MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS

dokumen-dokumen yang mirip
1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

Lelaki Perempuan (b) Nombor Kad Pengenalan: ( Baru ) (c) Tarikh Lahir: (HH/BB/TTTT) Umur : tahun Agama: (d) Tempat Lahir: Kewarganegaraan: Bangsa:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

PNB BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN

KTMB (CAR PARK) SDN BHD ( W)

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

MEMORANDUM PENERIMAAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR. (Sila tandakan ( ) pada kotak berkenaan) / /

BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

SYARAT-SYARAT JUALAN

MEMORANDUM PENERIMAAN

PEJABAT BENDAHARI DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

Perbadanan Pembangunan Perumahan Housing Development Corporation BORANG TAWARAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN-BAHAN BINAAN KAYU DAN HARDWARE UNTUK

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) CONTOH DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Untuk tujuan pelaburan. Pakej Utama Termasuk perbelanjaan seperti dibawah (Sila dipetak berkenaan)

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

MEMORANDUM PENERIMAAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Sila rujuk senarai semakan pengemukaan Borang CKHT 1A sebelum mengisi borang ini.

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA BAGI SEKOLAH-SEKOLAH KPM GARIS PANDUAN. November Versi 1.0

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

SILA ISI DAN LENGKAPKAN SURAT AKUJANJI (LETTER OF UNDERTAKING)

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Transkripsi:

DOKUMEN SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) BAGI TAHUN 2019 NO. RUJUKAN SEBUT HARGA : SHM.001/1/37-4 Jld 3 ( 6 ) (Perkakasan Komputer) SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN SEBUT HARGA KENYATAAN SEBUT HARGA iv v BAHAGIAN I : ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA 1. ARAHAN AM 3 2. BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA 3 3. KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUTHARGA 4 4. PENYERAHAN SEBUT HARGA 4 5. KOS SEBUT HARGA 5 6. HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 5 7. HAK SUHAKAM UNTUK MENERIMA ATAU 6 MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA 8. PERJANJIAN KONTRAK 6 9. PENERIMAAN SEBUT HARGA 7 10. PERALATAN SAMPINGAN 7 11. TEMPOH PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PERALATAN 8 12. JADUAL PELAKSANAAN 8 13. TEMPOH JAMINAN 8 14. MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT 9 15. KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 9 16. PENERIMAAN SEMENTARA 10 ii

17. PENERIMAAN AKHIR 11 18. JADUAL BAYARAN 11 19. PENENTUAN TEKNIKAL 12 20. TEMPOH KONTRAK 12 BAHAGIAN II : KEPERLUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL 1. PENGENALAN 13 2. PERKAKASAN 13 3. LOKASI PEMASANGAN 15 4. MANUAL DAN DOKUMENTASI 16 5. SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 16 BAHAGIAN III : FORMAT MAKLUM BALAS 17 BAHAGIAN IV : BORANG SEBUTHARGA BORANG I : Borang Akuan Sebut harga 18 BORANG II : Jadual Harga 20 BORANG III : Borang Soal Selidik 21 BORANG IV : Soal Selidik Penentuan Teknikal ( Keperluan Spesifikasi Minima) 24 BAHAGIAN V : DRAF PERJANJIAN JUALBELI PERKAKASAN KOMPUTER 25 iii

PENGENALAN SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) PERINGATAN : 1. Penyebutharga-penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran. 2. Pastikan dokumen sebutharga adalah lengkap di kesemua muka surat. Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan, SUHAKAM. 3. Tawaran ini tertakluk kepada penentuan (spesifikasi) dan syarat-syarat yang tercatat di dokumen ini. Penyebutharga-Penyebutharga adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebutharga ini. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan sebut harga berkenaan tidak dipertimbangkan atau DITOLAK. iv

KENYATAAN SEBUT HARGA 1. PELAWAAN SEBUT HARGA 1.1 Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang BERDAFTAR SEBAGAI KONTRAKTOR BUMIPUTERA DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah pecahan kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105 atau 210106 yang masih belum tamat tempoh bagi MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM). 2 DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN 2.1 Salinan Sijil Pendaftaran Asal daripada Kementerian Kewangan hendaklah disertakan semasa penghantaran sebut harga untuk simpanan SUHAKAM. 2.2 Tempoh sahlaku tawaran dan tempoh siap projek. 3 KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT a) Peringkat Pertama - Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penyebut harga Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. b) Peringkat Kedua - Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh Penyebut harga Berjaya, Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapat kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

c) Peringkat Ketiga - Menandatangani perianjian berkaitan perolehan Kerajaan yang mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan SUHAKAM hendaklah memastikan teks perjanjian perolehan Kerajaan yang hendak ditandatangani dengan pembida mengandungi Klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajan seperti yang diedarkan oleh Jabatan Peguam Negara melalui surat edaran bil. PN(ADV)188 Jld. 5 bertarikh 24 Jun 2008. SUHAKAM hendaklah memberi penekanan kepada pembida mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran ke atas klausa tersebut. 4 Tarikh Tutup Sebut harga Dokumen sebutharga hendaklah diserahkan dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat SUHAKAM, Unit Perolehan, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail SEBELUM ATAU PADA 19 JUN 2019 JAM 12.00 TENGAH HARI. v

BAHAGIAN I ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

BAHAGIAN I ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA 1001, JALAN SULTAN ISMAIL 50250 KUALA LUMPUR. Kepada Penyebutharga Tuan/Puan, SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM). Nombor Rujukan Sebut harga: SHM.001/1/37-4 Jld 3 (6) (Perkakasan Komputer) 2

