KANDUNGAN. BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN) 3.1 Pemantauan Laporan Kemajuan Projek Pemantauan Laporan Akhir Projek Projek Tidak Aktif 16

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

URUS TADBIR PROPOSAL & REKOD PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

DASAR PENERBITAN JURNAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN


GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN/ /UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN)

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

GARIS PANDUAN Entiti Kecemerlangan UiTM 3

Transkripsi:

KANDUNGAN BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) MUKASURAT 1.1 Tujuan 3 1.2 Skop 3 1.3 Syarat-Syarat Permohonan 4 1.4 Peruntukan Siling Permohonan 5 1.5 Tempoh Permohonan 6 1.6 Peraturan Kewangan 11 1.7 Hasil Penyelidikan 11 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 2.1 Penilaian Peringkat Fakulti/CoE/PTJ 13 2.2 Penilaian Peringkat Universiti 13 2.3 Kelulusan Khas Projek Penyelidikan 14 2.4 Pemberitahuan Keputusan dan Pengagihan Peruntukan 14 BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN) 3.1 Pemantauan Laporan Kemajuan Projek 15 3.2 Pemantauan Laporan Akhir Projek 15 3.3 Projek Tidak Aktif 16 Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 2 dari 16

BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 1.1 TUJUAN i) Geran Universiti diwujudkan untuk memberikan pendedahan kepada penyelidik UMP dalam usaha memupuk keupayaan penyelidik dalam penyelidikan agensi kerajaan, industri dan antarabangsa. ii) Membantu dalam penjanaan ilmu pengetahuan baru, pembangunan teknologi, produk dan proses dalam bidang fokus nic UMP dan negara. iii) Jangkaan kepada hasil penyelidikan melalui geran universiti adalah modal insan, penerbitan berimpak tinggi, harta intelek dan seterusnya produk komersial. iv) Menggalakkan jalinan kolaborasi bersama pihak industri dan antarabangsa. 1.2 SKOP Skim Geran Universiti adalah semua geran penyelidikan yang ditawarkan oleh pihak universiti termasuk antaranya Geran Universiti Jangka Pendek, Geran Flagship, Geran Seed Money, Geran dibawah Pejabat Pemindahan Teknologi dan Geran Padanan Agensi/Industri/Antarabangsa, Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 3 dari 16

1.3 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN i) Permohonan dibuka kepada semua pensyarah dan ke atas termasuk yang belum disahkan jawatan dan staf kontrak. Staf kontrak perlu mempunyai ahli dari kalangan pensyarah tetap. ii) Staf sambilan, staf cuti belajar dan staf dalam cuti sebatikal adalah tidak layak untuk memohon geran ini. iii) Setiap projek perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 ahli projek. Ahli projek adalah boleh dari kalangan staf bukan akademik. iv) Penyelidik hanya dibenarkan mengetuai 2 projek penyelidikan geran UMP dalam satu-satu masa di mana sama ada - Satu projek penyelidikan berdaftar dibawah Fakulti dan satu projek penyelidikan berdaftar dibawah Pusat Kecemerlangan (CoE)/PTJ atau - Kedua-dua projek penyelidikan berdaftar dibawah Pusat Kecemerlangan (CoE) v) Permohonan kedua projek penyelidikan akan diberi pertimbangan dengan mengemukakan bukti kemajuan projek (perbelanjaan, penyempurnaan aktiviti dalam milestone, penerbitan, modal insan dan persidangan) melalui laporan kemajuan projek dan bukti ketika permohonan kedua. vi) Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada pensyarah yang tiada geran penyelidikan aktif atau Non Principal Investigator (Non PI). vii) Bagi Ketua Projek yang bersara/berhenti/diberhentikan/tamat kontrak perlu menyerahkan projek kepada ahli projek atau yang dinamakan oleh pihak fakulti. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 4 dari 16

