DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN KAFETARIA DI PERPUSTAKAAN UPM

dokumen-dokumen yang mirip
PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

PEJABAT BENDAHARI DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

1. Salinan Sijil ROC/ROB/SSM. 2. Salinan Borang 49 ROC/ROB/SSM. (jika berkaitan)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI POLITEKNIK JELI KELANTAN DOKUMEN SEBUTHARGA

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

PNB BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TERMA & SYARAT PERADUAN

BORANG TENDER NEGERI : SARAWAK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PENGUSAHA LUAR]

BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR. (Sila tandakan ( ) pada kotak berkenaan) / /

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

BORANG PRA-KELAYAKAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA GRED G2, G3 & G4 BAGI PROJEK LRT3

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BORANG PENDAFTARAN KARNIVAL JOM SIHAT Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru 19 Oktober 21 Oktober 2012

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

BORANG PERMOHONAN UBAHSYARAT LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PERSATUAN / KELAB PELAJAR]

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Borang Cadangan Insurans Mesin

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

KTMB (CAR PARK) SDN BHD ( W)

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

TEKUN Nasional Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1 NEGERI M 2 KAWASAN 3 PENGUNDI BERDAFTAR. KONTRAKTOR KECIL NO.AKAUN: Sila tandakan

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Berurusan dengan Pengantara Takaful

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT

Transkripsi:

UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN KAFETARIA DI PERPUSTAKAAN UPM NO DOKUMEN: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 1

UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN KAFETARIA DI UPM Sebut harga adalah dipelawa daripada vendor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, memiliki syarikat yang berpengalaman dan bertauliah untuk menyertai sebut harga yang dinyatakan di atas. BIL. PERKARA BUTIRAN SEBUT HARGA 1. NO. SEBUT HARGA UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 2. TAJUK SEBUT HARGA SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM 3. HARGA DOKUMEN Harga: RM80.00 (tidak dikembalikan) (Sila lampirkan slip bukti pembayaran semasa menghantar dokumen tender) UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) CIMB Akaun No.: 8602698291 4. SKOP CADANGAN Kontraktor yang berdaftar dengan UPMHoldings boleh menghantar cadangan harga bersama dengan dokumen tender yang mengandungi: i. Profil Syarikat ii. 3 bulan Penyata Bank Syarikat terkini 5. LOKASI RUANG NIAGA MAKANAN 6. KAUNTER SERAHAN DOKUMEN iii. iv. Borang Pendaftaran ROC & MOF Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga dan Pekerja) v. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja) vi. vii. viii. Rekod pengalaman perkhidmatan Senarai jenis jualan dan harga jualan Slip bayaran tender Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan UPM International Sdn. Bhd. Tingkat 1, Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. 7. TARIKH TUTUP & MASA 1 Mac 2019 (Jumaat) pada atau sebelum jam 5.00 petang Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berpelekat dengan nombor rujukan dan tajuk tender yang ditulis di sudut atas sampul surat tersebut. UPMHOLDINGS tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kos yang timbul akibat tender ini. Semua keputusan adalah muktamad. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 2

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA Tajuk Sebut harga No. Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 1. HAK UPMI UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA UPM International Sdn Bhd (UPMI) adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa- apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad. 2. CARA CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA 2.1 Penyediaan Sebut Harga Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya: a) Harga dan tandatangan Penyebut Harga di Ringkasan Sebut Harga. b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga. c) Senarai perkhidmatan dalam tangan. d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat di atas, Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. 2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga a) Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan no. sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah dihantar ke UPMI pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam notis sebut harga. b) Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan. c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 3

2.3 Penjelasan Lanjut Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebut harga boleh menghubungi UPMI untuk keterangan lanjut. 3. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri. 4. TEMPOH SAH SEBUT HARGA Sah laku sebut harga ini adalah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga, Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga. 5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA 5.1 Dokumen yang perlu dikembalikan dan disertakan hendaklah dalam 2 salinan yang mengandungi Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal seperti berikut: a. Dokumen Kewangan (2 Salinan) i. Borang Sebut Harga ii. iii. Borang Ringkasan Sebut Harga Profail syarikat / Penyebut Harga iv. Salinan Pendaftaran dengan UPMHolding Sdn Bhd dalam bidang berkenaan v. Salinan Pengesahan Taraf Bumiputera oleh Kementerian Kewangan. Penyebut harga yang tidak mengemukakan sijil ini ditakrifkan sebagai Bukan Bumiputera vi. Penyata Akaun Terkini selama 3 bulan berturut-turut yang terkini (contoh Jan, Feb dan Mac 2018) b. Dokumen Teknikal (2 Salinan) i. Pematuhan Spesifikasi Teknikal ii. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan maklumat teknikal Borang A: REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN beserta i. Sijil Pendaftaran Syarikat UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 4

