PANDUAN: PERKHIDMATAN BERCUKAI DIIMPORT

dokumen-dokumen yang mirip
SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

SOALAN LAZIM TEMPOH PERALIHAN 6% - 0%

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PROSEDUR PENGEMUKAAN BORANG NYATA TERPINDA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

GARIS PANDUAN POTONGAN CUKAI BULANAN DI BAWAH KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) PINDAAN 2015

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Kepada Para Pelanggan yang Dihargai

Undang-Undang Malaysia

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN FRANGKI

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs)

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Overdraf. November 2017

KERAJAAN MALAYSIA TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2018

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

UCAPAN MENTERI KEWANGAN RANG UNDANG UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014 PADA 3 APRIL 2014 DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

SYNERGY CARDS SDN BHD

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN PELANGGAN KITA-KITA AJE

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PROGRAM MEMFAILKAN BORANG BAGI TAHUN 2010

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

PANDUAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS KAD KREDIT DAN KAD CAJ

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

BAB 1 GST SUATU TINJAUAN

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) BAGI TAHUN 2017

Transkripsi:

CUKAI PERKHIDMATAN PANDUAN: PERKHIDMATAN BERCUKAI DIIMPORT Diterbitkan oleh : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bahagian Cukai Dalam Negeri Putrajaya 9 Januari 2019

Penerbitan Tarikh: 9 Januari 2019. Notis Hakcipta Hak Cipta 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Hak Cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hakcipta, 1987 (Malaysia). Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan penerbitan panduan baru. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau dihantar dalam apa-apa bentuk, termasuk di tempat untuk tujuan komersil tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam menghasilkan semula atau mengutip kandungan, pengiktirafan sumber diperlukan. Penafian Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai layanan yang relevan di bawah Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang kewajipan pembayar cukai. Ia tidak bertujuan untuk mengatasi semua masalah cukai yang mungkin timbul secara komprehensif. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung di dalam Panduan ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung, atau apa-apa kerugian kewangan atau lain-lain yang dilakukan oleh individu menggunakan maklumat dari Panduan ini. Semua maklumat adalah semasa persediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu. i

KANDUNGAN PENGENALAN... 1 TERMINOLOGI... 1 PENGENAAN DAN SKOP CUKAI PERKHIDMATAN... 2 PEMBAYARAN CUKAI PERKHIDMATAN... 3 Nilai Bercukai & Pengiraan Cukai... 3 Pembayaran Cukai oleh Orang Berdaftar Cukai Perkhidmatan 5 Pembayaran Cukai oleh Orang Tidak Berdaftar Cukai Perkhidmatan... 5 Penalti Lewat Bayar... 7 Pemakaian Perenggan 3, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018... 8 TANGGUNGJAWAB ORANG TIDAK BERDAFTAR CUKAI PERKHIDMATAN... 8 SOALAN-SOALAN LAZIM... 9 PERTANYAAN... 11 BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI BERKAITAN SST... 11 ii

PENGENALAN 1. Cukai Perkhidmatan adalah cukai kepenggunaan yang ditadbir oleh Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan perundangan subsidiarinya. Tarikh kuat kuasa Akta Cukai Perkhidmatan 2018 adalah 1 September 2018. 2. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan yang dipanggil "perkhidmatan bercukai". 3. Seseorang yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai ambang yang ditetapkan perlu didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan dikenali sebagai "orang berdaftar" yang dikehendaki mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang dibekalkan kepada pelanggannya. 4. Namun demikian, bagi perkhidmatan diimport, perkhidmatan bercukai yang diimport adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Panduan ini disediakan untuk membantu perniagaan memahami layanan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport. TERMINOLOGI 5. Bagi maksud panduan ini: (i) Perkhidmatan Bercukai ertinya apa-apa perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai di bawah Seksyen 8, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Jadual pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018) (ii) Perkhidmatan Bercukai Diimport (PBD) ertinya apa-apa perkhidmatan bercukai yang diperoleh oleh mana-mana orang di Malaysia daripada mana-mana orang yang berada luar Malaysia di bawah Seksyen 2, Akta Cukai Perkhidmatan 2018. (iii) Kawasan Ditetapkan (KD) adalah Labuan, Langkawi dan Tioman. (Seksyen 47, Akta Cukai Perkhidmatan 2018); Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 1

