PROGRAM MOBILITI AKADEMIK PELAJAR

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

BORANG PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);


PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Syarat Khas Program Lepasan Diploma Bagi Sesi Akademik 2016/2017

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PEPERIKSAAN

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

UKM Global Student Mobility Partnerships Program (Ke Luar Negara)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

KELAYAKAN MINIMUM (Kategori Diploma/Setaraf IB,AUSMAT, A Level dan lain-lain) PROGRAM SARJANA MUDA

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

KAPS-12 Kod Amalan Syarat Kemasukan Khas - Bahasa Inggeris, Kesihatan SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS A MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

Peraturan Akademik Program Sarjana Muda Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2014

PEKELILING PENDAFTAR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

Transkripsi:

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Versi 2/ 2015

PROGRAM MOBILITI AKADEMIK 1. TERMINOLOGI Secara Umum Mobiliti pelajar merupakan syarat penting dalam melahirkan pelajar yang dinamik dan fleksibel. Ini merupakan salah satu elemen dalam pencapaian pelajar dalam kemahiran insaniah dan menimba pengalaman bersama komuniti. Program Mobiliti Akademik Berkredit atau Audit adalah suatu program yang melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran akademik samada dalam bentuk inbound atau outbound dari / ke institusi atau organisasi yang diiktiraf di dalam atau luar Negara dalam tempoh satu atau dua semester (maksimum) pengajian. INBOUND: Pelajar daripada institusi atau organisasi luar dan dalam Negara serta berdaftar di UTHM. OUTBOUND: Pelajar UTHM dan berdaftar ke institusi atau organisasi luar dan dalam negara. MOBILITI AKADEMIK BERKREDIT : Kursus akademik yang melibatkan perpindahan kredit dan diberikan kredit KIRA. MOBILITI AKADEMIK AUDIT : Kursus akademik yang berstatus hadir sahaja (HS) / hadir wajib (HW) dan diberikan kredit DAPAT. INSTITUSI / ORGANISASI: Mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) / swasta (IPTS) atau lain-lain organisasi yang menawarkan program yang setara dan diiktiraf oleh Senat UTHM.

2. TUJUAN Program Mobiliti Akademik inbound dan outbound memberikan peluang kepada pelajar menjalani aktiviti pembelajaran di institusi / organisasi Hos selain daripada istitusi / organisasi Induk. Pendedahan kepada persekitaran yang baru dapat memperluaskan interaksi sosial dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka sehingga dapat melahirkan graduan yang berwibawa dan pemangkin kea rah kesejahteraan kepada bangsa dan negara. 3. TAFSIRAN 3.1 Institusi / Organisasi Induk Institusi / organisasi asal di mana pelajar mendaftar program / kursus di peringkat Diploma, Sarjana Muda atau pun Ijazah Lanjutan. 3.2 Institusi / Organisasi Hos Institusi / Organisasi penerima yang menerima pelajar dan berdaftar kursus yang setara di bawah program di peringkat Diploma, Sarjana Muda ataupun Ijazah Lanjutan. 3.3 Perpindahan Kredit Bilangan kredit yang diperolehi oleh pelajar dari Institusi / Organisasi Hos setelah mengikuti kursus tertentu dalam tempoh pengajian yang dibenarkan oleh Institusi / Organisasi Hos dan Institusi / Organisasi Induk. Jumlah kredit yang diperolehi di Institusi / Organisasi Hos juga hendaklah diiktiraf sebagai memenuhi syarat-syarat keperluan program di Institusi / Organisasi Induk. 4. DASAR PERPINDAHAN KREDIT 4.1 Kursus yang diikuti di Institusi / Organisasi Hos hendaklah diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti / Pusat Pengajian Institusi / Organisasi Induk sebagai setara dengan kursus dalam program yang sedang diikuti. Penetapan setara ditentukan oleh Institusi / Organisasi Induk. Ulasan Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Pengajian mengenai perkara ini hendaklah dimasukkan dalam borang permohonan perpindahan kredit pelajar berkenaan.