ii. Sijil Suntikan Thypoid Kakitangan / Pengusaha iii. Sijil Kursus Pengendalian Makanan Kakitangan / Pengusaha iv. Slip / sijil pendaftaran FOSIM Borang B: KAKITANGAN OPERASI PERKHIDMATAN Borang C: SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA Lampiran Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG BERKENAAN B: MENU DAN HARGA iii. Dokumen-dokumen sokongan 5.2 Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat dengan butir butir berikut: SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM LOKASI: Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan NO. DOKUMEN: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 UNTUK: UPM INTERNATIONAL SDN BHD TINGKAT 1, DEWAN BANQUET 43400, UPM SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN Dokumen ini hendaklah dihantar pada masa dan tarikh yang di tetapkan, tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 5

SYARAT SYARAT SEBUT HARGA 1. PEGENALAN UPM International Sdn Bhd dengan kata mudah disebut sebagai UPMI. Dokumen ini adalah dibaca sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak kepada penyebut harga yang berjaya, penyebut harga dikehendaki memahami dan meneliti keseluruhan arahan yang ditetapkan sebelum bersetuju membuat tawaran, kegagalan penyebut harga mematuhi arahan yang ditetapkan menyebabkan tawaran mereka akan ditolak. Penyebut harga adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti spesifikasi untuk memenuhi kehendak UPMI bagi menyempurnakan perkhidmatannya. 2. INSURANS Penyebut Harga hendaklah atas nama bersama UPMI dan Penyebut Harga mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh perlaksanaan kerja ini. Penyebut Harga hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun, untuk tujuan memulakan kerja sahaja Notanota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah Notanota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI berhak untuk menarik balik tawaran. 3. DEPOSIT Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menyerahkan Deposit sebelum memulakan sebarang Kerja di bawah Kontrak ini. Penyebut Harga dibenarkan membuat pilihan seperti berikut: a) Wang Pos b) Deposit wang c) Perbankan atas talian Nama : UPM International Sdn Bhd Nama Bank : CIMB Bank No. Akaun : 8602698291 UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 6

4. PERATURAN PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, reka bentuk, butirbutir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pengarah Urusan, UPMI atau Wakilnya. 5. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MEMULAKAN PERKHIDMATAN Sekiranya Penyebut Harga gagal memulakan perkhidmatan bagi bulan pertama selepas hari dan tarikh tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam surat setuju terima, tanpa sebab sebab yang munasabah, Penyebut Harga ditamatkan perkhidmatannya untuk sebut harga ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Penyebut Harga. 6. SUB SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA Penyebut Harga tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Penyebut Harga- Penyebut Harga lain. Penyebut Harga tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah sebut harga ini tanpa terlebih dahulu tanpa mendapatkan persetujuan bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI. Jika didapati ia berlaku UPMI berhak untuk menamatkan tawaran serta merta. 7. PENOLAKAN HASIL REKABENTUK BAHAN DAN BARANG SERTA CADANGAN PERKHIDMATAN OLEH UPMI UPMI atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja kerja serta cadangan perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi, bahan dan barang serta cadangan perkhidmatan yang ditolak handaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri. Penyebut Harga dikehendaki menyediakan cadangan perkhidmatan untuk kelulusan UPMI sebelum memulakan perkhidmatan sekiranya perlu. 8. RINGKASAN SEBUT HARGA a) Ringkasan Sebut harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurna. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 7

