TEMA PMPT 2019: DIBAPTIS DAN DIUTUS SUB-TEMA JANUARI Menyatukan kita dalam Kristus FOKUS: Melalui Pembaptisan, kita telah dibaptis dalam sumberkehidupan yang tak akan kehabisan, iaitu kewafatan Yesus, tindakan cinta kasih yang teragung dalam sejarah; tiada lagi di bawah kuasa kejahatan, dosa dan maut, tetapi di dalam persekutuan dengan Allah dan saudara sesama kita (Paus Francis, khayalak umum, Rabu, 8 Jan 2014). Kita dijemput untuk mengakui identiti pembaptisan kita dalam pertemuan secara peribadi dengan Yesus Kristus yang hidup, yang menjemput kita untuk menjadi saksi-saksi-nya di dunia ini. (Fernando Cardinal Feloni, 8 April 2018) Doa Pembukaan: +Jemputlah salah seorang untuk berdoa atau gunakan Doa kepada Roh Kudus LAGU PEMBUKAAN: KU CIPTAAN BARU Ku ciptaan baru, manusia baru Yang lama t lah lalu, dilahir baru Kuat dari pahlawan, itulah aku Ku ciptaan baru, manusia baru DIALOG John adalah bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah di sekolah rendah; seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Isterinya adalah suri rumah sepenuh masa. John telah bekerja selama 12 tahun di sebuah Syarikat dan kerjanya sungguh mencabar kerana majikannya sangat mendesak. Dia selalu tertekan di tempat kerja dan juga di rumah. Keluarganya tidak gembira kerana dia selalu marahwalau pada perkara-perkara remeh yang berlaku di rumah. John kadang-kadang merasa bersalah terhadap isteri dan anak-anaknya tetapi dia tidak dapat mengawal emosi dirinya. Dia terfikir untuk menukar pekerjaannya. Ini bermakna gaji yang akan diterimanya akan kurang daripada yang sebelumnya. Pada tahun 2017, sewaktu John mengalami masa kesusahan, sepupunya menjemputnya untuk datang ke Gereja. John mendapat ketenangan dan mulai menghadiri Misa setiap hari Ahad. Dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang iman Katolik dan sepupunya menggalakkan dia menghadiri sesi Inisiasi Kristian untuk orang Dewasa (IKD). Dia memberitahu isterinya tentang niatnya dan kedua mereka menghadiri IKD. John belajar untuk bercakap dengan isterinya tentang kekecewaannya di tempat kerja. Kadang-kala, dia juga meluahkan kesusahannya di tempat kerja semasa sesi-sesi IKD. Dia merasa digalakkan apabila dia menghadiri Misa Hari Minggu. Dia tidak lagi merasa bahawa kesusahannya terpendam. John dan keluarganya telah dibaptis pada Paska yang lepas dan anak-anaknya mula menghadiri kelas Pembinaan Iman pada setiap Minggu. Selepas pembaptisan, John dan
keluarganya terus bertumbuh dalam iman, mereka semakin dikuatkan dengan Sabda Allah setiap kali mereka mengambil bahagian dalam perjumpaan KED di kejiranan mereka. Dia merasa gembira untuk berkongsi iman barunya dalam Kristus dan menjadi sebahagian daripada komuniti iman yang penyayang. Dia dan isterinya membuat keputusan untuk melayani sebagai Warden di dalam gereja. Dia berkata, Saya berterimakasih kepada sepupu saya atas perjalanan iman yang membawa saya bertemu dengan Kristus. Pembaptisan kami sekeluarga semasa Paska yang lepas, membawa kebahagian dan mengeratkan ikatan kami sekeluarga. Saya merasa sentuhan kasih Allah terhadap saya dan keluarga saya. Kami telah menemui kehidupan baru dalam Kristus. Berkongsi dalam kumpulan 3 orang Mengingati Pembaptisan anda, apakah yang paling anda syukuri? Bagaimanakah kita dapat melayani dan menyatukan semua umat Kristian sebagai satu Tubuh dalam Kristus? PENDALAMAN TEKS ALKITAB: Gal 3:26-29 1. DIAMKAN diri kita -- mintalah Roh Kudus membuka minda dan hati kita terhadap Kristus dalam Sabda-Nya. 2. BACA teks dengan kuat dan DENGAR dengan minda dan hati yang terbuka. 3. BACA teks secara peribadi secara senyap sekali lagi, sehingga perkataan atau frasa menyentuh anda. Tuliskan perkataan atau frasa itu. 4. RENUNGKAN tentang apa yang perkataan atau frasa itu katakan kepada anda? 5. Apakah yang Roh Kudus katakan kepada saya melalui perkataan atau frasa yang telah saya pilih? Tuliskan. 6. Apakah yang saya katakan kepada Tuhan sebagai sahutan terhadap Sabda-Nya? Tuliskan 7. Berkongsilah dalam kumpulan kecil (3-4 orang) tentang # 4, # 5 dan #6 8. PERDALAMKAN (RENUNG) dalam senyap Apakah perubahan minda, hati dan kehidupan yang Tuhan minta dari saya?
