KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013
|
|
- Shinta Sudirman
- 7 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013 TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) dan pemberian taraf berpencen (PTB) Anggota Perkhidmatan Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). LATAR BELAKANG 2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012] telah dikuat kuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari Peraturan ini menggantikan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005]. 1
2 3. Peraturan 29, P.U.(A)1/2012 memperuntukkan seseorang pegawai yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya yang berkenaan. Peraturan 38, peraturan-peraturan yang sama memperuntukkan seseorang pegawai yang tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak diberi taraf berpencen mengikut Undang-Undang Pencen. 4. Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 telah memperuntukkan tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah 1 hingga 3 tahun. TAKRIFAN KETUA JABATAN 5. Bagi maksud pemakaian Pekeliling ini, Ketua Jabatan bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya dan bertanggungjawab mengawal Buku Rekod Perkhidmatan seperti yang berikut: i. Anggota yang berkhidmat di Bahagian-Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Jabatan ialah Pengarah atau Setiausaha Bahagian yang berkenaan; ii. Anggota berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kampus-Kampusnya, Ketua Jabatan ialah Rektor IPGM atau Pengarah bagi IPG Kampus yang berkenaan; iii. Anggota berkhidmat di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Ketua Jabatan ialah Pengarah di institusi yang berkenaan; 2
3 iv. Anggota berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri, Ketua Jabatan ialah Pengarah Pendidikan Negeri atau Pegawai yang diwakilkan kuasa oleh Pengarah Pendidikan Negeri; v. Anggota yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Ketua Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD); vi. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah menengah dan Pengarah Kolej Vokasional, Ketua Jabatan ialah pengetua sekolah menengah dan Kolej Vokasional yang berkenaan; dan vii. Anggota yang berkhidmat di semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Ketua Jabatan ialah Pegawai Pendidikan Daerah(PPD). 6. Bagi maksud pekeliling ini, walaupun Guru Besar sekolah rendah/ pengetua sekolah menengah bukan PTJ tidak ditakrifkan sebagai Ketua Jabatan, namun begitu Guru Besar/Pengetua adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perakuan urusan perkhidmatan bagi anggotaanggota yang berada di bawah seliaannya. SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 7. Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut: Bil Skim Perkhidmatan Syarat PDP i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan a. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun; Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) b. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi /Program Transformasi Minda (PTM); dan c. Diperaku oleh Ketua Jabatan. 3
4 ii. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) a. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun; b. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi / PTM; c. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut Skim Perkhidmatan; dan d. Diperaku oleh Ketua Jabatan. Jawatan-jawatan dalam kategori AKP di bawah Perkhidmatan Pendidikan ialah seperti di LAMPIRAN A. PENGECUALIAN MENGHADIRI PTM / KURSUS INDUKSI 8. Anggota tetap yang sedang berkhidmat dan masih dalam tempoh percubaan tetapi telah lulus PTM, Kursus Induksi atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu adalah dikecualikan dari menghadiri PTM. Pengecualian daripada menghadiri PTM boleh diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/Agensi dan hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) anggota. PEMILIHAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 9. Seksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 (Akta 227) memberi peluang kepada anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen sebelum disahkan dalam perkhidmatan. 4
5 10. Ketua Jabatan seperti mana yang ditakrifkan mengikut perenggan 5(i) hingga (vii) hendaklah memberi penjelasan kepada anggota mengenai faedah yang boleh diperolehi apabila memilih Skim KWSP atau pencen. Walau bagaimanapun, Guru Besar/Pengetua sekolah menengah bukan PTJ boleh memberi penjelasan sekiranya diwakilkan oleh PPD. Perkara-perkara yang perlu ditegaskan oleh Ketua Jabatan adalah seperti yang berikut: i. implikasi pilihan dengan membuat perbandingan faedah di antara Skim KWSP dan Pencen; ii. menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh anggota dan mengemukakan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 yang telah dilengkapkan oleh anggota ke SPP bersama-sama dengan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan iii. memberi peringatan kepada anggota bahawa : a. Anggota yang gagal mengembalikan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 atau mengembalikan Jadual Kelima Peraturan 37, P.U.(A)1/2012 tanpa menyatakan sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat akan dianggap telah menolak opsyen Skim KWSP; dan b. Opsyen yang telah ditandatangani oleh anggota dan telah diterima oleh SPP adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH DIPINDA. TATACARA PERAKUAN PDP OLEH KETUA JABATAN DAN PENETAPAN TARIKH PDP 11. Bagi anggota dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat PDP dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil salah satu tindakan seperti yang berikut: 5
