CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG SERTA KELENGKAPAN BARANGAN SEKOLAH AHLI TAWAS SESI TAHUN 2019 ISI KANDUNGAN BIL KETERANGAN MUKA SURAT 1 MAKLUMAT AM TAWARAN 2-3 2 LAMPIRAN A: SPESIFIKASI TEKNIKAL 4-7 3 LAMPIRAN B: BORANG RASMI TENDER 8 4 LAMPIRAN C: RINGKASAN HARGA 9 5 LAMPIRAN D: MAKLUMAT PEMBEKAL 10 6 LAMPIRAN E: NOTA PENTING 11 1
MAKLUMAT AM TAWARAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS) 1. TAJUK : CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG SERTA KELENGKAPAN BARANGAN SEKOLAH AHLI TAWAS SESI TAHUN 2019 2. TARIKH TUTUP : DOKUMEN SEBUTHARGA HENDAKLAH DIKEMBALIKAN KEPADA: YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR ARAS 5, KOMPLEKS BELIA & KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR, JALAN PLATINUM 7/52, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR Selewat-lewatnya pada 24hb Ogos 2018 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat dari masa dan/atau tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima / dilayan. 3. PERHUBUNGAN Segala perhubungan dan pertanyaan mengenai Tender hendaklah dikemukakan menerusi email tender.yawas@gmail.com. Sebarang pertanyaan melalui kaedah lain tidak akan dilayan. 4. KOS DOKUMEN TAWARAN INI Percuma. 5. BORANG RASMI TAWARAN Petender Petender dikehendaki mengisi segala butir-butir yang terdapat di dalam Borang Rasmi Tender di Lampiran A dengan jelas. 6. BORANG KETERANGAN MENGENAI PETENDER Petender-Petender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir-butir yang terdapat di Lampiran D. 2
7. KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD Pihak YAWAS tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada Petender-Petender. Keputusan mengenai Tender yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Tender tidak akan dilayan. 8. PENGHANTARAN Penghantaran item hendaklah dibuat mengikut tempoh serahan yang dinyatakan dalam kontrak syarikat setelah pesanan dikeluarkan. Satu laporan akan dihantar ke Unit Akaun sekiranya syarikat gagal berbuat demikian. 9. HARGA Harga tawaran pembekalan adalah di dalam Ringgit Malaysia termasuk sebarang cukai ke atas barangan tersebut dan lain-lain caj (jika berkenaan). 10. Petender TIDAK SEMESTINYA dipilih untuk menawarkan semua item yang diperlukan di dalam tender. Pemilihan mungkin dibuat berdasarkan keperluan mengikut lokasi penghantaran dan jumlah stok pembekal yang tersedia. 11. Borang yang lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul tertutup dan dilabelkan sebagai Tawaran Bagi Membekal Dan Menghantar Beg Serta Kelengkapan Barangan Sekolah dan dihantar kepada YAWAS sebelum atau pada jam 12:00 tengahari hari Jumaat, 24 hb Ogos 2018 di alamat berikut; YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR ARAS 5, KOMPLEKS BELIA & KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR, JALAN PLATINUM 7/52, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR 3
LAMPIRAN A SPESIFIKASI TEKNIKAL 1. Antara kriteria kritikal yang perlu dipatuhi dalam proses pelantikan pembekal beg dan kelengkapan barangan sekolah bagi tahun 2019 adalah seperti berikut: a) Pembekal merupakan syarikat tempatan. b) Pembekal merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). c) Pembekal berkeupayaan menyediakan beg dan kelengkapan barangan sekolah sebanyak 20,000 unit. d) Pembekal memiliki gudang simpanan di Selangor. e) Pembekal berkeupayaan menghantar stok ke 56 kawasan DUN di seluruh Negeri Selangor. f) Perniagaan syarikat pembekal adalah pengkhususan dalam pembuatan beg sekolah. 2. Pemilihan adalah berdasarkan spesifikasi seperti berikut; I) Beg Sekolah a) Material : Polyester 1680D atau Nylon 1680D atau Polyester Moza b) Saiz : 30cm (L) x 14cm (W) x 46cm (H) c) Cadangan warna : Merah, Biru, Hijau d) Cetakan hadapan beg : Heat transfer / Silk screen (both Laminate PVC) e) Compartment : 4 unit (1 unit bahagian dalam & 3 unit bahagian hadapan beg) 4
II) Set Alat Tulis a) Keterangan barang: Pensil, pembaris, pemadam, peraut pensil, bekas pensil. b) Spesifikasi bekas pensil : i. Material: Plastik ii. Saiz : 21cm (L) x 6.3cm (H) iii. Cadangan warna : Merah, Biru, Hijau iv. Jenis Cetakan: Heat transfer/ Silk screen III) Bekas Makanan (Lunchbox) a) Saiz: 20cm (L) x 12cm (W) x 6cm (H) b) Cadangan warna : Merah, Biru, Hijau c) Jenis Cetakan: Heat transfer (Bahagian atas penutup) 5