(iv) Kawasan Khas (KK) adalah mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen serta Kawasan Pembangunan Bersama (KPB) (Seksyen 52, Akta Cukai Perkhidmatan 2018). (v) Orang yang berkaitan adalah sepertimana yang dimaksudkan dalam peraturan 4, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. PENGENAAN DAN SKOP CUKAI PERKHIDMATAN 6. Seksyen 7 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 telah dipinda dan digantikan dengan seksyen berikut: Pengenaan dan skop cukai pekhidmatan 7. Suatu cukai yang dikenali sebagai cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas (a) (b) mana-mana perkhidmatan bercukai yang diberikan di Malaysia oleh orang berdaftar dalam menjalankan perniagaannya; atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport. 7. Mulai 1 Januari 2019, PBD adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. 8. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan di Malaysia (termasuk di dalam KD atau KK) yang memperolehi perkhidmatan bercukai dari mana-mana pemberi perkhidmatan dari luar Malaysia perlu membayar cukai perkhidmatan. 9. Bagi tujuan panduan ini, terma mana-mana orang adalah merujuk kepada perniagaan samada berdaftar atau tidak berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018. 10. PBD adalah mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai di dalam Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, dan pemberi perkhidmatan luar Negara memberi perkhidmatan yang berkaitan Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 2

dengan barang, tanah atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan Malaysia kepada mana-mana orang di Malaysia. PEMBAYARAN CUKAI PERKHIDMATAN Nilai Bercukai & Pengiraan Cukai 11. Pindaan telah dibuat ke atas sub seksyen 9 (1) iaitu: (d) dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, nilai perkhidmatan bercukai diimport itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan. 12. Nilai perkhidmatan bercukai yang diimport adalah sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 4A, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 iaitu: (1) Nilai perkhidmatan bercukai yang diimport adalah seperti yang berikut: (a) jika perkhidmatan bercukai yang diimport diperoleh oleh seseorang di Malaysia yang tidak berkaitan dengan orang yang berada di luar Malaysia (i) dalam hal premium bagi polisi insurans atau sumbangan takaful bagi sijil takaful, premium atau sumbangan takaful sebenar yang dibayar; atau (ii) dalam hal perkhidmatan bercukai yang diimport selain yang dinyatakan dalam sub perenggan (i), nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang diimport itu; atau (b) jika perkhidmatan bercukai yang diimport diperoleh oleh seseorang di Malaysia yang berkaitan dengan orang yang berada di luar Malaysia, nilai perkhidmatan bercukai yang diimport itu jika diperoleh dalam perjalanan biasa perniagaan oleh orang itu yang tidak berkaitan dengan orang yang berada di luar Malaysia. Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 3

(2) Peraturan 4 hendaklah terpakai bagi subperaturan (1) bagi maksud menentukan orang yang berkaitan dengan orang yang berada di luar Malaysia. 13. Pengiraan cukai bagi PBD adalah sepertimana contoh-contoh yang diberi: Contoh 1 Syarikat A telah dikenakan bayaran sebanyak USD1,000.00 oleh pemberi perkhidmatan dari Amerika Syarikat. Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh syarikat A adalah: 6 % X $1,000.00 = $60 Bagi tujuan pengiraan cukai perkhidmatan dalam ringgit, kadar pertukaran jualan matawang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia hendaklah digunakan. Contoh 2 Syarikat B memperolehi perkhidmatan dari pemberi perkhidmatan di German. Invois jualan sebanyak RM5,000.00 dikeluarkan kepada syarikat B oleh wakil syarikat German yang berada di Malaysia. Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh syarikat B adalah: 6 % X RM5,000.00 = RM300.00 14. Seksyen 11(1) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 menyatakan Cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah seksyen 7, hendaklah menjadi genap masa Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 4

(b) dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal. 15. Cukai perkhidmatan keatas PBD adalah genap masa pada tarikh pembayaran dibuat kepada pemberi perkhidmatan atau pada tarikh invois diterima bagi perkhidmatan berkenaan, yang mana terdahulu. Bagi maksud tarikh invois diterima, ia merujuk kepada tarikh dimana invois berkenaan direkod dalam perakaunan syarikat. Contoh 3 Unit IT Syarikat A menerima invois dari pemberi perkhidmatan luar negara pada 1 Mar 2019 untuk perkhidmatan yang akan diberi pada 20 Mar 2019. Setelah invois tersebut disahkan oleh pengurus unit IT, ianya diserahkan kepada bahagian akaun untuk tujuan bayaran pada 27 Mar 2019. Tarikh 27 Mar 2019 dianggap sebagai tarikh invois diterima. Pembayaran Cukai oleh Orang Berdaftar Cukai Perkhidmatan 16. Selaras dengan Seksyen 26, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, orang berdaftar cukai perkhidmatan perlu mengikrar cukai keatas PBD yang genap masa mengikut tempoh bercukai di dalam borang SST-02. Nilai PBD hendaklah diikrar secara berasingan di bahagian B1 borang SST-02 dengan mengunakan kod khas untuk PBD. 17. Penyata SST-02 perlu dikemukakan dan bayaran perlu dibuat tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai. Untuk tempoh bercukai berubah di bawah seksyen 25(3)(c), Akta Cukai Perkhidmatan 2018, penyata hendaklah dikemukakan dan bayaran hendaklah dibuat dalam masa 30 hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu. Pembayaran Cukai oleh Orang Tidak Berdaftar Cukai Perkhidmatan 18. Seksyen 26A Akta Cukai Perkhidmatan 2018 menyatakan cara dan tanggungjawab ke atas mengemukakan penyata dan membayar cukai perkhidmatan Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 5

