Kisah Cinta Dari Syurga

dokumen-dokumen yang mirip
Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

Samuel, Anak Tuhan - Pelayan

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa?

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan.

Gereja menghadapi kesulitan

Kelahiran Tuhan Yesus

DARI mana SAyA DAtAng?

Kelahiran Tuhan Yesus

KEBENARAN SEDERHANA untuk yang BARU PERCAYA. (Pertanyaan dan Jawaban)

Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah menguji kasih Abraham

Rut: Sebuah kisah cinta

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta

Seri Iman Kristen (4/10)

kerana Bapamu yang Jadilah Sempurna, di Syurga Sempurna Jangan takut untuk menjadi Santa-Santo milineum baru! Sto.

Hari Raya Korban? (Idul Adha)

Siapakah Yesus Kristus? (2/6)

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Hari Raya Korban? Hari Raya Korban? (Idul Adha) (Idul Adha) Yesus menyatakan:

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Diberikan Allah dengan senang hati.

2. Yesus mahu mereka menumpukan perhatian kepada isu yang paling penting. Menurut Yesus apakah hal terpenting yang dikatakannya?

Dari Penganiaya Menjadi Pengkhotbah

Syurga, Rumah Allah Yang Indah

KEBENARAN SEDERHANA untuk ORANG PERCAYA BARU (Pertanyaan dan Jawaban)

FIRMAN ALLAH. Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini

FIRMAN ALLAH Ujian. Nama Alamat Kota Bangsa Kode Pos. Nilai. Lipat pada garis-garis ini

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Tentera kecil Gideon

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #12 oleh Chris McCann

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Anak kesayangan menjadi hamba

Surat Yohanes yang pertama

Seri Iman Kristen (3/10)

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Tentera kecil Gideon

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

Seri Iman Kristen (6/10)

Revelation 11, Study No. 24, in Indonesian Langguage. Seri kitab Wahyu pasal11, Pembahasan No. 24, oleh Chris McCann

KARUNIA TUHAN UNTUK KESELAMATAN

Cerita Alkitab Bergambar. "Kabar Baik"

YESUS KRISTUS, ANAK TUHAN

Tahun A-B-C : Hari Raya Paskah LITURGI SABDA

SAUDARA BELAJAR BERJALAN

Revelation 11, Study No. 39 in Indonesian Language. Seri Kitab Wahyu pasal 11, Pembahasan No. 39, oleh Chris McCann

MARILAH KITA PELAJARI RENCANA KESELAMATAN MENURUT ALKITAB. Kasih Allah Untuk Orang Berdosa

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24]

IMAN Siapa yang Anda Percaya

Injil Dari Dosa menuju Keselamatan

Hidup Dan Mati : Kebenaran Alkitab

Siapakah Yesus Kristus? (5/6)

Pertanyaan Alkitab (24-26)

Level 3 Pelajaran 10

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Yesus Kristus. David C Cook. All Rights Reserved. Kisah tentang

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

Siapakah Yesus Kristus? (3/6)

Allah Adalah Pola Bagi Hidup Kita

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA MPU2323 EN.AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA AGAMA KRISTIAN G.THIGAMBARISHINI

TANDA SALIB DAN SALAM Umat berdiri

Surat Pertama Dari Rasul Yohannes. Educational Courses P.O. Box 0623 Cagayan de Oro 9000 Mindanao, Philippines

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

PERDAMAIAN Jalan Menuju Kedamaian

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Surat 1 Yohanes 5 (Bag. 1) Sunday, March 29, 2015

Surat Yohanes yang pertama

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yakub si penipu

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #20 oleh Chris McCann

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Seri Iman Kristen (10/10)

Hari Terakhir Yesus di Dunia. Hari Terakhir Yesus di Dunia. Hari Terakhir Yesus di Dunia.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Pelajaran ini akan menolong saudara... Menerangkan siapa Yesus. Mengerti tujuan kedatangan-nya yang pertama dan kedatangan-nya

Yesus yang terkasih, selamatkanlah kami dari tipuan nabi palsu itu. Yesus yang terkasih, lindungilah kami dengan DarahMu Yang Berharga.