c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan sebarang kos tambahan dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam tempoh kontrak yang akan dibenarkan. d) Harga harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelum daripada UPMI tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa apa pelarasan kemudiannya kepada harga harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum surat setuju terima dikeluarkan e) Apa apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan (d) tersebut di atas dan apa apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah diselaraskan dan diperbetulkan sebelum kontrak dikeluarkan. Jumlah harga yang diselaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Jumlah pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah. 9. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA Jika Penyebut Harga mendapati apa apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada UPMI untuk mendapatkan keputusan. 10. CARA BAYARAN SEWAAN Bayaran sewa berkenaan boleh dibayar dengan menggunakan cek, wang pos dan lain-lain yang dipersetujui oleh UPMI. 11. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MENYEMPURNAKAN PERKHIDMATAN DAN PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUT HARGA UPMI berhak menamatkan perkhidmatan sekiranya Penyebut Harga berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada UPMI: a) Sekiranya Penyebut Harga gagal memberi perkhidmatan yang baik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa sebab yang munasabah; b) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian perkhidmatan, tanpa apa apa sebab yang munasabah; c) Tidak mematuhi arahan UPMI atau yang disahkan kemudian oleh UPMI boleh membatalkan Kontrak ini; UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 8

d) Apabila Penyebut Harga meng-sub perkhidmatan kepada pihak ketiga. e) Apabila Penyebut Harga tidak membuat pembayaran sewa selama 2 (dua) bulan berturut-turut. f) Apabila penyebut harga menukar nama syarikat lebih kepada 2 (dua) kali dengan alasan yang tidak munasabah. g) Apabila Penyebut Harga diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah. 12. PERUBAHAN a) UPMI boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa apa perubahan yang boleh UPMI atau yang disahkan kemudian oleh UPMI boleh membatalkan Sebut Harga ini. b) Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh UPMI akan diukur atau dinilai dengan menggunakan harga yang munasabah dan dipersetujui oleh UPMI dan Penyebut Harga hendaklah digunakan. 13. PEMATUHAN KEPADA UNDANG UNDANG OLEH PENYEBUT HARGA Penyebut Harga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang undang Kecil dan Undang undang Berkanun, arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan dan apa-apa undang-undang perkhidmatan menjalankan operasi kafeteria dalam Malaysia serta pihak berkuasa tempatan semasa perlaksanaan perkhidmatannya. Penyebut Harga tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kepada pematuhannya dengan Syarat syarat ini. 14. PERLANJUTAN KONTRAK Perkhidmatan ini adalah selama dua (2) tahun berkuatkuasa mulai dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani, Kontrak ini boleh dilanjutkan pada satu tempoh satu (1) tahun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak secara bertulis. 15. LARANGAN PUBLISITI Sebarang maklumat mengenai Perjanjian atau mana-mana bahagian dalam dokumen sebut harga tidak dibenarkan untuk dicetak/disiarkan dalam sebarang media elektronik terkini, termasuk di dalam akhbar, tabloid, majalah, radio, televisyen, internet dan sebagainya KECUALI jika diluluskan oleh UPMI. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 9

16. SKOP PERKHIDMATAN 16.1 Perkhidmatan bekalan makanan bermasak meliputi:- a) Menyedia, menghidang dan menjual pada waktu yang ditetapkan, makanan pelbagai jenis dan variasi yang ditanggung halal di Kafeteria UPM. b) Menyediakan, membekal dan menjual minuman panas, sejuk, bermasak, minuman botol, minuman tin, minuman kotak dan minuman-minuman ringan yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 16.2 Pelanggan-pelanggan Kafe UPM terdiri dari pelajar, pegawai, kakitangan dan orang awam. 17. SPESIFIKASI KAFETERIA UPM 17.1 Kafeteria UPM (bergantung pada lokasi) hendaklah dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti Am, dan bergantung apa-apa arahan yang dikeluarkan UPMI termasuk pada bulan Ramadhan dan masa - masa tertentu. 17.2 Menjual makanan dan minuman secara ala-carte dan buffet atau jenis makanan dan minuman berdasarkan menu yang dihantar di dalam sebut harga ini. 17.3 Menyenaraikan dan mempamerkan harga makanan dan minuman untuk jualan di Kafeteria UPM. Sila isikan harga makanan dan minuman menggunakan format seperti di Lampiran B 17.4 Menyediakan kakitangan yang terlatih dalam menyelia, menyaji dan menjual makanan dan minuman. 17.5 Menyedia, menyaji dan menjual makanan dan minuman yang ditentukan untuk mesyuarat dan keperluan-keperluan lain apabila diperlukan. 17.6 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan pekerja atau pelayan tambahan bagi urusan rasmi melibatkan orang-orang kenamaan UPM. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 10

