TAWARAN BIASISWA SUKAN 2011 1/6
BIASISWA SUKAN Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa 2/6
hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak. OBJEKTIF Program ini mempunyai objektif seperti berikut: Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT. Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik. Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 3/6
DAN PEMILIHAN CALON 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak melebihi45 tahun bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Dr. Falsafah; 3. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Lanjutandari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan; 4. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu : Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT. Memiliki baki pengajian 4/6
sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT. 5. Masih dan bergiat aktif sebagai atlet dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan sebelum tarikh tutup permohonan. 6. Calon-calon yang telah berjaya dalam pemilihan Biasiswa Sukan ini akan dikategorikan seperti berikut: 5/6
BIL KATEGORI BUTIRAN i. ii. KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA) KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA) mewakili negara dalam Sukan Olimpik mewakili negara dalam kejohanan bertaraf dunia yang diiktiraf; mendapat pingat di Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Univers atau mendapat pingat emas di Sukan SEA. mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Su Universiti Dunia; atlet yang belum disenaraikan sebagai atlet elit atau merupakan atlet p negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia pe umur yang diiktiraf; mendapat pingat di peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf Mendapat pingat di peringkat Asian University Sport Federation (AUSF Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan. Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) Kategori 2 (Atlet Senior/Junior Antarabangsa) Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM 1000 sebulan RM 500 sebulan RM 250 sebulan Elaun Peralatan Sukan RM1000 setahun PERINGKAT PENGAJIAN Diploma Ijazah Sarjana PhD TEMPOH MAKSIMUM PENAJAAN 5 tahun 6 tahun 4 tahun 6 tahun 6/6