PB AIMAN SUKUK FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB

dokumen-dokumen yang mirip
PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Conventional Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Konvensional)

Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah)

RISALAH KETERANGAN PRODUK

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

RISALAH KETERANGAN PRODUK

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

RISALAH KETERANGAN PRODUK

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Ditubuhkan pada 20 Oktober 2010)

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

PELABURAN DWI-MATA WANG-i

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

SYNERGY CARDS SDN BHD

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi Xpress Cash-i

Overdraf. November 2017

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Akaun Pelaburan Wafiyah

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Pengurusan Kekayaan OCBC Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Berurusan dengan Pengantara Takaful

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK


2. KESAHAN MATA GANJARAN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Transkripsi:

PB-29 1 Jun 2017 PB AIMAN SUKUK FUND PENYATA TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah Public Mutual Berhad dan mereka secara bersama dan berasingan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ketepatan maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau ada fakta lain yang ketinggalan yang akan menjadikan sebarang kenyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membenarkan/mengiktiraf penerbitan PB Aiman Sukuk Fund dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran yang diberikan untuk PB Aiman Sukuk Fund dan penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan PB Aiman Sukuk Fund, atau bertanggungjawab untuk ketepatan kenyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan bagi pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab untuk PB Aiman Sukuk Fund dan tidak mengambil tanggungjawab ke atas kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengesahkan ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan secara jelas menolak sebarang liabiliti yang terbit daripada atau bersandarkan kepada seluruh atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. HELAIAN PENTING PRODUK Helaian Penting Produk (PHS) ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko dana amanah saham ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami prospektus dana sebelum membuat keputusan untuk melabur. PB Aiman Sukuk Fund telah disahkan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah yang dilantik untuk dana. Apakah produk ini? Jenis produk Nama dana Modal dilindungi atau dijamin Pengurus dana Pemegang amanah dana Penasihat Syariah dana Pengedar dana MAKLUMAT RINGKAS PRODUK Dana amanah saham PB Aiman Sukuk Fund (PBASF) Tidak Public Mutual Berhad Amanahraya Trustees Berhad ZICO Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. Ejen Amanah Saham Institusi (IUTA), iaitu Public Bank Berhad Apakah yang saya melabur? CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Kategori dana Objektif dana Sukuk Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat. 1

Apakah yang saya melabur? (samb ) Strategi pelaburan Dana ini bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur dalam portfolio sukuk dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam bagi memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Dana ini mengekalkan pendedahan sukuk dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada nilai aset bersihnya (NAB). Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Peruntukan aset Sukuk 75% hingga 98% daripada NAB Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan aset cair. Siapakah yang sesuai untuk dana ini? KESESUAIAN PRODUK Profil pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Jangka sederhana merujuk kepada tempoh 3 hingga 5 tahun. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat. RISIKO-RISIKO UTAMA Apakah risiko-risiko utama yang berkaitan dengan produk ini? Risiko kadar faedah Risiko kredit Risiko kecairan Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sukuk dan aset cair Islam. Apabila kadar faedah meningkat, harga sukuk pada umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana di dalam sukuk. Keadaan bertentangan akan berlaku apabila kadar faedah jatuh. Pulangan pelaburan dana dalam aset cair lslam bergerak selaras dengan kadar faedah. Penurunan kadar faedah akan mengurangkan pulangan dari pelaburan dana dalam aset cair Islam. Sebagai contoh, apabila kadar faedah jatuh, penempatan deposit Islam akan dilaburkan semula pada kadar faedah yang lebih rendah dan mengakibatkan pulangan yang lebih rendah kepada dana. Risiko kredit berkaitan dengan kedudukan kredit penerbit sukuk atau aset cair Islam yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sukuk atau aset cair Islam mungkir dalam pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas. Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau yang sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan. Anda dinasihatkan untuk membaca prospektus dana dan memahami risiko yang terlibat dan, jika perlu, berunding dengan penasihat profesional anda sebelum melabur. 2

