SOALAN-SOALAN LAZIM. 1. Apakah program pembiayaan yang dilaksanakan di bawah Program MyBrain15?

dokumen-dokumen yang mirip
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

PANDUAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN (LEPASAN SEKOLAH)

1. Lampirkan sesalinan dokumen yang bertanda ( * ) bersama-sama borang permohonan ini. Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SENARAI SEMAK 4. LIMA (5) SET DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU YANG TELAH DIMETERIKAN 6. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN PERTAMA & KEDUA


1. PENGENALAN 2. TUJUAN

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN APRIL, MAY & JUN 2013 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA ( Untuk kegunaan kepada pelajar yang berhasrat mengikuti program pengajian di luar negara )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA (TPSEPK)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

Jalan Serawak, Taman Bukit Kubu Jaya, Kuala Perlis Tel : Faks :

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2017

LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

(Borang ini perlu diserahkan kembali kepada pemohon selepas didapati lengkap dan mendapat pengesahan Pihak Zakat)

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN JULAI 2012 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERMOHONAN SKIM FELLOW

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KULIAH HUJUNG MINGGU)

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

UKM-SPKP-JP-PK06-BO01 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/02/2013 PERMOHONAN CUTI BELAJAR / TAJAAN. 1. SENARAI SEMAK Nama: UKM(PER) / Kad Pengenalan:

TARIKH : 21 September 2016 DARIPADA : UNIT PINJAMAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR KEPADA : SEMUA PELAJAR. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PERMOHONAN HADIAH LATIHAN CUTI BELAJAR

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salinan Kad Matrik Salinan Kad Pengenalan Salinan keputusan peperiksaan yang terkini

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

TAWARAN BIASISWA PENUH PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2018

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERUBATAN

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN S.EPARUH MAS A MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PERMOHONAN SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM) (UTMLEAD/SLAM/01/2015)

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transkripsi:

SOALAN-SOALAN LAZIM 1. Apakah program pembiayaan yang dilaksanakan di bawah Program MyBrain15? Program MyBrain15 terdiri daripada MyMaster dan MyPhD. 2. Siapakah yang layak memohon MyMaster dan MyPhD? Pemohon mestilah; i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; ii. Kakitangan swasta; iii. Pensyarah IPTS & iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) 3. Adakah penjawat awam/badan berkanun/ipta (berstatus tetap) layak memohon MyMaster dan MyPhD? Maaf, pada masa ini penjawat awam/badan berkanun/ipta adalah tidak layak memohon dua program ini. 4. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyMaster? Pemohon mestilah memiliki: i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00-4.00 atau setara; atau ii. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan mendapat Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); 5. Berapakah had umur yang layak menerima pembiayaan ini? Pemohon mestilah Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016. 6. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyPhD? Pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00-4.00 atau setara; Soalan Lazim MyBrain15/2016 1

7. Adakah pelajar boleh memohon MyBrain15 jika belum menerima surat tawaran rasmi dari IPT? Maaf, tidak boleh. Sebelum memohon MyBrain15, pelajar terlebih dahulu perlu memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan mendapat surat tawaran rasmi/tawaran penuh untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dari IPT. 8. Adakah pelajar tajaan MyMaster boleh menerima biasiswa atau pembiayaan lain? Pelajar yang telah ditaja MyMaster tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada IPT masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh. Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh. 9. Adakah pelajar tajaan MyPhD boleh menerima biasiswa atau pembiayaan lain? Pelajar yang telah ditaja MyPhD tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap tidak boleh menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran dan elaun pembantu penyelidik siswazah). Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh. 10. Adakah pelajar tajaan MyBrain15 boleh menerima pinjaman pelajaran MARA? Pinjaman pelajaran MARA adalah berbentuk pinjaman boleh ubah. Oleh itu, tidak termasuk dalam pengecualian yang diberikan oleh Kementerian. MARA juga tidak membenarkan pelajar tajaannya menerima biasiswa atau penajaan lain termasuklah MyBrain15. 11. Apakah mod pengajian yang disyaratkan untuk memohon MyMaster dan MyPhD? Semua kategori, pemohon perlu mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja. 12. Adakah pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon MyBrain15? Ya, layak memohon jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan. Soalan Lazim MyBrain15/2016 2

