Perubahan dalam Adat Melayu
|
|
- Devi Susanto
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 Topik 9 Perubahan dalam Adat Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan perubahan yang berlaku terhadap adat Melayu yang sesuai dengan peredaran masa; dan 2. Menghuraikan secara umum sistem protokol dan keperluannya. PENGENALAN Masyarakat Melayu sekarang mengalami perubahan dalam mencorakkan budaya hidup. Masa dan waktu serta kemodenan corak kehidupan telah mengubah adat istiadat Melayu lama. Ini bermakna, mereka tidak lagi mengamalkan adat istiadat lama secara keseluruhan. Mereka telah mengamalkannya secara terpilih. Perubahan ini ada kaitan dengan perkembangan agama Islam. Kalau dahulu, mereka terpengaruh dengan ajaran dan amalan animisme. Disebabkan masyarakat moden sekarang telah mempelajari dan mendalami selok-belok agama Islam, perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai agama diketepikan. Malah, pejabat agama negeri dan persekutuan yang didokong oleh para alim ulama memainkan peranan untuk memberi fatwa serta kupasankupasan secara ilmiah tentang sesuatu perkara atau adat yang bertentangan dengan ajaran agama.
2 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU KONSEP BERUBAH: JELAS DAN KONKRIT Konsep adat dan istiadat Melayu tidak lagi bersandarkan konsep yang dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu atau agama lain. Masyarakat Melayu telah mengambil sebahagian besar ajaran agama Islam untuk dijadikan adat dalam kehidupan seharian. Zaman sekarang, adat yang diamalkan semakin jelas. Hanya perkara-perkara yang wajib dan yang dituntut oleh hukum agama sahaja yang perlu diamalkan oleh masyarakat Islam. Amalan dan kepercayaan yang menimbulkan unsur khurafat dan mendatangkan dosa sudah diketepikan. Sekiranya amalan itu menimbulkan waswas atau syak wasangka, mereka akan merujuk sesuatu perkara dengan pihak majlis agama daerah ataupun negeri. Malah, para alim ulama dan ustaz juga menjadi tempat rujukan. Masyarakat Melayu mengamalkan adat yang ringkas atau mudah dari segi pengurusan. Ini untuk menjimatkan kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Contoh yang paling jelas ialah adat istiadat dalam perkahwinan. Antara adat istiadat yang semakin dilupakan oleh kebanyakan masyarakat adalah: (c) (d) Adat berinai curi, berinai kecil dan berinai besar; Mandi berhias; Adat bersuap-suapan; dan Adat mandi-manda. Di samping itu, masyarakat Melayu juga telah melupakan: (c) (d) (e) Adat mengenakan pakaian pengantin secara berlebih-lebihan; Kenduri-kendara yang memakan masa dua hingga beberapa hari; Peraturan makan oleh tetamu; Khemah jamuan yang dihias berlebih-lebihan; dan Jenis buah tangan yang diberikan kepada tetamu.
3 104 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU 9.2 SALAH FAHAM, MERUMITKAN DAN MEMBUANG MASA Pada zaman sekarang, adat istiadat masyarakat Melayu mengalami perubahan bertujuan untuk menghindarkan salah fahaman dalam kalangan masyarakat. Adat istiadat yang diamalkan berkonsep Islam adalah lebih jelas supaya masyarakat lebih memahami keadaan dan tuntutan mengikut ajaran agama Islam. Hubungan masyarakat di bandar besar yang tinggal di taman perumahan, semakin renggang perhubungannya. Oleh itu, amalan adat istiadat melibatkan keluarga diadakan secara ringkas. Salah satu segi, ini dapat menggelakkan kerumitan dari aspek pengurusan. Contohnya, untuk jamuan makan atau kenduri, tuan rumah lebih senang mengupah tukang masak atau katerer untuk menguruskannya. Ini disebabkan masyarakat Melayu sekarang tidak mempunyai kelengkapan dan tenaga manusia untuk memasak serta menyediakannya kepada tetamu. Di samping itu, perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam telah mengurangkan pembaziran masa. Masyarakat sekarang hanya menyediakan hal kewangan untuk mengupah orang lain yang lebih pakar untuk menyediakannya. Secara tidak langsung, ini dapat menggelakkan masalah masa yang sebelum ini terpaksa menyediakan segala kelengkapan dalam tempoh masa yang lama. Contohnya, untuk mengadakan majlis perkahwinan, mereka perlu mengupah seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Mereka hanya perlu menyediakan anggaran kewangan persiapan dan penyelenggaraan sahaja. Kehidupan masyarakat sekarang lebih kepada tuntutan masa. Masa bergerak dengan pantas. Oleh itu, segala kerja harus dilaksanakan dengan pantas tetapi cukup meriah. Disebabkan tuntutan waktu, masyarakat Melayu sudah terikutikut dengan sistem masa. Mereka mengambil konsep untuk menyegerakan segala kerja kerana ini akan menjimatkan tenaga, waktu dan penggunaan tenaga manusia. 9.3 DARI ISTIADAT KE PROTOKOL Majlis yang dikategorikan sebagai rasmi memerlukan adat istiadat. Ini yang diamalkan dan dipraktikkan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Namun begitu, majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, pelantikan pembesar atau raja dan lain-lain lagi, adat istiadat masih diguna pakai. Pemakaian adat ini dikekalkan dengan tujuan untuk mempertahankan adat istiadat Melayu itu sendiri.