1.0 ARAHAN AM 1.1 Sebut harga adalah dipelawa dari pembekal-pembekal untuk membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyenggara dalam tempoh jaminan Peralatan komputer asas komputer di SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM). 1.2 Penyebutharga yang dijemput adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini. Arahan-arahan dan syarat-syarat yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai syarat kontrak. Penyebutharga yang tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. 2.0 BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA 2.1 Membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah serta menyenggara sehingga tamat tempoh jaminan perkakasan komputer seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen ini. 2.2 Menyediakan latihan kepada pegawai / wargakerja SUHAKAM dalam penggunaan dan pengurusan sistem perkakasan komputer. 2.3 Menyediakan segala keperluan sebut harga seperti maklumat profil syarikat, keperluan teknikal, jadual lengkap pelaksanaan dan perancangan bagi semua aktiviti yang berkaitan pembekalan dan memastikan penjadualan dilaksanakan dengan berkesan. 3

3.0 KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUTHARGA 3.1 Sebut harga adalah dipelawa kepada semua penyebutharga yang berdaftar sebagai kontraktor Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105 atau 210106. 3.2 Penyebutharga adalah dikehendaki melampirkan salinan sijil bagi Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan. 3.3 Tempoh sahlaku tawaran dan tempoh siap kerja mestilah dinyatakan. 3.4 Penyebutharga utama mestilah merupakan agen yang diiktiraf / orang tengah bagi pembekal utama. 3.5 SUHAKAM berhak tidak mempertimbangkan atau menolak Tawaran Penyebutharga sekiranya tidak mematuhi keperluan mana-mana para 3.1 hingga 3.4. 4.0 PENYERAHAN SEBUT HARGA 4.1 Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam (2) dokumen berasingan dengan sampul surat berlakri ( sealed ) A dan B serta ditandakan. SEBUT HARGA SISTEM KOMPUTER SUHAKAM / 2019. 4.1.1 Sampul surat (A) adalah Dokumen Tawaran Kewangan. 4.1.2 Sampul surat (B) adalah Dokumen Tawaran Teknikal. 4

4.2 Penyebutharga hendaklah menghantar satu (1) salinan asal bagi keduadua dokumen di atas dan dilabel sebagai ORIGINAL dan tiga (3) salinan lain yang dilabel sebagai COPY. 4.3 Sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur (u.p: Unit Perolehan) 4.4 SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan borangborang penyertaan sebut harga akibat kesilapan alamat yang dihantar secara pos atau melalui serahan tangan. 5.0 KOS SEBUT HARGA 5.1 Penyebutharga mestilah menanggung sendiri semua kos berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran sebut harga. SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut. 6.0 HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 6.1 Semua harga sebut harga mestilah di dalam RINGGIT MALAYSIA (termasuk semua cukai yang terlibat, jika ada) bagi setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan. Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga (termasuk penghantaran, pemasangan dan lainlain tugas). 5

6.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku di dalam tempoh tidak kurang dari 120 hari dari tarikh tutup sebut harga. 6.3 SUHAKAM akan meminta Penyebutharga untuk menyambung tempoh pengesahan sebut harga tersebut sekiranya diperlukan. Permintaan ini dan maklumbalasnya mestilah dibuat secara bertulis. 6.4 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengubahsuai sebut harganya tetapi dikehendaki untuk melanjutkan tempoh pengesahan sebutharganya. 7.0 SUHAKAM BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUT HARGA 7.1 SUHAKAM tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga yang diterima. 7.2 SUHAKAM juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan cadangan dalam tawaran sebutharga. 7.3 Keputusan SUHAKAM adalah muktamad dan SUHAKAM tidak akan perlu memberi apa-apa alasan bagi sebarang penolakan mana-mana sebutharga. 8.0 PERJANJIAN KONTRAK 8.1 Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat perjanjian kontrak dengan SUHAKAM bagi membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyenggara (dalam tempoh jaminan) Sistem Perkakasan Komputer. Klausa penalti akan diletakkan dalam kontrak, untuk memastikan syarat-syarat kontrak dan sistem komputer dilaksanakan dengan baik seperti keperluan. 6

Penangguhan menggunapakai kontrak perjanjian, penerimaan bertulis SUHAKAM disertai dengan tawaran Penyebutharga berserta pemberitahuan pembekal berjaya akan mengikat kontrak di antara SUHAKAM dengan pembekal berjaya. Ini tanpa mengambilkira perjanjian kontrak telah atau tidak disediakan dan dilaksanakan. 8.2 Penyebutharga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual yang menjadi sebahagian daripadanya. Pembekal yang berjaya juga mesti mematuhi, peraturan atau melalui undang-undang dan keperluan pihak yang berkaitan. 9.0 PENERIMAAN SEBUT HARGA 9.1 SUHAKAM akan memberi notis bertulis kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebutharganya disetujuterima. Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syaratsyarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian sebutharga ini tidaklah boleh dipertimbangkan sehingga syarat tambahan ini dipersetujui oleh Penyebutharga yang berjaya. 10.0 PERALATAN SAMPINGAN 10.1 Penyebutharga boleh mencadangkan Peralatan aksesori tambahan yang boleh digunakan dalam perkakasan yang ditawarkan bagi menyempurnakan konfigurasi sistem atau yang dicadangkan atau memberikan penyelesaian menyeluruh. Item ini mesti dinilaikan dengan harga yang berasingan. Bagaimanapun, SUHAKAM berhak untuk mencadangkan samada aksesori tambahan ini perlu dibeli dan melihat pula kepada keperluan yang berkaitan. 7