13. Adakah pelajar yang mengikuti pengajian Sarjana dan PhD di IPT luar negara layak untuk memohon MyBrain15? Maaf, tidak layak memohon. MyBrain15 hanya menaja pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PhD di IPTA dan IPTS dalam negara sahaja. Senarai IPTA dan IPTS tersebut boleh didapati di laman web MyBrain15. 14. Adakah pelajar bertaraf penduduk tetap (PR) Malaysia layak memohon MyBrain15? Maaf, tidak layak memohon. MyBrain15 terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. 15. Apakah bentuk pembiayaan yang layak diterima oleh pelajar tajaan MyMaster? Pelajar layak dibayar yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM10,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Pelajar juga layak dibayar elaun bantuan tesis jika masih mempunyai baki daripada jumlah yuran yang diperuntukan. 16. Apakah bentuk pembiayaan yang layak diterima oleh pelajar tajaan MyPhD? Pelajar layak dibayar yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Pelajar juga layak dibayar elaun bantuan tesis dan jurnal jika masih mempunyai baki daripada jumlah yuran yang diperuntukan. Jika tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa, pelajar layak menerima elaun sara hidup sebanyak RM2,300 sebulan (pelajar tajaan bawah RMK10) dan RM1,800 sebulan (pelajar tajaan tahun 2016). 17. Apakah bidang tajaan MyMaster dan MyPhD? Semua bidang pengajian. 18. Bagaimanakah tempoh pembiayaan MyBrain15 ditetapkan? Tempoh tajaan MyBrain15 dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi pelajar yang belum memulakan pengajian. Jika pelajar memohon MyBrain15 di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya. 19. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon MyMaster? Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan; Salinan transkrip Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT berstatus penuh (tidak bersyarat); Research proposal yang telah disahkan oleh penyelia (wajib bagi mod penyelidikan); dan Soalan Lazim MyBrain15/2016 3

Borang Pengesahan Maklumat Pemohon yang perlu dimuat turun dari laman web MyBrain15 dan dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam borang tersebut. 20. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon MyPhD? Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: Salinan kad pengenalan pemohon; Research proposal yang telah disahkan oleh penyelia mengikut format yang telah ditetapkan oleh Bahagian Biasiswa, KPT (wajib bagi mod penyelidikan); Salinan transkrip Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda; Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT berstatus penuh (tidak bersyarat); dan Borang Pengesahan Maklumat Pemohon yang perlu dimuat turun dari laman web MyBrain15 dan dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam borang tersebut. 21. Bagaimanakah cara untuk memohon MyBrain15? Permohonan MyMaster dan MyPhD perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/mybrain15/v2/index.php. Permohonan secara manual tidak akan diterima. 22. Pelajar gagal memohon kerana masih dalam tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Apakah yang perlu dilakukan? Kebiasaanya pelajar berkenaan pernah ditaja oleh Bahagian Biasiswa di bawah skim lain, sebagai contoh Bajet Mini 2009 dan pelajar tidak memaklumkan Bahagian Biasiswa beliau telah tamat belajar. Oleh itu, pelajar perlu memaklumkan Bahagian Biasiswa dengan mengemukakan skrol pengijazahan dan transkrip penuh pengajian atau surat pengesahan tamat pengajian oleh pihak IPT. Pelajar akan dibenarkan memohon selepas rekod dikemaskini. 23. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah saiz dokumen terlalu besar semasa upload? Sila compress dokumen pdf tersebut dengan menggunakan aplikasi berikut sehingga mencapai saiz yang ditetapkan: http://docupub.com/pdfcompress/ atau http://convert.neevia.com/pdfcompress/ 24. Adakah pelajar perlu mencetak Borang Permohonan MyMaster/MyPhD yang dibuat secara atas talian (Online) tersebut? Ya, pemohon yang berjaya perlu mencetak dan menandatangani Borang Permohonan MyMaster/MyPhD tersebut dan dikemukakan bersama-sama dokumen lain dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran Program MyMaster/MyPhD. Soalan Lazim MyBrain15/2016 4