6 Tindakan i. Memperakukan PDP Senarai Borang Yang Perlu Dikemukakan a. Borang SPP/K/002 seperti di Lampiran I; b. Borang Jadual Ketiga : i. Pengesahan Dalam Perkhidmatan seperti di Lampiran II bagi anggota yang sedang berkhidmat di semua jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ; dan ii. Pengesahan Dalam Perkhidmatan seperti di Lampiran III bagi anggota yang sedang berkhidmat di agensi-agensi kecuali yang berkhidmat di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ. c. Borang Jadual Kelima: i. Borang Opsyen Kumpulan Wang Tempoh perakuan 1 bulan dari tarikh layak 6
7 Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 bagi anggota yang sedang berkhidmat di agensi-agensi kecuali yang berkhidmat di Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah bukan PTJ seperti di Lampiran IV; atau ii. Borang Opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 bagi anggota yang sedang berkhidmat di semua jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ seperti di Lampiran V. 7
8 d. Kenyataan Perkhidmatan anggota yang telah dikemaskinikan ii. Tidak a. Borang Jadual Ketiga 1 bulan dari memperakukan Pengesahan Dalam tarikh layak PDP Perkhidmatan seperti di Lampiran II dan III dengan menyatakan dengan jelas sebabsebab anggota tidak diperakukan. 12. Perakuan PDP bagi anggota seperti di perenggan 11(i) hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota layak diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu hendaklah dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum iaitu satu tahun. 13. Perakuan Ketua Jabatan hendaklah menepati prestasi dan kebolehan sebenar anggota merangkumi sahsiah, tingkah laku dan disiplin kehadiran sepanjang anggota berkhidmat dalam tempoh percubaan. Sekiranya perakuan Ketua Jabatan didapati bercanggah dengan kelakuan sebenar anggota, SPP tidak terikat untuk mengesahkan perkhidmatan anggota iaitu seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 29(7), P.U.(A)1/ Penetapan tarikh PDP yang diluluskan oleh SPP adalah seperti yang berikut: 8
9 Butiran i. Hari pertama selepas tarikh anggota memenuhi semua syarat yang ditetapkan seperti berikut : a. Penetapan tarikh PDP bagi anggota yang memenuhi syarat dalam tempoh 1 tahun; b. Penetapan tarikh PDP bagi anggota yang memenuhi syarat PDP selepas tempoh 1 hingga 3 tahun; atau c. Penetapan tarikh PDP berdasarkan tarikh yang diperakukan oleh Ketua Jabatan bukan pada tarikh anggota layak. ii. Penetapan Tarikh Lain Oleh SPP Tarikh penetapan Sehari selepas anggota memenuhi tempoh minimum percubaan. Sehari selepas anggota memenuhi syarat terakhir yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Ketua Jabatan dikehendaki memberi sebab mengapa tarikh perakuan PDP anggota bukan pada tarikh anggota layak sama ada disebabkan oleh tingkah laku dan prestasi. Kaedah ini terpakai bagi anggota yang sama ada dikenakan tindakan tatatertib ataupun mengambil cuti tanpa gaji atau tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau sebabsebab yang munasabah (yang tidak dikenakan tindakan tatatertib) semasa dalam tempoh percubaan Contoh-contoh penetapan tarikh PDP adalah seperti di LAMPIRAN B. 9
10 PENETAPAN TARIKH PDP BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DALAM TEMPOH PERCUBAAN 15. SPP telah menetapkan bahawa bagi anggota yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan, tarikh PDP akan ditetapkan selepas tempoh antara 12 hingga 36 bulan dari tarikh dijatuhkan hukuman tertakluk kepada jenis hukuman yang dikenakan seperti yang berikut: Jenis hukuman Penetapan Tarikh PDP Amaran berdasarkan Tempoh Selepas Keputusan Hukuman Tatatertib Oleh Lembaga Tatatertib Denda 12 bulan Lucut Hak Emolumen Tangguh Pergerakan Gaji Turun Gaji 24 bulan 36 bulan Contoh penetapan tarikh PDP bagi anggita yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan asal adalah seperti di LAMPIRAN C. 16. Penetapan tarikh PDP ini adalah juga terpakai bagi anggota yang dilantik oleh pegawai-pegawai tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pelajaran Wilayah yang diwakilkan kuasa di bawah Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2009 mengenai Perwakilan Kuasa Urusan Pengambilan Ke Jawatan Yang Mensyaratkan Kelayakan Masuk Lebih Rendah Daripada Penilaian Menengah Rendah Atau Yang Setaraf Dengannya Dan Urusan Perkhidmatan Yang Berkaitan. Walaubagaimanapun perakuan bagi anggota yang mempunyai kes 10