Hari Terakhir Yesus di Dunia

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daniel dan Gua Singa

Yesus Adalah Juru Selamat Manusia. pertanyaan : Mengapa manusia perlu seorang juru selamat? Apa artinya

INJIL YESUS KRISTUS BAGI DUNIA. melainkan beroleh hidup yang kekal Yohanes 3:16. (Bahasa Indonesian)

Gereja Memberitakan Firman

GEREJA KRISTEN NAZARENE PASAL-PASAL TENTANG IMAN

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #11 oleh Chris McCann

Seperti Musa, Paulus rela kehilangan keselamatannya sendiri untuk menyelamatkan bangsa Israel.

KELAHIRAN KRISTUS YANG AJAIB

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yehezkiel: Manusia Penglihatan

Kandungan. Rancangan Keselamatan Tuhan. Pencobaan Iman. Transformasi Negara. 03 Hari 6 : Kita Diupahkan. Hari 5 : Kita Dibaharui

Mempertimbangkan Pendekatan Saudara

Yohanes 18. Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari...

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #32 oleh Chris McCann

Pelajaran Tiga. Yesus Adalah Mesias. Dari kitab Injil Yohanes, kita membaca, " Andreas mula-mula bertemu dengan

Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari... Rencana Allah Kehidupan Kristus Teladan Orang-orang Kristen yang Mula-mula

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yehezkiel: Manusia Penglihatan

Yesaya Melihat Masa Depan

Kelahiran Tuhan Yesus

INJIL YESUS KRISTUS. Bagi Dunia

Level 1 Pelajaran 5. SIFAT ALLAH Oleh Andrew Wommack

Transkripsi:

Kisah Cinta Dari Syurga oleh Mike Harding Hak cipta 2013 Hak cipta terpelihara. Pastor Mike Harding Love Gospel Church P.O. Box 4482 Apache Junction, AZ 85178 480.510.7089 mikecrisharding@aol.com www.lovegospelchurch.com Bagi video dan audio ajaran Pastor Mike, pergi ke www.xpmedia.com/channel/pmike 2

Ada Tuhan di Syurga yang menyayangi kamu. Dia menjemput kamu hari ini untuk menjadi anak-anak-nya. Jika kamu membuka hati kamu kepada- Nya hari ini, kehidupan kamu akan berubah selamanya. Hari ini, kamu boleh menjadi anak Tuhan dengan kehidupan abadi. Hari ini, kamu boleh menjadi putera dan puteri kesayangan Tuhan. Hari ini, Tuhan boleh datang dan hidup dalam hati kamu dan memberikan kamu kasih-nya, kesejahteraan-nya dan kegembiraan-nya. Injil merupakan kisah cinta terhebat yang pernah disampaikan. Injil merupakan kisah cinta Tuhan daripada Syurga. Injil mengatakan pada awalnya, Tuhan mencipta syurga dan dunia. Tuhan kita satu-satunya Tuhan yang benar. Dia mencipta alam semesta matahari dan bulan serta bintang. Dia mencipta bumi dan semua hidupan di dalamnya. Akhirnya, setelah Dia mencipta bumi ini sebagai rumah kita, Dia mencipta kita dalam imej-nya sendiri. Tuhan mencipta KAMU dalam imej-nya sendiri. Kamu begitu hebat dan penting! Tuhan ingin kamu mengenali-nya. Dia mendedahkan Diri-Nya kepada kita dalam Injil. Tuhan ingin kita tahu bahawa Dia baik, Dia suci dan Dia mengasihi kamu. Tiada kejahatan dalam diri Tuhan. Dia baik dalam segala cara. Dia adalah Tuhan kebenaran dan kebaikan serta keadilan. Lebih penting lagi, Dialah Tuhan maha penyayang. Apabila Tuhan mencipta manusia pertama yang bernama Adam dan Hawa, Tuhan mencipta mereka agar Dia boleh mengasihi mereka dan mereka boleh mengasihi-nya. Tuhan memberi mereka kuasa dan pemerintahan mereka atas segala-galanya di muka bumi. Dia menjadikan mereka putera dan puteri dalam dunia ini. Dia meletakkan mereka dalam taman yang indah. Tuhan menyayangi mereka. Dia memerintahkan mereka untuk membiak dan mengisi pelusuk dunia. Semuanya sempurna. Tetapi pada suatu hari, sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam taman tersebut. Apa yang terjadi? Kamu perlu tahu dahulu bahawa Tuhan mempunyai seorang musuh. Musuh ini adalah malaikat pemberontak yang bernama Iblis. Pada asalnya, Tuhan mencipta Iblis sebagai malaikat yang cantik dan 3

