BULETIN METEOROLOGI PERTANIAN 10 HARI DEKAD KETIGA JANUARI 2019 (21hb 31hb Januari 2019) PENDAHULUAN Cuaca pada dekad ini di kebanyakan negeri-negeri Semenanjung Malaysia mengalami keadaan kurang hujan. Namun begitu, cuaca lembap pula dialami oleh negeri Sabah dan Sarawak. Pada dekad ini, lebih separuh stesen meteorologi utama merekodkan bacaan yang kurang dari purata bagi pencerapan hujan, manakala rekod purata suhu dan sinaran solar pula adalah di atas purata. HUJAN Pada dekad ini, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia telah mencatatkan anomali hujan daripada 40 hingga melebihi 60% di bawah purata kecuali beberapa tempat di Perak dan Selangor yang merekodkan anomali antara paras purata hingga 60% di atas purata. Di Sarawak, kebanyakan kawasan merekodkan anomali hujan pada purata kecuali beberapa tempat di bahagian Kuching dan Kapit yang merekodkan 20 hingga 40% anomali hujan di bawah purata. Keadaan sebaliknya pula di Limbang (Sarawak) serta seluruh Sabah, anomali hujan melebihi 60% di atas purata telah direkodkan. Merujuk kepada jumlah hujan di Rajah 2, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia telah menerima jumlah hujan yang sedikit dengan rekod jumlah hujan adalah kurang dari 30 mm, kecuali di Ipoh (Perak) dan Petaling Jaya (Selangor) dengan rekod hujan masing-masing 120mm dan 101mm. Manakala Perlis dan Kedah pula merekodkan tiada hujan untuk dekad ini. Bagi Sabah dan Sarawak pula, jumlah hujan antara 100 hingga 125mm telah direkodkan di Bahagian Bintulu dan Miri (Sarawak) serta di Bahagian Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau (Sabah). Manakala jumlah hujan lebih 200mm telah direkodkan di Sibu (Sarawak), Sandakan (Sabah) dan Labuan dengan nilai masing-masing 239mm, 232mm dan 203mm. Stesen Sibu telah merekodkan jumlah hujan tertinggi beserta 10 hari hujan dekad ini, manakala stesen Sandakan pula merekodkan jumlah hujan harian tertinggi iaitu 146.6mm pada 26 Januari lalu. Berdasarkan Indeks Hujan Piawai pada Rajah 3, semua tempat di Malaysia mencatatkan indeks yang normal untuk Januari 2019 kecuali Lubuk Merbau (Perak), Batu Pahat (Johor), Kuantan, Muadzam Shah (Pahang) dan Sri Aman (Sarawak) mencatatkan indeks kering. Hanya Kuala Terengganu mencatatkan indeks yang lembap. Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 1
SUHU Secara umumnya, kawasan-kawasan tanah rendah di Malaysia merekodkan suhu di atas paras purata dengan nilai sisihan daripada normal tertinggi adalah +2.6ºC, iaitu di stesen Subang (Selangor). Stesen Labuan merupakan satu-satunya stesen yang merekodkan suhu harian sedikit di bawah purata. Merujuk kepada suhu (Rajah 4 dan Rajah 5), kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia menerima purata suhu harian antara 26.5 hingga 29.7ºC. Suhu tertinggi untuk tempoh ini adalah 36.4 ºC direkodkan oleh Pertanian Charok Padang (Kedah) manakala suhu terendah iaitu 18.4 ºC direkodkan di Kuala Krai (Kelantan). Purata suhu harian yang direkodkan di stesen tanah tinggi Cameron Highlands pula adalah 18.9 C dengan nilai suhu yang terendah dan tertinggi masing-masing adalah 14.2 C dan 24.1 C. Suhu purata bagi kawasan ini adalah 1.7 C melebihi purata bagi tempoh ini. SEJATAN Secara umumnya, kebanyakan stesen merekodkan purata kadar sejatan harian sedikit kurang dari purata terutamanya di Mersing dengan nilai sisihan dari purata sebanyak -1.6mm. Manakala stesen Melaka pula mencatatkan nilai sisihan terbesar melebihi purata sebanyak +1.0mm. Berdasarkan Rajah 6, kebanyakan kawasan di utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) dan pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan purata kadar sejatan melebihi 4.5mm terutamanya di Langkawi dan Melaka dengan bacaan masing-masing 5.3mm dan 5.9mm (rekod tertinggi untuk dekad ini). Manakala kawasan lain di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pula merekodkan bacaan yang kurang dari 4.0mm terutamanya di Kuching dengan bacaan terendah untuk dekad ini iaitu 2.6mm. Selain itu, Sri Aman dan Miri (Sarawak) merekodkan bacaan 2.8mm. Stesen tanah tinggi Cameron Highlands pula mencatatkan bacaan sebanyak 2.1mm. SINARAN SOLAR Amnya, Malaysia mencatatkan purata harian sinaran suria di atas paras purata terutamanya stesen Kota Bharu (Kelantan) dengan nilai sisihan daripada normal tertinggi iaitu +3.0 MJm - 2. Hanya empat stesen mencatatkan purata harian sinaran suria kurang dari purata iaitu Bayan Lepas (Pulau Pinang), Sitiawan (Perak), Kuching dan Kota Kinabalu (Sabah). Untuk dekad ini, kebanyakan stesen di Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka) telah merekodkan purata harian sinaran suria yang melebihi 17 MJm -2 dengan bacaan tertinggi 20.5 MJm -2 direkodkan di Alor Setar (Kedah). Manakala Selangor, Johor dan Pahang pula merekodkan bacaan antara 15 hingga 17 MJm -2. Keadaan sebaliknya pula di Sabah dan Sarawak, kebanyakan tempat telah mengalami sinaran suria yang kurang dari 15 MJm -2 terutamanya di Kuching dengan nilai terendah 12.1MJm -2. Manakala satu-satunya stesen tanah tinggi Cameron Highlands pula mencatatkan bacaan sebanyak 15.6 MJm -2. Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 2
Rajah 1: Anomali Hujan Rajah 2 Jumlah Hujan Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 3
Rajah 3: Indeks Hujan Piawai (Januari 2019) Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 4
Rajah 3: Suhu Purata Minimum Rajah 4: Suhu Purata Maksimum Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 5
Rajah 5: Kadar Sejatan Rajah 6: Sinaran Solar Hakcipta Terpelihara 2018. Tarikh Kemaskini: 13-Mar-19 6