yang genap masa dan kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai. 19. Orang tidak berdaftar cukai perkhidmatan hendaklah mengikrar cukai perkhidmatan keatas PBD yang genap masa dengan menggunakan borang SST-02A. Bayaran pula boleh dibuat secara elektronik (MySST) atau dengan kaedah cek atau draf bank yang dipos ke Pusat Pemprosesan Kastam (CPC) di Kelana Jaya. Sila rujuk panduan penyata SST-02A untuk keterangan lanjut pengikraran. 20. Penyata SST-02A dan bayaran cukai perlu dibuat tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya bulan yang pembayaran bagi PBD itu telah dibuat olehnya atau invois telah diterima olehnya, yang mana terdahulu. Contoh 4 Syarikat A (bukan orang berdaftar Cukai Perkhidmatan) telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan dari pemberi perkhidmatan USACo di Amerika Syarikat. Syarikat A telah membayar wang pendahuluan 10% dari nilai perkhidmatan sebanyak RM5,000,000.00 pada 1 Mac 2019. Perkhidmatan oleh USACo akan bermula 15 Mac 2019 dan berakhir pada 14 Jun 2019. Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh syarikat A adalah: RM500,000.00 X 6% = RM30,000.00 Syarikat A hendaklah mengemukakan penyata SST-02A dan membayar cukai sebanyak RM30,000.00 sebelum atau pada 30 April 2019. Contoh 5 Syarikat A kemudiannya diminta membayar RM1,000,000.00 kepada USACo pada 15 April 2019. Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh syarikat A adalah: Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 6

RM1,000,000.00 X 6% = RM60,000.00 Syarikat A hendaklah mengemukakan penyata SST-02A dan membayar cukai sebanyak RM60,000.00 sebelum atau pada 31 Mei 2019. Contoh 6 Pada 16 Jun 2019 USACo telah mengeluarkan invois RM5,000,000.00 kepada Syarikat A. Invois tersebut diterima pada 23 Jun 2019 dan direkodkan kedalam akaun pada 30 Jun 2019. Syarikat A kemudiannya membayar baki RM3,500,000.00 kepada USACo pada 15 Ogos 2019. Cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh syarikat A adalah: RM3,500,000.00 X 6% = RM210,000.00 Syarikat A hendaklah mengemukakan penyata SST-02A dan membayar cukai sebanyak RM210,000.00 sebelum atau pada 31 Julai 2019 (berdasarkan cukai genap masa pada tarikh invois diterima). Penalti Lewat Bayar 21. Kelewatan membayar cukai perkhidmatan oleh mana-mana orang dari tarikh akhir yang ditetapkan akan menyebabkan penalti dikenakan seperti berikut. Bilangan Hari Lewat Kadar Penalti 30 hari pertama 10% 30 hari kedua 15% 30 hari ketiga 15% Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 7

Pemakaian Perenggan 3, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 22. Secara prinsipnya Perenggan 3A, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 adalah tidak terpakai ke atas PBD. Ini bermakna semua PBD yang diperolehi dari syarikat luar Negara dalam kumpulan syarikat adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. 23. Walaubagaimanapun melalui surat kelulusan Kementerian Kewangan dengan kuasa Menteri Kewangan di bawah subseksyen 34(3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018, memberi (i) pengecualian dari pembayaran cukai perkhidmatan kepada mana-mana syarikat di Malaysia yang mengimport perkhidmatan bercukai dari syarikat luar negara yang merupakan syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama bagi perkhidmatan bercukai dalam butiran (a),(b),(c),(d),(e),(f),(g),(h) atau (i) daripada Kumpulan G, Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018; dan (ii) syarat-syarat sedia ada di bawah Perenggan 4,5,6,7 dan 8, Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 yang terpakai bagi melayakkan layanan cukai perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat dalam kumpulan syarikat yang sama adalah kekal dan tidak berubah. TANGGUNGJAWAB ORANG TIDAK BERDAFTAR CUKAI PERKHIDMATAN 24. Selaras dengan Seksyen 24(5A), Akta Cukai Perkhidmatan 2018, orang tidak berdaftar yang dalam menjalankan perniagaannya dan memperoleh PBD adalah wajib menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan PBD tersebut. 25. Kesemua rekod itu hendaklah disimpan dan dipelihara dalam tempoh tujuh (7) tahun dan ia mestilah disimpan di Malaysia. Rekod-rekod ini hendaklah disimpan di dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa inggeris. Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 8