berkuasa bernama Lusifer. Pada awalnya, Lusifer merupakan malaikat yang baik dan tiada kejahatan dalam dirinya. Tetapi disebabkan kecantikannya, Lusifer menjadi riak dalam hatinya. Dia tidak mahu menyembah atau patuh kepada Tuhan lagi. Dia memberontak menentang Tuhan. Dia ingin menjadi tuhan. Dia bertukar jahat dan Tuhan membuangnya keluar daripada Syurga. Selepas Tuhan mencipta Adam dan Hawa, Iblis masuk ke dalam taman tersebut. Dia mula menggoda Adam dan Hawa untuk berpaling dari Tuhan. Dia menggoda mereka untuk mengingkari Tuhan dan membuat dosa terhadap Tuhan. Mereka tewas dengan godaannya. Tuhan telah memberi Adam dan Hawa kehendak bebas. Mereka mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dan pilihan, sama ada baik atau buruk. Apabila Adam dan Hawa mula membuat dosa dan mengingkari Tuhan, sesuatu yang buruk berlaku. Mereka kehilangan hubungan dengan Tuhan. Mereka bergelumang dengan dosa. Dosa adalah seperti penyakit rohani yang mengubah hati mereka daripada kebaikan menjadi kejahatan. Adam dan Hawa mencipta keluarga dan mengisi bumi, tetapi anak-anak mereka juga bergelumang dengan dosa. Kini penyakit dosa memenuhi dunia ini. Ini sebabnya manusia menipu dan mencuri serta mencederakan dan membunuh satu sama lain. Ada perkara buruk lain yang berlaku. Adam dan Hawa dicipta dengan rahmat Tuhan. Tetapi apabila mereka berdosa, sumpahan menimpa mereka dan segala-gala yang berada di dunia ini. Penyakit dan kematian serta kemiskinan melanda dunia ini. Manusia bukan lagi puteri dan putera Tuhan, tetapi hamba kepada dosa dan Iblis. Seluruh umat manusia dijangkiti dengan penyakit dosa yang dahsyat. Seluruh umat manusia hidup di bawah sumpahan. Seluruh umat manusia ditakdirkan mati secara fizikal dan kemudian menghadapi penantian abadi sebagai makhluk rohani yang dibuang daripada kehadiran Tuhan. Iblis cuba mengisi dunia ini dengan tuhan dan agama palsu. Tetapi hanya ada satu sahaja Tuhan dan Dia menyayangi kamu. Dia ingin menyelamatkan kamu dan menjadikan kamu anak-anak-nya hari ini. Tuhan ingin kamu faham sesuatu. Kerana Dia mencipta kamu dalam imej- Nya, kamu berharga dan bernilai bagi-nya. Tuhan mencipta kamu dengan takdir dan tujuan. Dia mencipta kamu untuk menyayangi kamu agar kamu 4