25. Bilakan keputusan permohonan MyMaster dan MyPhD akan dimaklumkan? Keputusan permohonan MyMaster dan MyPhD akan dimaklumkan dalam masa 7 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Program MyBrain15. 26. Bagaimanakah keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon? Pelajar akan dimaklumkan melalui emel dan sistem pesanan ringkas (sms). Oleh itu, setiap pelajar perlu memastikan alamat emel dan no telefon bimbit yang diisi di dalam sistem permohonan atas talin adalah terkini dan aktif. Pelajar juga dinasihatkan untuk menyemak laman web MyBrain15 dari semasa ke semasa. 27. Adakah pelajar perlu kemukakan salinan hardcopy selepas permohonan online dibuat? Tidak perlu. Pemilihan akan dibuat berdasarkan kepada dokumen dan maklumat yang dimuat naik dalam sistem permohonan online sahaja. Oleh itu, sila pastikan permohonan adalah lengkap dan betul sebelum pemohon menekan butang sah dan hantar. Sebarang pembetulan selepas pengesahan penghantaran dibuat adalah tidak boleh dipinda sehingga keputusan diumumkan. 28. Jika berjaya mendapat tawaran, apakah yang pelajar perlu lakukan? Pelajar dinasihatkan untuk melaksanakan perkara berikut: Sila baca dan faham setiap syarat dan terma yang terkandung dalam surat tawaran dan perjanjian; Sila serahkan satu (1) salinan surat tawaran kepada Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelewatan tuntutan yuran pengajian oleh pihak Bendahari IPT; Sila kemukakan semua dokumen yang diperlukan seperti salinan perjanjian, kad pengenalan, transkrip, research proposal, borang maklumat bank, dsb (rujuk borang senarai semak dokumen tawaran MyBrain15) kepada Bahagian Biasiswa dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran terbatal; Sila rujuk garis panduan mengisi perjanjian di laman web MyBrain15 bagi memastikan perjanjian dilengkapkan dengan sempurna. Perjanjian yang bermasalah akan dikembalikan kepada pelajar dan akan menyebabkan kelewatan pembayaran yuran pengajian dan elaun sara hidup (ESH); dan Sila pastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa. Pelajar boleh semak status bayaran melalui lejer online https://biasiswa.mohe.gov.my/mybrain15/v2/index_login.php 29. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa? Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: Salinan Surat Tawaran Program MyMaster/MyPhD; Satu (1) keping gambar pemohon berukuran passport; Borang Permohonan Online MyMaster/MyPhD yang telah diitandatangani; Soalan Lazim MyBrain15/2016 5

Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan; Research proposal yang telah disahkan oleh penyelia (wajib bagi mod penyelidikan); Salinan transkrip akademik tertinggi (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana) yang telah disahkan; Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT yang telah disahkan; Borang Pengesahan Maklumat Pemohon Program MyBrain15 yang telah dilengkapkan; Slip/dokumen pengesahan pendaftaran pengajian di IPT (bagi MyPhD kategori P1 sahaja); Tiga (3) set Perjanjian yang telah dilengkapkan dan dimatikan setem; Satu (1) salinan Kad Pengenalan penjamin yang telah disahkan; dan Borang Maklumat Bank dan salinan muka depan buku akaun/penyata Bank Islam yang telah disahkan (bagi MyPhD kategori P1 sahaja). 30. Siapakah yang layak menjadi saksi kepada pelajar dan penjamin? Saksi mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Senarai saksi adalah seperti berikut: (i) Penjawat awam/badan berkanun yang menjawat jawatan tetap daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas). Contoh pegawai badan berkanun adalah Pensyarah, Pendaftar dan Bendahari di IPTA; (ii) Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) yang mempunyai cop jawatan rasmi; dan (iii) Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret dan Peguam yang berkhidmat dengan Kerajaan sahaja. 31. Siapakah yang layak menjadi penjamin kepada pelajar? Penjamin mestilah memenuhi syarat seperti berikut: (i) Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; (ii) Pendapatan mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan; (iii) Hendaklah seseorang yang tidak muflis/bankrap/mempunyai rekod jenayah; dan (iv) Penjamin hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun kecuali ibu bapa atau penjaga yang sah. 32. Organisasi manakah yang layak untuk mematikan setem hasil bagi dokumen perjanjian? Setem hasil boleh dimatikan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 33. Berapa lamakah proses pembayaran elaun sara hidup (ESH) MyPhD? ESH akan diproses selepas semua dokumen seperti salinan perjanjian, kad pengenalan, transkrip, research proposal, borang maklumat bank, dsb. lengkap diterima dan biasanya mengambil masa 2 hingga 3 bulan dari tarikh surat tawaran. Soalan Lazim MyBrain15/2016 6

