Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB Dana Al-Falah yang dihormati,

dokumen-dokumen yang mirip
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

BAHAGIAN I PERMULAAN

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

No.Pendaftaran 1/ Skim Pembiayaan Al-Quard 3. Pembiayaan. 2. Skim Pembiayaan Al-Murabah dan Al-Bithaman Ajil 4. Pembiayaan Persendirian/Kredit

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Transkripsi:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Kepada Para Pemegang Unit di bawah Penama untuk BIMB Dana Al-Falah yang dihormati, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pemegang Unit ( Mesyuarat ) BIMB Dana Al-Falah ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ) pada Selasa, 29 Januari 2019, jam 12.00 tengahari di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut untuk membenarkan Pengurus Dana dan/atau Pemegang Amanah Dana untuk: (i) (ii) (iii) (iv) mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana; mengubah pelaburan dibenarkan Dana; memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru; dan melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di resolusi-resolusi, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit dana-dana, dengan kuasa penuh untuk bersetuju kepada sebarang keadaan, pengubahsuaian, variasi dan/atau pindaan sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus menganggap sesuai atau memberi manfaat kepada Pemegang Unit dana tersebut atau apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Untuk pengetahuan anda, Pengurus Dana bercadang untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan pelaburan asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal Dana. Pelaburan asing tersebut walaubagaimanapun adalah terhad kepada pelaburan terhadap syarikatsyarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Sehubungan itu, kami sertakan bersama-sama ini Notis Mesyuarat, Borang Proksi dan Nota Penjelasan Pengurus mengenai usul resolusi-resolusi bagi Mesyuarat Dana tersebut untuk perhatian dan tindakan lanjut anda. Anda dialu-alukan untuk memberikan maklum balas mengenai resolusi-resolusi yang dicadangkan dengan menghantar ke Penama di talian fax 03-2088 8175 atau e-mel ke IUTA@bankislam.com.my. Sekian,terima kasih. Surat cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan.

BIMB DANA AL-FALAH (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) NOTIS MESYUARAT ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Pemegang Unit BIMB Dana Al-Falah ( Dana ) akan diadakan oleh pengurus dana, BIMB Investment Management Berhad ( Pengurus ), menurut Fasal 17.3.1 surat ikatan bertarikh 6 Disember 2001 seperti yang diubahsuai oleh surat ikatan tambahan pertama bertarikh 7 November 2003, surat ikatan tambahan kedua bertarikh 24 Februari 2006, surat ikatan tambahan ketiga bertarikh 21 Jun 2007, surat ikatan tambahan induk keempat bertarikh 15 Oktober 2010, surat ikatan tambahan induk kelima bertarikh 9 Ogos 2012 dan surat ikatan tambahan induk keenam bertarikh 18 Ogos 2017 yang mentadbir Dana ( Surat Ikatan ). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 12.00 petang bertarikh 29 Januari 2019, Selasa di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai oleh Pemegang Unit, meluluskan resolusi-resolusi berikut: RESOLUSI 1 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Pelaburan Dana adalah lebih cenderung kepada syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat asing yang berpotensi memberikan peningkatan modal dan bukannya pendapatan tetap. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Untuk mencapai objektif ini, pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB Dana. Tumpuan utama Dana ialah untuk membeli saham syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan pendapatan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang*. Dana juga akan melabur di dalam syarikat di bawah nilai. Dana juga boleh melabur dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam (secara terkumpul sehingga 70% NAB). Pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran keuntungan berkala yang dijangkakan. Sukuk tersebut mesti mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang Islam sebahagian besarnya terhad kepada simpanan dalam instrumen deposit jangka pendek patuh Syariah dengan institusi kewangan, debentur jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, agensi yang disokong oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia dan syarikat Malaysia. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang, termasuk juga bil diterima patuh Syariah, penerimaan bank, sijil deposit dan kertas komersial syarikat yang mempunyai penarafan kredit jangka pendek minimum P1 oleh RAM atau MARC-1 atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan domestik lain yang diiktiraf. Pengurus juga boleh melabur dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah untuk meningkatkan potensi pulangan. Tumpuan utama pelaburan dalam skim pelaburan bersama Islam adalah terhadap amanah pelaburan hartanah (REIT) yang lazimnya akan mengagihkan pendapatan berkala. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah hanya meliputi produk berstruktur modal terlindung dengan potensi meraih pulangan. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah dikeluarkan oleh institusi kewangan yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan lain. Aset asas lain dalam produk berstruktur patuh Syariah mestilah di dalam pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan Dana dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah mesti berkaitan dan selaras dengan objektif Dana. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. RESOLUSI 2

Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. RESOLUSI 3 Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus dengan memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan RESOLUSI 4 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Pemegang Unit diminta untuk memberi perhatian pada fasal-fasal berikut Surat Ikatan: Fasal 17.4.1

Kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, dengan syarat bahawa kuorum untuk mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas ialah lima (5) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan, dan dengan selanjutnya jika Dana mempunyai lima (5) atau kurang daripada lima (5) orang Pemegang Unit, kuorum yang diperlukan untuk mesyuarat Pemegang Unit ialah dua (2) orang Pemegang Unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi; jika mesyuarat telah diadakan untuk tujuan mengundi melalui Resolusi Khas, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mestilah memegang sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) secara agregat daripada Unit dalam edaran pada masa mesyuarat diadakan. Fasal 17.4.3 Setiap soalan yang timbul semasa mana-mana mesyuarat Pemegang Unit akan diputuskan pertama-tama secara pengundian mengangkat tangan melainkan pengundian secara pungutan undi diminta atau soalan yang ditanya memerlukan Resolusi Khas seperti yang ternyata di dalam Surat Ikatan, pengundian secara pungutan undi akan diambil. Fasal 17.4.5 Bagi pengundian secara pungutan undi, setiap Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi mempunyai satu undian bagi setiap Unit yang dipegangnya. Fasal 17.4.12 Setiap Pemegang Unit yang berhak untuk menghadiri mesyuarat dan untuk mengundi boleh mengundi sendiri atau secara proksi. Proksi yang dilantik tidak semestinya Pemegang Unit. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, mana-mana pegawai di syarikat tersebut dibenarkan untuk menjadi proksi yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 147(3) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016). Pengurus atau Pemegang Amanah boleh menerima sijil seperti di bawah seksyen 147(5) Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai seksyen 333(5) Akta Syarikat 2016) sebagai bukti perlantikan proksi. Proksi dibenarkan bagi pihak syarikat mengguna kuasa yang sama seperti syarikat adalah orang sebenar dan syarikat dianggap sebagai orang sebenar yang hadir di mesyuarat sendiri. Fasal 17.4.13 Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. Fasal 17.4.18 Instrumen yang melantik proksi perlu disetem, sekiranya perlu, dan didepositkan di pejabat Pengurus tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat atau mesyuarat tertangguh mengikut mana-mana yang berkenaan di mana orang yang dinamakan di dalam instrumen tersebut ingin mengundi. Fasal 17.4.19 Undi yang diberi mengikut terma-terma instrumen proksi adalah sah walau apa pun kematian atau ketidaksiuman prinsipal atau pembatalan proksi atau surat kuasa atau menerusi pihak berkuasa lain di mana proksi ditandatangani atau penjualan Unit yang diberi kepada proksi asalkan tiada pemberitahuan secara bertulis diberi mengenai kematian, ketidaksiuman, pembatalan atau penjualan telah diterima di tempat untuk mendepositkan proksi atau jika tiada tempat yang ditetapkan di pejabat berdaftar Pengurus sebelum mesyuarat dijadualkan bermula atau mesyuarat tertangguh di mana proksi itu digunakan. Fasal 17.4.20 Sekiranya dalam masa satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tidak ada kuorum yang hadir, mesyuarat yang diadakan di atas permintaan Pemegang Unit akan dibubarkan. Dalam mana-mana kes, ia hendaklah ditangguhkan ke hari dan masa yang tidak kurang daripada tujuh (7) hari selepas itu dan ke tempat yang boleh ditetapkan oleh Pengerusi; pada mesyuarat tertangguh tersebut, Pemegang Unit yang hadir sendiri atau secara proksi adalah kuorum bagi urusan perniagaan termasuk Resolusi Khas yang diluluskan jika kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan tidak hadir selepas satu (1) jam daripada masa yang ditetapkan untuk mesyuarat tertangguh.