boleh menyayangi-nya kembali. Hidup kamu penting. Kamu bagaikan syiling emas yang berharga. Syiling boleh hilang. Syiling boleh terjatuh dalam lumpur. Syiling boleh dipijak dan dilanggar. Syiling boleh kelihatan seperti ia tidak bernilai. Tetapi syiling mempunyai imej penciptanya. Syiling masih bernilai. Ia hanya perlu dibersihkan dan dikembalikan kepada keadaan asalnya yang cantik. Kamu serupa seperti syiling tersebut. Kamu hilang kerana keterlibatan umat manusia dengan dosa. Kamu mungkin terjatuh dalam kekotoran dunia yang gelap dan rosak. Kamu mungkin berasa begitu rosak dalam dunia yang terjerumus ini. Kamu mungkin berasa bagaikan kamu tiada nilai. Tetapi Tuhan mengatakan bahawa kamu berharga dan bernilai. Kamu masih mempunyai imej Pencipta kamu. Dia ingin membersihkan kamu daripada dosa dan kekotoran dunia ini. Dia ingin mengembalikan kamu ke takdir dan tujuan-nya buat kamu. Dia ingin mengasihi kamu dan menjadikan kamu anak-nya. Dia ingin menyembuhkan hati kamu dan menjadikan kamu serba baharu. Selepas umat manusia bergelumang dengan dosa, Tuhan membuat rancangan. Dia mengasihi kita dan Dia ingin menyelamatkan kita. Selama beribu-ribu tahun, Tuhan menghantar nabi ke dunia. Kebanyakan nabi ini adalah dari rakyat dan tanah Israel. Para nabi hanya mempunyai satu mesej: seorang Penyelamat akan datang! Mesej nabi dicatatkan dalam Injil. Terdapat nabi yang hebat seperti Yesaya, Yeremia, Yehezkiel dan Daniel. Mereka semua menyampaikan perkara yang sama: seorang Penyelamat akan datang ke dunia ini! Dia akan menyelamatkan pengikut Tuhan daripada dosa mereka. Sesiapa yang beriman dengan Penyelamat ini akan diselamatkan. Sesiapa yang menyeru nama Penyelamat ini akan diselamatkan. Sesiapa yang mengimani Penyelamat ini akan diampunkan semua dosanya. Sesiapa yang menyeru nama Penyelamat ini akan menjadi anak Tuhan dalam kehidupan abadi. Tuhan juga menjadikan seorang insan bernama Musa sebagai nabi. Musa menyampaikan kepada kaum Israel hukum-hukum Tuhan untuk menjalani kehidupan yang suci. Dia menyampaikan Rukun Sepuluh dan banyak hukum yang lain. Hukum-hukum ini memberitahu manusia bahawa tiada Tuhan selain satu-satunya yang benar. Hukum-hukum ini memberitahu 5