34. Bilakah yuran pengajian akan dibayar? Bayaran yuran akan diproses selepas semua dokumen seperti salinan perjanjian, kad pengenalan, transkrip, research proposal, dsb. lengkap diterima dan selepas Bahagian Biasiswa menerima invois daripada Bendahari IPT. 35. Bagaimanakah pembayaran yuran pengajian akan dibuat kepada pelajar? Yuran pengajian akan dibayar oleh Bahagian Biasiswa terus kepada pihak IPT setelah menerima tuntutan/invois daripada pihak Bendahari IPT. Bayaran yuran tidak akan dibuat kepada pelajar. 36. Jika pelajar telah membuat bayaran yuran kepada IPT, adakah yuran tersebut boleh dituntut semula dan apakah prosedurnya? Ya, boleh dituntut semula jika yuran tersebut termasuk dalam tempoh pembiayaan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, pelajar perlu membuat tuntutan bagi yuran tersebut dengan pihak Bendahari IPT yang seterusnya akan mengemukakan invois ke Bahagian Biasiswa. Pembayaran yuran akan dibuat kepada pihak IPT sahaja dan bukan kepada pelajar. 37. Jika tempoh pembiayaan telah tamat tetapi masih ada baki daripada peruntukan yang ditetapkan, adakah baki tersebut akan dibayar kepada pelajar? Bayaran yuran pengajian, elaun bantuan tesis dan elaun bantuan jurnal dibuat berdasarkan kepada siling peruntukan yang telah ditetapkan dan juga tempoh pembiayaan. Oleh itu, jika terdapat baki daripada peruntukan, baki tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar. 38. Adakah pelajar tajaan MyPhD perlu bekerja dengan Kerajaan selepas menamatkan pengajian? Pelajar MyPhD tidak terikat untuk bekerja dengan Kerajaan selepas menamatkan pengajian. Sebaliknya, mereka hanya dikehendaki untuk berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama 5 tahun. Oleh itu, mereka boleh bekerja di sektor awam atau swasta. 39. Apakah prosedur untuk membuat tuntutan elaun bantuan tesis? Elaun bantuan tesis hanya boleh dituntut jika peruntukan yuran masih berbaki serta setelah tesis disahkan lengkap dan selepas viva. Tuntutan boleh dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dengan mengemukakan dokumen berikut ke Bahagian Biasiswa: Borang tuntutan elaun bantuan tesis yang telah dilengkapkan; Satu (1) salinan tesis (hard cover); Borang Maklumat Bank beserta slip mengandungi nombor akaun bank; Salinan surat pengesahan tamat pengajian daripada pihak IPT; Salinan transkrip penuh dan skrol pengijazahan (jika telah konvokesyen); dan Salinan transkrip dan keputusan peperiksaan semester akhir (jika belum konvokesyen). Soalan Lazim MyBrain15/2016 7