Fasal 17.4.21 Notis mesyuarat tertangguh Pemegang Unit haruslah diberi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari melalui cara yang sama seperti mesyuarat asal dan notis tersebut harus menyatakan bahawa Pemegang Unit yang hadir di mesyuarat tertangguh walau apa pun jumlah mereka atau jumlah unit yang dipegang oleh mereka akan membentuk suatu kuorum bagi mesyuarat tertangguh sekiranya kuorum yang ditetapkan oleh Surat Ikatan ini tidak hadir selepas satu (1) jam daripada waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat tertangguh tersebut. Fasal 17.4.26 Resolusi-resolusi yang diluluskan di mesyuarat Pemegang Unit mengikat kesemua Pemegang Unit sama ada mereka hadir atau tidak di mesyuarat di mana resolusi-resolusi tersebut diluluskan. Tiada bantahan yang boleh dilakukan pada mana-mana undian melainkan bantahan itu dibuat semasa mesyuarat. Instrumen proksi dilampirkan bersama dan harus, sekiranya digunakan, didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 12.00 petang pada 25 Januari 2019. Nota: Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3 mesti diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada semua Pemegang Unit di mesyuarat tersebut, manakala Resolusi 4 mesti diluluskan oleh majoriti mudah. Tarikh: 11 Januari 2019 Bagi pihak Pengurus, BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD Najmuddin Bin Mohd Lutfi Ketua Pegawai Eksekutif Lampiran: Borang Proksi dan Nota Penjelasan cc. 1. SCBMB Trustee Berhad 2. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

BORANG PROKSI Saya/Kami (nama penuh dalam huruf besar),. (NRIC No. / Passport No.. / No. Syarikat.. ), sebagai Pemegang Unit bagi Unit-unit dalam BIMB Dana Al-Falah, dengan ini melantik (NRIC No. / Passport No... ) (atau sekiranya dia gagal, Pengerusi Mesyuarat) */ Pengerusi Mesyuarat*, sebagai proksi saya/kami untuk mengundi bagi pihak saya/kami di Mesyuarat Pemegang Unit yang diadakan pada jam 12.00 petang bertarikh 29 Januari 2019 di Grand Residence 101, Tingkat 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur dan di mana-mana mesyuarat tertangguh. Proksi saya/kami mempunyai arahan saya/kami untuk mengundi seperti yang ditunjukkan dengan X or dalam ruang yang dinyatakan di bawah: *Potong yang berkenaan RESOLUSI-RESOLUSI SOKONG MENENTANG 1. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus induk dengan mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana. Polisi dan strategi pelaburan Dana boleh diubah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Pelaburan Dana adalah lebih cenderung kepada syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat asing yang berpotensi memberikan peningkatan modal dan bukannya pendapatan tetap. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Untuk mencapai objektif ini, pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB Dana. Tumpuan utama Dana ialah untuk membeli saham syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan pendapatan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang*. Dana juga akan melabur di dalam syarikat di bawah nilai. Dana juga boleh melabur dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam (secara terkumpul sehingga 70% NAB). Pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran keuntungan berkala yang dijangkakan. Sukuk tersebut mesti mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang Islam sebahagian besarnya terhad kepada simpanan dalam instrumen deposit jangka pendek patuh Syariah dengan institusi kewangan, debentur jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, agensi yang disokong oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia dan syarikat Malaysia. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang, termasuk juga bil diterima patuh Syariah, penerimaan bank, sijil deposit dan kertas komersial syarikat yang mempunyai penarafan kredit jangka pendek minimum P1 oleh RAM atau MARC-1 atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan domestik lain yang diiktiraf. Pengurus juga boleh melabur dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah untuk meningkatkan potensi pulangan. Tumpuan utama pelaburan dalam skim pelaburan bersama Islam adalah terhadap amanah pelaburan hartanah (REIT)

