KELEBIHAN KAABAH DAN MAKKAH

dokumen-dokumen yang mirip
JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya.

Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan. berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

LALUAN KEHIDUPAN

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

SUNNAH NABI. Dan dikuatkan dengan Hadist dari Imam Bukhari disalah satu bab yaitu: sunnahnya berwudhu sebelum mandi

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur

Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Fatwa Seputar Badal Haji dan Umrah. Serta Hukum Melaksanakan Umrah Berkali-Kali Bagi Jama'ah Haji Saat Berada di Makkah

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

Sejumlah ulama berpendapat bahwa menjalankan shalat berjamaah mengandung banyak nilai kebaikan, diantaranya berikut;

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Barangsiapa yang dikaruniai seorang anak, lalu ia menyukai hendak membaktikannya (mengaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya.

Puasa sesuai Al Qur'an dan Hadist

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

FIQH THAHARAH. (Bersuci) Oleh : Agus Gustiwang Saputra. Bersuci (menurut Bahasa) adalah : Bersih (Suci) dan terlepas dari kotoran

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orangorang yang ruku (Al Baqarah : 43)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Kekhususan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Yang Tidak Dimiliki Oleh Umatnya

Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor : 33 Tahun 2011 Tentang HUKUM PEWARNA MAKANAN DAN MINUMAN DARI SERANGGA COCHINEAL

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Kitab Tentang Sumpah (Qosamah), Kelompok Penyamun, Kisas Dan Diyat 1. Qasamah (sumpah)

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

PEMBUKAAN KOTA MEKAH


Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM

Keutamaan Bersegera Menunaikan Shalat

Adab di Dalam Rumah. Penyusun : Majid bin Su'ud al- Ausyan. Terjemah : Muzafar Sahidu bin Mahsun Lc. Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

ANALISIS HADITH MENGENAI HAIWAN FASIQ DALAM AL-KUTUB

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Kekeliruan-Kekeliruan Umat Islam di Hari Jumat

BUKU PANDUAN RINGKAS IBADAH UMRAH. EDARAN PERCUMA v2.0

1. Di surga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

Apa itu Nadzar dan Sumpah? NADZAR DAN SUMPAH

BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR

Anuraga Jayanegara Tanda-tanda kiamat Tanda-tanda kiamat

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA. Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 52 Tahun 2012 Tentang HUKUM HEWAN TERNAK YANG DIBERI PAKAN DARI BARANG NAJIS

Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Kitab Haiwan Buruan, Haiwan Sembelihan Dan Haiwan Yang Boleh Dimakan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

45. Hukum orang yang bercukur sebelum berkurban atau berkurban sebelum melontar jumrah

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Lailatul Qadar. Rasulullah SAW Mencontohkan beberapa amal khusus terkait Lailatul Qadar ini, di antaranya:

1. Kewajiban mandi Jumaat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Transkripsi:

KELEBIHAN KAABAH DAN MAKKAH MAKKAH ADALAH TANAH HARAM. Sabda Rasulullah SAW pada hari pembukaan kota Makkah: Sesungguhnya Makkah ini telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai Tanah Haram pada hari Dia menjadikan langit dan bumi. Makkah adalah Tanah Haram dengan pengharaman Allah SWT sehingga hari Kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8 H). Makkah adalah Tanah Haram dengan pengharaman Allah sehingga ke hari Kiamat. Tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. Berkata al-abbas (bapa saudara Rasulullah SAW): Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah: Kecuali Izkhir. Hadith Riwayat Muslim NABI IBRAHIM MENGISYTIHARKAN TANAH HARAM MAKKAH. Abdullah bin Zaid berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah seperti Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim AS berdoa untuk Makkah. Hadith Riwayat Bukhari & Muslim SOALAN 1: APAKAH KEDUDUKAN MAKKAH DISISI ALLAH DAN NABI? SEBAIK-BAIK NEGERI DAN TEMPAT YANG PALING DISAYANGI OLEH ALLAH SWT DAN RASULNYA. Abdullah bin Adi RA berkata: Aku melihat Rasulullah SAW berdiri di Hazwarah dan bersaba: Demi Allah! Sesungguhnya Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang sangat disayanginya, kalau aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar. Hadith Riwayat at-tarmizi

