5. Amaun CashLite minimum yang boleh dipohon atau diluluskan oleh Bank CIMB adalah RM1,

dokumen-dokumen yang mirip
CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

1. Apa produk ini berkenaan?

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Overdraf. November 2017

SYNERGY CARDS SDN BHD

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Submit Your EPF Statement CIMB Bank

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

Transkripsi:

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat CashLite (Kemaskini: 1 Sep 2018) Program CashLite 1. Program CashLite ( Program ) ditawarkan kepada Pemegang Kad prinsipal kad kredit CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) ( Bank CIMB ) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat ini. Kesemua kad Tambahan Bank CIMB, Kad Korporat dan Kad Islam Bank CIMB adalah tidak layak untuk Program ini. 2. Amaun CashLite ( Amaun CashLite ) adalah di sini dirujuk kepada amaun yang akan dikreditkan ke akaun bank yang dipilih oleh Pemegang Kad melalui Program ini. 3. Program ini hanya dibuka kepada Pemegang Kad yang telah dihubungi oleh Bank CIMB untuk menyertai Program atau memberitahu Bank CIMB bahawa mereka ingin menyertai Program ini. Had Minimum dan Maksimum CashLite 4. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit kad kredit Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang Kad untuk Bank CIMB untuk mengambil Amaun CashLite, pada kadar faedah dan tempoh yang ditunjukkan kepada Bank CIMB pada Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Bank CIMB adalah dianggap telah menerima tawaran Pemegang Kad apabila Bank CIMB memberitahu Pemegang Kad secara bertulis Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah di bawah Klausa 16 di sini. Sekiranya Bank CIMB tidak menerima tawaran Pemegang Kad tetapi sebaliknya menawarkan kepada Pemegang Kad Amaun CashLite, kadar faedah dan/atau tempoh yang berbeza, mengikut mana yang berkenaan, Pemegang Kad boleh menerima tawaran balas tersebut secara lisan atau dengan menggunakan Amaun CashLite yang ditawarkan oleh Bank CIMB yang telah dikreditkan ke akaun bank Pemegang Kad yang dirujuk dalam Klausa 18 dan 19 di sini, mengikut manamana yang berlaku sebelum ini. Sebarang perbezaan di antara Amaun CashLite, kadar faedah atau tempoh dipohon dan amaun, kadar faedah atau tempoh akhirnya diluluskan oleh Bank CIMB tidak akan menjejaskan kesahan Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Rujukan kepada Amaun CashLite ini ditafsirkan sebagai merujuk kepada Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang dipohon atau Amaun CashLite yang diluluskan untuk amaun yang berbeza (mengikut mana yang berkenaan). 5. Amaun CashLite minimum yang boleh dipohon atau diluluskan oleh Bank CIMB adalah RM1,000.00. Akaun 6. Apabila permohonan Pemegang Kad untuk Program diluluskan, Amaun CashLite yang telah diluluskan akan dikeluarkan berdasarkan kepada Klausa 18 dan 19 di sini. Penyata Akaun kad kredit Pemegang Kad ("Akaun"), iaitu Akaun yang dipilih oleh Pemegang Kad bagi tujuan kemudahan CashLite akan menggambarkan bahagian utama dan bahagian faedah pembayaran ansuran bulanan ("Pembayaran Bulanan CashLite"). Pembayaran Bulanan CashLite dikira berdasarkan kaedah pembayaran balik baki berkurangan. Amaun yang dibayar kepada Akaun setiap bulan akan menjadi jumlah yang digabungkan Pembayaran Bulanan CashLite dan apa-apa pembayaran yang kena dibayar atas baki kad kredit. 7. Pembayaran Bulanan CashLite akan dicajkan ke penyata kad kredit Pemegang Kad dan mesti dibayar sepenuhnya. Sekiranya Pembayaran Bulanan CashLite tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan CashLite (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata seterusnya. Caj pembayaran lewat adalah dikenakan sebagai ganti rugi dan bukan sebagai penalti dan mesti dibayar sebelumnya, termasuk selepas apa-apa perintah mahkamah atau penghakiman. Caj Kewangan 8. Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan 18% setahun ke atas apa-apa wang yang belum dibayar yang kena dibayar dan masih belum dibayar kepada Bank CIMB di bawah kemudahan CashLite yang dikira berdasarkan baki harian dan CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 1

