WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 7 Mac 2017 7 March 2017 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2017 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2017 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL S CHAMBERS
AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2017 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 [Akta 612], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2017. (2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2017. Pindaan Jadual Pertama 2. Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 dipinda (a) dalam Bahagian I, dalam perenggan A. Sektor Perkilangan (i) dalam subperenggan (1), dengan menggantikan perkataan lima puluh dengan perkataan sepuluh ; dengan memotong subperenggan (2); dan (iii) dalam subperenggan (3) (A) dengan menomborkan semula subperenggan yang sedia ada sebagai subperenggan (2); dan dengan menggantikan subperenggan (2) yang dinomborkan semula dengan subperenggan yang berikut: 2
(2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan A(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. ; (b) dalam Bahagian I, dalam perenggan B. Sektor Perkhidmatan (i) dalam subperenggan (1) (A) dalam butiran (xxxvi), dengan menggantikan noktah di hujung butiran itu yang terdapat selepas perkataan hospital veterinar dengan koma bernoktah; dan dengan memasukkan selepas butiran (xxxvi) butiran yang berikut: (xxxvii) Perkhidmatan pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka, iaitu penjualan item seperti barang-barang runcit, keperluan harian, hasil tanaman, daging, konfeksi, minuman, perkakasan domestik dan keperluan tandas, pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan apa-apa jenis pakaian yang lain, barangan elektrik, perabot atau apa-apa barangan untuk jualan yang lain; 3
(xxxviii) Perkhidmatan makanan dan minuman, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan makanan dan minuman). ; dengan memotong subperenggan (2) dan (3); dan (iii) dalam subperenggan (4) (A) dengan menomborkan semula subperenggan yang sedia ada sebagai subperenggan (2); dan dengan menggantikan subperenggan (2) yang dinomborkan semula dengan subperenggan yang berikut: (2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan B(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. ; (c) dalam Bahagian I, dalam perenggan C. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian (i) dalam subperenggan (1), dengan menggantikan perkataan lima puluh dengan perkataan sepuluh ; 4
dengan memotong subperenggan (2); dan (iii) dalam subperenggan (3) (A) dengan menomborkan semula subperenggan yang sedia ada sebagai subperenggan (2); dan dengan menggantikan subperenggan (2) yang dinomborkan semula dengan subperenggan yang berikut: (2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan C(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. ; dan (d) dengan menggantikan Bahagian II dengan Bahagian yang berikut: BAHAGIAN II Kelas Majikan Industri A. Sektor Perkilangan Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja Industri perkilangan yang berhubungan dengan Sektor Perkilangan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan A(1) Bahagian I 5
B. Sektor Perkhidmatan Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja Kelas Majikan Semua industri yang berhubungan dengan Sektor Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan B(1) Bahagian I Industri C. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian Majikan yang mempunyai lima hingga sembilan orang pekerja Industri perlombongan dan pengkuarian yang berhubungan dengan Sektor Perlombongan dan Pengkuarian sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan C(1) Bahagian I.. Dibuat 28 Februari 2017 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/5/3; PN(PU2)616/IV] DATO SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Menteri Sumber Manusia 6
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2017 IN exercise of the powers conferred by section 49 of the Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 [Act 612], the Minister makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Amendment of First Schedule) Order 2017. (2) This Order comes into operation on 1 April 2017. Amendment of First Schedule 2. The First Schedule to the Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 is amended (a) in Part I, in paragraph A. Manufacturing Sector (i) in subparagraph (1), by substituting for the word fifty the word ten ; by deleting subparagraph (2); and (iii) in subparagraph (3) (A) by renumbering the existing subparagraph as subparagraph (2); and 7
by substituting for subparagraph (2) as renumbered the following subparagraph: (2) Change of number of employees In the event that the number of employees of the employer under subparagraph A(1) decreases to below ten, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees. ; (b) in Part I, in paragraph B. Service Sector (i) in subparagraph (1) (A) in item (xxxvi), by substituting for the full stop at the end of the item appearing after the words veterinary hospitals a semicolon; and by inserting after item (xxxvi) the following item: (xxxvii) Hypermarket, supermarket and departmental store services, that is, the sale of items such as groceries, daily necessities, garden produce, meat, confectionery, beverages, domestic hardware and toilet requisites, menswear, womenswear, children s wear and any other types of apparels, electrical goods, furniture or any other goods for sale; (xxxviii) Food and beverage services, that is, any business or activity of any description involving food or 8
drink provision services for customers or for an event (but excluding food and beverages manufacturing activities). ; by deleting subparagraphs (2) and (3); and (iii) in subparagraph (4) (A) by renumbering the existing subparagraph as subparagraph (2); and by substituting for subparagraph (2) as renumbered the following subparagraph: (2) Change of number of employees In the event that the number of employees of the employer under subparagraph B(1) decreases to below ten, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees. ; (c) in Part I, in paragraph C. Mining and Quarrying Sector (i) in subparagraph (1), by substituting for the word fifty the word ten ; by deleting subparagraph (2); and 9
(iii) in subparagraph (3) (A) by renumbering the existing subparagraph as subparagraph (2); and by substituting for subparagraph (2) as renumbered the following subparagraph: (2) Change of number of employees In the event that the number of employees of the employer under subparagraph C(1) decreases to below ten, the rate of levy imposed shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the employees. ; and (d) by substituting for Part II the following Part: PART II Class of Employers Industry A. Manufacturing Sector Employers with five to nine employees Manufacturing industry relating to the Manufacturing Sector as specified in subparagraph A(1) of Part I B. Service Sector Employers with five to nine employees All industries relating to the Service Sector as specified in subparagraph B(1) of Part I 10
Class of Employers Industry C. Mining and Quarrying Sector Employers with five to nine employees Mining and Quarrying industry relating to the Mining and Quarrying Sector as specified in subparagraph C(1) of Part I.. Dibuat 28 February 2017 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/5/3; PN(PU2)616/IV] DATO SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Minister of Human Resources 11