PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail SIDANG PENGARANG : Jimmis Jumaat HEBAHAN & PUBLISITI :

dokumen-dokumen yang mirip
Peringatan : Umat Nabi Muhammad S.A.W

Api Neraka Telahpun Dihidupkan. Berapa Luaskah Ia?

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia SERUAN AL- BARZAKH (16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H)

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering


SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

PANDUAN SOLAT SUNAT DO A DAN WIRID

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Gambaran Isi Neraka. Tajuk : Gambaran Isi Neraka. Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Salman Alfarisy, Lc.* Sekretaris Asia Pacific Community for Palestine

Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH

[ Indonesia Indonesian

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Betapa Ngerinya Neraka

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

1. Di surga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Rangkuman Kata Mutiara Tentang Waktu

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Untuk Renungan bersama

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Tuduhan Bahwa Berpegang Terhadap Agama Penyebab Kemunduran Kaum Muslimin

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Bagaimanakah Neraka Serta Ahlinya

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Hari Raya Korban? (Idul Adha)

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Sahabat:"Dua orang yang saling mengasihi, dipertemukan karena ALLAH dan berpisah karena ALLAH

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.


Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

Istiqomah. Khutbah Pertama:

Siapakah Yesus Kristus? (3/6)

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

lagi. Allah tidak akan mengampuni pelakunya dan Allah pasti akan

"Tahukah engkau siapa si miskin itu?" Kami berkata, "lalah orang yang tidak punya dirham, dinar atau harta. "

SALAM PADA TUHAN Oleh Nurcholish Madjid

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

: :

Lailatul Qadar. Rasulullah SAW Mencontohkan beberapa amal khusus terkait Lailatul Qadar ini, di antaranya:


Renungan tentang kehidupan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

Hari Raya Korban? Hari Raya Korban? (Idul Adha) (Idul Adha) Yesus menyatakan:

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #12 oleh Chris McCann

Sifat Surga dan Penghuninya


Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #24 oleh Chris McCann

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Tipu Daya Setan Terhadap Manusia

PENGEJARAN DAN PEMBUNUHAN ISA AS. Pertanyaan Dari: H. Soekardi NBM , Baturetno (disidangkan pada hari Jum'at, 7 Shafar 1431 H / 22 Januari 2010)

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Yaasin Yaasin 2 1

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.7 Nabi Ya qub AS. dan Nabi Yusuf AS.

MELIHAT SURGA DAN NERAKA. 2. Kisah Nabi Idris a.s.

2 Untuk Jiwa Yang Merindu TUHAN-NYA

Ramadhan dan Taubat Kepada Allah

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Persiapan Menuju Hari Akhir

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Fadhilat Berbaik Sangka

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

Pertanyaan Nabi (1) : Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?

Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Transkripsi:

PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail SIDANG PENGARANG : Jimmis Jumaat HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi ie

TAJUK : YA RASULULLAH! SAYANGNYA ENGKAU KEPADA KAMI OLEH : USTAZ JIMMIS JUMAAT PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM Dari Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa malaikat Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada suatu waktu di luar kebiasaan dengan raut wajah yang berbeza dari yang biasanya. Rasulullah SAW pun bertanya, Wahai Jibril, kenapa aku melihat raut wajahmu berbeza? Jibril pun menjawab, Wahai Muhammad! aku datang kepadamu pada saat Allah SWT memerintahkan supaya api neraka dinyalakan. Mana mungkin bagi orang yang mengetahui bahawa neraka, seksa kubur dan seksa Allah itu sangatlah dahsyat untuk merasa senang sebelum dirinya betul-betul merasa aman dari ancaman itu. Rasulullah SAW berkata Wahai Jibril, gambarkanlah keadaan neraka itu kepadaku Jibril berkata Baik,.. Ketika Allah SWT menciptakan neraka, apinya dinyalakan seribu tahun lamanya sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat, sejak itu nyalaan dan baranya tidak pernah padam. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya neraka itu berlubang sebesar lubang jarum, nescaya seluruh penghuni dunia akan terbakar kerana panasnya. Tidak setakat itu, Jibril meneruskan bicaranya. Demi zat yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya semua penghuni dunia akan mati disebabkan bau busuk dan panasnya. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya sehasta dari mata rantai sebagaimana yang disebutkan di dalam al-quran diletakkan di puncak gunung, nescaya bumi hingga ke dalamnya akan meleleh. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya ada seseorang yang berada di hujung barat dunia ini diseksa, nescaya orang yang berada di hujung timur akan terbakar kerana panasnya. Sesungguhnya neraka itu mempunyai tujuh pintu dan pada setiap pintu itu dibahagi-bahagikan untuk lelaki dan perempuan. Lantas Rasulullah SAW pun bertanya, Apakah pintu-pintu itu seperti pintu kami? Jibril menjawab Tidak. Pintu itu sentiasa terbuka dan pintu yang satu berada di bawah pintu yang lain. Jarak setiap pintu dengan pintu yang lainnya adalah sejauh 70 tahun perjalanan. Manakala Pintu yang berada di bawah 70 kali lebih panas daripada pintu yang berada di atasnya. Musuh-musuh Allah SWT diseret ke sana dan jika mereka sampai di pintu itu, maka Malaikat Zabaniyah pun menyambut mereka dengan membawa rantai dan belengu. Rantai itu dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari lubang duburnya, manakala tangan kirinya dibelenggu ke lehernya dan tangan kanannya dimasukkan kedalam dada sehingga tembus ke bahunya. Setiap orang yang derhaka itu dirantai bersama syaitan dalam belenggu yang sama. Lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh malaikat dengan palu. Setiap kali mereka ingin melepaskan diri keluar dari neraka disebabkan kesengsaraan yang tidak terperi itu, nescaya mereka dikembalikan ke dalam neraka. Semakin cemas Rasulullah SAW pun terus bertanya, Wahai Jibril, siapakah yang akan menempati pintu yang pertama? Jibril menjawab, pintu pertama dinamakan Hawiyyah, yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. Ketika kelihatan pada wajah nabi SAW tanda kesedihan lalu dia bertanya lagi. Siapakah yang akan melalui pintu yang kedua? pintu yang kedua dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin. Jelas malaikat Jibril. Bagaimana dengan pintu ketiga? Tanya Rasulullah SAW lagi. Pintu ketiga dinamakan Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum Shobiin atau kaum penyembah api. Jawab malaikat Jibril. Selanjutnya pintu keempat untuk siapa? Tanya Rasulullah SAW. Pintu keempat dinamakan Ladza, untuk Iblis dan pengikutnya jawab Jibril.