17.7 Mematuhi segala Undang-undang dan Peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan mengenai penjualan makanan dan minuman. 17.8 Mempunyai kelengkapan seperti alat kelengkapan untuk penyajian, keselamatan dan kebersihan. 17.9 Memastikan bahawa perkhidmatan layanan yang diberikan adalah penuh mesra, bersopan santun, cekap dan berdisiplin. 17.10 Memastikan kebersihan kawasan Kafeteria UPM sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 17.11 Memaparkan sijil suntikan thypoid dan sijil kursus penyediaan makanan setiap kakitangan di dalam outlet. 17.12 Penyebut harga perlu mendaftar perniagaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sepang / Majlis Perbandaran Kajang dengan kos sendiri. 18. CIRI-CIRI KAKITANGAN 18.1 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai Sijil Pemeriksaan Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau manamana Klinik Swasta. 18.2 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai perwatakan kemas, bersih, berdisiplin, tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah, mempunyai penglihatan yang baik serta tidak cacat mental dan fizikal. 18.3 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM dari kalangan warganegara asing adalah dibenarkan oleh UPM dengan syarat kakitangan dan/ atau pekerja tersebut mestilah mempunyai dokumen yang sah berkaitan dengan undang-undang dan peraturan kerja dan imigresen yang sah berkuatkuasa di Malaysia. Penyebut harga akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang kos sekiranya kakitangan tersebut ditangkap semasa bertugas di dalam kawasan UPM. 18.4 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM mestilah berpengetahuan dalam bidang menyelia, menyaji dan menjual makanan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 11

18.5 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang perkhidmatan di UPM. 18.6 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tertakluk kepada Akta Buruh dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa yang berkaitan dengan pekerja. 18.7 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tidak mempunyai rekod jenayah serta melepasi tapisan keselamatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 19. KELENGKAPAN 19.1 Penyebut Harga hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut sepanjang tempoh kontrak: 19.1.1 Dapur dan peralatan-peralatan untuk memasak hendaklah dalam keadaan baik. Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang tidak mudah berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pelanggan. 19.1.2 Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain untuk menyaji makanan (bergantung kepada lokasi kafe) 19.1.2.1 Peralatan hendaklah dari jenis melamine ware atau bersesuaian. 19.1.2.2 Peralatan hendaklah bersih dan selamat digunakan. 19.1.2.3 Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis dan bentuk yang sama (seragam) 19.1.3 Kelengkapan lain yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian. 19.1.4 Penyebut harga tidak dibenarkan menggunakan polisterin (Ini adalah mengkut polisi UPM) untuk pembungkusan makanan / minuman di kawasan Kafetaria UPM. Hanya pembungkus kertas atau plastik sahaja dibenarkan. 19.1.5 Penyebut harga boleh memberikan pilihan alternatif kepada pelajar untuk membungkus makanan, menggunakan bekas plastik UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 12

transparent jika pelajar bersetuju untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM0.30 /bekas. 19.1.6 Penyebut harga perlu mengurangkan harga jualan sebanyak RM0.20 sekiranya pelajar membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan / minuman. 19.1.7 Penyediaan Grease Trap/ Trap sampah adalah di bawah tanggungjawab penyebut harga dan UPMI tidak akan menanggung segala kos. 20. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA 20.1 Penyebut Harga sentiasa bertanggungjawab melaporkan apa jua kerosakan atau kejadian jenayah dan / kacau ganggu kepada UPMI di sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa. 20.2 Penyebut Harga bertanggungjawab ke atas segala tindakan undangundang yang dikenakan oleh pihak berkuasa. 20.3 Segala perbelanjaan yang bersangkutan dengan peralatan, hiasan dalaman atau apa-apa jua yang berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Penyebut Harga. 20.4 Penyebut Harga yang berjaya dimestikan memberi keutamaan kepada pihak UPM. 20.5 Sekiranya individu dan kumpulan luar ingin menggunakan kawasan Kafeteria UPM untuk apa-apa acara persendirian, adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga memohon kelulusan bertulis daripada UPMI sebelum membenarkan pihak tersebut menggunakan kawasan Kafeteria UPM. 20.6 Penyebut Harga juga dikehendaki memberikan kerjasama dengan pihak UPM untuk menyediakan makanan dan minuman sekiranya terdapat acara-acara yang diadakan di luar UPM. 20.7 Penyebut Harga hendaklah menjaga kebersihan Kafeteria UPM. Segala sampah dan sisa makanan hendaklah terus dibuang ke tempat Pembuangan Sampah (bergantung kepada lokasi) pada hari berkenaan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 13