11.0 TEMPOH PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PERALATAN 11.1 Peserta sebut harga adalah dikehendaki menyempurnakan pembekalan, pemasangan, konfigurasi dan pengujian sistem (tempoh siap kerja) dalam tempoh lapan (8) minggu daripada tarikh setuju terima tawaran. 11.2 Ini termasuk:- 11.2.1 Pemasangan dan pelaksanaan hendaklah tidak melebihi empat (4) minggu daripada tarikh setuju terima yang akan melibatkan aktiviti instalasi dan konfigurasi perkakasan berkaitan. 11.2.2 Pengujian sementara dalam masa dua (2) minggu. 11.2.3 Pengujian akhir dalam masa dua (2) minggu. 12.0 JADUAL PELAKSANAAN 12.1 Penyebutharga dikehendaki menyediakan satu Jadual Pelaksanaan Pembekalan peralatan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan bagi peralatan yang dicadangkan kepada SUHAKAM. 13.0 TEMPOH JAMINAN 13.1 Perkakasan komputer yang ditawarkan hendaklah dilitupi dengan tempoh jaminan tidak kurang daripada tiga (3) tahun daripada tarikh penerimaan akhir. 13.2 Dalam tempoh jaminan ini semua khidmat baikpulih, penyenggaraan, penggantian peralatan yang rosak dan kos buruh hendaklah diberi secara percuma. 8

14.0 MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT 14.1 Penyebutharga perlu menyediakan maklumat mengenai syarikat. 14.2 Penyebutharga perlu menyatakan pengalaman syarikat dalam mengendalikan projek-projek seumpamanya dengan mengemukakan latarbelakang projek, nama-nama dan alamat syarikat atau agensi projek tersebut dilaksanakan. Nyatakan tarikh projek tersebut selesai dan tarikh sebenar projek tesebut sepatutnya diselesaikan. Sila nyatakan projekprojek yang masih dikendalikan dan tarikh projek tersebut dijadualkan tamat. 15.0 KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 15.1 Sebarang kerosakan kepada perkakasan semasa tempoh jaminan hendaklah ditanggung oleh pihak pembekal daripada segi peralatan, perkhidmatan, pertukaran, kewangan dan lain-lain yang bersangkutan. Alat ganti sementara (on-loan item) perkakasan yang rosak, hendaklah disediakan sehingga perkakasan dibaiki atau diganti. 15.2 Semasa dalam tempoh jaminan, jika berlaku kerosakan kepada perkakasan, pembekal yang berjaya hendaklah memberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi 3 jam dari masa menerima laporan daripada SUHAKAM. Tempoh yang diambil untuk membaiki kerosakan hendaklah tidak melebihi 24 jam. Jika kerosakan tidak dapat dibaiki dalam tempoh berkenaan, penggantian peralatan hendaklah dilaksanakan atau menyediakan alat ganti sementara ( on-loan item ) agar pengguna tidak menghadapi masalah atas kekurangan peralatan tersebut. Sekiranya pembekal tidak dapat menyediakan atau membekalkan on-loan item dalam tempoh 24 jam, Suruhanjaya berhak mendapatkan peralatan tersebut dari pihak luar dan kos akan ditanggung oleh pembekal sehingga peralatan siap diperbaiki. 9

15.3 Sokongan peringkat pertama adalah daripada pembekal dan peringkat kedua daripada pihak pengilang / pembekal asal. 15.4 Jika diperlukan, pembekal adalah dikehendaki menyedia dan memberikan khidmat penyenggaraan dan sokongan selepas tamat tempoh jaminan dengan pihak SUHAKAM berasaskan suatu perjanjian penyenggaraan yang akan ditentukan kemudian. Walau bagaimanapun SUHAKAM mempunyai hak untuk memilih sebarang pembekal lain untuk memberikan khidmat penyenggaraan. 15.5 Penyebutharga hendaklah mengemukakan maklumat terperinci sebagaimana maklumbalas yang berkenaan, mengenai penyenggaraan dan perkhidmatan sokongan terlibat untuk kegunaan penilaian oleh SUHAKAM. 16.0 PENERIMAAN SEMENTARA 16.1 Penyebutharga dikehendaki membenarkan SUHAKAM menjalankan ujian ke atas peralatan yang dibekalkan untuk tempoh lima belas (15) hari dari tarikh siap pemasangan. SUHAKAM akan memaklumkan secara bertulis tarikh penerimaan sementara sekiranya peralatan tersebut berfungsi dengan sepenuhnya dan sistem down time tidak melebihi 5%. Sistem down time bermaksud tempoh apabila peralatan tidak dapat berfungsi kerana sistem breakdown. 16.2 SUHAKAM mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian bagi penerimaan sementara sekiranya terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan/kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship) atau kecacatan pada peralatan. 10

17.0 PENERIMAAN AKHIR 17.1 SUHAKAM akan menggunakan peralatan yang dipasang untuk tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penerimaan sementara. Dalam tempoh tersebut, pembekal bertanggungjawab membetulkan sebarang kelemahan yang dikesan. SUHAKAM akan memaklumkan secara bertulis tarikh penerimaan akhir sekiranya dalam tempoh berkenaan peralatan tersebut berfungsi dengan sepenuhnya dengan sistem downtime tidak melebihi 1 %. 17.2 Sekiranya peralatan tersebut gagal memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh pembekal dalam tempoh yang telah dinyatakan, SUHAKAM berhak mendapatkan gantian. Sekiranya peralatan tersebut perlu diganti dengan yang lain, pihak Penyebutharga hendaklah menanggung segala kos yang terlibat. 17.3 SUHAKAM mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian sekiranya terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan atau kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship) atau kecacatan pada peralatan. 18.0 JADUAL BAYARAN 18.1 Penyebutharga yang berjaya akan ditawarkan harga kontrak mengikut peratusan berdasarkan kepada jadual seperti dibawah:- i. Semasa pemasangan perkakasan komputer : 50% daripada harga kontrak ii. Semasa penerimaan sementara : 20 % daripada harga kontrak iii. Semasa penerimaan akhir : 30% daripada harga kontrak 18.2 Pembayaran untuk setiap fasa tidak akan dikeluarkan sehingga fasa sebelumnya disempurnakan dan diluluskan oleh SUHAKAM. 11