Apakah yuran dan caj yang terlibat? YURAN & CAJ Caj jualan Caj penebusan Caj tukar ganti Caj pemindahan Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Sehingga 1.0% daripada NAB seunit. Pengurus boleh mengikut budi bicaranya untuk mengenakan caj jualan yang lebih rendah. Tiada Tukar ganti keluar untuk unit beban rendah dan unit beban-1% dari dana ke dalam dana ekuiti/aset campuran/seimbang akan dikenakan caj jualan masingmasing sehingga 5.25% dan 4.5% daripada NAB seunit. Tukar ganti keluar untuk unit beban rendah dari dana ke dalam dana bon lain akan dikenakan caj jualan sehingga 0.75% daripada NAB seunit. Semua urus niaga tukar ganti keluar yang lain dari dana akan dikenakan yuran seperti berikut: Yuran tukar ganti sehingga 0.25% daripada NAB seunit atau minimum sebanyak RM50 bagi tukar ganti yang dilakukan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Yuran tukar ganti ini akan disimpan oleh dana. Yuran tukar ganti sehingga RM25* bagi setiap urus niaga untuk tukar ganti selepas 90 hari dari tarikh pembelian atau tukar ganti unit ke dalam dana. Unit beban-1% adalah unit yang telah dikenakan caj jualan sebanyak 1.0%. Unit beban rendah adalah unit yang dikenakan caj jualan sebanyak 0.25% atau kurang. * Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, yuran tukar ganti sehingga RM50 akan dikenakan. RM25 setiap pemindahan. Berkuat kuasa dari 1 Januari 2018, caj sehingga RM50 akan dikenakan untuk setiap pemindahan. 0.75% setahun daripada NAB. 0.035% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum sebanyak RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. Semua yuran dan caj di atas tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar oleh anda. Terdapat yuran dan caj yang terbabit dan anda dinasihatkan mempertimbangkannya sebelum membuat pelaburan dalam dana. 3

PRESTASI PBASF Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Disember 2016 1 Tahun 3 Tahun Sejak Permulaan* PBASF (%) 5.99 4.72 4.50 GIA 12 Bulan (%)** 3.33 3.27 3.27 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014* 2015 2016 PBASF (%) 3.85 4.15 5.99 GIA 12 Bulan (%)** 3.74 3.19 3.33 Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBASF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +5.99% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding pulangan penanda aras sebanyak +3.33% dalam tempoh yang sama. * Angka yang ditunjukkan ialah untuk tempoh sejak permulaan dana (30 September 2013). ** Penanda aras kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 Bulan dikira daripada purata kadar akaun pelaburan 12 Bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Pengiraan pulangan di atas adalah berasaskan NAB kepada NAB, dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan ialah hari terakhir tempoh tawaran awal. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2014 2015 2016 PTR (kali) 0.51 0.51 1.59 PTR dana kekal pada 0.51 kali pada tahun kewangan berakhir 2014 dan 2015 disebabkan oleh aktiviti pengimbangan semula yang berterusan. Bagi tahun kewangan berakhir 2016, PTR dana kemudiannya meningkat kepada 1.59 kali disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2014 2015 2016 Agihan kasar seunit (sen) 2.50 4.50 4.50 Agihan bersih seunit (sen) 2.50 4.50 4.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. PRESTASI DANA PADA MASA LALU TIDAK MENJADI PETUNJUK UNTUK PRESTASI MASA HADAPAN. 4

