penganugerahan? Pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian dikehendaki memohon penganugerahan diploma/ijazah. Pelajar yang pernah membuat permohonan tetapi tidak berjaya menamatkan pengajian dikehendaki membuat permohonan semula. Pelajar hanya layak dianugerahkan diploma/ijazah setelah syarat berikut dipenuhi:- a. Mendapat Kedudukan Baik (KB); b. Lulus dalam semua kursus yang ditetapkan; c. Memohon penganugerahan dan mendapat perakuan fakulti; dan d. Syarat-syarat lain yang ditetapkan 2. Bagaimanakah cara menyemak status penganugerahan? Pelajar boleh menyemak status penganugerahan melalui laman sesawang di alamat www. utmspace.edu.my

KEWANGAN 1. Bolehkah pembayaran yuran dibuat secara ansuran? Boleh, pihak SPACE telah menyediakan jadual pembayaran dalam PERKARA PERKARA PENTING mengikut tempoh yang ditetapkan bagi setiap semester. 2. Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya pelajar masih mempunyai tunggakan yuran pengajian selepas tempoh pembayaran ketiga? Pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM5.00/hari (maksimum 28 hari bekerja) selepas tempoh pembayaran ketiga. 3. Bagaimanakah prosedur permohonan pinjaman kewangan daripada Institusi Kewangan? Pelajar perlu membuat permohonan Surat Pengesahan Pelajar dengan mengisi borang Pengesahaan Pelajar dan dikemukakan kepada SPACE sebelum berurusan sendiri dengan institusi kewangan yang berkaitan. 4. Adakah boleh pelajar membuat pengeluaran KWSP bagi menjelaskan yuran pengajian? Boleh. Permohonan pengeluaran KWSP perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. SPACE akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu). 5. Adakah pinjaman PTPTN boleh dibuat? Pelajar boleh memohon pinjaman secara atas talian. Pelajar perlu mengisi borang permohonan yang disediakan secara atas talian di http://www.ptptn.gov.my/. Pelajar yang ingin memohon pembiayaan daripada PTPTN perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PTPTN. SPACE akan membuat pengesahan status pengajian pelajar bagi urusan pengesahan pembayaran daripada PTPTN pada setiap semester. Bagi lain-lain urusan perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. 6. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka? Permohonan PTPTN dibuka bermula 1 bulan sebelum bulan semester bermula (Pelajar Kanan sahaja) dan kelompok kedua (Pelajar Baharu) pada bulan pertama semester dibuka sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang PTPTN.