TINDAKAN a. Fasilitator mengaitkan Tema Bulanan, Dialog, Pendalaman dan perkongsian-perkongsian. b. Dalam senyap, rasailah gerakan dalam hati yang menjemput kita untuk menjadikan kehidupan kita sebagai anugerah kepada orang lain dalam cinta kasih. c. Apakah TINDAKAN khusus yang Tuhan bukakan di hadapan kita? d. Kita berkongsi tugas kita dengan satu sama lain, yakin bahawa Tuhan menggerakkan kita untuk melakukan karya-nya. +Doa Penutup Berdoalah secara spontan atau gunakan DOA PERUTUSAN bersama Maria Lagu Penutup : KITA SATU DALAM TUHAN (We are one in the bond of love) Kita satu dalam Tuhan, kita satu dalam Tuhan Kita disatukan, di dalam Roh Tuhan Kita satu dalam Tuhan. Mari kita bernyanyi, rasakan kasih Tuhan Mari berpegang tangan, supaya dunia ta u Kita satu dalam Tuhan. Kita satu dalam iman, kita satu dalam iman Kita disatukan, di dalam iman Kita satu dalam iman.
DOA KEPADA ROH KUDUS. Datanglah Roh Kudus, penuhi hati umat-mu dan nyalakan dalam mereka api Kasih-Mu. Utuslah Roh Kudus-Mu, ya Tuhan, maka mereka akan dicipta semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi. Tuhan, dengan terang Roh Kudus-Mu Engkau telah mengajar hati umat-mu. dengan semangat yang sama, bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar dan senantiasa bersukacita dalam penghiburan-mu. Datanglah, Roh Kudus, bukalah mata kami untuk melihat, telinga kami untuk mendengar, dan hati kami untuk mengasihi. Bukalah minda kami untuk merenung, berilah kuasa kepada bibir kami untuk berkongsi, dan tangan serta kaki kami untuk menghidupi Injil di dalam penglibatan seharian kami dalam misi. Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami. Amin.
+ (Doa Misi): Bersama Maria, kita berdoa Maria, Perawan dan Bonda, engkau, tergerak oleh Roh Kudus, Menyambut Sabda Kehidupan di dalam imanmu dengan kerendahan hati: Didalam memberikan dirimu sepenuhnya kepada Yang Kekal, kepada panggilan yang penting itu, Yang mendesak, untuk mewartakan berita baik Yesus. Dapatkan untuk kami kini, keghairahan hasil daripada kebangkitan, Agar kami boleh membawa kepada semua orang, Injil kehidupan Yang mengalahkan maut. Berilah kami keberanian kudus untuk mencari jalan-jalan baru, agar kurnia keindahan yang tidak akan lenyap itu, boleh sampai kepada setiap lelaki dan wanita. Perawan yang mendengar dan merenungkan, Ibu cinta kasih, Pengantin perjamuan kahwin yang kekal, Berdoalah untuk Gereja, yang engkaulah ikonnya, Semoga dia tidak akan tertutup dirinya Atau kehilangan keghairahan untuk mendirikan kerajaan Allah. Bintang penginjilan baru,bantulah kami untuk memberi kesaksian terang kepada persekutuan,pelayanan, iman yang bersemangat dan bermurah hati,keadilan dan kasih terhadap yang miskin, agar sukacita Injil boleh sampai sehingga ke hujung dunia, menyinari bahkan dunia-dunia kami yang terpencil. Ibu kepada Injil yang hidup, punca kebahagiaan kepada anak-anak Allah, Doakanlah kami. Amin. Alleuia! (cf Evangelii Gaudium, Sukacta Injil, no. 288)