GARIS PANDUAN PENGURUSAN FELO PENYELIDIK DAN FELO PENYELIDIKAN BERSEKUTU UMS 1.0 LATAR BELAKANG Garis panduan ini disediakan sebagai panduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melantik dan mengurus Felo Penyelidik dan Felo Penyelidik Bersekutu. 2.0 DEFINISI a) Felo Penyelidik Merupakan penyelidik yang dilantik dikalangan ahli akademik dari semua JSPIU. b) Felo Penyelidik Bersekutu Merupakan penyelidik yang dilantik dikalangan ahli akademik dan tenaga pakar dari luar UMS. 3.0 PELANTIKAN a) Permohonan untuk melantik Felo Penyelidik dan Felo Penyelidik Bersekutu boleh dilakukan menggunakan borang seperti di lampiran 1. b) Proses dan carta pengurusan permohonan pelantikan Felo Penyelidik dan Felo Penyelidik Bersekutu adalah seperti di lampiran 2 dan 3. c) Pegawai yang melantik Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu adalah seperti dalam jadual di bawah: Kategori Felo Penyelidik Felo Penyelidk Bersekutu Pegawai Melantik Timbalan Naib Canselor (P&I) Nota:Salinan Surat lantikan kepada Pendaftar d) Tempoh lantikan Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu adalah di antara 1-3 tahun tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak. 4.0 KELAYAKAN CALON 4.1 Felo Penyelidik a) Calon hendaklah terdiri daripada kakitangan akademik UMS. b) Calon hendaklah memppunyai kepakaran dalam bidang tujahan sesuatu Pusat Kecemerlangan. c) Calon hendaklah telah terlibat secara langsung di Sekolah/Institut asalnya dengan projek penyelidikan yang berkaitan bidang tujahan sesuatu Pusat Kecemerlangan dimana ianya dilantik. 4.2 Felo Penyelidik Bersekutu a) Calon hendaklah terdiri daripa kakitangan akademik dari mana-mana organisasi dari dalam dan luar Negara atau mana-mana individu yang difikirkan sesuai oleh Universiti bagi tujuan lantikan ini. b) Calon hendaklah mempunyai kepakaran dalam bidang tujahan sesuatu Pusat Kecemerlangan. c) Calon hendaklah telah terlibat secara langsung di Sekolah/Institut asalnya dengan projek penyelidikan yang berkaitan bidang tujahan penyelidikan Pusat Kecemerlangan dimana ianya dilantik. [1/12]
5.0 TUGAS Tugas utama Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu adalah seperti berikut: a) Menjalankan peneyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran masingmasing dan bidang keutamaan sesuatu Pusat Kecemerlangan. b) Menerbitkan dan membentangkan hasil penyelidikan. c) Membantu menyelia pelajar pascasiswazah jika diperlukan d) Membantu meningkatkan jaringan kerjasama Pusat Kecemerlangan sama ada diperingkat kebagsaan dan antarabangsa. 6.0 KEMUDAHAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN a) Felo Penyelidk i. Lantikan Felo Penyelidik tidak disertai dengan apa-apa imbuhan kewangan ii. Felo Penyelidik boleh menggunakan kemudahan makmal dimana beliau dilantik. Walau bagaimanapun keperluan bahan-bahan pakai habis perlu dibiayai menggunakan geran penyelidikan masing-masing iii. Keperluan kos menjalankan penyelidikan termasuk perbelanjaan kerja lapangan adalah dibawah tanggungan Felo Penyelidikan yang dilantik. iv. Felo Penyelidk adalah terikat dengan semua peraturan Universiti. b) Felo Penyelidik Bersekutu i. Felo Penyelidik Bersekutu tidak disertai dengan apa-apa imbuhan kewangan. Universiti, bagaimanapun boleh mempertimbangkan suatu bentuk elaun sara hidup berdasarkan merit pemohon. ii. Felo Penyelidik Bersekutu boleh menggunakan kemudahan makmal dimana beliau dilantik. Walau bagaimanapun keperluan bahan-bahan pakai habis perlu dibiyai menggunakan geran penyelidikan masing-masing iii. Keperluan kos menjalankan penyelidikan termasuk perbelanjaan kerja lapangan adalah dibawah tanggungan Felo Penyelidik Bersekutu yang dilantik. iv. Felo Penyelidik Bersekutu akan diberi kemudahan pejabat seperti mana lainlain kakitangan UMS. v. Layak menerima perubatan seperti yang dinikmati oleh lain-lain kakitangan UMS semasa menjalankan tugas di UMS. vi. Felo Penyelidik Bersekutu adalah terikat dengan semua peraturan Universiti Dekan/Pengarah dimana beliau dilantik. 