ANCAMAN DARIPADA MELAKUKAN ILHAD (KEJAHATAN) DI TANAH HARAM. Ibnu Abbas RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tiga golongan manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah; 1. Orang yang melakukan Ilhad (kejahatan) di Tanah Haram. 2. Orang yang mahu mengekalkan amalan jahiliyyah dalam Islam. 3. Orang yang menuntut darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya. Hadith Riwayat Bukhari DOSA BERTAMBAH JIKA DILAKUKAN DI MAKKAH. Umar RA berkata: Lebih baik bagiku melakukan tujuh puluh dosa di Rukiyah (di luar Makkah daripada melakukan satu di dalam Makkah). SOALAN 3: APAKAH KELEBIHAN MAKKAH? Abdullah bin Zubair menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid). Hadith Riwayat Ahmad Disebut dalam riwayat lain: Solat di Baitul Maqdis pahala 500 kali ganda daripada masjid lain. Hadith Riwayat al- Bazzar KELEBIHAN TAWAF. Berkata Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) tujuh pusingan genap, adalah pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba. Dan aku juga mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak meletakkan kaki (orang yang Tawaf) dan tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah SWT menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satu kebajikan. Hadith Riwayat at- Tarmizi

RAHMAT TURUN KE ATAS KAABAH SETIAP HARI. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seratus dua puluh rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan setiap malam; 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang solat dan 20 untuk mereka yang hanya melihat Kaabah. Hadith Riwayat at- Thabrani HAJARUL ASWAD MENJADI SAKSI DI AKHIRAT. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa tatkala berbincang mengenai batu hitam, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat. Ia akan mempunyai dua biji mata yang mana ia dapat melihat dan lidah di mana ia dapat bercakap, menjadi saksi bagi setiap orang yang telah menyentuhnya (atau menciumnya) dengan kebenaran (dan keimanan). DOSA MANUSIA MERUBAH WARNA HAJARUL ASWAD. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hajarul Aswad diturunkan daripada syurga, mempunyai warna yang lebih putih daripada susu. Dosa-dosa anak Adam (manusia) menyebabkannya menjadi hitam. RUKUN AL- YAMANI DIJAGA TUJUH PULUH MALAIKAT. Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tujuh puluh malaikat ditugaskan ke atas rukun Al- Yamani. Apabila seorang berkata: Ya Allah, ampunilah aku dan berikanlah keselamatan daripada bahaya dan dosa di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Maka mereka akan berkata: Amin. Hadith Riwayat Ibnu Majah MULTAZAM TEMPAT DOA DITERIMA. Ibnu Abbas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Multazam adalah sebuah tempat di mana doa-doa daripada hambanya diterima. Barangsiapa berdoa kepada Allah SWT pada tempat ini, Allah akan memakbulkan doanya. HIJR TEMPAT MAKBUL DOA (KAWASAN KAABAH TIDAK BERDINDING). Aisyah RA meriwayatkan bahawa beliau berkata: Aku ingin sekali memasuki Kaabah untuk melakukan solat di dalamnya. Rasulullah SAW membawaku

dengan memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijr seraya bersabda: Bersolatlah di Hijr sekiranya kamu hendak masuk ke Kaabah kerana ia sebahagian daripadanya. Sesungguhnya orang-orang Quraisy telah meninggalkan bahagian Kaabah ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah. Hadith Riwayat Abu Daud AIR ZAM-ZAM MEMENUHI HASRAT. Jabir RA berkata aku mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: Air zamzam adalah untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya. Hadith Riwayat Ibnu Majah Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zam-zam. Dalamnya terdapat zat makanan dan penyembuh penyakit. Hadith Riwayat at-thabrani ADAB MINUM AIR ZAM- ZAM. 1. Mengadap Kiblat. 2. Minum tiga kali nafas. 3. Baca Bismilah setiap kali minum. 4. Baca Alhamdulillah setiap nafas. 5. Minum tangan kanan. 6. Berdoa setelah selesai (doa Ibnu Abbas). MAKKAH TIDAK DIMASUKI DAJJAL. Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kesemua jalan masuk dikawal oleh malaikat yang berbaris-baris. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah SWT akan mengeluarkan orang-orang kafir dan munafiq daripadanya. Hadith Riwayat Bukhari