viii) Sebarang permohonan dan urusan oleh ahli projek perlu mendapatkan kebenaran Ketua Projek terlebih dahulu. ix) Bagi projek yang didaftarkan melalui Pusat Kecemerlangan (CoE)/PTJ kelulusan perlu melalui Pengarah CoE dan fakulti x) Pemohon perlu memastikan tajuk penyelidikan bagi permohonan proposal baru tidak sama dengan proposal terdahulu yang telah diluluskan. Namun adalah dibenarkan bagi proposal bersifat continuity projek xi) Penyelidik yang ingin menukar tajuk dan skop projek penyelidikan perlu mengemukakan kertas cadangan dan akan dibawa ke Mesyuarat JKPP. 1.4 PERUNTUKAN SILING PERMOHONAN Jumlah peruntukkan bagi Skim Geran UMP adalah seperti berikut: Geran Universiti Jangka Pendek (GUJP) Geran Flagship Geran Seed Money Geran Pre Commercialization, Geran Commercialization Seed Fund, Geran Lab2 Market dan Geran Community Solution Platform Geran Padanan Agensi Jumlah peruntukan minimum adalah RM5,000 (Bukan S&T) dan RM20,000 (S&T) Jumlah peruntukan maksimum adalah RM40,000 Jumlah peruntukan maksimum adalah RM250,000 Jumlah peruntukan maksimum adalah RM5,500 Jumlah peruntukan minimum adalah RM5,000 (Bukan S&T) dan RM20,000 (S&T) Jumlah peruntukan maksimum adalah tertakluk keperluan projek dan kemampuan dana penyelidikan Jumlah peruntukan minimum adalah RM5,000 (Bukan S&T) dan RM20,000 (S&T) Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 5 dari 16

Geran Padanan Industri & Antarabangsa Jumlah peruntukan maksimum adalah tertakluk tawaran geran padanan dan kemampuan dana penyelidikan Jumlah peruntukan minimum adalah RM5,000 (Bukan S&T) dan RM10,000 (S&T) Jumlah peruntukan maksimum adalah tertakluk tawaran geran padanan dan kemampuan dana penyelidikan 1.5 TEMPOH PERMOHONAN i) Tempoh maksimum projek penyelidikan adalah 24 bulan tidak termasuk pelanjutan projek di mana dua (2) kali pelanjutan yang dibenarkan dengan setiap kali pelanjutan adalah 3 bulan sahaja. Walaubagaimanapun bagi projek yang menghasilkan KPI pelajar PhD tempoh maksima boleh diberikan 36 bulan. ii) Permohonan pelanjutan tempoh projek hanya akan dipertimbangkan bagi projek yang telah mencapai 50% prestasi projek (penyempurnaan aktiviti dalam milestone) dan 70% jumlah perbelanjaan. iii) Permohonan pelanjutan tempoh projek bagi projek yang gagal mencapai 50% prestasi projek setelah tamat (penyempurnaan aktiviti dalam milestone) perlu diulas oleh fakulti dan akan diadakan sesi pemantauan prestasi projek bersama panel penilai dilantik oleh universiti untuk dipertimbangkan pelanjutan atau penamatan. iv) Permohonan pelanjutan tempoh projek hendaklah dikemukakan kepada JPI selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh tamat projek. v) Bagi projek yang telah melepasi 3 bulan dari tarikh tamat projek pelanjutan adalah tidak dibenarkan dan perlu mengemukakan laporan akhir projek. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 6 dari 16

1.6 PERATURAN KEWANGAN i) Prosedur perolehan / pembelian / perbelanjaan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan terkini dan Peraturan Kewangan Universiti yang sedang digunapakai dan berkuatkuasa. ii) Vot 11000 Gaji dan Upah Had maksima bagi peruntukan V11000 adalah RM16,000 bagi Geran Universiti Jangka Pendek. Pelantikan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (SPPS) adalah bagi pelajar Sarjana dan PhD UMP mod penyelidikan secara sepenuh masa dengan kadar maksimum bagi pembayaran pelajar Sarjana adalah RM1,500/bulan dan pelajar PhD adalah RM1,800/bulan. Pelantikan Skim Pelajar Bekerja (SPB) adalah bagi pelajar Sarjana Muda, Sarjana dan PhD UMP secara sepenuh masa dengan kadar tertentu berdasarkan syarat Skim Pelajar Bekerja. Ketua Projek yang perlu menentukan kadar pembayaran yang sesuai bagi elaun pelajar berdasarkan skop kerja penyelidikan, baki nilai vot yang ada, had maksima yang termaktub dan elaun lain yang diterima oleh pelajar seperti MRS/DRS. Bagi pelajar yang mendapat MRS/DRS dari IPS atau bantuan kewangan dari agensi lain adalah dibenarkan memohon bagi pelantikan SPPS/SPB dibawah geran penyelidikan. Ketua Projek bertanggungjawab memaklumkan secara bertulis kepada JPI bagi penamatan/pemberhentian SPPS/SPB dibawah projek penyelidikan. Pelantikan Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik adalah tidak dibenarkan bagi Geran Universiti Jangka Pendek namun adalah dibenarkan bagi Geran Pre Commercialization, Geran Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 7 dari 16