4.2 Kursus-kursus yang dibenarkan untuk perpindahan kredit ialah kursus di Institusi / Organisasi Hos yang mempunyai bilangan kredit yang sama atau lebih dengan kursus setara di Institusi / Organisasi Induk. Sekiranya kurang, beberapa kursus yang diperakukan oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti/Pusat Pengajian Institusi / Organisasi Induk boleh digabungkan bagi mencapai tahap keperluan kredit program pengajian yang sedang diikuti. 4.3 Isi kandungan (silibus) kursus yang diikuti di Institusi / Organisasi hos hendaklah sekurang-kurangnya 80% dari isi kandungan (silibus) kursus di Institusi / Organisasi Induk 4.4 Markah minimum bagi setiap kursus yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan perpindahan kredit ialah sekurang-kurangnya 50 markah dan ke atas tetapi Fakulti/Pusat Pengajian Institusi / Organisasi Induk boleh menetapkan markah minimum yang lebih tinggi tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti. 4.5 Jumlah jam kredit bagi tujuan perpindahan kredit hendaklah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit lulus program pengajian yang sedang diikuti di Institusi / Organisasi Induk. 4.6 Gabungan jumlah kredit untuk tujuan perpindahan kredit dan pengecualian kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan Akademik Bahagian V perkara 14 (1) hendaklah tidak melebihi 50% kredit lulus program. 4.7 Sepanjang tempoh pengajian, pelajar hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja di Institusi / Organisasi hos yang sama untuk tujuan perpindahan kredit. 4.8 Kredit dan markah yang diperolehi daripada program mobiliti akademik berkredit akan diambilkira dalam keperluan program pengajian di Institusi / Organisasi Induk bagi memenuhi syarat pengijazahan. 4.9 Kredit yang diperolehi daripada program mobiliti akademik audit Latihan Industri / Latihan Mengajar diambilkira dalam keperluan program pengajian di Institusi / Organisasi Induk bagi memenuhi syarat pengijazahan. 4.10 Lain-lain mobiliti akademik audit boleh diambilkira dalam keperluan program pengajian di Institusi / Organisasi Induk.

5. KAEDAH PELAKSANAAN 5.1 Pelajar UTHM (outbound ) boleh memohon untuk mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan oleh Institusi / Organisasi Hos, tertakluk kepada kebenaran Dekan Fakulti / Pusat Pengajian Institusi / Organisasi Hos dan juga Institusi / Organisasi Induk. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan sebelum program dilaksanakan. 5.2 Pelajar UTHM (outbound ) mengemukakan permohonan kepada Dekan Fakulti / Pusat Pengajian masing-masing dengan mengisi borang permohonan lengkap yang disediakan. Sila rujuk carta alir seperti di Lampiran B. 5.3 Pelajar tidak dibenarkan mengikuti program mobiliti akademik di semester akhir program pengajian KECUALI program Mobiliti Audit seperti program Latihan Industri / Latihan Mengajar / Projek PSM / Penyelidikan / Penggunaan kemudahan Makmal. 5.4 Jumlah semester pengajian pelajar yang diambilkira adalah tertakluk kepada jumlah semester lazim sahaja. Manakala bagi Semester pendek tidak termasuk dalam pengiraan semester. 5.5 Pelajar yang sedang mengikuti kursus di Institusi / Organisasi Hos tidak dibenarkan Tarik Diri (TD) atau menggugurkan kursus tersebut kecuali dengan persetujuan Dekan Fakulti / Pusat Pengajian Institusi / Organisasi Hos dan Institusi / Organisasi Induk. 5.6 Sekiranya pelajar diberhentikan atau gagal menyelesaikan kursus di Institusi / Organisasi Hos, pelajar dikehendaki membayar sebarang bentuk bantuan kewangan yang telah diberikan. 5.7 Pelajar yang mengikuti kursus di Institusi / Organisasi Hos adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan kursus yang ditetapkan oleh Institusi / Organisasi Hos berkenaan semasa dalam tempoh berkenaan. 5.8 Institusi / Organisasi Hos mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat keputusan akhir untuk menerima atau menolak permohonan pelajar. 5.9 Setelah tamat program, Institusi / Organisasi Hos perlu mengemukakan surat pengesahan markah yang diperakukan oleh Dekan atau setaraf dengannya kepada Institusi / Organisasi Induk.

