Jabatan Pendaftar Department of Registrar UKM(S)3.6/45/1JLD.14 3 Jun 2014 PEKELILING PENGARAH EKSEKUTIF PENTADBIRAN BIL. 9/2014 SEPERTI SENARAI EDARAN Y. Bhg. Prof. Tan Sri/Dato /Datuk/ tuan/puan, PENGAKTIFAN SEMULA ID PENTADBIR CUTI BAGI KERANI DI PUSAT TANGGUNGJAWAB Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Pada 14 Ogos 2013 (Ruj:UKM3.6/45/1JLD.4), pihak pentadbiran telah memutuskan bahawa semua urusan berkaitan ID Pentadbir Cuti diambil alih oleh semua Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat di PTj mulai 1 Januari 2014. Setelah melaksanakan proses percubaan ini selama 4 bulan (1 Januari hingga 30 April 2014), penilaian semula terhadap keberkesanannya telah dibuat dan pihak pentadbiran mendapati ia belum sesuai dilaksanakan secara menyeluruh buat masa ini. Sehubungan itu, pihak pentadbiran memutuskan ID Pentadbir Cuti semua Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat kekal seperti sedia ada dan ID kerani cuti di PTj dikembalikan semula. Bagi mengemaskini semua maklumat setiap pemegang ID cuti, kerjasama semua ketua PTj dipohon untuk menamakan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan cuti untuk mengisi Borang Permohonan/Penamatan Pengenalan SMU di pautan http://www.ptm.ukm.my dan hantar ke bahagian ini bagi tujuan pemberian ID cuti tersebut. Kerjasama dan perhatian pihak Y. Bhg. Prof. Tan Sri/Dato /Datuk/ tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, OPTIMUMKAN SUMBER, MAKSIMUMKAN PRODUKTIVITI ASMAHAN MUSA Pengarah Eksekutif Pentadbiran
s.k. Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (HEAA) Timbalan Naib Canselor (HEPI) Timbalan Naib Canselor (HEJIM) Timbalan Naib Canselor (HEPA)
SENARAI EDARAN FAKULTI / PUSAT Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Fakulti Pengajian Islam Fakulti Pendidikan Fakulti Undang-Undang Fakulti Sains dan Teknologi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Fakulti Perubatan Fakulti Pergigian Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Farmasi Pusat Perubatan UKM UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB) INSTITUT Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Institut Perubatan Molekul (UMBI) Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Institut Selfuel (SELFUEL) Institut Islam Hadhari (HADHARI) Institut Kajian Etnik (KITA) Institut Perubahan Iklim (IPI) Institut Informatik Visual (IVI) Institut Telinga, Pendengaran & Pertuturan (I-HEARS) JABATAN CANSELORI Pejabat Canselori Muzium Warisan Akademik (Muzium UKM) Unit Audit Dalam (UAD) Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Talent UKM) Pejabat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA UKM) Pusat Karier Mahasiswa (Karier Siswa) Pusat Sukan Universiti (Pusat Sukan) Pusat Kebudayaan Universiti (Pusat Kebudayaan) Pusat Kesihatan Universiti (Pusat Kesihatan) Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA) Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
Pejabat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) Pejabat Hubungan Industri (PHI) Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat (PHUM) Penerbit UKM Pusat Islam Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) Pusat Siswa & Alumni Pusat PERMATApintar Negara Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) Pusat Kepimpinan Wanita (PKW) Pusat Pemerkasaan Remaja Pusat Pengurusan Siswazah (Siswazah UKM) Pusat Pengurusan Akademik (Akademik UKM) Pusat Citra Universiti (Citra UKM) UKM-CESMED Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran (MOOC) JABATAN PENDAFTAR Bahagian Sumber Manusia Bahagian Perundangan Bahagian Governan & Pentadbiran Bahagian Keselamatan Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur Pengurusan Kenderaan PENGARAH EKSEKUTIF KEWANGAN PENGARAH EKSEKUTIF MAKLUMAT PUSAT STRATEGI UKM (STRATEGI UKM) YAYASAN CANSELOR PERPUSTAKAAN JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR (KHIDMAT SISWA) Unit Pentadbiran Unit Kaunseling dan Kebajikan
KOLEJ KEDIAMAN Kolej Dato Onn Kolej Aminuddin Baki Kolej Ungku Omar Kolej Burhanuddin Helmi Kolej Ibrahim Yaakob Kolej Rahim Kajai Kolej Ibu Zain Kolej Keris Mas Kolej Pendeta Zaaba Perumahan Luar Kampus Kolej Tun Dr. Ismail Kolej Tun Syed Nasir