SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI (KPM) SOALAN 1 Bilakan Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya? JAWAPAN 1 Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas. Manakala mulai sesi pengambilan 2004/ 2005, 10% daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Antara keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah a) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan memperolehi Sijil Matrikulasi yang boleh digunakan untuk memohon 39 skim perkhidmatan Gred 29. Anda boleh merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016. b) Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) turut diberikan kepada pelajar Program Matrikulasi KPM yang layak. c) Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran sahaja. Manakala kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. (Sila rujuk SOALAN 7) d) Kolej matrikulasi terdapat di hampir semua negeri di seluruh Malaysia. (Sila rujuk SOALAN 9) e) Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyambung pengajian bukan sahaja di dalam negeri malah turut berpeluang meneruskan cita-cita mereka ke luar negara. (Sila rujuk SOALAN 24) SOALAN 2 Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM? JAWAPAN 2 Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 1
SOALAN 3 Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan? JAWAPAN 3 PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November pada tahun pemohon menduduki SPM. SOALAN 4 Apakah jurusan yang ditawarkan? JAWAPAN 4 1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. 2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja. SOALAN 5 Apakah bidang yang boleh diceburi bagi setiap jurusan yang ditawarkan? JAWAPAN 5 1. Jurusan Sains Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan dan lain-lain. 2. Jurusan Perakaunan Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain. 3. Jurusan Kejuruteraan Kejuruteraan, Seni Bina dan teknikal lain. 2
SOALAN 6 Bolehkah murid yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan? JAWAPAN 6 Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM. SOALAN 7 Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019? Adakah yuran-yuran lain yang dikenakan? JAWAPAN 7 Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah : JURUSAN PROGRAM SATU TAHUN KOLEJ MARA SAINS RM499.64* RM630.00 (Kolej Mara Kulim) PERAKAUNAN RM446.64* RM600.00 (Kolej Mara Kuala Nerang) KEJURUTERAAN RM499.64* PDT III (SESI 2017/2018) RM296.64* *Kadar ini TERMASUK caj perkhidmatan dan 6% GST PROGRAM DUA TAHUN RM499.64* Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. SOALAN 8 Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat? JAWAPAN 8 Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% markah Akademik dan 10% markah Kokurikulum. 3
SOALAN 9 Dimanakah Program Matrikulasi KPM dilaksanakan? JAWAPAN 9 Program Matrikulasi dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA. Lokasi kolej matrikulasi dan kolej Mara adalah seperti berikut: 1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah. 2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah. 3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas. 4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau. 5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan. 6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. 7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. 8. Kolej Matrikulasi Kedah, hanglun. 9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang. 10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. 11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh. 12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching. 13. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang. 14. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka. 15. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor,Pontian. 16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang. 17. Kolej MARA Kulim, Kulim. SOALAN 10 Bilakah keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/ 2019 akan diketahui? JAWAPAN 10 Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah pada 24 April 2018. Jika saudara berjaya mendapat tawaran, saudara perlu membuat prapendaftaran secara dalam talian mulai 14 Mei 2018 dan prapendaftaran ini akan tamat pada 18 Mei 2018. Dapatkan maklumat lanjut prapendaftaran ini daripada laman sesawang kolej saudara ditawarkan. 4
SOALAN 11 Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi. JAWAPAN 11 Pemohon boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut: 1. Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia - www.moe.gov.my, atau 2. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888, atau 3. Talian telefon pejabat atau bantuan - 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi - 4.30 petang. SOALAN 12 Bilakah pelajar mendaftar di kolej-kolej Matrikulasi bagi sesi 2018/ 2019? JAWAPAN 12 Pelajar baharu akan mendaftar pada 23 Mei 2018. SOALAN 13 Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon? JAWAPAN 13 Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 5
SOALAN 14 Apakah syarat kelayakan minimum? Dan apakah mata pelajaran yang dikira merit? JAWAPAN 14 Jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit mulai sesi 2017/2018 sehingga sekarang. JURUSAN SAINS JURUSAN PERAKAUNAN JURUSAN KEJURUTERAAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA INGGERIS BAHASA INGGERIS B MATEMATIK MATEMATIK B MATEMATIK MATEMATIK TAMBAHAN KIMIA FIZIK / BIOLOGI (SALAH SATU) MATEMATIK TAMBAHAN MATEMATIK TAMBAHAN FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN/ SAINS PERTANIAN/ PERTANIAN/ EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA IPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI/ SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN/ EKONOMI ASAS/ EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH/ TASAWWUR ISLAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (DUA TERBAIK) LULUS FIZIK BIOLOGI/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN/ SAINS PERTANIAN/ PERTANIAN/ EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA IPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI/ SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN/ EKONOMI ASAS/ EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (SALAH SATU) KIMIA LULUS SEJARAH LULUS SEJARAH LULUS SEJARAH MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP ADALAH UNTUK PENGIRAAN MERIT 6
SOALAN 15 Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan? JAWAPAN 15 Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej. SOALAN 16 Bolehkah saya menangguh pendaftaran? JAWAPAN 16 Boleh, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat berikut:- Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan. Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya. SOALAN 17 Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM? JAWAPAN 17 Boleh, 1. Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian sebaik sahaja anda mengetahui tidak berjaya, atau 2. Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan. 7
SOALAN 18 Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut? JAWAPAN 18 Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut menggunakan salah satu daripada cara berikut : 1. Melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my, atau 2. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. KP dan hantar kepada 15888, atau 3. Talian telefon pejabat atau talian bantuan 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi 4.30 petang SOALAN 19 Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia? JAWAPAN 19 Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan yang tinggal di Sabah atau Sarawak atau WP Labuan. Mereka akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. SOALAN 20 Bolehkah saya mohon bertukar kolej? JAWAPAN 20 Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. 8
SOALAN 21 Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian? JAWAPAN 21 Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar. SOALAN 22 Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada pengajian? JAWAPAN 22 Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KEUALI: a) Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara, atau b) Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, atau c) Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau d) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau e) Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi. SOALAN 23 Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM? JAWAPAN 23 Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi. 9
SOALAN 24 Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara? JAWAPAN 24 Antara universiti terkemuka yang menerima masuk lulusan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:- United Kingdom: 1. King s ollege London 2. University ollege London 3. University of Bristol 4. University of Manchester 5. University of Birmingham 6. University of Warwick 7. University of Nottingham 8. University of Sheffield 9. University of Surrey 10. University of Southampton 11. University of ardiff 12. St. Mary s University Australia : 1. Australian National University 2. University of Sydney 3. Monash University 4. University of Queensland 5. University of Melbourne 6. University of Adelaide 7. University of New South Wales anada 1. University of Toronto 2. Trent University, Ontario 3. Ryerson University 4. Victoria University 5. York University 6. Brock University New Zealand: 1. University of Auckland 2. University of anterbury 3. University of Otago 4. Victoria University of Wellington 5. Massey University 6. Lincoln University 7. Waikato University 8. Auckland University of Technology Korea Selatan: 1. Korea University 2. Korea Advanced Institute of Science and Technology 3. Yonsei University 4. Sungkyunkwan University Hong Kong: The Hong Kong Polytechnic University Indonesia: 1. Universitas Kristen Krida Wacana 2. Universitas Andalas 3. Universitas Sriwijaya 4. Universitas Sumatera Utara 10
United States of America: 1. Harvard University 2. olumbia University 3. Yale University 4. Princeton University 5. Massachusetts Institute of Technology 6. Boston University SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI DISEDIAKAN OLEH Pegawai Promosi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 11