11 tatatertib semasa dalam tempoh percubaan hendaklah dikemukakan ke SPP. Perakuan hendaklah dihantar beserta dokumen seperti berikut: i. Salinan Surat Pertuduhan Tatatertib; ii. Salinan Surat Representasi Anggota; iii. Salinan Keputusan Lembaga Tatatertib; iv. Salinan Surat Rayuan Anggota (jika ada); v. Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib (jika ada); vi. Surat Perakuan Khas Ketua Jabatan; dan vii. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA 17. Bagi anggota lantikan tetap yang telah berkhidmat melebihi tempoh setahun dalam tempoh percubaan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk PDP tetapi Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan mengikut tatacara di perenggan 11(ii), maka anggota boleh memohon kepada SPP untuk disahkan. Satu salinan permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan. 18. Berdasarkan kepada permohonan anggota, SPP boleh memulakan siasatan. Sekiranya hasil siasatan mendapati anggota masih kekal dalam tempoh percubaan berpunca daripada kegagalan Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Peraturan 29(3), P.U.(A)1/2012, maka Ketua Jabatan boleh disifatkan melakukan suatu pelanggaran tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(g), (i) dan (j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U(A) 395/1993] seperti berikut : 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- 11
12 (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 19. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk: i. memperakukan PDP anggota dengan mengisi Borang Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga P.U.(A)1/2012 iaitu : a. Ketua Jabatan perlu memastikan anggota yang diperakukan untuk PDP telah menjalankan tugasnya dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya; dan b. Borang Perakuan Dalam Perkhidmatan Jadual Ketiga P.U.(A)1/2012 dan Borang SPP/K/002 yang telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan ke SPP dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota itu didapati layak untuk diberi pengesahan mengikut peruntukan di Peraturan 29(2) P.U.(A)1/2012. c. Bagi anggota yang dikenakan tindakan tatatertib kecuali hukuman buang kerja atau turun pangkat, perakuan PDP hendaklah dibuat setelah selesai proses tindakan tatatertib tersebut. Sekiranya proses ini melebihi tempoh percubaan asal iaitu 3 tahun, 12
13 perakuan pelanjutan tempoh percubaan anggota hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada SPP. d. Bagi anggota yang diluluskan cuti tanpa gaji, perakuan PDP hendaklah dibuat setelah genap tempoh satu tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira (dengan menolak bilangan hari cuti tanpa gaji yang telah diluluskan). 20. Ketua Jabatan bertanggungjawab mengemukakan perakuan bagi tujuan pemberian taraf berpencen bagi anggota yang telah memenuhi syarat-syarat berikut : i. telah disahkan dalam perkhidmatan; ii. genap tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira untuk selama 3 tahun; dan iii. tidak memilih skim KWSP. dengan mengemukakan borang seperti berikut: Tindakan Senarai Borang Yang Perlu Dikemukakan i. Perakuan PTB a. Borang SPP/K/003 seperi di Lampiran VI; b. Borang Jadual Keenam Peraturan 38, P.U.(A)1/2012: i. Perakauan PTB bagi anggota yang sedang berkhidmat di agensiagensi kecuali yang berkhidmat di Sekolah Rendah dan Sekolah 13
14 Menengah bukan PTJ seperti di Lampiran VII; atau ii. Perakuan PTB bagi anggota yang sedang berkhidmat di semua jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ seperi di Lampiran VIII. 21. Bagi anggota yang telah diberi taraf berpencen dalam pelantikan yang terdahulu dalam skim perkhidmatan yang lain dan dengan syarat pelantikan tersebut adalah mengikut Peraturan 10, P.U.(A)1/2012, pelantikan tersebut tidak menjejaskan taraf berpencen mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa melainkan anggota tersebut memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa pelantikan yang terkini. PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN 22. Perakuan bagi PTB hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh anggota layak diperakukan untuk pemberian taraf berpencen. Perakuan hendaklah lengkap dengan disertakan borangborang berikut : i. Perakuan Pemberian Taraf Berpencen Jadual Keenam Peraturan 38, P.U.(A) 1/2012 seperti di Lampiran V; ii. Borang SPP/K/003 seperti di Lampiran VI; 14
15 iii. iv. Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemas Kini dengan catatan berikut : (a) Tarikh Pengesahan Pelantikan ; (b) Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan ;dan (c) Catatan Opsyen Pencen Pengesahan ADA atau TIADA mengambil cuti tanpa gaji dengan menyatakan tempoh cuti dan bilangan hari yang diambil. PENETAPAN TARIKH PEMBERIAN TARAF BERPENCEN 23. Tarikh PTB yang ditetapkan oleh SPP adalah seperti yang berikut: i. tarikh semasa iaitu satu hari bulan pada bulan berikutan selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan; atau ii. sehari sebelum tarikh bersara bagi anggota-angota yang bersara dalam keadaan biasa yang belum diberi taraf berpencen; atau iii. sehari sebelum tarikh kematian bagi anggota-anggota telah genap berkhidmat 3 tahun dan meninggal dunia sebelum diberi taraf berpencen. PERINGATAN KEPADA KETUA JABATAN 24. Ketua Jabatan juga adalah diingatkan untuk memastikan borang yang digunakan bagi tujuan PDP dan PTB adalah seperti yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)1/2012]. Sebarang pindaan atau ubah suai ke atas borang yang digunakan bagi tujuan PDP dan PTP adalah TIDAK DIBENARKAN. 15
