PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

dokumen-dokumen yang mirip
TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

Berurusan dengan Pengantara Takaful

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Giro Takaful Pelindung

Borang Cadangan Skim Insurans Pembantu Rumah (SIPR)

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

i-secure Soalan Lazim:

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

1 Insurans kebakaran dan kemalangan biasanya diberikan atas. A dasar tahunan B dasar jangkamasa panjang C dasar setengah tahunan D dasar bulanan C10

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Borang Cadangan Insurans Mesin

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Transkripsi:

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 239 BAB A12 PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan isu-isu mengenai pentadbiran sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan yang meliputi tajuk-tajuk berikut: Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan Pentadbiran Sijil Takaful Borang Cadangan Dokumen Sijil Endorsemen Notis Pembaharuan Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran Sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan A12.1 PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen sebagai bukti kewujudan kontrak Takaful yang sah. Dokumen berkenaan termasuk perkara-perkara berikut: 1. Borang Cadangan 2. Sijil 3. Endorsemen 4. Notis Pembaharuan 5. Bukti bayaran sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan bagi tujuan pelepasan cukai Seksyen 27 Akta Takaful 1984 menyatakan tentang kawalan dan penghantaran borang cadangan, sijil dan risalah pengendali Takaful

240 Amalan Asas Takaful kepada pihak Bank Negara Malaysia. Sebagai tambahan, Seksyen 27 Akta juga menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia akan menjelaskan tentang kod amalan terbaik mengenai diskripsi borang cadangan, sijil dan risalah. A12.2 BORANG CADANGAN Borang cadangan pelan Takaful perubatan dan kesihatan merupakan sebahagian dari kontrak Takaful. Pencadang menandatangani borang cadangan sebagai mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan sepanjang pengetahuannya adalah benar dan betul, dan pengendali Takaful mengeluarkan sijil berdasarkan dari maklumat diatas. Borang cadangan merupakan dokumen yang sangat penting kerana biasanya ia dikepilkan bersama sijil dan menjadi sebahagian dari kontrak Takaful. Oleh yang demikian, pengendali hendaklah mengambil perhatian sepenuhnya terhadap ketepatan isi kandungannya demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pengendali Takaful dan peserta. 12.2.1 Tujuan Borang Cadangan Tujuan diadakan borang cadangan ialah untuk membantu pengendali Takaful mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengunderaitan. Maklumat yang diperolehi dapat membantu pengunderait menilai dengan cepat dan tepat. Dari segi amalan, borang cadangan kerap digunakan untuk menilai perkara yang berkaitan dengan risiko yang mudah, dimana maklumat boleh disediakan dalam format yang tersusun. 12.2.2 Struktur Borang Cadangan Borang cadangan biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian dimana setiap bahagian direka untuk mendapatkan maklumat tertentu. Walaupun bentuk borang cadangan mungkin berbeza antara satu pengendali Takaful dengan pengendali Takaful yang lain,

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 241 kebanyakannya berkisar kepada keperluan memberitahu dan mengemukakan maklumat-maklumat berikut: 1. Bahagian 1 (Maklumat Am), 2. Bahagian 2 (Maklumat Perubatan), Kenyataan atau Laporan Ejen, dan tandatangan semua pihak yang terlibat dalam kontrak berkenaan. Soalan-soalan yang terdapat dalam borang cadangan bukanlah menyeluruh dan pencadang bertanggungjawab untuk mendedahkan semua fakta material walaupun ia mungkin tidak ditanya dalam borang berkenaan. Dibawah Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan, pengendali Takaful bertanggung jawab mengambil langkah-langkah yang sewajarnya membantu pencadang melaksanakan tanggungjawab mendedahkan atau memberitahu maklumat-maklumat penting bagi tujuan penilaian pengunderaitan. 12.2.3 Kandungan Borang Cadangan Berhubung dengan Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan, sub-seksyen 11(a) dan 11(b) menyatakan bahawa pengendali Takaful hendaklah memastikan semua borang cadangan:- 11 (a) memasukkan soalan-soalan khusus yang direka untuk mendapatkan maklumat yang relevan kepada keputusan pengendali Takaful sama ada untuk menerima atau menolak risiko, kadar sumbangan dan syarat-syarat yang dikenakan. 11 (b) secara jelas meminta pencadang mendedahkan apa-apa keadaan lain yang difikirkan penting, tanpa mengira yang pengendali Takaful dengan sebaik mungkin telah merangka soalan yang khusus di bawah perenggan 11 (a) di atas.