7.0 PENAMATAN LANTIKAN a) Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu yang telah dilantik boleh menarik diri dengan syarat beliau terlebih dahulu memberi notis sekurang-kurangnya satu bulan dari tarikh menamatkan lantikan. b) Universiti boleh menamatkan lantikan Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu pada bila-bila masa dengan memberi sebulan notis secara bertulis. c) Universiti boleh mengenakan suatu penalty terhadap Felo Penyelidik dan Felo Penyelidk Bersekutu jika didapati cuai dalam menjalankan tugas dan aktiviti yang ditetapkan. [2/12]
LAMPIRAN 1 PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RESEARCH AND INNOVATION CENTRE) Tel: 6088-320393 Faks: 6088-320127 http://www.ums.edu.my ric@ums.edu.my BORANG PERMOHONAN MELANTIK FELO PENYELIDK DAN FELO PENYELIDIK BERSEKUTU BAHAGIAN A UNTUK DILENGKAPKAN OLEH PEMOHON (Ketua Pusat Kecemerlangan) Nama: Jawatan Hakiki: Nama Pusat Kecemerlangan: Nama Sekolah/Institut: No. Telefon (Pejabat) No. Telefon (H/P): E-mel: Maklumat Felo Penyelidik/ Felo Penyelidik Bersekutu Nama SPIU/Nama Agensi Bidang Kepakaran 1. Sila lampirkan CV rinkas Felo Penyelidik /Felo Penyelidik Bersekutu yang dicadangkan Tandatangan & Cop Rasmi Tarikh [3/12]
BAHAGIAN B PERAKUAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (DEKAN/PENGARAH) Permohonan ini: Diperakui Tidak diperakui Ulasan: Tandatangan & Cop Rasmi Tarikh BAHAGIAN C PERAKUAN PENGARAH, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI Permohonan ini: Diperakui Tidak diperakui Ulasan: Tandatangan & Cop Rasmi Tarikh [4/12]
Unit Kegunaan Urusetia PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI [5/12]
LAMPIRAN 2 PROSES PELANTIKAN FELO PENYELIDIK/FELO PENYELIDIK BERSEKUTU UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Bil. Tindakan Catatan 1. Pemohon (Pensyarah /Ketua Pusat Kecemerlangan) 2. Ketua Pusat Tanggungjawab (Dekan/Pengarah) Melengkapkan Borang Permohonan Melantik Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu. Memperakukan pemohonan dan seterusnya memajukan permohonan ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi. 3. Pusat Penyelidikan dan Inovasi Menyemak/memperakukan permohonan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu dan seterusnya memajukan permohonan ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelidikan dan Inovasi. 4. Jawatankuasa Induk Penyelidikan dan Inovasi Membincang dan memperakukan permohonan pelantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu 5. Mesyuarat Senat Membincangkan dan meluluskan permohonan pelantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu 6. Timbalan Naib Canselor (P & I) Melantik Felo Penyelidik yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat 7. Pendaftar Melantik Felo Penyelidik Bersekutu yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat [6/12]