yang lazimnya akan mengagihkan pendapatan berkala. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah hanya meliputi produk berstruktur modal terlindung dengan potensi meraih pulangan. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah dikeluarkan oleh institusi kewangan yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh manamana agensi penarafan lain. Aset asas lain dalam produk berstruktur patuh Syariah mestilah di dalam pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan Dana dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah mesti berkaitan dan selaras dengan objektif Dana. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. 2. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah Surat Ikatan dan prospektus induk dengan mengubah pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan dibenarkan Dana boleh diubah seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. 3. Bahawa, kelulusan adalah dan dengan ini diberikan kepada Pengurus untuk mengubah prospektus dengan memasukkan risikorisiko tertentu Dana yang baru untuk dibaca seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang

c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 4. Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. Sekiranya tiada arahan-arahan khusus, proksi akan mengundi atau tidak mengundi resolusi-resolusi yang dia fikirkan patut. Sekiranya Pemegang Unit adalah individu: DITANDATANGANI oleh (Nama Pemegang Unit) pada haribulan.. 2019 di hadapan:. (Tandatangan Saksi) Nama:. (Tandatangan Pemegang Unit) Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat: *METERAI RASMI bagi bersama-sama ini disertakan pada. haribulan. 2019 mengikut perkara persatuan atau perlembagaan syarikat di hadapan: *Cop Syarikat bagi... telah disertakankan pada. haribulan. 2019: (Tandatangan penandatangan (Tandatangan penandatangan (METERAI RASMI) yang diberi kuasa) yang diberi kuasa) Nama: Nama:

*Potong yang berkenaan Nota-nota: 1. Borang proksi ini mestilah didepositkan di pejabat Pengurus di BIMB Investment Management Berhad, Tingkat 19, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur, sebelum jam 12.00 petang pada 25 Januari 2019. 2. Bagi kes Pemegang Bersama, mana-mana Pemegang Bersama boleh mengundi sendiri atau secara proksi seperti mana yang terkandung dalam pemegangan bersama, tetapi sekiranya Pemegang Bersama itu hadir di mana-mana mesyuarat sendiri atau secara proksi, hanya nama Pemegang Bersama yang namanya disebut dahulu dalam rekod Pengurus berhak untuk mengundi. 3. Sekiranya Pemegang Unit adalah sebuah syarikat, proksi tersebut boleh menjadi wakil syarikat yang dilantik mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 333(1) Akta Syarikat 2016.