dipermodalkan pada tarikh matang setiap penyata kad kredit. Caj kewangan akan dicajkan kepada Akaun. Caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata kad kredit seterusnya. Had Kredit 9. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan, ketersediaan had kredit Pemegang Kad akan dikurangkan sementara dengan menyekat amaun yang setara dengan Amaun CashLite yang diluluskan (dan fi pemindahan antara bank ( IBG ) sebanyak RM2.00 sekiranya Pemegang Kad meminta Amaun CashLite dibayar ke akaun bank lain Pemegang Kad), tetapi had kredit akan secara progresif dinaikkan dan disediakan untuk kegunaan Pemegang Kad (atas budi bicara tunggal dan mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan CashLite apabila setiap Pembayaran Bulanan CashLite dibayar dan sehingga pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. 10. Amaun CashLite yang diluluskan akan membentuk sebahagian daripada jumlah ketersediaan had kredit untuk kesemua akaun kad kredit Pemegang Kad Bank CIMB, termasuk akaun kad kredit tambahan dan akan mengurangkan had ketersediaaan kad kredit Pemegang Kad. Pada budi bicara Bank CIMB, ketersediaan had kad kredit akan secara progresif dinaikkan dan disediakan untuk kegunaan Pemegang Kad dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan CashLite apabila dibayar dan sehingga pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. Hak untuk menolak 11. Program ini adalah sah untuk satu tempoh sebagaimana Bank CIMB atas budi bicara mutlaknya tentukan. 12. Sekiranya Bank CIMB menawarkan Program ini kepada Pemegang Kad tetapi mendapati kemudiannya bahawa Pemegang Kad telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat kad kredit mereka ("Perjanjian Kad") atau tidak mempunyai had kredit yang mencukupi, Bank CIMB berhak untuk membatalkan tawaran dibuat dan menarik balik Amaun CashLite yang diberikan. Hak Penolakan 13. Bank CIMB mempunyai hak untuk menolak sebarang baki kredit dalam akaun Pemegang Kad yang dikekalkan dengan Bank CIMB terhadap apa-apa baki tertunggak dalam akaun kad kredit dengan memberikan tujuh (7) hari kalendar notis terlebih dahulu. Apabila notis dikeluarkan kepada Pemegang Kad, Bank CIMB boleh dengan serentak menguntukkan apa-apa wang yang ada dalam akaun Pemegang Kad terhadap baki tertunggak dalam akaun kad kredit. Pembatalan & Pembayaran Awal 14. Untuk pembatalan atau pembayaran awal kemudahan CashLite oleh Pemegang Kad sebelum tarikh luput tempoh yang dipersetujui, Pemegang Kad mesti menghubungi pusat panggilan Bank CIMB dan memberikan Bank CIMB notis terlebih dahulu tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari. Pemegang Kad mesti membayar semula Bank CIMB jumlah baki tertunggak CashLite (iaitu ansuran bulanan tertunggak termasuk caj lewat dan caj kewangan) dan jumlah amaun prinsipal Amaun CashLite yang dihutang di bawah Akaun untuk pembatalan atau pembayaran awal. 15. Setelah pembatalan kemudahan CashLite sebelum tamat tempoh yang dipersetujui, bahagian faedah yang dikira nilai prorata daripada Bayaran Bulanan CashLite ("Faedah Ansuran") akan dikenakan. Ini akan dicerminkan (bersama-sama dengan sebarang fi atau caj) dalam penyata kad kredit bulanan berikutnya dengan segera, bersama-sama dengan sebarang amaun prinsipal tertunggak CashLite. Untuk mengelakkan keraguan, sila rujuk kepada Contoh 1 dan 2 di bawah. CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 2