SAMBUNGAN Rasulullah SAW terdiam sejenak, dia berharap tidak ada satu pun pintu neraka yang diperuntukkan bagi umatnya. Kemudian pintu kelima dan keenam untuk siapa? Tanya Rasulullah SAW. Pintu kelima dinamakan Huthamah, diperuntukkan untuk kaum Yahudi, sedangkan pintu keenam dinamakan Sa ir untuk kaum kafir, jelas malaikat Jibril. Wahai Jibril, sekarang ceritakanlah kepadaku tentang pintu neraka yang ketujuh itu? Pinta Rasulullah SAW. Mendengar pertanyaan tersebut malaikat Jibril terdiam kaku seperti ragu untuk menceritakannya. Akan tetapi disebabkan Rasulullah SAW terus mendesaknya, maka Malaikat Jibril pun tak berupaya untuk menolaknya. Ya Rasulallah, pintu ketujuh itu diperuntukkan untuk umatmu yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat. Jelas malaikat Jibril yang sedikit ketakutan. Setelah mendengar penjelasan daripada malaikat Jibril tersebut Rasulullah SAW terkejut lalu jatuh pengsan. Sungguh baginda tidak menyangka bahawa umat yang sangat dicintainya pun disediakan tempat di neraka. Begitu sayangnya baginda kepada umatnya sehingga seolah-olah baginda merasakan penderitaan, seksaan dan kesakitan yang menimpa umatnya yang dimasukkan ke dalam neraka yang telah dijanjikan. Tidak hanya setakat itu, setelah baginda tersedar dari pengsannya, baginda SAW masih merasakan kesedihan itu, baginda tidak dapat menahan air mata baginda yang mengalir deras. Sungguh dialah Nabi dan Rasul yang sangat peduli kepada umatnya, walaupun setelah pemergiannya. Semoga kita mendapat syafa at dari baginda SAW. Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya lagi kepada malaikat Jibril dengan penuh kesedihan Wahai Jibril, aku sangat sedih setelah mendengar penjelasanmu. Apakah ada dari umatku nanti yang akan masuk dari pintu ketujuh itu? Malaikat Jibril mengangukkan kepala dan ini mengisyaratkan kepada baginda bahawa memang ada dari kalangan umatnya yang akan dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja dan mati dalam keadaan belum bertaubat. Setelah beberapa hari peristiwa kedatangan malaikat Jibril itu, Rasulullah SAW kelihatan hanya berdiam diri, tidak bercakap dengan sesiapa pun dan hanya mengurung diri di rumah baginda. Baginda hanya keluar rumah hanya ketika hendak ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah namun terus kembali ke rumah baginda setelah selesai daripada itu. Para sahabat setelah melihat keadaan nabi seperti itu merasa kehairanan serta turut merasakan kesedihan melihat keadaan sang kekasih mereka. Kemudian mereka pun berkunjung ke rumah Rasulullah SAW untuk mencari jawapan tentang gerangan apakah yang membuatkan Rasulullah SAW berkeadaan seperti itu. Wahai Rasulullah, kenapakah engkau nampak begitu sedih? tanaya seorang sahabat. Wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan menyampaikan wahyu tentang neraka yang memiliki tujuh pintu ujar Rasulullah SAW. Wahai Rasulullah, adakah salah satu pintu untuk kami semua? Tanya sahabat. Dengan diiringi air mata, Rasulullah SAW menganggukkan kepala. salah satu pintu neraka itu diperuntukkan untuk umatku yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum mereka sempat bertaubat kepada Allah SWT ujar Rasulullah SAW. Setelah sejenak terdiam, Rasulullah SAW pun meneruskan ucapannya. Oleh sebab itu, janganlah kamu sekali-kali terpedaya dengan tipu daya Iblis, kerana dia adalah musuh yang nyata bagi kamu dan akan menjerumuskan kamu ke neraka. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah seorang nabi dan rasul yang terlalu menyayangi umat, baginda menangis untuk umatnya. Apakah kita sebagai umatnya tidak menyintai baginda? Banyak manakah kita berselawat ke atas baginda SAW sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada baginda?

BENGKEL TAKWIM DAN RETREAT PIUMS

SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA DAN MAJLIS MAKAN MALAM 2018

Meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan Melatih berfikiran positif dan adil Melahirkan Rasa Syukur Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT