FAQ HIBAH TH Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah tahun 2018 x 1.25%

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

Akaun Semasa Mudarabah

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

2

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Akaun Pelaburan Waheed

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

BONUS PENDEPOSIT TABUNG HAJI 2015

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Akaun Pelaburan Waheed

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Perbadanan Pinjaman Sabah. Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Dari peranannya sebagai tempat umat Islam negara ini menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi tujuan mencukupkan perbelanjaan menunaikan fardu haji

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

LEMBAGA TABUNG HAJI PENGUMUMAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI Oleh

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Penyata Kewangan. Laporan Pengarah 92. Kunci Kira-kira 96. Penyata Pendapatan 97. Penyata Perubahan Ekuiti 98. Penyata Aliran Tunai 99

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Transkripsi:

1. Berapakah jumlah Hibah Pendeposit TH 2018? Pada kadar tahunan 1.25% yang berjumlah RM913 juta. 2. Bagaimana cara pengiraan Hibah Tahunan TH 2018? Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah tahun 2018 x 1.25% = (Baki minima Jan-Dis 2018 / jumlah bulan(12)) x 1.25% 3. Bilakah Hibah Pendeposit 2018 boleh dikreditkan? Hibah boleh disemak mulai 8 April 2019 (Isnin) 4. Adakah TH memberikan Hibah Haji tahun 2018 sepertimana tahun sebelum ini? Tidak. 5. Mengapa Hibah Pendeposit TH 2018 lebih rendah berbanding tahun lalu? TH memberi Hibah kepada pendeposit berdasarkan kemampuan kewangan tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995 di bawah Seksyen 22. Hibah merupakan hadiah yang tidak disyaratkan ke atas TH untuk diberikan kepada pendepositnya. Di bawah kontrak Wadi ah Yad Dhamanah, keuntungan yang dijana oleh TH menggunapakai dana simpanan pendeposit hanya menjadi hak milik pendeposit apabila TH memberi Hibah kepada pendeposit sebagai tambahan kepada simpanan pokok pendeposit. Bagi tahun 2018, sebahagian daripada keuntungan bersih tahun semasa berjumlah RM1.63 bilion tersebut tidak dapat diagihkan sebagai Hibah kerana TH tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 di bawah Seksyen 22 yang mengkehendaki jumlah aset kekal lebih tinggi daripada jumlah liabiliti selepas pemberian Hibah kepada pendeposit. 1

6. Adakah keuntungan dari pelaburan TH terlalu sedikit sehingga menyebabkan kadar Hibah tahunan berubah lebih rendah? Pendapatan tahunan TH hampir sama pada tahun sebelumnya tetapi terdapat pelarasan rosotnilai dalam pelaburan bagi memenuhi keperluan piawaian perakaunan baru. 7. Adakah kadar peratusan hibah tahunan akan berubah mengikut keuntungan TH pada tahun berikutnya? TH memberi Hibah kepada pendeposit berdasarkan kemampuan kewangan tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995 di bawah Seksyen 22.. 8. Apakah kelebihan kepada pendeposit untuk membuat simpanan di TH selain daripada simpanan ke arah menunaikan haji (terutama bagi pendeposit yang telah menunaikan haji) sekiranya Hibah tahunan yang diberikan sedikit? Simpanan dijamin 100% oleh Kerajaan Malaysia Simpanan berlandaskan syariah Islam Hibah dikecualikan daripada bayaran cukai Pendeposit secara tidak langsung membantu Jemaah haji melalui tanggungan kos haji 9. Mengapakah perkara ini tidak dimaklumkan terlebih awal kepada pendeposit agar pendeposit bersedia untuk membuat pelaburan di tempat lain sekiranya Hibah diberikan lebih rendah? Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 dibuat setelah semakan terhadap kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dimuktamadkan. Tempoh masa yang lebih diperlukan untuk memastikan kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 2018 yang belum diaudit mematuhi sepenuhnya penggunaan Malaysian Financial Reporting Standard 9 (MFRS 9) yang mula diperkenalkan pada tahun 2018. Pihak TH juga sedang mengemaskini dan menambah baik Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH di mana ia akan dibentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri. Ini penting dalam memastikan sebarang pengagihan Hibah yang akan dibuat adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta Tabung Haji 1995. 2

10. Adakah keputusan yang dibuat oleh TH berkait dengan isu politik semasa mahupun berkemungkinan di atas pertukaran pengurusan baru TH? Tidak. TH merupakan Badan Berkanun yang diuruskan oleh golongan professional dan anggota Lembaga TH bertanggungjawab untuk memantau aktiviti perniagaan dan operasi TH. 11. Jika dibandingkan dengan peratusan Hibah tahun sebelum ini, TH mampu memberikan pulangan Hibah tahunan yang memuaskan atau seiring dengan institusi perbankan yang lain. Sedangkan pada ketika itu, pendeposit TH tidak seramai sekarang dan pelaburan yang dijalankan oleh TH juga tidak sebanyak sekarang? Mohon penjelasan berkenaan perkara ini. TH untuk 4 tahun kebelakangan telah mengagihkan Hibah yang melanggar Akta Tabung Haji. Ini adalah kerana Hibah masih diagihkan walaupun jumlah aset lebih rendah berbanding jumlah tanggungan yang mana terdiri daripada simpanan pendeposit. 12. Adakah Hibah haji akan diberikan/peratusan yang diberikan juga akan dikurangkan? Tiada Hibah Haji akan diagihkan untuk tahun 2018. 13. Sekiranya ramai pendeposit membuat pengeluaran wang simpanan dalam jumlah yang besar/menutup akaun TH, adakah pendeposit yang kekal akan terkesan? Pendeposit yang kekal tidak akan terkesan dengan pengeluaran wang oleh pendeposit lain kerana seperti sedia maklum, simpanan di TH adalah dijamin oleh Kerajaan Malaysia. 14. Bolehkan saya membuat pengeluaran kesemua wang simpanan saya di TH? Pendeposit boleh membuat pengeluaran keseluruhan wang di dalam akaun TH. Jika pendeposit telah mendaftar haji dan mengeluarkan keseluruhan wang daripada akaun, pendaftaran dan peruntukan tahun haji yang telah dibuat akan terbatal. 3

15. Adakah TH mempunyai sebarang perancangan pada masa akan datang bagi mengelakkan Hibah Tahunan menurun lantas mengembalikan kepercayaan pendeposit untuk membuat simpanan di TH? TH akan melaksanakan pelan strategik yang menekankan penilaian dan penstrukturan semula aset bagi memastikan pulangan yang kompetitif dan stabil. Pelan ini dijangka dapat membina semula rizab di TH untuk membolehkan pengagihan Hibah dilakukan pada masa hadapan. TH juga sentiasa meneroka peluang-peluang pelaburan baru yang memberi pulangan yang lebih stabil kepada pendeposit seperti Sukuk. 16. Adakah TH akan meneruskan subsidi haji? InsyaAllah, TH akan meneruskan tanggungan kos haji, bergantung kepada keupayaan TH dan pandangan daripada para ulamak serta Kerajaan. 17. Siapakah yang layak menerima Hibah Tahunan 2018? Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif dalam tahun 2018 layak menerima Hibah tahun 2018 pada kadar yang diumumkan termasuk mereka yang telah melabur melalui akaun KWSP (EPF). 18. Bagaimanakah bayaran Hibah Tahunan dilaksanakan? Hibah akan dikreditkan ke dalam akaun-akaun simpanan yang masih aktif dan boleh disemak melalui kaunter-kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat atau di Automated Teller Machine (ATM) dan portal internet bank-bank rakan strategik - Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank mulai 8 April 2019. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup, pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan. 19. Apa nasihat dan saranan TH kepada pendeposit dalam situasi ini? Pendeposit tidak perlu risau kerana semua simpanan di TH adalah selamat. TH mempunyai aset-aset strategik yang berpotensi tinggi dan pelan strategik yang akan dilaksanakan akan memastikan rizab di TH dapat dibina semula untuk 4

membolehkan pengagihan Hibah pada masa hadapan. 20. Perlukah saya membayar zakat ke atas simpanan TH? Keuntungan boleh diagihkan sebagai Hibah adalah setelah ditolak zakat TH dan pengiraan zakat adalah seperti sebelum ini. Pendeposit tidak perlu membayar zakat ke atas simpanan mereka kerana TH telah membayar zakat selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979. 21. Siapakah yang layak menerima Hibah Tahunan? Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2018, layak menerima hibah tahun 2018 pada kadar yang diisytiharkan. 22. Apakah maksud Hibah Tahunan? Hibah Tahunan adalah hadiah yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep simpanan Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa. 23. Bagaimanakah bayaran Hibah Tahunan dibuat? Bayaran Hibah Tahunan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit. 24. Apakah perbezaan pengagihan Hibah Tahunan berbanding dividen yang ditawarkan oleh dana lain seperti KWSP, ASB, atau Unit Amanah? TH menawarkan akaun simpanan berkonsepkan Wadiah Yad Dhamanah, di mana ia adalah berbeza dengan konsep akaun pelaburan yang ditawarkan oleh dana-dana lain. Para pendeposit boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti dan tiada sekatan dikenakan untuk mengeluarkan simpanan tersebut. Oleh sebab itu, pengiraan Hibah tahunan TH mungkin berbeza dengan pengiraan pelaburan yang ditawarkan oleh organisasi lain. Para Pendeposit boleh mengeluarkan simpanan dan mendeposit simpanan pada bila-bila masa tanpa dikenakan sekatan, caj atau tertakluk kepada turun naik harga unit apabila membuat pengeluaran. Jenis pelaburan dan tahap risiko yang diambil juga berbeza. Oleh sebab itu, penentuan kadar agihan pengiraan Hibah tahunan TH mungkin berbeza dengan kadar pulangan yang ditawarkan oleh dana-dana lain. 5

25. Pengumuman baru-baru ini mengatakan subsidi haji akan diteruskan seperti biasa. Adakah ini menyebabkan kadar Hibah Tahunan terkesan? TH menangung kos langsung haji sebanyak RM315 juta dan kos tidak langsung haji sebanyak RM60 juta. Keuntungan boleh diagihkan sebagai Hibah adalah setelah ditolak kos-kos operasi termasuk kos haji. Maka, jumlah Hibah yang boleh diagihkan akan terkesan dengan jumlah kos haji yang ditanggung oleh TH dalam satu-satu tahun. 26. Mengapa para pendeposit perlu menanggung kos subsidi haji? Para pendeposit telah/akan mendapat manfaat apabila ibadah haji dilakukan pada kali pertama. Walau bagaimanapun, disebabkan kos haji yang semakin meningkat setiap tahun, konsep subsidi haji yang telah digunakan akan dikaji semula yang berteraskan konsep Istitho ah (mampu). 27. Disebabkan kadar Hibah Tahunan yang diagihkan adakah lebih rendah dari tahun sebelum ini, adakah terdapat risiko TH untuk kehilangan pendeposit pada masa akan datang? Pihak TH menjangkakan terdapat risiko pengeluaran simpanan deposit yang ketara selepas pengisytiharan Hibah Tahunan TH diumumkan. Pendeposit tidak perlu risau kerana semua simpanan di TH adalah selamat. TH mempunyai aset-aset strategik yang berpotensi tinggi dan pelan strategik yang akan dilaksanakan akan memastikan rizab di TH dapat dibina semula untuk membolehkan pengagihan Hibah yang lebih kompetitif pada masa hadapan. 6