19.0 PENENTUAN TEKNIKAL 19.1 Penentuan teknikal yang perlu dibekalkan hendaklah memenuhi spesifikasi keperluan minimum pada Bahagian II. 19.2 Penyebutharga adalah dikehendaki menyatakan keterangan terperinci spesifikasi teknikal yang dicadangkan dan maklumbalas yang perlu dikepilkan bersama dokumen sebut harga. 19.3 Penyebutharga tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan bagi manamana butiran yang dimasuki bagi sebutharga ini. 19.4 SUHAKAM tidak akan melayan sebarang tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga dengan tafsiran SUHAKAM mengenai penentuan tersebut. 20.0 TEMPOH KONTRAK 20.1 Tempoh kontrak adalah bermula daripada tarikh setuju terima sehingga tamat jaminan penyenggaraan. 12

BAHAGIAN II KEPERLUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

BAHAGIAN II KEPERLUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL 1.0 PENGENALAN 1.1 SUHAKAM adalah satu satu agensi yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". 1.2 Selain dari Ibu Pejabat SUHAKAM di Kuala Lumpur, SUHAKAM juga beroperasi di 2 buah pejabat lagi di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. 1.3 Bagi menjadikan SUHAKAM satu agensi yang sentiasa berteknologi dan mantap mengikut peredaran masa, SUHAKAM ingin menaiktaraf perkakasan yang sedia ada. Sehubungan itu penggunaan komputer telah bertambah dan pembelian ini adalah bertujuan untuk menampung kehendak penggunaan komputer yang meningkat dan menaiktaraf kelengkapan yang ada. 2.0 PERKAKASAN KOMPUTER 2.1 Ringkasan keperluan peralatan perkakasan komputer: Perkara Penempatan Perkakasan Jumlah Perolehan Peralatan Komputer Ibu Pejabat SUHAKAM Sarawak SUHAKAM Sabah Baru (unit) i. Komputer Meja 20 0 0 20 13

2.2 Penyebutharga dikehendaki mencadangkan perkakasan berdasarkan spesifikasi minima teknikal yang diperlukan seperti berikut: Bil Perkara 1. Komputer Desktop 20 unit Processor: Intel Core i7 20 LED Monitor Memory: 8GB DDR3 HDD: 1 TB Graphics: Intel HD Graphics Optical: DVD/RW +USB Keyboard + mouse Operating System: Win 10 pro Speakers 3 years full warranty (part, labor, onsite) UPS Compatible with the computer model 2.3 Penyebutharga bertanggungjawab untuk memastikan kesesuaian antara perkakasan menyeluruh tanpa tambahan kos tersembunyi. Jadual perkakasan yang dinyatakan adalah sebagai panduan ke atas keperluan minimum SUHAKAM. 2.4 Kerja-kerja adalah termasuk pembekalan, penghantaran, pemasangan, konfigurasi, pengujian dan penyenggaraan semasa tempoh jaminan perkakasan komputer seperti di para 2.0. 14

3.0 LOKASI PEMASANGAN 3.1 Lokasi penghantaran, pemasangan dan pengujian adalah di Ibu Pejabat SUHAKAM seperti alamat berikut : A. Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel : 03-26125600 Fax : 03-26125620 15

4.0 MANUAL DAN DOKUMENTASI 4.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menyediakan sekurangkurangnya dua (2) salinan manual dan dokumentasi mengenai kegunaan operasi peralatan termasuk perisian yang dicadangkan untuk rujukan SUHAKAM dan pengguna semasa pengendalian dan penyenggaraan. Kesemua dokumen manual mestilah asli, lengkap dan dibukukan dengan kemas. 5.0 SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 5.1 SUHAKAM memerlukan komitmen penuh daripada pembekal untuk memastikan kerja-kerja penyenggaraan berada di dalam persekitaran baik di samping membantu wargakerja SUHAKAM. Sokongan dan penyenggaraan hendaklah diberikan sehingga tamat tempoh jaminan selepas penerimaan akhir ke atas semua sistem perkakasan yang dibekalkan. 5.2 Sebarang kerosakan kepada perkakasan semasa tempoh jaminan hendaklah ditanggung oleh pihak pembekal daripada segi peralatan, perkhidmatan, pertukaran, kewangan dan lainlain yang bersangkutan. Alat ganti sementara ( on-loan item ) perkakasan yang rosak, hendaklah disediakan sehinggalah perkakasan dibaiki atau diganti. 5.3 Semasa dalam tempoh jaminan, jika berlaku kerosakan kepada perkakasan, penyebutharga yang berjaya hendaklah memberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi 3 jam dari masa menerima laporan daripada SUHAKAM. Tempoh yang diambil untuk membaiki kerosakan hendaklah tidak melebihi 24 jam. Jika kerosakan tidak dapat dibaiki dalam tempoh berkenaan, penggantian peralatan hendaklah dilaksanakan atau menyediakan on-loan item agar pengguna tidak menghadapi masalah atas kekurangan peralatan tersebut.