242 Amalan Asas Takaful Biasanya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Kenyataan pemberitahuan seperti yang disyaratkan dibawah Akta Takaful 1984 Seksyen 28 Akta Takaful 1984 menghendaki pencadang mendedahkan atau memberitahu secukupnya fakta-fakta yang ia ketahui. Kenyataan tersebut berbunyi Anda dikehendaki menyatakan dalam borang cadangan, keterangan yang lengkap dan jujur mengenai segala fakta yang anda ketahui atau anda sepatutnya mengetahui; sekiranya tidak, sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah. 2. Soalan-soalan am mengenai pencadang Borang cadangan Takaful perubatan dan kesihatan mengandungi soalan-soalan asas mengenai butir-butir peribadi pencadang seperti berikut: a. Nama pencadang bagi tujuan pengenalan diri. Walau bagaimanapun, nama juga dapat memberi petunjuk mengenai aspek risiko yang dicadangkan. Sebagai contoh, nama syarikat biasanya dapat menunjukkan jenis perniagaan yang dijalankan. b. Alamat surat menyurat pencadang c. Alamat tentang risiko. Alamat dapat menyediakan petunjuk tempat kerja pencadang. Maklumat ini penting kerana lokasi yang berisiko tinggi bukan sahaja meningkatkan kemungkinan berlaku kerugian, tetapi juga tahap keterukan kerugian yang akan ditanggung. d. Pekerjaan pencadang. Pekerjaan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza juga. Contohnya, dari perspektif Takaful perubatan dan kesihatan, pekerja di tapak pembinaan dianggap melibatkan pekerjaan yang berisiko tinggi berbanding dengan pekerja pejabat.

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 243 3. Maklumat mengenai insurans / Takaful yang dimiliki sekarang & terdahulu. 4. Soalan-soalan khusus mengenai sejarah perubatan dan kesihatan. Soalan mungkin meliputi perkara-perkara berikut: a. Sejarah keluarga & perubatan b. Tabiat merokok c. Hobi yang merbahaya d. Soalan berkaitan AIDS 5. Dibawah Seksyen 13 garis panduan yang sama, borang cadangan yang digunakan hendaklah mengandungi kenyataan pengisytiharan, yang memasukkan maklumat minimum berikut:- a. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful; b. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan pengendali Takaful; c. Peruntukan keuntungan dan surplus pelaburan kepada peserta; dan d. Peruntukan keuntungan, surplus dan yuran kepada pengendali Takaful. 6. Dibawah fasal pengisytiharan, terdapat peruntukan yang memerlukan tandatangan pencadang berserta tarikh tandatangan. Pencadang perlu menandatangani borang cadangan berkenaan kerana ia menandakan tawaran kontrak tersebut. A12.3 DOKUMEN SIJIL Pengendali Takaful menyediakan dokumen sijil yang menandakan ia adalah bukti bertulis kontrak Takaful. Dalam usaha untuk diterima sebagai keterangan dalam mahkamah undang-undang, sijil Takaful perlu disetemkan selaras dengan peruntukan Akta Setem. Dokumen yang kerap disediakan oleh pengendali Takaful adalah merupakan

244 Amalan Asas Takaful jenis jadual yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berbeza dengan butir-butir risiko tertentu yang dilindungi dimasukkan ke dalam satu bahagian dokumen sijil yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful. 12.3.1 Struktur Dokumen Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan Jadual didalam dokumen sijil dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: 1. Tajuk Di bawah seksyen ini, nama penuh dan alamat berdaftar Pengendali Takaful dicetak dibahagian atas muka surat hadapan. 2. Pendahuluan atau Klausa Kuatkuasa Klausa ini memperkenalkan atau menyebut tentang pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak pengendali Takaful dan peserta. Klausa pendahuluan ini menjadi rujukan sekiranya pelan Takaful keluarga yang dimaksudkan adalah berdasarkan dari borang cadangan berserta perisytiharan. Klausa ini juga menyatakan bahawa peserta telah membayar sumbangan atau telah bersetuju untuk membayar sumbangan sebagai balasan. 3. Klausa Operasi Klausa ini menerangkan tentang kandungan penting kontrak dengan menyatakan peril yang dilindungi dibawah sijil ini dan keadaan-keadaan yang menjadikan pengendali Takaful bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau seumpamanya kepada peserta.