4 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU 105 Namun begitu, pada zaman sekarang, perihal adat istiadat telah bertukar kepada protokol. Protokol bermakna satu sistem yang lebih bersopan santun yang perlu diamalkan dalam hubungan yang lebih rasmi. Ianya digubal dan disusun untuk merujuk kepada segala perkara dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam menganjurkan sesuatu majlis rasmi. Protokol telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan supaya sesuatu majlis dapat disempurnakan dengan lebih tersusun dan teratur. Majlisnya melibatkan pembesar negara, negeri dan juga daerah. Contohnya, protokol tempat duduk dalam sesuatu majlis, garis panduan yang diadakan dengan tujuan untuk memberikan penghormatan dan penghargaan yang sewajarnya kepada seseorang pembesar. Penghormatan ini termasuklah cara memanggil gelaran, susunan tempat duduk dalam sesuatu majlis dan cara sambutan. Ini untuk menentukan keutamaan dan taraf pegawai yang diraikan. 9.4 PERUBAHAN ISTIADAT Zaman telah berubah. Generasi sekarang tidak lagi mengambil kira semua adat resam dan istiadat yang telah diamalkan sejak dari dulu. Kehidupan moden menuntut segala perubahan ini. Generasi milenium dianggap generasi yang progresif. Kehidupan mereka adalah untuk ikhtiar hidup (survival). Lantaran itu, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk memikir dan mengambil unsur-unsur yang remeh-temeh. Malah, terdapat adat istiadat yang bertentangan dengan ajaran agama. Oleh itu, banyak perkara yang berunsur animisme dan kepercayaan karut telah diketepikan. Pada bahagian ini, dikemukakan pandangan secara ringkas tentang perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam amalan masyarakat Islam sekarang Kelahiran Banyak adat berkaitan dengan kelahiran telah dilupakan dan tidak diamalkan lagi. Banyak perkara yang menjadi pantang larang telah dilupakan. Antaranya ialah berkaitan dengan tingkah laku.