MAKLUMAT TAMBAHAN Penilaian NAB dana ini dikira dan harga unit disiarkan pada setiap hari urus niaga di www.publicmutual.com.my. Pembelian dan penebusan unit Anda boleh membeli dan menebus unit dana pada mana-mana hari urus niaga pada NAB dana yang ditentukan seterusnya. Pelaburan permulaan Pelaburan permulaan minimum*: RM1,000. Pelabur yang merupakan pelanggan Public Mutual Online (PMO) boleh membeli unit dana secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi pelanggan PMO, sila hantarkan borang permohonan PMO secara peribadi di mana-mana pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Jika sebaliknya, sila hantarkan borang permohonan pelaburan yang lengkap bersama-sama dengan cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad, anda dikehendaki mengisi borang pelabur baru. * Pengurus boleh mengubah jumlah minimum pelaburan permulaan dari masa ke semasa. Pelaburan tambahan Pelaburan tambahan minimum: RM100. Anda boleh melabur secara berkala melalui PMO, arahan debit terus kepada bank atau dengan membuat deposit cek ke dalam akaun kutipan yang terdapat di Public Bank Berhad. Bagaimana Anda Perlu Menulis Cek Pelabur Individu Pelaburan Permulaan Pelaburan Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baru Pemegang Pertama. Bagi pelabur korporat, cek bagi pelaburan permulaan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Cek bagi pelaburan tambahan mestilah dibayar kepada Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Nombor Pendaftaran Syarikat Anda. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baru/nombor pasport/nombor pendaftaran syarikat dan nombor telefon anda di belakang cek. Hak bertenang Hanya untuk pelabur kali pertama Public Mutual Berhad. Permintaan anda mesti dihantar kepada pejabat cawangan Public Bank Berhad di mana anda membeli unit anda, dalam tempoh 6 hari urus niaga dari tarikh borang permohonan pelaburan dan bayaran diterima oleh Public Mutual Berhad. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh perlaksanaan hak ini. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan (dan GST) yang dikenakan pada hari unit dibeli. Perbadanan atau institusi, kakitangan Pengurus dan sesiapa yang berdaftar untuk berurus niaga dalam dana amanah saham tidak layak untuk hak bertenang ini. Penebusan Unit penebusan minimum: 1,000 unit. Anda boleh melaksanakan permohonan penebusan anda melalui PMO atau dengan mengisi dan menyerahkan borang belian balik pada mana-mana hari perniagaan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad atau Public Bank Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil penebusan anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan anda. Jika penebusan separa menyebabkan baki di dalam akaun anda dengan dana kurang daripada 1,000 unit, Pengurus boleh menebus keseluruhan akaun. 5

ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK PELABURAN PERUNDING AMANAH SAHAM DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA PELABURAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding amanah saham atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/12-2016 ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING AMANAH SAHAM ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. MAKLUMAT HUBUNGAN Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut mengenai dana? Untuk maklumat berkaitan dana, anda boleh berunding/menghubungi: Wakil korporat Public Bank Berhad yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM); Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999; atau Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual Berhad di 03-6207 5000. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk membuat aduan? 1. Bagi penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Bank Berhad di 1-800-22-9999 atau Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-6207 5000. 2. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC): (a) melalui telefon kepada : 03-2282 2280 (b) melalui faks kepada : 03-2282 3855 (c) melalui e-mel kepada (d) melalui surat kepada : info@sidrec.com.my : Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 3. Anda juga boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC: (a) melalui telefon kepada Aduan Hotline di : 03-6204 8999 (b) melalui faks kepada : 03-6204 8991 (c) melalui e-mel kepada : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.sc.com.my (e) melalui surat kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 4. Biro Aduan FIMM: (a) melalui telefon kepada : 03-2092 3800 (b) melalui faks kepada : 03-2093 2700 (c) melalui e-mel kepada : complaints@fimm.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang tersedia di www.fimm.com.my (e) melalui surat kepada : Legal, Secretarial & Regulatory Affairs Federation of Investment Managers Malaysia 19-06-01, 6 th Floor Wisma Tune No. 19 Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur PHS ini akan dikemaskini pada 30 Mac 2018. Anda boleh merujuk kepada laman web kami di www.publicmutual.com.my untuk PHS yang telah dikemaskini. PB-29B5 6