5.10 Markah perlu disahkan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti, Jawatankuasa Akademik Fakulti, Jawatankuasa Pengajian dan dimaklumkan kepada Senat Institusi / Organisasi Induk. 5.11 Walaubagaimanapun, bagi tujuan perpindahan kredit, pelajar hendaklah memohon dengan melengkapkan borang permohonan perpindahan kredit (Lampiran B) dengan melampirkan salinan transkrip akademik rasmi daripada Institusi / Organisasi hos yang telah diperakui sah. 6.0 KELAYAKAN PELAJAR Pelajar yang mengikuti program mobiliti akademik adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: 6.1 Pelajar berdaftar yang sedang mengikuti program di peringkat Diploma, Sarjana Muda serta Ijazah Lanjutan secara sepenuh masa; 6.2 Bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya satu semester pengajian manakala bagi pelajar Ijazah Lanjutan, pelajar boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini pada semester pertama pengajian tertakluk kepada kebenaran dari Dekan Fakulti/Pusat; 6.3 Pelajar mempunyai pencapaian akademik yang baik dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) semasa sekurang-kurangnya 2.75 bagi program mobiliti dalam negara dan 3.00 untuk program mobiliti luar negara; 6.4 Pelajar tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib semasa permohonan ini dikemukakan.

7.0 YURAN DAN KOS PENGAJIAN Pelajar perlu membayar yuran pengajian yang ditetapkan kepada Institusi / Organisasi Induk atau Institusi / Organisasi Hos tertakluk kepada persetujuan di antara Institusi / Organisasi Hos dan Institusi / Organisasi Induk ( Melalui MoU atau MoA ) 8.0 PENGINAPAN 8.1 Penginapan asrama universiti boleh ditawarkan bergantung kepada kekosongan. Yuran penginapan akan dikenakan pada kadar yang ditetapkan oleh Institusi / Organisasi Hos. 8.2 Sekiranya tiada kekosongan, Institusi / Organisasi Hos boleh membantu pelajar untuk mendapatkan penginapan luar yang sesuai sepanjang tempoh program. Kos sewaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. 8.3 Yuran penginapan akan dikecualikan sekiranya terdapat sebarang perjanjian bertulis (MoU / MoA) di antara Institusi / Organisasi Hos dan Institusi / Organisasi Induk. 9.0 PERUBATAN. 9.1 Pelajar antarabangsa dimestikan membuat pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital kerajaan atau Pusat Kesihatan Institusi / Organisasi Hos dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. 9.2 Pelajar mobiliti akademik yang berdaftar akan diberikan segala kemudahan perubatan sebagai seorang pelajar sepertimana pelajar yang berdaftar sepenuh masa di Institusi / Organisasi Hos. 9.3 Pelajar juga dinasihatkan untuk mempunyai insuran perubatan untuk menampung sebarang kos perubatan sekiranya perlu dan kos ditanggung oleh pelajar.

10.0 PERKARA AM 10.1 Semua pelajar yang mengikuti kursus di Institusi / Organisasi Hos adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa di Institusi / Organisasi Hos sepanjang tempoh kursus / program pelajar. 10.2 Insitusi / Organisasi Hos berhak menamatkan tempoh program ke atas mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Institusi / Organisasi Hos. 11.0 LAMPIRAN BORANG 11.1 Borang Permohonan Program Mobiliti Akademik 12.0 CARTA ALIR PROSES