PERATURAN DALAM HUKUM HAKAM MAKKAH 1. TIDAK BOLEH MEMASUKI MAKKAH BAGI MEREKA YANG INGIN MENUNAIKAN HAJI KECUALI DENGAN BERIHRAM. Rasulullah SAW telah menetapkan miqat (tempat niat ihram haji dan umrah) bagi setiap penjuru jalan menuju ke Makkah kemudian baginda bersabda: Semua miqat (yang telah ditentukan itu) bagi penduduk kawasan itu dan mereka yang melalui kawasan tersebut dari kalangan mereka yang ingin melakukan haji atau umrah. Hadith Riwayat Bukhari Sesiapa yang melintas miqat dengan tidak berihram hukumnya berdosa dan dikenakan membayar dam (denda). Sebaliknya boleh memasuki Makkah dengan tidak berihram jika seseorang itu masuk dengan tujuan yang lain (bukan haji atau umrah). 2. TIDAK BOLEH MEMOTONG TUMBUH-TUMBUHAN (POKOK DAN RUMPUT) DI TANAH HARAM. Ulama telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa haram memotong tumbuhtumbuhan yang tumbuh dengan sendiri, tetapi boleh memotong tanaman yang ditanam oleh manusia. Demikian juga boleh melepaskan binatang ternakan memakan rumput di Tanah Haram. Sesiapa yang melakukannya, menurut Imam Malik orang itu berdosa, dia mesti beristighfar tetapi tidak dikenakan sebarang fidyah (denda). Imam Abu Hanifah pula mengatakan dia dikenakan bayaran fidyah mengikut harganya. Imam as- Syafi e dan Ahmad pula mengatakan dia dikenakan fidyah bagi sebatang pokok besar ialah seekor lembu, yang kecil seekor kambing dan rumput pula dikira dengan harganya. 3. TIDAK BOLEH MEMBUNUH BINATANG PERBURUAN. Ulama telah bersepakat mengatakan haram bagi orang yang berada dalam ihram dan orang yang tidak berihram menangkap serta membunuh binatang perburuan yang hidup bebas (bukan dipelihara oleh sesiapa) di Tanah Haram. Sesiapa yang membunuhnya, menurut jumhur (kebanyakkan) ulama dikenakan balasan (jaza ) sama seperti hukuman orang yang sedang berihram membunuh binatang perburuan di semua tempat. Setiap binatang dinilai mengikut jenis dan saiz binatang yang seumpama dengannya. Kalau tidak ada yang seumpama dengannya maka ia dinilai dengan harganya.

Ada juga beberapa jenis binatang yang yang dibenarkan membunuhnya di Tanah Haram dan semasa berihram. Antaranya burung gagak, helang, jengking, tikus, anjing garang, ular, binatang buas, serigala, dan burung hering pemakan bangkai. 4. ORANG KAFIR TIDAK DIBENARKAN MASUK TANAH HARAM. Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik (kafir) itu najis (jiwa mereka kotor kerana mempersekutukan Allah), maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram selepas tahun ini (9 Hijrah). At- Taubah: 28 Rasulullah SAW telah mengarahkan Sayidina Abu Bakar as- Siddiq pada 9 Hijrah agar mengisytiharkan pada musim haji bahawa: Orang kafir tidak boleh lagi datang mengerjakan haji selepas tahun ini dan tidak boleh melakukan tawaf di Baitullah dengan tidak berpakaian. Kata Al- Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: Ayat di atas jelas melarang orang musyrik daripada memasuki Masjidil Haram walaupun bukan dengan tujuan untuk mengerjakan haji. Memandangkan haji yang merupakan tujuan besar bagi mereka yang datang ke Makkah telah disebut sebagai larangan daripada melakukannya, oleh itu larangan daripada memasukinya dengan tujuan lain adalah lebih kuat lagi. Maksud Masjidil Haram dalam ayat ini ialah Tanah Haram seluruhnya. 5. PAHALA SOLAT 100 RIBU DI MAKKAH (TANAH HARAM) SELURUHNYA. Jumhur (kebanyakkan) ulama mengatakan pahala solat 100 ribu di Makkah ialah di Tanah Haram seluruhnya. Terdapat juga ulama yang berpendapat 100 ribu hanya dikhususkan kepada solat di Masjidil Haram (Masjid Kaabah) sahaja. Namun, solat di Tanah Haram lebih afdhal daripada solat di Tanah Halal kerana ia merupakan tempat terawal dibina untuk beribadat, ramainya bilangan ahli jemaah dan disepakati oleh ulama akan pahala yang berganda di tempat ini