LAMPIRAN 3 CARTA ALIR PROSES PELANTIKAN FELO PENYELIDIK DAN FELO PENYELIDIK BERSEKUTU UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MULA Melengkapkan Borang Permohonan Melantik Felo Penyelidik/Felo Penyelidk Bersekutu KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB Memperakukan permohonan Felo Penyelidik/ Felo Penyalidik Bersekutu dan seterusnya memajukan permohonan kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI Memperakukan permohonan Felo Penyelidik/ Felo Penyalidik Bersekutu dan seterusnya memajukan permohonan kepada Mesyuarat JK Induk P&I MESYUARAT JK INDUK P&I Membincangkan dan memperakukan permohonan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu MESYUARAT SENAT Membincangkan dan meluluskan permohonan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu TIMBALAN NAIB CANSELOR (P&I) Melantik Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu (Salinan surat lantikan kepada Pendaftar) TAMAT [7/12]
LAMPIRAN 4 CONTOH SURAT LANTIKAN FELO PENYELIDIK/FELO PENYELIDIKAN BESEKUTU No. Ruj. : Tarikh : NAMA & ALAMAT FELO PENYELIDIK (Penyelidik UMS) Y.Brs. Prof/ PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Felo Bersekutu [Nama Pusat Kecemerlangan] adalah dilantik di kalangan ahli akademik Universiti Malaysia Sabah yang terlibat dalam projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh [Nama Pusat Kecemerlangan] atau memperoleh sokongan pembiayaan melalui peruntukan yang diurus oleh [Nama Pusat Kecemerlangan] atau punca biaya lain yang diusahakan untuknya oleh [Nama Pusat Kecemerlangan]. Memandangkan Y.Brs. Prof. terlibat di dalam aktiviti penyelidikan [Nyatakan tajuk projek penyelidikan dimana calon Felo Penyelidik terlibat] yang diusahakan oleh [Nama Pusat Kecemerlangan], maka dengan ini saya dengan sukacitanya melantik Y.Brs. Prof. sebagai Felo Penyelidik [Nama Pusat Kecemerlangan] bagi tempoh tahun mulai hingga. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan syarat-syarat perlantikan Felo Penyelisik serta Borang Maklumbalas Penerimaan untuk perhatian dan tindakan lanjut Y.Brs. Prof. Sukacitanya sekiranyan YBhg. Prof. dapat memaklumkan sama asa menerima pelantikan ini atau sebaliknya dengan melalui faks atau e-mail atau menghantar Borang Maklumbalas seperti dilampirkan kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UMS. Perhatian dan pertimbangan Y.Brs. Prof. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang ikhlas, Timbalan Naib Canselor (P&I) Universiti Malaysia Sabah s.k. : Naib Canselor, UMS : Pendaftar, UMS : Pengarah, PPI : Dekan/Pengarah PTJ [dimana Pusat Kecemerlangan (Unit) terletak] : Ketua Pusat Kecemerlangan [dimana Felo Penyelidik dilantik] [8/12]
SYARAT-SYARAT PELANTIKAN FELO PENYELIDIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1. Felo Penyelidik adalah dilantik daripada kalangan ahli akademik Universiti Malaysia Sabah yang terlibat dalam projek-projek penyelidikan yang diurus atau punca biaya lain yang diusahakan untukmya oleh sesebuah Pusat Kecemerlangan. 2. Tempoh pelantikan sebagai Felo Penyelidik adalah selama antara 1 hingga 3 tahun. 3. Felo Penyelidik tidak menerima sebarang elaun atau imbuhan kewangan. 4. Ahli akademik yang dilantik sebagai Felo Penyelidik, tetapi menjadi ahli jabatan, fakulti atau institut asal beliau, tetapi boleh sebagai tambahan Pusat Kecemerlangan. 5. Felo Penyelidik boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat Kecemerlangan dimana ianya dilantik iaitu termasuk kemudahan makmal dan boleh melibatkan diri dalam semua ceramah, perbincangan, persidangan anjuran Pusat Kecemerlangan berkenaan tanpa dikenakan yuran pendaftaran. 6. Dari masa ke semasa, Felo Penyelidik boleh memberi ceramah, menganjurkan aktiviti bawah naungan Pusat Kecemerlangan atau mengetuai inisiatif untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang hubungkait dalam sekitar dan pembangunan. 7. Felo Penyelidik digalakkan menerbitkan karya-karya mereka sebagai penerbitan dalam siri jenis-jenis penerbitan Pusat Kecemerlangan dimana beliau dilantik. [9/12]
PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG MAKLUMBALAS PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu No. Faks: 088-320127 Tuan, PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Perkara tersebut di atas dan surat pihak tuan yang bertarikh adalah dirujuk. Dengan hormat dimaklumkan bahawa saya menerima / tidak menerima pelantikan sebagai Felo Penyelidik di [Nama Pusat Kecemerlangan] bagi tempoh xxxx tahun bermula dari xxxxx hingga xxxxx Sekian, terima kasih. Yang benar, Nama Alamat No. Tel No. Faks E-mail Tarikh : : : : : :
NAMA & ALAMAT FELO PENYELIDIK BERSEKUTU Y.Brs. Prof./ Tuan PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK BERSEKUTU DI [NAMA PUSAT KECEMERLANGAN] UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersetuju melantik YBhg. Prof,. sebagai Felo Penyelidik Bersekutu di [Nama Pusat Kecemerlangan], UMS untuk tempoh xxx tahun mulai dari tarikh melalpor diri. Sepanjang perkhidmatan, tugas-tugas yang akan dijalankan oleh YBrs. Prof. adalah seperti berikut: i. Penglibatan sekurang-kurangnya dalam 1 projek penyelidikan berkaitan bidang tujahan penyelidikan [Nama Pusat Kecemerlangan] ii. Menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal yang berindeks secara bersama dengan [Nama Pusat Kecemerlangan] iii. Membentang kertas kerja / kertas teknikal dalam bidang tujahan [Nama Pusat Kecemerlangan] iv. Membuat semakan, pemurnian dan pentahsian sesuatu laporan dan manuskrip v. Menjadi penyelia bersama atau ahli jawatankuasa penyeliaan pelajar pasca siswazah vi. Memberi nasihat dalam perancangan strategik, pengurusan penyelidikan di [Nama Pusat Kecemerlangan] vii. Membantu meningkatkan penghasilan karya dan terbitan [Nama Pusat Kecemerlangan] viii. Merangsang jaringan serta jangkauan [Nama Pusat Kecemerlangan] untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa / kebangsaan ix. Menyeampaikan Seminar Penyelidikan/Syarahan Umum Sukacitanya sekiranya YBhg. Prof. dapat memaklumkan kepada saya sama ada menerima pelantikan ini atau sebaliknya melalui fax atau e-mail atau menghantar Borang Maklumbalas seperti dilampirkan kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UMS. Perhatian dan pertimbangan YBrs. Prof. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang ikhlas, TIMBALAN NAIB CANSELOR (P&I) Universiti Malaysia Sabah s.k. : Naib Canselor, UMS : Pendaftar, UMS : Pengarah, PPI : Dekan/Pengarah PTJ [dimana Pusat Kecemerlangan] : Ketua Pusat Kecemerlangan [dimana Felo Penyelidik Bersekutu dilantik] : Fail
BORANG MAKLUMBALAS PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK BERSEKUTU Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Aras 5, Blok Utara, Bangunan Canselori Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah Fax : 088-320127 YBrs. Prof., PELANTIKAN SEBAGAI FELO BERSEKUTU DI [NAMA PUSAT KECEMERLANGAN] UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Dengan hormatnya merujuk kepada surat pihak YBrs. Prof. [No. Rujukan] bertarikh xxx mengenai perkara di atas. Saya BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU menerima pelantikan sebagai Felo Penyelidik Bersekutu di [Nama Pusat Kecemerlangan], Universiti Malaysia Sabah untuk tempoh xxx tahun mulai tarikh melapor diri. Sekian, terima kasih. Yang benar (Tandatangan) Nama : Alamat Organisasi : [*Potong mana yang tidak berkenaan]