manusia bahawa mereka tidak patut berbohong atau mencuri mahupun membunuh. Hukum-hukum ini mendedahkan kesucian Tuhan. Undangundang ini membuatkan manusia faham akan perkara yang dikasihi Tuhan dan dibenci oleh-nya kerana Dia baik dan suci. Tetapi hukum-hukum ini tidak mampu menyelamatkan pengikut Tuhan. HukumNya baik, tetapi manusia dijangkiti dengan penyakit dosa. Hukumhukum menyatakan bahawa kami tidak sepatutnya menipu tetapi kami terus menipu. Hukum-hukum menyatakan bahawa kami tidak sepatutnya mencuri atau membunuh tetapi kami terus menipu dan membunuh. Hukum-hukum Tuhan tidak mampu menyelamatkan kita. Hukum-hukum Tuhan bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan kita. Tujuan hukumhukum Tuhan adalah agar semua manusia di dunia ini akan faham bahawa kita perlukan seorang Penyelamat. Maka, bagi beribu-ribu tahun Tuhan mengirim nabi. Mereka menulis halaman Injil. Mesej nabi adalah ini: seorang Penyelamat akan datang! Sesiapa yang beriman dengan-nya dan menyeru nama-nya akan diselamatkan. Dosa mereka akan diampuni. Mereka akan menerima kehidupan abadi sebagai putera dan puteri kesayangan Tuhan. Untuk memahami apa yang berlaku seterusnya, kamu mesti memahami dahulu misteri ini. Injil berkata bahawa terdapat hanya satu Tuhan, tetapi Dia wujud dalam tiga bahagian atau tiga Orang. Kita menggelarnya Triniti. Disebabkan Tuhan mencipta kamu dalam imej-nya, kamu juga triniti. Kamu adalah seorang insan dengan tiga bahagian: kamu adalah rohani, roh dan tubuh badan. Rohani kamu adalah bahagian abadi kamu yang diperbuat dalam imej Tuhan. Roh kamu adalah minda, kehendak dan emosi kamu. Tubuh badan kamu adalah bahagian fizikal kamu yang orang lain boleh lihat, dengar dan sentuh. Oleh itu, kamu adalah seorang manusia yang diperbuat daripada tiga bahagian. Tuhan juga merupakan Triniti. Dia merupakan satu Tuhan dengan tiga bahagian. Tuhan mendedahkan diri-nya kepada kita sebagai Bapa dan Anak dan Roh Kudus. Sebahagian daripada Tuhan kekal di Syurga. Dialah Bapa. Sebahagian Tuhan tiba di dunia ini untuk menyelamatkan kita. Dia menjadi manusia seperti kita. Dia dilahirkan daripada anak dara. Kelahirannya adalah suatu keajaiban. Dia datang untuk menyelamatkan kita. Dialah Penyelamat itu. Namanya adalah Yesus Kristus. Sebahagian daripada Tuhan digelar Roh 6

Kudus. Apabila kamu menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat kamu, Roh Kudus akan hadir dan hidup dalam diri kamu selama-lamanya! Tuhan sebenarnya ingin hidup dalam kamu kerana Dia mengasihi kamu! Inilah yang berlaku: Kira-kira dua ribu tahun yang lalu, malaikat Tuhan bernama Gabriel muncul di hadapan seorang gadis di Israel. Gadis itu sudah bertunang, tetapi dia belum berkahwin lagi. Dia seorang dara. Dia beriman dengan Tuhan dan mengasihi Tuhan. Namanya Maria. Malaikat tersebut memberitahu Maria bahawa Tuhan telah memilihnya dan dia akan mengandung seorang anak. Dia akan menamakan bayi tersebut Yesus. Bayi ini akan digelar Anak Tuhan kerana Dia dilahirkan daripada ibu manusia tetapi satu-satunya Bapa-Nya adalah Tuhan. Bayi ini akan menjadi Penyelamat dunia. Bayi ini akan menjadi Penyelamat yang disebut-disebut oleh para nabi. Suatu hari nanti, Dia juga akan menjadi Raja dan Tuhan seluruh dunia. Maria bertanya bagaimana hal ini boleh terjadi sedangkan dia seorang dara. Malaikat menjawabnya bahawa Roh Kudus Tuhan akan mendatanginya dan kelahiran tersebut adalah keajaiban daripada Tuhan. Maria mempercayai malaikat itu dan sembilan bulan kemudian dia melahirkan seorang anak Lelaki. Maka dia memberikan-nya nama yang diarahkan oleh malaikat tersebut - Yesus. Yesus adalah Tuhan dalam tubuh badan manusia. Dia merupakan bahagian kedua Tuhan Triniti. Dia datang ke dunia ini sebagai salah seorang daripada kita. Dia datang untuk menjadi Penyelamat tersebut. Dia datang untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian serta sumpahan. Dia datang untuk menjadikan kita anak-anak Tuhan semula. Dia datang kerana Dia sangat mengasihi kita. Dia datang kerana Dia sangat mengasihi KAMU! Tuhan mengenali kamu. Dia tahu nama kamu. Dia tahu berapa jumlah helai rambut di atas kepala kamu. Dia mengasihi kamu dan Dia ingin kamu menjadi anak-anak-nya selama-lamanya. Yesus membesar menjadi seorang pemuda. Apabila Dia berumur tiga puluh tahun, Roh Kudus Tuhan masuk ke dalam diri-nya daripada Syurga dan mengisi-nya dengan kuasa. Selain itu, suara Bapa kedengaran daripada Syurga dan didengari ramai orang. Bapa berkata pada Yesus, "Kaulah Anakku yang tersayang." Daripada waktu itu, Yesus mula mengajar manusia tentang Bapa Tuhan-Nya. Dia mengasihi semua orang. 7