5 106 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU Pada zaman dahulu, dikatakan tingkah laku ibu dan bapa akan memberi kesan dan akan berjangkit kepada bayi yang bakal dilahirkan. Contohnya, dengan melakukan perkara berikut dikatakan akan memberi kesan kepada bayi: (c) Duduk secara terkangkang; Makan sambil berdiri; dan Ketawa terbahak-bahak dan lain-lain lagi. Masyarakat sekarang telah didedahkan dengan ilmu agama Islam yang lebih mendalam. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup dan pembentukan watak seseorang adalah takdir Allah. Anak yang cacat atau tidak sempurna sifatnya adalah ketentuan Ilahi. Upacara yang merangkumi pantang larang adakala memberi kebaikan kepada ibu yang mengandung. Disebabkan perkembangan masa dan dunia perubatan yang semakin moden, khidmat bidan kampung yang tidak ada tauliah diberhentikan. Kini, bidan kampung tidak dibenarkan sama sekali untuk membidani kelahiran anak di rumah. Ini disebabkan terdapat statistik kematian yang tinggi semasa ibu hendak melahirkan anak. Contoh lain, anak lemas dalam perut tanpa dapat dikesan, pecah ekoran kerana tolakan yang kuat semasa membantu kelahiran anak dan sebagainya. Oleh itu, tugas mak bidan hanya setakat ritual sahaja bukan untuk proses kelahiran bayi. Zaman sekarang, semua ibu mengandung terpaksa bersalin di hospital atau klinik berdaftar. Kalau dahulu, ibu selepas bersalin menggunakan ubat dalam bentuk rempah-ratus tetapi kini, digunakan ubat yang dalam bentuk kapsul. Namun begitu, terdapat polisi baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang mengiktiraf bidan kampung. Khidmat bidan kampung yang mendapat tauliah masih digunakan untuk menyambut bayi yang baru lahir di rumah tetapi mesti diselia sama oleh jururawat Kerajaan. Masalah kelahiran sekarang hanya tertumpu kepada pantang sahaja. Bengkung hanya disapukan krim yang lebih ringkas dan mudah daripada melumur limau yang dicampurkan dengan kapur serta rempah-ratus yang lain. Cara begini lebih ringkas dan tidak kotor.
6 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU 107 Namun begitu, terdapat juga pantang yang disyorkan oleh perubatan moden supaya meneruskannya. Antara yang disyorkan adalah: (c) (d) Pantang bekerja selepas bersalin; Urut-mengurut selepas bersalin; Menyusukan anak sehingga berusia dua tahun; dan Mengelak makanan yang memudaratkan kesihatan Perkahwinan Adat perkahwinan orang Melayu turut mengalami perubahan. Adat-adat perkahwinan zaman dahulu sudah ditinggalkan dan tidak dipraktikkan lagi. Banyak adat perkahwinan telah diubah suai selaras dengan tuntutan semasa. Pengaruh hidup semasa telah menyebabkan masyarakat mengetepikan beberapa elemen adat yang dianggap tidak sesuai lagi dengan tuntutan zaman. Rajah 9.1: Tiga faktor perubahan dalam adat perkahwinan Perubahan dalam adat perkahwinan disebabkan oleh tiga faktor (lihat Rajah 9.1): Pendidikan Generasi sekarang telah memperoleh pendidikan secara formal. Lantaran itu, mereka sudah mampu berfikir secara rasional berkaitan dengan adat istiadat Melayu. Mereka telah mampu berfikir untuk menilai adat-adat lama yang masih dianggap relevan ataupun tidak sesuai dengan kehendak masyarakat zaman sekarang.
7 108 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU (c) Agama Ajaran agama Islam semakin dihayati oleh generasi muda. Pengajaran agama semakin berleluasa di institusi formal, masjid dan madrasah. Oleh itu, generasi muda semakin mendekati agama Islam. Mereka dapat menilai unsur-unsur adat dalam perkahwinan yang bertentangan dengan syariat. Mereka telah mengetepikan adat yang bertentangan dan menyerupai ajaran Hindu. Antara yang diketepikan adalah bersanding dan berhias secara lebih-lebihan. Pengaruh Barat Pada masa sekarang, pengaruh Barat amat kuat menyelubungi hidup generasi muda sehingga mempengaruhi adat perkahwinan. Mereka lebih banyak mengamalkan sikap individualistik dan materialistik. Mereka berjaya meringkaskan majlis perkahwinan. Mereka tidak lagi mengambil masa yang lama untuk menyediakan sesuatu majlis kenduri-kendara. Hubungan sosial dan cara berfikir golongan remaja dan keluarga telah mengubah situasi hidup. Kalau zaman dahulu, hampir keseluruhan pertemuan jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Berkenan pada kaca mata ibu bapa, maka itulah yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun, sekarang pilihan jodoh ditentukan oleh lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin. Sebelum berkahwin, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Pergaulan mereka agak bebas. Mereka sudah mampu berjumpa pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ibu bapa sudah tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menghalang perkahwinan. Setelah kedua-dua remaja berkenaan bersetuju untuk berkahwin, majlis merisik berkemungkinan diadakan tetapi ini tidak memberi kesan kepada kedua-dua pihak. Ini disebabkan kedua-dua keluarga sudahpun mengenali bakal menantu masing-masing. Namun, majlis meminang masih diadakan. Majlis peminangan zaman sekarang diadakan secara ringkas sahaja. Tidak ada lagi penggunaan pantun dan perbilangan semasa majlis peminangan berlangsung. Sekarang ini, tidak ada lagi pemantun yang mahir untuk melaksanakan tugasnya. Beberapa adat lain tidak lagi diamalkan. Antaranya adat menyerambi dan tempoh pertunangan yang semakin singkat. Masyarakat sekarang tidak lagi menitikberatkan membaca al-quran, berqasidah dan berzanji, maka adat menyerambi diketepikan. Malah, pantang larang semasa bertunang sudah diabaikan. Anak perempuan tidak lagi memerap di rumah. Hubungan antara lelaki dan perempuan semakin erat. Mereka sudah bebas untuk keluar bersama ke mana-mana sahaja.