28. Apakah kadar Hibah Tahunan yang telah diagihkan kepada para pendeposit sebelum ini? Kadar Hibah Tahunan dan Hibah Haji yang telah diagihkan kepada pendeposit adalah seperti berikut: Tahun Hibah Tahunan Hibah Haji Jumlah % RM Juta % RM Juta RM Juta 2017 4.50 3,042 1.75 282 3,324 2016 4.25 2,646 1.25 225 2,871 2015 5.00 2,807 3.00 413 3,220 2014 6.25 2,988 2.00 249 3,237 2013 6.00 2,409 2.00 223 2,632 2012 6.50 2,141 1.50 317 2,458 2011 6.00 1,678 - - 1,678 2010 5.50 1,332 - - 1,322 2009 5.00 897 - - 897 2008 5.00 1,061 - - 1,061 29. Mengapa TH menggunapakai terminologi pemberian Hibah dan bukan dividen? Akaun simpanan TH adalah berasaskan konsep Wadi ah Yad Dhamanah. Di bawah kontrak Wadi ah Yad Dhamanah, TH bertindak sebagai pemegang amanah ke atas deposit simpanan yang diterima daripada pendeposit TH. Oleh kerana TH dibenarkan untuk menggunapakai dana simpanan tersebut, TH bertanggungjawab menjamin simpanan tersebut dan memulangkan apabila pendeposit memohon untuk dikembalikan. Sebagai penghargaan kebolehgunaan dana simpanan pendeposit, TH atas kehendaknya dan tanpa bersyarat boleh memberikan Hibah kepada pendeposit berdasarkan kemampuan kewangan dan mengikut kehendak Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). 30. Apakah perbezaan antara pemberian Hibah dan dividen? Hibah tidak sama dengan dengan dividen. Hibah merupakan hadiah yang tidak disyaratkan ke atas TH untuk diberikan kepada pendepositnya. Manakala, dividen merujuk kepada pemberian sebahagian atau keseluruhan keuntungan boleh diagihkan kepada 7

pemegang saham atau rakan kongsi. Baki keuntungan yang belum diberi sebagai dividen adalah milik pemegang saham atau rakan kongsi sedia ada sehingga pegangan saham atau perkongsian tersebut bertukar atau dilepaskan. Di bawah kontrak Wadi ah Yad Dhamanah, keuntungan yang dijana oleh TH menggunapakai dana simpanan pendeposit hanya menjadi hak milik pendeposit apabila TH memberi Hibah kepada pendeposit sebagai tambahan kepada simpanan pokok pendeposit. Ini juga bermakna, simpanan pokok pendeposit tidak terjejas jika TH merekodkan kerugian kerana pendeposit tidak mengikat kontrak dengan TH untuk berkongsi keuntungan atau kerugian semasa meniagakan dana pendeposit. TH bertindak sebagai pemegang amanah ke atas deposit simpanan yang diterima daripada pendeposit TH. 31. Mengapa pemberian Hibah oleh TH tidak kompetitif seperti PNB dan KWSP? Berlainan dengan PNB dan KWSP, akaun yang dibuka oleh pendeposit di TH adalah merupakan akaun simpanan berkonsepkan Wadi ah Yad Dhamanah dan memiliki ciri-ciri akaun simpanan seperti ditawarkan oleh institusi perbankan Islam lain, iaitu tiada had kekerapan bagi transaksi simpanan atau pengeluaran dan TH atau pihak bank bertindak sebagai pemegang amanah ke atas deposit simpanan yang diterima daripada pendeposit. Oleh kerana TH atau pihak bank dibenarkan untuk menggunapakai dana simpanan tersebut, TH atau pihak bank bertanggungjawab menjamin simpanan tersebut dan memulangkan apabila pendeposit memohon untuk dikembalikan. Kadar Hibah tahun 2018 masih selari dengan kadar simpanan akaun Wadi ah di institusiinstitusi perbankan Islam yang memberikan kadar Hibah antara 0.70% hingga 1.04% setahun. 32. Mengapa TH masih tidak dapat memberi Hibah yang tinggi walaupun setelah aset yang mengalami kejatuhan nilai dan memberi pulangan yang rendah telah dijual kepada SPV? Pemindahan aset-aset yang mengalami kejatuhan nilai dan memberi pulangan yang rendah kepada SPV milik penuh Kerajaan hanya selesai pada akhir tahun 2018 bagi memulihkan kedudukan kewangan TH dengan menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti yang dialami untuk membolehkan pemberian Hibah dibuat selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 yang mengkehendaki jumlah aset TH tidak kurang daripada jumlah liabiliti TH sebelum Hibah boleh diisytihar dan diberi kepada pendeposit. Berdasarkan Penyata Kewangan pada 31 Disember 2017 yang telah diaudit, jumlah aset yang dimiliki TH adalah RM70.3 bilion, berbanding nilai liabiliti, terdiri daripada jumlah simpanan deposit dan tanggungan sebanyak RM74.4 bilion. Oleh yang demikian, terdapat defisit sebanyak RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017. 8

