KONSEP MAQASID SUNNAH MENURUT AHMAD AL-RAYSUNI. Abdul Hadi Awang Mohd Norzi Nasir Abdul Hakim Baharudin

dokumen-dokumen yang mirip
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,


JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Malam Nisfu Syaaban.

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

HALAL, HARAM & SYUBHAT

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

PENDAHULUAN CTU261 19/05/2014. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Hak Cipta Terpelihara :

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

SUMBER HUKUM ISLAM 1

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

Article Review. : Jurnal Ilmiah Islam Futura, Pascasarjana UIN Ar-Raniry :

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

Salah Faham Terhadap Hadith

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

WARASYAH TAQWIYYAH INTEGRASI AQLI DAN NAQLI SIRI 1/2014 PENGENALAN ASAS SHARIAH TOPIK : SIYASAH SHARIAH

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al- Iqar 1

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 ABSTRAK

BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Nota Sains Islam. Hasanul Arifin

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Transkripsi:

780 KONSEP MAQASID SUNNAH MENURUT AHMAD AL-RAYSUNI Abdul Hadi Awang Mohd Norzi Nasir Abdul Hakim Baharudin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) abdulhadi@kuis.edu.my, mohdnorzi@kuis.edy.my, abdulhakim@kuis.edu.my ABSTRAK Perbincangan maqasid telah dimulakan oleh para ulama terdahulu seperti al-juwayni (348 H), al-ghazali (505 H) dan selainnya. Perbincangan ini diteruskan oleh al-syatibi (790 H) dan ulama kontemporari seperti Ibn Asyur (1393 H) yang telah mengukuhkan disiplin ilmu ini sehingga menjadi ilmu yang sangat hebat pada hari ini. Namun perbincangan tersebut lebih tertumpu kepada maqasid al-quran dan maqasid shari ah manakala perbincangan berkaitan maqasid sunnah adalah sangat sedikit walaupun sunnah adalah sumber kedua dalam pendalilan hukum. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan dan mengeluarkan konsep maqasid sunnah, contoh pengamalan maqasid sunnah dan kesan memahami sunnah berdasarkan maqasid sunnah kepada pemahaman dan hokum-hakam menurut ulama maqasid kontemporari Dr. Ahmad al-raysuni. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis diskriptif melalui dokumen dan teks buku. Kajian ini mendapati, perbincangan maqasid sunnah perlu diperluaskan sebagai salah satu cara memahami sunnah Nabi SAW dengan tepat di samping dapat menghayati dan mengamalkan sunnah baginda dengan pemahaman dan kaedah yang betul. Kata kunci: Maqasid sunnah, Ahmad al-raysuni,memahami sunnah. 1.0 PENGENALAN Maqasid adalah kata jama kepada masdar mimi qasada iaitu maqsad yang bermaksud niat atau tuntutan (Lisan Arab). Manakala takrifan istilah bagi maqasid telah diperkenalkan oleh ulama silam seperti al-ghazali (W 505 H), al-amidi (W 631 H) dan selainnya dan juga ulama kontemporari seperti Ibn Asyur (W 1393 H), Ilal al-fasi (W 1394 H) dan lain-lain. Sa d Abd al-rahman (2017) menyimpulkan bahawa takrif maqasid ialah Objektif dan matlamat yang mengandungi hukum-hakam syariah, bertujuan mengukuhkan hukum syariah demi kepentingan manusia serta mengelak kebinasaan. Takrifan yang diberikan oleh para ulama silam kesemuanya berkaitan maqasid syariah sama ada maqasid umum atau khusus kerana ilmu maqasid adalah sangat sinonim dengan perbincangan usul fiqh. Maksud maqasid juga terdapat dalam perkataan lain seperti hikmah, maslahah dan selainnya dan dibincangkan dalam pelbagai kitab terutama dalam kitab fiqh, al-qawa id al-fiqhiyyah dan usul al-fiqh.

781 Kebanyakan ulama membahaskan ilmu maqasid dalam kitab usul fiqh ketika membicarakan bab qiyas seperti Imam al-haramayn al-juwayni (W 478 H) dalam kitabnya al- Burhan, Imam al-ghazali dalam kitabnya al-mustasfa, al-razi (W 606 H) dalam kitabnya al- Mahsul fi Ilm Usul al-fiqh dan Iz al-din bin Abd al-salam (W 660 H) dalam dua kitab karangannya iaitu al-qawa id al-ahkam fi Masalih al-anam dan Qawa id al-sughra. Terdapat juga ulama yang menjadikan disiplin ilmu maqasid sebagai satu tajuk khusus ketika membahaskannya seperti al-syatibi (W 790 H) dalam kitabnya al-muwafaqat dalam jilid kedua. (Zul Anwar, 2014). Namun jika diteliti, perkataan maqasid atau yang seumpamanya telah dibincangkan sejak kurun ketiga Hijrah lagi apabila seorang ahli sufi dan falsafah, al-tirmizi al-hakim telah menggunakan istilah maqasid dalam kitabnya al-salat wa Maqasiduha. Beliau yang tidak dapat dikenalpasti tarikh wafatnya kerana terlalu banyak perbezaan pendapat merupakan antara ulama terawal yang menggunakan perkataan maqasid ini. Kemudian al-maturidi (W 333 H) seorang ulama besar dalam ilmu kalam yng juga pengasas mazhab al-maturidiyyah telah mengarang karya yang membincangkan ilmu maqasid iaitu kitab Ma khaz al-shara i. Malangnya karya ini telah hilang. Selepas itu, muncul al-qaffal al-shashi (W 365 H) yang dikenali dengan nama al- Qaffal al-kabir, seorang ulama besar dalam usul fiqh dan mazhab shafie telah mengarang karya yang membahaskan berkaitan maqasid dalam kitabnya Mahasin al-shari ah. Al-Abhari (W 375 H) pula telah mengarang kitab Mas alat al-jawab wa al-dalail wa al- Ilal yang berkaitan dengan maqasid. Penutup kurun ini seorang mujaddid kurun keempat iaitu al-baqilani (W 403 H) yang mempunyai beberapa karya yang berkaitan dengan maqasid seperti al-muqni fi Usul al-fiqh, al- Ahkam wa al- Ilal dan Kitab al-bayan an Faraid al-din wa Shara i al-islam. (al-raysuni, 1995) Konsep maqasid sunnah adalah satu istilah yang baru digunakan akhir-akhir ini oleh ulama-ulama kontemporari walaupun perbicaraan maqasid secara umum telah banyak dibicarakan oleh para ulama sebelum ini. Kebanyakan ulama memfokuskan kepada penulisan maqasid shari ah (Rizalman, 2016) berbanding maqasid-maqasid yang lain. Perbincangan maqasid sunnah secara istilahnya seperti tidak pernah ditulis dalam penulisan sebelum ini melainkan Dr. Ahmad al-raysuni. Jika ada yang membincangkannya sebelum ini, masih berlindung di bawah maqasid shari ah seperti perbincangan maqasid ibadah daripada perspektif sunnah dan sebagainya. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membincangkan dan mengeluarkan konsep maqasid sunnah menurut ulama maqasid kontemporari Dr. Ahmad al-raysuni. Konsep maqasid sunnah ini penting untuk diaplikasikan kepada hadis-hadis Nabi SAW bagi memahami sesuatu hadis dengan tepat tanpa menyeleweng daripada maksud yang sebenar. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis teks buku. Data yang telah diambil daripada buku akan dianalsis melalui kaedah kajian teks.