SOALAN-SOALAN LAZIM 1. S : Pekerja syarikat A memperolehi perkhidmatan penginapan hotel di luar negara. Adakah syarikat A perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan tersebut? J : Perkhidmatan penginapan di luar negara bukanlah satu perkhidmatan bercukai yang diimport. Oleh itu ia tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan. 2. S : Adakah orang yang tidak berdaftar Cukai Perkhidmatan perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diimport? J : Ya, mana-mana orang di Malaysia yang menjalankan perniagaan dan memperolehi perkhidmatan bercukai yang diimport adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan walaupun orang tersebut tidak berdaftar Cukai Perkhidmatan. 3. S : Syarikat ABC Sdn Bhd mengimport perkhidmatan IT dari syarikat di United Kingdom pada 1 Disember 2018 dan menerima invois dari syarikat tersebut pada 15 Januari 2019. Adakah ABC Sdn. Bhd perlu membayar cukai perkhidmatan? J : Syarikat ABC Sdn Bhd tidak perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan memandangkan perkhidmatan tersebut diperolehi sebelum tarikh perkhidmatan bercukai diimport berkuatkuasa. 4. S : Syarikat DEF (tidak berdaftar cukai perkhidmatan) memperolehi perkhidmatan bercukai diimport bermula dari 1 November 2018 dan menjangkau sehingga 30 Oktober 2019. Invois ke atas perkhidmatan tersebut telah diterima pada 15 Oktober 2018 dan bayaran dibuat secara berkala setiap bulan mulai 1 November 2018. Adakah syarikat DEF perlu membayar cukai perkhidmatan keatas perkhidmatan tersebut? Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 9

J : Syarikat DEF perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diimport mulai dari 1 Januari 2019 hingga 30 Oktober 2019. Syarikat DEF perlu mengemukakan penyata SST- 02A setiap bulan bermula dari bulan Februari 2019 hingga bulan November 2019. 5. S : Nilai pertukaran mata wang yang manakah boleh dibuat rujukan semasa mengakaunkan cukai perkhidmatan? J : Syarikat boleh mengunakan nilai jualan pertukaran wang asing seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. 6. S : Syarikat D Sdn Bhd adalah agen tunggal kepada pembekal perkhidmatan IT luar negara Fco. Fco melantik syarikat D untuk mengeluarkan invois keatas perkhidmatan IT yang diberi oleh Fco kepada pelanggan di Malaysia. Adakah perkhidmatan IT tersebut suatu perkhidmatan bercukai yang diimport, walaupun invois dikeluarkan di Malaysia? J : Ya. Perkhidmatan IT tersebut adalah perkhidmatan bercukai yang diimport oleh kerana pemberi perkhidmtan FCo adalah diluar negara. Oleh yang demikian pelanggan Malaysia hendaklah mengakaun cukai perkhidmatan berdasarkan invois yang dikeluarkan di Malaysia oleh Syarikat D. Syarikat D hendaklah memaklumkan di dalam invois yang dikeluarkan kepada pelanggan di Malaysia untuk mengakaun cukai keatas perkhidmatan IT tersebut sebagai perkhidmatan yang diimport. 7. S : SingCo di Singapura telah mendapatkan perkhidmatan penilaian ke atas satu bangunan di Putrajaya dari Consultant V dari Australia. Consultant V telah mengeluarkan invois kepada SingCo di Singapura atas perkhidmatan yang diberi. Adakah SingCo perlu mengakaun cukai perkhidmatan? Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 10

J : SingCo tidak perlu mengakaun cukai perkhidmatan keatas perkhidmatan yang diberi oleh Consultant V. Ini adalah kerana SingCo bukanlah entiti yang menjalankan perniagaan di Malaysia. PERTANYAAN Sebarang panduan berkaitan panduan ini sila berhubung: Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Aras 3-7, Blok A, Menara Tulus, No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya. BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI BERKAITAN SST Informasi selanjutnya boleh didapati di: (i) (ii) Laman Web SST : https://mysst.customs.gov.my Pusat Panggilan Kastam Tel : 03-7806 7200 / 1-300-888-500 Fax : 03-7806 7599 Email: ccc@customs.gov.my Hakcipta Terpelihara 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 11