dengan tidak ada keraguan lagi. Pendapat ini dipersetujui oleh Sheikh Ibnu Uthaimin rahimahullah. 6. BOLEH MELAKUKAN SOLAT PADA BILA-BILA MASA. Terdapat 5 waktu yang dilarang daripada melakukan solat: Selepas solat Subuh hingga naik matahari; Ketika naik matahari hingga meninggi sekadar 15 minit; Ketika matahari di tengah-tengah langit tergelincir (masuk waktu Zuhur); Selepas solat Asar hingga terbenam; dan Ketika matahari hampir terbenam hingga sepenuhnya. Imam as-syafi e dan Ahmad berpendapat boleh melakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa di Makkah, tidak ada waktu yang dilarang, berbeza dengan tempat lain yang terdapat waktu yang dilarang. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW: Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu tegah seseorang daripada melakukan tawaf di Baitullah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dikehendakinya, malam atau siang. Hadith Riwayat at- Tarmizi Imam Abu Hanifah (an- Nu man bin Thabit) dan Imam Malik pula berpendapat tidak ada beza Makkah dengan tempat-tempat lain. Larangan di atas adalah umum bagi semua tempat berdasarkan perbuatan Sayidina Umar al- Khattab. Beliau melakukan tawaf selepas solat Subuh setelah itu beliau keluar dari Makkah berhenti di Zi Thuwa dan melakukan solat sunat tawaf selepas naik matahari. Ada yang mengatakan maksud hadith di atas (Bani Abdi Manaf) ialah khas untuk solat sunat dan tawaf sahaja. 7. HUKUM MELINTAS ORANG YANG SEDANG BERSOLAT DI MASJIDIL HARAM. Haram melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, kecuali di antara saf-saf di belakang imam. Begitu juga dibolehkan sekiranya seseorang itu meletakkan sesuatu di hadapannya sebagai sekatan (sutrah) sempadan tempat solatnya, sebagaimana sabda Nabi SAW: Kalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, nescaya dia berdiri menunggu (orang itu sehingga selesai solat) selama 40 (tahun, bulan atau hari) lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang bersolat. Hadith Riwayat at- Tarmizi Menurut mazhab Imam as- Syafi e tidak ada bezanya antara Masjidil Haram dengan masjid lain. Haram melintas orang yang sedang bersolat di semua masjid, berdasarkan umum hadith di atas, kecuali bagi orang yang melakukan

tawaf. Boleh baginya melintasi orang yang bersolat ditempat laluannya kerana dharurah. Menurut mazhab Hanbali, harus melintasi orang yang sedang bersolat di Masjidil Haram berdasarkan hadith: Sabi SAW bersolat berdekatan dengan Kaabah dengan tidak ada sekatan (sutrah). Kelihatan orang berjalan melintasi di hadapannya. Hadith Riwayat Abu Daud Menyekat orang daripada melintasinya merupakan suatu perkara yang menimbulkan masyaqqah (kesusahan dan kepayahan). Namun demikian sebaikbaiknya elakkan daripada berjalan di hadapan orang yang sedang solat. 8. TAHIYYAH (PENGHORMATAN) KAABAH IALAH TAWAF. 9. TIDAK BOLEH MENGADAP KE ARAH KIBLAT SEWAKTU MEMBUANG AIR. 10. SESIAPA YANG BERNAZAR UNTUK BERSOLAT DI BAITUL MAQDIS ADALAH MEMADAI BAGINYA DENGAN MELAKUKAN SOLAT DI MASJIDIL HARAM. Itulah 10 perkara yang berhubung dengan hukum Tanah Haram yang dicatatkan bersama dalil-dalilnya. Di bawah ini pula, beberapa hukum lagi sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Jalaluddin as- Sayuti (al- Asybah wa an- Nazair 420-421): 11. TIDAK BOLEH MENGELUARKAN TANAH DAN BATU TANAH HARAM DARIPADANYA (MENURUT MAZHAB SYAFI E DAN HANBALI). 12. MAKRUH MEMASUKKAN TANAH ATAU BATU DARIPADA LUAR KE TANAH HARAM. 13. TEMPAT SEMBELIH HAIWAN HADYU, DAM ATAU FIDYAH HANYA DI TANAH HARAM. 14. TIDAK BOLEH MENGAMBIL BARANG-BARANG TERCICIR UNTUK DIMILIKI. 15. AHLI (PENDUDUK) MAKKAH TIDAK DIKENAKAN DAM QIRAN ATAU TAMATTU. 16. AHLI (PENDUDUK) MAKKAH MESTI BERNIAT IHRAM HAJI DI MAKKAH, TIDAK BOLEH KELUAR DARIPADANYA.

17. SUNAT MANDI UNTUK MEMASUKI KOTA MAKKAH DEMIKIAN JUGA UNTUK MEMASUKI KOTA MADINAH. 18. BERNIAT UNTUK MELAKUKAN ILHAD (KEJAHATAN) DI MAKKAH SUDAH DIKIRA SALAH.