782 4.0 ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN Maqasid sangat penting untuk dikaji kerana maqasid adalah ruh kepada amalan. Bahkan teori ini terpakai untuk semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam. Setiap perkara perlu kepada ruhnya seperti ruh al-quran adalah maqasidnya. Begitu juga ruh al-sunnah itu adalah maqasidnya (al-raysuni, 2013). Maqasid Shari ah pada hakikatnya sangat berpegang kuat dengan nas al-quran dan al- Sunnah. Maqasid yang terbentuk merupakan hasil kajian dan penelitian yang mendalam terhadap nas-nas secara zahir dan batin, lafaz dan maksud dan kuliyyah dan juz iyyah (al-raysuni, 2013). Maqasid dan nas-nas al-quran dan al-sunnah sangat berkait rapat tanpa ada pemisahan dalam memahami kedua-duanya. Maqasid Sunnah pada umumnya adalah sama dengan maqasid al-quran kerana maqasid Sunnah tidak lebih daripada mengulang, menguatkan dan menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh maqasid al-quran secara umum. Namun, secara khusus terdapat perbezaan antara maqasid al-quran dan maqasid Sunnah iaitu berkaitan tentang maqasid Sunnah secara khusus dan praktikal. Terdapat dua perkara penting dalam maqasid Sunnah untuk membina kefahaman yang benar dan menunjukkan jalan agama yang sahih menurut al- Raysuni: 1. Berusaha meletakkan Sunnah dan hadis Nabi SAW di tempatnya yang sepatutnya bertepatan dengan maqasid syara. 2. Mengelakkan daripada terjatuh dalam tafsiran dan amalan yang menyimpang daripada tujuan sebenar syara sehingga menyebabkan berlaku penyelewengan agama. Bagi memahami maqasid Sunnah dengan tepat, al- Raysuni telah meletakkan dua kaedah utama untuk difahami dengan baik iaitu mengetahui kedudukan dan sifat Nabi SAW ketika menyampaikan kata-kata dan mengetahui sebab wurud hadis dan memahami konteksnya. 4.1 Mengetahui Kedudukan Dan Sifat Nabi Ketika Menyampaikan Kata-Kata Seperti yang telah sedia maklum, baginda Nabi SAW ketika menyampaikan kata-kata ataupun sesuatu hadis bukanlah hanya pada satu keadaan sahaja bahkan baginda SAW menyampaikan kata-kata dalam berbagai kedudukan dan keadaan dengan tujuan yang pelbagai juga antaranya seperti berikut: 1. Baginda SAW bercakap dan berurusan dengan kedudukan sebagai seorang Rasul dan Nabi dalam menyampai, menjelas dan melaksanakan wahyu. 2. Baginda SAW berperanan sebagai seorang hakim yang mendamaikan antara dua orang yang bergaduh. - Kedua-dua di atas adalah termasuk dalam pensyariatan termasuk ketika baginda SAW mengeluarkan fatwa. Perkara ini dianggap sebagai syariat kerana ia adalah praktikal kepada syara yang diajarkan dalam Islam (al-kabaysi, 2017).

783 3. Baginda SAW bercakap sebagai seorang manusia biasa yang juga lapar, dahaga, makan, minum dan sebagainya. 4. Baginda SAW bercakap sebagai seorang ahli masyarakat yang mempunyai adat kehidupan. 5. Baginda SAW bercakap sebagai seorang pemimpin negara yang menjadi ikutan ramai. 6. Baginda SAW bercakap sebagai seorang pemimpin di medan perang dalam mengatur strategi peperangan. 7. Baginda SAW berperanan sebagai penasihat dalam keadaan tertentu menasihati para sahabatnya. 8. Baginda SAW diminta bercakap mewakili sebahagian kaum dan bercakap dengan tujuan yang diminta. 9. Baginda SAW kadang-kadang menyuarakan pendapatnya dalam hal-hal keduniaan berdasarkan pengalaman dan penilaian peribadi. Contohnya ketika peperangan Hunayn baginda SAW bersabda Sesiapa yang membunuh (musuh), baginya harta simati (salab). Secara zahirnya, hadis ini memberi erti sesiapa yang dapat membunuh musuh di medan perang, akan mendapat harta si mati daripada pedang, harta dan sebagainya. Tetapi ulama berbeza pendapat adakah arahan ini umum dan berterusan dalam semua peperangan tanpa pembahagian daripada panglima perang? atau adakah hadis ini hanyalah pendapat sebagai seorang panglima perang untuk peperangan tertentu sahaja? Imam Ahmad dan Imam al-shafie berpendapat harta salab disyariatkan tanpa perlu persetujuan panglima perang. Imam Abu Hanifah berpendapat mesti mendapat persetujuan panglima perang manakala Imam Malik mensyaratkan persetujuan panglima perang selepas peperangan. Menurut al-raysuni, hadis di atas bukanlah satu arahan yang bersifat kenabian dan pensyariatan secara umum. Beliau mentarjihkan pendapat yang harta salab mesti mendapat persetujuan panglima perang berdasarkan beberapa perkara: 1. Hadis tersebut adalah berlawanan dengan maksud asal peperangan dalam Islam iaitu untuk meninggikan syariat Islam bukanlah untuk mendapatkan harta rampasan perang. 2. Hadis ini juga berlawanan dengan ayat al-quran yang menyatakan harta rampasan perang dikumpul dan dibahagikan oleh panglima perang. Oleh itu, hadis ini adalah arahan baginda SAW sebagai seorang panglima perang yang bersifat sementara dan khusus dalam keadaan tertentu untuk peperangan Hunayn sahaja. Oleh sebab itu, hadis ini juga tidak boleh diambil kefahaman secara umum untuk semua peperangan dan untuk sepanjang zaman.