40. Adakah pelajar mod kerja kursus layak membuat tuntutan elaun bantuan tesis? Maaf, tidak layak. Elaun bantuan tesis layak diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara mod penyelidikan dan mod campuran sahaja. Bahagian Biasiswa akan merujuk kepada surat tawaran rasmi IPT dan bukannya kepada pengakuan pelajar. 41. Apakah prosedur untuk membuat tuntutan elaun bantuan jurnal? Elaun bantuan jurnal hanya boleh dituntut jika peruntukan yuran masih berbaki serta setelah jurnal diterbitkan. Pelajar boleh membuat tuntutan lebih daripada satu (1) jurnal dan tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dengan mengemukakan dokumen berikut ke Bahagian Biasiswa: Borang tuntutan elaun bantuan jurnal yang telah dilengkapkan; Salinan jurnal (hardcopy); Resit asal bayaran atas nama pelajar; dan Borang Maklumat Bank beserta slip mengandungi nombor akaun bank. 42. Berapa lamakah proses pembayaran elaun tesis dan jurnal? Elaun tesis dan jurnal akan diproses selepas semua dokumen lengkap diterima dan biasanya mengambil masa 2 hingga 3 bulan dari tarikh permohonan diterima. Sekiranya permohonan adalah tidak lengkap Kementerian akan memaklumkan hal ini kepada pemohon. 43. Adakah pelajar layak memohon pelanjutan? Maaf, tidak layak. Mulai 1 Januari 2016, pelajar tajaan MyBrain15 adalah tidak layak untuk memohon pelanjutan tempoh penajaan. 44. Adakah pelajar dibenarkan untuk membuat pertukaran kursus, peringkat pengajian, mod pengajian, IPT, tajuk penyelidikan atau penangguhan pengajian? Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran kursus, peringkat pengajian, mod pengajian, IPT, tajuk penyelidikan atau penangguhan pengajian tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian Biasiswa. Sebarang permohonan perlu dibuat secara bertulis dan mempunyai justifikasi yang kukuh serta disokong oleh dokumen sokongan yang sesuai. Kegagalan pelajar untuk mendapatkan kelulusan boleh menyebabkan pembiayaan yang diberikan ditamatkan dan pelajar akan dikehendaki untuk membayar balik apa-apa kos yang telah dibayar oleh Kementerian. 45. Adakah pelajar kategori Kakitangan Swasta/Pensyarah IPTS/Kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Universiti Awam yang berstatus kontrak/sambilan/sementara boleh membuat pertukaran kategori kepada Orang Awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap? Maaf, tidak layak. Mulai Januari 2016, pelajar tajaan MyBrain15 adalah tidak layak untuk memohon Permohonan pertukaran kategori pemohon. Soalan Lazim MyBrain15/2016 8

46. Adakah pelajar tajaan Program MyMaster boleh membuat pertukaran (naik taraf) terus kepada Program MyPhD? Ya pelajar layak untuk memohon pertukaran, dimaklumkan bahawa bagi permohonan untuk pertukaran/dinaik taraf daripada MyMaster ke MyPhD, proses pertukaran tersebut akan dibuat secara terus oleh Bahagian Biasiswa dan anda tidak perlu untuk memohon kembali sebagai pemohon MyPhD, akan tetapi: i. Sekiranya anda telah mendapat pembiayaan MyMaster sebelum ini, tempoh tajaan bagi MyPhD hanya melibatkan tempoh tajaan berbaki dari tempoh tajaan MyMaster sebelum ini dan Perjanjian Tambahan akan dibuat bersama dengan pelajar, Bahagian Biasiswa dan penjamin. Sebagai contoh tempoh pembiayaan MyMaster yang anda telah mendapat tajaan ialah selama 12 bulan (2 sem). Maka, tempoh tajaan berbaki bagi MyPhD ialah 36 bulan (maksimum penajaan MyPhD) ditolak dengan 12 bulan tersebut, baki tempoh tajaan yang diperolehi hanya 24 bulan (4 sem) sahaja. ii. Pilihan yang ada ialah sama ada anda: a) Meneruskan pembelajaran Master sehingga tamat dan selepas itu memohon semula bagi mendapatkan tajaan MyPhD (sehingga maksimum penajaan 36 bulan) atau; b) Memohon untuk menaik taraf dan mendapat tempoh tajaan berbaki. Permohonan ini memerlukan: Surat fomal daripada anda bagi permohonan ini; surat pengesahan bagi pertukaran / penaikan taraf daripada pihak IPT anda;dan kajian penyelidikan (proposal) yang baru bagi program PhD; dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada). 47. Adakah pelajar perlu menghantar research proposal yang baru jika membuat pertukaran tajuk penyelidikan? Ya, pelajar perlu mengemukakan research proposal baru yang telah disahkan oleh penyelia ke Bahagian Biasiswa. 48. Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, adakah yuran pengajian dan ESH akan dibayar kepada pelajar? Bahagian Biasiswa tidak akan membuat apa-apa bayaran yuran pengajian dan ESH semasa dalam tempoh penangguhan. Jika bayaran telah dibuat, IPT dan pelajar akan dikehendaki untuk membuat bayaran balik ke Bahagian Biasiswa. 49. Adakah pelajar tajaan MyBrain15 layak untuk membuat tuntutan bagi kos pembentangan kertas kerja di mana-mana persidangan sama ada dalam atau luar negara? Maaf, tidak layak kerana kos tersebut tidak termasuk dalam pembiayaan yang diluluskan. Soalan Lazim MyBrain15/2016 9