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 245 4. Pengecualian Pengecualian adalah had atau batasan skop perlindungan Takaful. Ia telah menjadi amalan untuk menyatakan semua bentuk pengecualian dibawah satu bahagian yang berasingan di dalam dokumen sijil. Pengecualian disertakan dalam sijil kerana terdapat peril atau kerugian tertentu yang tidak boleh dilindungi di bawah sijil Takaful. Sebelum dokumen sijil berjadual diperkenalkan, pengecualian biasanya dinyatakan dibahagian fasal kuatkuasa dan syarat-syarat. 5. Jadual manfaat Seksyen ini mengandungi semua maklumat bercetak yang berkaitan dengan kontrak berkenaan. Manfaat yang disediakan dibawah sijil ini hendaklah dinyatakan dengan terang dan nyata supaya peserta dapat memahami isi kandungannya serta boleh dijadikan rujukan. Ini biasanya dilakukan dengan menyediakan jadual faedah secara berasingan atau mukasurat khas dalam sijil. Contohnya, dalam sijil Takaful perubatan dan kesihatan, jadual manfaat menyatakan maklumat berikut: nama dan alamat peserta sumbangan nombor sijil tarikh dikeluarkan agensi tarikh lahir peserta tempoh perlindungan Takaful pekerjaan peserta fasal pengecualian tertentu pelbagai jenis dan amaun manfaat

246 Amalan Asas Takaful 6. Klausa Penyaksian (attestation) atau Tandatangan Klausa ini dinamakan sedemikian kerana ia memperuntukkan kepada pengendali Takaful untuk menyatakan tanggungjawabnya. Sijil Takaful ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh pengendali Takaful. 7. Syarat-syarat Dalam kontrak Takaful, syarat-syarat perlindungan berbentuk nyata / tersurat atau tidak nyata / tersirat. Syarat tersirat biasanya berkaitan dengan perkara-perkara berikut: Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak (Utmost Good Faith) Kewujudan kepentingan boleh lindung (insurable interest) Kewujudan perkara pokok produk Takaful, dan Mengenal pasti perkara pokok produk Takaful. Pengendali Takaful akan mencetak syarat-syarat nyata dalam sijil dan memantau perlaksanaan kontrak Takaful. Apabila syaratsyarat nyata tidak dinyatakan, kontrak Takaful akan tertakluk hanya kepada syarat-syarat yang tersirat. Berikut adalah tiga kategori syarat-syarat kontrak yang melibatkan masa sebagai elemen penting:- Syarat-syarat Sebelum Kontrak Untuk memastikan kontrak Takaful sah, terdapat syaratsyarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu kontrak itu mejadi sah. Ia termasuk syarat tersirat seperti Penuh Percaya Mutlak dan kepentingan boleh insurans. Syarat-syarat Semasa Kontrak Untuk memastikan kontrak kekal sah selepas dikeluarkan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 247 yang menghendaki peserta memberitahu pengendali Takaful tentang sebarang perubahan atau pindaan terhadap risiko yang dilindungi adalah contoh syarat-syarat semasa kontrak. Ia meliputi syarat-syarat nyata yang disenaraikan dalam sijil seperti perantaraan, sumbangan, subrogasi dan sebagainya. Syarat-syarat Sebelum Liabiliti Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum pengendali Takaful bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan. Syarat pemberitahuan dalam Takaful kebakaran adalah contoh syarat sebelum liabiliti. 8. Daftar Sijil: Setiap pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 hendaklah mewujudkan dan menyelenggara daftar sijil Takaful dalam bentuk tertentu seperti yang diperuntukkan, dan selain dari perkara yang dikecualikan, daftar sijil hendaklah disimpan di pejabat pengendali Takaful yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Adalah menjadi keperluan undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta Takaful 1984, bahawa pengendali Takaful dikehendaki mengendali dan mengemaskinikan daftar semua sijil yang telah dikeluarkan, dan tiada satu pun sijil berkenaan dikeluarkan dari daftar selagi pengendali Takaful masih menanggung liabiliti keatas sijil berkenaan. Daftar sijil digunakan sebagai rekod rasmi sijil yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful. Daftar polisi boleh disimpan dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau cetakan komputer kerana Akta Takaful 1984 tidak menetapkan bentuk catatan rekod yang khusus bagi tujuan berkenaan. A12.4 ENDORSEMEN Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil dalam bentuk standard meliputi peril tertentu dan mengecualikan yang lainnya. Walau