784 4.2 Mengetahui Sebab Wurud Hadis Dan Memahami Konteksnya Sebab wurud hadis seperti sebab turun al-quran iaitu peristiwa, persoalan atau keadaan yang menyebabkan baginda SAW menyampaikan hadis tersebut. Pengetahuan mengenai sebab wurud sangat penting dan banyak memberi manfaat dalam memahami maksud sesuatu hadis kerana ketidakfahaman tentang sebab wurud akan menyebabkan seseorang terkeluar daripada memahami maksud hadis yang sebenar. Contohnya dalam sabda baginda SAW yang bermaksud Jika salah seorang daripaka kamu mendatangi Jumaat (solat Jumaat) maka hendaklah dia mandi. Secara umumnya hadis ini memberi maksud sesiapa yang hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu. Ulama berbeza pendapat dalam perkara ini adakah ianya wajib atau sunat? Adakah dikira mandi malam jumaat atau pada awal paginya ataupun mesti betul-betul sebelum solat Jumaat? Terdapat dua atau beberapa pendapat fuqaha dalam masalah ini. Hakikatnya, hadis ini sangat jelas tanpa perlu kepada beberapa pendapat lain jika difahami hadis ini menerusi sebab wurudnya. Dalam sahihayn Aisyah berkata, Pada hari jumaat semua orang akan datang ke masjid daripada rumah mereka dalam keadaan berdebu dan berpeluh maka berkata baginda SAW kepada salah seorang daripada mereka, Adalah lebih baik jika kamu membersihkan diri kamu pada hari ini. Menurut al- Raysuni, hadis ini memberi maksud mandi sebelum jumaat adalah wajib bagi sesiapa yang badannya terdapat debu dan peluh yang boleh menyakiti para Jemaah manakala ianya sunat bagi sesiapa yang tidak ada padanya debu atau peluh. 5.0 KESIMPULAN Mengetahui maqasid al-quran penting bagi memahami dan mentafsirkan ayat-ayat al-quran, maka mengetahui maqasid Sunnah adalah sangat penting dan dituntut dalam memahami maksud sebenar sesuatu hadis untuk diamalkan. Ini kerana Sunnah banyak membicarakan tentang perkara-perkara umum dan khusus berbanding al-quran yang ianya bersifat umum tanpa wujud pertentangan antara ayat-ayatnya. Kesan tidak memahami maqasid Sunnah akan menyebabkan hilangnya hikmah dan tiada faedahnya sesuatu hadis itu. Di samping itu, ketidakfahaman tentang maqasid Sunnah akan menyebabkan seseorang menggunakan hadis secara salah dengan meletakkannya bukan pada tempatnya yang menyebabkan kepada kemudaratan dan kebinasaan. RUJUKAN Ahmad al-raysuni. 2013. Maqasid al-maqasid al-ghayat al- Ilmiyyah wa al- Amaliyyah li Maqasid al-shari ah. Beirut: al-shabkah al- Arabiyyah li al-abhas wa al-nashr.

785 Ahmad al-raysuni. 1995. Nazariyyah al-maqasid inda al-imam al-shatibi. USA: The International Institute of Islamic Thought. Rizalman Muhammad. 2016. Maqasid Ibadah Haji Dalam Perspektif Sunnah: Kajian Terhadap Kefahaman Dan Amalan Jemaah Haji Malaysia. Tesis Phd Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Yusuf Hamid al-`alim. 1994. Al-Maqasid al-`ammah Li al-shari`ah al-islamiyyah, ed. ke- 2. al- Ma`had al-`alami Li al-fikr al-islami. Zul Anwar Ajim Harahap. 2014. Konsep Maqasid Al-Syariah Sebagai Dasar Penetapan Dan Penerapannya Dalam Hukum Islam Menurut Izzuddin Bin Abd Al-Salam (W.660 H). Jurnal Tazkir. Sa d Abd al-rahman Farj al-kabaysi. 2017. Maqasid al-syariah fi al-sunnah al-nabawiyyah. Kaherah: Dar al-salam