16 25. Bagi kemudahan Anggota Perkhidmatan Pendidikan, semua borang-borang urusan perkhidmatan boleh didapati dan di muat turun dari Laman Web SPP di alamat: PELAKSANAAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH PERWAKILAN KUASA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN 26. Bagi tujuan mewujudkan keseragaman urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan di peringkat SPP dengan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa di bawah Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan, maka anggota-anggota yang diwakilkan kuasa seperti dalam Perwakilan Kuasa hendaklah mematuhi prosedur dan kaedah dalam pekeliling ini dalam melaksanakan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen. PEMAKAIAN 27. Pekeliling ini terpakai untuk semua anggota yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP termasuk pelantikan yang diwakilkan kuasa oleh SPP di bawah Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan. TARIKH KUAT KUASA 28. Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan. PEMBATALAN 29. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006, Pekeliling SPP 16
17 Bilangan 4 Tahun 2008 dan Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2010 adalah dibatalkan. PERTANYAAN 30. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berhubung dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan, SPP. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (SULAIMAN BIN WAK) Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Jun
18 Edaran Kepada: Ketua Setiausaha Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia Salinan Kepada : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 18
19 19
20 20
21 21
22 22
23 23
24 24
25 25
26 26
27 27
28 28
29 29
30 30
31 31
32 32
33 33
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN
JPA/PEN/228/25/1/Jld.4 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011
SPP.220/656/19/ Jld 2 (3) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011 KAEDAH PELAKSANAAN TAPISAN KESELAMATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN TUJUAN 1. Pekeliling
Lebih terperinciJPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini
Lebih terperinciMAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
1 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN) 2006 PADA menjalankan kuasa- kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen No. 35 Tahun
Lebih terperinciJPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013
JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013 PINDAAN SYARAT PEMBERIAN OPSYEN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN DAN PENSYARAH
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016
JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM
Lebih terperinciJPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN
JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar
Lebih terperinciPeraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 1. Permulaan 1.1. Nama dan Permulaan Kuatkuasa i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Lebih terperinciKADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
JPA 43/7 Klt.8 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2008 KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan
Lebih terperinciJPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013
JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013 PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN GALIAN, KIMIA BUMI DAN KAJI BUMI KEPADA PERKHIDMATAN GEOSAINS DI JABATAN
Lebih terperinciJPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009
JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009
JPA/PEN/228/11/5 ( 7 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009 TAWARAN OPSYEN SEMULA KEPADA PEKERJA PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN YANG TELAH MEMILIH SKIM KUMPULAN
Lebih terperinciPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR TAFSIRAN PELANTIKAN Pelantikan ke dalam perkhidmatan awam
Lebih terperinciJPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002 PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN LAMPIRAN D JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Lebih terperinciPANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JPA.SULIT.NP.134/1/Klt.21/( 45 ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2010 PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM JPA.SULIT.NP.134/1/Klt.21/(
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009
JPA.BK (S) 223/5/2/ Jld. 2/(11) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT TUJUAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan
Lebih terperinciDASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB
JPA(S)NP 134/1/ KLT.19( 21) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB TUJUAN
Lebih terperinciJPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008
JPA(BPO)(S)324/14/341 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008 SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN/PEGAWAI PENDAFTARAN TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM
JPA/PEN(S)223/4/4-3 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN
JPA(BPO)(S)324/6/31 Klt. 10 (21) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan
Lebih terperinciPERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah Seksyen 3(5) Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 membuat
Lebih terperinciKADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM
JPA 43/7 Klt.8 (5) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2008 KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUTI PASANGAN MEREKA BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGERI TUJUAN 1. Tujuan Pekeliling
Lebih terperinciJPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN
JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan
Lebih terperinciOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P005 PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Halaman: 1/9 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan tatacara proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf Berpencen staf 2.0 SKOP Prosedur ini meliputi
Lebih terperinciJPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009
JPA(S)(K)223/4/4 Klt. 5 (40) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009 PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH PERGERAKAN GAJI TAHUNAN BAGI PEGAWAI DALAM TEMPOH PERCUBAAN TUJUAN
Lebih terperinciJPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012
JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012 PELAKSANAAN URUSAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
Lebih terperinciJPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009
JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009 PANDUAN MEMANGGIL BALIK UNTUK BERTUGAS SEMULA BAGI PEGAWAI YANG DITAHAN KERJA AKIBAT PROSIDING JENAYAH TUJUAN
Lebih terperinciAKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2012 -------------------------------------------
Lebih terperinciDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN Arahan Kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara proses Perlanjutan Tempoh Percubaan staf tetap. 2.0 SKOP Arahan Kerja ini meliputi notis pemberitahuan, penerimaan, pengesahan
Lebih terperinciUNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR
SENARAI SEMAK UNTUK BORANG PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA Borang permohonan pengesahan Jawatan Lampiran A [Perakuan pengesahan dalam perkhidmatan] Lampiran C [opsyen KWSP] *wajib
Lebih terperinciGARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN
GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENGURUSAN PRESTASI DAN PENINGKATAN KERJAYA JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Diluluskan Mesyuarat
Lebih terperinciDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/13 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan tatacara proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan staf tetap. 2.0 SKOP Prosedur ini meliputi pertimbangan, perakuan, pengesahan dalam perkhidmatan
Lebih terperinciJPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009
JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI
Lebih terperinciUmur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012
Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Ketidakpakaian 3. Tafsiran
Lebih terperinciPELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN
JPA(BGE)(S) 81/9/2 ( 50 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008 PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14
JPA(S) (BPO)324/14/12-1 Klt. 8 s.k 2(8) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14 TUJUAN 1. Pekeliling
Lebih terperinciJPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :
JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008 PENETAPAN GRED JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) YANG MENJALANKAN TUGAS PEMBANTU KHAS TUJUAN
Lebih terperinciPROSEDUR PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PERKHIDMATAN NO KELUARAN : 01 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-S06 NO PINDAAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 02 OGOS 2015 PROSEDUR PERKHIDMATAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006 PERISYTIHARAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KAUNSELOR DAN PENOLONG KAUNSELOR DI PELBAGAI KEMENTERIAN DAN JABATAN PERSEKUTUAN SEBAGAI PERKHIDMATAN
Lebih terperinciPEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN
PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan Pekerja
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN
GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada staf tentang syarat dan urusan berkaitan salah satu kursus dalam perkhidmatan iaitu pasca-kedoktoran.
