PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

dokumen-dokumen yang mirip
KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

Universiti Malaysia PAHANG

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP BIL. 11/2016)

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015 KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN. Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakan:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

DASAR PELETAKAN JAWATAN

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

GARIS PANDUAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

TAKLIMAT KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PERMOHONAN ANGGOTA BARU KOSWIP

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Transkripsi:

JPA 43/7 Klt.7 (85) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008 PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak (contract of service). LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) (PP 2/2008). Mengikut Pekeliling Perkhidmatan tersebut, baki Cuti 1

Rehat yang tidak diambil oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak akan luput apabila sesuatu tempoh kontrak pegawai yang berkuat kuasa tamat. 3. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan, terdapat pegawai lantikan secara kontrak tidak dapat menghabiskan kemudahan Cuti Rehat yang diperuntukkan kepadanya. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan, Kerajaan bersetuju supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak diberi gantian dalam bentuk wang tunai. DASAR BARU 4. Kerajaan telah memutuskan supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak (contract of sercive) diberi gantian dalam bentuk wang tunai, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini. PELAKSANAAN Pegawai Yang Layak 5. Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat berikut: 5.1 pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008; 2

5.2 tempoh sesuatu kontrak yang berkuat kuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan 5.3 persetujuan untuk pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan itu hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009. Contoh peruntukan tersebut adalah seperti di Lampiran A. Pegawai Yang Tidak Layak 6. Pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) tidak layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan sekiranya ditamatkan/ diberhentikan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut: 6.1 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak tamat atas sebab cuai atau enggan atau kerana apa-apa jua sebab atau tidak memenuhi apa-apa perintah yang diberi oleh seseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke atasnya atau membocorkan apa-apa maklumat berkenaan hal ehwal Kerajaan kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya atau dengan apa-apa jua cara berkelakuan salah atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan perjanjian kontrak; 6.2 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak tamat atas sebab ketidakupayaan kesihatan setelah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, kecuali bagi pegawai yang telah berkhidmat bagi kontrak tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun; 3

6.3 penamatan perkhidmatan atas sebab dijatuhkan hukuman buang kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib; dan 6.4 penamatan perkhidmatan atas permohonan atau pilihan pegawai sendiri. Peraturan 7. Pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak adalah tertakluk kepada peraturan seperti berikut: 7.1 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (¼) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya bilangan hari tersebut melibatkan angka perpuluhan, pengiraan hendaklah dibundarkan kepada angka bulat terhampir; 7.2 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari. Tempoh perkhidmatan tersebut boleh terdiri daripada tempoh kontrakkontrak yang berterusan atau yang terputus-putus; 4

7.3 pengiraan pemberian wang tunai adalah berdasarkan formula berikut: 1/30 x Jumlah Gaji Dan Imbuhan Tetap Bulanan (Yang Akhir Diterima Bagi Kontrak Berkaitan) x Bilangan Cuti Rehat Yang Dibenarkan Untuk Tujuan Pemberian Wang Tunai 7.4 pemberian wang tunai adalah diberi selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak; dan 7.5 pemberian wang tunai adalah diluluskan dan dibayar oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai berkhidmat secara kontrak. Pegawai Lantikan Secara Kontrak Yang Sedang Berkhidmat 8. Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada pematuhan terhadap semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini. Pegawai layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan ini tanpa perlu menambah peruntukan baru mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Tanggungjawab Ketua Jabatan 9. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak adalah teratur seperti berikut: 5

9.1 pemberian wang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah direkodkan menggunakan format seperti di Lampiran B dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan; 9.2 rekod pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa; dan 9.3 bagi pegawai lantikan baru secara kontrak, Ketua Jabatan hendaklah menyemak dan memastikan sama ada pegawai pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut. Sekiranya pegawai pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan rekod sama ada berdasarkan salinan Buku Perkhidmatan dan/ atau akuan pegawai berkenaan berkaitan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan yang pernah diterimanya. Akuan pegawai hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran C. PINDAAN 10. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, peraturan berkaitan Cuti Rehat yang tidak diambil akan luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 54.1 di muka surat 59 dan perenggan 5 dalam Lampiran G di muka surat 85 dalam PP 2/2008 adalah dipinda. Pegawai adalah layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bagi Cuti Rehat yang 6

tidak dapat dihabiskannya mengikut bilangan hari yang dibenarkan. Cuti Rehat yang melebihi daripada had tersebut adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat. TARIKH KUAT KUASA 11. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009. PEMAKAIAN 12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 11 November 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 7

Lampiran A SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008 PERUNTUKAN BERKAITAN PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) Versi Bahasa Malaysia: Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa, apabila pegawai atas sebab kepentingan perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya yang dia layak di bawah atau mengikut Kontrak ini, pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian. Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 atau pekeliling atau arahan lain Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Versi Bahasa Inggeris: Cash Award For Vacation Leave That Cannot Be Availed Subject to the instructions by the Government from time to time, where due to exigency of service an officer cannot avail his vacation leave that he is eligible under or in accordance with this Contract, the officer is entitled for a cash award in replacement of it. The entitlement shall be subject to the terms and conditions specified in Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 or other Government circulars or instructions issued from time to time.

Lampiran B SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008 PENGESAHAN KETUA JABATAN BERKAITAN PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) Saya adalah dengan ini mengesahkan bahawa... (nama pegawai) nombor kad pengenalan/ pasport... : i. telah berkhidmat bagi kontrak yang berkuat kuasa mulai... hingga...; ii. telah diberi wang tunai yang pegawai berkelayakan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 untuk sebanyak... hari Cuti Rehatnya bagi kontrak yang berkuat kuasa seperti mengikut butiran dalam perenggan (i) di atas; dan iii. telah diberi wang tunai yang pegawai berkelayakan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 untuk sebanyak... hari Cuti Rehat bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannya secara kontrak dengan Kerajaan.*... (Tanda Tangan Ketua Jabatan) Nama Penuh : Jawatan : Alamat Dan Cop Jabatan : Tarikh : *Bagi pegawai yang pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan. (Satu salinan dokumen ini hendaklah diberi untuk simpanan pegawai.)

Lampiran C SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008 AKUAN PEGAWAI KE ATAS PENERIMAAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN Kepada: (Ketua Jabatan) Tuan, Saya dengan ini mengaku bahawa pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan dan telah menerima wang tunai yang saya berkelayakan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 seperti butiran berikut: Bil. Tarikh Kuat Kuasa Kontrak Mula Tamat Nama Dan Alamat Majikan Bilangan Hari Cuti Rehat Yang Diberi Pemberian Wang Tunai 1. 2. 3. 2. Saya mengaku bahawa sesungguhnya semua maklumat seperti yang dinyatakan di atas adalah benar belaka dan tindakan (termasuk ditamatkan perkhidmatan secara kontrak dan membayar semula semua pemberian wang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 yang telah diterima) boleh dikenakan kepada saya sekiranya maklumat tersebut didapati tidak benar. Salinan dokumen Pengesahan Ketua Jabatan berkaitan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan yang telah diberikan kepada saya sebelum ini adalah seperti yang dilampirkan. Sekian, terima kasih. Tanda Tangan Pegawai : Nama : No. Kad Pengenalan/ Pasport : Tarikh :