8 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU 109 Adat kerja kahwin atau kenduri kahwin juga sudah berubah. Kenduri kahwin diadakan tanpa mengikut masa. Zaman sekarang, kebanyakan kenduri kahwin diadakan pada masa cuti sekolah dengan alasan saudara-mara, sahabat handai berpeluang untuk bersama dan berkumpul. Kini juga, jemputan untuk majlis kenduri kahwin dijemput menggunakan kad jemputan, hubungan telefon dan kemudahan elektronik. Persiapan kenduri yang melibatkan kerja gotong-royong juga telah diabaikan. Masyarakat lebih cenderung menggunakan khemah pasang siap. Khemah ini disewa dengan peniaga yang menyediakannya. Ini bermakna, kerja-kerja persiapan tidak memerlukan lagi pertolongan ahli masyarakat. Sehubungan itu, masyarakat sekarang lebih suka mengupah tukang masak profesional dalam bidang masakan. Ini semata-mata untuk memenuhi kepuasan para tetamu. Dalam banyak hal, tukang andam masih diperlukan. Mak andam sekarang ini, kebanyakannya terdiri daripada golongan muda. Mereka mengenakan alat-alat solek moden dan menyediakan pakaian pengantin yang sesuai dengan perkembangan zaman moden. Ada juga pengantin yang mengenakan beberapa pasang pakaian pengantin. Mak andam juga menawarkan pelamin yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan fesyen dengan mengenakan bayaran yang cukup lumayan. Ini bermakna, zaman sekarang segala keperluan perkahwinan memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam masyarakat Melayu sekarang, sudah ada unsur berlumba-lumba untuk menunjukkan kemewahan keluarga. Sesetengah keluarga yang kaya, mengadakan majlis kendurinya di hotel besar, tempat peranginan dan perkahwinan ala taman. Keluarga pengantin sanggup membelanjakan wang sehingga ratusan ribu ringgit, semata-mata untuk menjaga imej dan tahap kemewahan masing-masing Kematian Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, perkara kematian tidak boleh dibuat sesuka hati. Kematian dan pengebumian jenazah masih berlandaskan hukum syarak. Hukum ini kekal yang melibatkan kematian di raja atau rakyat biasa. Dalam Islam, tidak ada perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin. Yang meninggal tetap dikafankan dengan kain putih. Mayat tetap dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan. Dengan ajaran agama Islam yang semakin mendalam, jenazah tidak lagi disimpan sebegitu lama. Sekiranya si mati meninggal di waktu pagi, pada waktu selepas Asar, jenazah digalakkan dikebumikan.
9 110 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU SEMAK KENDIRI Berikan maksud protokol. 2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, apakah perbezaan antara protokol dengan adat istiadat? AKTIVITI 9.1 Berikan pendapat anda tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam adat melahirkan anak dengan adat perkahwinan dahulu dan sekarang. Adakah anda menyokong perubahan-perubahan begini? Apakah kesannya dalam budaya hidup masyarakat Melayu sekarang? Peredaran zaman yang meminta masyarakat bekerja keras kerana tuntutan hidup. Ini menyebabkan berlaku banyak perubahan terhadap adat istiadat Melayu yang melibatkan perihal adat istiadat, pantang larang dan amalan seharian. Tuntutan waktu dalam kehidupan seharian, banyak adat istiadat yang remeh-temeh tidak diamalkan lagi. Masyarakat Melayu telah mengambil perkara yang penting menyebabkan adat istiadat menjadi lebih ringkas. Bagi memenuhi keperluan sambutan di peringkat negara, negeri dan daerah, adat istiadat telah dikemaskinikan dan ditukar kepada sistem protokol. Protokol adalah satu sistem yang lebih bersopan santun yang perlu diamalkan dalam hubungan yang lebih rasmi.