BIMB DANA AL-FALAH ( Dana ) (Diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad) ( Pengurus ) NOTA PENJELASAN PENGURUS MENGENAI USUL RESOLUSI-RESOLUSI BAGI MESYUARAT PEMEGANG UNIT YANG DIADAKAN PADA 29 JANUARI 2019 1. Resolusi 1 1.1 Polisi dan strategi pelaburan Dana sekarang adalah seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Pelaburan Dana adalah lebih cenderung kepada syarikat yang berpotensi memberikan peningkatan modal dan bukannya pendapatan tetap. Untuk mencapai objektif ini, pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB Dana. Tumpuan utama Dana ialah untuk membeli saham syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan pendapatan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang*. Dana juga akan melabur di dalam syarikat di bawah nilai. Dana juga boleh melabur dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang patuh Syariah (secara terkumpul sehingga 70% NAB). Perlaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran keuntungan berkala yang dijangkakan. Sukuk tersebut mesti mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau penafaran yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang sebahagian besarnya terhad kepada simpanan dalam instrumen deposit jangka pendek patuh Syariah dengan institusi kewangan, debentur jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, agensi yang disokong oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia dan syarikat Malaysia. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang, termasuk juga bil diterima patuh Syariah, penerimaan bank, sijil deposit dan kertas komersial syarikat yang mempunyai penarafan kredit jangka pendek minimum P1 oleh RAM atau MARC-1 atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan domestik lain yang diiktiraf. Pengurus juga boleh melabur dalam skim pelaburan bersama dan produk berstruktur patuh Syariah untuk meningkatkan potensi pulangan. Tumpuan utama pelaburan dalam skim pelaburan bersama adalah terhadap amanah pelaburan hartanah (REIT) yang lazimnya akan mengagihkan pendapatan berkala. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah hanya meliputi produk berstruktur modal terlindung dengan potensi meraih pulangan. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah dikeluarkan oleh institusi kewangan yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan lain. Aset asas lain dalam produk berstruktur patuh Syariah mestilah di dalam pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan Dana dalam skim pelaburan bersama dan produk berstruktur mesti berkaitan dan selaras dengan objektif Dana. Pelaburan Dana dalam skim pelaburan bersama dan produk berstruktur mestilah relevan dan konsisten dengan objektif Dana. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. 1.2 Rasional untuk perubahan dasar dan strategi pelaburan adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). 2. Resolusi 2 2.1 Pelaburan dibenarkan Dana sekarang adalah seperti berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing, tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa;

b. Debenture/instrumen patuh Syariah yang termasuk Sukuk, kertas komersial/nota jangka sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i terima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah, termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama patuh Syariah; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana, seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa. 2.2 Rasional untuk perubahan dasar dan strategi pelaburan adalah untuk memperluaskan pelaburanpelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). 3. Resolusi 3 3.1 Pengurus ingin memasukkan risiko-risiko tertentu Dana yang baru seperti berikut: a. Risiko Negara b. Risiko Mata Wang c. Risiko Politik d. Risiko Pengawalseliaan 3.2 Rasional untuk penambahan risiko-risiko tertentu Dana yang baru adalah untuk memperluaskan pelaburan-pelaburan Dana dengan memasukkan syarikat-syarikat asing yang berpotensi menawarkan peningkatan modal. Pelaburan asing adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Pertambahan risiko-risiko tertentu baru Dana sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah untuk menggambarkan risiko-risiko tertentu baru Dana akibat daripada pelaburan asing oleh Dana. 4. Resolusi 4 4.1 Bahawa, tertakluk kepada kelulusan Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, yang diluluskan, kelulusan dengan ini diberikan kepada pemegang amanah Dana ("Pemegang Amanah") dan Pengurus di mana yang perlu, untuk melakukan semua tindakan, surat-surat ikatan dan perkara yang diperlukan dan melaksanakan, menandatangani dan menyampaikan semua dokumen dan/atau perjanjian sebagaimana Pemegang Amanah dan Pengurus menganggap sesuai, suai manfaat atau mungkin perlu melaksanakan dan memberi kesan kepada perkara yang dirujuk di Resolusi-resolusi 1, 2 dan 3, tanpa rujukan lanjut kepada Pemegang Unit Dana, dengan kuasa penuh untuk menyetujui sebarang syarat, pindaan, variasi dan/atau penggantian sebagaimana yang boleh diminta atau sebagaimana yang Pemegang Amanah dan/atau Pengurus boleh mengikut budi bicaranya dianggap sesuai atau suai manfaat untuk faedah Pemegang Unit Dana atau sebagaimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang relevan. 5. Pengurus ingin mengubah polisi dan strategi pelaburan Dana seperti berikut: Aktiviti Dana akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya prinsip Syariah dan hendaklah dipantau oleh Jawatankuasa Syariah. Pelaburan Dana adalah lebih cenderung kepada syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat asing yang berpotensi memberikan peningkatan modal dan bukannya pendapatan tetap. Pelaburan asing