5.4 Sokongan peringkat pertama adalah daripada pembekal dan peringkat kedua daripada pihak pengilang. 5.5 Selepas tamat tempoh jaminan, penyebutharga hendaklah bersetuju menjalankan kontrak penyenggaraan jika dikehendaki oleh SUHAKAM. 16

BAHAGIAN III FORMAT MAKLUMBALAS Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

BAHAGIAN III FORMAT MAKLUM BALAS Maklumat yang dikemukakan hendaklah merupakan maklumbalas berkaitan kepada sebut harga ini. Jawapan dikehendaki disediakan secara spesifik bagi setiap soalan yang diberi. Untuk soalan yang tidak berkenaan sila catatkan dan nyatakan sebabnya. Maklumat tambahan yang dirasakan perlu hendaklah dikemukakan di bahagian yang berasingan dalam cadangan dengan rujukan bersesuaian. Cadangan Penyebutharga dikehendaki dihantar dalam format yang digariskan seperti di bawah :- DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN 1. Surat Rasmi Penyebutharga dengan keterangan mengenai nama, alamat e-mail, nombor telefon dan nombor faksimili wakil-wakil unit akaun yang patut dihubungi berkaitan sebut harga ini. 2. Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan 3. Salinan Sijil Kontraktor Bumiputera 4. Salinan 3 bulan penyata kewangan terkini syarikat 5. Borang I (Borang Akuan Sebutharga) 6. Borang II (Jadual Harga). Penyebutharga mesti menyatakan unit harga mengikut item dan jumlah harga sebut harga bagi barangan dan perkhidmatan yang dicadangkan untuk dibekalkan. 7. Borang III (Borang Soal Selidik) beserta Profil Syarikat. DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL 1. Tempoh sahlaku tawaran sebut harga dan tempoh pelaksanaan 2. Mengandungi satu atau lebih mukasurat yang menggariskan bahagian tawaran/ cadangan dan bahagian kecil tawaran / cadangan. 3. Borang III (Borang Soal Selidik). 4. Borang IV Soal Selidik Penentuan Teknikal (Keperluan Spesifikasi Minima) 5. Jadual Cadangan Pelaksanaan Kerja termasuk penyerahan dokumentasi. 6. Lain-lain keperluan yang dinyatakan dan maklumat tambahan seperti brosur. 17

BAHAGIAN IV BORANG SEBUT HARGA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

BORANG I BORANG AKUAN SEBUT HARGA BORANG AKUAN SEBUT HARGA Kepada: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tuan, NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: SHM.001/1/37-4 Jld 3 ( 6 ) MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA(SUHAKAM) BAGI TAHUN 2019 Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga. Pihak yang bertandatangan di bawah menawarkan untuk membekal, menghantar, memasang, menguji, menyenggara dalam tempoh jaminan dan mentauliah sepertimana sebahagian yang terkandung dalam kontrak, bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan pelbagai kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah berserta senarai harga yang disertakan bersama sebut harga. Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata dalam Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga, spesifikasi dan jadual harga, dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang dibekalkan dari semasa ke semasa. Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk menyiapkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, penyenggaraan dalam tempoh jaminan, pentauliahan dan bekerja mengikut Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga yang diberikan termasuk tempoh siap kerja maksima lapan (8) minggu. Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebut harga kami sama ada ianya lebih tinggi atau lebih rendah dari sebut harga lain atau sama. Sebut harga ini akan sentiasa sah selama satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh penyerahan sebut harga. 18

Dan selanjutnya, pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya pihak tuan menerima sebut harga ini untuk menyediakan penyataan penerimaan deposit Bon Pelaksanaan sekiranya dipohon. Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam sebut harga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebut harga. Tandatangan Penyebutharga: Tandatangan Saksi kepada Penyebutharga: Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat Tarikh: Tarikh: 19

SURAT AKUAN PEMBIDA BAGI (SAP Bertarikh: ) SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER ASAS DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA(SUHAKAM) BAGI TAHUN 2019 SHM.001/1/37-4 Jld 3 ( 6 ) Saya No Kad Pengenalan yang mewakili.. Nombor Pendaftaran Syarikat. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalarn SUHAKAM atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewaklian Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2.Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam SUHAKAM atau mana-mana indidvidu lain sebagai mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan. 3.Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sokongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, Nama No. KP Cop Syarikat

BORANG II JADUAL HARGA JADUAL HARGA Perkara Peralatan Komputer 1. Komputer Desktop (Intel Core i7) Kuantiti 20 Harga seunit (RM) Harga (RM) Jumlah 20

BORANG III SOAL SELIDIK BORANG SOAL SELIDIK A. PROFIL SYARIKAT Arahan : Semua butir-butir di dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dilengkapkan oleh penyebutharga dengan betul dan tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebut harga ditolak dan tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran lain jika perlu. Butir-butir Syarikat 1. No Pendaftaran Syarikat:.. Tarikh Tamat:. 2. No. Pendaftaran Kem. Kewangan:. Tarikh Tamat:.. 3. Taraf Syarikat*: Bumiputera/ Bukan Bumiputera 4. Peratus Modal:.% Bumiputera /..% Bukan Bumiputera /.% Lain-lain 5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat bumiputera:..hingga. Jenis Syarikat*: Perseorangan: Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain.(Nyatakan) 6. Tempoh Sah laku tawaran sebut harga :... 7. Tempoh Siap Kerja :... 1. Modal Dibenarkan : RM 2. Modal Dibayar : RM Butir-butir Modal Senarai Pemegang-pemegang Saham Pemegang Saham Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan 1. 2. 3. - Sila potong yang tidak berkenaan 21

B. PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT 1. Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan teknikal, tahun pengalaman dan kelayakan. 2. Kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan syarikat, jenis kerja, lokasi dan tarikh projek tersebut dijadualkan tamat. Ringkasan seperti jadual di bawah : Nama Syarikat / Agensi Jenis Kerja / Skop Projek Tarikh Nilai projek serta Lokasi Dijadualkan (RM) Tamat 22

3. Pengalaman dalam melaksanakan projek seumpamanya yang berkaitan pemasangan perkakasan dalam 3 tahun yang lepas (sila buat ringkasan mengenai projek termasuk nilai, pelanggan untuk dihubungi dan alamat/ telefon serta jangkamasa/ tahun projek seperti di bawah):- Nama Organisasi, rujukan pelanggan Perkara/ Skop kerja Tempoh pelaksanaan Nilai projek (RM) dan lokasi 4. Sila sertakan Jadual dan Pelan Pelaksanaan terperinci serta lengkap bagi tujuan penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengtauliahan bagi peralatan yang dicadangkan kepada SUHAKAM. 23

BORANG IV SOAL SELIDIK PENENTUAN TEKNIKAL (KEPERLUAN SPESIFIKASI MINIMA) SOAL SELIDIK PENENTUAN TEKNIKAL (KEPERLUAN SPESIFIKASI MINIMA) Penyebutharga dikehendaki mengisi ruang kosong di bawah dengan lengkap beserta catatan / keterangan lain. Bil Keperluan Spesifikasi Minima Sila tanda (/) Memenuhi Sila tanda (X) Tidak Memenuhi Catatan / Keterangan Terperinci 1. Komputer Desktop 20 unit Processor : Intel Core i7 20 LED Monitor Memory : 8GB DDR3 HDD : 1 TB Graphics : Intel HD Graphics Optical : DVD/RW +USB Keyboard + mouse Operating System: Win 10 Pro Speakers 3 years full warranty (part, labour, onsite) UPS Compatible with the computer model 24

BAHAGIAN V DRAF PERJANJIAN JUALBELI PERKAKASAN KOMPUTER Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

DRAF PERJANJIAN JUAL BELI PERKAKASAN PERJANJIAN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENYENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERKAKASAN KOMPUTER UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) SATU PERJANJIAN dibuat pada hari bulan 2019 DI ANTARA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), suatu agensi yang ditubuhkan di bawah Akta SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999 (Akta 597) yang beralamat di Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai SUHAKAM) sebagai satu pihak DENGAN. (no. pendaftaran syarikat..) yang beralamat di (kemudian daripada ini disebut sebagai Kontraktor ) bagi pihak yang satu lagi. BAHAWASANYA: 1. SUHAKAM hendak memperoleh perkakasan (kemudian daripada ini disebut Peralatan Tersebut ) mengikut Jadual Harga dan Spesifikasi yang ditentukan di Jadual 1 dan 2 Perjanjian ini. 2. SUHAKAM mempunyai bidangkuasa dan kebenaran untuk melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja membekal, menghantar, memasang, menguji dan menyenggara (dalam tempoh jaminan) peralatan tersebut (kemudian daripada ini disebut sebagai Kerja Tersebut ). 3. SUHAKAM berhasrat dan berkeinginan untuk melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja tersebut dan Kontraktor bersetuju untuk menerima lantikan tersebut tertakluk kepada termaterma dan syarat-syarat yang dinyatakan kemudian daripada ini. MAKA OLEH YANG DEMIKIAN adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut:- 1. TEMPOH PERJANJIAN Perjanjian ini adalah berkuat kuasa mulai dari sehingga Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan ini boleh dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-starat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 25

2. PESANAN Pesanan-pesanan akan dibuat oleh SUHAKAM melalui mana-mana pegawai yang diberi kuasa (pegawai-pegawai yang berkenaan) kepada Kontraktor atau wakil-wakil yang telah dilantik oleh Kontraktor menggunakan borang pesanan rasmi yang ditetapkan. 3. PEMBEKALAN: KUANTITI DAN TEMPAT 3.1 Kontraktor akan melaksanakan kerja tersebut mengikut harga dan spesifikasi yang ditentukan dalam Jadual 1 dan 2. 3.2 Semua peralatan yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah keluaran terbaru, tulen serta belum digunakan dan menepati spesifikasi seperti yang ditentukan di Jadual 1 kepada perjanjian ini. 3.3 Semua peralatan yang dibekalkan mestilah disertakan dengan manual operasi dan penyelenggaraannya. 4. PERUBAHAN DAN MODIFIKASI Mana-mana perubahan atau pindaan ke atas harga atau spesifikasi di Jadual 1 dan 2 kepada perjanjian ini hendaklah dibuat di atas persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak. Mulai dari tarikh dan persetujuan yang dinyatakan, Kontraktor hendaklah membekal peralatan tersebut tanpa sebarang kenaikan harga dan perubahan ini tidak akan memberi kesan ke atas mutu barang-barang dan tempoh penghantaran. 5. PEMERIKSAAN 5.1 Kontraktor mestilah juga membenarkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk bebas masuk bagi pemeriksaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke kawasan di mana Peralatan tersebut sedang diperkilang atau disimpan. 5.2 Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh pegawai-pegawai yang berkenaan, memberi dengan tiada apa-apa bayaran, contoh bagi peralatan yang akan dibekalkan untuk diuji oleh SUHAKAM. 6. PENYERAHAN 6.1 Peralatan tersebut hendaklah diserahkan ke SUHAKAM dalam tempoh kontrak. 6.2 Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Klausa 7.1 hendaklah dipersetujui oleh SUHAKAM secara bertulis. 6.3 Kontraktor hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua (2) salinan surat penyerahan (Delivery Order) bersama dengan tiap-tiap satu penyerahan Peralatan tersebut dan satu 26