10 TOPIK 9 PERUBAHAN DALAM ADAT MELAYU 111 Agama Kelahiran Kematian Kemodenan Pendidikan Pengaruh Barat Perkahwinan Protokol Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu: Agama, budaya dan bahasa. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Syed Husin Ali. (1979). Orang Melayu: Masalah dan masa depannya. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi. Tengku Luckman Sinar TH. (2001). Jati diri Melayu. Medan: Lembaga Pembinaan dan Pengembangan Seni Budaya Melayu.
Adat Istiadat Kemuncak: Perkahwinan
Topik 6 Adat Istiadat Kemuncak: Perkahwinan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menunjukkan susur-galur adat istiadat pra-perkahwinan dalam pra-perkahwinan masyarakat Melayu;
Lebih terperinciBAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan
BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN 4.1. Rumusan Pemberian hantaran telah menjadi satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Amalan tersebut tidak kalah pentingnya dengan pemberian mahar. Ia sudah menjadi
Lebih terperinciKepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi
Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh
Lebih terperinciPENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat
PENGURUSAN MAJLIS RASMI Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat Jenis Majlis Majlis Penuh Istiadat Majlis Rasmi dan Formal Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Majlis Tidak
Lebih terperinciDRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM
DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM Disediakan Oleh: PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2015 1.0 PENGENALAN Pelaksanaan majlis atau acara yang berkualiti
Lebih terperinciKesetiaan kepada Syarikat
Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.
Lebih terperinciKONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan
Lebih terperinciBAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.
BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua
Lebih terperinciSKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min
SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min SKEMA JAWABAN / GARIS PANDUAN UNTUK GURU BAHAGIAN A Soalan: Gambar di bawah menunjukkan aktiviti kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lebih terperinciPERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20
PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20 PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus
Lebih terperinciBAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.
BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum
Lebih terperinciMengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1
Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2
Lebih terperinciUNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA
LAMPIRAN A UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA SOAL SELIDIK KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL MELALUI PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KES DI MELAKA, MALAYSIA DAN KES DI RIAU, INDONESIA
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM
JPA/PEN(S)223/4/4-3 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai
Lebih terperinciBAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.
BAB 3 : METODOLOGI 3.0 Pengenalan Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pemilihan bahasa oleh komuniti Bugis di Kg. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.
Lebih terperinciJPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini
Lebih terperinciTEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001
TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
Lebih terperinciPengenalan Makroekonomi
Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama
Lebih terperinciMODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian
MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0 Pengenalan 10.2 Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan 10.3 Soalan penilaian 113 10.0 Pengenalan Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan
Lebih terperinciKematian dan pengurusan jenazah. Sinopsis:
Kematian dan pengurusan jenazah Sinopsis: Buku ini memuatkan pandangan ulama mengenai pengendalian urusan jenazah. Mayat mangsa kemalangan yang berupa cebisan daging dan yang bercampur aduk di antara mayat
Lebih terperinciJPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN
Lebih terperinci2.0 PENYATAAN MASALAH
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah
Lebih terperinciPERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :
PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH : HB PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di
Lebih terperinciKawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
Lebih terperinciPENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT
PENGENALAN KANDUNGAN BAB 7 7.1 7.2 7.3 7.4 Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenal pasti cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting
Lebih terperinciMODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.
Lebih terperinciMODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN
SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN
Lebih terperinciBAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM
Disediakan Oleh: PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2016 KANDUNGAN MUKA SURAT Pengenalan 2 Tujuan 2 Punca Kuasa/ Rujukan 3 Jenis-jenis Majlis 4 Jenis-jenis Acara
Lebih terperinciPengenalan kepada Ekonomi
Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN
Lebih terperinciKENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK
KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah ditubuhkan oleh YAB
Lebih terperinciKaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing
Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing 1/2 26 Apr 2015 NUR FADHILAH SALLEH Kadar pasangan Muslim
Lebih terperinciKenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009
JPA/PEN/228/11/5 ( 7 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN
Lebih terperinciHHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA PENSYARAH: DR YOSNI BAKAR DISEDIAKAN OLEH: SITI AISHAH BINTI TAHIRIN (A145653)
Lebih terperinciBAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional.
