PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA KAWASAN TARIKH NO. SOALAN LISAN Y.B.DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH JASIN 8.10.2014 (RABU) 44 Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penerima, pelbagai jenis bantuan dan amaun dana yang dilulus dan diagihkan (berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan) oleh Kerajaan untuk membantu individu usahawan dan syarikat mengikut kaum dan industri bagi tempoh 2012-2014 serta langkah-langkah konkrit untuk memastikan lebih banyak berjaya diluluskan dan lebih ramai lagi Bumiputera menerimanya. JAWAPAN: Tuan Yang DiPertua, Bagi tempoh Januari 2012 hingga Ogos 2014, sejumlah RM8.04 bilion daripada RM8.3 bilion atau 96.8% dana yang diterima telah diagihkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI) dan Agensi di bawahnya bagi melaksanakan program membantu usahawan dalam membangun dan meningkatkan 1
keupayaan mereka dalam bidang perniagaan. Agensi-agensi MITI yang terlibat ialah: i) Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank); ii) SME Corporation Malaysia (SME Corp.); dan iii) Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF). Pecahan kelulusan mengikut kaum bagi tempoh 2012 hingga Ogos 2014 pula adalah seperti berikut: Bil. kelulusan Nilai RM bilion Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah 4,954 {73.7o/o) 1, 766 {26.3 /o) 6,720 6.76 (84.1 %) 1.28(15.9%) 8.04 billion Pecahan kelulusan mengikut sektor (industri) pula adalah seperti berikut: i) Makanan, minuman, pemborongan dan runcit (40.2%) ii) Pembuatan (14.6%) iii) Kewangan, insurans dan hartanah (12.9%) iv) Perkhidmatan kesihatan dan pelajaran (12.8%) v) Pembinaan (10.1%) 2
vi) Pengangkutan dan komunikasi (9.4o/o) Tuan Yang Dipertua, Antara langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan mereka yang telah diluluskan pinjaman dan geran berjaya dalam perniagaan mereka adalah: i) menganjurkan lebih banyak program kesedaran secara berterusan kepada mereka yang telah diluluskan bantuan dengan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai peluang-peluang pengembangan perniagaan agar lebih berdaya saing dan berdaya maju; ii) mengadakan lebih banyak program turun padang (outreach) bagi menghebahkan mengenai kemudahan dana yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan sasar (orang awam) agar mereka sedar akan kemudahan dana yang tersedia; dan iii) MITI dan Agensi akan terus mengadakan kerjasama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain yang berkaitan pembangunan keusahawanan dalam usaha memperkukuhkan lagi program pembangunan termasuk usahawan Bumiputera. 3
NO. SO ALAN: 45 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA TUAN LIM KIT SIANG [ GELANG PATAH] TARIKH 8 OKTOBER 2014 RUJUKAN 7328 SOALAN: Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sa rna ada usaha 1 Malaysia telah gaga I kerana Kerajaan gagal menyekat pembiakan kumpulan-kumpulan pelampau kaum dan agama.
JAWAPAN: Tuan Yang di-pertua, Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Gelang Patah mengenai usaha Kerajaan di dalam mempromosikan 1 Malaysia telah gagal adalah tidak benar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara. Mungkin kerana pendekatan ini, maka timbullah segelintir kumpulan atau individu yang mengambil kesempatan dan ditakrifkan sebagai pelampau kaum dan agama sepertimana yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat. Oleh yang demikian, bagi mengekang aktiviti kumpulan atau individu ini, tindakan tegas terhadap mereka terlibat mengikut / 1948 dan undang-undang lain yang masih berkuatkuasa. Di sini saya ingin menyeru agar semua pihak tidak menyalahkan kebebasan yang diberikan oleh Kerajaan ini semata-mata untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu sahaja demi menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan yang dinikmati selama ini. 2