DOA KEPADA ROH KUDUS Datanglah Roh Kudus, Penuhi hati umatmu dan nyalakan dalam mereka api KasihMu. Utuslah Roh KudusMU,Ya Tuhan, maka mereka akan dicipta semula dan Engkau akan memperbaharui muka bumi. Tuhan, dengan terang Roh Kudus Mu, Engkau telah mengajar hati umat Mu.Dengan semangat yang sama,bantulah kami agar dapat menikmati apa yang benar dan sentiasa bersukacita dalam penghiburan Mu Datang dan tinggal dalam kami, O Roh Kudus, terangilah kami untuk merenungi, berkongsi dan menghidupi Sabda Mu dalam perjumpaan kami setiap hari dengan Mu, O Tuhan. Kami mohon ini melalui Kristus Tuhan kami. Amin.
OKTOBER 2018 TEMA: MELEWATI SEMPADAN-SEMPADAN DAN BERJALAN DALAM KRISTUS FOKUS: DIRI PERAYAAN: SINOD BELIA PENGENALAN Paus Fransiskus telah mendedikasikan Perhimpunan Umum Sinod para Uskup yang ke-15 agar fokus kepada tema Kaum Muda, Iman dan Penilaian Panggilan. Ia akan diadakan di Roma pada bulan Oktober 2018. Dokumen Persiapan menerangkan tujuan Perhimpunan Umum itu sebagai peluang untuk Gereja memeriksa dirinya tentang bagaimana ia boleh membawa kaum muda untuk mengenali dan menerima panggilan untuk kehidupan sepenuhnya dan cinta kasih, dan untuk meminta kaum muda membantu Gereja dalam mengenalpasti cara yang paling berkesan untuk mewartakan Berita Baik zaman ini. DOA PEMBUKAAN Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa. LAGU PEMBUKAAN :S Panjang Jalan(Along the road) S panjang jalan hidup ada rakan setia Ia bersama dan pimpin perjalanan Damai dib ri, gelap dijadikan terang Tuhan telah s lamatkan jiwaku Cho : Walaupun susah payah perjalanan Atas gunung dan lembah yang gelap Aku tahu Yesus ada disamping ku S panjang jalan menuju bahagia
Ku tak mengerti kasih-nya Tuhan dulu Yesus disalibkan ker na aku Ku percaya Dialah Juru s lamatku Sejak itu Yesus di sampingku. DIALOG: Dalam Bahagian ke-3 dokumen persediaan Sinod para Uskup, beberapa perkara telah diterangkan tentang bagaimana komuniti Kristian boleh berjalan bersama kaum muda zaman ini. Kita akan mengkaji tiga perkara untuk renungan hari ini. 1. Berjalan bersama kaum muda Menemani kaum muda memerlukan penjangkauan melepasi mana-mana anggapan awal struktur dan pemikiran. Kaum muda harus ditemui di mana mereka berada dan kita harus mengadaptasikan diri kita kepada masa dan pergerakan hidup mereka dan mengambil serius tentang mereka. Ini harus dilakukan kerana kaum muda mencari untuk memahami realiti di mana mereka hidup dan mencari untuk mencipta sejarah peribadi di dalam kehidupan seharian mereka dan dalam mencari makna kehidupan mereka. Dokumen itu juga menyatakan bahawa, setiap komuniti perlu menitikberatkan cara-cara yang kreatif untuk menangani kaum muda secara peribadi dan menyokong perkembangan peribadi mereka. Ini adalah tentang keluar, melihat dan memanggil. Ianya adalah tentang pergi ke mana mereka berada, meluangkan masa bersama mereka, belajar tentang mereka dan memanggil mereka seperti yang telah Yesus lakukan.