Commercialization Seed Fund, Geran Lab2 Market dan Geran Community Solution Platform. iii) Vot 21000 Perjalanan & Pengangkutan Peruntukan V21000 untuk penyelidikan mestilah tidak melebihi RM10,000. Peruntukan TNT untuk menghadiri persidangan berindeks adalah tidak melebihi RM2,500 sepanjang tempoh projek. Baki selebihnya adalah untuk kerja-kerja berkaitan projek penyelidikan yang melibatkan aktviti dalam negara iaitu TNT penyelidik menghadiri mesyuarat bersama industri/agensi, aktiviti pengumpulan data, soal selidik, kajian dan kerja lapangan. iv) Vot 24000 Sewaan Peruntukan Vot 24000 hanya dibenarkan untuk sewaan peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. v) Vot 27000 Bekalan dan Bahan Penyelidikan Pembelian bekalan dan bahan penyelidikan adalah dibenarkan bagi bekalan/bahan yang diperlukan oleh projek penyelidikan sahaja. vi) Vot 28000 Baikpulih Kecil dan Ubahsuai Peruntukan V28000 adalah bagi tujuan penyelenggaraan peralatan sediada universiti untuk memulakan projek penyelidikan dengan had maksima RM2,500. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 8 dari 16

vii) Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas Bagi perbelanjaan perkhidmatan khas perkhidmatan yang dibenarkan adalah yuran persidangan, percetakan, hospitaliti, honorarium khidmat profesional, konsultansi, pemprosesan data, analisis & pengujian makmal dan bacaan pruf. Maksimum pembayaran yuran bagi menghadiri persidangan adalah RM2,500. Pembiayaan persidangan adalah berdasarkan Dasar Persidangan universiti yang berkuatkuasa. Pembayaran yuran seminar, bengkel, simposium dan latihan adalah tidak dibenarkan Bagi bayaran honorarium khidmat professional dan konsultansi perlu mengemukakan sebutharga agensi/syarikat atau resume individu yang berkenaan beserta surat pelantikan atas khidmat professional dan konsultansi tersebut. Pembayaran honorarium khidmat teknikal kepada pelajar UMP hanya dibenarkan dibuat sebanyak tiga (3) kali maksimum dalam tempoh projek bagi memberikan kelonggaran kepada proses pendaftaran sebagai pelajar pasca siswazah atau semasa menunggu viva. Perkara ini tidak terguna pakai bagi geran TTO, Flagship dan geran kolaborasi sepadan. viii) Vot 35000 - Pembelian Alatan Peruntukan V35000 untuk pembelian peralatan Aset/Inventori penyelidikan mestilah tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan dipohon. Semua pembelian peralatan penyelidikan di bawah geran penyelidikan mestilah diisytihar dengan jelas di dalam proposal dan sebarang pindaan selepas kelulusan perlulah mendapatkan kelulusan dan Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 9 dari 16