IV) Botol Air a) Material: Plastik b) Saiz : 750 ml c) Cadangan warna : Merah, Biru, Hijau d) Jenis Cetakan: Heat transfer (Bahagian badan botol) 4. Pembekal perlu memastikan borang penghantaran bekalan atau delivery order ditandatangani oleh penerima di pejabat Pusat Khidmat DUN yang ditetapkan dalam 4 salinan: a) 1 salinan diserahkan kepada penerima di pejabat Pusat Khidmat DUN. b) 3 salinan disimpan oleh pembekal dimana dua (2) salinan akan diserahkan kepada YAWAS). 6
5. Penghantaran beg dan kelengkapan barangan sekolah ke semua kawasan 56 DUN akan dijalankan bermula pertengahan bulan November 2018. 6. Pembekal yang dipilih perlu mengemukakan sampel beg dan kelengkapan barangan sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki kepada YAWAS sebelum pengesahan pesanan dibuat. 7. Sekiranya pembekal telah dipilih tetapi kelengkapan barangan sekolah yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pembekal perlu bertanggungjawab dan menanggung segala kos yang diperlukan oleh YAWAS sekiranya YAWAS berhasrat untuk meratifikasikan situasi tersebut. 8. Segala kos yang terlibat di dalam pembekalan beg dan kelengkapan barangan sekolah tersebut hendaklah termasuk kos penghantaran, penyimpanan, dan keselamatan. PENTING 1. Pembekal perlu menyediakan beg dan kelengkapan barangan sekolah sebanyak 20,000 unit. 2. Pembekal perlu memastikan beg dibungkus beserta set kelengkapan barangan sekolah sebelum penghantaran dibuat ke pejabat Pusat Khidmat DUN. 3. Pembekal perlu menyediakan tenaga kerja yang mencukupi sewaktu penghantaran stok ke pejabat Pusat Khidmat DUN. 7
LAMPIRAN B BORANG RASMI TENDER Kepada, Jawatankuasa Pemilihan Pembekal Beg & Kelengkapan Barangan Sekolah Ahli TAWAS Sesi 2019, Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Dengan ini kami memahami dan mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam dokumen tawaran bagi: Cadangan Membekal dan Menghantar Beg Serta Kelengkapan Barangan Sekolah Ahli TAWAS Sesi 2019 Nama Petender.. No. I/C :.. Alamat / Cop Syarikat & No. Tel.. Nama Saksi..... No. I/C :.. Alamat / Cop Syarikat & No. Tel...... Tandatangan : Tandatangan :. Tarikh :...... Tarikh :...... 8
LAMPIRAN C RINGKASAN HARGA BIL KETERANGAN 1 CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG 2 CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KELENGKAPAN BARANGAN SEKOLAH: a) Bekas Makanan (Lunchbox) b) Botol Air c) Kotak Pensil & Set Alat Tulis HARGA (RM) SEUNIT MENGIKUT SPESIFIKASI Ringgit Malaysia :......... Tandatangan Penender... Tandatangan saksi Cop syarikat.... Nama Saksi No. K/P : No. K/P :.... No. Tel :.. Tarikh :. Tarikh :... 9
LAMPIRAN D MAKLUMAT AM & LATAR BELAKANG PEMBEKAL Sila isikan Kenyataan Pembekal ini dengan lengkap kerana butir-butir yang diberikan akan dinilai dan dimarkahkan semasa proses analisa tender. 1. KETERANGAN MENGENAI PEMBEKAL 1.1 Nama Pembekal :... 1.2 Alamat Berdaftar Syarikat...... 1.3 Alamat Surat Menyurat........ 1.4 Tarikh Syarikat Ditubuhkan :... 1.5 Nombor Pendaftaran : 1.5.1 Perniagaan.... Tempoh sah pendaftaran Dari hingga. 1.6 Nombor Telefon :. 1.7 Nombor Faks :. 10
LAMPIRAN E PENTING PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DIMASUKKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN TAWARAN Petender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambilkira keupayaan Petender untuk melaksanakan tawaran yang ditenderkan. Keupayaan Petender akan dinilai berasaskan pematuhan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Petender dikehendaki :- Untuk membolehkan penilaian ini dibuat, Petender-Petender diwajibkan untuk mengemukakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dokumen tendernya:- 1. Profil Syarikat 2. Surat Pendaftaran Perniagaan. Adalah dimaklumkan bahawa penghantaran sebarang dokumen yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diminta tidak akan diambil kira. Ini akan menjejaskan penilaian terhadap Petender-Petender. TAMAT 11