20.8 Segala kerosakan didalam kedai adalah dibawah tanggungjawab penyebut harga. UPMI hanya bertanggungjawab kerosakan yang melibatkan infra struktur sahaja. 20.9 Bagi kafetaria yang tidak disediakan pencucian, pihak pengusaha bertanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran dalam keadaan bersih dan elok sentiasa, sampah dibungkus dengan elok dan dibuang ditempat yang sepatutnya; longkang dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat dan mana-mana keadaan yang difikirkan perlu untuk dibersihkan. 21. PERJANJIAN 21.1 Satu surat Perjanjian di antara Penyebut Harga dan UPM akan disediakan setelah pemilihan dibuat. 21.2 Syarat-syarat dan spesifikasi ini merupakan sebahagian daripada perjanjian. 22. BAYARAN 22.1 Semua urusan jual/beli yang dilakukan di Kafeteria UPM dibayar secara tunai dan mealplan. 22.2 Untuk penggunaan kad mealplan, pembayaran royalti sebanyak 10% akan dikenakan. 23. KONSEP 23.1 Penyebut Harga diminta mengikut konsep operasi kafeteria atau cadangan yang ditetapkan mengikut kreativiti dan daya tarikan mengikut mana-mana format yang lebih sesuai. 23.2 Pemilihan dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Sebut Harga UPMI akan diberikan keutamaan kepada konsep yang baik, perkhidmatan dan sistem yang efisien termasuk menawarkan menu serta harga yang sesuai dan berpatutan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 14

24. MENU DAN HARGA Penyebut Harga dikehendaki mengisi harga seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, UPMI berhak membuat arahan untuk menukar menu yang dihidangkan dari semasa ke semasa. 25. KADAR SEWA Penyebut Harga bersetuju dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh UPMI. 26. SPESIFIKASI PENYELIDIKAN MAKANAN DAN MINUMAN a. Peralatan bahan api bagi tujuan memasak hendaklah dalam keadaan baik di sepanjang tempoh perniagaan Kafeteria UPM. b. Segala peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang tidak mudah berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pelanggan. c. Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain yang difikirkan sesuai dengan perniagaan Kafeteria UPM hendaklah bersih dan selamat digunakan. d. Peralatan yang digunakan di para (c) hendaklah bersesuaian pada kehendak semasa perniagaan Kafeteria. e. Peralatan yang digunakan hendaklah daripada jenis dan bentuk yang sama. f. Peralatan pencegah kebakaran perlulah disediakan sepanjang tempoh perniagaan Kafeteria UPM. g. Peralatan kebersihan premis perlu disediakan dan digunakan memastikan premis sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang tempoh perniagaan Kafeteria UPM. 27. SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN KAFETERIA a. Menyediakan pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan / atau apabila diperlukan oleh UPM. Pelbagai jenis makanan yang halal seperti di Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal yang munasabah oleh UPM. Penyebut Harga juga dikehendaki menyediakan cadangan menu makanan dan minuman untuk pertimbangan Ahli Jawatankuasa Sebut harga. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 15