Contoh 1: Pembatalan sebelum Pembayaran Bulanan Pertama CashLite dibilkan Amaun Cashlite RM5,000.00 Kadar Faedah 9.88% setahun Tempoh 12 bulan Bayaran Bulanan CashLite RM 457.83* Tarikh Kelulusan CashLite 1 Januari 2018 Tarikh Pembatalan CashLite 14 Januari 2018 Tarikh Kitaran Penyata Ahli Kad 20 hari bulan Bulan Amaun Prinsipal Tertunggak CashLite Pembayaran Balik Bulanan Prinsipal Faedah Ansuran Bayaran Bulanan CashLite* 1 5,000.00 381.83 76.00 457.87 2 4,618.17 388.17 69.67 457.83 3 4,230.00 394.50 63.33 457.83 4 3,835.50 400.83 57.00 457.83 5 3,434.67 407.17 50.67 457.83 6 3,027.50 413.50 44.33 457.83 7 2,614.00 419.83 38.00 457.83 8 2,194.17 426.17 31.67 457.83 9 1,768.00 432.50 25.33 457.83 10 1,335.50 438.83 19.00 457.83 11 896.67 445.17 12.67 457.83 12 451.50 451.50 6.33 457.83 * Bayaran Bulanan CashLite untuk bulan pertama mungkin berbeza-beza kerana penggenapan Faedah Ansuran dan/atau amaun prinsipal pembayaran balik bulanan Berdasarkan contoh di atas, jika Ahli Kad memutuskan untuk membuat pembatalan pada 14 Januari 2018 sebelum Pembayaran Bulanan Pertama dibilkan pada 20 Januari 2018 Ahli Kad perlu membayar amaun prinsipal tertunggak CashLite sebanyak RM5,000 dan faedah ansuran pro-rata sebanyak RM34.32. Pengiraan pro-rata Faedah Ansuran CashLite adalah seperti yang digambarkan di bawah: Faedah Bulan Pertama adalah RM76.00 Faedah Ansuran pro-rata = Faedah Ansuran Bulanan (bagi bulan di mana pembatalan dibuat) x Bilangan hari dari tarikh kelulusan CashLite ke tarikh pembatalan CashLite / Bilangan hari pada bulan tersebut = 76.00*14/31 = RM34.32 CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 3

Contoh 2: Pembatalan selepas Bayaran Bulanan Pertama CashLite dibilkan Amaun CashLite RM5,000.00 Kadar Faedah 9.88% setahun Tempoh 12 bulan Bayaran Bulanan CashLite RM 457.83* Tarikh Kelulusan CashLite 1 Januari 2018 Tarikh Pembatalan CashLite 14 Jun 2018 Tarikh Kitaran Penyata Ahli Kad 20 haribulan Bulan Amaun Prinsipal Tertunggak CashLite Pembayaran Balik Bulanan Prinsipal Faedah Ansuran Bayaran Bulanan CashLite* 1 5,000.00 381.83 76.00 457.87 2 4,618.17 388.17 69.67 457.83 3 4,230.00 394.50 63.33 457.83 4 3,835.50 400.83 57.00 457.83 5 3,434.67 407.17 50.67 457.83 6 3,027.50 413.50 44.33 457.83 7 2,614.00 419.83 38.00 457.83 8 2,194.17 426.17 31.67 457.83 9 1,768.00 432.50 25.33 457.83 10 1,335.50 438.83 19.00 457.83 11 896.67 445.17 12.67 457.83 12 451.50 451.50 6.33 457.83 * Bayaran Bulanan CashLite untuk bulan pertama mungkin berbeza-beza kerana penggenapan Faedah Ansuran dan/atau amaun prinsipal pembayaran balik bulanan Berdasarkan contoh di atas, jika Ahli Kad memutuskan untuk membuat pembatalan pada 14 Jun 2018 iaitu selepas Bayaran Bulanan CashLite ke-5 dibilkan pada 20 Mei 2018, Ahli Kad dikehendaki membayar amaun prinsipal tertunggak CashLite sebanyak RM3,027.50 dan Faedah Ansuran pro-rata berjumlah RM35.75. Pengiraan pro-rata Faedah Ansuran CashLite adalah seperti yang digambarkan di bawah: Faedah Ansuran pro-rata = Faedah Ansuran Bulanan 1 x Bilangan hari dari tarikh kitaran penyata 2 sehingga -tarikh pembatalan / Bilangan hari bulan kitaran penyata terakhir = 44.33*25/31 = RM35.75 Nota: 1 Faedah ansuran bagi bulan yang mana pembatalan dibuat. 2 Tarikh kitaran penyata terakhir sebelum pembatalan dibuat. Surat Notifikasi dan Servis Mesej Singkat ( SMS ) 16. Satu surat notifikasi generasi sistem akan dihantar kepada Pemegang Kad memberitahu samada permohonan di bawah Program telah diluluskan. Di mana permohonan telah diluluskan, satu surat notifikasi akan menyatakan Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah yang dicajkan. Di mana permohonan telah ditolak, satu SMS akan dihantar kepada Pemegang Kad. CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 4