1. Menerima kaum muda sebagai ejen-ejen Dalam mana-mana aktiviti pastoral, kaum muda bukanlah objek-objek, melainkan ejen-ejen. Biasanya, masyarakat cenderung melihat mereka sebagai tidak penting atau menyusahkan. Gereja tidak boleh mencerminkan sikap seperti ini, kerana semua kaum muda, tak terkecuali, mempunyai hak untuk dibimbing di dalam perjalanan hidup mereke. Dokumen itu menyatakan bahawa, komunitikomuniti haruslah prihatin terhadap kaum muda, terutama mereka yang berada dalam kesusahan. Seluruh Gereja adalah bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing kaum muda. 2. Seluruh komuniti harus merasa bertanggungjawab terhadap kaum muda Seluruh komuniti Kristian harus merasa bertanggungjawab untuk mendidik kaum muda. Terutamanya, mereka yang terlibat dalam tugas ini layak diberi pengiktirafan, bermula dengan mereka yang menyandang tanggungjawab di dalam Gereja. Usaha-usaha mereka yang memberi kesaksian terhadap Injil dan berkongsi sukacita yang mengalir daripadanya perlu dikagumi juga. Selain itu, Gereja harus menitikberatkan penglibatan kaum muda di dalam komuniti paroki dan diosis, bermula dengan konsili-konsili pastoral. Kaum muda harus dijemput untuk membuat sumbangan kreatif mereka dan menerima idea-idea mereka, walaupun ianya nampak mencabar. (Untuk membaca teks yang penuh : http://www.vatican.va/roman_curia/synod/documents/rc_synod_doc_20170113_d ocumento-preparatorio-xv_en.html)
Berkongsi dengan orang di sebelah anda. Berkongsi pula kali kedua dengan orang yang lain. *Apakah maksudnya komuniti Kristian harus keluar, mencari dan memanggil kaum muda? *Bagaimanakah kaum muda di paroki atau KED anda dilihat oleh mereka yang lebih tua? * Adakah kaum muda di paroki atau KED anda dijemput untuk menyumbangkan idea-idea mereka? Jika ya, adakah pandanganpandangan dan idea-idea mereka diterima? PENDALAMAN Teks Alkitab: Lukas 24: 30-33 1. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali. 2. Baca sendiri serta resapi Sabda Allah dalam keheningan. 3. Apakah perkataan, frasa atau ayat yang menarik perhatian anda? Sila tuliskan ---------------------------------------------------------------------------------------- 4. (Pilih hanya satu dari #3): Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? Sila tuliskan 5. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3-4 orang) #3 dan #4
TINDAKAN Secara am, adakah kaum muda mengambil bahagian di dalam perjumpaan-perjumpaan KED? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa? Dalam cara apakah kita, sebagai orang dewasa di dalam KED, boleh menunjukkan bahawa kita mengambil berat dan menyokong kaum muda di dalam KED/paroki/komuniti walaupun mereka tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam perjumpaanperjumpaan KED? DOA PENUTUP Dedikasikan suatu doa kepada kaum muda di dalam KED dan Gereja secara amnya. LAGU PENUTUP : BONDA MARIA Engkau yang dipilih Allah Bapa di syurga Untuk melahirkan PutraNya yang kudus Engkaulah Bonda Kristus Bonda sang Penebus s gala dosa manusia Bonda Maria p rawan yang tiada bernoda Hatimu bersinar putih tiada bercela Engkau Bonda Al-Masih Yang diangkat ke syurga penuh kemuliaan Cho : Ave Maria Ave Maria Terpujilah bonda, terpuji namamu S panjang s gala masa Ave Maria Ave Maria Syukur kepadanya Tuhan yang pengasih s lama-lamanya.
KED,PILIHAN KEUSKUPAN 2. KED MJD MENCIPTAKAN 1. KED MJD PENGALAMAN menfokuskan, 1 st E :PENGALAMAN BERDOA 3. KED MJD MENCIPTAKAN a) PERIBADI YANG 2 nd E: PENGALAMAN SEMANGAT MENJADI 4e KATOLIK MEMPELAJARI KEKELUARGAAN b) KOMUNITI YANG 3 rd E: PENGALAMAN BERTUMBUH DENGAN KREATIF, MENJADI KELUARGA 4 th E: PENGALAMAN UNTUK INKLUSIF& INISIATIF BAGI SEMUA MENJANGKAU MEMBINA JAMBATAN. KELUARGA 4. KED MJD MENJADI MISIONARI MELALUI a.kesaksian hidup, b.pelayanan untuk kemanusiaan, c. Dialog antaragama, d. Pewarta injil yang jelas