mengemukakan justifikasi kepada JPI sebelum pembelian di peringkat fakulti. Pembelian perabot makmal dan peralatan umum seperti almari simpanan bahan kimia/kerusi makmal/meja makmal/perti ais adalah tidak dibenarkan. Bagi pembelian peralatan pengkomputeran dan alat komunikasi adalah tidak dibenarkan kecuali peralatan tersebut menjadi keperluan penting projek penyelidikan dan penyelidik perlu mendapatkan kelulusan JKPP. Pembelian aset/peralatan yang menggunakan geran penyelidikan akan didaftarkan dibawah pengurusan PTJ di mana geran tersebut didaftarkan samada fakulti / CoE dan menjadi peralatan guna sama warga UMP. Bagi peralatan penyelidikan dalam proses pra/pengkomersialan pihak JPI akan menentukan pemilikan peralatan tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat JKPP TTO. Semua pembelian aset/peralatan penyelidikan RM50,000 keatas perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Infrastruktur dan Fasiliti Penyelidikan (JKFP). ix) Penyelidik tidak boleh menggunakan peruntukkan geran penyelidikan melebihi jumlah yang diluluskan berdasarkan agihan setiap vot dan juga baki keseluruhan projek. x) Bagi tuntutan kewangan projek tamat adalah diberikan masa selama 3 bulan selepas tarikh tamat untuk menyelesaikan semua tuntutan dengan syarat perbelanjaan tersebut adalah dalam tempoh geran aktif. xi) Tuntutan kewangan hendaklah dillaksanakan oleh Ketua Projek. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 10 dari 16

xii) Bagi projek yang didaftarkan dibawah CoE sebagai PTJ pertama semua kelulusan pembayaran dan perolehan perlu melalui Pengarah CoE sebelum di proses kewangan fakulti xiii) Permohonan pindahan peruntukan (virement) - hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh mula projek - tidak melebihi 50% daripada kelulusan asal bagi setiap vot - hanya dibenarkan 1 kali setahun - bagi vot yang diputuskan didalam mesyuarat JKPP untuk tidak dipindahkan maka pindahan peruntukan adalah tidak dibenarkan. 1.7 HASIL PENYELIDIKAN Penerbitan/Bakat/Modal Insan/Harta Intelek/Hasil Pengkomersilan i) Geran projek penyelidikan yang diluluskan adalah diwajibkan menghasilkan ouput penyelidikan berdasarkan tujuan geran itu ditawarkan. ii) Setiap projek Geran Universiti Jangka Pendek (GUJP) yang diluluskan diwajibkan menghasilkan penerbitan dan modal insan berdasarkan kadar berikut: RM20,000-RM24,999 RM25,000-RM29,999 RM30,000-RM34,999 RM35,000-RM40,000 1 artikel Scopus & 1 prosiding berindeks 2 artikel Scopus & 1 prosiding berindeks 1 artikel WoS, 1 artikel Scopus & 1 prosiding berindeks 1 artikel WoS, 2 artikel Scopus & 1 prosiding berindeks * 1 penerbitan artikel Web of Science (WoS) bersamaan 3 penerbitan artikel Scopus Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 11 dari 16

iii) Setiap penerbitan perlu dinyatakan afiliasi kepada pihak UMP samada fakulti, CoE dan agensi pemberi dana. iv) Penghargaan penerbitan juga perlu dinyatakan kepada nama geran, no RDU/UIC dan penaja jika ada. v) Penyelidik juga di galakkan untuk menghasilkan penerbitan tidak berindeks (research chapter, monograf, makalah jurnal atau buku), penerbitan bersama kolaborator dan harta intelek. vi) Penyelidik perlu melaporkan hasil penyelidikan dengan menggunakan format laporan perkembangan / laporan akhir yang telah diulas dan diluluskan oleh pihak fakulti. Penyelidik juga perlu memasukkan data artikel jurnal dan modal insan ke sistem penyelidikan (IRIMS UMP). Sistem ini akan melaporkan pencapaian penyelidik terus kepada sistem Jabatan Pendaftar bagi urusan perkhidmatan staf. vii) Bagi KPI hasil geran penyelidikan lain adalah berdasarkan garis panduan khusus jenis geran yang ditawarkan. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 12 dari 16