adalah terhad kepada syarikat-syarikat asing di mana pihak berkuasa pengawalselia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Untuk mencapai objektif ini, pelaburan ekuiti akan mewakili sehingga 80% daripada NAB Dana. Tumpuan utama Dana ialah untuk membeli saham syarikat yang berpotensi mencapai pertumbuhan pendapatan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang*. Dana juga akan melabur di dalam syarikat di bawah nilai. Dana juga boleh melabur dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam (secara terkumpul sehingga 70% NAB). Pelaburan dalam Sukuk adalah secara khususnya untuk tujuan menjana pendapatan berulang daripada bayaran keuntungan berkala yang dijangkakan. Sukuk tersebut mesti mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau penarafan AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi kredit lain yang diiktiraf. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang Islam sebahagian besarnya terhad kepada simpanan dalam instrumen deposit jangka pendek patuh Syariah dengan institusi kewangan, debentur jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, agensi yang disokong oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia dan syarikat Malaysia. Pelaburan Dana dalam instrumen pasaran wang, termasuk juga bil diterima patuh Syariah, penerimaan bank, sijil deposit dan kertas komersial syarikat yang mempunyai penarafan kredit jangka pendek minimum P1 oleh RAM atau MARC-1 atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan domestik lain yang diiktiraf. Pengurus juga boleh melabur dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah untuk meningkatkan potensi pulangan. Tumpuan utama pelaburan dalam skim pelaburan bersama Islam adalah terhadap amanah pelaburan hartanah (REIT) yang lazimnya akan mengagihkan pendapatan berkala. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah hanya meliputi produk berstruktur modal terlindung dengan potensi meraih pulangan. Pelaburan dalam produk berstruktur patuh Syariah dikeluarkan oleh institusi kewangan yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau penarafan yang setara oleh mana-mana agensi penarafan lain. Aset asas lain dalam produk berstruktur patuh Syariah mestilah di dalam pelaburan dibenarkan Dana. Pelaburan Dana dalam skim pelaburan bersama Islam dan produk berstruktur patuh Syariah mesti berkaitan dan selaras dengan objektif Dana. * Nota: jangka sederhana hingga jangka panjang dalam konteks ini merujuk kepada tiga (3) tahun atau lebih. 6. Pengurus ingin mengubah pelaburan dibenarkan Dana seperti berikut: Dana boleh melabur dalam yang berikut: a. Sekuriti yang tersenarai di pasaran saham asing tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan pasaran asing di mana pihak berkuasa pengawal selia adalah ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa yang dibenarkan oleh SC atau badan yang menetapkan piawaian Syariah antarabangsa; b. Debentur/instrumen patuh Syariah termasuk Sukuk, kertas komersial/nota sederhana patuh Syariah dan sekuriti hutang patuh Syariah lain yang mempunyai penarafan minimum AA3 oleh RAM atau AAoleh MARC atau penarafan yang setara oleh agensi penarafan lain; c. Instrumen deposit boleh niaga Islam, bil-i diterima, deposit mata wang Malaysia dengan institusi kewangan sah termasuk sijil pelaburan dan deposit murabahah komoditi; d. Sekuriti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia; e. Saham/Unit dalam skim pelaburan bersama Islam; f. Sekuriti patuh Syariah yang tidak diperdagangkan menurut atau di bawah peraturan Pasaran Layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sekuriti tidak tersenarai yang telah diluluskan oleh SC untuk penyenaraian dan sebut harga sekuriti sedemikian; g. Produk berstruktur patuh Syariah; dan h. Pelaburan patuh Syariah lain yang memenuhi objektif pelaburan Dana seperti yang dibenarkan oleh SC dari masa ke masa.