b. Menghidang dan menjual pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan / atau apabila diperlukan oleh UPM pelbagai jenis makanan yang halal seperti di Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal yang munasabah oleh UPM. c. Menyediakan minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol dan tin, minuman kotak yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Pusat Islam. d. Membekal dan menjual minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol, tin dan kotak yang halal disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Pusat Islam. e. Penjualan minuman keras adalah dilarang sama sekali. f. Penyebut Harga dikehendaki mempelbagaikan menu jualan berdasarkan arahan yang akan dikeluarkan oleh UPM dari semasa ke semasa 28. SYARAT-SYARAT BAGI CADANGAN HARGA TERPERINCI MENGIKUT MENU a. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini adalah bagi mendapatkan harga setiap produk makanan mengikut menu seperti yang telah disenaraikan pada muka surat yang seterusnya. b. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini hanya diberikan kepada Penyebut Harga-Penyebut Harga yang telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Sebut harga UPMI. c. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini perlu mengambil kira cara hidangan makanan dalam membuat penetapan harga bagi setiap produk makanan. d. Cadangan Harga mestilah diisi sepenuhnya mengikut cadangan menu yang disediakan bersama borang ini sahaja. Sebarang tambahan atau perubahan kepada cadangan menu hendaklah dinyatakan di dalam borang yang berasingan di bawah tajuk Menu opsyen. e. Syarat syarat dan spesifikasi seperti di dokumen Lampiran A yang terdahulu bagi Tajuk Sebut harga: PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA UPM adalah berkaitan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 16

f. Tarikh tutup bagi Penyebut Harga untuk mengemukakan Cadangan Harga Terperinci mengikut Menu ini adalah pada 1hb Mac 2019 tidak lewat dari jam 5.00 petang. 29. LAIN-LAIN 29.1 UPMHoldings tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan/ kehilangan barang, peralatan, mesin dan apa jua yang berada di dalam premis Kafetaria UPM. 29.2 Segala urusan keselamatan di dalam Kafeteria UPM adalah tanggungjawab Penyebut Harga sepenuhnya. 29.3 Penyebut Harga dikehendaki membaik pulih sendiri sebarang kerosakan kelengkapan dan peralatan elektrik yang telah disediakan oleh pihak UPMI. Walau bagaimanapun perlu dilaporkan dan mendapat kebenaran dari UPMI. 29.4 UPMI hanya akan membaik pulih kerosakan yang melibatkan infra sahaja. Kerosakan yang lain, perlu ditanggung oleh penyebut harga. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 17

SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa Perolehan DOKUMEN KEWANGAN 1. Borang Sebut harga Telah Diisi Dengan Lengkap 2. Borang Ringkasan Sebut Harga 3. Profail Syarikat 4. Borang Maklumat Penyebut Harga 5. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) 6. Borang Pendaftaran ROC 7. 8. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir DOKUMEN TEKNIKAL 9. Pematuhan Kepada Spesifikasi 10. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan maklumat teknikal UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 18

11. Borang A - Senarai perkhidmatan yang pernah dilaksanakan 12. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja) 13. Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga dan Pekerja) 14. Sijil Pendaftaran FOSIM 15. Borang B - Senarai Kakitangan Syarikat 16. Borang C - Senarai Kerja Kontrak Semasa 17. Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG BERKENAAN 18. Lampiran B: MENU DAN HARGA 19. Lampiran C: Surat Akuan Pembida UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 19

SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syaratsyarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Jawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil...(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 20

BORANG SEBUT HARGA No. Rujukan : UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Tarikh Tutup : 1 MAC 2019 Tuan, PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFETARIA UPM DI PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN Ada dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat mengambil bahagian dalam Sebut Harga Perkhidmatan Menyewa Dan Menjalankan Perkhidmatan Kafeteria UPM. 2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga, kontrak dan penentuan kerja yang terkandung dalam dokumen Sebut Harga. Syarikat telah memahami bahawa UPMI berhak menerima atau menolak sebut harga ini sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dalam harga tawaran lain. 3. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini laku (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini. 4. Selanjutnya sekiranya syarikat ini diterima, syarikat akan mengikut suatu kontrak serta memberi Bon Pelaksanaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh terima surat tawaran dari UPMI. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran di atas perkhidmatan yang diberikan kepada UPMI setelah perkhidmatan tersebut disahkan oleh pihak UPMI. 5. Kami yang bertandatangan di bawah ini setelah meneliti dan menyemak segala dokumen sebut harga serta syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan adalah dengan ini bersetuju mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak UPMI Butir-butir lanjut mengenai sebut harga ini adalah seperti yang dinyatakan di Ringkasan Sebut Harga. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 21