50. Adakah pelajar dibenarkan membuat penyelidikan sangkutan di luar negara? Pelajar perlu memohon kebenaran secara bertulis dengan Bahagian Biasiswa. Walau bagaimanapun, sebarang perbelanjaan bagi penyelidikan sangkutan tersebut tidak termasuk dalam pembiayaan yang diluluskan. 51. Bilakah Laporan Kemajuan Pelajar perlu dikemukakan ke Bahagian Biasiswa Laporan tersebut perlu dikemukakan ke Bahagian Biasiswa setiap kali berakhirnya sesuatu semester. Bahagian Biasiswa berhak untuk tidak membayar yuran dan ESH jika pelajar gagal mengemukakan laporan tersebut dalam tempoh yang sepatutnya. 52. Apakah perkara yang boleh menyebabkan Perjanjian MyMaster ditamatkan? a. Melanggar syarat tawaran dan terma Perjanjian, antaranya seperti berikut: Memalsukan maklumat semasa memohon; Menerima jawatan sebagai penjawat awam/badan berkanun; Menarik diri atau berhenti dari meneruskan pengajian; Menangguh pengajian tanpa kebenaran; Ditamatkan pengajian oleh pihak IPT; Gagal dalam pengajian; dan Menerima biasiswa lain. 53. Apakah perkara yang boleh menyebabkan Perjanjian MyPhD ditamatkan? a. Melanggar syarat tawaran dan terma Perjanjian, antaranya seperti berikut: Memalsukan maklumat semasa memohon; Menerima jawatan sebagai penjawat awam/badan berkanun; Berhenti dari meneruskan pengajian; Ditamatkan pengajian oleh pihak IPT; Gagal dalam pengajian; Menerima biasiswa lain; dan Berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian. 54. Jika pelajar ingin menamatkan pembiayaan, apakah yang perlu dilakukan? Adakah beliau akan dikenakan tindakan ganti rugi? Pelajar perlu memaklumkan Bahagian Biasiswa secara bertulis. Pembiayaan pelajar akan ditamatkan dan beliau akan dikehendaki membayar balik kos yang telah dibayar oleh Kementerian. Jika gagal, tindakan perundangan akan diambil dan pelajar juga tidak akan ditaja di bawah program/skim penajaan Kementerian yang lain sehingga bayaran dibuat. Soalan Lazim MyBrain15/2016 10

55. Adakah pelajar yang berjaya menerima pembiayaan MyBrain15 perlu menjelaskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)? Ya, pelajar perlu menjelaskan bayaran minimum Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi membolehkan pelajar menerima atau menolak tawaran pembiayaan MyMaster/MyPhD. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Surat Tawaran MyMaster/MyPhD tidak boleh dicetak secara atas talian. 56. Berapa lamakah masa yang diambil selepas menjelaskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)? Pelajar-pelajar yang menjelaskan bayaran minimum PTPTN boleh mencetak Surat Tawaran MyMaster/MyPhD dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) selepas bayaran dibuat (tertakluk kepada semakan PTPTN). Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Putrajaya 26 Februari 2016 Soalan Lazim MyBrain15/2016 11