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira
KP 2.7/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 KP 2.7/2013 Kehilangan Dan
Lebih terperinciJPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2008 PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TUJUAN
Lebih terperinciPELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Siri No: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002 PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Lebih terperinciPERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 1.0 KELAYAKAN DAN TEMPOH 1.1 Pelajar yang berada pada semester akhir pengajian sahaja yang dibenarkan untuk mengikuti program praktikum kecuali pelajar Ijazah
Lebih terperinciJPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013
JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT DENGAN MEMPERUNTUKKAN PERBEKALAN KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
Lebih terperinciLAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.
SULIT PPUKM/JKIK/JSM TARIKH KUATKUASA B38 (Pin. 1/2017) 01/04/2017 PUSAT PERUBATAN UKM UKM MEDICAL CENTRE LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA
GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA Disediakan Oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Edisi keluaran 1 Tarikh kuatkuasa 1/10/2015 1 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat 1.0 Tujuan 3 2.0
Lebih terperinciPEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI
PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI 0 GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN PELAKSANA (SOKONGAN) 1 ISI KANDUNGAN Mukasurat 1.0 DEFINISI ISTILAH KENAIKAN
Lebih terperinci,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan
KETUA SETIAUSAHA Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel.: Faks:,ffi, 03-8883 2533 03-8889 5245 Rujukan : Bil.( 26 )dlm KK(S)-280(20I836)
Lebih terperinciPEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2015 PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2015 PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) BAGI PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM 1 KANDUNGAN TAKLIMAT 1 2 3 4 5 6 7 8 DEFINISI RASIONAL DASAR
Lebih terperinciJPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015
JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan
Lebih terperinciPERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN Bahagian Sumber Manusia LANTIKAN & KENAIKAN PANGKAT 1. TAFSIRAN 1.1. LANTIKAN lantikan pertama
Lebih terperinciPEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (3) TARIKH : 14 NOVEMBER 2011 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR PENGAJIAN SECARA SAMBILAN/PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)
Lebih terperinci78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84 (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila
Lebih terperinciPANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)
PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT ~ 2 ~ KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017) ~ 3 ~ 1. VISI Memimpin budaya kerja cemerlang. 2. MISI Melahirkan staf berbudaya kerja cemerlang. 3. OBJEKTIF
Lebih terperinciSOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001
Halaman: 1/11 1.0 TUJUAN Prosedur ini disediakan bagi tujuan menerangkan cara pelantikan staf tetap bagi jawatan di dalam Kumpulan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana di Universiti
Lebih terperinciM / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.
1/16 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Memastikan proses pelantikan serta kenaikan pangkat kakitangan pentadbiran Universiti dibuat secara cekap dan berkesan bagi menjamin pelaksanaan sistem pengurusan kualiti UPSI.
Lebih terperinciKod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
LAMPIRAN A YARAT-SYARAT AM SYARAT-SYARAT AM Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini
Lebih terperinciMAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING KEWANGAN MKM BILANGAN 2/2009 (PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.4 TAHUN 2009) PERATURAN MENGENAI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH 1. TUJUAN Pekeliling ini bertujuan
Lebih terperinciKoperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung
Koperasi 33 BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan atau arahan atau garis panduan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi
Lebih terperinciPeraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].
CUTI Takrif cuti [Perkara 1(i) Perintah Am Bab C] Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan tidak putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Pegawai ertinya semua
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 SUSUNAN SEKSYEN d BAHAGIAN I PERMULAAN Seksycn 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian. 2.
Lebih terperinciPERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017
Ruang Setem Hasil PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017 K E T I P ANTARA (Nama PELAJAR dan No. Kad Pengenalan) DAN LEMBAGA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR K E T I P DAN (Nama PENJAMIN
Lebih terperinciJPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007
JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENILAIAN GRED W17, W22, W26 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan
Lebih terperinciDengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.