Dia mengajar mereka tentang Syurga dan tentang Kerajaan Tuhan. Dia mula menyembuhkan orang sakit dan melakukan keajaiban. Dia juga membangkitkan orang mati. Dia membebaskan orang daripada roh jahat. Dia mengampunkan dosa-dosa mereka. Dia juga memanggil dua belas orang untuk mengikuti-nya - untuk menjadi pengikut-nya. Yesus memberitahu semua orang bahawa Dialah Penyelamat yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Yesus memberitahu mereka jika mereka beriman dengan-nya, mereka akan diselamatkan. Dia memberitahu semua orang bahawa Dia merupakan satu-satunya cara untuk kembali ke Tuhan Bapa. Dia memberitahu mereka bahawa Dia akan mengampunkan dosa mereka dan memberikan mereka kehidupan abadi. Dia memberitahu mereka bahawa jika mereka beriman dengan-nya, Roh Kudus Tuhan akan datang dan hidup dalam hati mereka. Selepas tiga tahun mengajar orang ramai dan menyembuhkan orang sakit, pemimpin agama pada waktu itu sangat mencemburui Yesus. Ramai orang yang mengikut Yesus tetapi pemimpin agama tidak beriman akan- Nya. Mereka masih berasa mereka boleh menyelamatkan diri mereka dengan cuba mengikut undang-undang nabi Musa. Walaupun Yesus telah melakukan banyak keajaiban, mereka tidak mahu percaya bahawa Yesus adalah Penyelamat yang disampaikan oleh para nabi. Mereka cemburu akan kemasyhuran-nya dikalangan ramai. Oleh itu, mereka memfitnah Yesus dengan jenayah yang Dia tidak lakukan. Mereka berkata bahawa Dia perlu dihukum bunuh kerana mengaku sebagai Tuhan dan Penyelamat. Pada zaman tersebut, Empayar Roman mengawal tanah Israel. Oleh itu, pemimpin agama Israel menyerahkan Yesus kepada kerajaan Roman untuk dihukum bunuh disebabkan jenayah-nya. Walaupun Yesus tidak bersalah, kerajaan Roman bersetuju untuk menghukum-nya bunuh. Mereka menyebat dan memukul-nya dengan dahsyat. Kemudian mereka memaku Dia pada salib kayu. Begitulah cara mereka menghukum bunuh penjenayah pada waktu itu. Yesus hanya menyayangi umatnya dan mengampuni orang serta menyembuhkan mereka, tetapi pemimpin agama dan kerajaan Roman menyalib-nya. Yesus merupakan satusatunya manusia tidak bersalah dalam dunia. Dia merupakan satu-satunya manusia yang tidak pernah berdosa! 8