248 Amalan Asas Takaful bagaimanapun, sekiranya timbul keperluan untuk meminda terma dan syarat sijil, pengendali Takaful akan mengepilkan satu atau lebih memorandum atau endorsemen pada sijil. Endorsemen membentuk sebahagian dari sijil dan merupakan bukti kontrak. Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan dengan mana-mana yang berikut: o o o o o o perubahan amaun manfaat perubahan kepada mana-mana tempoh manfaat maksimum perluasan perlidungan Takaful untuk melindungi tambahan ahli keluarga perubahan risiko pekerjaan pembatalan Takaful pertukaran nama dan alamat peserta A12.5 NOTIS PEMBAHARUAN Untuk produk Takaful Perubatan dan Kesihatan pembaharuan tahunan (biasanya pelan asas), pengendali Takaful biasanya mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh, mengingatkan peserta tentang sijil yang akan tamat tempoh pada tarikh tertentu. Walaupun tiada obligasi dari segi undang-undang bagi pengendali Takaful untuk memberitahu peserta, ia telah menjadi amalan biasa dan dianggap sebagai sebahagian dari urus khidmat pelanggan pengendali Takaful. Notis pembaharuan mengandungi semua butiran penting sijil termasuk: nama peserta nombor sijil tarikh tamat sijil amaun sumbangan tahunan pindaan syarat-syarat sijil (sekiranya berkenaan).

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 249 Pengendali Takaful juga memasukkan nota meminta peserta mendedahkan sebarang perubahan material terhadap risiko sejak tarikh kuatkuasa sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan sijil). Untuk kontrak jangka panjang Takaful Perubatan dan Kesihatan, sumbangan biasanya dibayar berdasarkan kekerapan bayaran yang telah dipersetujui terlebih dahulu, umpamanya bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan. Dalam hal ini, pengendali Takaful akan menghantar notis pemberitahuan sumbangan tiga atau empat minggu sebelum tarikh jatuh bayaran. Sekiranya terdapat bayaran sumbangan yang tertunggak, iaitu tidak dibayar dua atau tiga minggu selepas tarikh jatuh bayaran, pengendali Takaful akan menghantar Notis Peringatan Sumbangan kepada peserta. A12.6 DOKUMEN UNTUK PELEPASAN CUKAI BAGI BAYARAN SUMBANGAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Peraturan percukaian masa kini membenarkan seseorang individu pembayar cukai pemastautin Malaysia menikmati tambahan potongan cukai seperti berikut: Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had maksimum RM 3,000 atas bayaran sumbangan Takaful pendidikan dan Takaful perubatan. Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had maksimum RM 6,000 atas bayaran sumbangan sijil Takaful dan sumbangan kepada skim persaraan yang diluluskan. Tempoh perlindungan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah dalam jangka masa 12 bulan atau lebih. Perbelanjaan yang ditanggung hendaklah yang berkaitan dengan rawatan perubatan disebabkan penyakit, kemalangan atau hilang upaya. Pelan ini mungkin dalam bentuk sijil asas atau sebagai pelan tambahan (rider) kepada sijil Takaful Keluarga. Sekiranya perlindungan dalam bentuk

250 Amalan Asas Takaful pelan tambahan, hanya sumbangan pelan tambahan yang layak mendapat potongan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti bayaran sumbangan bagi melayakkannya mendapat kemudahan potongan cukai. Oleh itu, peserta dinasihatkan untuk menyimpan segala resit bayaran bagi tujuan pengauditan cukai dan pengesahan bayaran.