AL-KAFI #926 : PERKIRAAN HARI MASUK DAN HARI KELUAR DALAM HUKUM SOLAT MUSAFIR (JAMAK DAN QASAR)

dokumen-dokumen yang mirip
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

SOLAT JAMAK DAN QASAR

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

یحب أن تؤتى رخصھ كما یكره أن تؤنى معصیتھ. رواه أحمد

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

Hak Cipta Terpelihara :

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

BAYAN LINNAS SIRI KE-116: KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR AN

BAB XIII SALAT JAMAK DAN QASAR

Jadual Kehidupan Asrama 2017

Malam Nisfu Syaaban.

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

BORANG TUNTUTAN ELAUN KERJA LEBIH MASA

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE

Salah Faham Terhadap Hadith

PELAN TINDAKAN PENCERAMAH JEMPUTAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Kekeliruan-Kekeliruan Umat Islam di Hari Jumat

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

Keistimewaan Hari Jumat

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Pengajian tarjih rutin di ranting Muhammadiyah Desa Beji Kec Pedan, sholat tarawih 4 rakaat batal?

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Borang Soal Selidik. Tajuk kajian : PENGUASAAN RUKUN SOLAT MENERUSI KEM BESTARI SOLAT(KBS): KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH GUA MUSANG, KELANTAN.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

LATIH TUBI KECEMERLANGAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PENDIDIKAN ISLAM ( SET 1 )

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

Definisi Khutbah Jumat

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

SKRIPSI LUQMAN BIN ABDUL HAMID NIM:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

SULIT 45/1 45/1 Pendidikan Islam Kertas 1 Modul jam SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KOLEJ KEDIAMAN UniMAP

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Membaca Sebagian Al-Quran Dalam Khutbah Jum'at

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

PANDUAN LENGKAP SOLAT

LALUAN KEHIDUPAN

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

PAKEJ UMRAH (18 FEB MAC 2013) (12H 10M) (KUL MED) (JED KUL)

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Sirah Diteladani, Ibadah Dihayati TRADEWINDS TRAVEL SERVICES

PAKEJ UMRAH (1 APRIL APRIL 2013) (12H 10M) (KUL MED/JED KUL)

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 hingga ke H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT ISLAM UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/PIU/P001. PROSEDUR SOLAT JUMAAT Tarikh: 03/01/2011

Memburu Malam Seribu Bulan

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan. berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Assalamualaikum w.b.t

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

Petunjuk al-qur an dan al-sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas. Oleh Syaikh Muhammad al-shalih al- Utsaimin

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami:

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

BAYAN LINNAS SIRI KE- 123: HUKUM MEMAKAI KOSTUM ATAU COSPLAY

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

AMARAN! Pendaftaran Lewat

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Transkripsi:

AL-KAFI #926 : PERKIRAAN HARI MASUK DAN HARI KELUAR DALAM HUKUM SOLAT MUSAFIR (JAMAK DAN QASAR) 1 / 5

Soalan: Assalamualaikum wbt, Seperti yang kita maklum, hukum jamak dan qasar solat bagi musafir boleh dilakukan dalam tempoh tidak lebih tiga hari, tidak termasuk hari masuk dan hari pulang. Apa yang dimaksudkan dengan hari masuk dan hari pulang dalam hukum hakam jama qasar solat? Boleh ustaz jelaskan. Jawapan: Waalaikumussalam wbt, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat. Dalam kitab al-fiqh al-manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir: Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar. Ini berdasarkan hadis al-`ala bin al-hadhrami bahawa Rasulullah SAW bersabda:????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Orang Muhajirin bermukin di Mekkah selepas selesai menunaikan manasik selama tiga hari. Riwayat Muslim (no.1352) Sebahagian orang mungkin akan keliru; apakah yang dimaksudkan dengan hari masuk dan hari pulang? Adakah hari masuk dan pulang itu merangkumi 24 jam hari pertama dan terakhir atau bukan? Bagi menjawab isu ini, kami nukil perkataan Imam al-nawawi:?????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Tidak dikira daripada empat hari itu dua siang masuknya dan keluarnya mengikut pendapat yang sahih. Rujuk Minhaj al-tolibin (hlm. 44) Dalam syarahnya, kitab Hasyiah al-syirwani `ala Tuhfah al-muhtaj (2/377) disebut: 2 / 5