Semua Ketua Jabatan/Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj. Kami : KP.SULIT(NP) 0063/107(336) Tarikh : 18 Ogos 2009 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Institut Aminuddin Baki Semua Pengarah
Lebih terperinciBAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN
BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN 10.1 Pendahuluan 10.1.1 Pejabat Bendahari bertanggungjawab memastikan sistem pembayaran gaji adalah teratur, sempurna dan dibayar mengikut segala peraturan yang sedia ada dan tepat
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL IKLAN PENGAMBILAN GURU VOKASIONAL SECARA INTERIM DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL KPM TAHUN 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi
Lebih terperinciSURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan, Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan
Lebih terperinciPasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012
Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bah
Lebih terperinciKEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
JPA 43/19/31 Klt.2 (33) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2007 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI Unit Kompetensi,Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pendaftar Nama Pusat Tanggungjawab (PTJ) : JABATAN PENDAFTAR Bahagian/Seksyen/Jabatan : BAHAGIAN
Lebih terperinciiii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009; iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009; v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.
PENGENALAN Page 1 1. PENGENALAN Buku Panduan Dalaman ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan pengetahuan kepada semua Pegawai Perubatan Pakar untuk mengikuti program Subkeparan ini secara sepenuh
Lebih terperinciPERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UTeM/PEND/BCB/PK03/F2 Semakan 1 PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA 1.0 OBJEKTIF 1.1 Program latihan industri dapat membantu merealisasikan misi UTeM
Lebih terperinciSOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Halaman: 1/13 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan menerangkan cara pelantikan staf tetap bagi jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Gred 41, 43 dan 47 dan Kumpulan Sokongan
Lebih terperinciPEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)
Muka : 1/13 PROFIL PINDAAN Edisi Pindaan No. BPD Ringkasan Pindaan Dokumen Disediakan Oleh Disahkan Oleh Tarikh Kuatkuasa 2 0 - Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM) 07.12.2012 2 A 05/2013 Pindaan pada 1.0, 2.1.2,
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN
1 / 12 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk
Lebih terperinciJPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan
Lebih terperinciPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT DAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA TUJUAN 1. Pekeliling
Lebih terperinciPERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
(PPG/PISMP-Pin.3/2014) No. Pendaftaran Institut.. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Perjanjian ini dibuat pada. haribulan.. Tahun...
Lebih terperinciBORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)
SULIT UNTUK KEGUNAAN PEJABAT/URUSETIA 1. TARIKH PANEL PTJ : 2. TARIKH PANEL PENGESAHAN: UNIVERSITI: BIL: PP 03 ARAHAN; BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK) 1. Bahagian
Lebih terperinciBAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR
BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR 12.1 Pendahuluan 12.1.1 Universiti akan mengenakan yuran dan caj kepada pelajar pada setiap kemasukan semester atau pengajian. 12.1.2 Pelajar adalah bertanggungjawab untuk
Lebih terperinciDASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Dasar ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai UPSI supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam.
Lebih terperinciD.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.
D.R. 4/96 Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan
Lebih terperinciJPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8
JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8 Siri No. KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2009 KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) KEPADA PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT
JPA(BGE)223/5/4-3 No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KANDUNGAN
Lebih terperinciPENGUMUMAN PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN 2018
PENGUMUMAN PERMOHONAN CUTI SABATIKAL TAHUN 2018 Semua staf tetap yang dilantik oleh Universiti yang memegang jawatan sebagai Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah warganegara Malaysia yang telah disahkan
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN DENGAN MEMPERUNTUK PERBEKALAN KE GRED YANG LEBIH TINGGI UNTUK 11 SKIM PERKHIDMATAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan
Lebih terperinciBAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009
2 KP(BPPA)300-15/2/17(1) BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009 Semua Setiausaha/ Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah
Lebih terperinciSOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK
Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan menerangkan cara pelantikan Staf Kontrak Bukan Akademik Gred 41, 43, 47 dan 51 dan Kumpulan Sokongan Gred 1, 3, 9, 11, 17, 19, 27 dan 29 di Universiti Putra
Lebih terperinciPINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:
Lampiran A PINJAMAN KOMPUTER Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah: 1. Tiga salinan borang komputer 2. Tandatangan asal pada
Lebih terperinci