Mengapa Yesus membenarkan Dirinya disalib? Jika Dia Tuhan, mengapa Dia tidak dapat menghentikan hukuman itu daripada berlaku? Ya, tetapi Yesus datang ke dunia ini untuk mati di salib tersebut. Ia merupakan rancangan-nya. Dia datang untuk mati demi kita. Dia datang untuk mati demi dosa-dosa kita. Injil menyatakan bahawa hukuman untuk dosa adalah kematian. Sama seperti setiap jenayah layak diberi hukuman atau hukuman penjara, hukuman bagi dosa adalah kematian. Ia adalah penolakan abadi daripada kehadiran Tuhan. Tuhan mengasihi kita dan Dia ingin menyelamatkan kita. Namun Dia juga Tuhan keadilan. Maka Tuhan terpaksa menghukum dosa kita untuk memenuhi keadilan-nya sendiri. Kemudian Dia boleh mengampuni kita. Oleh Itu, Yesus iaitu bahagian kedua Tuhan, Orang kedua Triniti datang ke dunia ini sebagai seorang manusia untuk menggantikan tempat kita di atas salib. Dia datang untuk menerima hukuman kita. Dia datang untuk mati demi kita. Semasa Dia menumpahkan darah-nya di atas salib, Dia membayar penuh balasan bagi semua dosa kita. Satu-satunya Manusia tidak berdosa dalam dunia ini sedang mati menggantikan semua orang yang bersalah. Kata-kata terakhir Yesus di atas salib adalah: "Ia sudah tamat." Kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari Jumaat, kira-kira dua ribu tahun yang lalu. Selepas Yesus mati, mereka menurunkan tubuh-nya daripada salib tersebut. Mereka mengebumikan Yesus. MakamNya bagaikan gua kecil. Mereka menanam tubuh-nya di dalam dan meletakkan batu besar di hadapan kubur tersebut. Pemimpin agama berfikir bahawa mereka telah menghapuskan Yesus. Malaikat pemberontak Iblis itu pun berfikir bahawa dia telah membunuh Anak Tuhan. Dia fikir bahawa dia telah mencapai kemenangan. Dia fikir bahawa dia boleh terus memperhambakan dan menyeksa manusia kerana keterlibatan mereka dengan dosa. Tetapi pada awal pagi Ahad, sesuatu yang hebat telah berlaku. Malaikatmalaikat turun dan mengalihkan batu tersebut dan Yesus berjalan keluar daripada kuburnya, dia masih hidup! Bapa-Nya di Syurga telah membangkitkan-nya daripada maut selepas Dia membayar dosa dunia ini. Yesus muncul di hadapan pengikut-nya dan menyampaikan pesanan kepada mereka. Dia berkata, "Semua kuasa di syurga dan dunia kini diberi padaku." Sebagai manusia, Yesus telah menyelamatkan kita daripada 9

dosa dan perhambaan pada Iblis. Tuhan menjadi manusia, ahli umat manusia yang telah Dia ciptakan agar Dia boleh menyelamat dan mengasihi kita. Jika kita beriman dengan-nya dan mengikut-nya, kita tidak lagi akan menjadi hamba hamba yang terjerumus ke lembah hina tetapi putera dan puteri Tuhan. Kita akan dipulihkan semula. Yesus juga berpesan kepada pengikut-nya untuk mengembara dunia dan menyampaikan pesanan ini - kisah ini - kepada seluruh dunia. Pesanan ini dipanggil "perkhabaran Injil". Jika kamu beriman bahawa Dia mati kerana kamu dan bangkit daripada maut, kamu akan diselamatkan. Yesus berkata sesiapa yang mengimani-nya dan menyeru nama-nya akan diselamatkan. Dosa kamu akan diampunkan di hadapan Tuhan. Mereka yang mati tanpa Yesus akan hilang selama-lamanya. Mereka mati dalam dosa dan dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya. Tetapi manusia yang menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka akan masuk Syurga apabila mereka meninggal dunia. Mereka tidak akan berpisah daripada Tuhan lagi. Yesus berkata sesuatu perkara hebat lain akan berlaku. Pada ketika kamu menyeru Yesus Kristus untuk menjadi Penyelamat kamu, Roh Kudus Tuhan akan masuk ke dalam hati kamu dan kamu akan dilahirkan semula. Kamu akan mempunyai hati yang baharu, roh yang baharu daripada Tuhan. Kamu akan menjadi anak Tuhan. Kamu akan mempunyai kehidupan abadi. Penyakit dosa mula hilang pengaruhnya terhadap anda. Tuhan memenuhi hati kamu dengan kasih sayang dan kesucian-nya dan kamu menjadi orang baharu dari dalam. Roh Tuhan akan sentiasa tinggal dalam hati kamu. Kamu akan mula menyedari kehadiran dan suara Tuhan dalam hati kamu. Dia akan membimbing kamu dan membantu serta mengajar kamu dengan bercakap dengan kamu melalui hati kamu. Injil mengatakan bahawa Yesus kembali ke Syurga empat puluh hari selepas Dia membangkit semula selepas mati. Dia duduk di bahagian kanan Bapa. Dia di sana di sisi Bapa sebagai Penyelamat dan Tuhan kita. Injil berkata pada suatu hari nanti Yesus akan turun daripada Syurga. Apabila Dia turun, Dia akan berkuasa dan menjadi Raja seluruh bumi. Setiap insan akan melutut menyembah-nya pada waktu itu. Orang yang mengimani-nya dan menyembah-nya sebagai Raja kini akan memerintah bersama-nya dalam kerajaan-nya. Jika kamu menyembah-nya sekarang sebagai Raja kamu, kamu akan memerintah bersama-nya sebagai putera 10