(??????????????????????????????????????????????????????????)??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: "[(Dan tidak dikira daripada empat hari itu dua siang masuknya)[1] ertinya dikira malam yang berikutan siang masuk itu. Begitu juga dikira siang yang berikutan malam masuk itu]. [2] (????????:???????????????????????????)????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: "[(atau dua malam masuknya) yakni tidak dikira siang masuknya dan malam masuknya, atau begitu juga kalau keadaan yang terbalik]." Berdasarkan keterangan di atas, terdapat perbezaan antara penggunaan hari selama 24 jam dan yang hari dalam konteks hukum jamak dan qasar. "Hari" dalam hukum itu bermaksud waktu siang dan waktu malam apabila seorang musafir itu sampai atau ingin pulang. Contohnya, jika seseorang itu sampai siang hari Isnin, maka dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar daripada tempat itu untuk musafir jauh ke tempat lain pula, pada siang hari Jumaat. Andai kata dia pulang malam Sabtu, maka tidak sah hukum solat jama` dan qasar yang dibuat kerana tidak cukup syarat. Selain itu, perlu difahami juga bahawa pertukaran hari dalam fiqh Islam adalah selepas waktu Maghrib (senja) dan bukan 12.00 tengah malam. Antara hikmah diberikan keringanan pada siang hari sampai dan siang hari pulang ialah kerana seorang musafir itu pastinya disibukkan dengan perkara-perkara yang keperluan ketika musafir (seperti pengangkutan, penginapan dan persediaan pulang) pada dua siang hari tersebut. Rujuk Mughni al-muhtaj (1/519) oleh Imam al-khatib al-syarbini. Kami nyatakan rajah berikut untuk memudahkan kefahaman: Malam # # # Siang Masuk Keluar Rajah 1 : Jika musafir itu sampai pada waktu siang 3 / 5

Huraian Rajah 1: Contohnya, Ali sampai ke Ipoh (destinasi musafir jauh) daripada Kuala Lumpur (tempat asal) pada jam 11.00 pagi hari Isnin. Dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar musafir jauh ke tempat lain, pada siang Jumaat. Jika dia berniat keluar Jumaat malam Sabtu maka dia tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tinggalnya dia di Ipoh. Adapun semasa perjalanan, maka tiada masalah. # # # Malam Masuk Keluar Siang Rajah 2 : Jika musafir itu sampai pada waktu malam Huraian Rajah 2: Contohnya, Ali sampai ke Ipoh daripada Kuala Lumpur (tempat asal) pada jam 11.00 malam Ahad malam Isnin. Dia hendaklah berniat untuk pulang semula ke tempat asalnya, atau keluar musafir jauh ke tempat lain, pada Khamis malam Jumaat. Jika dia berniat keluar siang Jumaat maka dia tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tinggalnya dia di Ipoh. Adapun semasa perjalanan, maka tiada masalah. Pendapat di atas ialah pendapat muktamad dan sahih dalam mazhab al-syafie. Inilah pendapat kami dan lebih memudahkan pada perkiraan. Terdapat pendapat lain dalam mazhab seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-khatib al-syirbini: Imam al-subki (alim mazhab Syafie) memilih pendapat mazhab Imam Ahmad bahawa rukhsah (untuk qasar solat sewaktu musafir) tidak berkait dengan bilangan hari, sebaliknya berkait dengan bilangan solat. Justeru, orang yang bermusafir boleh mengambil rukhsah itu dengan bilangan 21 kali perlaksanaan solat yang fardhu. Ini kerana perkara itu dilakukan secara tahqiq oleh Baginda? apabila bermusafir di kawasan al-abtoh. Mengikut pendapat yang sahih, rukhsah itu sebanyak 23 kali solat. Rujuk Mughni al-muhtaj (1/520) Subuh Zuhur # Asar 4 / 5

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Maghrib Isyak Rajah 3 : Jika musafir itu mengikut pendapat Imam al-subki Huraian Rajah 3: Contohnya, Ali sampai ke Ipoh daripada Kuala Lumpur (tempat asal) pada jam 11.00 pagi hari Isnin. Dia dibenarkan solat jamak dan qasar bermula daripada Zuhur hari Isnin sehingga Zuhur hari Jumaat. Kesimpulannya, seseorang yang musafir hendaklah berniat menetap tiga hari di destinasi musafirnya untuk membolehkannya mengambil rukhsah solat jamak dan qasar. Ini tidak termasuk siang hari sampai dan siang hari pulang, atau malam hari sampai dan malam hari pulang. Jika dihimpunkan keseluruhan hari tersebut, ia boleh mencecah lima hari. Semoga penerangan ini memberikan kefahaman yang baik kepada pembaca. Nota hujung: [1] Ini adalah perkataan Imam Ibn Hajar al-haitami dalam Tuhfah al-muhtaj, manakala hasyiah penerangannya diberi oleh Syeikh Abdul Hamid al-syirwani [2] Seperti mana yang difatwakan oleh Syeikh Ali Syubramallisi. Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 5 / 5