BAB 8 SOALAN STRUKTUR Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional Pendidikan tidak formal Pendidikan formal. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. a. Apakah maksud
Lebih terperinciKejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
KERTAS KONSEP Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Pengurusan Asrama Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA) Bahagian Pengurusan Sekolah
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri perumahan di Malaysia semakin berkembang maju selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemajuan industri pembinaan iaitu dengan meningkatkan sub industrinya
Lebih terperinciKhidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 8 Khidmat Masyarakat dalam HASIL PEMBELAJARAN Kegiatan Kokurikulum Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan matlamat khidmat masyarakat; 2. Mengenal pasti tumpuan projek khidmat
Lebih terperinciBAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
PENGENALAN 2 BAB 7 HUBUNGAN ETNIK DI Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting dalam
Lebih terperinciTATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Nama dan Alamat TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Tingkatan, Unit Berunifom, Kelab / Persatuan, Sukan / Permainan
Lebih terperinci1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar
20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa
Lebih terperinciUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK KEBERKESANAN BANTUAN MODAL DALAM PENGAGIHAN ZAKAT: KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN
SULIT APPENDIX C No. Siri: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK KEBERKESANAN BANTUAN MODAL DALAM PENGAGIHAN ZAKAT: KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN Dengan hormatnya dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa Kumpulan
Lebih terperinciPelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar
Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan
Lebih terperinciMasalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian
(PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan,
Lebih terperinciPERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
(PPG/PISMP-Pin.3/2014) No. Pendaftaran Institut.. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Perjanjian ini dibuat pada. haribulan.. Tahun...
Lebih terperinciBAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan
Lebih terperinciPengenalan kepada Adat Istiadat Melayu
Topik 1 Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti alam Melayu dan kawasan kepulauannya; dan 2. Menghuraikan tentang adat di
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016
JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM
Lebih terperinciPANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Buku panduan ini disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar untuk kegunaan staf agar dapat melahirkan
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA
Lebih terperinciBAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument
Lebih terperinciKURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB
KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB NORDIN YUSOFF JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KAEDAH BENGKEL Pembahagian kumpulan Perbincangan dalam kumpulan Pembentangan 2 BEZA OPERASI DAN PROJEK Operasi ialah
Lebih terperinciGARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit
Lebih terperinci1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing
58 BAB 5 Skim Guru Pembimbing 1.0 Pengenalan Skim Guru Pembimbing telah lama diperkenalkan dalam program latihan mengajar. Ia sudah menjadi sebahagian daripada program latihan mengajar atau praktikum bagi
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.
Lebih terperinciPERSIDANGAN AIDS KEBANGSAAN 2014 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA COMMUNITY ACTION ON HARM REDUCTION (CAHR)
KELAB SAHABAT META PERSIDANGAN AIDS KEBANGSAAN 2014 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA COMMUNITY ACTION ON HARM REDUCTION (CAHR) PENGENALAN Kelab Sahabat Meta merupakan sebuah ahli gabungan Majlis AIDS Malaysia
Lebih terperinciPERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU
PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU 1. Pendahuluan Kelewatan memohon untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka setelah berlaku kematian pemilik harta (simati)
Lebih terperinciPrinsip Pembangunan Komuniti
Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip - Apa itu prinsip? Pegangan Mempengaruhi tindakan Mempengaruhi cara berfikir Membuat keputusan Amalan (bertingkah laku dan bertindak seseorang) Prinsip Prinsip juga
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
Lebih terperinciTEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.
TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST 2014 4 SEPTEMBER 2014, 2.30 PETANG --------------------------------------------------------------------------------------
Lebih terperinciBAB 3 METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak
Lebih terperinciETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA Cara berpakaian melambangkan keperibadian penjawat awam serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Pakaian
Lebih terperinciINSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA
GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA Disediakan Oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Edisi keluaran 1 Tarikh kuatkuasa 1/10/2015 1 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat 1.0 Tujuan 3 2.0
Lebih terperinciPengurusan Kewangan Peribadi
Pengurusan Kewangan Peribadi Anggota Koperasi Siti Hajar Sa aey Pusat Pembangunan Komuniti Pengenalan Kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya.
Lebih terperinciSOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI
SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI BAHAGIAN 1: PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PENERAJU TUNAS POTENSI A. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN B. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI C. BIDANG TAJAAN D. TAJAAN KE LUAR NEGARA E.
Lebih terperinciPanduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA
Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA 1 Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
Lebih terperinciLPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015
No.Siri: PKP 3/2015 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015 KEBENARAN PEGAWAI-PEGAWAI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG YANG BERKHIDMAT DI PERTUBUHAN PELADANG UNTUK MENERIMA
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa
Lebih terperinciModel Pengurusan Strategik
Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan
Lebih terperinciPuan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan
UCAPAN ENCIK ONG YE KUNG, MENTERI PENDIDIKAN (PENGAJIAN TINGGI DAN KEMAHIRAN) DAN MENTERI KEDUA PERTAHANAN DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERSURATAN KE-13, 28 OKTOBER 2017, 2.30 PETANG DI HOTEL FOUR
Lebih terperinciPOLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN
POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1 POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Polisi ini menjadi garis panduan kepada UTM untuk terus komited mengurus dan melaksanakan kesamarataan dalam
Lebih terperinci1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK
Lebih terperinciBORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN KKLW
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN KKLW BORANG BPK BANTUAN BAGI PERSEDIAAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) / MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM), PUSAT MATRIKULASI, INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk
Lebih terperinciBAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform
BAB 8 : KESIMPULAN Kesedaran berpersatuan dalam kalangan kaum wanita di Sabah telah muncul dan bercambah sejak tahun 1950-an lagi menerusi penglibatan segelintir kaum wanita di kawasan bandar Jesselton
Lebih terperinciBAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut
BAB V KESIMPULA DA SARA A 5.1 Kesimpulan Harta sepencarian adalah suatu istilah yang dikenal dalam konsep kepemilikan harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut
Lebih terperinciKriteria Belanjawan Modal
Topik 6 Kriteria Belanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menentukan kebolehterimaan projek baru berdasarkan tempoh bayar balik, nilai kini bersih, indeks keberuntungan
Lebih terperinciBAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.
BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti
Lebih terperinciInfo Ketua Pengarah LPP Ke 10
Berita Transformasi Pertanian Info Ketua Pengarah LPP Ke 10 MAKLUMAT PERIBADI Nama Tarikh Lahir : 2 November 1955 Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor KELULUSAN : Haji Arpan Shah bin Haji Satu Bachelor Sains
Lebih terperinciRUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)
Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini
Lebih terperinciBUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :
BUKU LOG LATIHAN Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia Nama :. No. K.P. Gred Jawatan :. Bertugas : BUKU LOG LATIHAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1. TUJUAN Buku ini diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan
Lebih terperinciTAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU
TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Isu-isu Etika Guru Maksud
Lebih terperinciKOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL
KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL MISI APACMED: Misi kami adalah untuk meningkatkan piawaian penjagaan kesihatan menerusi kerjasama inovatif di
Lebih terperinciMATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT
KHIDMAT MASYARAKAT PENGENALAN Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya
Lebih terperinciSKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA
LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA 1. Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Malaysia, dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan ekonomi pendapatan tinggi agar rakyat
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya
Lebih terperinciPANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
Lebih terperinciPENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai
TERHAD 3/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 00 3/ GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas Februari Julai. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan dan Tugasan..
Lebih terperinciMODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat halaman sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian
Lebih terperinciTingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Jenis-Jenis Pendapatan Individu 1. Upah / Gaji (a) Ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh. (b) Upah wang
Lebih terperinciTERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017
1 DEFINISI 1.1 Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, perkataan dan terma berikut adalah bermaksud seperti makna yang diberikan kepadanya melainkan jika dinyatakan sebaliknya:- "Pihak Bank" bermaksud
Lebih terperinci