6.4 salinannya akan diperakuiterima dan dikembalikan kepada Kontraktor apabila Peralatan tersebut diterima. 6.5 Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap penyerahan Peralatan tersebut memberi satu (1) perakuan bertulis bahawa kualiti Peralatan tersebut tidak kurang daripada kualiti/contoh seperti yang dipersetujui. 6.6 Kerja-kerja pemasangan dan pengujian hendaklah dibuat dalam tempoh Perjanjian. Kontraktor hendaklah menyediakan dua (2) salinan surat akuan setelah SUHAKAM berpuashati bahawa peralatan tersebut telah dipasang dan diujilari dengan sempurna. 7. PENERIMAAN BERSYARAT Walaupun Peralatan tersebut telah diterima, SUHAKAM adalah sentiasa berhak menolak semua penyerahan di bawah Klausa 7 jika Peralatan tersebut tidak menepati harga dan spesifikasi yang ditentukan di Jadual 1 dan 2. 8. HAK SUHAKAM APABILA PERALATAN ROSAK ATAU RENDAH KUALITI 8.1 Sekiranya, bagi satu-satu pesanan, kontraktor telah menyerahkan peralatan yang rosak atau rendah kualiti daripada yang telah ditetapkan dalam Jadual 1 dan 2 kepada perjanjian ini, SUHAKAM boleh sama ada :- 8.1.1 Menamatkan perjanjian ini mengikut Klausa 20 atau 8.1.2 Menolak Peralatan tersebut dan menamatkan perjanjian ini mengikut Klausa 20 atau 8.1.3 Meminta gantian Peralatan tersebut yang mana hendaklah diserahkan dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tetapi tidak melebihi tempoh tiga (3) bulan selepas permintaan itu dibuat. Jika gantian Peralatan tersebut tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, SUHAKAM boleh membeli Peralatan tersebut daripada punca-punca lain dengan syarat bahawa jika kos bagi punca lain melebihi harga dalam Jadual 1 kepada perjanjian ini, kontraktor akan dikenakan membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada SUHAKAM. 8.2 Bagi satu-satu pesanan jika kontraktor telah menyerahkan Peralatan yang rosak atau rendah kualitinya kepada SUHAKAM dan SUHAKAM tidak mungkin menolak Peralatan tersebut oleh sebab Peralatan tersebut telah dipakai atau digunakan sebelum diketahui rosak atau rendah kualitinya, SUHAKAM boleh membuat tuntutan/ pampasan dari Kontraktor sama banyak dengan nilai Peralatan tersebut. 27

8.3 Jika selepas Peralatan tersebut dihantar, SUHAKAM mendapati Peralatan tersebut bukan keluaran baru atau tulen, SUHAKAM boleh sama ada menerima atau menolak Peralatan tersebut dan menamatkan kontrak mengikut Klausa 20 dan Kontraktor adalah bertanggungjawab membayar kepada SUHAKAM pampasan sebanyak nilai Peralatan tersebut tidak mengambil kira sama ada SUHAKAM menamatkan kontrak ini atau tidak. 9. HAK SUHAKAM APABILA PERALATAN TIDAK DISERAHKAN Sekiranya Peralatan tersebut tidak diserahkan oleh Kontraktor selepas pesanan dibuat, SUHAKAM boleh menamatkan perjanjian ini mengikut Klausa 20 dan Bon Pelaksanaan tidak akan dikembalikan dan Kontraktor boleh dikenakan membayar pampasan kepada SUHAKAM mengikut harga Peralatan tersebut. 10. HAK SUHAKAM APABILA PERALATAN LEWAT DISERAHKAN Sekiranya Peralatan tersebut lewat diserahkan oleh Kontraktor, SUHAKAM boleh sama ada:- 10.1 Menamatkan perjanjian ini mengikut Klausa 20, atau 10.2 Membatalkan/menolak pesanan dan membeli Peralatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain. Dalam hal sedemikian, jika kos pembelian melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor boleh dikenakan membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada SUHAKAM. 11. HAK SUHAKAM APABILA PENYERAHAN TIDAK SEPENUHNYA Sekiranya Peralatan tersebut diserahkan dengan tidak sepenuhnya mengikut kuantiti yang ditetapkan, SUHAKAM boleh menyujuterima penyerahan tersebut dan membeli Peralatan yang berkurangan daripada punca-punca lain dan SUHAKAM berhak meminta Kontraktor membayar kos yang terlibat. 12. TUNTUTAN BAGI PEMBELIAN DI LUAR PERJANJIAN Bagi keadaan yang mana SUHAKAM terpaksa membeli Peralatan tersebut daripada punca-punca lain seperti yang diperuntukkan dalam Klausa-Klausa 9.1.3, 11.2 dan 12, SUHAKAM boleh selain daripada apa-apa pampasan yang SUHAKAM berhak di bawah Klausa-Klausa tersebut, membuat tuntutan yang jumlahnya tidak melebihi 5% daripada nilai Peralatan tersebut. 13. PENGALIHAN BARANG-BARANG Di dalam keadaan yang mana SUHAKAM telah menolak Peralatan yang dipesan seperti diperuntukkan di bawah Klausa-Klausa 9.1.2, 9.3 dan 11.2, Kontraktor hendaklah mengalihkan 28