17. Apa-apa notis daripada Bank CIMB (termasuk tetapi tidak terhad kepada peringatan atau tuntutan untuk pembayaran balik jumlah yang kena dibayar dan terhutang kepada Bank (sekiranya ada)) boleh diberikan melalui faksimili, e-mel atau lainlain cara komunikasi serta-merta (termasuk sistem mesej singkat (sms)) ke nombor telefon atau alamat e-mel Pemegang Kad yang terakhir diketahui di dalam rekod Bank CIMB. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa apa-apa notis yang dihantar oleh Bank CIMB tidak didedahkan atau diberikan akses kepada mana-mana pihak yang lain ("pendedahan kepada pihak ketiga"). Bank CIMB tidak akan bertanggungjawab atau menanggung rugi ke atas apa-apa rasa malu, kerugian atau kerosakan apa jua pun yang timbul daripada pendedahan kepada pihak ketiga. Pemberitahuan itu boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain seperti yang ditentukan oleh Bank CIMB. Pembayaran 18. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan (di mana CIMB boleh meluluskan keseluruhan atau sebahagian untuk amaun rendah di bawah Klausa 4 di sini), Bank CIMB akan mengkreditkan Amaun CashLite yang telah diluluskan dalam denominasi Ringgit Malaysia ke akaun yang dispesifikasikan oleh Pemegang Kad. Akaun yang diberikan tidak boleh akaun nama bersama. 19. Untuk pengkreditan Amaun CashLite yang telah diluluskan ke akaun bank lain Pemegang Kad, kos IBG RM2.00 setiap transaksi akan dibayar oleh Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk mencajkan RM2.00 untuk setiap IBG seterusnya disebabkan butiran IBG yang tidak sah dan/atau tidak tepat yang diberikan oleh Pemegang Kad. Caj-caj IBG akan dicajkan ke Akaun. Amaun CashLite yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun simpanan/semasa Bank CIMB Pemegang Kad atau ke akaun bank Pemegang Kad yang lain dalam tempoh masa 5 hari bekerja dari hari permohonan. Tiada Mata Bonus atau Rebat Tunai 20. Transaksi yang dikaitkan dengan Program ini adalah tidak layak untuk apa-apa Mata Bonus atau rebat tunai. Peristiwa Keingkaran 21. Sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar Pembayaran Bulanan CashLite untuk 3 bulan berturut-turut tidak kira samada peristiwa keingkaran telah berlaku, Bank CIMB berhak atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa membatalkan Program yang disediakan kepada Pemegang Kad, di mana kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah kemudahan CashLite Pemegang Kad yang merangkumi jumlah tertunggak Pembayaran Bulanan CashLite dan jumlah prinsipal CashLite yang belum dibilkan bersama-sama dengan caj kewangan dan faedah yang dikenakan dan baki kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah Akaun adalah terhutang dan harus dibayar serta-merta, di mana Bank CIMB berhak untuk menuntut sepenuhnya dari Pemegang Kad. Bank CIMB berhak untuk menggunakan haknya di bawah Perjanjian Kad. Permohonan melalui Panggilan Telefon 22. Persetujuan Pemegang Kad yang diperolehi melalui panggilan telefon adalah dianggap bukti konklusif arahan Pemegang Kad untuk memohon kemudahan CashLite di bawah Program dan menerima Amaun CashLite yang diluluskan atas termaterma dan syarat-syarat ini dan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Kad. Hak untuk meminda, undang-undang Malaysia & Perjanjian Kad 23. Bank CIMB menyimpan haknya atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengubah, meminda, memotong atau menambahkan mana-mana terma dan syarat di dalam ini pada bila-bila masa dengan memberikan Pemegang Kad notis terdahulu dua puluh satu (21) hari dan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda akan menjadi sah pada tarikh tersebut di mana Bank CIMB boleh tentukan dan nyatakan di dalam notis. 24. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia. CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 5

25. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tambahan kepada dan tanpa prejudis kepada terma-terma dan syaratsyarat yang dinyatakan pada Perjanjian Kad. Sekiranya terdapat percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian Kad berkenaan Program, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi dan menjadi konklusif. 26. Bank CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa keingkaran berkenaan dengan Program ini disebabkan apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah Bank CIMB. 27. Untuk sebarang bantuan, Pemegang Kad boleh menghubungi Bank CIMB melalui: Unit Resolusi Pelanggan Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce Alamat: No.11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03-6204 7788 Faks: 603-2691 3248 Emel: cru@cimb.com 28. Untuk bantuan dan pembelaan, Pemegang Kad boleh menghubungi di bawah: No 1 2 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Tingkat 8, Maju Junction Mall Alamat: 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Emel: enquiry@akpk.org,my Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK Block D, Bank Negara Malaysia Alamat: Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-21741515 Klausa Privasi 29. Pemegang Kad dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Syarikat Bank CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Kad. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di dalam terma-terma dan syarat-syarat. 30. Sekiranya Pemegang Kad memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di mana Pemegang Kad seorang individu) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Pemegang Kad (di mana Pemegang Kad sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun / kemudahan Pemegang Kad dengan Bank CIMB atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank CIMB, Pemegang Kad (a) mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank CIMB dan untuk Bank CIMB menggunakannya mengikut terma-terma dan syarat-syarat ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank CIMB untuk menamatkan terma-terma dan syarat-syarat ini, sekiranya persetujuan dari mana-mana pihak ketiga tersebut ditarik balik. 31. Di mana Pemegang Kad mengarahkan Bank CIMB untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 6

dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank CIMB dan/atau ejen-ejen Bank CIMB untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Kad, Pemegang Kad bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak Pemegang Kad dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut. 32. Bank CIMB boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa sekarang dan/atau masa hadapan menjalankan rujukan kredit termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan pelaporan kredit / rujukan kredit dengan agensi pelaporan kredit / rujukan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS), Financial Information Services (FIS) dan/atau mana-mana agensi lain dan/atau dari mana-mana institusi kewangan supaya Bank boleh memastikan status Pemegang Kad yang diperlukan untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank CIMB perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio-portfolio Pemegang Kad; dan/atau mendapatkan semula hutang; dan/atau untuk apa-apa tujuan berkenaan dengan akaun/kemudahan di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini. Pemegang Kad akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Pemegang Kad gunakan atau telah gunakan, dan juga sebagai kapasiti pemohon bersama dan berasingan. Bank CIMB juga boleh berkongsi maklumat tentang Pemegang Kad dan bagaimana Pemegang Kad menguruskan akaun/kemudahan Pemegang Kad dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan. 33. Selepas Pemegang Kad memberi maklumat Pemegang Kad kepada Bank CIMB, Pemegang Kad masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank CIMB mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut. 34. Bank CIMB menyimpan hak untuk meminda Klausa Privasi (iaitu Klausa 29 sehingga 37 di sini) dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Pemegang Kad dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web Bank CIMB dan/atau meletak notis-notis di dewan perbankan atau di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam cawangan-cawangan Bank CIMB. 35. Untuk tujuan Klausa Privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat kawalan bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan Bank CIMB hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB. 36. Pemegang Kad seterusnya bersetuju bahawa Bank CIMB tidak akan dalam apa-apa keadaan bertanggungjawab bagi apaapa tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan dan sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti yang timbul, samada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas (termasuk kerosakan secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, turutan atau punitif atau kehilangan keuntungan atau simpanan), dari apa-apa yang tidak tepat atau kehilangan, pembatalan atau pengubahsuaian data atau untuk apa-apa sebab lain berkaitan dengan apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh Bank CIMB kepada pelaporan kredit / agensi-agensi rujukan dan / atau mana-mana pihak lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau berhubung dengan mana-mana akses atau penggunaan, atau ketidakupayaan untuk mengakses atau digunakan oleh agensi pelaporan kredit/rujukan dan/atau mana-mana pihak atau pergantungan lain pada maklumat yang terkandung dalamnya, samada disebabkan oleh apa-apa teknikal, kegagalan perkakasan atau perisian dalam apa jua bentuk, gangguan, kesilapan, peninggalan, kelewatan, virus atau sebagainya. 37. Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada klausa-klausa lain di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini yang berkaitan dengan pendedahan maklumat. Terma-Terma dan Syarat-syarat Bahasa Malaysia 38. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, konflik, kesamaran atau percanggahan di antara teks Bahasa Inggeris atau versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan dibuat oleh Pemegang Kad untuk versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syaratsyarat di dalam ini dan di ambil perhatian dan diakui oleh Bank CIMB di dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 7

terma-terma dan syarat-syarat akan mentadbir Akaun Pemegang Kad, maka versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat akan diguna pakai. CashLite Terma-terma dan Syarat-syarat (Dikemaskinikan Sep 2018) Mukasurat 8