BAHAGIAN 2 (PENILAIAN PERMOHONAN) 2.1 PENILAIAN PERINGKAT FAKULTI/CoE i) Proposal geran hendaklah dinilai, diulas dan disokong pada peringkat Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti atau CoE sebelum dikemukakan permohonan kepada JPI. 2.2 PENILAIAN PERINGKAT UNIVERSITI i) Ketua Projek perlu membentangkan proposal geran untuk penilaian dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek Penyelidikan (JKPP) UMP. ii) Ahli Jawatankuasa Mesyuarat JKPP UMP Pengerusi : TNCPI Timb. Pengerusi : Dekan Penyelidikan JPI Ahli : Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Pengarah/Timbalan Pengarah CoE Panel Penilai Geran lantikan universiti Urusetia : Jabatan Penyelidikan & Inovasi Dekan Penyelidikan boleh mempengerusikan Mesyuarat JKPP permohonan geran GUJP maksimum hanya sehingga RM40,000 sahaja. iii) Bagi geran Flagship ahli jawatankuasa adalah termasuk Ahli Tetap Senat yang dilantik bagi Mesyuarat JPPI. iv) Kuorom adalah satu pertiga (⅓) dari jumlah keahlian Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 13 dari 16

v) Jawatankuasa di atas adalah asas dan ianya tertakluk kepada garis panduan jenis geran yang dinilai. 2.3 KELULUSAN KHAS PENYELIDIKAN i) Penyelidikan berhubung dengan LMO/GMO (Living Modified Organism/Genetic Modified Organism), Experimental Animal dan Human Subjects perlu mematuhi akta berkaitan dengan membuat satu deklarasi semasa permohonan geran dan memohon kelulusan dari jawatankuasa yang bertanggungjwab setelah dana penyelidikan diluluskan sebelum menjalankan penyelidikan. ii) Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut LMO/GMO - Institutional Biosafety Committee UMP (IBC UMP) Experimental Animal - Institutional Animal Care & Use Committee UMP (IACUC UMP) Human Subjects - Human Ethics Committee (kerjasama dengan universiti awam lain) 2.4 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN i) Jumlah peruntukan yang disalurkan adalah berdasarkan kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Mesyuarat JKPP dan surat makluman kod penyelidikan akan dikeluarkan kepada penyelidik untuk tujuan rekod. Semua rekod geran penyelidikan akan dikemaskini melalui sistem IRIMS dan HRIMS. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 14 dari 16

BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN) 3.1 PEMANTAUAN LAPORAN KEMAJUAN PROJEK i) Penghantaran laporan kemajuan projek penyelidikan adalah berdasarkan takwin yang disediakan oleh JPI atau setiap 6 bulan sekali. Ianya tertakluk kepada projek yang telah melepasi tempoh minima 6 bulan dari tarikh mula. Laporan hendaklah dihantar ke JPI dan juga dimuatnaik ke sistem IRIMS UMP. ii) Kegagalan penyelidik mengemukakan laporan perkembangan projek penyelidikan pada masa yang ditetapkan boleh menyebabkan semua aktiviti dan kewangan projek akan digantung atau ditamatkan serta direkodkan dalam fail peribadi penyelidik berkenaan selepas notis peringatan akhir dikeluarkan. iii) Semua urusan kewangan projek akan dibekukan sehingga laporan diterima 14 hari selepas notis peringatan terakhir. 3.2 PEMANTAUAN LAPORAN AKHIR PROJEK i) Ketua Projek perlu mengemukakan laporan akhir projek ke JPI dan memuatnaik ke sistem IRIMS UMP dalam tempoh masa 3 bulan selepas projek tamat. ii) Maklumat Hasil Penerbitan dan Modal Insan perlu dimasukkan ke sistem IRIMS UMP manakala bagi pencapaian lain iaitu Pameran, Harta Intelek, dan Persidangan adalah data dari sistem sediada. iii) Sebarang permohonan baru oleh Ketua Projek tidak akan diproses sehingga laporan akhir dihantar ke JPI. Projek yang telah mengemukakan laporan akhir akan ditukar status kepada Selesai Tutup Projek. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 15 dari 16

iv) Pihak JKPP berhak menolak / menilai semula jumlah peruntukkan permohonan geran baru penyelidik jika KPI projek penyelidik sebelum ini tidak mencapai KPI yang diberikan. 3.3 PROJEK TIDAK AKTIF i) Projek penyelidikan yang tidak aktif/tidak berbelanja setelah 6 bulan diluluskan akan ditutup dengan notis 14 hari kepada Ketua Projek dan akan direkod dalam fail peribadi staf. Garis Panduan Skim Geran UMP (Pindaan 2019) Muka 16 dari 16