Kedudukan kewangan pada hujung 2018 yang belum diaudit kini menunjukkan TH memiliki aset berjumlah RM76.5 bilion berbanding jumlah deposit simpanan dan tanggungan sebanyak RM75.5 bilion sebelum bayaran Hibah dibuat. Kedudukan kewangan TH yang kini lebih kukuh selepas pemindahan aset-aset yang telah dikenalpasti kepada SPV telah membolehkan Hibah kepada pendeposit diisytihar mengikut Akta Tabung Haji 1995. 33. Benarkah nilai saksama aset-aset yang dipindahkan lebih rendah daripada nilai pemindahan RM19.90 bilion dan apakah kesan kepada penyata kewangan TH? Ya, nilai saksama aset-aset yang telah dipindah kepada SPV adalah lebih rendah daripada nilai pemindahan. Walau bagaimanapun, TH sebagai penjual aset-aset tersebut akan merekodkan nilai saksama di penyata kewangan berdasarkan nilai kini (present value) jumlah penyelesaian yang akan dibayar oleh SPV. Memandangkan pembayaran balik nilai pemindahan berjumlah RM19.90 bilion adalah tertunda ke hadapan, nilai saksama amaun tertunggak tersebut adalah ditentukan oleh nilai kini aliran tunai masa hadapan pada kadar diskaun yang bersesuaian. 34. Sekiranya aset-aset ini tidak dipindahkan berapakah rosot nilai TH pada tahun berakhir 2018? Sekiranya aset-aset tidak dipindahkan ke SPV pada akhir tahun 2018, jumlah rosot nilai akan bertambah kepada RM2.3 bilion, meningkat sebanyak RM0.8 bilion berbanding RM1.5 bilion direkodkan setelah aset dipindahkan. Keuntungan tahun 2018 akan terjejas kesan peningkatan jumlah rosot nilai tersebut. Selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2018, TH tidak lagi mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya. Oleh yang demikian, kerugian belum realis pada akhir tahun 2018 berjumlah RM8.4 bilion bagi ekuiti tersenarai yang telah dipindahkan akan meningkatkan rizab nilai saksama FVOCI daripada sedia ada negatif RM1.2 bilion kepada negatif RM9.6 bilion jika aset-aset tersebut tidak dipindahkan pada akhir tahun 2018. 35. Berapakah penjanaan pendapatan yang dapat dihasilkan oleh TH melalui pegangan Sukuk yang diterbitkan oleh SPV untuk mengambil alih aset-aset TH yang terjejas? TH akan menjana pendapatan sebanyak RM800 juta setahun melalui transaksi ini. 9