Peralatan tersebut dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penolakan. Sekiranya Peralatan tersebut tidak dialih di dalam tempoh masa tersebut, SUHAKAM berhak mengalih Peralatan tersebut dan menuntut kos pengalihan daripada Kontraktor. 14. SET-OFF SUHAKAM boleh memotong apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini, daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh SUHAKAM kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini. Jika wang yang Kontraktor berhutang kepada SUHAKAM itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan SUHAKAM, SUHAKAM boleh menuntut baki wang daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya sebulan selepas menerima tuntutan. 15. PEMBAYARAN Pembayaran kepada kontraktor akan dibuat oleh SUHAKAM seperti di Jadual 3. Pembayaran kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai perakuan bahawa Peralatan tersebut adalah menepati kualiti yang ditetapkan di bawah perjanjian ini. Pembayaran oleh SUHAKAM tidak melepaskan Kontraktor atas tanggungjawab di bawah Perjanjian ini. 17. PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI Jika dalam tempoh Perjanjian ini, terjadi perubahan pada mana-mana kadar duti atau cukai yang dikenakan oleh Kerajaan, Kontraktor akan menanggung segala kos yang terlibat akibat dari perubahan tersebut. 18. PAMPASAN (COMPENSATION) 18.1 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada SUHAKAM daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan, belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas SUHAKAM sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari pelanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor. 18.2 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada SUHAKAM terhadap apa juga tindakan tentang Perlanggaran Surat Jaminan Hak atau Rekabentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh perjanjian ini) kerana mengguna atau menjual mana-mana Peralatan yang dibekalkan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan ganti rosak yang SUHAKAM mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana pelanggaran itu atau yang SUHAKAM mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu. 29

19. TEMPOH JAMINAN 19.1 Tempoh jaminan bagi Peralatan tersebut adalah selama tiga (3) tahun (on-site, labour, part). Tempoh jaminan adalah bermula dari tarikh penerimaan akhir peralatan tersebut. 19.2 Kontraktor hendaklah membaiki dan jika perlu mengganti mana-mana alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan tanpa apa-apa bayaran tambahan dalam tempoh jaminan. Laporan-laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian alat-alatan hendaklah dikemukakan kepada SUHAKAM dalam dua (2) salinan. 19.3 Sekiranya SUHAKAM tidak berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan dan penggantian yang dilakukan oleh Kontraktor, SUHAKAM boleh sama ada: 19.3.1 mendapatkan punca-punca lain untuk membaiki atau mengganti kerosakan tersebut dan kos tersebut akan ditanggung oleh Kontraktor, atau 19.3.2 memulangkan Peralatan tersebut kepada Kontraktor dan meminta gantian baru Peralatan tersebut. Kontraktor hendaklah menyerahkan Peralatan gantian tersebut dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tetapi tidak melebihi tempoh tiga (3) bulan selepas permintaan itu dibuat. Sekiranya Peralatan gantian tersebut tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, SUHAKAM boleh menuntut pampasan daripada Kontraktor. 20. PENAMATAN PERJANJIAN 20.1 SUHAKAM boleh dengan memberi notis bertulis kepada Kontraktor menamatkan Perjanjian ini jika:- 20.1.1 Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syaratsyarat yang terdapat dalam Perjanjian ini; dan 20.1.2 Kontraktor itu sebagai seorang perseorangan (atau, apabila firma itu) pada bilabila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang atau membuat sesuatu pindahak atau penyerahak bagi faedah-faedah sipiutang-sipiutang atau jika Kontraktor itu adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atau mahkamah membuat sesuatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau 30

jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang sipiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat perintah penggulungan; atau 20.1.3 SUHAKAM mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan perbuatan rasuah, dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak SUHAKAM untuk mendapatkan balik gantirosak dan dan lain-lain hak yang sedia ada. 21. IKLAN Iklan-iklan mengenai Perjanjian ini tidak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau lain-lain pengiklanan tanpa kelulusan bertulis dari SUHAKAM. 22. PEMAJAKAN DAN KONTRAK KECIL Kontraktor tidak boleh memajak atau membuat atau memberi subkontrak terhadap Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis dari SUHAKAM. 23. PEMBERIAN MILIK Kontraktor tidak boleh memberi milik kontrak atau mana-mana bahagian atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungjawab apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dari atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan dari SUHAKAM. 24. KOS PERJANJIAN DAN DUTI SETEM Sebarang kos dan apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini akan ditanggung oleh Kontraktor. 25. UNDANG-UNDANG Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia dan pihak-pihak bagi perjanjian ini adalah tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah di Malaysia. 26. PINDAAN-PINDAAN Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak. 31

27. MASA Masa di mana dinyatakan hendaklah menjadi inti pati kepada perjanjian ini. 28. PERJANJIAN MENGIKAT Perjanjian ini mengikat pemegang waris, wakil persendirian, penerima serah hak yang dibenarkan atau waris kedua-dua pihak. 30. JADUAL Semua jadual yang dilampirkan hendaklah dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian penting perjanjian ini. Dengan ini disaksikan pihak-pihak disini telah menandatangani pada... haribulan... tahun... Ditandatangani oleh ) untuk dan bagi pihak ) SUHAKAM )... (Tandatangan) Di hadapan:... ) No. Kad Pengenalan:... ) Ditandatangani oleh: ) untuk dan bagi pihak )... Kontraktor ) (Tandatangan dan Cop Mohor Syarikat) Dihadapan:... ) Kad Pengenalan:... ) 32