atau puteri apabila Dia datang dan membawa kerajaan-nya. Adakah kamu bersedia untuk menyeru nama Yesus sekarang? Adakah kamu ingin diselamatkan sekarang? Adakah kamu bersedia untuk mengimani-nya dan mengikut-nya? Adakah kamu ingin menjadi anak Tuhan pada ketika ini? Lafazkan doa ini. Lafazkan dengan suara yang lantang. Pada ketika ini, kamu akan diselamatkan! Baca doa ini: "Yesus, aku percaya Kamulah Tuhan yang menjadi manusia. Kau datang ke dunia ini untuk menyelamatkan aku. Kaulah Anak Tuhan. Yesus, Aku beriman dengan Kau dan Aku meminta Kau menyelamatkan aku sekarang. Aku percaya bahawa Kau mati demi aku. Kau telah membayar dosa-dosaku dengan nyawa Kau dan darah Kau di atas salib agar aku boleh diampunkan. Aku percaya bahawa Kau bangkit selepas mati. Kaulah Penyelamatku. Yesus, masuk ke dalam hatiku sekarang. Dan biarkan Roh Kudus Kau memasuki hati aku sekarang. Pada ketika ini, aku menjadi anak Tuhan. Daripada saat ini, Tuhan adalah Bapaku. Dia menyayangi aku selama-lamanya. Pada saat ini, aku menerima pengampunan dosa-dosaku dan aku menerima kehidupan abadi dengan menggelar Yesus Kristus sebagai Penyelamatku. Yesus, aku akan mengikut Kau. Amen!" Tahniah! Kini kamu adalah anak Tuhan. Yesus telah masuk ke dalam hati kamu. Kamu telah diselamatkan! Apa yang perlu kamu lakukan sekarang? Jika boleh, kamu carilah gereja Kristian yang bagus untuk dihadiri. Hubungi orang yang memberikan kamu buku ini. Beritahu merekatentang keputusan kamu. Dapatkan sebuah kitab Injil dan bacakannya, terutamanya Perjanjian Baru. Perjanjian Baru adalah bahagian Injil yang sedang kita jalani dalam kehidupan sekarang. Kenal Yesus dengan lebih mendalam. Biar pemimpin dalam gereja ajar anda lebih lanjut tentang mengikuti Yesus. Kita adalah keluarga Tuhan dan kita perlukan satu sama lain. Kita menyayangi antara satu sama lain dan kita membantu satu sama lain untuk berkembang secara rohani. Tuhan merahmati kamu! 11