Bertarikh pada...haribulan.2019 ( ) (Tandatangan Orang yang diberi Kuasa) ( ) Tandatangan Saksi Nama Penuh:... Nama Penuh:... No. K / P :... No. K / P :... Alamat :... Alamat :............. Cop Penyebut Harga UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 22

RINGKASAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN Tajuk Sebut harga No. Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM :UPMH/063/CS/18006 Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Penyebutharga adalah dianggap telah melawat tapak dan membaca syarat-syarat Sebut harga dan spesifikasi untuk memastikan sendiri kawasan perkhidmatan yang terlibat sebelum memasukkan harga kerana sebarang tuntutan bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan. Bil. Perkara Kadar Harga (RM) Jumlah (RM) Jumlah Keseluruhan Dengan perkataan : Ringgit Malaysia: Tarikh:... (Tandatangan Petender). (Tandatangan Saksi) Nama Penuh : Nama Penuh :.... No. K/P : No. K/P :... Alamat : Alamat :... UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 23

BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA 1. Nama : 2. Alamat : 3. No. Telefon : H/P : 4. Emel : 5. Tarikh Ditubuhkan : 6. No. Pendaftaran Syarikat : *Sila kemukakan Profil Syarikat termasuk Borang 9, 24, 49, Sijil Akuan Pendaftran Syarikat, Penyata Kewangan Tahun 2017 yang telah diaudit dan 3 bulan penyata bank terkini. 7. Maklumat mengenai tuan punya syarikat: NO NAMA NO. KAD PENGENALAN 1. JAWATAN/TARAF DALAM SYARIKAT 2. 3. 4. ( * Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah/empunya tunggal dll). 8. Akaun Bank a) Maklumat mengenai bank: NO NAMA BANK CAWANGAN & ALAMAT NO AKAUN 1. 2. 3. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 24

9. Maklumat mengenai taraf syarikat a) Taraf syarikat Bumiputera Bukan Bumiputera (Tandakan (/) di kotak berkenaan) b) Jika petender adalah syarikat Bumiputera, sila nyatakan peratus (%) penyertaan kaum-kaum seperti di bawah:- i) Pengurusan Syarikat: Melayu % China % India % Lain-lain % Jumlah % ii) Kakitangan Syarikat: Melayu % China % India % Lain-lain % Jumlah % iii) Pembahagian Saham Syarikat Melayu % China % India % Lain-lain % UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 25

Jumlah % c) Sekiranya Syarikat/Perniagaan tuan bertaraf BUMIPUTERA, satu salinan Akuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mencatatkan taraf demikian dan yang belum habis tempoh pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dokumen Sebut harga. Pengakuan: Disahkan bahawa semua keterangan dan maklumat-maklumat di atas adalah benar. Tarikh :.. Tandatangan dan cop syarikat Nota: Jika didapati keterangan/maklumat di atas tidak benar, pihak UPMHoldings berhak menolak/membatalkan tawaran syarikat tuan di UPMHoldings. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 26

r LAMPIRAN C SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi (UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001) Saya, yang (Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat) no. K.P yang *mewakili/memiliki nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings Sdn. Bhd. atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings Sdn. Bhd. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan bilik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * diatas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan UPM Holdings Sdn. Bhd. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, (Tandatangan) Nama dan No. K.P.: Cop Syarikat: Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan. UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 27

BORANG A- REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN (SENARAI SEMUA KERJA YANG DISIAPKAN DALAM 5 TAHUN LEPAS) Bil. Nama kontrak Nilai kontrak (RM) Tempoh kontrak Tarikh mula kontrak Tarikh tamat kontrak Nama dan alamat majikan UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 28

BORANG B- KAKITANGAN OPERASI PENYEBUT HARGA BUTIR-BUTIR PEKERJA YANG ADA DALAM PENGGAJIAN PENYEBUT HARGA MASA KINI Bil. Nama No. K/ P Kelulusan Profesional/ Pendidikan Tarikh Di Ambil Berkerja Jawatan Disandang/ Tugas-Tugas Semasa Pengalaman Lepas UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 29

BORANG C- SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA (SENARAI SEMUA KERJA DI DALAM TANGAN/ SEDANG BERJALAN & BELUM SIAP Bil. Nama kontrak Nilai kontrak (RM) Tempoh kontrak Tarikh mula kontrak Tarikh tamat kontrak Nama dan alamat Majikan UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 30